EPISODE
3
“Wahai
orang-orang yang beriman, makanlah dari benda yang baik-baik (halal) yang telah
kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,” tutur Tan Sri Lutfi
perlahan. Buku agama di tangan ditatapnya. Firmah Allah dalam Surah al-baqarah ayat
172 itu dibaca berulang kali.
“Minum,
bang,” Puan Sri Zana meletakkan dulang berisi seteko air teh panas dan
sepinggan donut yang masih panas lagi.
Tan
Sri Lutfi tersedar dari lamunannya. Pertama kali dia sedar akan kesilapannya
dulu apabila arwah kawan baiknya, Fauzi sempat berpesan agar selalu membaca
buku-buku beunsurkan keagamaan. Dan arwah Fauzi mencadangkan Surah al-Baqarah.
Sejak itu, Tan Sri Lutfi mula bertaubat dan mengubah gaya hidupnya.
“Abang
teringatkan arwah Fauzi. Pasti dia yang paling bahagia tengok kebahagian kita… kesenangan
kita, kan?”
“Iya,
bang. Zana pun rindukan gelak ketawa dia. Kita terhutang budi dengannya,” Tan
Sri Lutfi terangguk-angguk.
“Di
mana agaknya Mutia sekarang ni? Merata abang hantar orang suruh cari Mutia. Tapi,
langsung tak ada perkembangan,” Puan Sri Zana menghulurkan secawan air teh
kegemaran suaminya itu.
“Kita
doakan saja agar dia baik-baik, bang. Insha Allah, satu hari nanti Allah pasti
temukan kita dengan Mutia,” ujar Puan Sri Zana.
Tan
Sri Lutfi membuang pandang ke kolam ikan yang sengaja dibina untuk mengingati
kenangannya bersama arwah Fauzi. Mereka sama-sama minat dalam dunia memancing.
Dulu, pantang ada masa terluang… pasti mereka sering berkunjung ke tempat
memancing. Menghabiskan masa bersama di situ. Kini, semuanya hanya tinggal
kenangan.
*****
Suasana
ibu pejabat polis lengang pada waktu ini. Mungkin masing-masing sedang
menikmati makan tengah hari. Bukan selalu ingin bersenang lenang begini.
Selalunya nak makan tengah hari pun tak sempat. Nak pergi tandas pun, kelam
kabut.
“Tak
keluar makan ke, tuan?” Fariz mengangkat wajahnya. Mata dihala ke pintu
biliknya. Tersembul wajah Lukman di muka pintu.
“Kena
hantar report kat headquarters officer before 5.00 pm,” balas Fariz senada. Dia
kembali menaip laporan kes penyeludupan di bawah kendaliannya itu.
“Oh,
nak saya tolong?”
“No, thanks. Nak siap dah ni. Hmmm, aku keluar awal hari ni. So, apa-apa hal report kat aku esok. Dah, jangan kacau aku,” Lukman hanya
mengangguk dan berlalu ke mejanya.
Sepatutnya
bukan Fariz yang perlu menyediakan laporan tentang kes tersebut. Tetapi, dia
sendiri yang berkeras. Si kecil Didie membuatkan dia berasa bertanggungjawab
untuk terus menyelidik. Boleh saja orang bawahannya melakukan semua kerja-kerja
itu. Namun, biarlah dia yang siasat siapa ibu bapa budak kecil yang telah
menarik perhatiannya itu.
*****
Buk!
Haryani
bergegas ke bilik Adelin. Tiba-tiba dia terdengar bunyi benda jatuh dari dalam
pejabat bosnya itu. Takut juga jika ada sesuatu yang berlaku. Pintu bilik
Adelin terus dirempuh tanpa ketukan seperti selalu.
“Ya
Allah. Cik Adelin!” Haryani terus mendapatkan bosnya yang sudah terduduk di
tepi sofa.
“Ya…
Yani,” Adelin bersuara lemah. Terasa perit tekaknya tika ini. Entah kenapa
badannya terasa lemah sangat.
“Cik
Adelin duduk dulu. Saya ambilkan air,” Adelin mengangguk lemah. Kepalanya yang
terasa berat disandarkan ke sofa.
Niatnya
untuk ke bilik air, membasuh muka. Biar terasa sejuk sedikit. Entah macam mana,
matanya gelap tiba-tiba. Terus kakinya tersepak kaki meja kopi. Itu yang dia
terjelopok jatuh. Tangan Adelin memicit dahinya lemah.
Haryani
masuk kembali ke bilik Adelin dengan membawa air kosong dan juga Panadol.
“Cik
Adelin dah makan?” soal Haryani. Jika Adelin belum makan lagi, dia tidak boleh
memberikan Panadol kepada bosnya itu.
“Belum,”
jawab Adelin.
“Tak
apa. Cik Adelin minum air ni dulu. Basahkan tekak,” Haryani mendekatkan mug
berisi air suam ke mulut Adelin. Adelin meneguk air suam itu perlahan. Sebu
rasa perutnya. Kenapa ni? Dia jarang sakit begini.
Tok!
Tok!
Pintu
bilik Adelin diketuk. Haryani menjengukkan kepalanya ke pintu. Pasu bunga besar
menghalangnya untuk terus melihat gerangan yang datang ke pejabat Adelin.
“Oh,
Inspektor Fariz. Nak jumpa Cik Adelin ke?” Haryani mengulas senyuman kepada lelaki
yang berdiri di depan pintu itu.
Mendengar
sahaja nama Inspektor Fariz disebut Haryani, Adelin cuba menegakkan badannya. Dia
tidak mahu nampak lemah di hadapan Fariz. Tak pasal saja nanti kena cop nak
menagih simpati lelaki itu.
“Bos
awak ada?”
“Errr… ada. Masuklah,” Haryani memberi
laluan kepada Fariz.
Mata
Fariz terpandang susuk tubuh Adelin di sofa. Haryani menyembunyikan
senyumannya. Nampak gayanya bosnya itu tidak perlukan Panadol. Adelin
berpura-pura membaca majalah yang entah tahun bila punya pun tak tahu. Tengah coverlah tu.
“Saya
minta diri dululah,” kata Haryani. Setiausaha Adelin itu membiarkan pintu bilik
Adelin terbuka. Tidak mahu ada fitnah pula yang timbul nanti.
Setelah
pasti Haryani keluar, Fariz menghampiri Adelin di sofa. Dia duduk berhadapan
dengan gadis itu.
“Tak
keluar makan ke?” Adelin hanya menggeleng. Dia masih menunduk, tak mahu Fariz
nampak wajah sugulnya.
“Kenapa
tiba-tiba pakai baju kurung?” Adelin mencemik. Nak pakai baju kurung pun salah?
Haish, pelik sungguh mamat sorang ni.
“Ibu
dengan baba ada kat rumah,” Badan
Fariz terus menegak. Tidak menyangka langsung mertuanya akan bertandang ke
Kuala Lumpur.
“Bila?”
“Semalam.
Balik sekali dengan saya,” balas Adelin. Pandangannya kembali terasa gelap. Urgh! Masa nilah nak buat hal. Macam
tahu-tahu Inche Inspector ni nak
datang.
“So weird. Selalunya mulut kau tu pot pet pot pet. Mata tu selalu nak jeling
muka handsome aku ni. Best sangat ke isi majalah tu?”
Adelin
mengangkat wajahnya. Pandangannya terasa berbalam. Dipejam seketika matanya dan
membuka kembali. Namun, keadaan masih sama.
“Yani!”
jerit Fariz, memanggil Haryani.
Terkocoh-kocoh
gadis itu masuk ke pejabat Adelin. Fariz sudah menerpa ke arah Adelin.
“Kenapa
dengan Adelin?”
“Tadi
Cik Adelin macam nak pitam. Elok aje
saya masuk tadi, Cik Adelin dah kat bawah. Lepas tu saya pimpin duduk atas sofa.
Nak bagi Panadol, Cik Adelin tak makan lagi,” terang Haryani. Gaya menjawab
pertanyaan polis, tapi memang polis pun yang tengah menyoal kan. Cuma, secara
tak rasmi.
Fariz
menekapkan tangan kanannya ke dahi Adelin. Panas!
“Awak
tolong ambil barang-barang Adelin. Saya nak bawak dia pergi klinik,” Haryani
pantas bergerak mengikut arahan Fariz.
Fariz
mencempung tubuh Adelin. Haryani mengekori di belakang Fariz. Kebetulan, lif
sedang terbuka. Apa lagi, terus masuklah. Wajah Fariz nampak risau. Adelin pula
separuh sedar. Badannya bagaikan lumpuh seketika.
Setelah
sampai ke BMW M3 sport milik Fariz,
dia terus meletakkan tubuh Adelin di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.
Haryani memberikan beg tangan Adelin kepada Fariz.
“Terima
kasih, Yani. Nanti saya hantar MC Adelin,” Haryani mengangguk.
Fariz
terus masuk ke dalam perut keretanya. Tanpa menunggu lama, kereta dua pintu itu
terus memecut laju. Haryani berfikir seketika. Setahunya, Fariz dan Adelin
bukannya rapat pun. Tapi, dia perasan wajah kacak Fariz kelihatan sangat risau
dengan keadaan Adelin yang dah mamai itu.
“Buat
apa aku nak fikir? Bukan hal aku pun,” omel Haryani sebelum melangkah kembali
ke pejabat.
*****
Fariz
menunggu dengan penuh sabar. Sekejap… sekejap matanya memandang curtain yang tertutup itu. Doktor masih
merawat Adelin. Kenapalah dengan gadis itu? Takkan dapat balik kampung terus
dapat penyakit? Fariz menggelengkan kepalanya. Menghalau anasir jahat.
Langsir
yang tertutup itu dibuka. Doktor Lily menyimpan stethoscope yang digunakan untuk memeriksa pernafasan Adelin ke
dalam poket bajunya. Adelin turun dari katil pesakit dan duduk di kerusi
bersebelahan Fariz. Dia mengemaskan rambutnya yang dibiarkan lepas itu.
“Puan
Adelin tak ada apa-apa. Cuma, mungkin selesema sedikit. Boleh saya tahu, Puan
Adelin ada allergic dengan apa-apa
ke?”
“Allergic? Rasanya tak ada,” jawab Adelin
jujur. Belum pernah dia sakit kerana alahan.
“Puan
pasti?”
“Kenapa,
doc?” Fariz pula menyoal.
“Cuba
tengok pada leher Puan Adelin. Dan, saya pasti itu bukan perbuatan manusia,” Adelin
dan Fariz saling berpandangan. Doktor Lily tersenyum-senyum.
“Ada
apa?” Tangan Adelin mahu memegang lehernya. Namun, ditahan Fariz. Takut
berjangkit ke tempat lain pula.
“Merah-merah.
Kau curang eh,” Laju tangan Adelin menampar bahu Fariz.
“Rasanya
puan ada alahan makanan. Cuma, puan tak sedar. Puan ada makan sesuatu yang tak
pernah puan makan ke sebelum ni?”
Adelin
berfikir seketika. Makan?
“Daging
kerbau,” Meletus ketawa Fariz. Takkan tak pernah makan kot? Adelin mencubit
pinggang Fariz. Namun, itu tidak mampu menghentikan tawa lelaki itu. Doktor
Lily turut berasa lucu namum dia masih menghormati pesakitnya itu. Tak sampai
hati nak ketawakan pesakitnya itu.
“Sebelum
ni puan tak pernah makan daging kerbau?” Adelin menggeleng.
“Makan
daging kerbau pun boleh alah ke, doc?”
soal Fariz, separuh ketawa.
“Eh,
boleh. Mungkin daging tu tak sesuai dengan Puan Adelin. And, maybe body Puan Adelin not immuned to that particular food. Are you have had a baby?”
“No,” jawab Adelin sambil menggeleng.
Fariz turut sama tergeleng.
“Mengidam?”
“Memang
taklah, doc. Saja aje gatal nak rasa sebab tak pernah
makan. Dah alang-alang balik kampung, bedal ajelah,”
balas Adelin selamba.
“Itulah,
gatal lagi siapa suruh. Nak menggatal pun janganlah dengan daging kerbau. Tak standard langsung,” Cari pasal betul si
Fariz ni.
“Pandai
Encik Fariz bergurau. Okey, saya akan bagi ubat selesema dan ubat alahan. Nanti
bolehlah ambil kat kaunter depan…”
“Terima
kasih, doc,” ucap Fariz dan Adelin
serentak.
Fariz
cuba memimpin Adelin, namun ditepis gadis itu. Dah sihatlah tu kalau dah macam itu
gayanya. Fariz hanya mengangkat bahunya.
*****
“Balik
rumah aku ajelah…”
“Dah
nyanyuk ke apa awak ni. Saya yang sakit ni pun ingat. Ibu dengan baba saya ada kat
rumah kan. Takkan nak tinggalkan dia orang pulak,” Fariz menepuk dahinya. Macam
mana boleh terlupa ni?
“Kau
cakap apa, kita tinggal asing-asing?”
“Apartment awak dekat dengan office awak. Saya pun macam tu jugak. Weekend aje saya tinggal kat
apartment awak,” Adelin tersengih kecil.
“Huh, pandai menipu,” Fariz tersenyum
senget.
“Bukan
selalu. Nak kena sembur dengan baba cerita benda betul?”
“Eh,
kejap. Parent kau dah tahu ke pasal kerja
dengan hidup kau yang serba mewah tu?”
“Tahu
lama dah. Awak aje yang ingat dia
orang tak tahu. Tapi, ni first time
dia orang datang rumah dan…” Adelin berjeda.
“Dan?”
“Saya
bagitahu dia orang, rumah tu awak yang belikan…”
“Menipu
lagi?”
“Lorh, betullah. Saya guna duit hantaran
awak bagi kan beli rumah tu. Kira awaklah yang beli,” Adelin yang sedang
bersandar di cushion kereta mengambil
peluang menatap wajah Fariz yang sedang memandu itu.
Tak
lama lagi, habis berjambanglah wajah itu. Malas sangat nak bercukur. Tapi,
kalau wajah itu bersih pasti ada yang nak menempel. Bagi Adelin, dia lebih suka
jika lelaki ada kumis nipis. Baru nampak… manly.
Tsk.
“Aku
nak singgah apartment kejap,”
beritahu Fariz lantas memusing stereng ke kanan.
“Buat
apa?”
“Nak
ambil barang,” balas Fariz tanpa menyedari si isteri sedang menilik wajahnya.
Lima
minit sahaja sudah tiba di kawasan kondo. Laju juga Fariz memandu. Adelin
menilik jam di tangan kirinya. Baru pukul 4 petang.
“Nak
naik sekali ke tunggu sini?” soal Fariz.
“Tunggu
sinilah. Tak larat nak jalan,” jawab Adelin. Fariz membuka pintu keretanya. Memang
sesuai jadi polis, berdesup dia menghilang di bangunan mewah itu. Adelin pantas
mengunci pintu kereta. Takut pula ada penjahat ke nak culik dia. Mana tahu.
Tangan
Adelin laju menekan ipod yang
dipasang pada BMW M3 sport itu.
Starring at the
bottom of your glass
Hoping one day
you’ll make a dream last
But dreams come
slow and they go so fast
You seek her
when you close your eyes
Maybe one day
you’ll understand why
Everything you
touch slowly dies
Adelin
menghayati bait lagu Let Her Go yang
dinyanyikan Passenger. Dia melihat ipod itu kembali. Dan Adelin mengerutkan
dahinya. Hanya lagu itu yang terdapat di dalam ipod itu. Fariz suka lagu ni? Kenapa?
Adelin
tersentak apabila pintu kereta diketuk. Mungkin Fariz sudah turun. Namun,
sangkaannya meleset. Matanya dijamu dengan seorang perempuan bertubuh ramping
dan tinggi lampai. Siapa pula ni? Adelin hanya membiarkan perempuan itu
terkumat kamit di luar.
Entah
perempuan gila mana yang tiba-tiba muncul. Mana Fariz ni, getus Adelin. Tadi
bukan main laju lagi dia naik ke apartmentnya.
“Sayang,”
Sofea mendapatkan Fariz yang sedang
berjalan ke keretanya. Terperanjat lelaki itu dibuatnya.
“You
buat apa kat sini?” tanya Fariz,
tidak senang.
“Alah, I rindukan you. Malam ni I ingat
nak bermalam kat rumah you. Tapi, you nak pergi mana dengan beg baju you ni?”
“I
nak balik rumah family I,” Fariz
berjalan pantas. Dia membuat isyarat kepada Adelin agar membuka bonet kereta.
“Tak
boleh pergi hari lain ke? Why not… I
ikut you?” Adelin macam nak termuntah mendengar suara gedik minah itu. Sempat
dia terdengar sedikit perbualan mereka dek Fariz membuka bonet keretanya.
“Nonsense. Lain kali aje you datang. I kat
sana seminggu atau lebih. So, please,”
Fariz merungkai jari jemari Sofea yang melekat pada lengannya. Sofea mencebik.
Baru nak melepaskan rindu setelah hampir dua minggu tidak bersua muka.
“Abang,
cepatlah. Dah lapar ni,” Adelin memanggil Fariz. Sofea menjeling Adelin dengan
jelingan maut. Adelin hanya buat tak tahu. Tahu sangat mistress si Fariz itu cemburu.
“Sofea,
lepaskan I. If not, I takkan layan you
lagi lepas ni,” Sofea pantas melepaskan lengan Fariz yang dipegang erat.
“Kali
ni I lepaskan you. Lain kali, jangan harap,” Fariz merengus. Kau siapa nak
halang aku? Bukan bini aku pun. Bini aku pun tak kisahlah, gumam Fariz.
Tanpa
berlengah, Fariz terus memboloskan diri ke dalam kereta.
“Don’t ask anything,” tegas Fariz sambil
mengenakan sit belt.
“Tak
nak tahu pun,” See! Memang Adelin
takkan ambil tahu punyalah. Kisah apa dia.
Adelin Annisa
*****
Mereka
sampai di hadapan rumah dua tingkat milik Adelin tepat jam 4.45 petang. Tahulah
kalau Fariz memandu kereta. Menciluk sana sini. Tak padan dengan diri tu polis.
Buat macam tak ada kereta lain atas jalan raya tu.
“Nak
tidur sini ke?”
“Boleh
ke?”
“Ikut
suka,” Adelin bersiap untuk keluar dari kereta. Baru sahaja bergerak sikit, dah
pening kepala balik. Fariz pantas keluar dari keretanya dan terus membuka pintu
untuk Adelin. Acece. Sengaja nak bermanja Inche
Hubbylah tu.
“Aku
pimpin kau sampai kat dalam,” kata Fariz perlahan. Adelin hanya membiarkan
sahaja. Jangan dicempungnya sudah. Malu dicempung tadi pun tak hilang lagi.
“Assalamualaikum,”
suara garau Fariz memberi salam.
“Waalaikumsalam,”
Muncul Puan Aida di muka pintu. Riak wajah cerianya berubah melihat anak
perempuannya dipimpin oleh menantunya itu.
“Ya
Allah. Kenapa ni?” kalut Puan Aida menyarung selipar.
“Tak
ada apalah, ibu. Penat sikit aje,” Adelin cuba menghilangkan kerisauan ibunya.
Itu belum muncul baba lagi. Habis disoal siasatnya nanti.
“Jom
masuk…”
“Nak
masuklah ni. Ibu keluar buat apa?”
“Risaulah
tengok anak ibu ni. Patut ibu rasa semacam aje tadi,” Puan Aida turut membantu
memimpin Adelin masuk ke dalam rumah.
Fariz
mendudukkan Adelin di sofa. Pertama kali dia menjejakkan kaki di rumah gadis itu. Sebelum ini, dia hanya
menghantar Adelin di pintu pagar saja jika mereka bertemu janji. Suami isteri
dah nama pun. Pastilah kena berjumpa. Paling tidak pun, Fariz perlu juga bersua
muka dengan mertuanya.
“Kamu
duduk dulu. Dah pergi klinik?” tanya Puan Aida risau.
“Dah,
bu. Baru balik dari klinik ni,” jawab Adelin sambil menyandar di belakang sofa.
Ah, selesanya. Dia menoleh ke kanannya. Fariz hanya terdiam di sebelahnya.
Adelin mengerutkan dahinya. Dah kenapa dengan mamat ni?
“Iyalah.
Ni mesti tak makan lagi. Ibu pergi dapur, siapkan bubur. Lepas makan, bolehlah
telan ubat pulak,” Adelin hanya mengangguk perlahan. Puan Aida terus berlalu ke
dapur.
“Encik
Fariz Ian, are you okay?”
Fariz
bagaikan tersedar. Cepat-cepat dia betulkan duduknya.
“Okey.
Eh, mana baba? Tak nampak pun…”
“Ada
dalam biliklah tu. Solat Asar kot. Awak nak air ke? Saya ambilkan,” Fariz
mendengus.
“Dah
sakit pun, ada hati nak ambilkan air. Duduk aje diam-diam. Aku nak air, aku
ambil sendirilah. Ni kan rumah aku jugak,” Adelin hanya mencebik. Malas nak
bertekak.
“Haih,
Fariz… bila sampai?”
Muncul
Encik Thohier dari bilik utama yang bersebelahan dengan ruang tamu. Dia duduk
di sofa berangkai dua di hadapan Adelin dan Fariz. Fariz bersalam dengan bapa
mertuanya itu. Sudah lama mereka tidak berjumpa rasanya. Kali terakhir, raya
tahun lepas. Dah lama sangat tu.
“Baru
aje, baba,” jawab Fariz.
“Tu
dah kenapa, Adel? Tadi pagi sihat aje,” Encik Thohier menegur anak perempuannya
yang kelihatan sugul.
Fariz
tergelak kecil. Adelin menjeling insan di sebelahnya itu. Nasib baik dia tengah
tak sihat, kalau tak… selamat dah rasanya si Fariz itu.
“Doktor
cakap Adelin allergic, ba. Allergic daging kerbau,” Encik Thohier
ketawa kuat. Adelin buat muka.
“Alah,
baba ni. Tak kelakarlah…”
“Itulah.
Ibu dah pesan jangan makan, nak makan jugak. Inilah jadinya,” sampuk Puan Aida
sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan seteko air milo susu panas.
“Adel
makan bubur ni dulu. Lepas tu, makan ubat,” Puan Aida menghulurkan mangkuk
bubur Knorr kepada Adelin.
“Terima
kasih, bu,” ucap Adelin. Dia mengulas senyuman kepada ibunya. Suka kerana
dilayan begitu. Sudah lama dia tidak bermanja dengan ibunya begini.
“Sama-sama.
Minumlah, Fariz. Tak kerja ke hari ni?”
“Untuk
hari ni dah habis, ibu. Itu yang pergi cari Adelin tadi,” Encik Thohier dan
Puan Aida mengangguk. Tahulah mereka… hubungan pasangan itu baik.
“Emmm,
baba ada baca berita pasal kes seludup budak tu. Dah selesai?”
“Buat
masa ni, dahlah. Tapi, otai dia still
tak boleh kesan lagi. Budak-budak yang diseludup pun tengah tunggu ahli
keluarga dia orang datang tuntut,” jelas Fariz. Puan Aida dan Adelin saling
berpandangan.
Memang
kamcinglah Fariz dengan bapa mertuanya itu. Encik Thohier merupakan pesara
polis. Tinggi juga jawatan Encik Thohier dulu. Itulah penyebabnya Fariz diberi
kepercayaan untuk menjaga Adelin. Pemikiran mereka pun lebih kurang sama. Tahap
ketegasan pun, hundred and fifty percent
sama!
*****
Adelin
membuka matanya perlahan. Dia memandang jam di meja sisi. 6.30 pagi! Cepatnya,
dah pagi. Rasanya baru saja dia tidur. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Fariz
sedang elok tertiarap di sebelahnya. Dia mengeluh kecil. Semalam, sebelum
tidur… sempat dia melihat Fariz sedang menaip sesuatu di laptop. Entah pukul berapa lelaki itu tidur pun tak tahu.
“Fariz,”
Adelin menampar lembut bahu Fariz yang terdedah itu. Lelaki itu memang suka
tidur tak pakai baju. Buat malu Adelin sahaja.
“Awak,
bangunlah. Dah subuh. Tak nak solat ke?” kejut Adelin lagi. Fariz bergerak
sedikit, namun masih belum membuka matanya.
“Fariz
Ian Tan Sri Lutfi, awak ada perjumpaan dengan Interpol kan hari ni…”
Pantas
Fariz terduduk. Dia memegang kepalanya yang terasa pening dek bangun tiba-tiba.
Adelin tergeleng. Mesti dah lupalah tu.
“Kenapa
tak kejut awal-awal?” Aik, kita pula yang kena. Orang dah kejut lama, dia yang
tak bangun.
“Kejut
awal pun, bukan nak bangun. Dahlah, awak pergi mandi dulu. Kang lambat pulak
subuhnya,” Fariz bingkas bangun dan mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air
di luar bilik.
Adelin
terpandang uniform Fariz yang sedia
tergantung di dinding. Buat pertama kalinya, dia sendiri yang mengejutkan
lelaki itu untuk bekerja. Sebelum ini, tinggal asing-asing… jadi dia tak tahu
waktu kerja Fariz. Semalam, Fariz minta Adelin kejutkan dia awal kerana ada
temu janji dengan pihak Interpol.
Baru
hari ni, Adelin rasa dia adalah seorang isteri. Kalau dulu, jangankan tidur
sekatil… tidur sebilik pun dah rasa janggal. Kini, dia sudah membiasakan diri.
Dia masih teringat peristiwa yang membawanya ke sebuah alam perkahwinan yang
pada ketika itu, tidak langsung terlintas di fikirannya.
*****
Dua tahun lalu…
“Adel
kena jugak bernikah dengan Inspektor Fariz,” Encik Thohier bersuara tegas.
Adelin
yang menekur ke lantai, mendongak memandang babanya.
“Baba,
kenapa mesti Adel? Adel dengan dia bukan buat apa-apa pun. In fact, we are not in a relationship,” kata Adelin sambil menahan
tangis. Dia menjeling Fariz yang sedang bersandar di pintu.
“Tak
kisahlah. Kamu berdua mesti bernikah untuk menutup semua kata-kata buruk yang
orang kampung sebarkan pasal tok wan dan tok Adel. Adel nak orang kampung
mencemuh tok wan dengan tok?” Adelin menggeleng lemah.
Hatinya
pedih melihat tangisan tok. Hanya kerana dia membantu Inspektor Fariz yang
terluka dek terkena tembakan itu, dia menjadi mangsa tohmahan buruk orang
kampung. Niat baiknya disalah erti. Salahkah dia ingin membantu? Itukan
kewajipan sesame manusia.
“Maafkan
kami, inspektor sebab terpaksa buat macam ni. Demi menjaga maruah keluarga
kami, kami terpaksa kahwinkan kamu dengan anak kami,” Fariz mengeluh perlahan.
“Baba,
kita tak buat salah pun. Orang kampung sendiri tahu, Inspektor Fariz ni
tercedera. Kenapa pulak dia orang nak lemparkan cemuhan tu kat tok dengan tok
wan? Tak berasas langsung…”
“Masalahnya,
mereka ingat Adel dengan Inspektor Fariz ada hubungan. Malam yang Adel bawa
Inspektor Fariz balik sini, ada orang nampak korang berdua bercium,” Adelin
buat muka pelik. Dia dan Fariz saling berpandangan.
“Maaf,
pak cik. Tapi, kami tak pernah buat semua tu. Orang kampung tersalah tengok tu,
pak cik,” kata Fariz yang sejak tadi hanya diam. Adelin mengangguk setuju.
“Kahwin
sajalah, Adel, Fariz. Untuk tok dengan tok wan. Kalau boleh, kami tak mau ahli
keluarga yang lain tau pasal masalah ni,” Tok Jah bersuara. Adelin menalakan
pandangan pada Tok Jah.
“Tapi,
tok…”
“Adel,
dengar ajelah cakap tok tu. Adel tak sayang tok dengan tok wan?” Adelin terkaku.
Fariz
pula terdiam. Salahnya juga menyebabkan keluarga itu jadi begini. Dia yang
tertembak semasa bertugas terserempak dengan Adelin yang ketika itu sedang
dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Disebabkan dah tengah malam, Adelin membawa
sahaja Fariz ke rumah toknya. Dia sendiri tak tahu nak buat apa.
“Emmm,
saya setuju untuk berkahwin dengan Adelin,” Membulat mata Adelin memandang
Fariz di muka pintu. Terus jatuh air mata yang ditahannya sejak tadi.
Dia
tidak mahu berkahwin lagi. Minggu depan, dia kena melaporkan diri di syarikat
yang telah menerimanya bekerja di situ. Lagipun, dia masih belum bersedia untuk
berkahwin dalam usia yang baru menginjak ke dua puluh empat tahun. Kini,
masanya untuk membalas jasa kedua orang tuanya. Bukan untuk berkahwin. Ingin
sahaja Adelin meraung di situ.
Asal
nak jaga maruah saja, kena kahwin. Macam dah tak ada cara lain. Sekiranya
mereka berkahwin pun, belum tentu mulut-mulut busuk itu akan berhenti
mengumpat. Pening… pening. Bahkan, mereka sendiri tahu, fitnah itu lebih teruk
daripada membunuh.
“Adelin
Annisa?”
Adelin
mengangguk perlahan. Dia perlu berkorban untuk orang-orang kesayangannya. Sepanjang
hidupnya, inilah kerja paling gila yang pernah dia lakukan. Kecil besar saja
dia tengok Fariz.
*****
“Adelin.
Hey,” Fariz mengetip ibu jari dan jari hantunya.
Adelin
tersedar. Dia memandang Fariz yang hanya bertuala itu kosong. Di hadapannya
kini adalah suaminya. Bukan orang lain. Selama dua tahun, dia abaikan suaminya
sendiri. Banyak sungguh dosanya kepada Fariz. Jika ingin disenaraikan, mahu tak
cukup buku diari dia yang tebal tu.
“Saya
dah hamparkan sejadah. Awak solatlah dulu,” kata Adelin sebelum berlalu ke
bilik air.
Fariz
hanya mengangkat bahu. Perangai orang alergik memang macam tu kot. Angin semacam
pagi-pagi ni. Singlet putih disarungkan dan kain pelekat yang terlipat di atas
katil diambil. Seronok juga ada isteri yang tolong mengejutkan tidurnya. Tak adalah
dia sering terbabas subuh. Erk?
*****
Puan
Aida mencedok mee goreng ke dalam mangkuk besar sebelum dihidangkan ke meja
makan. Seteko nescafe sudah siap dibancuh. Adelin muncul di dapur. Dia
mengeluarkan pinggan dan sudu dari almari. Meriah pula sarapan pagi ni. Jarang
dia bersarapan di rumah. Ada hikmahnya juga baba dan ibunya bertandang ke
rumahnya.
“Wah,
macam sedap mee goreng awak ni, Da. Lapar tahap tak boleh bangun abang tengok,”
Adelin tergelak.
Ada-ada
sahaja seloroh Encik Thohier pepagi ni.
“Bukan
macam, abang. Memang sedap pun. Haih, dah berpuluh tahun makan pun takkan tak
tahu,” balas Puan Aida sambil meletakkan mee ke pinggan Encik Thohier.
Adelin
ternampak kelibat Fariz di anak tangga.
“Awak,
breakfast dulu,” Fariz meletakkan beg
bimbitnya di atas sofa sebelum melangkah ke meja makan.
“Meh,
duduk makan, Fariz,” panggil Encik Thohier. Mulutnya penuh mengunyah mee goreng
kegemarannya. “Adel, serve your husband,”
Hampir nak tergelak Adelin mendengar arahan babanya.
“Ya.
Ini arahan ketua polis daerah manalah,” Puan Aida menampar lembut lengan anak
perempuannya sambil ketawa.
“Ibu
baru nak cakap,” Encik Thohier buat muka.
Fariz
yang duduk di sebelah Adelin membiarkan sahaja isterinya melayannya bersarapan.
Muncul satu perasaan bangga kerana dilayan begitu. Rindu pula dia pada mamanya.
Dah lama rasanya dia tidak pulang ke rumah keluarganya.
“Ada
kes luar negara ke, Fariz?”
“Ha’ah.
Tapi, bukan kes besar. Cuma, Interpol nak jumpa dengan anggota yang terlibat,”
kata Fariz sambil menyisip nescafe panas.
“Segak
ibu tengok Fariz dalam uniform. Adel tak terpikat ke? Dulu bukan main tercongok
depan semata-mata nak tengok perarakan uniform,” Terbatuk Adelin. Ibu ni.
“Nama
pun dulu. Sekarang lain. Bosan dah tengok baba, hari-hari pakai uniform,”
Pandai dia pesong ikut jalan desa. Padahal, berdebar juga jantung dia tengok
Fariz bersiap tadi. Siap tolong butangkan baju lagi.
Fariz
senyum nipis. Bosan konon. Depan baba dan ibu dia, bolehlah Adelin kelentong. Tadi
pun dah kantoi, tengok dia tak berkelip. Adelin gigit bibir. Janganlah si Fariz
ni menyampuk. Malulah.
“Fariz
pergi kerja dululah, ibu, baba. Takut lambat pulak sampai,” Puan Aida membuat
isyarat agar Adelin menghantar Fariz ke kereta.
Aduh,
macam-macam arahan sungguh ibu dan baba dia ni. Naik sebal dia. Sebelum ni,
mana pernah hantar Fariz sampai ke pintu. Dalam dok protes pun, dia melangkah
juga mengekori Fariz. Encik Thohier dan Puan Aida tersenyum sesame sendiri. Sengaja
mereka berbuat begitu. Barulah, keduanya sedar bahawa mereka sudah berkahwin.
Tiada
istilah suami isteri yang tidak perlu menjalankan tanggungjawab. Setidaknya, makan
pakai pasangan perlu dijaga. Tambahan pula, Fariz ada pakej suami pilihan. Petik
jari, beribu yang nak buat jadi menantu. Mereka sendiri tidak mahu kehilangan
menantu seperti Fariz.
“MC
kau mana?” tanya Fariz sambil membuka pintu keretanya.
“Ada
dalam kereta awaklah. Saya tak bawa keluar pun semalam. Nak pergi hantar dulu
ke?”
“Tengoklah
dulu kalau sempat. Tak pun, bagi terus aje kat papa,” Adelin buat muka sengal. Tahulah
papa dia bos kita. Tak payahlah nak jumpa Tan Sri Lutfi semata-mata nak bagi
MC.
“Gila
ke apa. Tak pasal aje masalah lain yang timbul. Dah lewat ni, karang lambat
pulak,” Fariz kerutkan dahi. Betul juga cakap Adelin. Papanya sememangnya tahu
mereka tak ngam.
“Tak
keluar pergi mana ke hari ni?”
“Memang
taklah nak keluar. Kereta saya kan kat office.
Saya bukan macam awak yang banyak kereta,” Sempat lagi Adelin memerli Fariz.
Tanpa
sedar, Fariz meluku kepala Adelin. Mengaduh Adelin, sakit.
“Tak
apalah. Aku pergi dulu. Nak apa-apa, sms aku. Nanti aku belikan,” ujar Fariz
sebelum masuk ke dalam kereta.
“Tengoklah
dulu. Dah, dah. Bye,” Adelin menutup
pintu kereta Fariz.
Seperti
isteri mithali dia menghantar pemergian Fariz. Siap melambai lagi. Mak cik sebelah
rumah pun dah tengok semacam. Mana pernah lelaki masuk rumah dia sebelum ni.
Habislah satu taman kecoh pasal aku, desis Adelin. Diberi senyuman manis kepada
mak cik itu sebelum membawa diri ke dalam rumah.
*****
KLIA
– 10.15 pagi
Troli
yang berisi tiga buah beg besar ditolak perlahan. Pandangan diliarkan mencari
seseorang. Cermin mata hitam di batang hidung dibetulkan. Tatkala matanya
terpandang seseorang yang dikenalinya, laju kakinya melangkah mendekati orang
itu.
“Welcome home, Mutia Imani. Miss you so much,” Tubuh ramping itu
dipeluk.
“Miss you too, Soffi,” Pelukan mereka
dilepaskan.
Lima
tahun dia meninggalkan bumi Malaysia, banyak perubahan yang berlaku. Termasuklah
Soffi yang sudah berhijrah ke arah kehidupan islamik. Seperti dirinya juga. Soffi
membantu Mutia membawa beg-begnya.
“So, what’s your next plan?”
“Nak
balik rumah, tidur. Penatlah, Soffi,” balas Mutia.
“Okey,
jom,” Mereka beriringan ke parkir kereta.
Pemandu
Soffi sedang elok menunggu di sisi Camry hitam milik Soffi. Mutia tersenyum sedikit.
“I’m coming home, Malaysia. Nice to see you
again. See you soon, Inspektor Fariz Ian,” Mutia bersuara seakan berbisik.
to be continued...
Mutia Imani
p/s : yeay, siap untuk episode 3. sory kalau tak best. episode 3 more kepada personal life. no case for today. :D. chill. SELAMAT MEMBACA!
waaa... ada girl baru ke? no no no
ReplyDeletehehe. ya. tapi, girl lama. :D. cepat adik balqiz baca ya. :)
Deletehahahaha... stiap Jam dok kja bka blog akak je sbb kot kot la ada new n3? Hehe.. btw tq na sbb kasi ari2.. ecok or mlm ni kalau baik bagi lagi.. :)
Deletehehe. terima kasih, dik. ni yang semangat nak menulis. akak punya posting unpredictable. tak ada specific time. sorry. :(. thanks again. :D
DeleteKak cepat sambung hehehe suka sangat .
ReplyDeleteHehe. terima kasih, edina sofea. Insha Allah, nanti akak sambung. :D
Delete