hari ni part 2 pulak. harapnya okeylah. ending dia tak berapa nak ada idea sangatlah. hehe. mati kutu dah bila sampai bab ending. :(. hope semua sukalah. SELAMAT MEMBACA!
“Selamat
pagi,” ucap Irdina ceria sebaik Isqandar muncul di dapur.
“Pagi.
Haih, ceria semacam nampak. Ada apa-apa ke?” Isqandar menarik kerusi di meja island. Bukan main ceria lagi Irdina
menyediakan sarapan mereka pagi itu.
“You guess,” Sengaja Irdina ingin bermain
tarik tali dengan encik pelakon.
Syukur
kerana hubungan suami isteri mereka yang sudah masuk ke minggu yang ketiga masih
bertahan. Setakat ini, tiada lagi pertikaman lidah yang berlaku. Mungkin kerana
masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya. Oleh itu, masa bersama akan mereka
hargai.
“I guess? Hmmm, mesti good news kan? Awak naik pangkat?”
Irdina menjuihkan bibir.
Sebenarnya,
Isqandar masih lagi berteka teki tentang kerjaya Irdina. Puas dia memancing si
isteri agar memberitahu. Namun, semuanya hanya sia-sia. Irdina masih lagi mahu
berahsia.
“Good news tu dah betul. Tapi, naik
pangkat tu memang salah. Saya tak suka naik pangkat tau. Okeylah, saya bagi hint…” Isqandar menunggu penuh sabar. “Hmmm,
saya suka quote,” sambung Irdina.
“Quote? Mencabar minda jugak eh. Saya ni,
kalau sebut pasal quote… satu aje
yang ada dalam kepala otak saya ni. Yasmin Mogahed,” Irdina tersentak.
“Seriously?” Isqandar mengangguk sambil
menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. “Awak, I love her too. And, you
guess what? She will be in Malaysia soon. I want to see her,” Irdina
berkata penuh kegembiraan.
“I know. And, I have the ticket too,”
ujar Isqandar bersahaja.
Padahal
di dalam hati bergurindam. Mana tidaknya, isteri meminati orang yang sama
dengannya. Jadi, mereka ada persamaan yang boleh dikongsi.
“Nak
pergi sama?”
“Sure. I’m okay with that,” setuju
Isqandar. Apa salahnya dia keluar dengan isteri sendiri?
“Harap-harap
tak adalah wartawan,” kata Irdina selamba. Dia meletakkan mug berisi milo panas
di hadapan Isqandar.
“I hope so. Hah, since you’re fan of Yasmin Mogahed. Share me the best of her quote
that you like…”
Irdina
mengambil tempat duduk di hadapan Isqandar. Ini yang seronok. Akhirnya, ada
juga yang dapat berkongsi sesuatu yang sudah menjadi minatnya itu.
“Okey.
Emmm, don’t worry if your heart hurts
today. Hearts change everyday. And, He is the turner of hearts,” Isqandar
mengoles senyuman lebar. Sukanya dia!
“Yeah, I love it too. Listen this, the blaze
of dunya still fills our hearts because we don’t really see the strom coming,”
tutur Isqandar perlahan.
Irdina
mengukir senyuman.
“Tak
sabarnya nak pergi nanti. Awak janji eh pergi dengan saya. Kawan-kawan saya
bukannya minat dia,” cebik Irdina.
“Insha
Allah. Saya lagi suka ada orang yang teman,” Isqandar berkata mesra.
Semakin
hari, semakin banyak perkara yang berjaya merapatkan mereka. Hubungan mereka
tidak seperti suami isteri tetapi lebih kepada kawan baik. Isqandar ada untuk
Irdina. Dan, begitulah sebaliknya. Irdina juga sudah tidak pulang lewat. Seboleh
mungkin dia cuba pulang awal untuk memasak.
Kadangkala
jika Isqandar tidak keluar bekerja, dialah yang menjadi tukang masak mereka
pada hari itu. Dan, Irdina memang suka jika Isqandar yang memasak. Sedap!
*****
“Hai,
Dr Tasnim. Lama tak nampak you. Asal I pergi bilik you, mesti you dah balik. Curious jugak I,” tegur Dr Ezwan ketika
ternampak kelibat Irdina di kaunter lobi.
“Hai,
Dr Ezwan. Iya ke? Maaflah. I memang sibuk. Sibuk dengan hal keluarga. Kenapa ya,
you cari I?” Seperti acuh tak acuh sahaja Irdina membalas.
“Oh,
ingatkan sibuk dengan boyfriend. Susah
nak jumpa you sekarang ni. Nak ajak lunch
pun bukan main lagi kena buat appointment.
Busy mengalahkan perdana menteri,” tembak
Dr Ezwan.
“Macam
nilah, Dr Ezwan. I tak ada masa nak layan you. Of course, kena buat appointment
kalau nak jumpa I. You tak boleh sesuka hati nak bawa keluar anak dara orang.
Lagipun, patients come first. Not the doctor,” bidas Irdina sebelum
menghilang ke biliknya.
Dr
Ezwan senyum sinis. Tidak berpuas hati dengan sikap doktor menawan yang sudah
mencuri hatinya itu. Pernah dia bergaduh dengan sahabat baiknya yang juga
seorang doktor di hospital itu kerana masing-masing ingin memikat Irdina. Tak
ramai doktor perempuan yang cun dan masih bujang di hospital itu yang boleh
membuatkan mereka melepaskan Irdina. Bak kata Dr Ezwan, belum cuba belum tahu.
“Give up sajalah, Dr Ezwan. Saya rasa Dr
Tasnim dah berpunya,” Pandangan tajam Dr Ezwan menikam mata Muna.
“Tak
semudah tu, Muna. Hari ini, dia boleh lari. Esok hari belum tentu lagi,” sinis
Dr Ezwan berkata sebelum berlalu.
Muna
tercengang. Langsung dia tidak menyangka seorang doktor yang mempunyai
kredibiliti seperti Dr Ezwan adalah seorang pendesak dan tidak mahu tewas. Lebih
menakutkan, lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berputus asa dalam
mendapatkan cinta Irdina. Nasib baiklah dia bukan di tempat Irdina.
*****
Taufiq
mundar mandir sendiri. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tika ini.
Sesekali dia membuang pandang ke arah Isqandar yang sedang sibuk di set
pengambaran. Isqandar memang profesional apabila tiba bab lakonan. Sebaik
mungkin dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada lakonannya. Dia paling
tidak suka jika perlu melakukan adegan yang sama berulang kali.
“Hoi,
Fiq. Mengelamun,” Taufiq tersentak. Jauhnya dia mengelamun. Sehinggakan tidak
sedar Isqandar sudah habis shooting.
“Mana
ada. Lepas ni kau nak pergi mana?”
“Aku
nak pergi supermarket. Beli barang
dapur. Kenapa?”
Isqandar
mengemaskan barang-barangnya.
“Aku
nak bincang sikit dengan kau boleh?” Nada Taufiq sudah berubah serius. Isqandar
menghentikan kerjanya. Dia melabuhkan punggung di sebelah Taufiq.
“Sure. Apa dia?”
“Macam
ni, bro. Kau tahukan yang aku ada
buat bisnes sikit kat Singapore?” Isqandar sekadar menganggukkan kepala.
“Bisnes
aku down. Tak ada supplier tetap. Jadi, buat masa
sekarang… aku rasa tak boleh nak selalu dengan kau. Tapi, kau jangan risau
pasal jadual. Aku boleh settle.
Cumanya, aku kena banyak ada dekat sanalah. They
need me, bro,” jelas Taufiq. Lega rasanya setelah menjelaskan kedudukan
sebenar. Namun, masih ada perkara yang disembunyikan dari pengetahuan Isqandar.
“Kau
ni, Fiq. Aku ingatkan apalah tadi. Itu kau jangan risaulah. Aku boleh handle sendiri. Kau tumpukan aje dengan
bisnes kau. Dah settle nanti, kau
balik sini,” Isqandar menepuk perlahan bahu Taufiq.
“Thanks, bro. I’ll be back,” Taufiq
mendabik dada.
“Choylah kau. Dah, tolong aku kemas. Lambat
pula aku sampai rumah nanti,” Isqandar kembali menyambung kerjanya tadi.
*****
Isqandar
mengukir senyuman nipis. Dari luar, dia boleh nampak cahaya terang di dalam
rumah. Pasti Irdina sudah pulang. Dibawa langkah ke dalam rumah.
“Eh,
dah balik?”
Irdina
terlebih dahulu menyapa Isqandar. Kebetulan dia ingin ke ruang tamu untuk
menonton televisyen.
“Ha’ah.
Awal pulak awak balik hari ni,” balas Isqandar sambil meletakkan beg-beg
plastik barang dapur yang dibelinya tadi.
“Tak
ada pat… Habis kerja awal, baliklah awal,” Irdina menggigit bibirnya. Hampir
sahaja dia terlepas cakap. Fuh, semangat.
“Oh.
Okey, kejap lagi kita masak sama-sama. Saya mandi dulu…”
Isqandar
menghilang ke bilik. Dup dap dup dap dah jantung Irdina. Nasib baik Isqandar
tak perasan dan tidak bersoal panjang. Irdina mengalihkan pandangnya ke kaca
televisyen. Hampir jam sembilan, berita pun sudah nak sampai penghujungnya.
Irdina hanya sekadar menonton sahaja tanpa diberi perhatian.
“Berita
tambahan, seorang lelaki dijumpai mati di lorong gelap di sebuah kawasan
terbiar. Mangsa ditemui oleh seorang pengutip tin yang kebetulan melalui
kawasan tersebut. Disebabkan ketakutan, pengutip tin yang merahsiakan
identitinya itu pantas ke balai polis berdekatan. Pihak polis meminta agar
sesiapa yang mengenali mangsa, menghubungi nombor tertera. Dan, pihak polis
telah mengesahkan mangsa dikenali sebagai Ahmad Taufiq bin Jalal melalui kad
pengenalan diri yang dijumpai mereka. Mengikut penemuan mereka, mangsa
merupakan pengurus kepada seorang pelakon terkenal, Isqandar Ryan. Kejadian
berlaku satu jam selepas menemani artis lelaki tersebut di set pengambaran. Berita
tadi mengakhiri berita utama malam ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera…”
“Awak!”
Jerit Irdina kuat. Rasanya, hantu pun melarikan diri mendengar jeritan itu.
“Awak!”
“Kenapa?
Saya tengah mandilah,” Muncul Isqandar di ruang tamu dengan hanya bertuala.
Risau jika ada apa-apa yang berlaku kepada Irdina.
Terhambur
tawa Irdina. Berita sedih tadi bertukar lucu tatkala melihat wajah suami yang
penuh dengan pencuci muka. Macam perempuan! Badan juga masih lencun. Nasib baik
reti nak pakai tuala.
“Sorrylah. Awak ada dapat call tak? Emmm, pasal manager awak, Taufiq,” Isqandar
mengerutkan dahinya.
“Kenapa
dengan Taufiq? Dia ada kat Singaporelah,” Isqandar menyambung mencuci mukanya
di sinki yang terdapat di ruang tamu.
“Awak
sabar eh? Relaks. Errr… ada orang
terjumpa mayat dia dekat lorong kawasan terbiar. Polis dah pastikan mayat.
Memang sah, manager awak,” beritahu
Irdina dalam nada tenang. Lagipun, memang kepakaran dia dalam hal-hal sebegini.
“Apa
awak cakap ni? Jangan merepek boleh tak?” Nada suara Isqandar sudah berubah.
Hidup mati bukan boleh dibawa main.
“Awak
call number ni. They have the answer. Trust me,” Irdina menghulurkan telefon
bimbitnya kepada Isqandar.
Teragak-agak
Isqandar ingin menghubungi nombor yang sudah Irdina simpankan. Baru tadi dia
dan Taufiq berborak mesra. Taufiq juga memaklumkan dia akan bertolak ke
Singapura malam ini. Tapi, tidak mungkinlah Irdina ingin menipunya.
*****
Prestasi
Isqandar sejak pengurus merangkap sahabatnya itu meninggal dunia, kian merudum.
Penampilannya juga sedikit kusut. Hampir seminggu juga dia bekerjasama dengan
pihak polis untuk menyiasat kes pembunuhan Taufiq. Isqandar langsung tidak
menyangka perkara seperti ini akan berlaku terhadapnya. Dia sedia maklum bahawa
arwah Taufiq ada menjalankan perniagaan di Singapura.
Namun,
arwah Taufiq sama sekali tidak memaklumkan tentang kegagalan sepenuhnya urus
niaga itu. Lebih mengejutkan Isqandar, arwah Taufiq turut terlibat dalam
sindiket penipuan dan juga Ah Long. Sukar untuk Isqandar mempercayai kebenaran
itu. Kini, semuanya sudah terungkai. Dia harus juga mempercayai itulah
kebenaran dan juga hakikat.
“Awak…
awak. Yuhuuu,” panggil Irdina. Naik kebas bibirnya memanggil Isqandar sedari
tadi.
“Isqandar
Ryan bin Umar. Are you okay?” Irdina
mencuit bahu Isqandar. Barulah lelaki itu tersedar.
“Okey,”
balas Isqandar sepatah.
“Okey
apanya macam ni. Kusut teruk. Dah berapa hari awak tak bercukur? Saya dah
siapkan makan malam. Jom makan,” ajak Irdina.
“Awak
makanlah dulu. Nanti saya makan,” Alamatnya memang tidak makanlah gayanya.
“Okey.
Awak tak nak makan, saya pun tak naklah. Tak ada selera nak makan seorang,”
Irdina memeluk tubuhnya.
Isqandar
yang sedang bersandar di pintu gelongsor balkoni mengerling ke sebelah. Boleh
tahan keras kepala juga Irdina Tasnim ni.
“Whatever,” Irdina mencebik.
Sudahlah
perutnya lapar. Seharian dia kena jaga ER hari ini. Dia hanya sempat mengambil
sarapan sahaja pagi tadi. Jika ditunggu juga Isqandar, selamat bergurindamlah
wahai perut. Aku dah tak heran lagu apa kau mainkan.
“Wahai
encik pelakon, jomlah makan. Saya laparlah,” Isqandar mendengus.
“Pergilah
makan. Tak suruh awak tunggu saya pun…”
Irdina
ketap bibir.
“Whatever,” Isqandar menjeling Irdina.
Pulang paku buah keras nampak.
“Jangan
degil boleh tak? Pergi makan,” Ditolak tubuh Irdina perlahan.
Sama-sama
keras kepala. Elok sangatlah dikahwinkan. Sekepala. Degil Isqandar, degil
jugalah Irdina. Marah Isqandar, marah jugalah Irdina. Kira satu jiwa, satu
hatilah senang cerita.
“Tak
nak! Awak tak makan, saya pun tak makanlah. Masuk tidur dulu. Goodnight,” Isqandar mengeluh kasar.
*****
Isqandar
membuka pintu bilik perlahan. Diletakkan dulang makanan di atas meja sisi. Dia
duduk di birai katil. Biarpun lapar, isterinya itu masih mampu untuk tidur lena. Berbeza dengan dirinya yang
memang tak boleh tidur jika perut sedang lapar. Boleh berangin satu badan.
“Irdina,
bangun. Hey, sleeping partner, wake up,”
Isqandar mengejutkan Irdina lembut.
Irdina
langsung tidak terkutik. Nyenyaknya dia tidur.
“Irdina
Tasnim, wake up,” Encik suami masih
bersabar melayan kerenah puan isteri.
“Kenapa?
Saya kerjalah esok,” Irdina menyahut perlahan. Suaranya juga kedengaran
serak-serak basah.
“Bangun
makan. Tak elok tidur dengan perut kosong. Bangun, wash your face first,” Isqandar membantu isterinya bangun.
“Esok
pagilah makan,” kata Irdina yang masih mamai. Orang dah nyenyak tidur,
dikejutkan. Beginilah jadinya.
“No. Ini arahan, bukan cadangan,” Dengan
langkah malas, Irdina berlalu ke bilik air. Isqandar tergelak kecil.
Malam
itu, Isqandar pula yang melayan kerenah Irdina. Isqandar Ryan, pelakon terkenal
bertukar menjadi nanny dengan
jayanya. Romantik Isqandar bukan sekadar di dunia lakonan sahaja. Dengan isteri
pun boleh tahan romantik juga sebenarnya.
*****
Sejak
kali pertama mereka menghadiri talk show Yasmin
Mogahed bersama, Isqandar kerap kali mengajak Irdina keluar. Tidak kiralah
keluar makan ke, membeli belah atau menemaninya di set. Sehinggakan banyak
kontroversi yang melanda pelakon berbakat itu.
Namun,
Irdina masih belum bersedia untuk membenarkan Isqandar mendedahkan hubungan
mereka. Macam-macam alasan yang diberikan Isqandar demi menutup hubungan suami
isteri mereka. Dia sendiri juga masih belum bersedia untuk memberitahu umum.
Masih belum sampai masanya untuk membongkar statusnya itu.
*****
“Dr
Tasnim, they need you in ER. Privasi status,”
maklum Muna kepada Irdina yang sedang menjalankan rawatan terhadap pesakitnya.
“Give me five minute. Muna, please inform me
again the next five minute,” Muna hanya mengangguk.
Irdina
cuba merawat pesakitnya secepat mungkin. Kenapalah dia pula yang kena handle ER? Macamlah tiada doktor lain.
Nasib baik pesakit minor saja.
Setelah selesai merawat pesakitnya, Irdina bergerak laju menuju ke ER. Takut
pula pesakit yang menanti dalam keadaan parah. Tapi, apa yang privasi status
tu?
“Haida,
apa yang berlaku?”
“Accident. Pesakit luar. Luka di tangan
dan bahu kanan. Kesan dari geseran,” beritahu jururawat yang bernama Haida itu.
Irdina
memakai sarung tangan getah dan juga safety
mask. Haida juga sudah bersiap sedia untuk membantu. Dia melangkah ke katil
yang menempatkan pesakit. Kelihatan pesakit yang duduk di sisi katil itu sambil
menundukkan wajahnya sedang menahan kesakitan.
“Maaf,
encik. Saya kena potong bahagian lengan baju encik ni. Encik tahan sakit
sekejap ya? Haida, tolong guntingkan…”
Haida
melakukan proses pengguntingan. Irdina bersiap sedia dengan kapas di tangannya
untuk mencuci luka. Agak teruk juga kerana seluruh bahu dan tangan kanan yang
cedera. Namun, tidak perlu dijahit kerana ia hanya luka di permukaan kulit. Banyak
juga darah yang mengalir dari luka besar itu.
“Tahan
sikit ya, encik…”
“Auchhh,”
Pesakit itu mengaduh pedih.
Pergerakan
Irdina terhenti. Dia yang sedang membongkok, berdiri tegak. Diperhatikan lelaki
yang masih menunduk itu. Keluhan dilepaskan perlahan sebelum menyambung kembali
kerja pembersihan luka.
“Haida,
antiseptic,” Haida menurut arahan.
Irdina
sedaya upaya bersikap profesional dan menahan perasaan. Sakit hatinya mendengar
pesakit itu mengaduh sakit setiap kali dia mencuci darah di seluruh bahagian
tangan dan juga bahu kanan lelaki itu. Tangan yang berotot itu penuh dengan
darah yang mengalir. Pesakit lelaki itu langsung tidak panggung kepala. Dia
hanya menunduk menahan kesakitan. Sekuat mungkin tangan kirinya mencengkam
tilam.
“Macam
mana boleh accident?”
“Just an accident. Please, just do your job,
doctor. I can’t take it anymore,” Dingin pesakit itu menjawab. Irdina
terdiam. Sakit sangat ke?
“Car crashed, doctor. Kereta Encik Isqandar kena langgar dengan lori ais yang nak
keluar simpang,” Haida pula menjelaskan bagi pihak pesakit lelaki itu.
“Oh,
driver tidur kot. Tak nampak lori ais
punya besar tu keluar,” tempelak Irdina. Haida memberi isyarat agar Irdina
tidak melanjutkan lagi amarahnya.
Isqandar
mengangkat wajahnya. Seorang doktor bertudung rona turquoise yang sedang membalut tangannya berjaya membuatkan
jantungnya berdegup pantas.
“Irdina?”
“Ya, it’s me. Talk to you later, Encik Isqandar…”
*****
Tan
Sri Haidhar, Puan Sri Azyan dan juga Puan Jeslina menunggu bicara dari Isqandar
penuh sabar. Terkejut juga mereka apabila menerima panggilan daripada Isqandar
menyatakan dia mengadakan jamuan sedikit di apartmentnya.
Tetapi, mereka sudah dapat mengagak akan perkara yang bakal Isqandar utarakan.
Awal-awal lagi Irdina sudah memaklumkan kepada mereka.
“Jemput
minum, daddy, mummy, mama,” Dulang berisi minuman diletakkan di atas meja kopi.
“So, what’s the matter?” soal Tan Sri
Haidhar.
“Dina?”
Puan Sri Azyan cuba mendapatkan jawapan dari anak perempuannya.
Irdina
menjongket bahu. Dikerling suami di sebelah. Masih beriak beku tanpa suara. Dia
sendiri tidak mengetahui tujuan sebenar suaminya memanggil ibu bapa dan juga
ibu mertuanya.
“Ryan,
kenapa ni? Jangan buat mama risau,” Puan Jeslina pula yang bersuara.
“Maafkan
Ryan. Ryan dah nekad nak buat press
conference. Ryan akan maklumkan dan kenalkan Irdina pada semua. I really mean my words,” tegas Isqandar
bersuara.
“Awak
serius ke ni? Jangan main-mainlah…”
Dua
hari juga Isqandar tidak bercakap dengan Irdina semenjak lelaki itu terlibat
dalam kemalangan tempoh hari. Irdina sendiri buntu mahu memujuk Isqandar yang
berkecil hati dengannya itu. Salahnya
juga kerana merahsiakan perkara penting itu. Dan, yang paling membuatkan
Isqandar berjauh hati tatkala menonton rancangan televisyen yang dihadiri oleh bapa
mertuanya.
Tidak
pernah dia membayangkan bapa mertuanya juga seorang public figure sepertinya. Pandai mereka merahsiakan hal itu.
Termasuk mama kesayangannya. Dia cuba bersikap terbuka tetapi gagal. Isqandar
berasa terhina kerana dipermainkan oleh isteri yang sudah mula dia sayangi,
mamanya dan juga mertuanya.
“I’m serious with my word. No more compromise,”
kata Isqandar serius sebelum berlalu ke bilik.
“Dina
okey ke?”
“Jangan
risaulah. Dina okey. Salah Dina. Daddy,
mummy, mama… makan tengah hari kat
sini eh,” Sunyi pula jika dia seorang di apartment
ini.
“Daddy dengan mummy tak bolehlah, sayang. Daddy
ada jemputan. Jes boleh?”
“Boleh.
Mama temankan Dina,” Irdina mengukir senyuman lega. Takut juga dia ingin
memujuk Isqandar seorang diri. Dengan adanya ibu kandung Isqandar, pasti mudah
sedikit kerjanya. Puan Jeslina lebih memahami anak lelakinya.
*****
“Awak,
saya nak cuci luka awak ni. Benarkan saya ya?”
Tiada
jawapan. Isqandar yang sedang duduk di birai katil sambil membelek handphonenya tidak menghiraukan
kehadiran isterinya.
“Saya
cuci sekejap aje,” Irdina memberanikan diri mendekati suaminya.
Walaupun
Isqandar masih dingin, dia langsung tidak bergerak ketika Irdina mencuci
lukanya. Sesekali kedengaran juga pelakon popular itu mengaduh. Mungkin pedih
kerana kawasan yang tercedera terkena dengan air. Irdina kembali membalut luka
itu penuh berhati-hati. Dalam dua tiga hari lagi, keringlah luka itu.
Harapannya, luka di hati si suami juga akan turut sembuh.
“Awak
dah nekad ke nak buat conference? Karier
awak boleh jatuh…”
“I’m done my word. Nothing can change my decision.
Even, you. Whether you like it or not, you have to accept it,” tegas
Isqandar. Tiada nada mesra ditonjolkan.
Irdina
mengeluh kecil. Nampaknya, dia tidak boleh mengubah keputusan suaminya. Inilah yang
ditakutinya sejak awal perkahwinan dulu. Dia cuba memberitahu Isqandar. Namun,
gagal. Entah apa yang menghalangnya pun dia sendiri tidak tahu.
“Okey.
Saya keluar dulu. Nanti dah siap masak, saya panggil awak…”
Peritnya
hati tatkala insan yang disayangi tidak mengendahkan dirinya yang semakin lemah
ini. Sepanjang dua hari ini, Irdina tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
pada kerjanya. Pesakit yang datang, diminta rakannya yang mengambil alih. Tidak
mahu ada kesilapan yang berlaku jika dia yang merawat.
*****
Puan
Jeslina membantu Irdina memasak di dapur. Sayu juga hatinya melihat rumah
tangga anak menantunya bergolak. Pedih hati wanita separuh umur itu apabila
terlihat layanan beku yang diberikan anak kesayangannya kepada Irdina. Baginya,
Isqandar semakin keterlaluan. Kerap kali dia menasihatkan Isqandar bahawa
kehidupan rumah tangga memerlukan toleransi. Namun, begitu juga sikap Isqandar.
Tiada perubahan.
“Ma,
Dina tak pandailah nak masak tom yam yang sedap. Mama tolong Dina eh,” Puan
Jeslina menghadiahkan senyuman manis.
“Iya,
mama tolong. Dina masak makanan yang Dina pakar. Teringin juga nak merasa air
tangan menantu mama ni,” Irdina tersenyum.
“Dina
bukannya pakar di dapur pun, ma. Kalau mama suruh bedah dapur ni, mungkin boleh
kot,” seloroh Irdina.
“Amboi,
kenakan mama ya. Alah, tak payah nak tipu mama. Mummy Dina selalu cakap Dina suka buat experiment memasak kat rumah. Siap dia kena jadi juri lagi…”
“Mummy punya kerjalah, ma. Ada ke patut
dia cakap, kalau Dina tak pandai masak, tak ada orang masuk meminang. Itu yang
Dina belajar juga memasak. Even, takut
jugak tangan dengan muka terpercik minyak,” Puan Jeslina ketawa.
Pandai
besannya memancing menantunya itu untuk belajar memasak. Jika dibandingkan
dengan anak bongsunya itu, memang payahlah nak minta tolong di dapur.
Macam-macam helah dia reka untuk mengelakkan diri ke dapur. Mahunya meletup
dapur itu jika melangkah ke situ.
“Memasak
ni, kita dah tahu asas pun dah cukup. Janji ada niat nak belajar, Insha Allah,
akan dipermudahkan,” tutur Puan Jeslina. Irdina mengangguk setuju sambil
memotong sayur.
*****
Malam
itu, Puan Jeslina terpaksa bermalam di apartment
Isqandar gara-gara anak lelakinya tidak membenarkan dia pulang ke rumah sana. Tidak
sanggup ingin membantah. Kasihan pula dengan keadaan Isqandar yang memerlukan
bantuan untuk makan. Tangan kanannya masih teramat sakit untuk bergerak aktif.
Harapkan Irdina seorang untuk melakukan semua itu, menantunya itu sibuk di
hospital.
Lagipun,
dia kasihankan Irdina. Mana nak layan kerenah pesakit di hospital. Kerenah
suami di rumah lagi. Tetapi, Irdina langsung tidak mengadu keletihan. Jika
boleh, Irdina sendiri ingin merawat suaminya. Dia ingin mengambil hati Isqandar
semula.
“Ryan
masih tak boleh maafkan Dina?”
“Susah,
ma. Ryan dah cuba, tapi entahlah. Ryan terkilan sebab keluarga Dina sanggup
merahsiakan hal ni,” Puan Jeslina mengusap rambut Isqandar lembut.
“Mama
pun terlibat sama, Ryan. Dina seorang yang low profile. Bukan Ryan seorang yang
tak tahu tentang daddy tapi hampir
kesemua kawan Dina juga begitu. Seboleh mungkin Dina rahsiakan. Dia tak mahu
orang kenal dia sebagai anak hartawan. Ryan cubalah faham. Adik-adik pun ada
perasaan yang sama bila Ryan mula jadi pelakon dulu,” ujar Puan Jeslina.
“Tapi,
ma. Dia rahsiakan juga pekerjaan dia. Memanglah tak penting. At least, tell me. Ryan bukannya nak
marah pun. Setiap kali Ryan tanya, asyik mengelak,” Isqandar meluahkan
amarahnya.
“Dina
dah minta maaf, kan. Dia bukan sengaja nak rahsiakan. Cuma, belum bersedia
untuk beritahu Ryan saja. Mama tak kisah Ryan nak kenalkan Dina. Tapi, pastikan
Dina rela. Mama tak mahu Dina terbeban. Boleh terganggu kerja dia,” Isqandar ketap
bibir.
Bukan
senang ingin memaafkan seseorang. Acap kali dia cuba berbaik dengan Irdina.
Namun, hatinya walang. Tiada apa yang perlu dirahsiakan antara mereka. Bukannya
Isqandar tidak faham akan karier isterinya. Lebih dari faham memandangkan dia
pernah membuat kajian tentang itu ketika ingin menggalas watak sebagai doktor.
“Entahlah,
ma. Biar masa aje yang tentukan. Minggu depan, Ryan akan adakan press conference. Mama tolong support Ryan ya. Ryan tak sanggup lagi
nak menipu semua orang yang Ryan masih single.
They need to know my status,” putus
Isqandar.
“Saya
akan ikut rancangan awak,” kata Irdina sebelum berlalu ke bilik.
Serentak
Isqandar dan Puan Jeslina tercengang. Irdina setuju?
*****
Kecoh
satu Malaysia apabila sidang media diadakan oleh Isqandar Ryan. Hampir kesemua
wartawan dan blogger tergamam akan pengakuan yang diucapkan oleh pelakon lelaki
itu. Dek terkejut akan berita itu, suasana dewan mini yang ditempah khas oleh
Isqandar hingar bingar. Semuanya ingin mengetahui yang selanjutnya.
Tanpa
rasa gentar, Isqandar tenang mengulas lanjut tentang isu perkahwinannya. Puan
Jeslina, Tan Sri Haidhar, Puan Sri Azyan dan Irdina turut menghadirkan diri. Keempatnya
telah bersedia mental dan fizikal. Pasti ada pihak yang akan menghentam mereka.
“Kenapa
awak bertindak untuk merahsiakan hal ini? Bukankah perkahwinan itu lebih baik
diuarkan agar tidak akan menimbulkan fitnah? Apa penjelasan awak, Isqandar
Ryan?”
“Maafkan
saya kerana terpaksa menyembunyikan hal perkahwinan saya. Bukan niat saya untuk
merahsiakan dari semua. Tapi, perkara ni berlaku secara tiba-tiba. Hanya majlis
akad nikah saja yang dilakukan. Saya perlu hormati kebajikan keluarga saya dan
juga keluarga mertua. Sekali lagi, saya meminta maaf,” jelas Isqandar.
Irdina
di sebelah suaminya hanya diam dan mengulas senyuman kecil. Tidak mahulah dia
dicop sombong pula nanti oleh wartawan dan juga peminat-peminat Isqandar.
“Adakah
Puan Irdina sengaja ingin membiarkan perkahwinan puan dengan Isqandar dirahsiakan
agar privasi puan terjaga?”
Isqandar
cuba membuka mulut. Namun, Irdina lebih pantas mengambil tindakan.
“Bukan
sengaja. Tapi, terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu. Seperti yang suami saya
cakap, perkara ni berlaku tiba-tiba. Jadi, untuk menguarkan kedudukan sebenar
memerlukan masa,” Irdina berkata sopan.
Sudahlah
dia langsung tidak menyukai akan wartawan yang seakan sedang menyindir mereka. Seboleh
mungkin dia cuba memaniskan muka. Kelipan lensa mula merimaskan dirinya. Ingin
sahaja dia bangun dan beredar dari situ. Namun, demi Isqandar… dia harus bertahan.
“Rasanya
saya dan isteri dah jelaskan apa yang sepatutnya. Saya harap tiada lagi isu
yang timbul selepas ni. Jika ada yang masih belum terjawab, saya minta
janganlah disoal demi menghormati keluarga kami. Mungkin, di lain kali kita
jumpa lagi. Maafkan saya,” Isqandar memberi isyarat kepada Irdina dan juga yang
lain.
Tidak
betah lagi dia berada di sini. Tangannya sudah terasa mencucuk cucuk sakitnya.
Jika lebih lama lagi di sini, mungkin pengsan dia menahan kesakitan. Para
wartawan mula bising kerana mengingatkan Isqandar cuba melarikan diri.
“Isqandar,
ada lagi persoalan yang perlu kami tahu,” Seorang wartawan wanita cuba menahan
Isqandar daripada beredar.
Irdina
memandang suaminya. Kerutan dan peluh di dahi Isqandar menarik perhatiannya. Matanya
terpandang sedikit darah menitis di bahagian jari suaminya. Pasti Isqandar
terlalu tertekan sekarang.
“Maafkan
kami. Kami terpaksa beredar. Maaf,” Irdina memohon maaf kepada wartawan yang
hadir.
“Dina
bawa Isqandar keluar. Biar daddy yang
uruskan hal di sini,” Tan Sri Haidhar faham akan situasi menantunya.
“Thanks, daddy,” Irdina membantu Isqandar
meloloskan diri dari sidang media ini. Luka di tangan suaminya perlu dirawat.
Tan
Sri Haidhar mengambil alih setiap persoalan yang disoal media. Puan Sri Azyan
dan juga Puan Jeslina turut membantu. Mereka tidak mahu ada persoalan yang
timbul di kemudian hari. Tambahan pula, karier Isqandar dan juga Irdina perlu
dijaga agar tidak terjejas oleh perkara. Mereka yang meminta kedua-duanya
bernikah. Risikonya haruslah ditanggung bersama.
*****
Irdina
membawa Isqandar ke hospital tempatnya bertugas. Senang sedikit jika dirawat di
rumah sakit. Semua peralatan pun sedia ada. Tidak mahu ada gangguan, Isqandar
dibawa ke biliknya.
“Awak
relaks sikit. Don’t put pressure on your
hand, please. You’re bleeding,” Isqandar
melepaskan nafas perlahan. Dibiarkan Irdina membuka kemejanya.
“Dr
Tasnim panggil saya?”
“Ya.
Can you please help me, Muna?”
“Sure…” Muna mendekati Irdina di sebalik
tirai yang menutup bahagian untuk Irdina memeriksa pesakitnya.
“Tolong
ambilkan yang saya dah senarai ni,” Irdina menyerahkan sehelai kertas kepada
Muna.
“Baiklah.
Sekejap ya,” Muna pantas bergerak ke bilik penyimpanan untuk mengambil barang
yang diperlukan Irdina.
Isqandar
merenung isterinya yang ralit mencuci darah di tangan kanannya. Riak Irdina
tenang. Walaupun kebelakangan ini di dingin dengan Irdina, isterinya itu
langsung tidak merungut. Hatinya teringin sekali mengetahui perasaan isterinya
ketika ini. Seluruh pelusuk Malaysia sudah mengetahui kehadiran Irdina Tasnim
di sisinya.
Tan
Sri Haidhar begitu menjaga hak asasi Irdina yang memerlukan privasi hidupnya,
sedangkan dia? Dengan senangnya membuka hak itu. Kini, pasti Irdina sudah
menjadi topik bualan di luar sana. Haruskah dia meminta maaf kepada Irdina di
atas kesilapannya?
“I’m sorry,” ucap Isqandar perlahan.
“Untuk
apa?”
“For today’s event. I know you’re stressed. Privasi awak sudah terkoyak,” Irdinia
senyum nipis.
“Tak
kisahlah. Janji awak sudi maafkan saya. Itu pun saya dah bersyukur. Awak tak
payahlah risaukan hal ni. Sampai bila kita nak berahsia. Jujur lebih baik,”
balas Irdina perlahan. Tangannya masih sibuk di tangan kanan Isqandar.
“Sama-sama,
kosong?”
“Ya.
Jadi, awak dah maafkan saya?” Isqandar mengangguk.
“Alhamdulillah.
Terima kasih, awak,” ucap Irdina sambil mengulas senyuman. Lega hatinya kini.
“Terima
kasih juga sebab sanggup biarkan saya kenalkan awak sebagai isteri saya,”
Isqandar sudah mampu tersenyum kembali.
Irdina
menoleh ke belakang apabila tiba-tiba pintu biliknya dibuka kasar. Isqandar
turut terjenguk ke pintu.
“Patutlah
I ajak you keluar, you tolak. Rupanya dah kahwin senyap-senyap. Hebat sunggu
permainan you, Irdina Tasnim,” tempelak Dr Ezwan sinis.
“You
rempuh pintu bilik I sebab ni aje, Dr Ezwan? Ingatkan hal penting apalah yang
you nak cakapkan,” Apa dia ingat, aku ni bini dia? Getus Irdina.
“Huh,
tak sangka you ni gila glamor. You tolak I mentah-mentah disebabkan pelakon ni
aje? Sungguh tak layak,” Isqandar diam tanpa berkata apa. Malas dia mahu masuk
campur. Dia tahu, Irdina mampu untuk membidas doktor muda itu.
“Tak
payahlah you nak salahkan sesiapa, Dr Ezwan. Tak ada sesiapa pun yang menjadi
penyebab I tolak you. Sebenarnya I yang tak layak untuk you. Tak mungkin
seorang doktor biasa macam I layak untuk anak jutawan seperti you,” Irdina
berkata sambil membalut kembali luka suaminya. Sempat dia menyindir Dr Ezwan.
“Dr
Tasnim, keluarga doktor ada di luar,” maklum Muna sambil meletakkan
barang-barang Irdina minta.
“Terima
kasih, Muna,” Muna hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum berlalu keluar.
“So, ini suami you? Pelakon terkenal yang
orang puja sangat tu,” sinis Dr Ezwan berkata.
“Hai,
saya Isqandar Ryan. Suami Irdina Tasnim,” Isqandar memaniskan mukanya. Tanda
dia langsung tidak berminat untuk mencari gaduh. Buang masa.
“Sudahlah,
Dr Ezwan. Tak perlu you nak kacau I lagi. Sekarang you dah tahu, I ni isteri
orang. You carilah orang lain yang lebih layak untuk bergandingan dengan you,” Irdina
mengemaskan peralatannya.
Dia
tidak mahu keluarganya menunggu lama di luar. Lagi pula, dia tidak mahu
bertekak dengan Dr Ezwan. Menyakitkan hatinya sahaja.
“Bro, bunga bukan sekuntum. Soal jodoh
bukan di tangan kita, tapi Allah. Ask Him
to guide you to the right woman. Insha Allah, you ease your life also your heart,” Sempat lagi Isqandar berpesan
kepada Dr Ezwan yang masih berdiri di pintu.
“Jomlah,
awak. Daddy dan mummy dah tunggu…”
Tanpa
berkata apa-apa, Dr Ezwan berlalu keluar dari bilik Irdina.
“Kenapa
tolak dia?” Isqandar menarik lengan Irdina. Irdina mendongak sedikit.
“He had mother who always take care of him. She
has a right woman for her son. Saya kan dah ada awak?” Ternampak sebaris
gigi putih Irdina yang tersenyum lebar.
“Oh,
gitu. Ni mesti mak dia jumpa awak, kan?”
“Siapalah
kita ni untuk anak dia. Eh, dahlah awak ni. Malas nak ungkit cerita lama,”
Isqandar mengecilkan matanya.
“Ala,
sekejaplah. Nak pergi mana cepat sangat? Daddy
mummy faham punya kenapa lambat,” Dikenyitkan matanya.
Irdina
melarikan pandangannya. Ditolak perlahan tangan yang melingkar di pinggangnya.
“Memanglah
faham. Tapi, ni hospital ya, encik hubby.
Please behave. Come to your sense,”
Terletus tawa Isqandar.
Comel
pula dia melihat telatah Irdina. Ah, hati. Mulalah nak terpaut. Nasib baiklah
hati ni pandai terpaut pada si isteri. Bukannya pada orang lain.
“Iyalah.
Kiranya kat rumah bolehlah ya?”
Irdina
menampar perlahan ke tangan kanan Isqandar yang berbalut. Nasib baik tak
bersilat si suami dia yang kacak ni. Mereka beriringan keluar ke lobi hospital.
Sengaja Isqandar memaut pinggang Irdina. Biar orang tahu mereka sedang bahagia.
~THE END~
Sis why ending mcm ni ke? Huhu...
ReplyDeleteending tak rasmi, dik. official punya ending nanti akak update. hehe
Deletegood job sis...keep it up,😉
ReplyDelete