maaf, lambat sikit entry hari ni. try to finish the part very fast. tapi, tak dapatlah. since, busy dengan gangguan di rumah. tak dapat nak concentrate dengan writing. sorry. :D. SELAMAT MENBACA!
Amar
melepaskan lelah di gazebo. Ya Allah, sungguh tenang hatiku kini. Tiada lagi
gusar, Amar berfikiran sendiri. Adakah keputusan mengahwini Nur Dini merupakan
pilihan yang terbaik? Bahagiakah mereka berkahwin tanpa sekelumit cinta pun?
“Amboi,
berangan apa?” Amar tersentak sedikit. Dijeling Nur Dini tajam. “Saya tak
takutlah kalau setakat nak jelling maut gitu. Nak makan apa? Nasi atau roti?”
Datin
Sophia yang meminta agar Nur Dini membawa sarapan untuk Amar di gazebo. Menjadi
seorang isteri haruslah bijak mengambil hati suami. Sedaya yang mampu, Datin
Sophia cuba mengajar anak perempuannya itu untuk melayani suami sebaik mungkin.
Tambahan pula, usia pasangan baru berkahwin itu masih muda dan masih banyak
lagi perkara yang harus mereka pelajari.
“Apa
yang perlu aku makan?”
“Hah?
Tanya saya dah kenapa? Awak yang nak makan. Bukannya saya,” Amar mengikut
rentak bibir Nur Dini.
Kuat
membebel juga minah ni, omel Amar sendiri.
“Saja.
Aku tengok kau ni dah macam langau. Mulut tak reti nak tutup. Satu aku tanya,
sejuta kau jawab,” Nur Dini mencebik. Biarlah! Mulut saya, getus Nur Dini geram.
“Hello, cakap banyak tak apa. Janji
terang dan nyata. Dah tak payah nak tanya banyak-banyak kali. Buang masa…”
“Aku
nak makan nasi. Tadi jual mahal sangat dengan Dian…”
“Apa?
Awak jumpa Diana?!”
Nur
Dini mengecilkan matanya. Elok mood
dia baik ingin melayan Amar seperti raja, kini sudah hancur. Berkecai!
“Hoi,
agak-agaklah nak menjerit pun. Takkan nak biar satu taman ni dengar,” marah
Amar. Tapi, marah biasa-biasa saja. Tengok wajah comel itu, nak marah pun hati
sudah menjadi lebur.
“Kan
saya dah pesan, kalau jumpa Diana… jangan layan. Hish, tak faham bahasa
betullah awak ni,” Nur Dini memeluk tubuh.
“Eh,
dia ni. Ikut suka akulah nak tegur siapa pun. Yang kau nak buat muka macam
biawak kena lapah tu dah kenapa?”
What?! Biawak kena lapah? Bertambah bengang Nur
Dini dibuatnya.
“Awak
pernah tengok ke biawak kena lapah macam mana?” Amar menggeleng. Nur Dini ketap
bibir. Bercakap bukan main lagi, mengalahkan biasa melihat biawak kena lapah.
Dicapai
pinggan nasi dan sesudu nasi dibawa ke mulut. Jika menunggu si isteri yang
menyuapnya, tahun bilalah dia akan makan? Gaya Nur Dini sanggup ingin
menyuapnya makan. Eheh.
“Kenapa
kau nak benci sangat kat si Diana tu? Aku tengok dia okey aje,” kata Amar
selamba.
Di
dalam geram pun, Nur Dini menuangkan juga jus oren ke dalam gelas dan
dihulurkan kepada Amar. Tercekik karang, dia juga yang kena. Kalau kena bebel
dengan keluarga dia, okey lagi. Yang ditakutkannya, keluarga Amar. Mahunya
berperang antara dua keluarga. Eheh!
“Okey.
Tapi, gedik sikit,” jawab Nur Dini malas.
Didongak
kepala ke dada langit. Mendung pula cuaca hari ini. Tetapi, tiada pula
tanda-tanda bumi akan disimbah hujan. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Keadaan
taman sekarang ini, tersangatlah sunyi. Kebanyakan penghuni rumah keluar
bekerja dan ke sekolah.
“Nur Dini, don’t judge a book by it cover.
Kita bukan sesiapa nak menilai orang begitu begini. Jangan lupa, satu jari kita
menuding orang, empat jari kembali menuding kita,” Ternganga sebentar mulut Nur
Dini.
Muhammad
Amar Datuk Riduan berfalsafahlah.
“Fa…
ham. Tapi…”
“Jadi
diri sendiri lebih baik daripada menjadi seseorang yang langsung kita tak
kenal. Mungkin itu sifat semula jadi Diana, menegur sesiapa yang dia
berselisih. Jangan buruk sangka dengan orang, Nur Dini. Such a simple minded person you are,” Sekali lagi Nur Dini terdiam.
“Iyalah.
Dah habis makan?” Malas memanjangkan isu Diana. Alihnya, dia yang kena.
“Dah.
Aku nak kau siap. Pack baju sekali. Aku
nak bawa kau jumpa seseorang,” Nur Dini kerutkan dahi sambil mengemas sarapan
Amar.
Seseorang?
Teman wanita dia ke? Nak packing
baju, buat apa pula? Nur Dini bersoal sendiri. Setelah Nur Dini siap berkemas,
mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
*****
Satria
Neo yang dipandu tenang oleh Amar membelah lebuhraya yang agak lengang. Lagu
berentak rancak menemani perjalanan Amar dan Nur Dini.
“Awak,
kita nak pergi mana sebenarnya ni?”
“Honeymoon…”
“Hah?
Ho… honeymoon?” Nur Dini menelan air
liur kasar. Dah gila ke apa, Mr. Amar ni?
“Tak
payah nak ke laut sangatlah fikiran kau tu,” Nur Dini mengerling Amar di
sebelah.
“Apa
pulak ke lautnya? Betullah awak cakap tadi, honeymoon
kan? Apa lagi saya boleh fikir? Ada ke orang pergi honeymoon kosong aje?”
“Habis,
kau nak bawak balik ‘isi’ ke?” tukas Amar. Teringin pula dia melihat reaksi Nur
Dini.
“Orang
lain seronok mimpi indah di malam hari. Awak jangan nak menempah mimpi buruk di
siang hari pulak ya,” Nur Dini bersuara geram. Orang serius, dia main-main
pula.
“Tak
adalah, kau yang mula dulu kan? Aku mana tahu, apa yang ada dalam kepala otak
kau tu,” Amar berkata sambil ketawa kecil.
“Then, just tell me the truth. Where we’re
heading to?”
“Balik
kampung opah,” maklum Amar.
Sekali
lagi Nur Dini bingung. Mahu menyoal, takut pula tersalah sangka lagi. Akhirnya,
dibiarkan sahaja persoalan itu di benaknya. Nanti dia akan tahu juga.
“Opah
dah bertolak balik kampung selepas subuh tadi. She asked me to take you there. She want to introduce you to our
village,” beritahu Amar tanpa dipinta. Dia pasti, Nur Dini mesti mahu
mengetahui tujuan mereka pulang ke kampung.
“Tak
tanya pun…”
“Kau
tak tanya pun aku tahulah. Aku kan, sua…” Kata-kata Amar tergantung. Suami kau,
desis Amar di dalam hati. Ingin menyebut secara realiti, dia masih segan. Macam
terlalu muda sahaja untuk bergelar suami.
Nur
Dini buat muka pelik. Kenapa pula tak dihabiskan ayat itu?
“Sua
apa?”
“Tak
ada apa-apalah. Dah, diam. Nanti dah sampai baru cakap balik,” Erk? Pelik
sungguh perangai suami Nur Dini ini.
*****
Setelah
beberapa jam perjalanan, akhirnya tiba juga mereka ke destinasi. Amar bersandar
sebentar. Ditoleh ke kirinya. Nur Dini sedang nyenyak tidur. Tadi bukan main
jual mahal lagi Nur Dini ketika dia meminta agar gadis itu berehat. Sudahnya, ke
alam mimpi juga.
Tanpa
membangunkan Nur Dini, Amar membuka pintu keretanya. Di bawa langkah ke tangga
rumah papan Opah Yam. Walaupun papan, mewah jugalah rumah kampung itu.
“Assalamualaikum.
Opah!” Laung Amar kuat.
Terkocoh-kocoh
Opah Yam membuka pintu rumah kayunya.
“Waalaikumsalam.
Sampai pun cucu opah. Meh, naik. Eh, Dininya mana?” Opah Yam memanjangkan leher,
mencari kelibat cucu menantunya.
“Ada
dalam kereta, opah. Membuta lagi. Kereta dah berhenti pun tak sedar,” Amar
turut memandang ke keretanya.
“Lah,
penat kot. Amar pergi kejut dia. Hari dah lewat petang ni,” suruh Opah Yam sebelum
menghilang ke dalam rumah.
“Penat?
Sepatutnya aku yang penat sebab aku yang drive.
Ini, dia yang melebih. Hmmmph!” bebel Amar perlahan.
Amar
berlalu ke Satria Neo hitamnya. Nur Dini masih belum bangun juga. Kuat tidur betul
cik kak ni. Aku letak mercun kang, masuk hospital pulak, bebel Amar. Disandarkan
tubuh ke pintu kereta di sebelah tempat duduk penumpang. Tangannya mula
memainkan peranan. Diketuk cermin tingkap beberapa kali.
Terpisat-pisat
Nur Dini menenyeh matanya. Matanya mula menangkap susuk Amar di sebalik cermin.
Digelengkan kepala seketika.
“Dah
sampai ke?” soal Nur Dini sambil membuka pintu kereta.
“Kau
rasa?”
Nur
Dini menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Manalah dia tahu jika mereka sudah
tiba di rumah Opah Yam atau tidak. Nyenyak sangat tidur sehingga tidak sedar
mereka berada di mana.
“Opah
dah tunggu kat atas. Pergilah naik,” Nur Dini menutup pintu kereta.
Saat itu
matanya mula meluas. Dilihat keadaan sekeliling. Senyuman mula terukir di bibir
comel Nur Dini.
“Awak,
ni ke rumah opah?”
Amar mengerling
si penyoal. Eh, dia ni. Aku cepuk karang baru dia tahu, getus Amar.
“Okey,
tak tanya dah. Naik dulu. Saya redah aje eh…”
“Bagi
salam dulu!”
Nur Dini
membentuk simbol ‘O’ menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Amar mula
mengeluarkan beg pakaian mereka. Beg plastik berisi buah buahan juga dibawa
keluar. Puan isteri punya pasallah tu. Tiba-tiba nak makan buah delima. Katanya,
sudah lama tidak makan buah delima di Malaysia. Sudahnya, bukan setakat buah
delima… segala jenis buah diangkutnya.
*****
Dikesempatan
yang ada, Nur Dini mengemaskan pakaiannya dan juga Amar. Diletakkan semua pakaian
ke dalam almari. Memandangkan seminggu jugalah mereka akan berada di kampung
Opah Yam, banyak juga persalinan yang dibawa. Seperti mahu tinggal
berbulan-bulan.
Amar
pula sudah terbongkang di katil. Penat sangat dia memandu jauh. Nur Dini ada
juga menyuruhnya untuk berhenti berehat sekejap tadi. Tapi, dia tidak mahu. Kalau
berhenti, alamatnya lambatlah mereka tiba di kampung nanti. Nur Dini memandang
encik suami sekilas. Dengkuran halus mula kedengaran.
“Dah
siap kemas, Dini?”
Muncul
Opah Yam di pintu bilik yang terbuka luas.
“Nak
siap dah, opah…”
“Nanti
dah siap, turun dapur ya. Achik Kiah dan Ateh Nab datang rumah. Dia orang nak
kenal-kenal dengan Dini. Jangan lupa kejut Amar sekali. Dah nak masuk maghrib
ni,” Nur Dini tersenyum.
“Okey,
opah. Kejap lagi Dini turun,” Opah Yam mengangguk sebelum berlalu ke dapur di
bahagian bawah rumah.
Nur Dini
berfikir sebentar. Namun, fikirannya terjeda. Dilihatnya Amar bangkit duduk. Terletus
tawa gadis itu. Baru saja dia berfikir, bagaimana ingin mengejutkan Amar. Kira ada
telepatilah tu, encik suami bangun sendiri.
“Awak
mamai ke apa? Hello, assalamualaikum,”
Digerakkan tangan di hadapan wajah Amar.
Amar menepis
lembut tangan itu.
“Tuala,”
Pinta Amar sambil menghulurkan tangan kanannya. Nur Dini di birai katil
terkaku.
Seksinya
suara awak. Nak dengar lagi, desis Nur Dini. Haish, dah angau dengan suami
sendiri ke?
“Awak
nak apa? Tak dengarlah,” Bagai mahu terburai tawa Nur Dini akan helahnya
sendiri.
“Tuala.
Aku nak mandi,” Amar mengulang dengan mata tertutup. Nur Dini senyum senget. Seronoklah
tu dapat mendengar suara Amar baru bangun tidur.
Nur
Dini meletakkan tuala yang terlipat elok ke tapak tangan Amar tanpa memandang
lelaki itu. Dia kemudiannya bingkas berdiri. Niatnya ingin turun ke dapur. Tak
elok membiarkan ibu-ibu saudara Amar menunggu lama untuk bersua muka dengannya.
Amar membontoti langkah puan isteri.
*****
“Hah,
muncul pun pengantin baru ni. Meh sini, Achik Kiah nak cium sikit,” Achik Kiah
bangun dari kerusi.
Dia bergerak
ke anak tangga yang menghubungkan dapur dan ruang atas. Amar menghadiahkan
senyuman lebar kepada ibu saudara kesayangannya itu. Achik Kiah memeluk anak
saudara lelakinya. Nur Dini terkejut akan perbuatan selamba Achik Kiah. Tak terlintas
langsung dibenaknya Amar akan dilayan sebegitu. Manja!
“Inilah,
Nur Dini?”
Amar mengangguk
perlahan. Tuala mandi tersangkut dibahunya.
“Welcome to our family, Dini,” Giliran
Nur Dini pula dipeluk Achik Kiah. Amar pula menghampiri Ateh Nab di meja makan.
Dia membongkok sedikit. Wanita di awal empat puluhan itu turut dipeluknya
mesra.
“Rindunya
Ateh Nab dekat Amar. Lama sangat tak jumpa,” Ateh Nab mengusap belakang anak
saudara kesayangannya lembut.
Kali terakhir
mereka bertemu pun, hari raya aidiladha tahun lepas. Hampir setengah tahun
jugalah mereka tidak bersua. Ateh Nab tidak boleh berjalan sejak dia disahkan
lumpuh dek terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Sebelum ni, pantang nampak
kelibat Amar… pasti laju sahaja dia melangkah.
Kini,
dia hanya perlu menunggu Amar dan saudara yang lain menerpa ke arahnya dahulu. Nur
Dini mengukir senyuman senang. Sungguh mesra suasana ketika ini. Harmoni sangat.
Dia seperti berada di dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. Masing-masing
tidak lokek untuk tersenyum kepadanya. Mereka seperti menerima kehadirannya
sebagai isteri Amar.
“Yang
awak peluk tadi tu, Achik Kiah. Ini pulak, Ateh Nab,” Amar memperkenalkan
ibu-ibu saudaranya secara rasmi.
Nur Dini
mendekati Ateh Nab di kerusi roda. Dia menyalami wanita itu dengan senyuman
paling manis. Ateh Nab turut membalas senyuman itu ikhlas. Dia seakan berpuas
hati dengan pilihan Amar. Sempat dia memuji kesopanan Nur Dini di dalam hati.
“Glad to see you, Nur Dini. Baru dua hari
jadi isteri Amar kan?” Lambat-lambat Nur Dini mengangguk.
Neng!
Malu pula dia mendengar perkataan isteri. Amar menggaru belakang kepalanya. Sengaja
dia berpura-pura tidak mendengar kata-kata Ateh Nab. Dia terpandang wajah Nur
Dini. Mak ai, merahnya. Macam kena simbah air panas.
“Amar
nak mandikan? Pergi mandi cepat. Kejap lagi Achik Bab datang nak ajak pergi
surau, lambat pulak,” Opah Yam bersuara sambil menutup dapur gas.
Sepantas
mungkin Amar bergerak ke bilik mandi. Lambat dia gerak, semakin banyak pula
Opah Yam berleter nanti. Pot pet pot pet! Mengalahkan ayam berkokok. Tapi, dia
suka mendengar Opah Yam membebel. Sekurang-kurangnya, tidaklah sunyi hidupnya.
Kini, Nur Dini pula yang membebel menggantikan Opah Yam.
p/s : ini ja yang termampu untuk tengah malam ni. hope okeylah ya. :D. mood writing tak berapa nak active. tapi, CIA akan cuba concentrate. InshaaAllah.
hehehehe.... smbnG lagi ♥
ReplyDeleteBila nk smbng sis???
Delete