Amar
berpusing ke kanan dan ke kiri. Matanya langsung tidak boleh dilelapkan.
Hidungnya pula sedikit tidak selesa. Mukanya terasa panas. Jika dia demam
begini, Opah Yam yang selalu menemaninya. Di sini? Dia memandang dua orang rakannya
yang sedang nyenyak tidur.
Fikirannya
kembali terlayar kejadian petang tadi. Kenapalah Geena sanggup menolak Nur Dini
ke sungai? Ditinggalkan pula gadis itu. Macam orang tak ada hati perut. Walaupun
dia selalu mencari pasal dengan Nur Dini yang disangkanya sering mengganggu
hubungannya dengan teman-teman wanitanya, dia langsung tak terniat nak buat begitu.
Tangan
kanannya di bawa ke bibir. Macam mana dia boleh buat begitu pada Nur Dini? Sepatutnya,
dia meminta pertolongan pada yang lain. Ini tidak, dia sendiri yang berusaha
menyelamatkan gadis itu sendiri. Urgh! Kan, dah lain jadinya.
“Macam
mana aku nak berdepan dengan dia esok? Argh!
Stress!”
“Apalagi
yang dibebel tu? Kau tak reti tidur ke? Dahlah demam…”
Amar
menoleh ke kirinya. Daniel membuka matanya sedikit. Amar mengetap bibir.
“Nak
tidurlah ni…”
Daniel
kembali menutup matanya. Penat sangat badannya hari ni. Sudahlah terpaksa
gendong tubuh tough si Amar tadi. Selepas
tu, kena pula berjaga sehingga sahabatnya itu sedar. Sejahat-jahat mereka pun,
masih memikirkan keselamatan orang lain.
Memang
hobi mereka adalah membuli. Tetapi masih ada batasnya. Kadang-kadang mereka
terfikir. Apalah yang rakan sekelas lain takutkan sangat dengan mereka ni. Gertak
sikit-sikit tu biasalah. Ada lagi pelajar kolej lain buat lebih teruk dari
mereka.
*****
Camping…
Hari Terakhir
Azman
memberikan arahan agar semua peserta camping
berada di rumah Pak Dollah iaitu tuan rumah yang mengadakan kenduri tepat jam
lapan pagi. Sesiapa yang lambat, perlu mencuci periuk belanga. Apalagi,
semuanya sudah terpacak di depan rumah Pak Dollahlah.
“Pelajar
lelaki ikut Pak Dollah. Kita hiris daging. Pelajar perempuan pulak boleh ikut
Mak Biah. Kerja-kerja kamu semua di dalam rumah,” Pak Dollah yang sudah biasa
menerima tetamu seperti mereka memberi arahan.
“Apa lagi,
jomlah!”
Laju
saja Azman dan Syafiq serta pelajar lelaki yang lain mengikut Pak Dollah. Mak
Biah pula mengajak semua pelajar perempuan naik ke terataknya. Dengan ramahnya
dia menceritakan itu ini. Mereka ditemukan dengan pengantin perempuan di dalam
rumah.
“Dini,”
panggil Amar perlahan. Ketika itu, Nur Dini berjalan di belakang sekali.
“Ada
apa?”
“Kau
okey ke?” Selamba Amar bertanya. Nur Dini mengerutkan kening.
“Sejak
bila awak ambil tahu pasal saya?”
Nur
Dini tidak selesa mereka berbual di tangga batu rumah Pak Dollah. Takut ada
yang tersalah sangka pula.
“Never mindlah. Kau pergilah naik,” Amar
terus berlalu ke bangsal yang di belakang rumah kampung itu.
Nur
Dini mengeluh kecil. Pasti lelaki itu masih belum sembuh kerana suara Amar agak
sengau. Nur Dini pula hanya selesema sahaja. Dia, kalau demam memang cepat
kebah. Asalkan tidurnya tidak diganggu dan rehat secukupnya, cepat sahaja dia
sembuh.
Dia
sangat berterima kasih kepada Amar tetapi apabila teringatkan perbuatan lelaki
itu yang slumber badak di saja, melakukan
CPR padanya. Sudahlah bukan muhrim. Boleh sahaja lelaki itu memanggil kaum
perempuan untuk membantu. Lebih membuatkan Nur Dini geram, si teman wanita
gedik mamat tu yang punya angkara menyebabkan dia lemas.
Majlis
perkahwinan di rumah Pak Dollah berlangsung tanpa sebarang cacat cela. Semuanya
berjalan dengan lancar. Para pelajar pula harus berkemas sebelum malam kerana
mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. Sebaik sahaja
selesai majlis kenduri itu, masing-masing kembali ke khemah. Mereka mula sibuk
mengemaskan barang-barang.
*****
Dua
buah bas sudah sedia menunggu di tepi jalan besar. Para pelajar naik bas mengikut
kelas masing-masing. Setelah siap mengemas tadi, mereka berjemaah di surau.
Sekaligus, pensyarah memberikan sepatah dua kata kepada penduduk kampung yang
terlibat. Pihak fakulti turut menyediakan sumbangan kepada keluarga yang kurang
bernasib baik di kampung itu.
Tidak
lupa juga, barang-barang persekolahan untuk anak-anak penduduk memandangkan persekolahan
akan bermula tidak lama lagi. Setiap seorang diberi sebuah beg dan juga alat
tulis. Bukan main gembira lagi mereka meloncat. Budak-budak kan memang suka
barang-barang begitu. Nak bersekolah pun bersemangat.
Sudah
tiba masanya para pelajar mengucapkan selamat tinggal. Orang-orang kampung di
situ memang baik belaka. Sampaikan mereka sanggup berembun malam bagi menghantar
semua pelajar naik bas. Ada juga beberapa orang pelajar yang sudah rapat dengan
penduduk kampung berat hati untuk meninggalkan kampung itu.
Untuk
melanjutkan tempoh bercamping, memang
tak boleh dah. Dalam masa tak kurang seminggu lagi, mereka akan menghadapi
peperiksaan akhir. Aktiviti camping
ini pun terpaksa diadakan di hujung semester dek terlalu sibuk dengan
pembelajaran dan projek-projek setiap subjek.
Nur
Dini melabuhkan punggungnya di sebelah Pija. Mereka memilih untuk duduk di
kerusi di bahagian tengah bas. Kebetulan, Amar duduk bersebelahan dengan tempat
duduk mereka. Nak sahaja Pija menukar tempatnya di sebelah tingkap dengan Nur
Dini. Tapi, dia kasihan dengan gadis itu. Takut Nur Dini sejuk pula.
Dia
memang sudah lama meminati Amar. Cuma, dia takut untuk mendekati lelaki itu.
Sudahnya, Pija hanya memerhati dari jauh. Dia betul-betul cemburukan Nur Dini
kerana jejaka pujaannya sudah menyelamatkan gadis itu. Namun, dia tahu jejaka
kacak seperti Amar tidak mungkin akan memandangnya yang hanya anak orang biasa.
Bukannya orang kaya.
“Pija,
awak okey ke? Saya tengok macam gelisah aje,” Pija cepat-cepat mengaslihkan
pandangannya yang asyik merenung Amar.
“Okey.
Kau janganlah risau. Sejuk lagi tak? Aku dah adjust air cond tadi,” Nur Dini tersenyum.
“Sejuk
sikit aje. Terima kasih, Pija,” ucap Nur Dini ikhlas.
“Small matterlah, beb. Kita kan kawan. Kawan kenalah tolong kawan kan,” balas Pija
sambil senyum.
“Awak
dengan Keyra dah macam mak saya dah. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. I think I have to bring both of you…
jumpa dengan mama saya. Dia mesti suka…”
“Mama
awak? Minah saleh yang cun tu? Opps!”
Pija menekup mulutnya kerana terlepas cakap.
“Mama
sayalah tu kot. Dia mama tiri saya. Ibu kandung saya dah lama meninggal dunia. Tapi,
mama saya memang suka kalau ada kawan-kawan saya yang take care pasal saya. Semua dia nak buat kawan,” cerita Nur Dini.
“Eyh? Kalau macam tu, aku naklah jumpa
mama kau. Manalah tahu boleh tersangkut dengan mana-mana saudara dia,” seloroh
Pija selamba.
“Okey
aje. Awak nak kenal ke dengan mana-mana mat saleh? Let me introduce you to my best friend. His name, Mattew. Single
lagi tau,” Terus berbunga si Pija tu dibuatnya.
“Handsome tak? Muka dia ada ala-ala Zayn
Malik tak?”
“Entahlah
handsome ke tak. Awak kenalah jumpa
dia dulu. Nanti saya kenalkan eh,” balas Nur Dini. Pija senyum ceria. Tak sabarnya
dia ingin berjumpa Mattew yang dimaksudkan oleh Nur Dini itu.
Mattew
adalah satu-satunya sahabat lelaki Nur Dini. Lelaki itu baru sahaja convert Islam. Itu pun atas minat dia
sendiri untuk mendalami agama Islam. Sedikit demi sedikit, penglibatan Mattew
dalam keluarga Datuk Mubin telah membuka matanya untuk belajar tentang Islam.
Amar
yang terdengar perbualan Nur Dini dan Pija buat muka. Inilah perempuan. Macam
tak ada bab lain saja nak berbual. Sembang punya sembang, bab lelaki juga yang
menarik perhatian. Huh! Amar hanya duduk seorang di tempat duduk itu. Awal-awal
lagi dia sudah meminta Geena jauhkan diri darinya. Kalau boleh, dia tak mahu
lagi berhubungan dengan Geena.
p/s : enjoy AmarDini part 4. AmarDini still tak ada official title & cover picture. nantilah CIA cuba fikirkan tajuk apa yang sesuai. :D. SELAMAT MEMBACA. (tak pasal jadi e-novel jugak cerpen ni. hehe)
♥
ReplyDeleteGangster cinta
ReplyDelete