Firman
Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 32 :
“Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya
kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha
Mengetahui.”
Buku
nota yang dikelek setiap waktu, ditutup setelah menulis sepotong ayat untuk
tatapan di kemudian hari. Sepanjang hari, dia resah sendiri. Fikirannya kerap
kali terganggu hanya kerana satu masalah. Jodoh! Kusut otaknya dek terlalu
memikirkan permintaan ibu angkatnya, Umi Sainah.
“Umi
bukanlah nak memaksa Issa, tapi umi tak mahu timbul perkara yang tak baik
nanti. Issa jauh dari pandangan umi. Umi percayakan Issa, cuma lebih elok jika
Issa ada seseorang yang mampu menjaga Balqis. Tidaklah umi risau, Issa kerja
jauh di kota. Walid dan ammi pula jauh di luar negara,” kata Umi Sainah ketika
Balqis pulang ke kampung bulan lepas.
Senak
ulu hatinya dengan hajat Umi Sainah. Bukankah soal jodoh itu kerja Allah? Sekalipun,
dia bertungkus lumus mencari jodohnya, jika sudah tertulis jodohnya tiba lewat…
dia harus terima. Atau, lebih baik dia menunggu sahaja jodoh yang tertulis
untuknya tiba?
“Hoi!”
sergah Ai Ling.
Balqis
tersentak sedikit.
“Ya
Allah, Ai Ling. Nasib baik kau bukan muslim. Nak jugak aku bagi tazkirah free,” Ai Ling tersengih akan bebelan
Balqis.
“Sorrylah. Aku tak sengaja loh. Aku
ingatkan, kau sedar aku datang bilik kau ni,” Balqis menggeleng perlahan.
Ai
Ling melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Balqis dan dilabuhkan punggung di
kerusi berhadapan Balqis.
“Apa
hal kau datang ni?”
“Amboi,
kau. Nak datang pun dah tak boleh? Sombong sangat,” Ditampar belakang Balqis di
atas meja.
“Bukan
sombonglah, sayang. Curious aje.
Selalunya, kau tu sibuk semedang. Mana ada masa nak melawat kawasan,” tebak
Balqis sambil bangun ke almari di sebelah kirinya.
Mug
di rak dua tingkat, dia ambil. Sepaket white
coffee diambil dari balang. Setelah siap membancuh air, dihidangkan kepada
Ai Ling. Dia kembali duduk di kerusi empuknya.
“Bernard
ajak aku kahwin,” kata Ai Ling serius.
Ternganga
mulut Balqis. Wah, berita baik ni. Seingatnya, Bernard belum pernah melamar Ai
Ling sebelum ni. Terbuka juga hatinya untuk memperisterikan Ai Ling. Tetapi,
muka Ai Ling tak menunjukkan riak ceria. Kenapakah?
“Serius?
Tahniah. Tapi, kenapa muka kau macam tak happy?”
Ai
Ling melepaskan keluhan berat.
“Entahlah,
Qis. Aku tak expect pun benda ni. Lagipun,
Bernard tak pernah tunjuk yang dia serius dalam hubungan kami. Kau tahukan, aku
tak bersedia lagi. Tiba-tiba, semalam dia ajak kahwin,” jelas Ai Ling.
Balqis
merenung sahabatnya yang sama-sama menuntut di University of Cambridge, dua
tahun lalu. Baginya, Ai Ling beruntung kerana dia sudah mempunyai steady boyfriend yang boleh dijadikan
sandaran. Setidaknya, Bernard serius di dalam perhubungan mereka. Bukan seperti
dia yang masih menanti dan menanti. Huh!
“Ai Ling, what do you expect then? He suit you
so much, dear. I knew Bernard. He always put the thing very serious.
Lagipun, dah lama korang berkasih. Dah tiba masanya korang tamatkan dengan… marriage,” Balqis cuba meyakinkan Ai
Ling.
“I just… don’t know, Qis. Benda ni
berlaku tiba-tiba. Aku… tertekan. I’m
still young, Qis. Banyak lagi benda yang aku nak capai. At least, let me have my own project for
good,” White coffee panas disisip
perlahan.
“Macam
nilah, Ai Ling. Lebih baik kau berbincang dengan Bernard aje. Let him know your mission, your target. Believe
me, he will understand it,” Ai Ling tersenyum sedikit.
Kedatangannya
ke sini untuk bertemu Balqis, tidak sia-sia. Dia tahu, Balqis pasti akan
menolongnya. Sejak mereka di Cambridge lagi, Balqis akan membantunya untuk
selesaikan masalahnya dan Bernard. Sehinggakan, gadis itu sudah terlantik
secara semula jadi sebagai penasihat tetap mereka berdua.
“Thank you, Qis. You’re the best. I love you,
friend,” ucap Ai Ling, ikhlas.
Balqis
tersenyum manis.
“I love you too, dear. Jom lunch sama, laparlah,” ajak Balqis. Jam tangannya
sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Sahlah perutnya meragam bagai.
“Okey,
jom…”
Balqis
mencapai handbagnya. Sudah lama
rasanya mereka tidak makan bersama. Ai Ling memang seronok jika berkesempatan
keluar makan bersama Balqis. Pasti gadis itu akan mengesyorkan makanan yang
enak kepadanya. Tekaknya yang dulunya asyik menerima makanan Chinese dan western, kini sudah mula menyukai
makanan Melayu.
*****
“Dear?”
Ai
Ling mengangkat wajahnya. Bernard? Muka bosan dilontarkan. Dia ingatkan, bolehlah
makan dengan senang hati. Nampaknya, hambarlah makan tengah harinya hari ni. Elok
sahaja mood dia nak okey, Bernard
datang mengganggu pula.
“Eh,
Qis pun ada? Glad to see you, my dear
friend,” Balqis tersenyum.
“Duduklah,
Bernard. Good to see you too,” Tanpa
lengah, laju sahaja Bernard duduk di kerusi bersebelahan dengan Ai Ling.
Balqis
senyum nipis. Macam dia tak nampak riak muka Ai Ling yang berubah masam mencuka
itu. Nasib Bernardlah, terserempak dengan kekasihnya hari ni. Tetapi, Bernard
selamba sahaja. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Pelik sungguh hubungan
mereka berdua ni. Perkara yang baik berlaku pun boleh berperang. Tak faham
sungguh!
“I
dengan kawan I tau. Kejap lagi dia datang,” maklum Bernard. Tidak mahu mereka
tertanya-tanya pula.
“Oh,
ye ke. You memang selalu makan kat sini ke, Bernard?” soal Balqis, sekadar
menceriakan suasana.
“Kadang-kadang.
Ikut moodlah. Terasa nak makan
makanan Melayu, kat sinilah tempat I. Kawan I syorkan restaurant ni. He said, here
was heaven of Malay’s food,” jelas Bernard sambil matanya mencuri pandang
Ai Ling di sebelahnya.
Gadis
itu hanya menikmati makanannya tanpa menghiraukan dunia sekeliling. Tiada gaya
dia ingin membuka mulut. Sabarlah wahai hati oi, desis Bernard.
“Nice opinion. Your girl likes the food here
too. Have a together visit, sometime,” Bernard mengenyitkan mata kepada
Balqis.
“Good suggestion, Balqis. I hope, she won’t refuse
that,” Tergelak Balqis dek Ai Ling hanya mendiamkan diri.
Sedang
mereka berborak, muncul seorang lelaki di meja mereka. Bernard mengajak lelaki
itu menyertai mereka. Disebabkan hanya kerusi di sebelah Balqis sahaja yang
kosong, dilabuhkan punggung di situ. Balqis hanya membiarkan sahaja memandangkan
lelaki itu adalah kawan Bernard. Takkan dia nak menghalau. Tidak sopan namanya
itu.
“Hai,
Qalief,” sapa Ai Ling. Keluar juga suara emasnya itu.
“Hai,
Ai Ling. How are you? Long time no see,” Ramah pula lelaki
yang bernama Qalief itu.
“I’m fine. But, I’m not feeling good, right
now,” balas Ai Ling selamba. Tanpa memikirkan perasaan Bernard yang semakin
membara. Namun, ditahannya agar tidak terlalu emosional.
“Dear, please. Not here,” bisik Bernard
perlahan di telinga kekasih hatinya.
Ai
Ling menjeling. Tak kuasa dia nak layan. Biarlah dia nak emosi pun. Bukannya
Qalief dan Balqis tidak tahu masalah mereka. Dia pasti, Bernard sendiri sudah
menceritakan hal semalam kepada Qalief. Jika dia rapat dengan Balqis, begitu
juga Bernard yang boleh dikatakan berteman rapat dengan Qalief sejak dari zaman
sekolah lagi.
“Cik
Nur Balqis?” tegur seorang wanita. Balqis mendongak. Siapa pula menegurnya?
Jika kawan-kawan pejabat, mustahil kerana mereka jarang ke restoran ini. Siap
bercik-cik lagi, hah.
“Kak
Gee,” Balqis bangkit. Disalam wanita yang dipanggil Kak Gee itu. Mereka turut
melagakan pipi. Perempuan kalau sudah berjumpa kan, begitulah gayanya.
“Lamanya
tak jumpa. What are you doing here?”
“I’m doing my laundry. Of courselah, datang sini nak makan.
Apalah kak Gee ni. Kak Gee tu yang asyik sibuk. Bulan lepas Qis balik kampung,
kak Gee pergi mana?”
“Alah,
sorry. Kak Gee ada kursus. Kak Gee
kat sini pun, sebab ada product launching.
Jadi, malam ni kak Gee datang rumah Qis. Boleh?”
“Boleh
sangat. Jumpa kat rumahlah. Boleh borak panjang,” Kak Gee mengangguk.
“Okey,
kak Gee gerak dulu. See you very soon,”
kata Kak Gee sebelum melangkah meninggalkan restoran.
Balqis
kembali duduk dan menyambung bersantap. Membazir pula jika tidak dihabiskan
rezeki Allah itu.
“Qis,
kenalkan ni kawan I merangkap bos I, Tengku Qalief. Lif, meet Balqis, our best friend…”
“Oh,
hai. Bos Bernard? Means that, Gemini
Holding’s boss?” Qalief mengangguk sambil tersenyum.
“Yupp. Nice to meet you,” Balqis hanya
senyum nipis.
Jadi…
inilah bos Gemini Holding’s yang famous
tu? Habis gadis bujang di tempat kerjanya asyik stalk profile facebook si Qalief ni. Pantang ada masa terluang, ada
sahaja mereka bergosip tentang lelaki di sebelahnya ini. Pada pandangannya,
berasaslah para gadis di pejabatnya admire
sangat dengan Qalief.
Berkarisma.
Memiliki rupa paras yang kacak, boleh cair gitu kalau asyik pandang dia saja.
Badan pula tough macam Channing Tatum,
hero filem White House Down tu tapi wajah mereka langsung tak sama, okey.
Berkulit cerah. Cuma, yang Balqis tak berkenan, rantai silver di leher lelaki
korporat itu. Walaupun ditutupi dengan kemeja putihnya, namun masih kelihatan.
Nasib baik rambut masih hitam berkilat. Tak adalah orang salah sangka lelaki
itu mat saleh. Melayu tulen gitu.
“Qis,
yang budak-budak office you gilakan
tu, nilah orangnya. Amacam?”
“Not bad. Sekali sekala, datanglah office I. Confirm, banjir satu pejabat sebab melting tengok you,” Qalief tergelak.
“Pandai
you buat lawak, Balqis. Flood is fine, but I’m sure the disaster does make
sense too,” Kini, satu meja ketawa.
Ai
Ling yang masam itu pun turut ketawa.
“Balqis,
bos you tak ada ke?”
“Nope, honeymoon for the second round, I
guess. Why?” Memandai sahaja dia
buat cerita, tetapi itulah yang diberitahu majikannya semalam.
“Patutlah
you slumber aje. Dah nak habis lunch time. Sempat ke you nak balik office?” Bernard sekadar prihatin
terhadap sahabatnya.
“Oh, no biggie. Half day break for today…”
“Sampai
hati kau tak kasi tahu aku, Qis. Aku punyalah lahap, takut kau terlambat masuk
pejabat,” Balqis memandang Ai Ling.
“Something wrongs somewherelah kau ni. Aku
dah bagitahu dalam kereta tadi kan? Otak kau kat mana masa tu? Ingat kat
Bernardlah tu. Fikir macam mana nak bagi jawapan,” Ai Ling menjegilkan matanya.
Aku
cepuk juga si Balqis ni. Kurang protein sungguh, getus Ai Ling.
“Mana
ada. Aku kusyuk drive kot. Itu yang
tak dengar. So, kau nak balik
teruslah ni?”
“Tak.
Nak pergi Tesco kejap. Kakak angkat aku nak datang rumah. Karang dia report kat umi aku tak jamu dia, habis
aku kena bebel…”
“Eh,
Qis. Dah lamalah tak jumpa umi you. Dia tak datang sini melawat you ke?”
Qalief
hanya makan tanpa menghiraukan perbualan sahabat bertiga itu. Malas dia nak
masuk campur. Bukan urusan dia pun. Lebih baik dia makan, kenyang juga
perutnya.
“Buat
masa sekarang ni, tak ada lagi berita umi nak datang. Lagi pun, umi kan sayang
nak tinggalkan rumah dia tu. Nak keluar rumah pergi pekan pun, kena fikir dua
tiga kali. Inikan, nak datang KL,” Bernard dan Ai Ling ketawa serentak.
Faham
sangat dengan perangai Umi Sainah. Wanita itu memang payah ingin meninggalkan
rumahnya. Jika Balqis terlalu rindukan uminya dan tiada masa untuk pulang ke
kampung, barulah Umi Sainah akan bertandang ke rumahnya. Jika tidak, kirim
salam sajalah. Tunggu Balqis pulang, barulah boleh bertemu.
“Apa
kata nanti kita balik kampung you? Bolehlah I makan masakan umi you, Qis. Rindu
pulak nak makan masakan orang Kedah,” Balqis senyum sedikit.
Dia
sendiri sudah merindui masakan Umi Sainah.
“I
tak boleh nak janjilah. Kita tengoklah nanti. You berdua ada kerja luar ke? Lunch time dah habis,” Serentak Bernard
dan Qalief menilik jam tangan mereka.
Saling
berpandangan sahabat itu.
“I
keluar dengan bos kot. Apa nak risau?”
“Banyaklah
kau punya bos. Dah, jom balik office.
Bos besar nak masuk office petang ni.
Jumpa lagi, girls,” Bernard
tersengih. Cepat-cepat dia menyedut air sirap laicinya. Balqis dan Ai Ling
hanya tersenyum.
Qalief
sudah menghilang ke kaunter bayaran. Dia turut membayarkan makanan Balqis dan
Ai Ling. Sempat dia memberi isyarat kepada Bernard agar mencuri bil gadis
berdua itu. Niatnya hanya ingin membuat kebaikan. Harapnya Balqis dan Ai Ling
tidak bersoal panjang.
“Bos
I dah bayarkan untuk you berdua. So,
chill. Dia nak tambah pahala. Kita orang pergi dulu. Darling, I call you later,” ujar Bernard sebelum bergerak ke
kereta.
Qalief
sudah menunggu di sisi BMW 5 series sedan miliknya. Nasib baiklah pejabatnya
hanya berhampiran. Buatnya jauh. Mahunya dia terpaksa menahan telinga mendengar
leteran ayahnya. Huish, tak sanggup. Boleh bernanah telinganya. Jika Tengku Muazzam
sudah berleter, payah nak dihentikan. Mengalahkan mak-mak. Ibunya pun tidak
membebel seperti ayahnya.
*****
Ku
Ainur menghampiri anak sulungnya di ruang tamu kedua yang terletak di tingkat
dua banglo milik Tengku Muazzam itu. Kusyuk sangat Qalief menghadap laptopnya. Hari minggu begini pun, masih
bekerja ke? Ku Ainur menggelengkan kepala perlahan. Perangai anak dan bapa
sebijik. Workaholic!
Bak
kata orang… bapak borek, anak rintik. Untung sahaja anak kedua dan ketiganya
tidak begitu. Mahu tension dia jika
menghadap watak yang sama setiap hari. Boleh masuk wad sakit jiwa.
“Apa
yang ibu dok menungkan tu? Tunggu ayah ke?”
Terkejut
Ku Ainur dek ditegur tiba-tiba.
“Taklah.
Saja ibu jenguk Qal. Cuti-cuti pun, ada kerja ke? Bawa-bawalah berehat nak oi. Stress ibu tengok Qal asyik kerja aje,”
Qalief tergelak kecil.
Dihabiskan
ayat terakhir. Kemudian, hasil kerjanya disimpan kemas. Pantas tangannya
menutup computer ribanya. Tumpuan diberikan kepada si ibu.
“So, what’s up? Ibu macam ada benda nak
bagitahu Qal. Apa dia?”
Qalief
duduk di sebelah ibunya di sofa panjang berbentuk L.
“Ibu
cakap ni Qal jangan marah ya. Bukan niat ibu nak mengungkit kisah lama. Tapi, I have to. Untuk kebaikan Qal. Beberapa
hari lagi, Qal dah nak masuk tiga puluh dua tahun. Semua ibu di dunia ni pasti
memikirkan hal yang sama apabila anak mereka masih membujang walaupun usia
semakin senja. Lupakan Lanna, Qalief. She’s
gone,” Qalief tersentak.
Sesungguhnya,
dia langsung tidak menyangka Ku Ainur akan membangkitkan tentang dirinya. Ya,
dia tahu, sepatutnya kini dia sudah beranak pinak. Adik-adiknya, Qairy dan
Qalisha juga sudah mendirikan rumah tangga. Sebaliknya, dia? Masih membujang.
Selama ini, Ku Ainur belum pernah mencampuri urusan hidupnya yang masih
membujang. Tapi, hari ni?
“Maafkan
Qal, ibu. Untuk melupakan Lanna, bukan mudah. I’ve tried. Once, I saw Fin,
all the memories comes around. It was like, Lanna still with us. Ibu tak
faham apa yang Qal rasa,” Ku Ainur mengusap belakang Qalief lembut.
“I know that, Qal. But, you have to be
strong. Fin still young, she’s only four years old. She needs a complete family.
Qal tahu apa yang Fin tanya ibu semalam?” Qalief menanti ayat seterusnya. “Mana
mama Fin?”
Qalief
terdiam.
“Dah
empat tahun Lanna pergi. Tanggungjawab Qal pada Fin masih tergantung. Qal ingat
lagi tak, apa janji Qal pada Lanna?” Qalief hanya mengangguk.
Masakan
dia tidak ingat. Sering kali, perjanjian mereka sebelum Lanna pergi menghadap
Ilahi, menerjah ke mindanya. Bukan dia tidak ingin mengotakan janji itu, cuma
dia tidak sekuat seperti yang disangkakan. Dia juga punya kelemahan. Dan,
kelemahannya adalah memberikan sebuah keluarga yang lengkap untuk Fin, Afinna Lee.
“Qal
ingat, bu. Give me a time. I will make it
come true. Doakan yang terbaik untuk Qal, ibu,” Ku Ainur memeluk anak terunanya
erat.
Afinna
yang baru jaga dari lena, terus naik ke riba Qalief. Tangan kirinya sibuk
menenyeh mata manakala tangan kanan memegang erat teddy bear yang dihadiahkan oleh Lanna sebelum anak kecil itu
lahir. Itulah hadiah pertama dan terakhir untuk Afinna dari Lanna. Qalief mengusap
kepala anak itu perlahan. Anak kesayangan daddy.
*****
Balqis
berjalan perlahan. Dia melihat senarai barangan yang diperlukan. Alang-alang
dia bercuti, lebih baik dia membeli belah barangan dapur. Sudah banyak yang
kehabisan. Walaupun dia tinggal berseorangan, tak semestinya dia tidak perlu
makan. Sekurang-kurangnya, jika ada sanak saudara yang bertandang, ada juga
makanan yang boleh dijamu.
“D, I want that,” rengek suara anak
kecil.
Pandangan
Balqis terarah kepada seorang kanak-kanak perempuan yang elok berdiri di dalam
troli. Comel! Kanak-kanak itu menunjukkan snek di rak. Wajah itu kelihatan
bersinar.
“No, sayang. You had enough snack. We just bought it, yesterday,” Kanak-kanak
itu menghentak kaki tanda tidak berpuas hati.
“D, please…”
“Sometime, grab something to satisfy a little
girl, is nice,” kata Balqis selamba.
“Eh,
Balqis. What a surprise meeting?”
“Kebetulan,
kan. Comel anak you,” puji Balqis sambil tersenyum kepada Afinna.
Membulat
mata Afinna memandang Balqis. Ditayangkan sebaris gigi susunya yang putih itu.
Bertambah comel kanak-kanak perempuan bertocang satu itu.
“Thank you. Dah tengok banyak kali, tak
comel pulak,” Qalief sekadar bergurau. “Rajin you shopping, ya. Bukan you baru shopping
ke?”
“Hah?
Oh, itu hari just shopping
barang-barang basah. Hari ni lebih kepada personal
need. But, Mr. Qalief, I thought you’re bachelor. Melepaslah perempuan kat
luar sana,” Qalief tergelak.
“Pandailah
you. Apa salahnya I nak tambah cawangan. Banyak pahalanya tahu,” Balqis
mencebik.
“Gatallah
bapak you ni, little girl,” Dicuit
pipi Afinna. Geram sungguh dia melihat pipi tembam itu.
“My name is Afinna Lee,” Suara comel
Afinna memperkenalkan dirinya sendiri tanpa dipinta.
“Oh, sweet name. What should I call you,
Afinna Lee?”
“Fin,”
balas Afinna sambil tersengih.
Bila
dipandang banyak kali, Afinna langsung tidak seiras Qalief. Wajah Afinna
seperti Barbie doll. Macam anak orang
putih. Rambut kanak-kanak itu saja, perang. Mungkin isteri Qalief adalah minah
saleh. Maka, terhasillah baka mixed
seperti Afinna Lee ini. Geram pula Balqis ingin mencubit pipi anak perempuan
Qalief itu.
“You
memang selalu shopping seorang ke?
Tak ada yang temankan? Suami… boyfriend?”
“Sadly speaking, I don’t have any of it. Membeli
belah seoranglah seronok. Tak perlukan banyak pendapat. Just grab what I want and that’s it. Senang kan?”
“Ya.
At least, tak ada suara killer yang paksa you belikan snek yang
tak sihat tu,” Tanpa Qalief sedar, Afinna selamat mencapai dua bungkus snek di
rak. Bukan main susah lagi dia ingin mengambil snek itu mengenangkan
ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi itu.
“Apalah
you ni. Belikan aje. Tapi, pantau dia punya portion.
Selalu bawa pergi check up. Tak
adalah, dia sakit,” nasihat Balqis.
“Thank you for the advice, Balqis. You
pernah jaga budak-budak ke?”
“Twice a week, I melawat rumah asuhan
keluarga I. Kat situ, macam-macam kerenah budak-budak I jumpa. Lebih aggresif
dari Fin pun ada. Kadang-kadang, dia orang punya demand mengalahkan kucing yang mengiau mintak makan,” ujar Balqis.
Terasa
senang pula berbual dengan Qalief walaupun ini adalah baru kali kedua mereka
bertemu. Mungkin hal yang dibualkan masuk dengan jiwa keduanya kot.
“Oh,
you ada experience rupanya. Senanglah
bila you dah ada anak nanti. You dah tahu macam nak handle dia orang,” Balqis hanya tersenyum.
Harapnya,
makbullah doa Qalief itu. Dapatlah dia merasa melayan kerenah anak-anaknya
sendiri.
“Insha Allah, the day will come. Ala… mak,
I dah lambatlah. I ada date dengan Ai
Ling. Mahu kena cekik sebab lambat. Bye,
Fin. See you again, cute girl. Jumpa lagi, Mr Qalief…”
“Okay, thank you again,” Balqis membalas
dengan senyuman manisnya sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.
“D, she’s so pretty,” Terangkat kening
Qalief.
Dia
turut bersetuju dengan Afinna. Balqis memang cantik. Imej bertudung yang dibawa
gadis itu lebih menyerlahkan kecantikannya. Punya wajah cerah, hidung yang
mancung dan mata yang mampu memukau mata jejaka yang memandangnya. Mata itu
sentiasa bercahaya. Solekan yang nipis, amat sesuai dengan Balqis. Qalief cepat
menyedarkan dirinya agar tidak menilai lebih jauh.
*****
“Balqis,
tolong mandikan Nini. Dah masam ni,” Tiyah menyerahkan Nini, bayi berusia enam
bulan itu kepada Balqis.
“Alolo,
bucuknya dia. Anak siapalah ni? Jom kita mandi ya. Biar wangi,” Balqis
membaringkan bayi kecil itu.
Tangannya
lincah membuka pakaian Nini. Hanya pampers
sahaja dia tidak tanggalkan. Digeletek anak kecil sehingga terkekek. Gelilah
tu.
“Qis
dah jumpa dengan keluarga Nini?” soal Tiyah.
“Dah,
kak. Jawapan dia orang tetap sama. Apalah yang dia orang benci sangat dengan
Nini ni. Budak comel macam ni pun, tak nak. Jangan, nanti kita dah asuh dia…
baru terhegeh-hegeh nak balik budak ni. Masa tu, kirim salamlah Qis nak bagi,” bebel
Balqis.
“Jangankan
Qis, akak pun takkan bagi. Penat-penat kita jaga, dia orang nak balik. Uih, itu
memang cari nahas…”
“Nantilah
Qis cuba fikir initiatif lain nak pujuk dia orang. Mana tahu, lembut hati nak
terima Nini. Kalau ikutkan hati Qis, nak aje Qis sain surat anak angkat. Biar
Qis aje yang jaga Nini,” Tiyah ketawa kecil.
Padanya,
Balqis memang layak untuk menjadi seorang ibu. Setiap kanak-kanak yang dihantar
ke sini kerana dibuang keluarga, memang akan menunggu kelibat gadis itu. Bagi
mereka, Balqislah ibu mereka. Sepanjang dia bekerja di rumah asuhan milik
keluarga Balqis, belum pernah gadis itu merungut mengatakan kanak-kanak di situ
menyusahkan dia.
Rumah
asuhan itu bukanlah diwujudkan untuk menyokong pembuangan kanak-kanak di luar
nikah. Cuma, sebagai tempat untuk bayi-bayi yang dihantar ke rumah asuhan itu menumpang
buat sementara waktu. Beberapa orang yang dilantik akan cuba memujuk agar ahli
keluarga bayi-bayi itu untuk menerima kembali bayi yang sudah mereka buang.
Setidak-tidaknya,
mereka akan ada kesedaran untuk terus membela nasib bayi-bayi terbuang itu.
Balqis sendiri dididik sejak kecil agar menerima baik buruk seseorang itu
seadanya. Tidak bermakna, orang yang melakukan kejahatan itu adalah jahat.
Pasti ada alasan mengapa mereka begitu.
“Hah,
Qis. Jangan lupa pasal ‘Malam Penyatuan Hati’ tu. Qis kena datang bagi pihak Tuan
Wahid dan Puan Fatiah,” Tiyah mengingatkan Balqis tentang majlis yang diadakan
khas untuk meraikan kanak-kanak di pusat asuhan itu.
“Insha
Allah. Tapi, bukan dia orang balik sehari sebelum majlis ke?”
“Memanglah.
Tuan Wahid nak ada back up. Takut flight delay ke apa ke. Dia orang nak
balik awal dari tu, tak boleh. So,
terpaksalah Qis jadi back up,” jelas
Tiyah.
Balqis
hanya mengangguk. Dia membuka pampers
Nini lalu dibawa bayi itu ke bilik air. Masuk angin pula dek terlalu lama
terdedah badannya.
*****
Qalief
memeriksa beberapa surat yang diambilnya dari setiausahanya sebentar tadi. Dibuka
satu persatu surat itu. Kebanyakan surat yang dihantar kepadanya adalah surat
penting. Jaranglah dia menerima ‘love
letter’. Harapnya tiadalah. Malas dia nak melayan.
“Pusat
Asuhan Karissa?” Dibelek surat itu. Interkom ditekannya. “Yuni, masuk sekejap…”
Beberapa
saat kemudian, muncul Yuni dengan buku catatannya. Cekap sungguh kerja
setiausaha Qalief itu.
“Ada
apa, Tengku?”
“Ada
wakil Pusat Asuhan Karissa hubungi awak?”
Yuni
membelek buku catatannya. Manalah tahu, dia terlepas pandang untuk memaklumkan
kepada Qalief.
“Oh,
ada. Tapi, masa tu Tengku offshore. Dia
orang cuma nak sahkan kehadiran Tengku…”
“Emmm,
awak hubungi mereka balik. Tell them, I’m
going. Please make sure that they
have our donor,” Yuni mencatat pesanan majikannya.
“Itu
sahaja?”
“Ya.
Thank you, Yuni,” ucap Qalief dengan
senyuman mekar di bibir.
Yuni
membalas senyuman itu. Siapa yang melihat senyuman bosnya itu, pasti akan
tergoda. Tapi, dia sudah imun. Kalau hari pertama dia bertugas sebagai
setiausaha Qalief dulu, ya dia tergoda. Kini, dia sudah terbiasa. Sangat biasa.
Baik dia tergoda dengan suaminya, ada bagusnya juga. Dapat pahala.
Setelah
Yuni keluar dari biliknya, Qalief kembali menatap surat Pusat Asuhan Karissa
itu. Seperti ada sesuatu yang menariknya untuk menghadiri jemputan itu. Dia
sendiri sedia maklum, minggu depan adalah minggu sibuknya. Namun, berat pula
hati untuk menolak program murni itu.
*****
Pusat
Asuhan Karissa menerima kunjungan lebih daripada jangkaan. Alhamdulillah. Para
jemputan yang hadir mampu memberikan ketenangan jiwa kepada para pekerja pusat
itu. Tidak menyangka sambutan ‘Malam Penyatuan Hati’ mendapat perhatian ramai. Kebanyakan
yang hadir pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan itu satu masa
dulu.
Sudah
hampir dua puluh enam tahun, Pusat Asuhan Karissa dibina. Anak-anak yang pernah
menetap di situ juga, masing-masing sudah berjaya. Adakalanya, mereka membuat
lawatan ke situ untuk menghargai jasa para pekerja yang sanggup menerima mereka
dulu. Tidak terbalas usaha warga pusat asuhan itu untuk mengembalikan mereka
kepada ahli keluarga kandung mereka.
“Qis,
semuanya dah ready. Cuma, nak tunggu
VIP jemputan kita aje,” kata Yanti, salah seorang tenaga pekerja di situ.
Balqis
yang berdiri di pintu masuk dewan mengangguk kecil.
“Kejap
lagi sampai kot. Siapa tetamu VIP kita, Yanti? Qis tak sempat nak usyar kad
jemputan,” Sememangnya dia sibuk sepanjang minggu ini menguruskan kerjanya di
pejabat.
Sehinggakan
dia hanya sempat menghadirkan diri membantu persiapan majlis di saat-saat
akhir. Nasib baiklah, para pekerja di situ memahami akan tugasnya. Tidaklah dia
serba salah. Syukur juga kerana Tuan Wahid dan Puan Fatiah selamat tiba di
Malaysia pagi tadi. Jadi, tidak perlulah dia yang merasmikan majlis malam itu.
Mahu luruh jantungnya melihatkan betapa ramai jemputan yang hadir. Hampir penuh
dewan Pusat Asuhan Karissa yang besar itu.
“Tak
silap Yanti, Tengku Qalief Tengku Muazzam, salah seorang pengasas pusat
kebajikan kanak-kanak di Malaysia,” Membulat mata Balqis saat mendengar nama
tersebut.
Tengku
Qalief Tengku Muazzam? Dia? Kebetulan sungguh. Kenapalah dia tidak perasan
ketika membuat kertas kerja beberapa bulan lepas?
“Oh,
okey…”
“Dia
dah sampailah. Jom,” Yanti menarik tangan Balqis tanpa menunggu gadis itu
menjawab.
Tuan
Wahid dan Puan Fatiah terlebih dahulu menjemput tetamu jemputan mereka. Saat
mata Qalief dan Balqis bertembung, hanya senyuman menjadi pengantara. Balqis
terpaku pada Afinna yang comel dengan persalinan baju kurung cotton berbunga kecil. Rambut panjangnya
disanggul tinggi dengan hair band
bunga di kepala. Betul-betul menarik perhatian Balqis.
“Auntie!”
jerit Afinna sebelum berlari mendapatkan Balqis di tangga dewan.
Balqis
agak terperanjat dengan pelukan erat oleh Afinna. Namun, cepat sahaja dia
membalas pelukan itu. Diusap perlahan belakang Afinna.
“Jomlah
kita masuk. Boleh cerita panjang. Majlis pun dah nak mula,” jemput Tuan Wahid.
Tuan
Wahid dan Puan Fatiah mengiringi tetamu mereka ke dalam dewan. Sementara Balqis
dan Yanti mengekori di belakang. Bukan main seronok lagi Afinna berpimpin
tangan dengan Balqis. Tidak mahu dipimpin Qalief ketika lelaki itu ingin
memegang tangannya. Bijak sungguh Afinna. Ada chan dapat mummy baru. Eheh!
Semua
hadirin yang hadir terpaku pada ketampanan Qalief. Sangka mereka, tetamu VIP
yang dijemput adalah datuk-datuk. Rupanya, bakal datuk. Hehe.
“Alhamdulillah,
tetamu VIP kita dah tiba. Bolehlah kot kita mulakan majlis,” Farhan, emcee majlis memulakan mukadimah.
Setelah itu, ustaz yang dilantik sebagai penceramah tetap di Pusat Asuhan
Karissa membacakan doa sebagai memberkati majlis.
Qalief
memandang Balqis yang duduk di sebelah Afinna. Gadis itu tampak anggun dengan jubah
moden labuh berona ungu lembut dan lilitan wide
shawl bercorak bunga. Balqis kelihatan manis. Terpesona dia dengan
kecantikan Balqis walaupun gadis itu hanya mengenakan mekap ala kadar. Afinna
disampingnya juga nampak ceria. Becok lagi mulut dia berceloteh. Balqis pula
hanya mendengar dan sesekali menyampuk.
“Dah
lama ke anak Qalief kenal Balqis?” soal Tuan Wahid.
Dia
terpegun dengan kemesraan Balqis dan Afinna. Puan Fatiah juga begitu. Seperti
yang mereka tahu, Balqis memang sukakan kanak-kanak. Namun, tidak pula mereka
tahu gadis itu mengenali VIP mereka. Lebih menghairankan, Balqis kelihatan
rapat dengan anak VIP jemputan mereka itu.
“Taklah,
uncle. Baru kali kedua bertemu. Hari tu terserempak dekat pasaraya. Terus
Afinna suka. Hari-hari minta saya bawa jumpa Balqis. Saya manalah ada contact Balqis. Kebetulan, malam ni saya
bawa Afinna, terjumpa pula dengan Balqis. Itu yang tak boleh berenggang,” Puan
Fatiah yang mendengar mengangguk.
“Budak-budak,
bila dah berkenan, payahlah. Macam tu jugaklah lelaki dan perempuan,” Qalief
tersenyum.
“Jarang
Afinna rapat dengan mana-mana perempuan, uncle. Kawan-kawan perempuan saya pun
pernah nak berbual dengan dia, muka sombong dia tayang adalah,” Serentak Tuan
Wahid dan Puan Fatiah ketawa.
Majlis
dimeriahkan dengan persembahan oleh bekas-bekas penghuni Pusat Asuhan Karissa
sambil para tetamu yang hadir menjamu selera. Nyanyian penuh syahdu dibawa.
Penuh dengan maksud yang berguna. Tuan Wahid dan Puan Fatiah sebagai pengasas,
berbangga dengan pencapaian anak-anak mereka.
“Alhamdulillah,
berbakat rupanya anak-anak Karissa ni. Mendalam sekali nyanyian yang dibawa. Terima
kasih, ya kerana sudi membuat persembahan. Kini, tibalah saat yang warga
Karissa nantikan. Tuan punya badan dah menolak tahap pergunungan Alps. Tapi,
hasil pujukan mama Tiyah kita, dia bersetuju untuk menyampaikan sebuah lagu
malam ni,” Kedengaran tepukan kuat dari para hadirin.
“Siapa
lagi kalau bukan orang kuat Pusat Asuhan Karissa, Cik Balqis kita,” Balqis
senyum nipis.
Mampus
dia malam ni. Sejuk seluruh badan dia. Balqis tersengih. Siapa suruh setuju,
kan dah kena. Haih, menambahkan lagi gundah, Afinna yang bersemangat menepuk
tangan untuknya. Gaya faham saja apa yang disampaikan oleh Farhan.
Lambat-lambat
Balqis melangkah ke atas pentas. Farhan memberikan mikrofon kepada Balqis.
Setelah itu, dia meninggalkan Balqis dan turun ke meja makan. Qalief turut
terpaku pada susuk tubuh langsing yang sedang berdiri di atas pentas. Goyah sebentar
hatinya.
“Ehem,
assalamualaikum. Dah lama tak naik pentas, gemuruh sikit,” Sempat lagi dia buat
lawak. Disambut dengan tawa hadirin. “Disebabkan mama Tiyah kita dah memujuk,
berdirilah saya kat sini malam ni. Terima kasih sebab bersusah payah memujuk
ya, kak Tiyah,” Tiyah di meja yang sama dengan Balqis, tergelak.
“Saya
diberi dua hari untuk menyediakan lagu untuk malam ni. Alhamdulillah, saya
ditemukan dengan sebuah lagu yang saya tujukan khas pada idola saya, dari kecil
sampailah ke besar. Orang yang mengajar saya susah senang hidup. Puan Fatiah Hassan,
you’re the best mum ever. I love you very much. Terima kasih sebab lahirkan
Balqis walaupun banyak dugaan yang hadir. I love you too, walid,” Terharu para
hadirin dengan ucapan Balqis. Puan Fatiah sudah mengalirkan air mata.
Balqis
menghela nafas perlahan. Dipandang screen
di sebelah kiri pentas. Dia memberikan isyarat bahawa dia akan memulakan
nyanyian.
Keanggunan yang terpancar darimu…
muslimah
Ketegasan jiwamu bak perisai… nan
indah
Kau hadirkan pesona… malu berbalut
takwa
Laksana syurga di dunia
Keteguhan hatimu oh wanita… muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai…
solehah
Perhiasan dunia… tunduk pada yang
Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa
Seiring
lagu dan video yang menunjukkan
gambar-gambar Puan Fatiah bersama dengan warga Pusat Asuhan Karissa. Tersentuh
para jemputan mendengar lagu dan melihat tayangan video yang terpampang di
sebelah kanan dan kiri pentas.
Engkau wanita syurga… bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga… bak permat
berharga
Berbinar indah dalam kesucian jiwa
Merdu
sekali suara Balqis mendendangkan lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia nyanyian
Oki Setiana Dewi. Hati gadis itu meruntun. Sungguh dia menyayangi Puan Fatiah
sepenuh hati, ibu yang telah melahirkan dia ke dunia ini. Balqis menghabiskan
nyanyiannya dengan iringan air mata. Namun, cepat diseka.
Qalief
terpegun di tempatnya. Gadis yang disangka biasa, rupanya luar biasa. Tidak
sia-sia dia menghadiri majlis ini. Patutlah, hatinya tertarik untuk menerima
jemputan walaupun jadualnya padat. Sedikit sebanyak, hatinya tenang. Afinna di
ribanya turut menyukai suara lunak itu.
“Terima
kasih. I love you, ammi, walid. Lots of love from me to both of you,”
Balqis mengakiri ucapannya sebelum turun meninggalkan pentas. Dia kembali ke
meja dengan senyuman terukir.
Sempat
dia menegur kenalan-kenalannya yang hadir.
“Nice song, sayang,” ucap Puan Fatiah
tanpa tertangguh.
“Thank you, ammi. Tak sabar nak hug,” Puan Fatiah terjegil. Faham sangat
dengan perangai manja anak tunggalnya itu. Nasib baik, jarak tempat duduk
mereka menghalang. Jika tidak, pasti sudah diterpa anak gadisnya itu.
“Merdu
sekali suara cik kak kita tadi. Terharu orang yang mendengar. Sempat saya
perasan kakak-kakak kita di belakang tu dok lap air mata. Maaf ya kakak-kakak,
gurau saja. Okey, last but not least.
Saya nak jemput Puan Fatiah kita untuk memberikan sepatah dua kata. Tuan Wahid
kita jual mahal malam ni. Asyik nak berkepit dengan Tengku Qalief,” Bukan main
lagi Farhan mengenakan Tuan Wahid.
Meletus
tawa Tuan Wahid. Ada pula dia dok berkepit dengan Qalief. Isterinya yang
meminta untuk memberikan ucapan tadi. Lagipun, dia langsung tidak bersedia
untuk memberikan ucapan. Lainlah Puan Fatiah yang boleh berucap tanpa teks.
Puan Fatiah sudah naik ke pentas dengan iringan Tiyah, orang kanan Pusat Asuhan
Karissa.
“Assalamualaikum,
semua. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berucap
malam ni. Ucapan saya malam ni simple
saja. Tak ada teks pun. Cuma, ucapan dari hati. Syukur kerana saya masih boleh
berdiri teguh di pentas Pusat Asuhan Karissa. Terubat rindu saya nak jumpa
anak-anak saya malam ni. Tahniah pada yang sudah selamat berumah tangga. Maaf
kerana tak dapat hadir. Jadi, saya dan suami hantar wakil aje. Banyak sebenarnya
terlintas di minda, tapi saya pendekkan saja. Takut sepuluh minit, jadi sejam
pulak,” seloroh Puan Fatiah.
“Genap
sudah dua puluh enam tahun Pusat Asuhan Karissa dibangunkan. Alhamdulillah,
masih teguh berdiri sehingga sekarang. Saya dan suami bersyukur kerana sudah
kurang penghuni Karissa berbanding dulu. Bermakna, masyarakat kita sudah ada
kesedaran. Namun, Karissa masih menerima baik anak-anak yang dihantar ke mari. Tidak
kiralah apa statusnya. Insha Allah, sama-samalah kita saling membantu. Besar
pahalanya. Ramai sudah cucu-cucu Karissa. Cuma, Karissa saya dan suami saja
masih bujang. Entah bilalah kami nak terima menantu…”
Balqis
ketawa kecil. Tahu… Karissa itu adalah dia.
“Pusat
Asuhan Karissa terhasil kerana hadirnya seorang Nur Balqis Karissa dalam hidup
kami. Dialah puteri tunggal kami. Dah dua puluh enam tahun, anak ammi dan
walid. Terasa cepat masa berlalu. Kenyataan hebat terpaksa kami terima apabila
hanya Nur Balqis Karissa ditakdirkan untuk menjadi puteri kami. Saya disahkan
tidak boleh hamil lagi setelah beberapa kali keguguran. Alhamdulillah, dengan
adanya puteri kami, kuat impian kami untuk membantu anak-anak terbuang yang
ketika itu sangat ramai. Kami harap warga Karissa masih teguh untuk terus
berada bersama kami di Pusat Asuhan Karissa. Saya akhiri ucapan dengan jutaan
terima kasih di atas kehadiran semua,” Tidak sanggup lagi dia ingin menyambung
ucapan.
Air
matanya laju sahaja mengalir di pipi. Balqis pantas menghampiri amminya di
bawah pentas. Dipeluk wanita kesayangannya itu erat. Semoga hilang sedikit
kesedihan Puan Fatiah. Bagi Balqis, Puan Fatiah adalah idola dan juga wanita
besinya. Sejak kecil, dia amat menyanjung kerja murni Puan Fatiah sehinggalah
sikap itu meresap ke dalam jiwanya.
“Ammi
sayang Issa. Teruskan perjuangan ammi dan walid. Andai satu hari, kami sudah tiada,
ammi nak Issa bangunkan Karissa sampailah ke akhir hayat Issa. Berikan
kesedaran pada mereka yang masih hanyut. Insha Allah, Issa boleh,” Kata-kata
itu meresap jauh ke lubuk hati Balqis.
“Insha
Allah, ammi. Doakan yang terbaik untuk Issa. Issa tak boleh berjanji, tapi
dengan izin Allah, Issa akan teruskan usaha ammi dan walid,” balas Balqis
tulus.
Penuh
dramatik sekali pengakhiran majlis. Para tetamu tidak lepas mengalirkan air
mata melihat ketulusan hati pengasas Pusat Asuhan Karissa. Bagi mereka, Tuan
Wahid dan Puan Fatiah merupakan insan yang terpilih untuk membela nasib anak
terbuang. Niat murni mereka mampu sampai ke jiwa.
Farhan
mengakhiri majlis dengan bacaan doa. Semoga hati para hadirin lebih tenang dan mendapat
sedikit pengajaran. Walaupun tidak banyak, cukuplah sebagai tanda ingatan.
*****
Qalief
mendukung Afinna yang sudah lena di bahunya. Mungkin penat. Seronok sangat
bermain tadi.
“Terima
kasih, Qalief. Even you sibuk, still boleh datang. We really appreciate that. Sometime,
make a visit to Karissa,” kata Balqis ketika menghantar lelaki itu ke
keretanya.
“No biggie, Balqis. Tak sangka you adalah
pencetus Karissa. Beruntung I sebab dijemput. Banyak input yang I dapat. Fin pun seronok dapat main dengan baby-baby kat sini. Sampai tak nak
balik…”
“Dia
dah bagi hint nak adik tu. You bagi
ajelah,” Qalief senyum nipis. Nak bagi, bagaimanalah tu?
“Insha
Allah. Oh, ya. Tadi, I ada minta number
you dekat uncle Wahid. Tak adalah berasap telinga I dengar suara killer Fin minta nak jumpa you. I hope… you tak marahlah,” Balqis
mengusap rambut Afinna lembut. Lena sungguh dia tidur di bahu Qalief.
“It’s
okay. Murah hati pula walid I ya. Anak you comel sangat. Tapi, muka dia tak
mirip you pun. Ikut isteri you eh?”
“Ha’ah.
Tak ada satu pun yang ikut I. Cuma, ibu I selalu cakap nakal dia aje sama
dengan I dulu. Thank you, Balqis
sebab sudi melayan Fin. Manja dia ni kadang-kadang melebih,” Balqis tersenyum.
“Alah,
budak-budak. Biasalah tu. Kenapa tak bawa mak dia sekali?”
Qalief
terdiam seketika.
“No comment. Okeylah, I balik dulu. Tak
pasal kena bebel dengan nenek Fin. Thanks
again. Ada jodoh, kita jumpa lagi,” ujar Qalief sebelum masuk ke dalam
perut Mercedes Benz hitam yang dipandu pemandu Tengku Muazzam.
Balqis
masih berdiri tegak di parkir walaupun kereta Qalief sudah jauh meninggalkan
perkarangan dewan. No comment? Terlepas
keluhan perlahan. Berat sebenarnya hati ingin berpisah dengan Afinna. Sepanjang
majlis, anak itu berkepit dengannya. Ingin sahaja, dia meminta agar Qalief
tinggalkan Afinna dengannya. Namun, tak kesampaian. Takut dicop nak merampas
anak orang pula. Pasti isteri Qalief sudah menunggu di rumah.
Penampilan
Qalief malam itu menggoyahkan hati Balqis yang selama ini bagaikan ada benteng
untuk insan bernama lelaki. Qalief tampil dengan baju melayu cekak musang
berona ungu muda. Sedondon mereka. Ditambah dengan sampin dan juga songkok
hitam. Gaya macam nak akad nikah pun ada.
Dari
jauh, Tuan Wahid dan Puan Fatiah melihat keletah anak gadis mereka. Pasti hati
Balqis sudah terpikat, cuma lelaki itu sudah berpunya. Jarang sekali Balqis
rapat dengan mana-mana lelaki selain warga di Pusat Asuhan Karissa dan juga
Bernard. Belum pernah Balqis memberitahu mereka jika dia sudah mempunyai teman
lelaki. Nampaknya, sebelum mereka kembali ke Abu Dhabi, hal Balqis harus
diselesaikan dahulu. Umi Sainah juga sering mengingatkan mereka tentang itu.
p/s : panjangkan part 1. hehe, dua hari lepas punya idea. mula2 nak tulis pendek ja. tapi, dah terpanjang pulak. malam ni CIA post part 1 dulu. dah nak hampir siap. part 1 ni pun dah 20 m/s. huhu. SELAMAT MEMBACA!
lagi satu. cuba cari lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia by Oki Setiana Dewi. tersentuh hati CIA dengar lagu tu sambil menaip. sambil baca boleh dengar lagu tu. :D
Bestttt....baru jupe...hehe
ReplyDelete