Ai
Ling merenung sahabat baiknya yang ralit mengacau minumannya. Resah sungguh dia
melihat Balqis seperti orang mati laki. Entah apalah yang mengganggu fikiran
gadis itu pun, dia tidak tahu. Sepanjang perkenalan mereka, Balqis jarang
mendiamkan diri begini. Selalunya, ada sahaja yang nak dibualkan.
“Ai
Ling, kau kenal Tengku Qalief kan?”
“Ya.
Why?”
“Sejauh
mana kau kenal dia? I mean, his life.
Maybe, Bernard ada cerita kat you
pasal dia ke,” Balqis memandang tepat ke anak mata Ai Ling.
“Emmm,
aku tak berapa kenal dia sangat. Cuma, Bernard adalah juga kadang-kadang tu
bercerita pasal Qalief. His life was
simple. Kalau kau nak tahu, he is
family man. Dia still tinggal
dengan parent dia. As anak sulung Tengku Muazzam dan belum
berkahwin, dia tak sanggup nak berjauhan dengan family dia…”
“Belum
kahwin?” sampuk Balqis.
“Ya.
Tapi, Bernard cerita Qalief ada anak perempuan. Empat tahun umur dia, tak silap
aku,” Bertambah bingung Balqis.
“Belum
kahwin, tapi dah ada anak?”
“Yupp.
Tapi, bukan anak kandung dialah. Mungkin anak angkat ke aku tak tahu. Eh, yang
kau tanya ni kenapa? Kau minat dia eh?”
Balqis
tersedak. Hish, Ai Ling ni. Kot ya pun, perlahanlah sikit volume tu, desis Balqis. Buat malu saja, pengunjung restoran di
sekitarnya sudah menjeling.
“Tak
adalah. Aku nak tahu aje. Dia pernah jadi VIP jemputan kat Karissa. Itu yang
aku tanya,” Balqis masih belum bersedia untuk menceritakan pertemuannya dengan
Qalief dan Afinna. Masak dia kena usik dengan Ai Ling.
“Manalah
tahu. Lagipun, Qalief tu handsome.
Memang padanlah kau orang berdua. Kalau aku tak couple dengan Bernard, maybe
aku pilih Qalief. Ada rupa, poket dia pun penuh,” kata Ai Ling selamba.
Balqis
menjegilkan matanya.
“Banyaklah
kau. Gatal jugak ya kau. Ada hati nak tackle
si Qalief tu,” Ai Ling mencebik.
“Alah,
suka-suka aje. Bernard tetap di hati aku,” Balqis buat gaya nak termuntah.
Dulu
bukan main lagi merajuk dengan Bernard. Sampai tak ingat dunia. Hari ni lain
pula. Sayang juga Ai Ling pada Bernard.
“So, what about you and Bernard? Dah settle?”
Ai
Ling tersengih sedikit.
“Qis, I wanna be his wife less than three
month…”
“What?!” Tidak percaya Balqis akan
perkhabaran itu.
Ai
Ling menunjukkan riak malu.
“Aku
dah terima dia, Qis. Mungkin ini jalan penyelesaian untuk kami. Family aku pun sokong keputusan kami.
Lagipun, kami bukannya muda lagi,” Balqis menggenggam erat jemari Ai Ling.
“Tahniah!
Happy for both of you. Nanti korang
jemput aku tak?” Ai Ling menampar lembut tangan Balqis.
“Apa
pulak tak jemput? Kau tu best friend
aku tau. Susah senang kita bersama even
berlainan agama. Aku sayang kau sangat-sangat, Qis. And, guess what? Our wedding
theme is… perkahwinan tradisional melayu,” Sekali lagi Balqis terkejut akan
kenyataan itu.
“Serious? Terharunya aku. Sayang kau plus-plus,” Ai Ling mengangguk. Persahabatan
mereka lebih erat dari hubungan adik beradik.
Ai
Ling banyak belajar tentang budaya masyarakat melayu dan juga Islam. Mungkin
hatinya masih belum terbuka untuk convert.
Ketika belajar di Cambridge dulu, setiap hari dia melihat rutin Balqis. Solat,
mengaji, puasa. Jika ada yang dia keliru, Balqis akan memberikan penjelasan.
Balqis sendiri banyak belajar tentang budaya Cinanya. Mereka saling bertukar
pandangan.
*****
Kehadiran
Umi Sainah menggembirakan Balqis. Rindunya dia pada wanita itu. Entah mimpi
apa, Umi Sainah sudah tercongok di hadapan rumah. Nasiblah Tuan Wahid dan Puan
Fatiah ada di rumah. Tidaklah bosan jika Balqis keluar bekerja. Lama juga Umi
Sainah akan berada di sini. Balqis agak pelik kerana Umi Sainah bukannya jenis
boleh meninggalkan rumah sesuka hatinya.
“Nak
pulak umi tinggal kat lama eh. Dulu, bukan main payah nak datang,” Umi Sainah
mencubit lengan Balqis.
“Eh,
ini pun umi ada masa nak datang tau. Kalau tak, raya nanti barulah nampak muka
Issa. Lama Ati dengan Wahid balik sini?”
“Boleh
tahan lama jugaklah, kak Nah. Banyak kerja nak settle kat sini. Sementara tu, boleh juga tengokkan Issa ni. Balik
sana awal pun, hati tak tenang teringat dia seorang kat sini,” balas Puan
Fatiah.
“Apalah,
ammi, walid, umi ni. Issa okey aje kat sini. Ai Ling kan ada temankan Issa,” Balqis
mengambil sepotong epal dan dibawa ke mulutnya.
Petang
itu mereka bersantai di balkoni bawah berdekatan dengan halaman rumah.
“Memanglah.
Tapi, sekarang ni Ai Ling sibuk nak uruskan majlis perkahwinan dia. Mestilah
jarang datang sini,” Balqis cebik bibirnya.
Gaya
dia tidak biasa tinggal seorang. Nak dekat setahun sejak Tuan Wahid dan Puan
Fatiah berhijrah ke Abu Dhabi atas urusan kerja, dia bersendirian di rumah
semi-D yang besar ni. Lagipun, jika dia takut, dia boleh sahaja ke Pusat Asuhan
Karissa. Ada juga teman untuk berbual bermain.
Tuan
Wahid mengerling isterinya dan Umi Sainah. Mereka berdua yang perasan,
menganggukkan kepala.
“Issa,
apa pandangan Issa tentang perkahwinan pilihan keluarga?”
Balqis
buat muka pelik. Dah kenapa tanya dia?
“Emmm,
no comment. Tapi, pilihan keluarga ni
berkat. Dah tentu-tentu dapat persetujuan keluarga. Pilihan sendiri ni, belum
tentu dia orang approve. Kenapa walid
tanya?”
“No comment konon. Berjela jugak komen
dia. Kalau kami cari calon suami untuk Issa, macam mana?”
Dah
macam monyet kelaparan muka Balqis tika ini. Epal yang dikunyah terus ditelan
kasar. Dia tak salah dengarkan?
“Apa…
apa maksud walid?”
“Issa
kisah tak kami carikan calon suami untuk Issa. Walid, ammi dan umi dah bincang.
Kami dah bersepakat dan sebulat suara bersetuju dengan calon pilihan kami.
Cuma, tinggal Issa nak setuju aje,” Balqis rasa badan dia macam nak melayang.
Untung
sahaja dia sedang duduk elok di atas permaidani. Jadi, tidaklah sakit jika
jatuh.
“Umi
dah tengok calonnya. Alhamdulillah, umi berkenan. Orangnya bukanlah baik, tapi
dia tak jahat,” Erk?
Balqis
terkaku. No respons. Tuan Wahid, Puan
Fatiah dan Umi Sainah sudah serba salah. Tidak sukakah Balqis akan keputusan spontan
mereka? Anak gadis itu hanya diam. Selalunya, kalau diam tu tandanya setuju.
Tapi, lain dengan kes Balqis. Diamnya umpama tidak bersetuju dan tidak menyukai
tindakan mereka.
*****
‘Orangnya
bukanlah baik, tapi dia tak jahat…’
Kata-kata
itu mengganggu fikiran Balqis. Dia berdiri di balkoni biliknya. Mata mendongak
memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit. Bulan sabit turut
kelihatan. Walaupun malam masih muda, kawasan perumahan sunyi. Memberi ruang
untu berfikir dengan rasional. Jawapan apa yang patut dia berikan kepada walid,
ammi dan umi? Mereka seperti berharap dia bersetuju dengan pilihan mereka.
Seketika
kemudian, telefon bimbitnya berdering. Dengan langkah malas, dia menghampiri
katil dan mengambil handphonenya. Private number? Walaupun tidak kenal,
dia masih menjawab panggilan itu.
“Hello, assalamualaikum. Balqis?”
“Waalaikumsalam.
Ya, saya Balqis. Siapa ya?”
“I
ni, Qalief. Sorrylah I ganggu you
malam-malam ni. Tapi, I cuma nak you datang hospital. Fin admit hospital, food
poisonous,” bicara Qalief terus kepada niat sebenar dia menelefon gadis
itu.
“Ya
Allah, teruk ke?”
“Alhamdulillah,
dah kurang sikit. Tapi, dari tadi asyik merengek panggil you. Kalau you tak busy, boleh you datang sini?”
“I will. Tapi, lambat sikitlah. You bagi detail hospital,” Tidak sampai hati dia
membiarkan sahaja kanak-kanak itu menantinya.
“Thank you, Balqis. We’re waiting you,”
Balqis tersenyum sendiri.
Talian
dimatikan. We’re waiting you? Sekali
Qalief ke yang menanti dia? Senget kot bapak budak ni. Tanpa lengah, dia
membawa langkah ke dapur.
*****
Pintu
wad yang menempatkan Afinna dibuka perlahan. Tangisan Afinna mencuri
pendengarannya. Kelihatan Qalief sedang memujuk anak perempuannya.
“Assalamualaikum,”
Serentak Qalief dan Afinna berpaling ke pintu.
“Waalaikumsalam,
Balqis. Masuklah,” Balqis menghampiri Afinna yang sedang sendu. Qalief membiarkan
Balqis melayan Afinna sementara dia duduk di sofa. Takut Balqis tidak selesa
pula dia di situ.
“Kenapa
ni? Sakit lagi?”
Afinna
memeluk Balqis erat. Ya Allah, terseksakah kanak-kanak ini? Sembuhkanlah dia,
Ya Allah. Doa Balqis tulus. Jam sudah menginjak ke pukul sebelas malam, anak
kecil ini masih berjaga.
“Mummy,” rengek Afinna.
“Dia
rindukan ibu dialah, Qalief,” Qalief yang sedang duduk di sofa berdekatan katil
mengangkat wajahnya.
“Kalaulah
I boleh bawakan ibu dia, Balqis. She’s
died. Mummy Fin dah tak ada,” Tersentak
Balqis di atas katil. nafas dihela perlahan.
“I’m sorry. Fin dah makan ke?”
“Belum.
Puas I pujuk dia tadi. Sebab tak makan tulah, tak boleh tidur. Lepas tu, asyik
merengek panggil you. Ibu I suruh I call
you terus. Takut melarat pulak keadaan Fin,” tutur Qalief.
Tenang
sedikit hatinya melihat Afinna selesa dalam dakapan Balqis. Tidak seperti tadi,
asyik meracau dan menangis.
“Fin,
auntie suap Fin makan, nak? Auntie bawakan bubur untuk Fin. Sedap tau,” Afinna
mengangkat wajahnya. Dia mengangguk perlahan.
Balqis
mengambil beg kertas yang berisi bekas bubur dan juga susu suam. Dibuka
Tupperware bubur. Baunya sahaja mampu membuatkan Afinna lapar. Penat menangis
agaknya. Qalief hanya melihat Afinna disuap oleh Balqis. Tersentuh hatinya
tatkala Afinna membuka mulut kecilnya. Berselera sekali Afinna makan bubur yang
dibawa Balqis.
“Ni
mesti overdose snek, kan?” Qalief
mengangkat kening.
“Fin
jarang makan nasi. Nampak aje nasi, terus dia lari. Bukan senang nak pujuk dia
makan. Kadang-kadang, kena ugut barulah nak makan. Tapi, kalau bagi snek, laju
aje dia makan,” jelas Qalief.
“Jadi,
Fin kena habiskan bubur ni tau. Kalau tak, auntie tak nak jumpa Fin lagi,”
Afinna mengangguk perlahan.
Shining eyes
milik Afinna membuatkan Balqis jatuh kasihan. Pasti Afinna rindukan belaian
seorang ibu. Bukan semua benda yang mampu bapa lakukan. Qalief pula bukanlah
sepanjang masa bersama Afinna. CEO syarikat besar seperti Qalief, manalah ada
masa terluang.
*****
Semenjak
kes keracunan Afinna, Balqis sering melawat kanak-kanak itu di rumah Tengku
Muazzam. Tengku Muazzam dan Ku Ainur menerima baik kehadiran Balqis. Afinna
lebih ceria dari dulu. Kini, Afinna sudah mula makan nasi. Balqis juga mengajar
Afinna untuk mengambil kismis. Jadi, senang sahaja kanak-kanak comel itu
meninggalkan snek dan makanan yang tak sihat lain.
Cuma,
kebelakangan ini sahaja Balqis jarang bertandang ke rumah keluarga Qalief. Dia
perlu menumpukan perhatian pada persiapan perkahwinannya. Kahwin? Ya, Balqis
sudah bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya. Jika ingin menunggu
dia membawa calon menantu untuk Tuan Wahid dan Puan Fatiah, mahunya berjanggut
mereka ternanti-nanti.
Balqis
bersyukur kerana jodoh yang dinantinya sudah tiba. Walaupun, bukan pilihan
hatinya, Insha Allah dia akan berusaha untuk menyayangi bakal suaminya sepenuh
hati. Dia berharap bakal suaminya dapat menerima baik buruknya. Tak sangka,
majlis akad nikahnya akan berlangsung lebih awal dari Ai Ling.
“Qalief?”
Qalief
yang kusyuk melihat deretan jam tangan, mengangkat wajah.
“You
buat apa kat sini?” tanya Qalief.
“Cari
barang sikit. You pulak? Cari hadiah untuk girl
you ke?”
“Eh,
tak adalah. I cari barang hantaran. Lupa nak bagitahu you, I dah nak kahwin,”
Senada sahaja Qalief berkata. Seperti tidak menyukai perkahwinannya yang bakal
berlangsung.
“Wah,
great. Dapat mummy barulah Fin. Mesti dah tak nak jumpa I,” Sedih pula Balqis.
“Insha
Allah, tak. Dia kan sayang you lebih dari I,” Balqis tergelak kecil. Nampak
sangat lelaki itu berjauh hati.
“Mana
ada. You pernah dengar tak? A father is
his daughter’s first love. Tak semua bapa macam you. Empat tahun you
besarkan dia sendiri. She’s rely on you,
Qalief. Dia banyak bercerita pasal you masa I jenguk dia. She admired you,” Qalief tersenyum.
“I know that. But, very hard for me to say
that… she need a mother too. Untuk itu, I terpaksa berkahwin…”
“At least, she will not lonely anymore. Jiwa
kanak-kanak ni lain. They think very hard,”
Qalief mengangguk setuju.
“Terima
kasih, Balqis. Nanti I kirimkan kad jemputan kahwin. Datanglah ya,” Seperti tak
ikhlas saja Qalief menjemput Balqis. Tidak pula Balqis teringat untuk menjemput
Qalief ke perkahwinannya. Atau, Balqis tidak mahu lelaki itu hadir?
“Insha
Allah…”
Balqis
memilih seutas jam tangan lelaki jenama Chanel. Entahkan sesuai atau tidak
dengan bakal suaminya itu. Qalief turut memilih jam tangan yang sama. Sempat
Qalief meminta agar Balqis membantunya memilih handbag yang sesuai. Dia manalah tahu taste orang perempuan.
Sengaja
Ku Ainur membiarkan Qalief menyediakan sendiri barang-barang hantaran. Barulah
Qalief tahu susah senang untuk menjaga seorang perempuan. Arwah Lanna jarang membeli
belah, jadi agak susah untuk Qalief meneka barang apa yang harus dibelinya.
Alihnya, dia meminta adik bongsunya, Qalisha untuk menyenaraikan segala barang
hantaran.
p/s : baru siapkan cerpen ni. tak boleh nak pendekkan lagi. so, muncullah versi panjang gini. daripada nak buat 2 part, terus jadi 3 part. apa pun, syukur sangat sebab siap jugak. boleh cover yang lain pulak. cerpen ni selingan ja. harap semua suka. :D. SELAMAT MEMBACA!
No comments:
Post a Comment