Assalamualaikum… Hye!
actually, CIA punya line internet semakin slow. dah nak due date. hehe. so, memang lambat sangat nak menunggunya. sorry sangat-sangat. maybe ni last entry buat sementara waktu. nanti CIA cuba ya.
“Nampaknya
adik kahwin lagi awal dari kakaklah ni,” Nur Dini senyum nipis.
“Awal
sikit aje…”
“Banyaklah,
adik. Lagi tiga hari, adik akan jadi milik Amar. Kesianlah papa lepas ni. Tak
ada yang melayan dia,” kata Sabrina sambil ketawa. Ketika itu mereka bersantai
di bilik yang direka khas untuk home
theatre di tingkat bawah.
“Adik
takutlah nak jadi isteri orang, kakak. I’m
only twenty two years old, kakak,” Dua puluh dua tahunlah kan. Dah dua hari
pun masuk tahun baru. Umur pun bertambahlah.
“Adik,
you don’t have to worry. A married life more blessing than couple
without a valid relationship. Sekarang ni pun kakak selalu dengar, ramai
yang kahwin muda. Still study lagi
pulak tu. Chill baby,” Sabrina
memeluk bahu adiknya.
“Ahah, married life with my gangster charming,”
Nur Dini buat muka.
Sabrina
tergelak. Dia tumpang gembira kerana adiknya akan berkahwin dalam masa kurang
dari tujuh puluh dua jam saja lagi. Dia langsung tidak menyangka Nur Dini akan
langkah bendul. Sabrina dan tunangnya tidak kisah jika Nur Dini menikah
terlebih dahulu. Janji Nur Dini bahagia.
*****
Amar
menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Songkok di atas meja belajar, di capai. Dengan
jantung dok berdegup laju, dia memakaikan songkok dikepalanya. Disebabkan perasaan
tidak normalnya, dia terpaksa menamatkan zaman bujang di usia awal dua puluhan.
Memang dah nasib badan.
“Amar,
dah siap?” tanya Tan Sri Riduan senada.
“Dah,
daddy,” jawab Amar.
Dia
tahu daddy dan mummynya langsung tidak menyokong perkahwinannya. Tetapi, selepas
Opah Yam memujuk… barulah mereka setuju. Itu pun antara rela dan tidak.
“Jomlah
gerak. Tak pasal ada yang nampak kita pulak,” Tan Sri Riduan berlalu dari bilik
Amar.
Dia
memang tak suka dengan keputusan anak lelakinya itu. Tambahan pula, dia sangat mengharapkan
Amar berkahwin dengan anak rakan kongsinya. Alih-alih, gadis lain yang nak
disunting anaknya. Rosak semua rancangannya itu.
*****
Hanya
ahli keluarga masing-masing sahaja yang menghadiri majlis akad nikah Amar dan
Nur Dini yang diadakan di masjid berdekatan dengan rumah Datuk Mubin. Di atas
permintaan kedua mempelai, perkahwinan itu akan dirahsiakan. Tambahan pula,
mereka masih ada satu semester lagi perlu dihabiskan.
Nur
Dini gelisah di tempat duduknya. Jantungnya berdebar bukan main laju. Kalah Formula One. Dia menggenggam erat tangan
Datin Sophia dan Sabrina. Dah macam duduk dekat dalam salji sahaja. Badannya
memang sejuk gila. Dia memandang Puan Sri Syifa di sebelah mamanya. Wanita itu
langsung tidak ceria. Dia pasti wanita itu tidak menyukai keputusan anak
lelakinya untuk berkahwin di usia yang muda.
Alhamdulillah!
Dengan sekali lafaz, Nur Dini sah menjadi isteri Muhammad Amar. Pembatalan air
sembahyang tidak diadakan. Lagipun, itu hanya adat… tidaklah wajib. Masing-masing
segak dalam persalinan putih. Berseri sahaja wajah keduanya. Seri pengantinlah
kot.
*****
Nur
Dini memeluk tubuhnya di birai katil. Kening dia berkerut. Lagak memikirkan
sesuatu yang berat. Sesekali tangannya menampar pipinya perlahan. Mengingatkan
diri bahawa dia sudah berkahwin. Air pancuran yang kedengaran dari dalam bilik
air membuatkan darah menyerbu ke muka. Urgh!
Apa
dia nak buat dalam bilik ni? Berduaan dengan seorang lelaki pula tu. LELAKI!
Sesungguhnya dia bingung. Setiap perlakuannya sejak pulang dari masjid,
semuanya bagaikan tidak kena. Fikirannya asyik melayang entah ke mana. Dia juga
yang beria-ia nak kahwin awal. Kononnya, malas nak bercinta.
Bila
dah kahwin, begini pula jadinya. Nur Dini mengembungkan kedua pipinya. Bukan
perkahwinan yang begini yang dia dambakan. Setidak-tidaknya, biarlah suaminya
itu seorang yang baik, soleh. Ini, gengster celup! Sarkastik sangat. Tetapi, bila
terfikir… mungkin ini adalah jodohnya, dia berserah.
“Ehem…”
Amar berdehem di muka pintu bilik air.
Nur
Dini memandang Amar tanpa perasaan. Keluhan terbit dari bibir merahnya.
“Kenapa?”
“Do me a favor…” Nur Dini mengangkat
keningnya tanda dia bertanya ‘apa?’. “Ambilkan tuala lain. Aku nak lap rambut,”
Lah, itu sajakah?
Lambat-lambat
Nur Dini bergerak ke almari. Dia mencapai tuala kecil yang selalu digunanya
untuk mengeringkan rambut. Dihulurkan tuala bersih itu kepada Amar yang masih
berdiri di pintu bilik air.
Amar
mengeringkan rambutnya sambil merenung Nur Dini. Gadis itu masih bertudung. Baju
pajama pink yang membaluti tubuh
gadis itu mencuit hatinya. Barbie? Dia terpandang pula selipar bunnies di kaki gadis itu. Lagilah dia
rasa nak tergelak. Macam budak-budak.
“Nak
apa-apa lagi tak? Air ke?” Nur Dini sekadar bertanya. Dia manalah tahu habit
Amar sebelum tidur.
“Aku
nak kau buka tudung kau tu, boleh? Aku dah jadi muhrim kau pun,” kata Amar. Dia
melangkah ke katil dan dilabuhkan punggungnya di birai katil. Tangannya masih
sibuk mengelap rambut.
“Err…
nanti-nantilah. I’ll do it naturally.
So, awak ada nak minum apa-apa? Saya
tak tahu apa habit awak sebelum tidur. Macam saya, wajib minum milo panas. Awak?”
Nur
Dini menunggu jawapan dari Amar. Dia masih takut untuk menggelar Amar, suami
walaupun lelaki itu memang sah suaminya.
“Emmm…”
Amar bangkit. Dia mengelilingi Nur Dini yang sedang berdiri tegak di penjuru
katil. “Habit aku? Actually, sebelum
tidur… aku memang wajib kena kiss
opah. So, disebabkan opah tak ada kat
sini… kau ajelah jadi mangsa aku,” Nur Dini membulatkan matanya.
Aku
bukan opah kaulah, gengster celup! Tak boleh… tak boleh! Tak nak! Nur Dini
tergeleng-geleng. Amar menyembunyikan senyumannya. Macam kelakar pula dapat
mengenakan gadis itu.
“Mengarutlah. I’ll make you, hot chocolate,”
Nur Dini terus berlalu keluar dari bilik dan menghalakan langkah ke dapur.
Ahli
keluarganya yang lain sudah masuk ke bilik masing-masing. Dah lewat malam pun. 12.30
malam! Amar berbaring di katil Nur Dini. Didepakan tangannya luas. Hidungnya
terhidu haruman Nur Dini. Lembutnya bau. Macam baby.
Amar
memerhatikan setiap susun atur bilik itu. Berdekatan dengan pintu bilik, dua
penyidai kayu tegak berdiri. Satu untuk telekung dan sejadah. Satunya lagi
untuk tuala. Disebelah penyidai pula, ada almari yang memuatkan baju-baju Nur
Dini. Ruang itu agak luas. Mungkin sudah dikhaskan untuk gadis itu bersiap. Sudut
berhadapan dengan almari baju, ada meja solek.
Selepas
itu, katil pula di tengah-tengah. Antara ruang bersiap dan ruang belajar. Di
dalam bilik itu tiada televisyen. Nur Dini memang tidak gemar jika ada barang
eletronik seperti televisyen atau radio di dalam bilik tidur. Cukuplah laptop
sahaja. Kalau boleh, bilik tidur hanya untuk merehatkan badan sahaja.
*****
“Morning, Amar,” sapa Datuk Mubin. Dia
meregangkan ototnya yang keletihan.
“Morning, papa. Nak pergi jogging ke?”
“Ha’ah.
Nak join?”
“Boleh
ke?”
Datuk
Mubin senyum.
“Apanya
tak boleh. Amar pun macam dah bersiap nak pergi jogging jugak. Kita jogging
sekalilah,” Amar mengangguk.
Datuk
Mubin mengambil kasut sukannya di dalam almari. Selalunya, Ikhwan yang akan
menemaninya berjogging. Cuma, hari ni
anak terunanya itu terpaksa ke pejabat awal. Ada emergency katanya. Amar yang sudah siap, menunggu bapa mertuanya.
Dia
beruntung kerana mempunyai seorang bapa mertua yang penyayang seperti Datuk
Mubin. Lelaki separuh umur itu tidak sombong. Jika dibandingkan dengan Tan Sri
Riduan, jauh panggang dari api. Jangankan nak berjogging sekali, bersua empat mata pun susah. Inikan hendak beriadah
bersama. Dalam mimpi, bolehlah.
“Jogging ke?” Muncul Nur Dini di pintu. Dah
macam model di berdiri di situ.
“Yes. Nak ikut ke?” Datuk Mubin bertanya.
“Boleh.
Dengan my Barbie pyjama ni,” Nur Dini
menguap kecil.
“Hmmm,
tak payah. Awalnya bangun. Selalunya, cuti macam ni… tengah hari baru nampak
batang hidung,” tebak Datuk Mubin. Amar senyum sinis.
“Kakak
dengan abang, awal-awal lagi dah hilang. Mama, nak buat breakfast. Papa and Amar,
nak jogging. So, Nur Dinilah yang kena menghantar Kael dengan Bella pergi
sekolah. Are you forget, pa?”
“Astaghfirullahalazim.
Papa lupalah sayang. Sorry. Adik
bolehkan tolong hantar adik-adik?” Datuk Mubin mengusap lembut kepala Nur Dini.
“No biggies. I am the best,” Ceh, puji
diri sendiri.
“Good girl. Jom, Amar. Kang dah cerah…
tak best pulak jogging,” Datuk Mubin menampar
lembut bahu menantunya. Mereka beriringan keluar dari kawasan rumah banglo dua
tingkat itu.
“Awak
jangan layan kalau ada perempuan nama Diana tegur tau,” pesan Nur Dini kepada
Amar yang semakin menjauh. Amar hanya buat tak dengar.
Setelah
bayang Datuk Mubin dan Amar hilang dari pandangan, barulah Nur Dini kembali ke
biliknya. Dia perlu bersiap untuk menghantar adiknya ke sekolah. Sekejap lagi pasti
adik-adiknya itu bising jika terlambat. Maklumlah keduanya sangat teruja untuk
ke sekolah.
p/s : sorry tau. kalau line laju sikit, CIA post laju laju ya. . SELAMAT MEMBACA! rasanya kena di tukar ke page enovel ni. hehe. panjang pulak. .
Salam sis, You are the best... serius ckp, Kali ni enovel best dan best... Haha, kalau sis nk uat panjng2 pun, harap ENDING dia terbaik lah ye sis... Serius sya suka gila, nilah E novel yg paling best ada dlm BloG sis.. jngn brhenti mnulis ye, Hope ecok ada new n3 ye sis.. sya setiap kali on9, mesti cek blog sis.. Hehehe ♥♥♥♥♥
ReplyDeletewasalam, dik. terima kasih banyak banyak. hehehe. biasa jalah. akak lemah bila sampai ending. sedih nak tamatkan cerita. hehe. InshaaAllah akan teruskan menulis. :D. kalau tak ada hal, akak cuba update setiap hari. terima kasih tau sebab sudi sokong akak. you're the best. :D
DeleteBEST NAK LAGI.
ReplyDeletebanyak lagi pun boleh. :D
DeleteAkak, term ajnabi adalah untuk bukan muhrim. Jika seseorang itu sudah berkahwin, maka mereka adalah muhrim. Harap akak boleh tukar term yang akak gunakan. Anyway, cerita akak semua best. Tq.
ReplyDeleteThank you, stylobaby. :D. tak perasan. thanks again. :)
Delete