Friday 13 December 2013

Cerpen : Haiqal Qistina 6 last

Setahun enam bulan kemudian

Umi, Raisya mana?” tanya Qistina risau. Datin Maryam memandang Qistina sambil tersenyum. Tangannya sibuk memotong sayur untuk di masak buat santapan makan malam mereka sekeluarga.

Dekat luar. Tengah main dengan papa dia,” jawab Datin Maryam.

Lah, patutlah tak merengek. Selalunya dengar aje suara dia dok menangis…”

Hmmm, biasalah tu. Budak kecil. Baru enam bulan. Nanti dah besar, dah boleh jalan, penat kamu berdua nak melayan,” balas Datin Maryam.

Itulah yang Qis takut tu, umi. Qis pergi luar kejap ya, umi. Nak bagi air kat abang. Raisya pun tak minum susu lagi,” ujar Qistina. Datin Maryam mengangguk.


Abang,” panggil Qistina. Qistina meletakkan mug di atas meja. Dia berjalan menghampiri suaminya yang sedang mengacah Raisya di halaman rumah dua tingkat milik Datuk Kaizer, babah Qistina.

Awalnya abang balik. Tak banyak pula kerja kat office…”

Saja balik awal. Nak main dengan Raisya. Selalu abang balik dia dah tidur. Lagipun, abang kan boss,” balas Haiqal sambil mengacah Raisya.

Iyalah. Elok juga abang balik awal. Kalau tak, anak abang ni asyik merengek aje kerjanya. Macam papa dia,” kata Qistina sambil tersenyum. Haiqal menghadiahkan ciuman di pipi kanan Qistina. Geram. Qistina mencebik.

Orang bagi hadiah, dia buat muka masam. Lepas ni tak nak bagi hadiah dah,” Haiqal berpura-pura merajuk. Raisya merengek sedikit.

See. Your daughter pun dah ikut perangai papa dia. Asyik merajuk aje kerjanya. Tak apalah tak dapat hadiah pun. I'm the one who will give you the present,” serentak itu Qistina menjengket sedikit mencium lembut pipi Haiqal. Haiqal tersenyum. Setelah hampir tiga tahun hidup bersama Qistina, Haiqal akui isterinya itu pandai memujuk dan mengambil hatinya.

Ni yang abang suka nak bagi hadiah besar ni,” kata Haiqal sambil tersengih. Qistina memandang pelik suaminya.

Hadiah besar? Apanya?” tanya Qistina lurus. Dia mengambil Raisya yang tembam itu daripada dukungan Haiqal.

Nak tahu? Jomlah,” ajak Haiqal. Qistina mengerutkan dahinya.

Nak pergi mana? Tu, minum air milo kat atas meja dulu,” Qistina melangkah ke meja santai yang terletak di kawasan halaman itu. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Haiqal juga turut duduk di kerusi di sebelah Qistina.

Naik biliklah. Abang dengan baik hati nak kasi hadiah besar,” kata Haiqal sambil ketawa.  Kurang asam garam punya suami.

Ya Allah. Abang ni tak senonohlah,” Qistina mencubit lengan suaminya. Semakin galak Haiqal ketawa.

Jomlah. Hadiah tu free je. Abang tahu sayang pun suka nak dapat hadiah tu,” balas Haiqal. Semakin seronok pula mengusik isterinya itu.

Tak adanya. Tapi kalau abang nak pun boleh aje. Bukan Qis pun yang nak morning sickness nanti,” Qistina mengulas senyuman senget. Mendengar sahaja perkataan morning sickness, terus pucat muka Haiqal. Dia menggelengkan kepalanya.

Tak apalah. Kita tangguh next next years,” balas Haiqal. Qistina ketawa.

Next next years? Aish, abang ni. Next year pun boleh. Raisya kan dah besar,” usik Qistina. Dia mengangkat sedikit bajunya untuk menyusukan Raisya. Memandangkan rumah milik Datuk Kaizer agak jauh dari rumah-rumah yang lain, Qistina tidak segan untuk menyusu di situ. Tidak ada orang yang akan nampak.

Tak apalah. Abang surrender. Tak sanggup,” kata Haiqal sambil tangannya mencapai mug. Ketika Qistina mengandungkan Raisya, Haiqal yang mengalami morning sickness. Memang teruk sehinggakan Haiqal terpaksa berumah tangga di hospital selama seminggu kerana badannya tidak cukup air.

Tahu pun takut. Kalau nak tambah anak pun, biarlah Raisya besar sikit ya, bang,” balas Qistina. Haiqal memandang Qistina.

“ Yelah. Sayang, memang kaki Raisya macam tu ke bila menyusu?” soal Haiqal sambil matanya memandang kaki Raisya yang tembam itu disilangkan.

Ha'ah. Baru je ni. Dah jadi habit rasanya. Asal menyusu je jadilah kaki macam mem besar tu,” jawab Qistina. Haiqal mencubit pipi tembam Raisya yang sedang menyusu itu. Mata Qistina membulat memandang Haiqal.

Sayang ni dah kenapa pandang abang macam tu?”

Dia gigit Qis. Yang abang pergi cubit pipi baby kenapa?” Haiqal ketawa besar.

Alolo. Kesiannya mama Raisya ni. Sakit ke?” Sengaja ingin mengusik Qistina.

Nak cuba?” Qistina memandang geram ke arah suaminya itu.

No, thanks. Mesti sakit, kan?” soal Haiqal sambil ketawa.

Tahupun. Abang tak pergi jenguk Sarah ke? Abang asyik balik sini aje,” Qistina memandang Haiqal. Haiqal berpura-pura tidak mendengar soalan Qistina. Dia galak mengacau anak perempuan sulungnya itu.

Abang, Qis tanya abang ni. Apa salahnya pergi jenguk sekejap. She’s your wife too. Remember? And your bestfriend too,” bebel Qistina. Namun Haiqal masih diam. Qistina mengetap bibirnya. Geram dengan sikap suaminya.

Abang,” panggil Qistina lembut sambil mengusap lengan Haiqal.

Dah tak suka abang datang sini? Tak apalah. Abang balik rumah mama,” rajuk Haiqal. Dia bangun dari kerusi. Qistina kaget.

That’s not what I mean, abang. Dia ada kat rumah mama, kan? Elok juga abang balik rumah mama. Nanti abang kirim salam dekat dia orang, eh,” ujar Qistina. Sempat lagi dia menitipkan pesan. Haiqal mendengus. Dia mencium pipi tembam Raisya dan dahi Qistina.


            “ Assalamualaikum,” Haiqal memberi salam.

            “ Waalaikumsalam. Hah, Qal. Baru Nampak muka,” Tengku Amina muncul di muka pintu.

            “ Qal busy sikit,” kata Haiqal senada. Dia tidak ada mood ketika itu. Minda dan hatinya hanya teringat Qistina dan Raisya sahaja.

            “ Busy? Papa cakap kamu asyik balik awal aje sekarang ni,” tukas Tengku Amina.

            “ Hmmm, balik awal sebab rindu kat cucu mamalah,” balas Haiqal. Dia melangkah ke arah kolam renang.

            “ Qal, mama tak suka kamu cakap macam tu. Dia bukan cucu mama. Entah anak siapa yang korang ambil pun mama tak tahu,” marah Tengku Amina. Haiqal mengeluh.

            “ You’ve change a lot, mama. Nur Raisya Aidina tu anak Qal dengan Qistina. Anak yang sah. Sembilan bulan Qistina mengandungkan cucu mama tu,” tegas Haiqal bersuara.

            “ Apa yang dia dah racunkan dalam fikiran Qal ni? Qal dah lupa? Dia yang sebabkan anak kamu mati dulu. Dia juga telah menyebabkan kamu abaikan Sarah. Kamu tengok sekarang ni. Apa dah jadi dengan Sarah? Asyik berkurung aje dalam bilik,” marah Tengku Amina.

            Haiqal mengeluh. “ Anak kami mati dulu ada hikmahnya, mama. Masa tu, kami still tak layak untuk jadi ibu bapa,” balas Haiqal. Tengku Amina tersenyum.

            “ Alhamdulillah. Mama ingat kamu masih marahkan Qistina. Mama cuma test Qal aje tadi,” Tengku Amina menepuk bahu Haiqal perlahan.

            “ Ya Allah. Mama ni. Qal mati-mati ingat mama dah bencikan Qis,” Haiqal meraup mukanya.

            “ Sorry, sayang. Ni mesti kena halau dengan menantu mama tu. Kalau tak, tak adanya kamu balik sini…”

            “ Betullah tu. Ni pun merajuk dengan dialah. Sampai hati dia halau anak mama yang handsome ni,” manja Haiqal berkata.

            “ Ingatkan dulu dah tak sayangkan Qistina lagi. Alih-alih dalam dok benci tu, sempat lagi hidupkan watak Raisya dalam hidup kita ya, Qal,” usik Tengku Amina. Haiqal tersengih.

            “ Malulah Qal. Nak buat macam mana. Menantu mama tu kuat menggodalah,” balas Haiqal selamba. Tengku Amina mencubit lengan Haiqal.

            “ Dia yang goda kamu ke? Kamu yang goda dia? Bukannya masa tu, Qis dah keluar dari rumah ni ke?” tembak Tengku Amina.

            “ Ala, mama ni. Ungkit kisah lama pulak,” segan Haiqal dengan pertanyaan Tengku Amina itu.

Memang pada keesokan hari selepas bergaduh dengan Haiqal, Qistina sudah membuat keputusan untuk keluar dari banglo mewah itu. Tapi Haiqal sempat menghalang. Dia juga yang memujuk Qistina untuk kembali kepadanya.


            “ Sayang, jom ikut abang balik. Abang minta maaf. Tak sepatutnya abang salahkan Qis,” pujuk Haiqal. Beberapa minit selepas Qistina meninggalkan banglo itu, Haiqal sedar akan kesalahannya. Dia mengejar Qistina. Nasibnya baik kerana Qistina belum jauh dari kawasan banglo mewah itu.

            “ Kenapa baru sekarang abang nak minta maaf? Baru nak sedar? Lepas abang dah kahwin dengan Sarah. Qis tak kisah abang kahwin dengan Sarah. Tapi abang langsung tak hormat Qis sebagai isteri abang,” luah Qistina dalam sendu. Haiqal mencapai kedua tangan Qistina. Dia mengucup tangan Qistina.

            “ Maafkan abang. Abang betul-betul menyesal. Please, jangan tinggalkan abang. Sayang tahukan, abang tak boleh tidur tanpa sayang. Kita balik, eh,” pujuk Haiqal lagi. Qistina menarik tangannya dari pegangan Haiqal.

            “ No. Qis tak nak balik sana. Qis dah call umi. Dah janji nak balik rumah umi. Kalau abang nak Qis maafkan abang, biarkan Qis balik rumah umi,” balas Qistina.

            “ Okay. Tapi abang nak ikut awak balik rumah umi. No matter what,” tegas Haiqal. Dia tak sanggup berjauhan dengan Qistina ketika ini. Dia perlu menebus kesilapannya.

            “ Abang sayang Qis?” soal Qistina. Dia menilik wajah kacak suaminya mencari jawapan. Haiqal merenung ke dalam mata Qistina.

            “ Cukuplah kalau abang cakap, dalam hati abang ada Qistina Darina dan dalam hati Qistina Darina ada Tengku Adam Haiqal,” jawab Haiqal sayu. Qistina memandang ke dalam mata Haiqal mencari sinar kejujuran di situ.

            “ I love you so much, abang. Qis pun tak boleh tidur tanpa abang,” Qistina memeluk Haiqal erat. Haiqal tersenyum.


            “ Qal!!!” jerit Tengku Amina di telinga Haiqal. Entah apa yang dilamunkan itu pun tak tahu.

            “ Astagfirullahulazim,” ucap Haiqal. Tersentak dengan jeritan Tengku Amina ditelinganya itu. Hilang bayangan dia memujuk Qistina setahun yang lepas.

            “ Mengelamun apa sampai mama panggil pun dengar. Bertuah punya anak,” bebel Tengku Amina. Haiqal menayangkan sengihan kepada mamanya.

            “ Mama cakap apa tadi? Qal tak dengarlah,” kata Haiqal selamba. Tengku Amina bercekak pinggang di hadapan Haiqal.

            “ Sarah dah pergi. Dia ada tinggalkan surat perceraian yang dia dah sain. Ada kat dalam bilik kamu,” jelas Tengku Amina. Haiqal terkedu.

            “ Dia pergi mana? Kenapa dia sendiri tak cakap dengan Qal?” soal Haiqal.

            “ Mama pun tak tahu. Mama dah halang. Mama suruh Sarah bincang dengan Qal dulu. Tapi dia tak nak. Dia cakap dekat mama, biarlah dia yang undur diri. Dah tak ada guna kamu berdua teruskan perkahwinan ni,” terang Tengku Amina.

            “ Tak apalah mama. Dia sendiri dah buat keputusan. Kita nak halang pun dah tak guna,” balas Haiqal. Dia sudah kehilangan kawan baiknya sendiri.



            “ Dah settle ke?” soal Qistina.

            “ Dah. Dia hantar wakil aje,” jawab Haiqal. Haiqal berbaring di atas katil. Dia penat seharian berada di mahkamah selesaikan kes perceraiannya dengan Sarah.

            “ Abang okay ke?” soal Qistina lagi. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Haiqal.

            “ Abang okay. Tapi abang kecewa dengan sikap Sarah,” luah Haiqal. Qistina turut berbaring. Dia meletakkan kepalanya di dada bidang Haiqal.

            “ Nanti dia rindu abang, dia datanglah jumpa abang. Dia kan bestfriend forever abang…”

            “ Kalau dia tak datang?”

            “ Kalau dia tak datang? Hmmm, I think you should,” Qistina berjeda. Haiqal memandang Qistina.

            “ I should?”

            Qistina mencium bibir Haiqal selamba. “ You should make me as your bestfriend, darling,” kata Qistina lembut. Dia tersenyum memandang Haiqal. Bibir Haiqal pula mendarat di bibir Qistina lama.

            “ Then who want to be my wife?”

            “ Ada niat nak kahwin lagi ke, abang?” tanya Qistina pula. Haiqal menggeleng laju.

            “ Enough to have you as my wife, dear,”  jawab Haiqal romantik.

            “ So sweet. Jomlah turun. Orang naik sebab nak panggil abang makanlah,” kata Qistina selamba. Haiqal mengeluh. Qistina tersenyum.

            “ Jomlah. Tapi sebelum tu let me kiss you first,” balas Haiqal. Belum sempat Qistina menegah, Haiqal sudah mencium kedua pipi Qistina.


            Mereka beriringan menuju ke ruang makan di tingkat bawah. Semoga kebahagiaan milik mereka. Isteri yang baik akan sentiasa bersabar dan memaafkan kesilapan suaminya. 

TAMAT


ps : sobs sobs...akhirnya mommy dah lepaskan 'anak kesayangan' mommy ni....dari novel yang panjang berubah menjadi cerpen panjang...selamat bertemu peminat, anakku (HaiqalQIstinaLove)

10 comments:

  1. Best sgtt.. sweet♥

    ReplyDelete
  2. not liking it...senang2 je haiqal tu bt perangai...xwujud kot watak perempuan terima je perangai husband cmtu..

    ReplyDelete
  3. Wow..mcm tue je..x sanggup rasanya kalau haiqal tue buat mcm tue..sedih kowt bagi pihak qistina..terima seadanya..

    ReplyDelete
  4. Best . seriously nangis baca cerpen ni .. Feeling sngt 😂

    ReplyDelete
  5. Qistina baik sgt!!! Smpai relakan je Haiqal kawin ngn Sarah..Dasyat~

    ReplyDelete
  6. Bljr ssuatu dri crta HQ.. sabar adelah kunci sglanya... hbt lah godaan dia knah prktik ni utk hubby yg srius smcm hahahaha

    ReplyDelete
  7. Dia ckp sarah da pergi ingt g mnggal da.. hahahah apepn trbaik lah haa... ska sngt2 amardini msi blm ade end kh? Smbunggg lah crta tu owner blog oiii.. 😁

    ReplyDelete
  8. Cerita dia mcm pelik sebb tkkn la perempuan sesenang nk terima lelaki yg da kiss dgn girl lain siap bole kahwin tetiba anyway cik penulis da ada idea cuma mungkin cerita mcm cepat nk habis so bnyk yg tk diterangkan mcm mana boleh berbaik dgn wife dia alih2 terus setahun lebih n da berbaik tnpa penerangan yg detail n tk ada guide line antara hari tu dn keesokkan so dia mcm confuse jugak la sebb benda ni berlaku at the same day or hari lain. Apa pun cerita dia best sebb saya mmng suka sad story cuma tu je la tk sempat nk feeling habis alih2 da berbaik mcm pelik. Keep it up okay. Take it as positive side.😊

    ReplyDelete
  9. Cerita ini byk tinggal isi penting.. Mcm mna qal bole tahun qis anak datuk... And mcm mn nak qis ble trma kmbali...??

    ReplyDelete