Selamat petang. setelah berkurun, akhirnya muncul juga SMDAMW ni. hehe. CIA update part 1 dulu ya. nak buat full version. macam panjang sikitlah. so, CIA separate jadi 2 part. SELAMAT MEMBACA!
Prolog
“Comellah
wife you.”
“Cantiklah
isteri abang.”
“Sepadan
sangat korang. Like coke and sundae.”
“Jealous beb tengok ko. Wife ko tuh, fuhhh. Cantik.”
Pujian
demi pujian dilemparkan saat Isqandar Ryan, pelakon terkenal memperkenalkan
isterinya kepada dunia. Opsss! Malaysia aje kot. Gila tak kecoh. Tup tup terus
bawa ke sidang media mengaku dia punya scandal
tu wife dia. Dulu, bila ditanya
media. Yang keluar hanya jawapan cliché.
Ayat sembunyi diri atau ayat selamat yang diberi.
“She’s my bestfriendlah.”
“Indeed, dia anak kawan mama. Sebab tu
kita rapat.”
“No. Kami cuma kawan. Tak tahulah ke
depan macam mana.”
Dan
sekarang? Ambik kau, Isqandar Ryan. Kau sendiri yang kenalkan isteri yang
kononnya bestfriend kau, anak kawan
mak kau kat seluruh Malaysia ni. Beb, peminat kau ramai kot. Kecewa sudah hati
mereka. Nasib baik dia orang semua puji. Bukan mengeji.
*****
Isqandar
Ryan punya cerita….
“Dah
kenapa senyum macam tu? Mama takkan tarik balik pinangan mama untuk Ryan. No,” tegas Puan Jeslina. Mati terus
senyuman lebar Isqandar.
“Mama
memang tak sayang anak mama, kan? Sampai hati mama,” rajuk Isqandar. Puan
Jeslina menjeling anak keduanya itu.
“Whatever. Yang mama tahu, next two weeks, you will be a husband for this cuties girl. Indeed, I just want her to
be my daughter in law. Fullstop,” putus Puan Jeslina.
Dia
keluar dari bilik anak terunanya itu. Isqandar menghempas tubuh sasanya kuat ke
atas katil. Ini memang kerja gila. Tak pernah terlintas langsung dia akan
menghadapi hal sebegini. Kalau dia peminat Yasmin Mogahed, maybe it’ll be consider. If
not? Goodbye then. No way, man. Anak dara orang tu. Bukannya
anak kucing, boleh dibuang sesuka hati.
“Can I just be alone? Teman mama sampai
tua. Pergi umrah balik umrah. Buat haji.
Just me and mama. Wife? Can be my wife is not a doctor? How
about my hopes. Harapan palsu. Impian kosong. Doktor, huh,” Isqandar
bermonolog sendiri. Jari telunjuk kanan ditunjal ke dahi sendiri.
*****
Irdina Tasnim’s story telling…
“Dina
boleh terima dia sebagai suami Dina kalau dia suka Yasmin Mogahed. If not, no consideration, daddy,” Irdina
cuba membantah perkahwinan yang diatur keluarganya. Ditekankan perkataan
‘kalau’ supaya daddynya memahami akan
alasannya.
“Dina
kahwin dengan dia dulu. Then, you ask him
about your Yasmin Mogahed. Maybe he like it,” Tan Sri Haidhar tidak jemu
memujuk anak tunggalnya.
“Maybe he like it, daddy? If not? What about me, daddy? Terus jadi wife dia? Exactly, daddy.
We have nothing to share in the end,”
telagah Irdina. Dia tidak mahu kalah.
“Then you choose. Your marriage or daddy expose you,
Irdina Tasnim as my only child. You’ll be
hate it, darling,” ugut Tan Sri Haidhar.
Bulat
mata Irdina saat daddynya mengugut
mahu mendedahkan identiti yang selama ini disimpan kemas. Yes. Irdina Tasnim binti Haidhar. Atau, Tan Sri Haidhar. Jutawan
terkemuka. Everybody knows him. Punyalah
dia sembunyikan hal yang satu itu dari pengetahuan kenalan-kenalannya. Tidak
semudah itu, dia akan mendedahkannya begitu sahaja.
Irdina
menelan air liur kasar. “Then I choose… marriage,”
Tan Sri Haidhar tersenyum lebar. Nah, ini baru cun. Dipeluk anak daranya itu.
Irdina senyum nipis. Tak ikhlas langsung. Sanggup mengorbankan masa depan
sendiri demi menutup rahsianya itu. Irdina… Irdina.
*****
“Berbesan
juga kita ya, Yan,” Puan Sri Azyan mengangguk.
“Itulah.
Bukan main payah lagi abang Haidhar nak pujuk Dina tu. Siap kena ugut baru
setuju,” Puan Jeslina ketawa perlahan.
“Anak
teruna Jes pun samalah, Yan. Kena ugut juga. Kalau tak, kempunan Jes nak tengok
dia kahwin dengan Dina,” Mereka sama-sama ketawa.
“Apa
yang dibincangkan ni? Bukan main seronok lagi,” sampuk Tan Sri Haidhar.
“Gelakkan
anak-anak, abang. Bukan main masam lagi anak-anak kita tu. Nasib baik bukan
majlis sanding,” Ketawa Puan Sri Azyan masih bersisa.
“Alhamdulillah.
Selesai juga tugas kita. Amanah arwah Umar dah kita lunaskan. Nak tengok budak
berdua tu kahwin,” kata Tan Sri Haidhar sayu.
“Insha
Allah. Doakanlah tahun depan dapat jugak kita cucu, bang,” seloroh Puan Sri
Azyan.
“Jes
cakap jujur. Memang seronok bila pertama kali dapat mendukung cucu sendiri. Tak
tergambar macam mana rasanya. Indah sangat,” ujar Puan Jeslina. Sekadar
berkongsi perasaan ketika pertama kali dia menyambut cucu.
“Ini
yang buat saya tak sabar,” Tan Sri Haidhar mencuit bahu Puan Sri Azyan.
“Ha’ah.
Kita sama-samalah berdoa. Teringin sangat nak pegang baby. Comelnya,” Puan Sri Azyan sudah berangan.
“Macam
mana kalau Isqandar tahu pasal hal sebenar?” soal Puan Jeslina. Mereka bertiga
mengeluh serentak. Ada sesuatu yang disembunyikan mereka daripada pengetahuan
Isqandar.
*****
Usai
majlis akad nikah yang serba ringkas dan hanya dihadiri keluarga paling
terdekat sahaja, Irdina mengikut Isqandar pulang ke rumahnya. Puas juga Irdina
memujuk kedua ibu bapanya agar mereka tinggal asing. Namun, awal-awal lagi
sudah dibantah. Maka dengan itu, tersadailah dia kini di apartment milik Isqandar Ryan.
“Apartment aje awak mampu beli? Ingatkan
dah boleh duduk banglo tadi. Apalah yang orang suka sangat puji awak ni pandai
cari duit,” tempelak Irdina. Suka hati dia sahaja berkata begitu.
“Mulut
awak tu jaga sikit, eh. Kalau tak tahu apa-apa, diam. Saya nak awak duduk sini
diam-diam. Saya tak nak orang tahu awak keluar masuk rumah saya. Masalah besar
boleh timbul. Tahu?” Isqandar meletakkan beg-beg Irdina diruang tamu.
Irdina
meneliti setiap genap apartment milik
Isqandar itu. Dinding yang berwarna hitam, merah dan krim itu menarik hatinya.
Gambar-gambar Isqandar tergantung di dinding ruang tamu. Ada juga kabinet
bercermin yang diletakkan khas di ruang tamu dan dihiasi dengan pasu bunga
kecil serta bingkai-bingkai gambar keluarga.
“Dah
puas tengok? Dapur tak nak tengok? Tak pun bilik air ke,” sindir Isqandar.
Irdina
mengecilkan matanya memandang Isqandar. Nasib baik kau laki aku. Kalau tak dah
lama aku debik. Eh, silap. Kalau aku dah lama kenal kau, mesti aku dah
hancurkan muka kau yang menjadi pujaan kat luar sana. Biar tak ada orang yang
dok menggatal dengan pelakon handsome ni. Erk. Terpuji pulak. Tarik
baliklah.
“Ehem.
Yang tengok saya macam nak makan tu kenapa? Maaf, you’re not my taste,” kata Isqandar selamba. Irdina tersentak
seketika. You’re not my taste? Irdina
menghentak kaki. Tanda protes. Aku yang punya comel ni, dia cakap bukan taste dia. Takkan taste dia perempuan yang tak cukup kain kot? Hush.
“Whatever. Okay, where’s my room? Nak
mandi. Rimas sangat dah ni,” Matanya meninjau ke kanan dan ke kiri.
Mencari-cari bilik yang bakal didiaminya.
“Your room? Here,” Isqandar berjalan menuju ke bilik tidur utama.
“Ni
bilik saya?” soal Irdina. Pelik.
“Uhuh, this is your room. With me,” jawab
Isqandar senada. Irdina mengerutkan dahinya.
“Pardon? I’ll share this room with you?” Irdina kaget.
“Yes. Okay
what? We’re husband and wife anyway.
Why do you need another room?” soal Isqandar kembali. Beg-beg milik Irdina
diletakkan di hadapan almari pakaian.
“Yeah, sure. Why not?”
Dia
kisah apa. Asalkan ada tempat untuk dia merehatkan badan setelah penat seharian,
sudah cukup bagus. Irdina menghenyakkan punggungnya di katil. Dia sangat penat
ketika ini. Kalau boleh, ingin sahaja dia melelapkan mata. Tapi, macam tak
boleh sahaja.
“Awak
boleh kemaskan barang awak. Saya dah kosongkan almari sebelah sini. You can put your thing anywhere you want. No
harm. Saya tak kejam,” kata Isqandar. Walaupun dia tidak suka akan
perkahwinan ini. Dia harus terima demi mama. Dia nak mamanya gembira.
“Then, I’ll unpack happily,” balas Irdina
tanpa riak. Senyumannya masih berharga untuk dijual kepada lelaki yang baru
bergelar suaminya itu. Isqandar berlalu ke ruang tamu. Memberikan ruang untuk
Irdina mengemaskan barang-barangnya.
*****
Mendengar
bunyi sudip berlaga dengan kuali, Irdina menjengahkan kepalanya ke dapur.
Mendengar sang suami yang sedang sibuk berkeletang keletung itu, dia membawa
diri ke dapur. Dia duduk di kerusi tinggi paras pinggangnya.
“Bravo. You did cook all the thing,”
Irdina memulakan bicara. Isqandar tidak berpaling. Dia kusyuk menyediakan
makanan kegemarannya. Tom yam campur! Paprik ayam!
“Lain
hari, awak yang masak…”
“No problem. But, please. Just eat and don’t
complaint anything,” Irdina senyum nakal. Dia bukanlah sepakar chef kat
depan dia ni.
“Emm, we wait and see,” Isqandar masih
tidak memandang Irdina dibelakangnya.
“Saya
pernah baca articles pasal awak kat magazine. You said that your wife mesti kena pandai masak, faham kerja awak
dan kalau boleh mama awak suka. Then,
sekarang awak dah kahwin. Dan, cuma satu aje yang saya ada. I guess,” Irdina cuba menarik Isqandar
untuk berbual dengannya. Isqandar menutup dapur elektrik. Dia berpaling.
Zap!
Comelnya dia. Rambut dia. Mahu terbuntang mata Isqandar melihat Irdina tanpa
mengenakan tudung itu. Jelas wajah itu manja dan polos. Dengan sweater labuh di tubuh. Nampak comel.
“Hmmm, nice hair,” puji Isqandar tanpa
sedar.
“Thanks,” ucap Irdina sepatah. Tiba-tiba
si suami puji dia. Kembang juga hatinya. Ehek!
“Apa
yang awak ada dalam tiga point tu?”
soal Isqandar ingin tahu. Sebenarnya, ingin menutup keterlanjurannya memuji
Irdina tadi. Dia duduk berhadapan dengan Irdina.
“Your mum like me. Can I just said that she
love me,” jawab Irdina mesra. Betul ke apa aku cakap? Arh, lantaklah.
“Then, I should love you too. Awak tak
perasan ke ada yang keempat?” Isqandar mengangkat keningnya.
Irdina
mengerutkan hidungnya.
“Shoot. You will love whoever your mum love…”
“Exactly. So, sekarang awak boleh anggap… I
love youlah,” Irdina menjegilkan matanya.
“You said that you love me in the kitchen?
Uhuh, you’ve no sense at all, Mr Actor,”
Isqandar tersenyum nipis. “Hey, chill. No
heart feeling. Just kidding,” Irdina ketawa lucu.
“I know. Could you please help me? Tolong
ambilkan pinggan kat almari belakang tu,” pinta Isqandar. Irdina menurut.
Bukannya susah pun arahan suaminya itu.
*****
“Thanks. Such a superb dinner. Tak sangka dapat merasa air tangan Isqandar
Ryan, pelakon kacak Malaysia,” Irdina mengambil bantal kecil bersegi empat. Dia
memeluk bantal kecil itu.
Isqandar
tersenyum sinis. “My pleasure.”
Irdina
senyum hambar. Bangga nampak, encik pelakon. Malas melayan, dia menumpukan
perhatian ke kaca televisyen. Rancangan Bersamamu sedang ditayangkan. Seminit,
dua minit, lima minit. Irdina mula menguap. Dia memang pantang makan, pasti
matanya juga akan membuat perangai. Sleepy-head!
Gelaran yang diberikan rakan-rakannya ketika menuntut di Ireland dulu.
“Saya
masuk tidur dulu. Mengantuk tahap cipan dah,” Irdina cuba membuka matanya.
Namun gagal. Dibawa langkah dalam mamai ke bilik.
“Goodnight,” ucap Isqandar. Macam
menghalau aje. Whateverlah. Janji
boleh tidur.
Nanti
dia tidur dengan aku ke? Takkan kot. Hish. Buat apa aku nak fikir? Biar ajelah.
Dia bukan boleh buat apa pun, kan? Dalam dok pertimbangkan hal yang tak logik,
Irdina terlena juga.
Entah
pukul berapa dia terjaga kerana terdengar bunyi guruh berdentum. Matanya
dicelikkan. Dalam samar-samar dia ternampak Isqandar sedang tidur pulas
disebelahnya. Lena macam sebulan tak jumpa katil. Mungkin kerana cuaca yang
sejuk di luar membuatkan dia semakin lena.
Dia
melihat jam di dinding. Pukul lima setengah pagi. Irdina berkira-kira mahu menyambung
tidur tetapi apabila memikirkan mungkin terlajak subuh, dia bangun ke bilik
air. Setelah mandi dan solat subuh, dia masuk ke dapur. Menggeledah bahan-bahan
yang sesuai untuk dibuat sarapan pada pagi itu.
“Awalnya
bangun,” tegur Isqandar. Matanya sekejap celik sekejap tutup. Masih mengantuk
lagi.
“Dah
mandi. Jadi, mata segar. Dah tak boleh tidur. Ingat nak buat breakfast,” balas Irdina. Matanya
melingas mencari bahan yang dia inginkan.
“Yelah.
Awak tengoklah apa yang ada,” kata Isqandar sambil menguap.
“Eh,
awak,” Isqandar tidak jadi melangkah. “Awak makan apa-apa aje kan? Saya takut
awak ada alahan ke apa ke,” Jari telunjuknya mengetuk meja.
“No worries. Janji makanan tu tak bawa
mudarat, okey je,” jawab Isqandar. Dia berlalu kembali ke bilik.
Setengah
jam kemudian, sarapan sudah tersedia di atas meja. Nasi goreng tom yam dan air
milo panas. Hujan masih lebat di luar. Irdina berdiri di sisi tingkap ruang
tamu. Suasana di luar juga masih gelap. Tambahan pula, sekarang ini tengah
hujan lebat. Bertambah kelamlah pagi itu.
“Saya
kerja pagi ni. Awak buatlah apa awak nak buat. Kalau bosan, saya tinggalkan
kereta. Guna aje,” Terangkat bahu Irdina. Dia menoleh ke belakang. Isqandar
yang segak dengan kemeja merah gagal menarik perhatiannya.
“Bagi
salam boleh tak? Ini main terjah aje,” Irdina berkata geram. Dia melabuhkan
punggungnya di sofa panjang yang berwarna merah.
“Sorry. Saya ingat awak sedar. Assalamualaikum,”
Isqandar turut duduk di sofa itu. Namun jarak mereka agak jauh. Hujung dengan
hujung. Dah macam musuh bertemu musuh sahaja.
“Waalaikumsalam.
Guna kereta awak? Are you serious?
Tak takut ke orang nampak saya bawa kereta awak?” tanya Irdina bertalu-talu.
“Nak
takut apa? Don’t worry. Saya tak
pernah guna lagi kereta tu. Simpan aje kat tempat parking bawah. Semalam saya dah panaskan enjin,” jelas Isqandar.
“Tengoklah
kalau saya ada hati nak keluar. Tapi, saya rasa saya ambil teksi je,” kata
Irdina. Isqandar merenung Irdina pelik.
“Awak
tak pandai drive ke?”
“Boleh
je. Tapi, dah lama tak memandu. Setahun lebih jugak. Kang saya drive tak pasal pulak kereta awak masuk
longkang…”
“Apa-apalah.
Selalunya tengah hari, mama datang sini. Itu pun kalau saya ada kat sini. Tak
tahulah kalau hari ni dia datang atau tidak,” maklum Isqandar.
“Can I ask you something?” Isqandar hanya
mengangkat keningnya tanda membenarkan isterinya bertanya.
“Awak
bukan tinggal kat sini, kan?” Soalan Irdina membuatkan Isqandar terbangun.
“Apa…
apa maksud awak?” tanya Isqandar kembali.
“Hmmm,”
Irdina bangun menuju ke tingkap. “This
curtain, dah berbau hapak sedikit. Pokok kat luar tu dah layu. Pintu
gelongsor ni agak ketat. Dan, barang dapur awak banyak yang kurang,” Irdina
mematikan pandangan pada wajah bersih Isqandar.
“Maaflah.
Saya tak dapat bawa awak balik rumah baru saya. Awak tahu, kan. Wartawan
sentiasa memerhati tindak tanduk saya. Saya tak nak nanti timbul gosip. Kita
pun dah janji akan rahsiakan hal ni,” jelas Isqandar.
“Saya
terima alasan awak. Kalau macam tu awak akan jarang balik sinilah kan?”
“Selalunya
saya akan balik sini kalau penat nak drive
balik rumah sana. Lagipun, peminat saya dah tahu pasal rumah baru saya. Jadi,
dia orang dah tak ambil tahu pasal rumah saya kat sini.”
“Okey.
Rasanya pergerakan saya bebaslah kan buat masa sekarang? Hah, sebelum saya
terlupa. Kerja saya tak menentu tau. Macam awak jugak. Jadi, saya harap awak
tak kisah kalau ada hari yang saya tak terserempak dengan awak ke, tak masak ke.
Awal-awal ni saya nak minta maaflah,” beritahu Irdina supaya Isqandar tidak akan
memarahinya jika dia tiada masa untuk rumah tangga mereka.
“Ikut
suka awaklah. Janji awak tahu yang awak tu isteri orang, sudahlah,” Isqandar
mencapai kunci keretanya yang tersangkut elok di penyangkut khas untuk
menggantung kunci-kunci.
“Eleh,
cakap orang. Awak tu pun samalah. Orang lain bukannya tahu awak tu dah kahwin. Plus, dekat set bolehlah awak menggatal dengan heroin-heroin awak tu sesuka
hati,” bebel Irdina tanpa sengaja. Laju sahaja bibirnya ingin mengingatkan
Isqandar.
Isqandar
senyum senget.
“Haih,
takkan cemburu kot? I think, kita
taklah serapat tu,” tukas Isqandar.
“Tak
cemburu. Tapi, mengingatkan. Tak naklah saya terbaca surat khabar yang
terpampang gosip pasal awak,” Irdina juga tidak ingin mengalah.
“Eyh?
Tengoklah dulu macam mana. Saya pergi dulu. Semoga hari ni tak adalah wajah
saya kat paper,” Isqandar berkata
sebelum menghilang di sebalik pintu rumah.
Irdina
hanya menghantar pemergian suaminya dengan pandangan. Untung dia tidak perlu
bekerja hari ini. Bolehlah dia rehatkan badan yang letih. Sambil itu, dia akan
mengemas rumah barunya itu. Walaupun apartment
itu memang sudah kemas, namun masih ada yang dia rasa perlu dikemas.
Hari
kedua menjadi isteri orang, not bad. Irdina
masih mampu memberikan yang terbaik. Nanti dia sudah kembali bertugas, memang
susahlah nak nampak muka dia bermaharajalela di rumah. Mahunya, si Isqandar
minta cerai. Nauzubillah. Minta dijauhkan perkara itu. Tak mahulah dia jadi
janda muda. Ngeri.
*****
“Morning, Dr Tasnim,” sapa jururawat muda
di kaunter lobi.
“Morning, Muna. Ada yang cari saya?”
Sempat
lagi dia bertempek di kaunter. Muna tersenyum. Semakin berseri pula dia melihat
wajah doktor kegemarannya itu. Berseri macam orang baru selepas kahwin. Gotcha!
“Ramai,
doc. Orang famouslah katakan. Kalah retis.
Awal-awal pagi lagi, dah ada orang yang mencari,” balas Muna ramah.
“Iya
ke? Siapa?”
“Siapa
lagi kalau bukan Dr Ezwan?”
Terangkat
kening Irdina. Motif sangat si Dr Ezwan ni. Kalau tak kacau dia sehari memang
tak sah. Rimas juga dia dengan sikap Dr Ezwan itu yang sering mengganggunya
jika tidak sibuk. Bosan!
“Hmmm,
macam tak ada patient aje dia tu. Malas
saya nak layan. Awak panggil patient
selepas lima belas minit, ya. Need to
review their details first,” Muna mengangguk faham.
Irdina
menolak daun pintu biliknya. Sejambak bunga ros merah mencuri perhatiannya.
Siapa pula yang bermurah hati menghadiahkan dia ros merah ini? Takkan Isqandar
kot? Memang taklah kerana lelaki itu bukannya tahu mengenai kerjaya dan tempat
kerja dia pun. Dibelek jambangan bunga itu. Terselit sekeping kad di sebalik
rimbunan ros.
‘How I wish you’re mine, Tasnim. Will you be
mine?’
“Ezwan?”
Irdina
melepaskan keluhan kasar. Dr Ezwan memang tak serik-serik menagih cintanya.
Sejak dari zaman housemanship lagi. Jika
diikutkan, Dr Ezwan cukup sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tambahan pula,
lelaki itu bukannya calang-calang orang. Anak orang berada.
Cuma,
Irdina sahaja tidak menyukai sikap suka mendesak lelaki itu. Dia bukanlah
seorang gadis yang suka dikongkong. Yang membuatkan dia canggung untuk berteman
dengan Dr Ezwan adalah kerana kedua ibu bapa lelaki itu. Mereka amat
mementingkan darjat. Pernah sekali, Irdina diberi amaran agar tidak mendekati
anak lelaki mereka.
Jambangan
bunga itu dibuang ke tong sampah. Dia tidak mahu memberikan sebarang harapan
kepada Dr Ezwan. Ingin sahaja dia memberitahu bahawa dia adalah isteri orang. Namun,
dia cepat-cepat membuang niat itu. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kesian
Isqandar pula. Terpaksa melayan kontroversi. Tsk!
*****
“Ryan,
kau punya schedule hari ni seharian
tau. Director nak last scene settle hari ni,” maklum manager Isqandar, Taufiq.
“No problem,” balas Isqandar sambil
menilik skrip di tangannya.
Hampir
sebulan juga mereka bertungkus lumus menyiapkan sebuah drama yang dikategorikan
sebagai drama cinta romantik itu. Akhirnya, sampai juga ke penghujungnya. Selepas
ini, ada lagi sebuah drama yang menantinya. Nama Isqandar Ryan dalam industri
hiburan semakin melonjak naik. Namanya juga semakin meniti di bibir para
peminat dunia hiburan. Orang kacak memang selalu menjadi tumpuan. Tiada
sangkalan lagi.
Disebabkan
kepopularannya itulah, Isqandar takut untuk membuat onar yang boleh merosakkan
kariernya. Apalah agaknya penerimaan para peminatnya jika mereka mengetahui
artis kesayangan mereka sudah pun mendirikan rumah tangga secara rahsia? Bingung
juga dia memikirkan masalah itu.
“Ryan,
apa plan kau yang lain? Takkan nak
berlakon aje?”
“Kau
nak aku buat apa lagi?”
“Manalah
tahu, kau nak cuba menyanyi ke? Ada jugak side
income,” Isqandar mengerling Taufiq. Sengaja nak sindir dialah tu. Gaya
macam si Isqandar ni reti menyanyi.
“So, what’s the plan?”
Taufiq
senyum lebar. Isqandar memang sentiasa memahami maksud percakapannya biarpun
sebaik mungkin dia menggunakan bahasa yang berbunga. Berbelit-belit juga nak
disampaikan.
“Plan biasa. Tapi, lumayan beb. Ada mak
datin nak taja kau…” Taufiq berjeda. “Dengan syarat kau selalu bagi commitment kat dia. Beb, bukan senang
nak cari duit sekarang ni. Tambah pulak, ramai pelakon-pelakon baru sekarang
ni. Kau nak karier kau jatuh ke, Ryan?”
“Fiq,
aku masih boleh hidup lagi dengan income
aku sekarang ni. Cukup untuk pakai baju mahal, kereta mewah, rumah besar. Buat
apa aku nak terima suggestion kau ni?
Tak payah nak merepeklah,” bidas Isqandar tegas.
Dia
bukanlah seorang lelaki yang mengharapkan duit orang lain. Dia bukanlah orang
yang susah. Hidupnya juga mewah. Lebih dari cukup. Apa lagi yang dia nak? Harta
peninggalan arwah ayahnya juga cukup untuk dia dan adik beradiknya yang lain.
Lebih dari cukup.
“Alah,
Ryan. Chilllah. Aku cadangkan aje.
Kalau kau tak nak, okey,” Takut juga Taufiq melihat wajah Isqandar sudah menyinga
itu.
“Lepas
ni, aku tak nak lagi dah dengar kau cakap pasal benda ni. Aku mampu lagi nak
mencari rezeki dengan hasil titik peluh aku sendiri. Banyak lagi cara lain aku
boleh buat untuk tambah income,” leter
Isqandar.
Memang
dia mencari nahas jika menerima tawaran Taufiq itu. Nama baik keluarga harus
dijaga. Tambahan pula, sekarang ini sudah beristeri. Perasaan isteri dan
keluarga mertua perlu juga dipelihara. Dia tidak mahu mamanya kecewa dengannya.
Tidak sama sekali.
“Okey.
Aku minta maaf. Aku janji lain kali aku tak buat dah. Kita kawan eh,” Isqandar
tergelak.
“Forever,” Mereka berdua berjabat tangan.
Kira sudah berbaiklah tu even
bukannya bergaduh teruk pun.
*****
Irdina
bersandar di kerusi empuknya. Melepaskan lelah dek melayan ramai pesakit hari
ini. Sebagai doktor pesakit luar, memang banyak juga kerjanya. Dia terpandang
cincin emas putih di jari manisnya. Ada suami macam tiada. Macam masih bujang
lagi sahaja lagaknya. Dia tidak menyangka akan menjadi seorang isteri di usia
dua puluh tujuh tahun. Target Irdina untuk berkahwin adalah di awal usia tiga
puluhannya. Sudah jodoh dia. Bukannya boleh dirancang. Ia datang sendiri.
Nasib
baiklah rakan-rakan di hospital tidak bersoal tentang cincin di jarinya itu.
Mungkin, sudah menjadi trend wanita
sekarang yang gemar mengenakan perhiasan. Jadi, tidaklah ketara sangat
perkahwinan rahsianya itu. Jam tangan ditilik. 10.00 malam! Sudah malam
rupanya.
Tok!
Tok!
“Masuk!”
“Maafkan
saya, doktor. Shif saya dah habis. Suhana dah ready kat kaunter. Apa-apa hal, doktor inform dialah,” beritahu Muna.
“Baiklah.
Terima kasih, Muna. Hati-hati ya,” Muna tersenyum.
“Iyalah.
Balik dulu,” Pintu bilik Irdina kembali bertutup. Suhana belum memaklumkan, dia perlu menemui
pesakit. Maknanya, bolehlah dia berehat sekejap.
Belum
sempat Irdina ingin bangun dari kerusinya, telefon bimbitnya berbunyi nada Viva by Bond. Dicapai Iphone 4s di atas
meja.
“Hello, assalamualaikum,” Irdina menjawab
panggilannya.
“Waalaikumsalam.
Tak balik ke malam ni?” jawab si pemanggil.
“Balik.
Tapi, lewat sikit. Awak kat mana ni?”
“Saya
dalam kereta. On my way nak balik
rumah. So, should I go back to our home
or the other?”
Irdina
buat muka pelik. Nak balik rumah sendiri pun kena minta izin ke? Kedua-duanya
adalah rumah Isqandar.
“Ikut
suka awaklah. Kalau lewat sangat, saya tak baliklah. Tidur sini aje,” Isqandar
di hujung talian terfikir sejenak.
“Awak
kerja apa sebenarnya ni? Sampaikan tak boleh balik rumah…”
“Adalah.
Nanti saya bagitahu awak. Okeylah, got to
go. Urgency time is coming. Bye, take
care. Assalamualaikum,” Irdina mematikan panggilan telefon.
Tiba-tiba
Suhana membuka pintu biliknya dan memaklumkan ada kecemasan sedang berlaku di
luar. Esok lusa dia akan jelaskan kepada Isqandar tentang pekerjaannya. Sepantas
yang boleh Irdina bergerak ke ruangan lobi. Nasib baik dia cepat bertindak.
Seorang pesakit wanita diserang angin ahmar secara tiba-tiba di lobi hospital.
*****
Pukul
1.00 pagi! Isqandar masih di ruang tamu di rumah barunya. Memandangkan Irdina
mungkin tidak akan pulang, lebih baik dia pulang ke sini. Boleh juga bertemu
dengan mamanya. Bab bermanja dengan Puan Jeslina, bagi dialah. Adik dia yang
bongsu pun tidak semanja itu.
“Tak
tidur lagi, Ryan?”
“Tak
mengantuk lagi, ma. Mama pulak buat apa tak tidur lagi?”
Puan
Jeslina menggelengkan kepala. Sudah menjadi suami orang pun, masih berperangai
seperti orang bujang.
“Mama
risaukan Ryanlah. Esok pagikan nak kerja. Tidur lewat pulak,” kata Puan Jeslina
sambil merenung anak lelakinya.
“Alah,
macam tak biasa. Ma, menantu mama tu kerja apa?”
“Siapa?
Irdina ke? Lah, tanya mama kenapa? Pergilah tanya tuan punya badan sendiri,”
Isqandar mengecilkan matanya.
“Mama
ni. Ryan dah tanya dia. Tapi, dia kata nantilah…”
“Hah,
tunggulah dia bagitahu. Ryan jangan risau. Dia bukannya buat kerja yang haram. Kerja dia halal dan mulia di sisi masyarakat
kita ni,” ujar Puan Jeslina.
Biarlah
Irdina sendiri yang memberitahu Isqandar perihal pekerjaannya. Dia sendiri
maklum dengan sikap menantunya itu. Irdina bukanlah seorang yang suka membangga
diri. Tambahan pula, dia malas mahu masuk campur. Pasti Irdina ada sebab dia
tersendiri. Macam manalah agaknya reaksi Isqandar apabila mengetahui isterinya
itu seperti perempuan idamannya.
“Mama
ni tak sporting langsunglah. Okeylah,
Ryan nak tidur. Jom, mama pun kena tidur. Ada pulak yang mengadu tak cukup
tidur nanti,” Puan Jeslina mencubit lengan sasa Isqandar.
“Pandailah
nak kenakan mama. Tutup tv tu,” Isqandar pantas menekan punat ‘OFF’ pada remote controller. Tak pasal sehingga ke pagi dia mendengar bebelan
mama kesayangannya itu.
p/s : hope semua sukalah. hehe. just tambah yang mana kurang. kurangkan yang terlebih.
smbng lagi...
ReplyDeleteesok CIA update. :)
Deletebest 3x.
ReplyDelete