Uhuk!
Amar dan Nur Dini tersedak serentak. Pija mengecilkan matanya memandang Nur
Dini. Macam betul saja andaian Azman itu.
“Tapi,
kenapa aku nampak macam kau tengah buat bantuan pernafasan aje? Baik korang
cerita…”
Azman
masih tidak mengalah.
“Amar
cuma tengok saya batuklah. Lepas tu, dia tolong tarik tudung yang jerut tengkuk
saya,” tipu Nur Dini.
Dia
baru saja nak lupakan peristiwa Amar memberikan bantuan pernafasan mouth to mouth kepada dia hari tu, Azman
pula pergi ungkit. Dia malu! Takkanlah dia nak aibkan perbuatan tidak senonoh
Amar padanya. Takut pula dia berdosa.
“Hah,
gitulah cerita. Minah ni susah nak bernafas sebab tudung belit tengkuk dia.
Apalah kau ni…” Sokong Amar.
“Manalah
tahu buat CPR ke? Eh, kalau kau ada buat CPR… kesian Dini. First kiss untuk future
husband dia… kau dah bedal,” Keyra mencubit lengan Azman.
Semakin
merah muka Nur Dini dibuatnya. Amar merasakan nasi yang ditelannya macam batu.
Bukan sekali dia buat, tapi dua! Lambat-lambat dia menoleh ke arah Nur Dini. Muka
gadis itu yang putih melepak bagaikan disimbah cat merah. Blushing gila!
Nur
Dini menggigit bibirnya.
“Apalah
abang Man ni. Kak Dini punya first kiss
dah lama hilanglah,” Mikael berjeda. Terbeliak mata Nur Dini memandang adiknya
itu. Semua di situ sudah berfikir bukan-bukan. “Hilanglah. Kan ke papa mama
selalu kiss kak Dini,” Apada.
“Mikael
ni bikin suspenlah. Dah, makan cepat. Lepas tu, pergi buat homework yang abang bagi semalam,” Mikael menayang sengih. Dia suka
tengok Nur Dini blushing. Mesti macam
pakai blusher saja pipi Nur Dini.
“Kak
Dini, I want to play outside. With my teddy,” minta Anabella manja.
“No, darling. You stay here. Kejap lagi kak Dini teman Bella. Panas lagilah kat
luar,” Anabella menjuih bibir. Namun, tidak lama. Dia melihat Amar sudah
membasuh tangannya.
“Please. Abang Amar will accompany me, right?” Amar tersentak. Tetiba saja namanya
disebut Anabella.
“Yeah, sure. But, this…”
“Tinggal
aje. Nanti saya basuh. Bella jangan nakal-nakal eh,” pesan Nur Dini.
“Okey,
daaa,” Anabella sudah menarik tangan Amar ke beranda. Adalah tu lukisan yang
dia nak tunjuk.
“Geramnya
aku tengok adik kau, Dini,” Hah, baru dengar suara Pija. Kusyuk sangat dia
makan, sampai tak boleh nak bercakap.
“Kau
jangan, Ja. Anak orang tu,” kata Keyra sambil membasuh tangan Azman. Isteri
mithalilah katakan.
“Tahulah.
Tapi, tak bolehlah aku tengok dia. Rasa macam nak peluk-peluk aje,” Bukan main
geram lagi hah.
Dek
terlalu geram, dia tak sedar jarinya laju mencubit pipi Mikael di sebelahnya.
“Yang
kau cubit tu pipi Kael kenapa, Pija?” Mikael menjeling Pija. Sudahlah dia tidak
suka orang pegang pipinya.
“Kak
Dini, Kael naik dulu,” Mikael terus menghilang ke tingkat atas.
“Merajuk
dah budak tu…”
“Tak
adalah, Keyra. Pipi dia tu exclusive.
Bila ada yang pegang, mulalah dia blushing.
Itu nak sembunyikan pipi dia yang dah merahlah tu…” Mengata orang, dia pun sama…
dua kali lima.
“Patutlah,”
Pija mengutip pinggan-pinggan kotor dicuci.
Pija
sengaja mengusik Nur Dini dengan menghulurkan pinggan yang digunakan Amar
kepada gadis itu. Bertambah blushinglah
dibuatnya. Azman dan Keyra sudah keras perut ketawakan Nur Dini. Usik sikit,
dah merah pipi. Ada hati dengan Amarlah tu.
Sesudah
makan, Azman menyertai Amar dan Anabella di beranda. Manakala, Nur Dini, Keyra
dan Pija mengemaskan meja makan dan mencuci pinggan. Selepas itu, mereka turut
membawa langkah ke beranda. Sampai lewat petang jugalah mereka di rumah Nur
Dini.
*****
Amar duduk
bersantai di kerusi di tepi kolam renang. Kata-kata Azman di rumah Nur Dini
tadi masih terngiang-ngiang di telinga.
‘Manalah
tahu buat CPR ke? Eh, kalau kau ada buat CPR… kesian Dini. First kiss untuk future
husband dia… kau dah bedal.’
‘Aku
tahu, Mar. Aku nampak apa kau buat untuk tolong Dini. Tak salah cuma aku rasa
kau macam terleka sekejap. Hanya kau dengan Dini aje yang tahu apa yang
berlaku. Haram, Mar buat benda yang menjurus kepada maksiat.’ – Azman berkata
ketika di beranda.
‘Walaupun
Dini tak ada kata-kata apa, kau kena ambil tindakan. Kau tak takut dia berasa
bersalah kat future husband dia
nanti? Kita memang tak tahu apa yang dia fikir. Dini tu perempuan. Pemikiran
dia tak sesimple kita, Mar. Kau
fikir-fikirkanlah kata-kata aku ni.’
Amar
melepaskan keluhan berat.
“Apa
yang dikeluhkan tu?” Opah Yam muncul di muka pintu ke kolam renang.
“Opah.
Bila sampai?”
“Petang
tadi lagi. Amar sampai tadi, opah tengah mengaji. Itu yang opah tak tegur Amar,”
Amar mengangguk. Opah Yam menghenyakkan punggung di kerusi bersebelahan dengan
Amar.
“Opah,
Amar nak tanya pendapat opah sikit, boleh?” Amar menegakkan badannya. Dia mengadap
Opah Yam.
“Tanyalah,
Amar. Opah tak minta bayaran pun kalau bertanya…”
“Amar
cakap ni, opah jangan marah tau. Amar tak terniat langsung,” Opah Yam
mengangguk faham. Amar menceritakan dari A sampai Z kepada Opah Yam. Tak ada
satu pun yang tinggal.
Opah
Yam menghela nafas.
“Macam
nilah, Amar. Perbuatan Amar tu haram. Tak elok walaupun perkara tu berlaku
hanya sesaat sekalipun. Minta ampun dengan Allah. Dan, yang paling penting,
Amar kena minta maaf pada Nur Dini. Dia perempuan, memang tak boleh nak buat
apa-apa. Tambah pula, hubungan kamu berdua yang tak ngam…”
“Tapi,
opah. Amar tak sedar langsung sampailah dia tolak Amar. Dikira berdosa ke kalau
kita tak sedar. Nur Dini sendiri tak melawan,” Opah Yam bangun dan duduk di
sebelah Amar.
“Tak
kiralah sedar atau tidak. Keadaan yang menimpa Nur Dini tidak dikira darurat jika
masih ada yang boleh Amar minta bantuan. Bukan Amar seorang yang berada di
situ. Lagipun, mesti Nur Dini masih lemah waktu tu. Jika ketika itu, Nur Dini
tidak menghalang kelalaian Amar… apa akan jadi?” Amar terdiam.
“Firman
Allah S.W.T. dalam surah al-Isra’ ayat 32, dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
yang membawa kerosakan. Amar kena ingat tu. Opah nak Amar selesaikan sendiri
dengan Nur Dini,” sambung Opah Yam. Dia meninggalkan cucunya untuk berfikir
sendiri di situ.
Amar
buntu. Dia membawa langkah ke biliknya di tingkat tiga. Sebaik tiba di bilik,
dia terus ke bilik air dan mengambil wudhuk. Dia ingin meminta ampun dan
petunjuk dari-Nya. Mungkin sedikit sebanyak akan membantunya.
*****
Seminggu
selepas itu…
Amar bertandang
ke rumah Nur Dini. Gadis itu sudah tentulah terperanjat kerana lelaki yang
sering bertikam lidah dengannya tiba-tiba muncul di rumahnya. Disebabkan Amar
meminta agar pertemuan mereka agak privasi, Nur Dini membawa Amar ke gazebo di
tepi pagar rumah.
Amar
menunggu dengan sabarnya sementara Nur Dini masuk ke dalam rumah. Kata gadis
itu, dia ingin memaklumkan pertemuan mereka kepada orang tuanya. Takut timbul
fitnah pula nanti.
“Air,”
Nur Dini meletakkan dulang berisi sejag air oren sejuk dan juga cookies. Dituangnya air ke dalam gelas.
Datuk
Mubin dan Datin Sophia pula melihat dari jauh. Mereka bersantai di beranda
sambil memerhatikan Nur Dini dan Amar di gazebo.
“Maaflah
kalau aku datang kacau kau cuti-cuti macam ni. Tapi, apa yang aku nak
bincangkan dengan kau ni penting,” Amar memulakan bicara.
“It’s okay. Hal apa yang penting sangat
tu?”
“About us?” Nur Dini pelik. Kenapa pulak
dah dengan gengster celup ni? Getus Nur Dini.
“What about us?”
Amar menghela
nafas panjang.
“Kau
tahukan apa yang jadi masa aku selamatkan kau dari lemas hari tu?”
“Maksud
awak?”
“Aku
rasa tak sedap hati kalau tak minta maaf dengan kau. Aku minta maaf
sangat-sangat sebab aku lalai masa selamatkan kau,” Nur Dini terkaku. Rasanya
dia sudah dapat mengagak apa yang cuba Amar sampaikan.
“Saya
dah maafkan awak,” kata Nur Dini perlahan. Amar terpempan. Semudah itu Nur Dini
memaafkannya? Tidakkah gadis itu berasa dia sudah mencabul dirinya?
“Just like that?” Amar bagaikan tidak percaya.
Selama ini, hanya dia yang berasa bersalah? Sedangkan gadis itu biasa-biasa
sahaja.
“Apa
maksud sebenar awak, Amar?”
Amar
berlagak tenang. Dia perlu lakukan seperti yang dirancang. Dia sudah berbincang
dengan ahli keluarganya. Walaupun daddy
dan mummy membantah keputusan dia,
Opah Yam tetap ada untuk menyokongnya.
“Aku
nak kita kahwin,” Nur Dini terpaku. Kahwin? Sampai begitu sekalikah Amar berasa
bersalah?
Pada
mulanya, dia pernah terfikir untuk suarakan perbuatan tak senonoh Amar padanya
ketika melakukan CPR. Tetapi, apabila difikirkan kembali… dia macam sedang
membuka aibnya sendiri kerana membiarkan lelaki itu terleka walaupun dia masih
lemah ketika itu.
“A…
apa maksud awak ni? Awak hanya membantu saya. Tak lebih dari tu…”
“Tapi,
kau kena tahu sesuatu, Nur Dini. Aku lelaki normal dan setiap kali aku nampak
kau, aku tak boleh nak tahan diri aku. Kau fahamkan maksud aku,” Sebuah
kenyataan bagaikan terhempap tubuh Nur Dini.
Dia menganggap
lelaki itu sudah melupakan peristiwa itu kerana keadaan mereka yang sering
bergaduh. Nur Dini langsung tidak menyangka sebegitu sekali perasaan Amar.
Patutlah setiap kali bertembung, Amar menunduk atau pura-pura tidak nampaknya.
Nur
Dini terasa sebak. Kenapa dia tak pernah terfikir akan akibat dari bantuan Amar
hari tu? Cepat-cepat Nur Dini bangkit dari duduknya.
“Awak
jumpalah dengan parent saya. Dia
orang ada kat beranda,” kata Nur Dini lantas dia menghilangkan diri ke dalam
rumah. Amar terkedu. Jumpa parent dia?
Amar
berpaling ke beranda. Datuk Mubin dan Datin Sophia mengukir senyuman kepadanya.
Dengan tekad di dada, dia melangkah ke beranda. Nur Dini bersembunyi di sebalik
langsir pintu. Nak curi-curi dengarlah tu.
Dia
sendiri terkejut apabila lelaki itu dengan beraninya berhadapan dengan papa dan
mamanya. Amar cuma menjelaskan dia ingin berkahwin dengan Nur Dini kerana telah
jatuh cinta dengan gadis itu. Pada hakikatnya, dia ingin menjaga maruah
keduanya.
Datuk
Mubin dan Datin Sophia menerima hasrat Amar dengan tangan terbuka. Tapi, Datuk
Mubin mengharapkan Amar menghantar kedua orang tuanya untuk melamar Nur Dini. Amar
telah berjanji akan menghantar kedua ibu bapanya dalam masa terdekat.
p/s : CIA sorry kalau ada statement yang tak berapa nak betul eh. kalau ada yg salah tolonglah tegur ya. :D. SELAMAT MEMBACA!
Best Sgt..����
ReplyDeletemakaseh. :D. <3
DeleteOMG sis, Best2... nak lagi, mlm ni blh bagi x? Hehehehe..
ReplyDeleteMak aih... baiknya Amar... gentleman
ReplyDelete