Fariz
memberhentikan BMW M3 sport putih miliknya
di kotak parking taman rekreasi berdekatan
dengan sebuah kawasan perumahan. Dia keluar dari keretanya dan terus masuk ke
dalam sebuah van.
“Macam
mana?”
“Dia
tengah berbual dengan anak dia, tuan,” jawab Lukman.
“Dia
dengan siapa lagi?”
“Dengan
anak dia aje, tuan. Dah dua jam
mereka kat sini,” beritahu Lukman
sambil menghulurkan telescope kepada
Fariz.
“Sebelum
ni, dia dari mana?” soal Fariz lagi. Telescope
ditangan dibawa ke mata. Terlayar dimatanya akan kemesraan anak beranak itu.
Masih awal pagi, suspek sudah membawa anaknya bermain.
“Masa
kami nampak tadi, dia baru keluar dari sebuah pusat hiburan. Selepas tu, dia
terus masuk kawasan perumahan depan tu. Dan, dia bawa anak dia datang sini,”
jelas Lukman. Dua orang lagi anggota polis hanya terus memerhatikan gerak geri
suspek.
“Korang terus intip dia. Aku nak balik office dulu. Ada apa-apa nanti, terus inform aku,” arah Fariz tegas.
“Baik,
tuan,” jawab ketiga-tiga anggota polis itu.
Fariz
keluar dari van dan terus ke keretanya. Dia perlu berjumpa dengan ketuanya dulu
untuk meminta waran tangkap. Selagi tiada waran tangkap, mereka tidak boleh
menangkap suspek.
*****
“Assalamualaikum,”
Adelin menoleh ke pintu. Siapa yang datang pagi-pagi ni?
Adelin
menapak ke pintu. Dia membuka pintu dan terjengul Mak Jinah di hadapan pintu. Adelin
tersenyum. Mak Jinah rupanya.
“Waalaikumsalam.
Masuklah,” Mak Jinah melangkah masuk dan meletakkan beberapa beg plastic di meja island.
“Ian
mana?”
“Entahlah.
Awal pagi lagi dah keluar. Saya tak pasti pulak ke mana,” jawab Adelin sopan.
Mak Jinah tersentak. Dia merenung Adelin. “Kenapa, Mak Jinah? Saya ada terlupa
nak pakai apa-apa ke?”
“Eh,
tak… tak. Saja Mak Jinah tengok. Tak pernah pulak jumpa kamu kat sini sebelum
ni,” Oh, patutlah.
Sebenarnya
Mak Jinah terkejut kerana Adelin menegurnya sopan. Bukan seperti perempuan-perempuan
yang selalu keluar masuk apartment ni.
Cuma seorang dua sahaja yang berjenis. Yang lain, huh! Jangan haraplah. Segalanya
boleh dinilai melalui pakaian dan juga perangai.
“Dipaksa
datang sini. Kalau tak, tak adanya Mak Jinah nak tengok saya kat sini pepagi
macam ni,” Mak Jinah tersenyum.
“Tak
pernah lagilah Mak Jinah dengar perempuan yang keluar masuk sini, dipaksa,” balas
Mak Jinah. Adelin membulatkan matanya.
“Oh,
selalu orang datang sukarela ya?”
“Ha’ah.
Apa nama kamu?”
“Adelin
Annisa. Ikut suka Mak Jinahlah nak panggil apa,” jawab Adelin ramah. Wanita
separuh umur yang sedang berdiri di dapur itu kelihatan seperti ibunya sahaja.
“Sedap
nama, Adelin Annisa. Mak Jinah panggil… emmm…
Ann. Boleh?”
“Boleh
sangat. Ann tak kisah,” Mereka sama-sama ketawa. “Mak Jinah nak masak ke?”
tanya Adelin. Dia turut ke dapur.
“Jarang
Mak Jinah masak. Kalau Ian ada kat rumah aje
Mak Jinah masak. Tapi… semalam masa hantar Mak Jinah balik, dia pesan suruh
masak. Sebab Ann ada kat rumah,” jelas Mak Jinah. Tangannya sibuk mengeluarkan
barang-barang masakan yang dibeli di pasar tani tadi.
“Oh,
gitu. Biar Ann tolonglah. Mak Jinah
dah sarapan?”
“Sudah.
Kat rumah tadi. Ann pulak dah sarapan?” tanya Mak Jinah kembali.
“Dah
jugak. Tadi subuh terjaga dah tak boleh tidur. Ingat nak siapkan sarapan untuk
Fariz. Tapi, dia keluar macam tu aje,”
Sempat lagi Adelin mengadu. Teruja kerana dapat berbual dengan wanita yang
hampir sebaya dengan ibunya kot.
“Dia
memang macam tu, Ann. Selalu sangat keluar tergesa-gesa. Tengah stand bylah tu. Mak Jinah dengar dia
tengah handle kes yang ahli korporat
kena bunuh tu,” Adelin hanya mengangguk.
“Patutlah
semalam dia kata tengah stand by.
Sibuk jugak eh, kerja polis ni…”
“Memang
sibuk, Ann. Kadang-kadang tu sampai baju pun tak bertukar. Makan pun tak
terjaga. Dua tiga malam tak tidur tu pun satu bab,” Mak ai, sibuknya.
Adelin
tak pernah tahu pula sampai macam tu sekali. Dah macam cerita Korea yang selalu
dia tonton tu. Poseidon… Ghost. Hah, ambik!
Terkeluar dah senarai cerita Korea yang dia minat. Sanggup tengok sampai tak
tidur tu.
“Habis
tu, sempat pulak dia dok menggatal
ya. Tak sibuk pulak waktu tu,” Terletus ketawa Mak Jinah.
“Itu
time tak ada kes, Ann. Bila waktu
kerja, Ian memang serius. Nak tengok dia gelak ketawa pun susah. Tambah pulak,
sekarang ni Ian dah naik pangkat. Memang selalu sibuklah…”
“Naik
pangkat? ASP ke, Mak Jinah?”
“Rasanyalah,”
Mak Jinah mengeluarkan ayam dan udang dari peti ais dan diletakkan di sinki.
“Dah
lama Mak Jinah kerja kat sini?” tanya Adelin ingin tahu.
“Lama
jugaklah. Tan Sri Lutfi yang upah Mak Jinah suruh tengok-tengokkan Ian sejak
dia pindah masuk sini. Rasanya dah lapan tahun,” jawab Mak Jinah.
“Jadi,
Mak Jinah tahulah ya pasal Pearl tu?” Tak habis lagi dengan Pearl dia tu. Mak
Jinah mengangguk.
“Tahu
sangat, Ann. Tapi, Mak Jinah tak bolehlah cerita lebih-lebih. Takut Ian marah,”
balas Mak Jinah. Dah agak dah mamat tu mesti berkomplot dengan semua orang.
Adelin
mengambil pisau dan redai untuk memotong sayur kangkung. Dah lama rasanya tak
makan sayur kangkung. Sejak datang ke Kuala Lumpur tiga tahun lepas, dia dah
jarang makan makanan kampung. Jika tekaknya terasa rindu masakan ibunya sahaja,
dia singgah ke restoran makanan Melayu. Jika tidak, restoran western sajalah semedang.
“Mak
Jinah, Ann nak tanya something
boleh?”
“Apa
dia, Ann?”
“Kenapa
bilik yang hujung tu berkunci?” Mak Jinah yang sedang membasuh ayam itu,
terhenti kerjanya. Tangannya sedikit menggeletar.
“Errr… Bilik stor. Barang-barang bukti
kes yang Ian handle, semua ada kat
dalam tu. Kunci bilik tu pun Ian seorang aje yang pegang,” Adelin perasan
pembantu rumah Fariz itu gugup. Macam ada sesuatu yang Mak Jinah sembunyikan.
Tapi, apa?
Adelin
tidak bertanya lagi. Dia hanya membantu Mak Jinah menyiapkan makan tengah hari
sahaja. Dia tidak mahu Mak Jinah dimarahi Fariz pula kerana membuka cerita.
*****
Tengah
hari itu, Fariz balik makan tengah hari. Adelin hanya diam sahaja di meja
makan. Hanya perbualan Fariz dan Mak Jinah yang kedengaran. Otaknya kian
serabut kerana hatinya mendesak untuk mengetahui mengenai Pearl dengan lebih
lanjut. Seperti ada sesuatu yang Fariz cuba sembunyikan dari pengetahuannya.
“Ann,
kenapa diam aje? Tadi bukan main banyak
mulut lagi dengan Mak Jinah,” Adelin tersentak. Fariz memandang Adelin yang
kelihatan bingung itu.
“Hah,
tak adalah. Masakan Mak Jinah ni sedap sangat. Sampai terkunci terus mulut
Ann,” Spontan bibir itu menuturkan alasan.
“Berbual
apa aje dengan Mak Jinah, Adelin?”
tanya Fariz pula.
“Bual
kosong aje. Lepas makan, keluar balik
ke?” Adelin cuba menukar topik.
“Hmmm, kau duduk aje dengan Mak Jinah. Malam ni Mak Jinah teman kau. Aku tak balik,”
maklum Fariz. Adelin menggigit bibirnya. Nasi yang masih berbaki di pinggan dikuis-kuis.
“Esok
saya nak balik kampung. Tadi, dah call
Yani,” beritahu Adelin senada. Fariz menghentikan suapannya. Mak Jinah
memandang pelik keduanya.
“Tahu
pun nak balik kampung. Ingatkan dah lupa ibu dengan baba kau kat kampung tu,” Adelin mengetap bibir.
Dijelingnya lelaki di sebelah.
“Maafkan,
Mak Jinah. Betul ke kamu berdua hanya kawan?” Fariz dan Adelin mematikan
pandang pada Mak Jinah serentak. Hah, sudah!
“Kenapa
Mak Jinah tanya?”
“Saja
aje…”
“Kawan
aje. Teman tapi mesra,” Adelin
bersuara.
“Patutlah.
Selalunya kalau teman-teman wanita Ian datang, bilik utama yang berselerak.
Tapi, tadi Mak Jinah tengok… ada tuala dengan telekung dekat bilik tetamu,” Fariz
menelan air liur kasar.
“Iya
ke? Hmmm, melampau ya tuan punya apartment ni. Hesy,” Mak Jinah tersenyum kepada Fariz. Fariz dan mengerling
Adelin. Kecil besar saja dia tengok minah sebelah dia ni.
“Kampung
Ann kat mana?” soal Mak Jinah
tiba-tiba.
“Kedah,
Mak Jinah,” jawab Adelin.
“Oh,
jauh tu. Nun di utara,” Adelin hanya mengulas senyuman.
Dia
akan pastikan, Fariz akan menceritakan segalanya kepadanya. Jika perlu, akan
diugut lelaki itu. Jangan main-main dengan Adelin Annisa.
*****
Setelah
selasai makan, Mak Jinah membawa pinggan-pinggan kotor ke sinki. Adelin sudah menghilang
ke bilik. Nak solat zohor katanya. Fariz membantu Mak Jinah mengangkat pinggan.
“Ian,
tadi Ann tanya pasal bilik berkunci tu,” beritahu Mak Jinah jujur. Fariz sudah
mengagak Adelin pasti akan bertanya.
“Mak
Jinah jawab apa?”
“Mak
Jinah cakap, tu bilik bahan bukti semua kes Ian…”
“Pandai,
Mak Jinah. Ini yang Ian sayang Mak Jinah lebih ni. Jangan bagitahu Adelin
langsung pasal bilik tu tau. Boleh runtuh kondo ni kalau dia tahu,” ujar Fariz
sambil memeluk Mak Jinah yang sudah dianggap seperti ibunya itu.
Adelin
tidak jadi melangkah apabila terdengar perbualan Fariz dan Mak Jinah. Dia
kemudiannya terus berlalu kembali ke bilik. Tadi, selepas mengambil air
sembahyang di bilik air luar, dia terdengar Mak Jinah sebut pasal bilik
berkunci itu. Terus kakinya tidak jadi melangkah.
*****
Kuala Ketil, Kedah – 8.00 p.m.
Adelin
memandu Gen 2nya memasuki kawasan pedalaman kampung dengan berhati-hati. Jalan
kecil untuk sampai ke rumah tok wannya agak teruk. Perlu melepasi kawasan
berbukit-bukit dahulu sebelum sampai ke rumah itu. Sudahlah hari sudah gelap,
memang perlahanlah Adelin memandu.
“Fariz
tahu tak Adel balik kampung ni?” tanya Puan Aida, ibu kepada Adelin.
“Tahu,
bu. Awal lagi dah bagitahu,” jawab Adelin.
“Elok
jugaklah kamu bagitahu. Tak adalah si Fariz tu risau,” celah baba Adelin, Encik
Thohier.
“Risau
apanya, baba. Dia bukan ambil tahu pasal Adel pun,” Adelin berkata selamba.
“Ish,
kamu ni. Fariz tu tetap suami kamu. Nak ke mana pun, masih kena minta izin dia.
Bukannya kami tak tahu, kamu berdua tinggal asing-asing,” tembak Puan Aida.
Adelin tersengih.
“Tapi,
satu aje yang dia tak tahu. Dia tak
tahu pasal ibu dengan baba dah tahu Adel kerja apa dan tinggal kat mana,” Encik Thohier.ketawa kecil.
“Ni
mesti pasal baju-baju yang ibu suruh dia bawa balik sana,” Adelin mengangguk
laju. Dia memberhentikan kereta setelah tiba di rumah tok wannya.
“Ahhhh, seronoknya,” jerit Adelin
perlahan. Encik Thohier dan Puan Aida hanya tersenyum melihat anak perempuan
mereka itu. Bukannya Adelin tak mahu pulang ke kampung, tetapi kedua orang
tuanya yang tak benarkan. Tidak mahu anak perempuan mereka itu memandu jauh
seorang diri.
*****
“Lama
ka hang cuti, Adel?”
“Tiga
hari ja, tok. Tok wan pi mana ni?” tanya Adelin kembali.
“Mana
lagi. Suraulah. Dok pi mengajaq kat
surau depan sana nu,” beritahu Tok Jah.
“Amboi,
sakan aih tok wan kita la ni. Tok tak
pi mengajaq sekali?”
“Tok
hang pi mengajaq ka, habis gelong
semua jemaah. Pengajaq dok tersengguk
kat depan,” Adelin ketawa.
“Ayah
pi surau jalan kaki ka, mak?” soal Puan Aida pula. Sampai
saja tadi, Encik Thohier terus ke surau.
Jalan kaki sahaja. Elok jugalah kalau ayahnya bawa motor. Boleh balik
sekali.
“Dak aih. Naik motor dialah…”
“Ni,
mak. Tadi dok kat rumah, dok kalut nak makan ikan keli yang tok
wan bela,” Tok Jah ketawa kuat. Dah kenapa dengan Tok Jah ni?
“Esok
suruh tok wan tangkap. Besaq-besaq
ikan keli tok wan hang tu,” kata Tok
Jah.
“Eee, tak sabaqnya nak makan,” Hampir terloncat gadis itu.
“Haih,
dah ada isi ka? Macam orang dok
mengidam ja,” teka Tok Jah. Puan Aida
memberi isyarat agar Adelin menjawab. Adelin pula buat isyarat pada ibunya.
“Tak
ada rezeki lagilah, tok. Tahun depanlah kot,”
jawab Adelin, acuh tak acuh.
“Boleh
set noh, nak ada anak bila? Orang
muda lani lagu tulah. Tok dulu,
kahwin sebulan dah mengandung,” Adelin dan Puan Aida saling berpandangan.
“Bukanlah
tok. Kami ni sama-sama sibuk. Nak jumpa sehari pun susah,” Sepatutnya, nak
jumpa sebulan pun susah, Puan Adelin oi.
“Macam-macamlah
hampa ni. Ni, tolong tok hidang lauk.
Sat lagi, tok wan dengan baba hang balik nak makan,” Laju sahaja kaki
Adelin dihala ke dapur. Puan Aida hanya menggeleng.
*****
Pelabuhan Klang, Selangor – 9.00 p.m.
Lukman
dan beberapa anggota polis lain membetulkan baju kalis peluru di badan sebelum
menyarung sehelai T-shirt lain. Fariz pula memastikan pistolnya berfungsi.
Malam ini mereka akan bertindak untuk menangkap dalang di sebalik kes
penyeludupan kanak-kanak yang semakin berleluasa itu.
“Kami
dah sedia, tuan!” Lukman bersuara lantang. Fariz memandang anggota-anggotanya
yang sudah bersiap sedia itu. Kini, mereka hanya menunggu arahan darinya
sahaja.
“Kita
tunggu pasukan marin bagi green light
dulu,” Lukman hanya mengangguk.
“Kalau
kita dapat tangkap ‘ikan besar’ malam ni, lena tidur kita lepas ni,” kata Saiful
dalam nada bergurau.
“Jangan
nak beranganlah, Epol oi. Banyak lagi kes kita kena handle,” Saiful melepaskan keluhan.
“Korang ni, cuba ceriakan suasana sikit. Spoillah,” Lukman dan yang lain-lain
ketawa sakan.
Fariz
menjauhkan diri sedikit dari orang-orang bawahannya. Telefon bimbitnya
mengeluarkan bunyi beep tadi. Pesanan
mesej dibuka.
‘Saya dah sampai
kg petang tadi. Lpa nak bagitahu. Skrg kat rmh tok wan. Tc…’ – Adelin
‘Tak sms pun tak
apa. Bkn pernah bagitahu pun sblm ni. u too. tc…’ – Fariz
Tiada
lagi balasan dari Adelin. Fariz terus meng‘off’kan
telefon bimbitnya. Sekejap lagi, ada event
penting yang perlu diberi tumpuan. Dia tidak mahu gagal dalam operasi malam ini.
Walkie talkie
di tangan berbunyi. Arahan dari pihak laut sudah diberi. Fariz membuat isyarat
agar anggota-anggotanya bersiap sedia. Mereka berpecah ke tempat yang seperti
diplankan awal tadi. Fariz mengetuai
satu kumpulan dan Lukman pula mengetuai kumpulan yang lain.
Ketika
itu, sebuah van sedang menghampiri pelabuhan. Namun, bot yang dijadualkan tiba
di situ masih belum kelihatan. Fariz yang sedang bersembunyi di sebalik semak
cuba mengamati beberapa wajah yang baru keluar dari perut van. Tiba-tiba, satu
gambaran ingatan lamanya terlayar di fikiran.
Jari
telunjuk yang bersiap sedia untuk menekan trigger,
semakin mengendur pegangannya. Dia menggelengkan kepala, cuba menghilangkan
ingatan yang mengganggunya.
“Tuan,
bot dah sampai…”
Fariz
tersedar. Cepat-cepat dia kembali menumpukan perhatian. Tangan kirinya diangkat.
Dan, dua minit kemudian diturunkan. Itu tandanya, mereka perlu bertindak.
Dengan langkah yang perlahan, pasukan Fariz bergerak mendekati belakang van. Langkah
diatur dengan penuh berhati-hati. Tidak mahu penjenayah menghidu gerakan
mereka.
Pasukan
Lukman juga sudah bergerak ke sebuah kenderaan lain yang tidak jauh dari van
dan bot itu. Kedengaran beberapa suara sedang bercakap-cakap. Fariz
menjengulkan kepala sedikit.
“Budak-budak
ni perlu dibawa kat tempat bos,
sebelum cerah. Aku nak korang berhati-hati.
Jangan sampai polis tahu kerja kita. Faham!” Mungkin ketua mereka yang memberi
arahan. Polis dah tahu pun!
“Tapi,
Jay…”
“Apa
lagi? Takkan kerja senang macam ni tak boleh nak ikut?” Lelaki bengis yang
dipanggil Jay itu mengetuk kepala seorang lelaki yang sedang tunduk di
hadapannya.
Fariz
mengangguk kepada Lukman yang tidak jauh dari situ. Dia menggerakkan jari
telunjuknya.
“Angkat
tangan! Polis!” jerit Fariz.
Terus
kelam kabut orang-orang Jay. Lintang pukang mereka berlari, cuba menyelamatkan
diri. Jay mengangkat tangannya. Dia tak sempat untuk melarikan diri
memandangkan Fariz sudah mengacukan pistol kepadanya. Orang-orang Fariz menahan
konco-konco Jay dengan pantas.
Pasukan
marin yang bersembunyi di sebalik bot-bot juga keluar. Mereka menahan beberapa
orang yang juga cuba melarikan diri. Daripada hasil serbuan, hampir dua puluh
orang tertangkap malam itu termasuk ketua mereka, Jay. Orang-orang Fariz memang
sedia mengekori Jay. Alhamdulillah, intipan mereka selama beberapa minggu
membuahkan hasil.
“Ian!”
“Hadi,”
Mereka berpelukan seketika.
“Tak
payah nak buat jejak kasih sangatlah. Dah settle
ke?”
“Dahlah
kot. Dia orang seludup apa?”
“Orang.
Jomlah pergi tengok,” Fariz dan Hadi
beriringan menuju ke bot. Fariz membulatkan matanya. Dia memandang Jay tajam. Lelaki
yang bertatu di lengan itu hanya tersenyum sinis.
“Aku
sure mesti Jay ikut arahan dari orang
lain. Tadi aku dengar dia suruh orang-orang dia hantar kat tempat bos dia orang,” maklum Fariz.
“Sanggup
dia orang seludup budak-budak tak cukup umur ni. Apalah salah budak-budak ni?
Aku tak faham sungguh,” kata Hadi, geram.
“Macam-macam
yang dia orang boleh buat, Hadi. Tolong buat kerja haram dia orang ke. Orang-orang
kau ke yang nak bawak balik budak-budak ni?” Hadi mengangguk.
“Kena
tunggu van sampai dulu. Sebelum hantar balik kat tempat asal, kena siasat jugak budak-budak ni semua. Manalah
tahu dia orang tahu pasal ketua teratas kumpulan,” Hadi membelek seorang budak
perempuan. Wajah comot itu menimbulkan perasaan belas.
Fariz
mengeluh kecil. Dia menunduk sedikit memandang seorang kanak-kanak lelaki yang
sedang menangis. Daripada susuk tubuhnya yang bersalut pakaian berjenama, Fariz
mengagak budak lelaki itu anak orang kaya.
“Adik
dah selamat. Jangan nangis. Syuhhh,” Fariz
cuba memujuk. Budak lelaki dalam lingkungan tujuh tahun itu tersedu.
“Bukan
adik tapi anak,” Fariz menjeling Hadi.
“Kau
ni spoillah. Aku muda lagi,” Hadi
buat muka.
“Mudalah
sangat. Aku dengan kau sebaya kan? Dah tiga puluh tahun pun. Bukan dua puluh
tahun. Aku punya anak dah nak masuk dua. Kau apa ada?”
“Ceh, banggalah sangat. Buang masa aku
layan kau. Aku balik ibu pejabat dulu. Nak bawa sengal-sengal tu semua balik. Kang ada pulak yang buat hal,” Fariz
bangun berdiri.
“Iyalah.
Apa-apa hal, roger,” Fariz
mengangguk.
Belum
sempat Fariz melangkah, kakinya dipegang. Fariz menunduk ke kakinya. Budak
lelaki yang dipujuknya tadi memeluk kakinya. Dia mencangkung sambil tersenyum.
“Adik,
abang kena balik dulu. Adik ikut abang ni balik ya,” pujuk Fariz lembut. Budak
lelaki itu menggeleng laju. Wajahnya sudah basah dihujani air mata.
“Didie
tak… nak du… duk kat… kat sini. Bu… busuk,”
kata kanak-kanak itu sambil tersedu.
Budak
perempuan di sebelahnya menjeling. Busuk sikit saja pun. Manja! Detik hati
kanak-kanak perempuan itu.
“Oh,
Didie ya nama adik. Tak apa, adik ikut abang Hadi. Kat sana bersih. Kat tempat
abang, busuk jugak…”
“Kau
pergilah dulu, Ian. Aku pujuk dia,” Hadi menepuk belakang Fariz. Lagi dilayan
kanak-kanak itu, tak mahu lepas pula nanti.
“Adik
ikut abang Hadi. Esok, abang datang jenguk adik ya,” Akhirnya kanak-kanak itu
mengangguk perlahan.
Fariz
memberi isyarat kepada Hadi agar menjaga Didie. Hadi mengangkat keningnya namun
kemudian mengangguk. Berkaca mata Didie menghantar Fariz yang sudah berlalu ke
kereta polis yang baru tiba di pengkalan.
*****
Kuala Ketil, Kedah – 10.00 p.m.
Adelin
tergolek ke kiri ke kanan. Nak tidur, masih awal lagi. Ingin melayari internet,
tak ada rangkaian internet pula. Alihnya, dia membelek gambar-gambar yang
diambil ketika bercuti bersama ibu dan babanya di Bali beberapa bulan yang
lepas.
Pintu
bilik Adelin diketuk perlahan. Adelin bingkas bangun dan membuka pintu bilik.
Hmmm, tok rupanya.
“Tak
tidoq lagi ka?” Adelin menggeleng perlahan. Tok Jah melabuhkan punggung di
katil.
“Awat tok?” Dia turut duduk di birai
katil.
“Ni
hah. Rantai yang tok beli kat Mekah
hari tu,” Tok Jah meletakkan rantai emas putih di tapak tangan Adelin.
“Apa
ni, tok?”
“Ambiklah. Tok dengan tok wan bagi. Masa hang kahwin dulu, tak ada apa kami nak
bagi,” Adelin terharu. Tidak menyangka tok wan dan toknya rasa bersalah kerana
tidak memberi apa-apa ketika perkahwinannya dulu.
“Adel
tak kisahlah, tok. Restu tok dengan tok wan pun dah cukup. Lagipun, apa pulak
kata sepupu-sepupu Adel nanti,” Tok Jah senyum.
“Dak aih. Hang cucu sulung tok. Depa
nak kata apa. Sebelum depa muncul, hang dulu yang tok dengan tok wan dok kelek ke hulu ke hilir,” Adelin
memeluk tubuh tua di sebelahnya.
“Terima
kasih, tok,” ucap Adelin. Tok Jah mengusap kepala cucu sulungnya lembut.
Adelin
merupakan anak sulung kepada pasangan Encik Thohier dan Puan Aida. Pasangan itu
juga memiliki seorang anak lelaki iaitu adik kepada Adelin yang kini sedang
melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan.
To be continued…
Inspektor Fariz
p/s : SELAMAT MEMBACA! harap okeylah. just try and error. entahlah dah jadi apa. jangan lari tajuk sudah. hehe. macam biasa trademark CIA, kahwin! tak suka buat cerita pasal org tak kahwin lagi. hehe. sory tau kalau tak memuaskan. i'm just trying my best. :D. cer komen sikit.
Bila masa pulak faris dengan adelin tu kawin,,.?
ReplyDeletethe old time. episode 3 detail sikit pasal fariz dan adelin. :D
Deletebest 3x.
ReplyDeletethank you, baby mio. :D
Deletehahaha... best la, nak lagi sis? bagi mlm ni ka? Hahahahaha... sama mcm sya sis, sya pun ska jugak cita waktu kahwin ♥
ReplyDeletemaseh. :D. haha. nanti akak update ya. kan. sweet sikit after kahwin. hehe.
Delete