epilog SMDAMW in da house. SELAMAT MEMBACA!
Epilog
Tiga tahun kemudian
“Dina,
mana stoking abang?”
Terhenti
pergerakan Irdina yang sedang memakaikan pampers
untuk bayi perempuannya. Anak kecil itu asyik bermain dengan botol bedaknya
sambil mengomel sendiri.
“Cuba
tengok dalam laci biasa. Ada Dina letak dalam tu,” Pelik pula dengan kerenah
Isqandar pagi ini.
Segala
benda ingin ditanya pada Irdina. Sedangkan, benda yang dicari masih di tempat
biasa. Sampaikan bercukur wajah pun dia meminta si isteri yang uruskan. Dah
macam budak kecil. Sengaja ingin mencantas kerenah Mya, anak merekalah itu.
“Hah,
ada,” Isqandar berkata ceria.
Irdina
menyambung memakaikan seluar Mya yang sudah berusia sembilan bulan. Bukan main
merengek lagi tidak mahu dikacau ketika dia sedang bermain. Sambil itu, Irdina
turut melarikan pandangan pada si suami di birai katil.
“Abang
punya schedule penuh ke hari ni?”
“Tak
surelah. Siap kerja awal, habis
awallah. Kenapa?”
“Saja
tanya…”
Isqandar
tersengih sedikit. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan Irdina.
“Dah
siap?” Irdina mengangguk. Isqandar mendukung Mya yang sudah siap berpakaian
sambil mengusik anak kecil itu.
Sudah
menjadi rutin Isqandar membawa kedua orang tersayangnya ke set pengambaran. Bukanlah
niatnya ingin menunjuk. Tetapi, dia ingin isteri serta anaknya biasa dengan kariernya.
Tambahan pula, dia ingin Irdina percaya akan kesetiaannya. Jika ada apa-apa
berita yang tidak enak didengar, Irdina mampu nak menangkisnya.
“Mya
punya beg mana?”
“Takpa,
Dina pegang,” Irdina mencapai beg yang sudah disediakan barang-barang si kecil
mereka di sofa. “Menggedik pulak dia dengan abang ya,” Isqandar tergelak.
“Anak
abang kan. Menggedik dengan abang tak apa. Dina jealous ke?” Irdina mencebik.
“Tak
heranlah. Nak jealous pun, anak sendiri. Tak mencabar langsung…”
“Eh,
abang menggedik dengan perempuan lain, mencabar tak?” Sengaja Isqandar ingin
mengusik. Selama ini, dia melihat Irdina selamba sahaja dia bergandingan dengan
artis wanita.
“Real or acting?”
“Dina
nak yang mana?”
Mereka
beriringan ke garaj kereta. Sejak hubungan mereka diketahui ramai, Isqandar
telah membawa Irdina tinggal bersamanya di rumah baru. Puan Jeslinalah paling
gembira melihat perubahan itu. Tambahan pula, kini mereka sudah mempunyai anak.
Tidak sesuai pula jika masih tinggal di apartment.
“Emmm,
better acting. Abang jangan nak menggatal secara real eh. Dina lari baru tahu,”
Isqandar ketawa sambil memasukkan beg pakaiannya ke dalam booth kereta.
“Alah,
abang tak takut. Jauh mana pun Dina lari, pasti abang boleh jumpa punya. You can’t simply leave your patient out
there. I know you’re very commited with your carier, darling,” Irdina
tersenyum senang.
Isqandar
sudah terbiasa dengan sifat dan juga kerenahnya. Dan, dia sangat suka akan
sikap mengambil berat Isqandar yang sentiasa mengikuti perkembangan kariernya. Isqandar
siap meninggalkan pesanan agar Irdina tidak lagi berahsia dengannya walau apa
jua keadaan.
“Tahu
aje. I trust you, hubby. I know you’re in love with me everytime,”
kata Irdina penuh yakin.
Kepalanya
diusap Isqandar lembut. Mereka saling berbalas pandangan. Mya di dalam dukungan
Isqandar langsung tidak mengendahkan suasana yang tiba-tiba menjadi romantik.
“Amboi,
pasangan romantik ni. Dah pukul berapa ni, tak pergi lagi. Jammed pulak nanti,” tegur Puan Jeslina di pintu.
Irdina
tersengih.
“Nak
pergilah ni. Mama duduk rumah elok-elok. Jangan dok pergi mengurat pak cik
sebelah rumah pulak,” Puan Jeslina buat muka.
“Ada
aje benda dia kenakan kita balik…”
“Kami
pergi dulu, ma,” Isqandar meminta diri. Diserahkan Mya kepada Irdina.
“Iyalah.
Bawak kereta elok-elok. Ingat orang tersayang,” Terhambur tawa Irdina. Puan
Jeslina mengenyitkan mata kepada menantunya.
*****
“Allah
selamatkan kamu…”
Nyanyian
lagu bersempena menyambut hari kelahiran kedengaran di pelusuk rumah. Kehadiran
cahaya lilin mengejutkan Isqandar. Usai nyanyian, adik bongsu Isqandar membuka
lampu. Puan Jeslina menerpa ke arah Isqandar.
“Selamat
hari lahir, sayang. Mama sayangkan Ryan dunia akhirat. Doa mama sentiasa iringi
Ryan dan keluarga. Jangan pernah tinggalkan suruhan-Nya. Hidup berkeluarga
memerlukan kesabaran dan tolak ansur. Ryan kena kuat untuk semua yang sayangkan
Ryan,” Jatuh air mata Isqandar saat Puan Jeslina memeluknya erat.
“Terima
kasih, ma sebab dah melahirkan Ryan. Ryan bersyukur kerana dilahirkan sebagai
anak mama. Ryan akan ingat setiap pesanan mama. Terima kasih jugak sebab dah temukan
Ryan dengan Dina. Ryan sayang mama,” Puan Jeslina turut mengalirkan air mata.
Suasana
tiba-tiba menjadi hiba melihat pelukan anak dan ibu itu.
“Happy birthday, angah. Love you as always,”
ucap Nina, adik bongsu Isqandar. Pelukan turut diberikan kepada abang
kesayangan.
“Sudah-sudahlah
tu. Ryan, cepat potong kek. Lapar dah ni,” Khairul, abang Isqandar mengembalikan
suasana ceria.
“Iyalah.
Bismillah,” Isqandar meniup lilin, ditemani tepukan gemuruh oleh ahli
keluarganya.
“Hoyeah, dah boleh makan,” Nina menjerit
keriangan. Ahli keluarga Isqandar mula mengerumuni meja makan.
Isqandar
menapak ke ruang tamu. Irdini sedang mendodoikan Mya di dalam baby cot.
“Patutlah
tanya schedule abang hari ni eh. Rupanya,
ada udang di sebalik mee…”
“Eheh,
surprise tak?”
“I was dazed for a while. Thank you for stay
by my side even you have to face all the media,” Irdina menggenggam jemari
suaminya.
“Apalah
sangat yang Dina mampu buat selain sentiasa berada di sisi abang. You’re always easing me. Selamat hari
lahir, abang. Ni hadiah untuk abang,” Isqandar menyambut kotak yang dibalut
cantik.
“Apa
ni?”
“Hanya
hadiah ni yang mampu Dina bagi,” kata Irdina sambil menepuk Mya perlahan.
“Buku?”
“Yupp.
Kalau rajin, abang bacalah. Banyak hadiah lain yang boleh Dina hadiahkan. Tapi,
hadiah ni tak boleh dibeli. Kisah kita sepanjang tiga tahun ni semua di dalam
buku ni. Dina bukanlah seorang penulis, tapi untuk abang… Dina mampu menulis
pahit manis perkahwinan kita. Dina harap abang suka,” Isqandar beku.
Irdina
tersenyum apabila suaminya tiba-tiba merangkulnya erat.
“Terima
kasih, sayang. I love you,” Dikucup
dahi isterinya penuh kasih sayang.
“I love you more and more,” balas Irdina
sambil membalas pelukan suaminya.
“I know. Mya tak wish pun birthday papa
dia,” Irdina tergelak. Isqandar melepaskan pelukannya. Dicium pula dahi si
kecilnya itu, Qaseh Mya binti Isqandar Ryan.
“Esok
Mya wish ya, papa,” Mereka sama-sama
menepuk Mya lembut. Tidur Mya langsung tidak terganggu dengan keadaan yang
hingar bingar itu. Mungkin keletihan bermain dengan krew-krew di set tadi kot.
Puan
Jeslina melihat anak menantunya dengan senyuman bahagia. Alhamdulillah, hasrat
arwah suaminya untuk bermenantukan Irdina Tasnim tertunai dan anak lelaki
mereka bahagia dengan pilihan itu. Mereka sekeluarga terhutang budi dengan
Irdina dan keluarganya. Tidak terbalas jasa menantunya itu.
Irdina
telah menyelamatkan arwah Encik Umar yang pada ketika itu tenat. Walaupun arwah
mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja selepas itu, ahli keluarganya tetap
bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bersama arwah.
Sempat
arwah menitipkan pesan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya agar menyatukan
pasangan itu. Arwah ingin Irdina menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Hanya
Puan Jeslina dan ibu bapa Irdina sahaja yang mengetahui tentang perjanjian
untuk menyatukan Isqandar dan Irdina. Biarlah ianya tersimpan sebagai rahsia.
Irdina Tasnim, gadis impian yang Isqandar Ryan ingin jadikan sebagai isteri. Seorang doktor, peminat Yasmin Mogahed. Keseluruhannya memang memuaskan hati Isqandar. Alhamdulillah.
~The End~
p/s : Alhamdulillah. settle jugak She's My Doctor aka My Wife. :D. leganya hati. kali ni betul-betul 'the end' tau. hope semua suka dengan ending ni. CIA punya idea dah ke laut. hehe. rasa ringan bahu ni. dah lama sangat cerpen ni terbengkalai. apa pun, terima kasih pada yang sabar menunggu cerpen ni sepenuhnya. :D
hahahaha... ok
ReplyDeletekalau rsa baik hati nnti bgi la sikit lagi ye sis, hehe.. apa2 pun Tq
haha. kalau baik hatilah ni. hehe. macam tak baik hati ja. :D
DeleteOk
ReplyDelete