EPISODE
2
Adelin
menekan alarm Gen 2 kelabunya. Pintu
belakang kereta dibuka dan dia meletakkan beberapa buah fail yang terpaksa
dibawa pulang untuk disiapkan. Nasib baik esok cuti. Bolehlah dia menghabiskan
masa dengan menyiapkan kerja-kerjanya. Tiba-tiba, dia terasa ada yang memegang
bahunya.
“Oh
mak aku!” latah Adelin separuh kuat. Dia terloncat sedikit.
“Hoi,
agak-agaklah nak jerit pun,” Adelin menjeling orang yang mengejutkannya itu.
“Hello, lain kali jangan dok terjah orang macam ni boleh tak? Daripada
sihat walafiat, terus masuk ICU,” leter Adelin. Dia menutup kembali pintu
keretanya.
“Hesy, kau ni macam mak nenek. Membebel aje dua puluh empat jam,” Fariz
menyandarkan badannya di kereta Adelin.
“Awak
nak apa, Inche Inspector? Nak interview apa?”
“Apa,
ingat aku datang jumpa kau ni sebab nak interview
aje ke? Macam tak ada kerja lain…”
“Then, awak nak apa?” Macam Adelin pula
yang dok interview si Fariz tu.
“Makan,”
Fariz tersengih. Ini dah macam nak minta penumbuk sulung Adelin Annisa. Belum
pernah lagi rasanya penumbuk ni sampai kat
muka orang.
“Motif
sangat. Cer ajak salah seorang mistress awak tu. Ajak saya buat apa?”
“Amboi,
sombong kau sekarang ni kan? Aku ajak makan nasi aje pun. Bukan nak makan kau,” Adelin menghempuk bahu Fariz dengan handbag jenama Jimmy Choonya.
“Emmm, okey. Tapi, dengan satu syarat,”
Fariz mengangkat keningnya.
“Syarat?
Just name it. One thousand syarat pun aku sanggup tunaikan,” Ceh, buat drama
boleh.
“Satu
aje. Tak payah nak tamak sangat. Tell me about… Pearl,” Fariz terus
berdiri tegak.
“Why Pearl?”
“Just want to know. Yani punya cerita tak
detail. So, saya nak awak yang cerita pada saya. No matter what,” Mata Adelin merenung wajah Fariz yang sudah
berkumis nipis itu. Malas nak bercukurlah tu.
Fariz
melepaskan keluhan berat. Dia membalas pandangan Adelin dan gadis itu
mengangkat keningnya berulang kali. Hendak menolak, pasti akan menimbulkan
kepelikan pada gadis itu.
“Okay. Tapi, teman aku makan dulu,” setuju
Fariz setelah menimbang baik buruknya.
“Drive,” Adelin memberikan kunci Gen 2nya
kepada Fariz. Tanpa menunggu lelaki itu masuk, dia terlebih dahulu memboloskan
dirinya ke tempat duduk di sebelah pemandu.
*****
Fariz
dan Adelin beriringan masuk ke dalam sebuah restoran yang menyediakan makanan western. Mereka memilih untuk duduk di
meja jepun sahaja. Baru selesa sikit nak makan. Makan makanan western ala Melayu gitu.
“Give us… two apple juices, one spaghetti
meat balls and…” Fariz memandang Adelin yang sedang tunduk membelek menu.
“One chicken
slices bread,” Pelayan itu mengangguk dan terus berlalu.
“Diet
ke?”
“Nolah. Kenyang lagi makan dengan client tadi,” jawab Adelin sambil
mengeluarkan handphone dari handbag. Dia membuka beberapa pesanan
mesej yang belum sempat dibuka.
“Dengan
papa?” Adelin hanya mengangguk. Tumpuannya masih pada handphone.
“Yani
ada bagitahu, awak pernah jadi tahanan Pearl seminggu,” Tanpa memandang Fariz,
Adelin berbicara.
Fariz
hampir tersedak. Mulut Yani ni tak boleh nak control langsung.
“Emmm, so what?”
“Huh, is that supposed to be your question?
And I don’t even know that my secret
husband was kidnapped before,” Fariz terkelu. Urgh! Masa nilah otak dia lembab semacam.
“Since I’m just your secret husband, buat
apa nak bagitahu? Tak penting pun kan?”
“Ahah, tak penting pun. Dan, memang
pelik. Kenapa bukan kak Mya or kak Zia yang diculik?”
“Pelik
apanya. Aku pun anak Tan Sri Lutfi jugak,” Adelin tersenyum sinis.
“Ya,
you’re right. Kinda weird. Anak lelaki Tan Sri Lutfi adalah seorang polis lima
tahun dulu. Macam pelik aje si Pearl
tu nak culik buat tebusan,” tembak Adelin.
“Yes. Sampai pun makanan kita,” Terasa
bernafas sedikit jantungnya yang sedang berdegup kencang itu.
Adelin
hanya membiarkan sahaja Fariz menjamu seleranya. Bukan main berselera lagi lelaki
itu. Gaya macam tak makan setahun.
Seminit…
dua minit… lima minit. Fariz masih belum bersuara. Spaghetti meat balls pun dah nak hampir habis. Adelin menunggu juga
jika lelaki itu ingin bercerita mengenai Pearl. Tapi, hampeh!
“Tak
nak cerita ke?”
“Just eat,” Adelin mengeluh.
Kerana
menyelamatkan seorang inspector polis,
dia terjebak dalam perkahwinan yang memang sengaja dirahsiakan. Itu permintaan
kedua-duanya. Hanya keluarga Adelin sahaja yang mengetahui tentang itu. Fariz
sendiri masih belum bersedia untuk memaklumkan kepada orang tuanya.
“Kenapalah
saya setuju nak berkahwin dengan awak dulu, Inspector
Fariz? Do I look dumb at that time?”
Kini,
Fariz pula yang mengeluh. Mesti ada something
wrong somewherelah tu jika si isteri sudah mengungkit kisah lama.
“Just finished your bread. I will tell you all about Pearl as you want,”
Yeay, mengena juga jerat dia. Adelin
menyembunyikan senyuman gembiranya.
“But in one condition,” sambung Fariz
lagi.
“What?”
“Tidur
rumah aku malam ni,” Terjegil mata Adelin.
Sejak
menjadi isteri Fariz dua tahun yang lalu, dia belum pernah bermalam di rumah
Fariz. Dan sekarang, hanya kerana ingin mengetahui mengenai Pearl, dia harus
bermalam di rumah lelaki itu? Sigh!
“Other choice…”
“Just want you to know, no choice,” Fariz
meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. Dia menyisip jus epal perlahan.
“Then, forget it. I’ll ask your father ajelah,” Fariz mengukir senyuman sinis.
“Try it,” Adelin memandang pinggannya
yang masih berbaki dengan pandangan kosong. Dia nak tahu pasal Pearl, tapi tak
nak bermalam di rumah lelaki itu. Macam mana kalau terserempak dengan mistress Fariz. Urgh!
“Your mistress?”
“Stand by. No mistress for one weeks,” Patutlah semak semacam aje wajah lelaki
di hadapannya itu.
“Your dad case?”
“Naaaa, my case,” Adelin mengangkat
bahunya. Tak berminat. Tapi tanya buat apa? Semak jugak si Adelin ni pun.
Mereka
terdiam seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Apa nak jadilah
dengan pasangan rahsia ini? Seorang ke barat, seorang lagi ke timur.
*****
Mata
Adelin meliar memandang sekitar kondo mewah, tempat tinggal Fariz. Aik! Tadi
bukan main dia menolak. Alihnya, tetap juga di sini. Dah kenapa?
“Yang
tercegat kat situ lagi buat apa? Jomlah,” Fariz bersuara tegas.
“Ya.
Kejaplah. Nak ambil barang kejap,” Adelin mengambil fail-failnya dan terus
menghampiri Fariz yang terlebih dahulu melangkah. Tak gentleman langsung! Bukannya nak tolong dia angkat. Hurm.
Mereka
beriringan masuk ke lif untuk ke tingkat lapan. Fariz hanya mendiamkan diri
sepanjang berada di dalam lif. Adelin pula, buat muka selamba malas nak layan
dia itulah.
“Ian?”
Mak Jinah, pembantu rumah Fariz menegur apabila ternampak Fariz keluar dari
lif.
“Lah,
tak balik lagi ke?”
“Nak
baliklah ni. Mak Jinah tertidur tadi. Tak sedar hari dah malam,” jawab Mak
Jinah lembut.
“Mak
Jinah balik dengan apa ni?” tanya Fariz, prihatin.
“Naik
teksilah nampak gayanya. Mak Jinah terlupa nak pesan dengan Khairul suruh ambil
tadi…”
Fariz
mengeluarkan kunci di dalam poket seluarnya. Dan kemudiannya diletakkan di atas
fail yang dipegang Adelin.
“Kau
masuk dulu. Aku nak hantar Mak Jinah kejap,” Adelin tercengang.
“Eh,
tak payahlah. Mak Jinah boleh balik sendiri,” tolak Mak Jinah.
“Mana
boleh. Bahaya Mak Jinah balik seorang malam-malam ni,” pujuk Fariz. Sudah lama
Mak Jinah bekerja dengannya. Takkanlah nak hantar sekejap pun tak boleh.
“Mana
satu?”
“Apa?”
tanya Fariz garang. Gaya macam nak makan orang ada. Nak marah kat siapa entah
mamat ni? Adelin hanya menjuihkan bibirnya menunjukkan pintu apartment di hadapannya.
“Yang
hujung tu. Pergilah,” Adelin terus berlalu dengan perasaan sebal. Tadi bukan
main lagi suruh kita tidur rumah dia. Lelaki pun datang period ke?
“Siapa
tu, Ian?” soal Mak Jinah setelah Adelin berlalu.
“Hmmm? Kawan,” bohong Fariz. “Jomlah, Mak
Jinah. Nanti risau pulak Khairul kat
rumah tu,” Fariz menarik lengan Mak Jinah masuk ke dalam perut lif.
*****
Adelin
menjengulkan kepalanya sedikit. Dah hilang pun dua makhluk tu. Bukannya nak
kenalkan pun dengan pembantu rumah dia.
“Mak
ai, mewah jugak rumah mamat ni,” Adelin meletakkan handbag dan fail-failnya di atas sofa yang berbentuk L.
Langsir
yang tertutup, diselaknya. Terserlah gemerlapan cahaya yang datang dari tasik
di kawasan perumahan mewah itu. Melirik senyuman Adelin. Dia berpaling ke
belakang. Satu set TV LCD, set sofa kulit, dapur dilengkapi dengan meja island. Dan, kebanyakan perabot
berwarna putih. Ala-ala Korean style.
Setelah
puas menilik ruang tamu dan dapur, Adelin membawa diri ke bahagian bilik. Apartment itu mengandungi tiga buah
bilik. Satu persatu bilik dia terokai. Pandai Mak Jinah mengemas. Semuanya
nampak teratur. Adelin tertarik dengan hiasan bilik tidur utama. Tampak mewah
dan unik.
Adelin
berdiri di hadapan bilik terakhir. Hanya pintu bilik itu yang tertutup. Tangan
Adelin memegang tombol pintu dan cuba memulasnya. Namun, pintu itu berkunci.
“Kenapa
berkunci?” Adelin bersoal sendiri. Rambut yang menutup dahinya ditolak ke
belakang.
Penat
meneroka apartment milik Fariz,
Adelin ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa dan mengambil remote control di atas meja. Punat ‘ON’ ditekan. Sedari tadi, hanya lampu
malap yang dibuka. Air cond pula
awal-awal lagi sudah terpasang.
Hampir
terlelap Adelin menunggu Fariz. Tangannya menukar ke siaran lain. Terus segar
matanya. Rancangan kegemaran sedang bersiaran. Apa lagi kalau bukan rancangan Two Days And One Night yang famous juga selain Running Man. Ingat minah ni tak minat ke dengan cerita-cerita
Korea?
Ting
tong! Dengan malasnya Adelin bangun membuka pintu. Balik pun mamat ni. Ingatkan
nak tidur terus kat rumah Mak Jinah
dia tu.
“Tak
mandi lagi?” Adelin pantas mengangkat tangannya. Dia berjalan malas kembali ke
sofa.
“Nak
pakai apa kalau mandi?” tanya Adelin perlahan. Entah dengar ke tidak si Fariz
tu.
“Kenapa
buka curtain tak tutup balik?” Fariz
melangkah ke jendela.
Adelin
memandang Fariz kosong. Kenapa kalau dia tak tutup curtain tu?
“Tak
ada jawapan,” gumam Adelin. Macam dah nampak aura bosan saja tinggal dengan Inche Inspector ni.
“Dah,
pergi mandi,” suruh Fariz sambil duduk di sebelah Adelin. Dia merampas remote control dari tangan Adelin.
“Hesy, baklah balik. Awak lupa ya? Saya
datang sini sehelai sepinggang. Ulangan, sehelai sepinggang. Nak pakai apa
lepas mandi?”
“Apa
ke sengal sangat kau ni? Aku suruh kau mandi tu maknanya adalah pakaian untuk
kau. Kalaupun tak ada, kau boleh apa tak payah pakai apa-apa. Aku kan suami
kau. Halal apa,” Adelin terkebil-kebil.
“Huh! Halal? Yang haram jugak awak cari,”
Fariz merenung Adelin tajam. Macamlah dia bodoh sangat, tak tahu si Adelin tu
tengah perli dia.
“Apa
kau cakap? Ulang sekali lagi. Aku tak dengar…”
“Saya
ada cakap apa-apa ke?” Adelin berpura-pura seperti orang tengah berfikir.
“Jangan
sampai aku guna kuasa veto aku. Jangan cuba cabar aku, Adelin,” Tulang pipinya
sudah bergerak. Menahan geram.
“Hmmm, mana bajunya. Nak mandi,” Adelin
bangun dari duduknya. Dia mencapai beg tangannya.
“Ada
dalam wardrobe kat bilik aku. Almari warna
coklat…”
Adelin
terus berlalu meninggalkan Fariz di ruang tamu. Dia masuk ke dalam bilik tidur
utama. Kakinya dibawa ke wardrobe
yang berdekatan dengan bilik air. Almari coklat dibuka. Dan, saat itu mata Adelin
terbuka luas. Diselaknya satu persatu. Ini adalah pakaian yang ditinggalkan di
rumah ibu bapanya.
“Ibu
kau yang suruh aku ambil baju-baju kau kat sana. Dia takut kau tak ada baju nak
pakai kat rumah sini,” Adelin terpaku.
“Ibu
tahu?”
“No. And
thank to me for covering you from your family,” Fariz bersandar si almari
sambil menyilang tangan ke dada.
“Thanks,” ucap Adelin. Fariz tersenyum
sungging.
“Kesian
family kau kan. Ditipu hidup-hidup. Anak
yang disangkakan hidup susah ditengah kotaraya rupanya kaya. Barangan yang
dipakai semuanya berjenama,” perli Fariz.
Adelin
terdiam. Matanya jatuh pada baju-baju di dalam almari. Kebanyakannya adalah
baju kurung. Pakaian yang dulunya dia pakai ketika di kampung. Dia kemudiannya
memandang tubuhnya yang bersalut kemeja berkot dan seluar slack.
“Towel…”
Fariz
menolak pintu almari di sebelah almari baju Adelin. Dia mencapai sehelai tuala
yang terlipat elok dan dihulurkan kepada gadis yang bergelar isterinya itu.
Adelin menyambut huluran Fariz dan mencapai baju tidur kelawar serta ‘anak-anak
kecil’nya. Dia terus masuk ke dalam bilik air. Adelin tersenyum nipis di
sebalik pintu bilik air. Apa Fariz ingat, dia ni anak tak kenang jasa ibu bapa
ke? Isk.
*****
Deringan
telefon yang bingit mengganggu tidurnya, diangkat. Siapalah yang mencarinya
pagi-pagi macam ni? Mata dibuka sedikit dan melihat jam di atas meja sisi. 7.30
pagi!
“Hello,” Fariz menjawab panggilan,
separuh sedar.
“Tuan,
suspek kita dah muncul,” maklum Lukman, orang bawahan Fariz.
“Korang
ekori dia. Jangan terlepas lagi. Aku datang sekarang,” Fariz memutuskan talian.
Dia meloncat turun dari katil. Dicapai tuala dan menghilang ke dalam bilik air.
Beberapa
minit kemudian, Fariz keluar dari kamar mandi. Dia hanya bersiap ala kadar. T-shirt
berkolar warna putih dan seluar jeans
hitam. Dia menyambar jaket kulit hitam dari penyangkut dan terus keluar dari
bilik.
“Breakfast?”
“No,” jawab Fariz sambil membuka pintu
peti ais. Dia mengambil sebotol air mineral.
“Good luck,” ucap Adelin. Fariz hanya
mengangkat tangannya sebelum menghilang di sebalik pintu.
Fariz Ian-meet-Adelin Annisa
Best..😊
ReplyDelete