Sorry lambat update. here, our BCP!
Opah
Yam menukar siaran ke satu siaran. Tiada pula rancangan yang berjaya menarik
minatnya. Nur Dini pula dari tadi hanya mengelek novel. Kusyuk juga cucu
menantunya itu ‘menelaah’ novel yang sudah lama dibeli, namun baru kini
berkesempatan untuk membacanya.
Ditenung
Nur Dini seketika. Seperti ada sesuatu yang berlegar di mindanya. Nur Dini
mengangkat wajahnya. Dia terpandang mata Opah Yam seakan merenungnya seperti renungan
itu ingin menembus ke belakang kepalanya.
“Opah?
Kenapa tengok Dini macam tu?”
“Hah?
Tak ada apa-apalah,” Opah Yam tersedar dek jari jemari Nur Dini menyapa
lengannya.
“Iya
ke? Opah ada nak cakap apa-apa dengan Dini ke? Cakap aje, opah. Nur Dini sedia
menjawab,” Nur Dini mengukirkan senyuman sambil meletakkan novel di meja sisi
sofa.
Perhatian
penuh diberikan pada Opah Yam di sebelah kirinya. Sementara Amar masih belum
pulang dari surau, boleh juga dia berbual panjang dengan opah kesayangan lelaki
itu. Mungkin lebih privasi perbualan mereka.
“Emmm,
banyak benda yang opah nak cakap, Dini. Malam ni pun belum tentu habis,” Opah
Yam berjeda. Nur Dini mula tidak senang duduk.
Soal
apakah yang dirunsingkan Opah Yam? Tidak sukakah dia akan perkahwinannya dan
Amar, cucu kesayangannya?
“Opah
memang sangat bersetuju bila Amar membuat keputusan untuk berkahwin dengan
Dini. Sekurang-kurangnya, kamu berdua terhindar dari dosa. Cuma, opah tak yakin
pada Amar. Dini juga. Kamu berdua masih mentah lagi di dalam alam rumah tangga.
Bukan mudah untuk mengekalkan perkahwinan yang wujud tanpa cinta. Zaman sudah
berubah, Dini. Minda orang-orang muda sekarang tidak seperti orang dulu-dulu.
Lagi pula, kamu masih muda.
Menurut
cerita Amar, kamu berdua seteru. Pantang berjumpa, pasti akan ada salah faham
yang berlaku. Tambah pula, kamu baru sahaja menetap kembali di Malaysia.
Terlalu banyak hal yang memerlukan perhatian. Dini sudah bersedia untuk pikul
tanggungjawab sebagai isteri?”
Nur
Dini tersentak. Soalan terakhir Opah Yam menjerut lehernya. Sudah bersediakah
dia? Makan minum sendiri pun mama yang uruskan. Dia juga masih di dalam proses
belajar untuk menguruskan rumah tangga. Secara jujurnya, dia sendiri tiada
jawapan untuk itu.
“Dini?”
Opah
Yam menanti jawapan dari cucu menantunya penuh sabar. Tanpa pengetahuan mereka,
Amar mendengar perbualan serius itu di sebalik pintu yang tertutup. Langkahnya
mati di anak tangga ketika telinganya menangkap bicara opah kesayangannya.
Kini, dia turut menanti jawapan dari Nur Dini.
“Buat
masa sekarang, Dini memang tak ada jawapan sebetulnya untuk soalan opah. Macam
yang opah cakap, Dini dan Amar masih muda dan mentah. Tapi, hakikatnya, ramai
juga yang mendirikan rumah tangga di usia muda. Kalau ikutkan sedia untuk
menggalas tanggungjawab sebagai isteri, it’s
hurt me…”
Opah
Yam menggenggam jari jemari Nur Dini. Gadis itu kelihatan sebak. Sudah pasti,
Nur Dini masih berasa keberatan untuk meninggalkan keluarganya. Gadis itu masih
memerlukan perhatian dan belaian daripada kedua ibu bapanya. Kini, dia perlu
memberikan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya pula.
Amar
terkedu mendengar ayat terakhir Nur Dini. Persoalan demi persoalan mula
menjengah ke minda. Salahkah dia mengahwini Nur Dini dikala mereka masih
mentah? Di usia dua puluh dua tahun, mereka masuk ke alam rumah tangga tanpa
wujudnya perasaan yang memainkan peranan.
Walaupun
masing-masing telah menghadiri kursus perkahwinan, belum tentu ia akan menjamin
apa-apa. Mereka perlu juga mengadakan latihan secara praktikal. Kedua-duanya
harus memainkan peranan dalam menjayakan hubungan halal ini. Komitmen suami
isteri juga sangat penting.
*****
Nur
Dini pelik dengan telatah Amar yang hanya mendiamkan diri sejak pulang dari
surau. Dia ingin menegur, tetapi pantas sahaja otaknya menghantar signal agar tidak mengganggu lelaki itu.
“Amar,
awak nak minum apa-apa tak?”
“Tak
ada soalan lain ke kau nak tanya?” Nur Dini di birai katil, terkejut dengan
soalan dingin Amar. Serta merta matanya memandang Amar yang membelakanginya.
Lelaki itu kusyuk bermain game di laptop.
“Buat
masa ni, soalan tu yang sesuai. So, the
answer is… ?”
Amar
membuat muka. Nasib baik Nur Dini di belakangnya. Jadi, tidaklah gadis itu
nampak mimik wajahnya yang kebosanan.
“Whatever it is, I’ll just drink it,” Nur
Dini membawa langkah ke dapur.
Sempat
juga dia membebel kepada Amar. Sebenarnya, dia hanya sekadar bertanya. Namun, ringan
pula kakinya melangkah ke dapur. Amar mengekeh ketawa. Dia tahu, Nur Dini hanya
mencari alasan untuk berbicara dengannya. Tetapi, dia yang cuba mematikan
hasrat gadis itu untuk berbual.
*****
“Dini,
tutup pintu ni. Kalau ada orang datang, jangan buka pintu. Duduk aje dalam
rumah. Ada apa-apa yang suspicious tu,
terus call Amar,” pesan Opah Yam
bersungguh.
“Iya,
opah,” Jika Opah Yam tidak mengingatkan pun, dia tahu.
Amar
membunyikan hon. Hampir sepuluh minit dia menunggu Opah Yam di dalam kereta.
Naik bosan sudah. Petang itu, Opah Yam dan Amar perlu menghadiri jemputan masjid
yang mengadakan majlis ilmu. Pada asalnya, Nur Dini ingin mengikut mereka juga.
Namun, mengenangkan dirinya yang uzur, niat itu dibatalkan.
“Kalut
sungguh budak ni. Bukannya nak lari masjid tu,” leter Opah Yam sambil melangkah
masuk ke dalam kereta. Nur Dini menghantar pemergian mereka sehingga kereta
Amar hilang dari pandangan.
Dipandang
ke kanan dan kiri. Suasana di rumah jiran-jiran masih riuh dengan suara
kanak-kanak bermain. Tidaklah dia takut sangat. Sedang dia menutup pintu, guruh
berdentum. Namun, tidaklah terlalu kuat. Nur Dini sudah menggelabah.
Cepat-cepat dia membawa diri ke dalam rumah. Tadi, elok sahaja cuaca cerah.
Di
dapur, Nur Dini mengemaskan pinggan mangkuk dan juga periuk belanga. Sempat dia
membancuh milo panas untuk dirinya. Boleh juga minum ketika membaca novel yang
masih tergendala bacaannya. Setelah siap mengemaskan dapur, langkah dibawa ke
bilik. Berada di dalam bilik lebih selamat kerana bilik itu menghala ke rumah Achik
Kiah.
*****
Kilat
sabung menyabung di langit. Cahaya yang hadir, mampu menakutkan Nur Dini. Selepas
solat maghrib tadi, Nur Dini mula menyiapkan supper untuk Amar dan Opah. Tentunya, mereka pulang selepas isya’
nanti, perut mereka akan kelaparan.
Hidangan
yang simple sahaja disediakan. Murtabak
seafood, kegemaran nenek dan cucu
itu. Dia hanya perlukan roti Gardenia dan juga seafood sahaja. Tidak terlalu berat dengan hanya menggunakan udang
dan sotong yang masih berbaki.
Selesai
sahaja memasak dan mengemas, dia kembali ke bilik. Takut juga, berlama di
dapur. Cahaya kilat dari cermin dapur sudah mengecutkan perutnya. Tidak betah
dia di situ. Niat hati ingin meneruskan bacaan novelnya, namun dimatikan niat
itu apabila hujan lebat mula membasahi bumi.
“Apa
aku nak buat ni? Call Amar? No, no! Hmmm, mama, I’m scared,” Sepantas kilat sabung
menyabung, dia meluru ke katil.
Ditarik
selimut tebal yang terlipat elok. Diselimut tubuh kecilnya. Bukan kerana sejuk,
tetapi ketakutan. Walaupun rumah desa Opah Yam dilengkapi dengan syiling, bunyi
hujan jatuh masih kedengaran kuat. Nur Dini mula memerhati sekeliling.
Dengan
guruh yang berdentum selepas kilat menjengah, Nur Dini mencengkam kuat selimut
di badannya. Wangian Amar yang melekat pada gebar itu membuatkan Nur Dini lebih
selesa walaupun dia keseorangan. Secara tiba-tiba, dia teringat pesanan papanya.
“Nur
Dini, dah hafal doa yang papa bagi semalam?”
“Dah,
pa…”
“Good girl. Kalau adik takut waktu hujan
lebat, adik baca doa tu. InshaaAllah, it
will reduce your frightening,” Pesan Datuk Mubin ketika mereka masih
menetap di luar negara.
Nur
Dini menadah kedua tangannya.
‘Ya Allah, curahkanlah hujan di sekitar kami
tapi jangan melanda kami, curahkanlah hujan di atas bukit-bukit, di dataran
tinggi, pergunungan, lembah dan di hutan belukar.’
‘Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan
kemurkaanMu, janganlah Engkau musnahkan kami dengan azabMu dan selamatkanlah
kami sebelum itu.’
Diaminkan
doa yang dibaca penuh kusyuk itu. Lega sedikit hatinya. Namun, buat seketika Nur
Dini hilang arah. Tiba-tiba, elektrik terpadam! Nur Dini tenggelam di dalam
kegelapan. Dek ketakutan yang teramat, bibirnya terkumat kamit membaca ayat
Kursi dan juga berzikir.
Mengingatkan
solat isya’ masih belum tertunai, dia cuba menahan diri daripada tertidur.
Risau pula isya’nya terlepas begitu sahaja. Lebih baik dia menunggu kepulangan
Amar dan juga Opah Yam.
*****
“Amar
pergi buka suis kat dapur. Opah nak pergi tengok Dini,” Tanpa lengah, Amar
berlalu ke dapur dengan diterangi cahaya telefon bimbitnya.
Disebabkan
Opah Yam terlalu risaukan Nur Dini yang keseorangan di rumah, mereka pulang
lebih awal. Sepatutnya, selepas sahaja majlis ilmu, jamuan makan diadakan bagi
meraikan pelajar-pelajar sekolah yang berjaya khatam Al-Quran. Namun,
keselamatan Nur Dini lebih penting. Ingin menjamu selera juga terbantut.
Opah
Yam menolak daun pintu bilik. Sebaik cahaya lampu menerangi bilik itu, dia
melihat Nur Dini tidur dalam keadaan bersandar di kepala katil. Selimut tebal digenggam
erat. Perlahan Opah Yam menapak ke katil. Pasti Nur Dini ketakutan sehingga
tertidur. Kasihan pula mengenangkan gadis itu ditinggalkan ketika hujan lebat.
“Opah,”
Amar menyangkutkan tuala bersih di bahu opahnya. Tadi, mereka terkena hujan
sedikit.
“Lena
sungguh Dini tidur. Mesti dia takut duduk sorang, Amar. Bekas air mata pun ada
lagi di pipi dia ni,” Diusap pipi cucu menantunya itu penuh kasih.
Amar
berdiri tegak di sisi katil. Benar kata opahnya, Nur Dini menangis. Mungkin
takut ditinggalkan seorang diri.
“Opah
pergilah tukar baju dulu. Biar Amar kejutkan Dini,” Opah Yam mengangguk sebelum
meninggalkan pasangan pengantin baru itu.
Direnung
Nur Dini yang sedang tidur penuh perasaan. Keluhan perlahan dilepaskan. Gadis
itu bergerak sedikit. Amar berganjak sedikit. Kelopak mata Nur Dini
bergerak-gerak, tanda dia sudah terjaga.
“Dini?”
Nur
Dini mencelikkan matanya. Kemudian, terpejam kembali. Pedih pula matanya tika
ini.
“Dah
lama ke balik?” soal Nur Dini tanpa membuka matanya. Diurut pelipisnya
perlahan. Inilah padahnya jika tidur selepas menangis. Pasti mukanya sudah
sembab.
“Baru
aje. Dah solat isya’ ke belum?”
“Belum…”
“Pergilah
solat dulu. Lepas tu, boleh sambung tidur balik,” kata Amar sebelum berlalu ke
ruang tamu.
Nur
Dini mengikat rambut lurusnya sebelum melangkah ke bilik air. Nasib baiklah ada
Opah Yam di dapur. Tidak perlulah dia meminta Amar untuk menemaninya. Buatnya
tiba-tiba guruh berdentum macam tadi, tak ke haru. Dasar anak manja sungguh Nur
Dini Datuk Mubin ni.
“Dini
dah makan ke?”
“Belum
lagi. Dini tunggu opah dengan Amar balik. Boleh makan sama…”
“Iyalah.
Dini pergi naik solat dulu. Lepas tu, panggil Amar. Kita makan sekali,” ujar
Opah Yam sambil memanaskan lauk siang tadi.
Murtabak
seafood buatan Nur Dini juga
dipanaskan oleh Opah Yam. Amar bukannya suka makan makanan yang sudah sejuk.
Tak sedap katanya. Nur Dini membawa diri ke bilik. Cepat dia solat isya’,
cepatlah mereka makan malam. Jam pun sudah menginjak ke angka sepuluh.
*****
Sedar
tak sedar, sudah seminggu Amar dan Nur Dini di kampung. Lagi seminggu pula,
kelas untuk semester akan bermula. Tugasan baru bakal ditempuhi Nur Dini.
Menjadi pelajar dan isteri dalam masa yang sama. Memikirkan Amar yang bersikap
selamba, dia bingung sendiri.
Tidakkah
lelaki itu risau? Sudah pasti papa mama akan meminta mereka ke kolej bersama.
Apa pula tanggapan rakan-rakan mereka? Bukannya mereka tidak peka akan pertelingkahan
yang sering berlaku setiap kali Amar dan Nur Dini bersua muka.
“Ehem,”
Amar berdehem kecil.
Nur
Dini tersedar dari lamunannya. Kakinya masih galak menghayun buaian di taman
mini Opah Yam.
“Kenapa?”
“I’m the one who supposedly asking you. Jauh
kau menung…”
“Jauh
jugaklah. Lagi seminggu kelas kita nak mula. How’s our life?”
Amar
menapak ke meja batu di tengah taman. Dilabuhkan punggung di situ. Nampaknya
bukan dia seorang yang memikirkan tentang itu. Dia sendiri buntu. Jika
perkahwinan mereka terbongkar, pasti dia akan diketawakan. Budak nakal kolej
berkahwin dengan transfer student.
“Act like always. Kau fikir apa?”
“Do we need to live under the same roof? I mean, we live together?”
“Kenapa?
Kau nak tinggal asing ke? Macamlah papa mama kau bagi,” Nur Dini buat muka.
Ingatkan
bolehlah ‘serious talk’. Rupanya, ada
juga bunga-bunga orang nak bergaduh.
“Tak
adalah. Saya tanya aje. Lagipun, awak nak ke tinggal kat rumah saya terus?
Mesti awak nak balik rumah awak jugak kan? One
more thing, a bit uncomfortable for me to stay in your house. Seriously talk, Amar,” ujar Nur Dini.
Sejujurnya,
dia langsung tidak selesa berada di samping ahli keluarga Amar selain Opah Yam.
Layanan mereka terhadapnya hambar. Nur Dini ingin Amar tahu dari mulutnya
sendiri tentang itu. Lebih baik dia berterus terang awal-awal daripada timbul
masalah di kemudian hari.
“The conclusion is, we live separately. Are you okay with that?”
Nur
Dini tersengih. Nak saja dia melompat ketika ini. Tapi, dibatalkan niat itu.
Terguris pula hati Amar nanti.
“For our sake, I’m really okay with that.
We just need to inform our parents. Then, settle,” Amar terangguk setuju.
Nur
Dini memandang Amar dengan pandangan curiga. Sepanjang mereka bersama, tidak
pula Nur Dini melihat Amar sibuk dengan telefon bimbitnya. Mana pergi hidung
belang dia tu? Takkan tak ada steady
girlfriend kot?
“Yang
kau tengok aku macam tu dah kenapa?” soal Amar.
“Saja
tengok. Tak boleh ke?”
“Huh,
lain macam aje kau tengok aku. Dah jatuh hati dengan aku, eh?”
Nur
Dini membaling bunga ros merah jambu di tangannya ke arah Amar dan disambut
lelaki itu.
“Jangan
nak perasan sangatlah,” Amar tergelak kecil. Sengaja dia mengenyitkan matanya.
“Manalah
tahu. Diam-diam, kau suka aku ke…”
“Uhuh, sad to inform you. Awak dah
terkena penyakit perasan. Hati-hati ya. Takut merebak pulak,” tukas Nur Dini
dengan nada seperti doktor yang sedang merawat pesakitnya.
“Alah,
kau nak suka aku pun aku tak kisah. Daripada kau menggatal dengan lelaki lain,
baik kau layan aku yang perasan ni,” Nur Dini tergelak.
Geli
hati dia melihat gengster kolej as known
as kasanova itu mencabut kelopak bunga ros satu persatu.
p/s : hope you guys suka. :D. SELAMAT MEMBACA!
Wslm.. nak n3 enovel lain sma sis.. gila lma tnggu, Hehehehehe...
ReplyDelete:D. Insha Allah. lama sangat kan? mianhae. hari lain akak post. :)
DeleteAkak... bukan Dini cuti ke? Nape solat Isya' pula? Hehehe... part ending MZ suka.. haahhaha AMMAR!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete