dalam malas malas pun, CIA cuba juga update BCP. enjoy tau. :D. SELAMAT MEMBACA!
Nur
Dini menghempaskan badannya yang keletihan ke tilam empuknya. Ah, selesanya
dapat berbaring di atas katil yang lembut begini. Dicabutnya tudung bawal di
kepalanya. Terasa ringan dan bebas sedikit rambutnya yang panjang itu. Dipandang
syiling dengan fikiran penuh berselirat.
Sesiapa
yang melihatnya, pasti akan mengatakan dia baik-baik sahaja. Padahal, mereka
langsung tidak mengetahui dia sebenarnya mempunyai fobia dengan air. Tak
kiralah laut, tasik, swimming pool
atau sungai. Di hadapan matanya sendiri, dia melihat ibunya lemas kerana menyelamatkan
seorang kanak-kanak ketika mereka bercuti di sebuah pulau.
Disebabkan
itulah, dia nekad untuk tidak belajar berenang. Masih terbayang di ingatannya
saat ibunya pergi jauh meninggalkannya. Nasib baiklah ada Datin Sophia yang
sanggup menghabiskan masa bersamanya. Fobianya terubatlah sedikit. Di rumah
banglo mereka pun, sengaja Datuk Mubin tidak menyediakan kolam renang.
“Assalamualaikum,”
Tersembul wajah Sabrina di pintu bilik Nur Dini.
“Waalaikumsalam.
Kakak! Bila sampai?” Nur Dini terus meluru ke pintu. Dipeluknya kakak
kesayangannya itu erat. Sabrina mengusap belakang adiknya.
“Baru
aje sampai. Sorrylah, papa mama tak
dapat jemput adik kat kolej tadi. Dia orang pergi jemput kakak kat airport,” Nur Dini menarik Sabrina ke
katil.
“Alah,
small matter. Abang dah jemput adik
pun, dah okey. Patutlah papa mama tipu adik. Dia orang cakap ada dinner dengan kementerian. Rupa-rupanya,
nak pergi jemput kakak,” Sabrina tersenyum. Adiknya yang seorang ini, kalau dah
boleh bercakap… memang susah nak berhenti.
“Inilah
namanya surprise. So, how was your trip? Best?”
Sabrina
seorang kakak yang sangat mengambil berat tentang adik-adiknya. Setiap apa yang
berlaku, pasti dia akan tahu dahulu. Dialah tempat mereka mengadu selain papa
dan mama. Anak sulunglah katakan.
“Best. Damn best. Tapi…”
Nur
Dini menunduk.
“Adik
dah selamat kan? Mama dah bagitahu kakak pasal adik lemas kat sana. Ada prince charming yang selamatkan
katanya,” Sabrina mengerling adiknya itu.
Nur
Dini mengangkat kening. Siapa punya angkara yang beritahu ahli keluarganya ini?
Setahunya, dia belum beritahu perihal dia lemas tempoh hari. Jangan-jangan,
Keyra dan Pija yang maklumkan tak?
“Prince charming apanya, kak. Gangster charming adalah. Malaslah adik
nak cakap pasal dia. Buat sakit hati aje. Kakak balik ni, cuti lama ke?”
“Yupp,
tahu tak kakak cuti sebab apa?” Nur Dini menggeleng.
“Manalah
adik tahu. Kalau kakak tak bagitahu, macam mana adik nak tahu?” Nur Dini memang
suka cakap berbelit.
“Jangan
terkejut tau. Kakak balik sebab nak kahwin!” Sabrina dan Nur Dini bergabung jerit.
Bukan main teruja lagi.
“Amboi,
sakannya depa menjerit,” Datuk Mubin melangkah masuk ke dalam bilik anak
gadisnya.
“Eheh,
tak perasan pulak…”
“Mana
nak perasan kalau dah seronok sangat nak kahwin. Dah besar panjang rupanya
anak-anak papa ni. Dah nak kahwin pun,” ujar Datuk Mubin sayu.
Sabrina
dan Nur Dini memeluk Datuk Mubin serentak. Sesibuk mana pun Datuk Mubin, pasti
dia akan meluangkan masa untuk anak-anaknya. Jika dia terlalu sibuk, isterinya
yang akan mengambil alih tugas-tugas itu. Sejak isteri pertamanya meninggal
dunia, anak-anaklah tempat dia mengadu sebelum mengahwini isterinya yang
sekarang.
“Alah,
papa ni. Mulalah tu nak touching
bagai. Papa tetap number one di hati
Reen tau. Suami Reen nanti, number two,”
kata Sabrina bagi menyedapkan hati papanya.
“Salah
tu. Ingat pesan papa… sekarang ni memanglah papa number one. Tapi, selepas kahwin, Reen kena utamakan suami. Apa-apa
hal pun, mesti atas keizinan suami. Faham? Adik pun, kena ambil tahu jugak. Ada
orang masuk meminang aje nanti, papa terus nak terima…”
“Terima
tau, jangan tak terima. Adik pun nak kahwinlah,” Nur Dini meloncat riang.
Mengalahkan dia yang nak kahwin.
“Gatalnya
adik ni. Calon pun tak ada, ada hati nak kahwin,” Sabrina menampar bahu adiknya
lembut. Nur Dini mencebik.
“Biarlah.
Kalau papa dengan kakak nak tahu kan. Dalam kelas adik, ada married couple tau. Masa camping tu, adik jealous aje tengok dia orang. Sweet
sangat. Tapi, sweet dia orang tu tak
boleh lebih-lebihlah sebab orang lain tak tahu dia orang dah kahwin,” Sakan Nur
Dini bercerita.
“Ooowww,
kiranya kalau papa bagi adik kahwin sekarang, adik terimalah? Aduh, miangnya
anak papa ni. Ikut perangai siapalah ni,” Datuk Mubin menggeletek Nur Dini.
Sampai
meleleh air mata gadis itu dibuatnya. Sabrina turut sertai papanya mengenakan
Nur Dini. Datin Sophia yang sedari tadi melihat adegan mesra itu, tersenyum
lebar. Dia mengharapkan hubungan mesra itu akan berpanjanganlah. Dia sukakan
suasana begitu. Mesra.
*****
“Hai,
Dini,” sapa Pija ceria. Nur Dini yang sedang mengemaskan barang-barangnya
mendongak.
“Pija,
I thought… awak tak datang,” kata Nur
Dini, terkejut.
“Datanglah.
Tapi, aku duduk sit atas. Tadi, aku
sampai lewat,” Pija membantu Nur Dini bangun. Dewan kuliah yang tadinya sesak
dengan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan mulai surut.
Hari
ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Selepas ini, bermulalah cuti semester
selama sebulan. Dan, sebulan kemudian sudah semester akhir bagi pelajar diploma multimedia dan senireka. Macam sekejap
sahaja masa berlalu. Dah nak habis belajar.
“Hai,
korang,” sapa Keyra. Azman turut berada di situ. Pasangan itu kan sentiasa
bersama. Mana boleh berenggang.
“Hai.
Eh, alang-alang dah jumpa ni… jom kita gi makan kat restoran abah aku,” ajak
Pija.
“Boleh
jugak tu. Kami pun cadangnya nak pergi makan,” setuju Keyra. Azman mengangguk
laju.
“Dini?”
“Boleh.
Tapi, saya kena tumpang awaklah Pija. Saya mana ada transport,” balas Nur Dini.
“No hallah. Jom…”
Mereka
berempat beriringan keluar dari dewan. Setibanya di tempat letak kereta, mereka
terserempak dengan Amar. Kebetulan, lelaki itu sedang bersandar elok di Satria
Neo hitamnya.
“Tak
balik lagi, Mar? Tunggu awek ke?” tegur Azman. Amar menggeleng.
“Tak
adalah. Tengah panas enjin kereta. Haba kat dalam kereta tengah matahari tegak
ni tak hilang lagi,” Memanglah berhaba. Keretanya pula berwarna hitam. Maunya tak
hangat.
“Mana
geng kau? Tak nampak dia orang pun…”
“Dah
sampai mana hala dah budak berdua tu, Man oi. Jumpa aweklah. Kan dia orang dah
nak balik kampung,” Azman mengangguk.
Achmemm!
Pija terperanjat. Keyra membulatkan matanya. Nur Dini memejam matanya sekejap.
Dah kenapa pula penyakit bersin dia ni datang tiba-tiba? Asal Amar muncul saja,
pasti akan terbersin. Amar tengah fikirkan dia ke? Erk? Perasan juga si Nur
Dini ni.
“Mek,
kau demam lagi ke?” Pija meletakkan telapak tangannya di dahi Nur Dini.
“Tak
adanya. Gatal hidung tetiba,” jawab Nur Dini sambil membelek telefon bimbitnya.
Achemm! Lagi? “Pija, sorrylah. Tak
boleh nak ikut korang pergi makan. Ada urgency,”
sambung Nur Dini.
“Alah,
kau ni. Time macam nilah nak ada urgency bagai. Merajuklah macam ni,”
Pija memeluk tubuh. Nur Dini tergelak. Keyra juga begitu. Amar dan Azman hanya
memandang. Malas nak masuk campur hal perempuan.
“Sorrylah. Aku kena balik sekarang. Papa
dengan mama aku tiba-tiba ada hal. So,
kena jadi nanny kejap,” maklum Nur
Dini. Dia sudah beraku-kau. Maknanya dia dah serasi dengan teman-teman barunyalah
tu.
“Nanny?
Kau ada adik kecil lagi ke? Atau nanny
untuk anak sedara?”
“Eheh,
adik-adiklah. Yang kedua bongsu dan paling bongsu, dah lapan dan enam tahun pun. Atau, korang nak pergi makan
kat rumah aku aje?” Pija dan Keyra berpandangan. Macam menarik saja.
“Boleh
ke?” tanya Azman pula. Macam berminat pun ada.
“Apanya
tak boleh. Jomlah,” ajak Nur Dini. Sabrina ada tulis di dalam pesanan mesej
tadi, dia ada sediakan makanan banyak. Jadi, bolehlah jemput kawan-kawan datang
rumah.
“Amar,
jomlah join…”
“Orang
tak jemput, nak join buat apa,” gumam
Amar perlahan. Nur Dini mengecilkan matanya. Sengal punya mamat. Sejak balik
dari camping hari tu, hilang terus
perangai gangster-playboy dia tu. Tak
ada lagi dah isu pasal awek-awek dia tu.
“Saya
dengar. Saya jemput semua. So, ikut
suka nak join atau tak…”
Terangkat
kening Amar. Dia berfikir seketika. Jika pulang ke rumah pun, bukan ada
sesiapa. Daddy, mummy dan kakak… confirm
tak ada. Opah Yam dah pergi rumah auntie
Hani. Hmmmph!
“Bolehlah,”
setuju Amar. Semua di situ tersenyum.
*****
“Bella,
they all are my friend. Salam,” Kanak-kanak
berusia enam tahun itu menyalami setiap seorang yang dikenalkan kakaknya.
Keyra
mencubit pipi Anabella geram. Comel sangat adik bongsu Nur Dini itu. Sudahlah
bermata biru, dengan rambut panjang ditocang satu… ditambah pula teddybear yang terlekat tangannya itu
tersangkut di bahu Anabella. Memang comel!
“Ini
pula abang kepada Bella, Mikael,” Mikael yang berusia lapan tahun turut
menyalami sahabat-sahabat kakaknya.
“Comelnya
adik-adik kau, Dini. Jealous aku,”
kata Pija.
“Iya
ke comel?” Nur Dini mengerling adik-adiknya. Keduanya tersengih. Malulah tu. “Kita
makan teruslah. Mesti korang dah lapar,” Nur Dini membawa mereka ke ruang makan
yang agak luas itu. Mereka mengambil tempat di meja yang boleh memuatkan dua
belas orang itu.
“Hai,”
sapa Sabrina yang baru turun dari tingkat atas. Dia nampak anggun dengan gaun berona
turquoise berperincian simple di bahagian pinggang dan lengan.
Dia turut mengenakan lilitan selendang bercorak.
Nur
Dini meletakkan pinggan yang diambil dari almari di atas meja makan.
“My older sister, Sabrina,” Pija dan
Keyra bersalaman dengan Sabrina. Di dalam hati masing-masing memuji kecantikan
Sabrina.
“Layan
diri eh. Kak Reen tak boleh join. Ada
hal kat luar,” kata Sabrina ramah. Senyuman tidak lupa diberikan. Pertama kali
rakan-rakan adik kesayangannya bertandang ke rumah mereka, pastilah dia suka.
“Kakak
jangan balik lambat tau,” Sabrina mengusap kepala Anabella lembut. Diciumnya
ubun-ubun kanak-kanak itu.
“Iyalah.
Kakak pergi dulu. Korang buat macam rumah sendiri tau. Adik, jaga rumah dengan
dua budak nakal tu. Papa mama balik lambat sikit. Petang nanti abang balik,
buli dia,” Nur Dini senyum nipis.
Di
dalam hati dah membebel pada kakaknya. Dia malu kerana digelar adik di hadapan
rakan-rakannya. Tambahan pula, Amar yang suka mengacaunya turut berada di situ.
Lagilah dia segan.
“Holah.
Dating tu agak-agak sikit ya,”
Sabrina sengih nipis dan terus berlalu. Pasti tunangnya sudah menunggu di luar
rumah.
“Kawan-kawan,
jemput makan eh. Makan sampai kenyang,” jemput Nur Dini.
“Itu
yang kita orang tunggu,” Dengan pantasnya Pija mencapai bekas nasi. Yang lain
hanya menggeleng.
“Kak
Dini, Bella don’t want nasi,” Nur
Dini yang sedang berdiri di sisi Pija mendekati Anabella di kerusi hujung.
“Then, nak makan apa?”
“Apricot pie. Mama have had baked that and put it in the fridge,” beritahu Anabella.
Nur Dini mencebik. Tak habis-habis dengan pai dia tu. Tak lama… tembamlah badan
si Anabella ni. Hari-hari nak makan keklah, pailah. Semuanya berasaskan keju
pula tu. Lemak semua tu.
“Okay. Kael?”
“I’m okay with the nasi. I don’t
want to be a chubby boy…”
Anabella
menjeling abangnya. Ada dia kesah?
Nur
Dini ke dapur dan membuka pintu fridge.
Dia mengambil beberapa potong pai apricot yang dicampur krim keju itu. Dan, dibawa
ke meja makan.
“Your apricot pie, dear…”
“Thank you. Love you,” ucap Anabella ceria. Nur Dini melabuhkan punggung di
kerusi hujung. Bersebelahan dengan Anabella.
“Dini,
sedaplah semua masakan ni. Ala-ala Melayu pun ada. Western pun ada,” puji Pija. Pija kalau bab makan, memang laju.
“Makanlah
lebih. Ada banyak lagi kat dapur. Kak Reen tengah test power cooking dialah ni,” balas Nur Dini. Dia hanya melihat
rakan-rakannya makan sahaja. Dia masih kenyang kerana sebelum ke kolej tadi,
Sabrina ada menyediakan nasi lemak untuk bersarapan.
Sejak
dia nak berkahwin ni, kerap sangat Sabrina memasak di rumah. Mencuba pelbagai
masakan Melayu dan Western. Nak pikat perut bakal suami katanya.
“Kau
kenapa tak makan?” soal Amar tiba-tiba.
“Hah?
Diet…” Terkejut juga Nur Dini kerana lelaki itu bercakap dengannya.
“Kering
macam lidi pun nak diet,” tukas Amar. Yang lain sudah mengerling. Ada
bunga-bunga orang nak bergaduh saja gayanya.
“Compliment or perli?”
“Ikut
suka. Tapi, kau memang kering pun. Aku angkat…”
“Ops, stop. Yeah, I’m just a light girl,” Amar senyum nipis. Pasti gadis itu
sudah malu kerana dia mengungkit kes lemas hari tu.
“Mar,
kau ada buat apa-apa ke kat Dini masa dia lemas hari tu?” Azman bertanya
selamba.
“Buat
apa?”
“CPR?”
Keyra memandang suaminya. Dia tak tahu apa-apa pun. Cerita panas ni.
Uhuk!
Amar dan Nur Dini tersedak serentak. Pija mengecilkan matanya memandang Nur
Dini. Macam betul saja andaian Azman itu.
p/s : part 6 panjang sikit. alang-alang dah buat entry hari ni. :D
Hehehehe ♥
ReplyDeleteTq sis
Aiggooooo! malluunyaa.. bleh plak die tanye direct camtuuu.,, blushng macm sye plak nurdini, cpt sambng taauuuu!!!!!!!!"""!!""
ReplyDeleteheeee. alolo, malu pulak dia. :D.
Delete