malam ni CIA post entry cerpen yang CIA hantar untuk contest. :D. the result was not in my side. bukan rezeki CIA lagi. masih banyak kekurangan yang perlu CIA betulkan. since, dah habis contest. CIA postkan kat sini ya. hanya karya biasa. tak ada feeling-feeling pun. hehehe. ada pasal keluarga, cinta mesti terselit punyalah. :). CIA kan? heeee.
KELUHAN
demi keluhan terbit dari bibir comel Airina sejak tadi. Matanya pula asyik
merenung ke laut yang terbentang luas di hadapan. Panggilan telefon dari
sahabat-sahabatnya amat meresahkan jiwa. Semuanya menyoalkan perkara yang sama.
Sesungguhnya, hati Airina sangat kecewa tika ini. Bagai tersayat kulitnya.
Hatinya mula berdetak hebat. Cuba melawan perasaan yang tidak elok yang ingin
mula menapak di hati.
“Kak
Rin, mak panggil balik,” Airina berpaling ke belakang. Masam sungguh riak
wajahnya ketika ini. Senyuman pun tidak mampu mencuri watak gadis lepasan
diploma itu untuk lebih ceria.
“Kejap
lagi Kak Rin baliklah. Dik Qin balik dulu,” Asyiqin, adik Airina merenung kakak
sulungnya. Selalunya wajah itu happy.
Tetapi, hari ini masam mencuka pula. Mata kakaknya juga bengkak. Macam baru
selepas menangis sahaja.
“Alah,
jomlah. Nanti mak membebel, Dik Qin balik seorang,” Airina mendengus. Orang
hendak tenangkan fikiran pun tidak boleh. Airina bangun berdiri dengan
malasnya. Jika boleh, ingin sahaja dia duduk bertenggek di batu besar ini
sampai lewat petang.
“Jom,”
Mereka berjalan beriringan pulang ke rumah yang tidak jauh dari pantai.
Dalam
perjalanan pulang ke rumah, ada pula jiran-jiran yang menegur Airina. Semuanya
bersoal tentang keputusan kemasukan pengajian ke peringkat ijazah yang dipohon
oleh Airina. Airina hanya membalas dengan senyuman. Malas menjawab lebih.
Hatinya kini sudah ralat dengan semua itu. Asyiqin hanya diam. Dia faham sangat
dengan perangai Airina yang tidak suka menghebohkan hal-hal yang dia sedihkan.
*****
Malam
itu, Airina membantu emaknya memasak makan malam. Tanpa sepatah kata, dia
menghidangkan lauk pauk yang sudah siap dimasak ke meja. Puan Syatirah hanya
menunggu anak sulungnya itu membuka mulut. Namun, sudah hampir tiga puluh minit
dia di dapur… sepatah perkataan pun belum keluar dari mulut gadis berusia dua
puluh satu tahun itu. Puan Syatirah tahu anak daranya itu kecewa dengan
keputusan kemasukan pengajian ke peringkat ijazah yang menunjukkan Airina gagal
menyambung pengajiannya.
Hati
mana yang tidak kecewa. Pelbagai dugaan juga dihadapi Airina sebelum menamatkan
program diplomanya itu. Apa sahaja yang tak dialami Airina? Gagal satu subjek hampir
setiap semester, sudah menjadi perkara biasa. Bukannya dia tidak berusaha,
mungkin belum rezeki. Itulah yang sering membebankan fikiran Airina. Semester
terakhir juga, dia gagal dalam salah satu subjek. Nasib baiklah ada sesi
peperiksaan khas yang masih boleh diambil untuk membetulkan kembali
keputusannya.
“Airina,
mak tak sukalah tengok kamu diam macam ni. Rezeki kan ada di mana-mana. Mungkin
bukan rezeki Rin lagi nak sambung study.
Rin kenalah berdoa, minta dimurahkan rezeki. Insha Allah, Allah akan
permudahkan cara,” ujar Puan Syatirah lembut. Tangannya sibuk mencedok nasi ke
dalam pinggan.
“Memanglah,
mak. Rin cuma cemburu tengok kawan-kawan yang lain dapat sambung belajar. Tapi,
Rin tidak. Masih di sini,” Puan Syatirah menggelengkan kepalanya. Sungguh lemah
fikiran anak daranya saat ini.
“Imam
Syafi’i pernah berkata, tidak ada satu pun yang lebih utama setelah menunaikan
kewajipan selain menuntut ilmu. Airina faham, apa maksud mak?”
Airina
menggeleng. Diambilnya gelas-gelas dirak. Dan, disusun di atas meja makan.
“Dengar
sini, ilmu yang kita tuntut tidak semestinya hanya ilmu untuk digunakan di alam pekerjaan sahaja. Bahkan, ilmu-ilmu lain
juga harus dijaga. Cuba Rin positifkan pandangan. Insha Allah, Allah akan buka
jalan untuk Rin bangun. Tapi, kalau Rin dah lemah macam ni disebabkan satu
dugaan. Macam mana dengan dugaan-dugaan lain yang belum kita ketahui?”
“Tapi,
mak. Rin dah banyak kali gagal. Rin kesiankan mak dengan abah. Mesti malu sebab
Rin selalu failed satu subjek hampir
setiap semester. Sekarang ni pula, Rin tak dapat sambung degree. Rin takut orang-orang kampung melekehkan mak dengan abah,” Puan
Syatirah mengusap kepala anak perempuan sulungnya.
“Dah
banyak kali mak pesan pada Airina. Ingat lagi apa pesan mak?” Airina mengangguk
perlahan.
Masakan
dia akan lupa setiap patah perkataan yang sering Puan Syatirah bebelkan hampir
saban hari. Niat emaknya hanya ingin anak-anaknya sentiasa berada di landasan
yang benar. Puan Syatirah sering kali mengingatkan anak-anaknya tentang surah
al-Nahl, ayat 78.
‘Dan Allah mengeluarkan kamu
daripada perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui apa pun, dan Dia
mengurniakan kepada kamu kebolehan mendengar, kebolehan melihat, dan akal fikiran,
supaya kamu bersyukur.’
“Rin
ingat mak,” Airina kembali tersenyum. Ya, dia perlu bersyukur. Mungkin,
rezekinya ada di tempat lain.
“Bagus.
Dah, pergi panggil abah dengan adik-adik kat ruang tamu. Sejuk pulak lauk-lauk
ni nanti,” suruh Puan Syatirah.
Membebel
panjang pun tidak guna. Waktu makan, kenalah makan. Perut pun satu nikmat yang
Allah S.W.T. kurniakan untuk diisi supaya manusia lebih bertenaga dalam melakukan
segala ibadat dan suruhan-Nya. Insha Allah.
*****
Airina
meniarap di atas katil sambil menatap laptopnya.
Tak habis-habis dengan ‘mukabuku’nya itu. Selepas sahaja solat subuh berjemaah
tadi, terus dia kembali ke bilik dan membuka laman sosialnya itu. Nak mandi, masih
awal. Pasti air di bilik mandi masih sejuk. Sudahnya, dia menghabiskan masa menghadap
perkara-perkara yang boleh membawa kelalaian itu.
Tok!
Tok! Tok!
“Kak
Rin!”
Airina
mengeluh kecil. Siapa pula yang mengacau pepagi
ni?
“Masuklah.
Pintu tak kunci,” laung Airina separuh menjerit. Ditalakan kepala ke muka
pintu. Ingin melihat gerangan yang sibuk mengacaunya pagi-pagi ini. Padahal,
dah pukul lapan pagi pun. Matahari pun dah nak meninggi. Eheh!
“Kak
Rin, jom keluar,” ajak Amani, adik bongsu Airina.
“Keluar
pergi mana? Naik apa?”
Amani
menggaru kepalanya. Tak pula dia terfikir. Mereka hendak keluar bagaimana? Abah
dah pergi kerja. Mak pula pergi mengajar mengaji di surau hujung kampung, tak
balik lagi. Hmmm, hendak suruh Airina yang memandu. Memang payah! Sudahlah,
lesen memandu pun tiada. Entah apalah yang dilakukan Airina sepanjang bercuti
panjang ini. Tidak lain, menghabiskan masa melayan facebooklah tu. Sekejap ketawa, sekejap menangis. Semuanya
gara-gara melayan cerita Korea. Tidak pun, Running Man! Korealah juga itu kan?
“Hmmm,
pergi naik baslah. Apa susah?”
“Eeuuww, no class,” Amani mencebik. Airina
buat muka kegelian. Sebenarnya, sekadar meniru seorang sahabatnya yang baru
pulang dari oversea tempoh hari.
Hendak tergelak juga dia, mengingatkan ajakannya untuk menaiki bas. Memang
buruk sungguh rupa sahabatnya itu.
“Amboi,
tak payah nak sombong sangatlah. Dulu, kak Rin pergi balik asrama naik bas tau.
Tak payah nak ‘eeuuww’ sangatlah,”
tukas Amani. Airina menjeling Amani yang baru masuk tingkatan tiga itu.
“Biarlah.
Low standardlah naik bas. Ingat
senang ke nak naik bas. Lepas tu, adik bukannya jenis beli barang sikit-sikit.
Takkan nak angkut naik bas?” Airina bukannya mengutuk perkhidmatan bas awam,
cuma hanya ingin mengenakan Amani sahaja.
Amani
tersengih. Memang benar kata kakaknya itu. Sekali dia beli barang, memang tak
cukup tangan nak memegangnya. Rakan-rakan di sekolahnya sering menggelarnya shopaholic dan mendapat sandaran Shopping’s Queen. Tapi, apa ada hal. Dia
guna duit sendiri apa. Hasil perniagaan online
yang diusahakan bersama ibu saudaranya, memang lumayan.
“Alah,
baru ingat nak belanja kak Rin. Hari tu, adik dah belanja kak Qin dengan abang Shah,”
Kemain lagi kau Amani. Airina mencebik. Untunglah orang berniaga. Dah ada duit
sendiri. Mulalah nak menunjuk.
“It’s okay, dik. Kak Rin tak kisah kalau
adik tak belanja kak Rin pun. Siapalah kita ni, kan?”
Amani
menapak naik ke katil Airina. Nampaknya, rajukan Airina berjaya membuatkan adik
kesayangannya itu berasa bersalah. Airina berpura-pura memandang desktop. Nak juga dia melihat, bagaimana
Amani ingin memujuknya? Selalunya, bukan main pandai lagi dia menarik perhatian
customer dengan muka cute dia itu.
“Kak
Rin, sorrylah. Ini yang adik ajak kak
Rin keluar. Kak Rin cakap saja nak apa. Nanti adik belikan. Janji,” Amani memegang
lengan Airina manja. Taktik memujuk kenalah betul. Dia tahu, Airina memang
susah terpujuk.
Pernah
dulu Shahid, adik bawah Airina tersalah cakap dan menyinggung perasaan Airina.
Seminggu juga Airina tidak bertegur sapa dengan satu-satunya adik lelakinya
itu. Nasib baik abah dan mak mereka masuk campur. Kalau tidak, mahu berbulan
Airina merajuk. Nama sahaja anak sulung, tapi manjanya bukan main lagi.
Mengalahkan Amani yang anak bongsu itu.
“Janji
nak belikan apa yang kak Rin nak?” Amani mengangguk laju. Dia sanggup
menghabiskan duit demi ahli keluarganya.
Di
usia lima belas tahun, sudah pandai mencari wang sendiri. Tidak seperti Airina
yang hanya terperuk di dalam rumah. Kehidupan seharian dihabiskan dengan
berangan, laptop, music dan tidur serta novel-novel. Eh,
makan pun termasuk juga. Bak kata Airina, kak Rin dah lama duduk luar, biarlah
kali ni tinggal kat rumah lama sikit.
“Janji.
Kak Rin nak adik belikan apa?”
“Ini
yang kak Rin nak dengar,” Airina bingkas duduk. Senyuman mula terukir di bibir.
“Kak Rin dah survey dan dah order pun. So, adik sajalah yang bayar semua novel yang kak Rin order tu. Kak Rin dah tak payah minta kat
abah lagi,” Amani angkat kening. Tak habis-habis dengan novel dia.
“Okey.
Tapi, kali ni saja adik belanja. Lain kali, kak Rin cari duit sendiri,” Airina
buat muka.
“Iyalah.
Sekarang, adik pergi keluar. Kak Rin nak mandi. Go!”
Airina
menolak adiknya keluar dari biliknya. Dia kembali ke katil dan mula melalaikan
diri dengan dunia sosialnya. Alang-alang, ramai pula rakan-rakan sekelasnya
dulu sedang online. Boleh juga
berborak. Rindu pula dengan telatah-telatah mereka semua. Bila pulalah ingin
bertemu kembali? Airina memang susah hendak keluar rumah. Pasti abah dan maknya
tak benarkan. Akhirnya, banyak masa dihabiskan di dalam biliknya sahaja.
*****
Beberapa bulan kemudian
Puan
Syatirah menghidangkan minuman untuk suaminya, Encik Azhar. Malam-malam begini,
anak-anak yang pulang bercuti sudah masuk bilik. Buat hal masing-masing. Kesempatan
inilah diambil Encik Azhar dan juga Puan Syatirah untuk berkongsi cerita
mengenai anak-anak. Isu paling panas, ramai saudara sudah bertanya tentang
Airina yang masih menganggur dan belum menyambung pengajian.
“Minum,
bang,” Encik Azhar mengangguk. Matanya ralit menonton aksi Jackie Chan di kaca
televisyen.
“Dah
bincang dengan Rin?”
“Dah.
Abang bukan tak tahu perangai anak manja abang tu. Selepas kes kemalangan kawan
dia tu, bukan main payah lagi nak memandu. Saya ada jugak ajar dia drive. Sudahnya, beku kat tempat duduk.
Kereta langsung tak bergerak,” Encik Azhar tergelak.
“Tak
cuba pujuk dia? Mula-mula memanglah takut. Nanti dah biasa, kereta kita pulak
yang lesap,” ujar Encik Azhar.
Kesibukannya
di pejabat, menghadkan masa untuk keluarga. Tambahan pula, sekarang ini
syarikatnya akan membuka cawangan baru. Lagilah sibuk.
“Abang
cari sajalah mana-mana agensi lesen. Manalah tahu, tergerak hati dia nak
mencuba. Tak pun abang izinkan Rin kerja dekat office abang tu. Bukannya tak ada jawatan kosong,” cadang Puan
Syatirah.
Sejak
Airina berada di rumah, gadis itu asyik terperap dalam rumah sahaja. Tak ada
hendak keluar pergi ke mana-mana. Salah satu masalahnya, Encik Azharlah. Airina
hendak mencari kerja, tidak dibenarkan. Dia ingin bertemu rakan-rakan
seuniversiti, lagilah Encik Azhar tidak beri keizinan. Puan Syatirah pun tidak
faham dengan sikap suaminya yang terlalu melindungi anak daranya itu. Airina
sudah besar panjang pun. Dua tiga tahun lagi, dapat menantulah mereka.
“Ish,
tak payahlah. Abang tak mahu ajar anak-anak pegang duit sebelum habis belajar.
Nanti pelajaran ke mana, duit ke mana,” kata Encik Azhar.
“Amboi,
adik sibuk buat business online
dengan mak su… abang benarkan pulak. Abang jangan buat hal. Kang tak pasal,
anak-anak yang lain rasa cemburu sebab abang manjakan sangat Rin,” balas Puan
Syatirah sambil membulatkan matanya kepada Encik Azhar.
Memang
tidak disangkalkan, perhatian kepada Airina… kadang-kadang melampaui batas.
Sehinggakan anak-anak yang lain terasa. Tetapi, Nur Airinalah anak sulung
mereka. Umur Airina dan Shahid selang empat tahun. Sepanjang empat tahun itu,
Airina yang menjadi tunggak kebahagiaan mereka. Sanggup berhabisan demi anak
perempuan mereka itu. Semuanya berpunca daripada Puan Syatirah disahkan tidak
boleh melahirkan anak lagi selepas itu. Namun, percaturan Allah lebih hebat
kerana empat tahun kemudian… Puan Syatirah hamil anak kedua. Dan seterusnya
anak ketiga dan yang bongsu.
“Sebab
abang tahu adik jenis yang berjimat. Tak macam Rin. Dia boros sikit. Nanti dah
pegang duit, mulalah nak beli itu ini. Sekarang ni pun, berapa banyak novel dah
dia beli sepanjang dok menganggur ni,” Puan Syatirah tergelak kecil. Airina satu-satunya
anak yang melencong jauh minatnya. Terlalu addicted
dengan novel-novel. Pantang ada iklan novel terbaru. Digetusnya kita membelikan
untuk dia.
“Nak
buat macam mana, dah minat dia. Biar sajalah. Cuma, kadang-kadang saya
perhatikan anak abang tu… dia macam ada sorokkan sesuatu. Selalu juga saya
perasan mata dia merah. Macam baru lepas menangis. Bila saya tanya, dia cakap
tak ada apa-apa,” Encik Azhar mula menunjukakan minat. Dikuatkan sedikit suara
televisyen, takut anak-anak di dalam bilik terdengar perbualan mereka.
“Sorokkan
apa?” Puan Syatirah yang duduk di karpet, bangkit melabuhkan punggung di atas
sofa. Di sisi suaminya.
“Saya
pun tak tahu. Kadang-kadang tu, tengah masak pun air mata dia keluar. Kalau nak
kata pedih asap, kita pakai dapur elektrik. Rin bukan jenis pedih mata masa
potong bawang. Dia macam menangis tiba-tiba saja,” jelas Puan Syatirah.
“Mesti
ada sebab. Takkanlah menangis tanpa sebab. Entah-entah, bergaduh dengan pakwe ke? Mana kita tahu,” Encik Azhar
menjongketkan bahunya.
Puan
Syatirah menampar bahu suaminya.
“Anak
kita tu mana ada pakwe. Kalau ada,
dah lama dia beritahu kita. Rin mana boleh berahsia dengan kita. Semua benda
dia nak cerita. Nak tengok dia menangis pun susah,” Puan Syatirah berkata penuh
yakin. Encik Azhar diam. Dia memikirkan masalah anak sulung mereka.
Tidak
mungkin Airina menghidap hypophrenia.
Sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu bersedih tanpa sebab. Ia
berlaku tiba-tiba. Tanpa berasa apa-apa. Encik Azhar dan Puan Syatirah menggelengkan
kepala mereka serentak. Mungkin mereka sedang memikirkan perkara yang sama.
*****
Airina
senyum nipis sendiri. Tangannya sibuk menaip di dada handphonenya. Dia mula merasakan hidupnya terlalu bosan. Sehinggakan
dia sering terfikir nasib dirinya. Cop ‘pengangur terhormat’ sudah mula
menampakkan wajah. Pernah juga dia terfikir ingin membuat sesuatu yang akan
membanggakan kedua ibu bapanya. Namun, ia sekadar angin lalu. Hanya umpama angan-angan
kosong. Kini, bilik sudah menjadi tempat persembunyian.
Ada
satu hari itu, ketika Airina keluar menjenguk Puan Syatirah yang sedang
membakar sampah di luar rumah. Jiran-jiran sebelah sudah tentulah akan nampak
kelibatnya. Sampaikan dia terdiam apabila ada seorang jiran bertanyakan
perihalnya.
“Bila
cuti?” soal Mak Cik Esah, jiran keluarga Encik Azhar. Puan Syatirah hanya
tersenyum. Dia tidak berapa ngam sangat dengan jiran mereka itu atas
sebab-sebab tertentu.
“Lama
dah cuti,” Airina memberi jawapan selamat. Selepas itu, Mak Cik Esah membuka
cerita anak-anak saudaranya yang pulang bercuti.
Airina
hanya mendengar. Mungkin dia selalu terperap di dalam bilik tanpa menjengah ke
luar rumah, jadi jiran-jiran tidak mengetahui status dirinya sebagai penganggur
sudah hampir setahun. Setahun, okey! Bukannya sebulan dua. Orang lain ada juga
kemajuan apabila dapat bercuti panjang ini. Tetapi, tidak bagi Airina.
Tiba-tiba
telefon bimbit Airina berdering. Sebelum diangkat, dia melihat dulu gerangan
yang menelefonnya. Bibirnya mengulas senyuman.
“Hello, Assalamualaikum,” Airina memberi
salam terlebih dahulu dengan nada ceria.
“Waalaikumsalam.
Amboi, cerianya kau. Ada good news
nak story-story dengan aku ke?”
“Tak
ada maknanya. Ceria sebab ada juga orang ingat kat kita ni,” Si pemanggil
tergelak.
“Kau
buat apa kat rumah tu? Tak bosan ke?”
“Buat
apa lagi. Duduk terperuk dalam rumahlah. Aku tak bernasib baik macam kau.
Memang bosan tahap boleh mereng dah aku dekat rumah ni. Hari-hari menatap laptop. Tak pun tengok movie. Kau faham-faham sajalah pe’el aku, Anis…”
“Jangan
cakap macam tu. Maybe, kau dapat… for the
next intake. Don’t worrylah. Rezeki ada di mana-mana, dear. Antara nak dengan tak nak saja,” Airina senyum nipis.
Macamlah si Anis itu nampak perlakuannya.
“Insha
Allah, doakan aku dapat ya?”
“Amin.
Doa tu, doa jugak. Tapi, jangan lupa usaha ya. Doa tanpa usaha, useless,” Anis cuba memberi nasihat dan
juga sokongan untuk sahabat baiknya itu.
“Iyalah,
dear. Kau bukan ada exam ke? Sempat lagi kau call aku kan,” Airina sedia maklum
dengan jadual Anis kerana sahabatnya itu kerap meninggalkan status di Twitter. Sebenarnya, dia ingin menukar
topik perbualan mereka. Dia sendiri berasa terbeban kerana masih di takuk lama. Tanpa ada sebarang
perubahan.
“Yupp. Stress, sis. So, this is the right
decision. Calling someone to resist my stressful,” Airina ketawa. Rindu
pula detik-detik menghadapi tekanan perasaan dalam pelajaran.
“Do the best, dear. Always pray for you, Insha Allah,” kata Airina sebagai pendorong
semangat. Siapa lagi yang ingin mendoakan sahabat seperjuangan jika bukan kita sebagai
teman baik?
“Okeylah.
Lain kali kita borak lagi. Suzana dah panggil aku. Kita orang nak keluar makan
dengan classmates,” balas Anis
lembut. Dia tidak mahu Airina terasa.
“Okey.
Have a nice dinner,” Perbualan mereka
terhenti di situ. Airina termenung sendiri.
Kadangkala,
dia berasa terpinggir dengan teman-temannya dahulu. Walaupun, ada internet di
hadapan mata… dia masih buta dengan dunia sekeliling. Fikirannya langsung tidak
berkembang. Jika ada sesuatu tawaran, Airina hanya buat endah tak endah sahaja.
Macam orang putus harapan. Acap kali ahli keluarganya memprovoke sikap pemalasnya itu. Tubuhnya bagai digam di atas katil. Keluar
bilik hanya sekadar untuk makan dan mandi.
*****
Hujung
minggu itu, Airina mengikut Encik Azhar dan Puan Syatirah ke pusat membeli
belah. Hanya mereka bertiga sahaja yang mempunyai masa terluang. Syahid,
Asyiqin dan juga Amani pula masih di asrama memandangkan sekarang adalah musim
peperiksaan. Syahid sedang belajar di salah sebuah IPTA terkemuka, semester
pertama. Asyiqin sibuk dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Amani pula dengan PMRnya. Masing-masing sudah ada jadual mereka sendiri.
Sesekali
keluar begini, Airina mengambil peluang untuk membeli barangannya. Kali
terakhir dia keluar ke mall adalah
dua bulan lepas. Itu pun kerana menguruskan keperluan majlis convocationnya. Baik pula hati abahnya
ingin berbelanja lebih untuknya hari ini. Memandangkan Encik Azhar sudah
menawarkan bantuan kewangan yang lumayan, bolehlah dia membeli barang yang
sudah dia listkan beberapa bulan yang
lepas.
Bukan
main lama, baru dia dapat peluang begini. Mestilah dia menghargainya. Bukan
senang, Encik Azhar mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaannya. Di dalam
hatinya sudah nekad untuk membalas jasa kedua ibu bapanya. Itu salah satu
impiannya. Senarai pertama yang tercatat di dalam wish list Airina iaitu berbelanja untuk ahli keluarganya dengan
wang hasil titik peluh dia sendiri.
Dia
paling terharu kerana Encik Azhar sanggup mengeluarkan wang untuk membayar
pinjaman pelajarannya. Syukur Alhamdulillah. Dia berjanji akan melakukan
perkara yang akan membanggakan kedua ibu bapanya. Semua perkara yang dia ingin
lakukan, awal-awal lagi tertulis di dalam diari peribadinya.
“Rin
nak apa lagi?” soal Encik Azhar. Puan Syatirah hanya tersenyum.
“Tak
ada dah kot. Tapi, sekarang ni perut Rin dah berbunyi. So, Rin nak makan,” Encik Azhar dan Puan Syatirah tergelak. Mereka
kemudiannya berjalan beriringan ke restoran kegemaran mereka sekeluarga jika berkunjung
ke pusat membeli belah itu.
Tujuan
pasangan suami isteri itu mengajak Airina keluar adalah kerana mengikut tips
yang diberikan oleh seorang doktor psikologi yang mereka temui beberapa hari
lepas. Doktor itu menyarankan agar mereka menggembirakan hati Airina. Cuba
bermain dengan emosinya. Puan Syatirah pernah terbaca wish list Airina tanpa sengaja.
Disebabkan
itulah dia memberi cadangan kepada Encik Azhar agar suaminya itu membelanja
Airina membeli barangan kesukaannya. Semoga emosi Airina lebih stabil dan
ceria. Mereka boleh melihat betapa cerianya Airina ketika ini. Barang yang dia
impikan sudah berada di dalam tangan.
Kamera,
novel terbaru, barang-barang peribadi Airina dan juga beberapa helai pakaian
Muslimah. Pada mulanya, terkejut juga Encik Azhar dan Puan Syatirah dengan
perubahan Airina yang membeli barangan yang lebih terarah kepada kehidupan
seorang gadis Muslimah. Penampilan gadis itu ketika keluar dari rumah tadi pun,
sudah memeranjatkan mereka. Namun, mereka bersyukur melihat perubahan itu.
Semoga penampilan sopan itu kekal selamanya.
Tudung
yang dulunya singkat, sudah dilabuhkan. Baju yang mengikut potongan badan juga
sudah ditinggalkan. Airina mula mengenakan handsocks
dan juga stoking. Dia kelihatan
lebih ceria dan manis dengan imej terbarunya. Namun, ada satu rahsia yang ahli
keluarganya tidak tahu. Hanya Airina sahaja yang tahu.
*****
“Amboi,
anak dara ni. Dok memerap dalam bilik, tak keluar dah,” tegur Mak Su Aqilah
yang baru tiba di rumah Encik Azhar.
Airina
mengerutkan hidung. Dia memahami maksud mak sunya itu.
“Bukan
selalu dapat berfoya-foya macam ni. Degree’s
result for the second intake is around the corner. Nanti Rin nak concentrate study. Tak boleh nak lepak gini lagi,” balas Airina. Dia memberi
ruang kepada Mak Su Aqilah di katil queennya.
“Iyalah.
Mak su tengok semakin berseri Rin sekarang. Ada apa-apa ke?” Airina senyum
manis.
“Mana
ada apa-apa. Saja nak happy macam ni,
tak boleh?” Mak Su Aqilah menggeleng.
“Boleh.
Untuk you apa pun boleh,” kata Mak Su
Aqilah. Akhirnya terlepas juga rindunya ingin melihat wajah ceria dan gembira
Airina. Sebelum ini, muka gadis itu cemberut sahaja. Ingin juga dia tahu rahsia
Airina menjadi happy go lucky begini.
“Ada
something nak share dengan mak su ke?” Airina angkat kening. Benda apa pula ni? Dia
sendiri pun tidak faham akan maksud sebenar Mak Su Aqilah.
“Something? What is that ‘something’?”
“No. I’m just asking you, my pretty niece. Your
face wrote everything, darling. You have something that make me feel ease. Actually,
I’m the one who have something to tell you. That was the important thing. Dengar
betul-betul,” Airina hanya mengangguk. “Ada someone
yang nak jumpa Rin. Rin free tak
hujung minggu ni?”
“Someone? Siapa?”
“Nak
tahu siapa, kena tunggu hujung minggu ni. Mak su dah minta izin dengan your parent,” Mak Su Aqilah tersenyum
penuh makna. Persoalan yang bermain dibenak Airina dibiarkan.
Memang
dia sengaja meninggalkan seribu persoalan. Gadis itu pasti tidak menyangka akan
seseorang yang ingin bertemu dengannya itu adalah seseorang yang dinantikan
Airina sendiri. Mugkin Airina sudah lupa dengan kehadiran insan itu setelah
sekian lama dia menyepikan diri.
*****
Pagi
keesokannya, Airina mengenakan dress
labuh yang longgar rona peach dan
turut diserikan dengan selendang lebar yang dibeli secara online. Senang hati Puan Syatirah melihat perubahan anak sulungnya
itu. Wajah itu nampak bahagia dan sudah tentu kebahagiaan itu turut terkena
tempias padanya dan suami.
“Amboi,
cantiknya. Nak pergi dating dengan
siapa?” Airina tersenyum manis. Mak Su Aqilah yang baru tiba di meja makan
mengangkat kening. Puan Syatirah menjuihkan bibirnya kepada Airina.
“Orang
tengah happy, kak Ti. Biarlah,” kata
Mak Su Aqilah.
“Wah,
sejak bila jadi good girl ni, mak
su?” Mak Su Aqilah tersengih. Usia mereka hanya berbeza setahun. Jadi, hubungan
mereka memang rapat sejak kecil lagi.
“Good girl macam Rinlah. Nak keluar ni,
balik pukul berapa?”
“Haih,
keluar pun belum. Dah tanya pasal balik? Tak sure lagi. Ikut keadaan someone
yang nak jumpa anak kak Ti ni,” balas Mak Su Aqilah.
Airina
menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya sambil mindanya melayang memikirkan ‘that someone’. Siapa sahajalah yang
ingin bertemu dengannya? Setahunya, tiada rakan-rakan yang terdekat sedang
bercuti. Semuanya sibuk dengan exam.
Pelik sungguh! Penting sangat ke ‘that
someone’ tu. Anonymous!
*****
Mak
Su Aqilah membawa Airina ke sebuah restoran yang agak terkenal di bandar.
Airina hanya mengekori mak sunya tanpa bersoal apa-apa. Sewaktu melalui sebuah
meja, Airina terpaku. Kakinya bagaikan tergam di situ. Mak Su Aqilah
menghentikan langkahnya. Mereka sudah tiba ke destinasi sepatutnya. Dia pasti
anak saudaranya sudah dapat menangkap, siapakah yang ingin bertemu dengannya?
Degupan
jantung Airina mula berdetak laju. Pemilik jantung itu sendiri tidak mampu lagi
untuk mengawalnya. Susuk tubuh tinggi lampai dan agak berotot milik seseorang
yang sangat dikenalinya menjengah ke ruang mata. Boleh ke dia pusing ke
belakang dan terus berlalu pulang? Rasanya itu tindakan yang tepat. Paling
tepat!
“Airina!
Stop!” Halang satu suara garau. Mak
Su Aqilah menganggukkan kepala tanda membenarkan lelaki itu mengekori langkah
Airina.
Pantas
sahaja kaki panjang itu menyaingi langkah Airina yang sudah keluar dari
restoran. Nampaknya perkiraannya silap. Sangkanya Airina akan menerima
kehadirannya setelah sekian lama dia menghilang. Rupanya, sama sahaja sikap
gadis itu terhadapnya. Airina langsung tidak memberi ruang untuknya berterus
terang.
“Please, Airina. If you do love me before… don’t
leave me like this,” Langkah Airina terhenti.
Pandangan
garang dihadiahkan kepada Hezry Ariff, insan yang pernah mendapat tempat di
hatinya. Kerana lelaki itu juga, pelajarannya terganggu. Ya, lelaki itu! Hezry
berdiri betul-betul di hadapan Airina. Namun, gadis itu menjarakkan tubuh
mereka. Tidak manis dilihat orang. Dia tidak mahu menjejaskan imej baharunya
itu.
“So, you do love me, huh?”
Airina
mengecilkan matanya. Muka sengal ditayangkan. Tiada segaris senyuman
dilontarkan. Biarlah apa pun tanggapan Hezry, dia langsung tidak kisah. Dan,
tidak mahu ambil kisah!
“Ada
saya cakap macam tu ke? Elok pergi jumpa doktor sebelum masalah pendengaran
encik lebih teruk,” Hezry senyum sinis. Dia tahu, jauh di sudut hati Airina…
masih mengharapkan kehadirannya.
Hezry
Ariff, lelaki pertama yang berjaya memikat Nur Airina yang sombong ketika di
sekolah menengah. Atas cabaran rakan-rakan, dia terpanggil untuk membuatkan
gadis sombong itu jatuh ke tangannya. Dan, akhirnya dia berjaya. Dia
meninggalkan Airina setelah puas bermadah cinta dengan gadis itu. Airina
ditinggalkan Hezry ketika gadis itu sudah mula mempercayai lelaki. Tanpa
sekelumit perasaan bersalah, dia mengundur diri ke luar negara.
Namun,
kepuasan hatinya hanya sementara. Ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, timbul
rasa kesal di dalam dirinya kerana telah mempermainkan hati seorang perempuan. Kaum
yang sama seperti ibu dan kakaknya. Sejak itu, dia mula mencari jejak Airina.
Syukur kerana Mak Su Aqilah masih menggunakan alamat e-mel yang sama. Melalui Mak
Su Aqilahlah dia mengetahui keadaan Airina.
Kemurungan
Airina. Kegagalan Airina. Jatuh bangun Airina. Semuanya Mak Su Aqilah sudah
memberitahunya. Hezry bersyukur sangat ketika ibu saudara Airina memaklumkan
akan penghijrahan Airina.
“I want you to be my wife,” Airina
terpempan. Wife?
“Kerja
gila…”
“No. Siapa ajar awak yang perkahwinan itu
satu kerja gila?”
Pandai
pun bercakap dalam bahasa ibunda. Ingatkan sudah lupa asal usul.
“Nobody. Excuse me,” Airina berkata
sambil senyum nipis sebelum kembali meneruskan langkah.
“Sorry for all the mistake that I’ve made
before. I’m truly sorry,” Sekali lagi langkah Airina terhenti mendengar
suara itu memohon kemaafan darinya.
Airin
menoleh ke belakang. Hezry sedang elok berdiri memandangnya. Wajah lelaki itu semakin
segak. Tidak seperti dulu, nerd!
Namun, cermin mata masih menjadi peneman setia. Apa yang pasti, bukan lagi
cermin mata bulat tanpa bingkai yang tersangkut di hidung mancung itu dulu.
Sudah diupgrade!
“Siapa
saya untuk menghukum awak? Awak dah berjaya mengubah hidup saya. Terima kasih
sangat-sangat. Seperti yang tertulis di
dalam novel untuk lamaran yang macam awak buat ni, saya masih ada ibu bapa. Meet them,” kata Airina sebelum berlalu
meninggalkan Hezry yang terpinga-pinga.
Mak
Su Aqilah yang memandang dari jauh, mendekati Hezry yang seperti terkaku itu.
“Nur
Airina Azhar dah bagi green light. What are you waiting for?” ujar Mak Su
Aqilah sebelum menuju ke arah keretanya.
Hezry
tersedar. Senyuman mula terukir di bibirnya. Alhamdulillah. Doanya selama empat
tahun, akhirnya termakbul. Kahwin mudalah jawabnya.
*****
Rasulullah s.a.w. bersabda :
‘Orang mukmin yang kuat itu lebih
baik dan disukai Allah dari orang mukmin yang lemah. Rebutlah perkara yang
mendatangkan manfaat dan mohonlah pertolongan Allah, jangan lemah semangat.
Jika engkau ditimpa kesusahan, jangan engkau berkata, ‘Kalau aku buat begini,
tentu jadi begini’. Tetapi katakanlah, ‘Ini takdir Allah’. Segala apa yang
dikehendaki-Nya terlaksana. Ini kerana perkataan ‘kalau’ beerti engkau membuka
peluang kepada syaitan untuk menghasut.’
– Hadis diriwayatkan Muslim.
Hadis
inilah yang memberikan Airina kekuatan. Sebuah hadis dijadikan status di laman
Facebook oleh Hezry Ariff. Dia mula nampak cahaya untuk meneruskan perjuangan
hidupnya. Segala perubahan di dalam dirinya berlaku tanpa dirancang. Ianya
berlaku secara tiba-tiba. Airina bersyukur kerana dia diberi peluang untuk
mengubah cara hidupnya sebelum terlambat.
Apa
yang paling membanggakan, dia berjaya mendapat hak penerbitan hasil karya
sulungnya, ‘Dunia Hambar Seorang Gadis’. Terlaksana tanggungjawabnya sebagai
seorang anak yang mampu membahagiakan kedua orang tuanya. Dikala hidupnya
terumbang ambing dari jalan-NYa, Allah menghadirkan insan-insan seperti Encik Azhar,
Puan Syatirah, adik-adiknya, Mak Su Aqilah dan juga Hezry Ariff untuk
membantunya.
Airinalah
yang paling bersyukur. Wish list
rahsianya sudah menjadi realiti. Mendapat gelaran rasmi sebagi penulis, seorang
pelajar di peringkat ijazah dan juga seorang isteri kepada suami yang mampu
menjadi imamnya dan bakal anak-anak mereka. Segalanya bagaikan mimpi, tetapi
itulah kebenarannya.
Memang
benar tekaan Encik Azhar dan Puan Syatirah mengenai anak perempuan mereka.
Airina menghidap hypophrenia kerana
terlalu tertekan. Untuk menghalang daripada memikirkan masalah umpatan sanak
saudara dan orang sekeliling, dia hanya mampu menangis. Sehinggakan perasaan
itu terbawa-bawa.
“Nur
Airina happy?” soal Hezry sambil
tersenyum.
“Happy sangat. Rasa macam ringan bahu ni.
Fikiran pun tenang,” jawab Airina lembut.
“Iya
ke? Tahniah,” Airina mengerutkan dahi. Tahniah? Untuk apa?
Hezry
yang faham akan kerutan di dahi isterinya, tersengih.
“Tahniah
sebab berjaya dapat best student SPM batch kita. Maaf, sebab abang… diploma
Airina selalu kantoi,” Airina mencebik.
“Tak
hairanlah,” balas Airina tegas. Kemudiannya, dia senyum mengusik. Pantas dia
berlari anak ke persisiran pantai. Hezry yang terasa dipermainkan, mengejar
isterinya itu. Lega hatinya kerana sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk
mengembalikan semangat Airina yang hilang disebabkan dirinya.
Firman Allah s.w.t dalam surah ar-Ruum
ayat 21 yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Allah, Dia menciptakan untuk kamu daripada jenis kamu, pasangan-pasangan(isteri)
bertujuan untuk melahirkan perasaan tenang, tenteram, dan dijadikan antara kamu
perasaan kasih sayang dan simpati serta belas kasihan…”
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula)
daripada diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya
(Hawa) dan daripada kedua-duanya lahirlah zuriat keturunan yang ramai lelaki
dan perempuan…” – (Surah an-Nisaa’:1)
p/s : SELAMAT MEMBACA. cerpen untuk pengakiran bulan mac. InshaaAllah, esok CIA akan update new entry for cerpen. maybe, SHE'S MY DOCTOR AKA MY WIFE. :D
Cerpen ni best banyak pengajaran kalau awak panjangkan sikit pasal hezry dengan airina maybe ia akan jadi lebih menarik good job writer... Keep Calm & stay writing... =)
ReplyDeleteterima kasih. :D.
DeleteBoleh dijdikan pengajaran utk ku......
ReplyDeleteDah berhenti menulis ke
ReplyDelete