Thursday 12 December 2013

Cerpen : Hello! My Ex


Hello! My Ex...
Cerpen pendek CIA...tiba-tiba dapat idea nak karang HME ni semalam..
HME ni just relax ja...no conflict!

*****

Hai! Eh, Assalamualaikum! Aku, EsTee. Tu nama glamour aku aje. Nama penuh aku, Sara Tihany. Sedap tak nama aku? Kredit kepada ibu dan abah untuk nama yang sangat meletop ni. Oppss! Disebabkan nama aku panjang, kawan-kawan masa sekolah aku dulu panggil aku ST je. Tapi, nak sweet sikit aku tulis kat semua tempat yang aku suka, EsTee. Baru comel gitu. Okay, terlebih puji.



“ Tihany, turun!” Hah, yang suara kuat macam bom tu ibu aku, Puan Umaira. Walaupun suara ibu aku macam bom, ibu aku cantik tau. Kalah Che Ta. Hehe…

“ Kejap, ibu. Nak pakai tudung,” laung Tihany menjawab sahutan ibunya dari biliknya di tingkat atas.

“ Awak ni. Cuba perlahankan sikit suara tu. At least, kurangkan volume dari enam belas kepada sepuluh ke,” Tudia! Abah kita dah bersuara di sebalik surat khabar dia. Hmmp! That’s my father, Encik Akhbar. Abah aku handsome tau. Padanlah dengan ibu aku yang cantik tu. Dan, sudah pastilah menurun kepada anak gadis mereka yang seorang ni kan? Perasan sekejap.

“ Kalau Maira perlahankan volume suara ni, tak dengar pulak anak abang kat atas tu. Kang terlambat pula dia ke tempat kerja. Nanti mengadu pulak kat kita ni yang dia kena marah dengan bos. Ish, malas nak mendengarnya, bang,” Encik Akhbar menjeling isterinya dengan ekor mata.

“ Ikut suka awaklah, puan isteri oi,” Melebar sengihan Puan Umaira. Tuan suami dah malas nak menegakkan benang yang dah tak basahlah tu. Tahu sangat sikap suka mengalah suaminya itu.

“ Abah, ibu…Hany balik lambat sikit eh hari ni. Laila ajak singgah mall kejap. Teman jumpa bakal suami dia,” Tihany melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Encik Akhbar.

Tangan kanan laju mencedok mee goreng kegemaran ke dalam pinggan.

“ Lambat tu pukul berapa?” tanya Encik AKhbar.

“ Emmm, Hany pun tak surelah, abah. Nanti apa-apa hal, Hany call abahlah,” jawab Tihany lalu menyuap mee goreng ke mulut. Sempat juga dia melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Masih awal lagi.

“ Mall yang dekat dengan office Hany ke?” soal Puan Umaira pula. Tihany hanya mengangguk dek kerana mulut penuh dengan mee goreng.

“ Ibu pun nak pergi mall tu jugak petang nanti. Dengan mama Hasni,” beritahu Puan Umaira. Dia menuangkan air milo panas ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Tihany.

“ Mama Hasni? Buat apa, bu?”

“ Nak cari barang hantaran katanya. Dua minggu lagi ada yang nak datang meminang Azra,” jelas Puan Umaira.

“ Kak Azra, bu? Bestlah. Dah jumpa calon,” keluh Tihany. Serentak itu, Encik Akhbar dan Puan Umaira memandang anak gadis mereka. Macam orang berjauh hati pun ada si Tihany ni.

“ Tak nak cari pengganti ke?” Sengaja Encik Akhbar ingin merisik khabar.

Selepas Tihany putus tunang dengan Heykal si mamat sewel tu, dia belum mencari pengganti. Malas katanya. Biar aje jodoh tu datang sendiri. Memang putus harapan betul Cik Sara Tihany kita ni. Orang dah elok-elok sayangkan encik tunang, tetiba pulak terputus. Mahunya tak meroyan minah ni.

“ Dah lambat ni. Hany pergi dululah,” Lagi lama dia disitu, semakin jauh pula ibu dan abahnya melencong. Pening kepala dibuatnya. Sebelum keluar bekerja, sempat dia meminta restu kedua ibu bapanya. Tak ada suami lagi kan? Ada suami nanti, minta restu suamilah.



“ La, future husband kau tu dah sampai ke belum?” soal Tihany kepada Laila yang tengah sibuk bersms itu.

“ Dah. Tengah cari parking,” Okay, nilah Laila atau Nur Baiti Laila. Dialah sahabat baik aku dunia akhirat. Ceyy. Iyalah sangat kan. Memang betul pun. Aku ada dia seorang aje yang sudi jadi kawan setia aku. Yang lain tu ada tapi si Laila ni paling kebaboomlah. Sebab dia baik…sporting…dan yang paling penting dialah satu-satunya sahabat susah dan senang. Melambung aku puji kau, Laila. Tett!

“ Kau nak aku kacau daun ke aku kena pergi tempat lain?”

“ Amboi, kau. Kalau aku berani jumpa dia seorang, tak payah dah aku ajak kau…”

“ Manalah tahu kalau kau nak berduaan dengan dia kan. Nanti encik bakal suami kau tu rasa aku mengganggu pulak,” Tihany tersengih sambil mengangkat kedua keningnya berulang kali.

“ Aku debik kang baru kau tahu. Tak adanya mengganggu. Encik bakal suami aku tu stok ustaz-ustaz kat masjid tau. Mana boleh berdua-duaan. Lagipun, kau kan tahu aku lagilah tak suka,” tukas Laila.

“ Iyalah. Aku faham. Tapi nanti kalau kita terserempak dengan ibu, aku nak pergi menyibuk dengan ibu tau,” maklum Tihany.

“ Suka hati kaulah, Sara Tihany. Janji kau bahagia,” Laila buat muka comel.



“ Assalamualaikum. Sorry lambat,” sapa satu suara. Tihany dan Laila berpaling serentak ke belakang.

“ Waalaikumsalam. Tak lambat sangat pun. Jemput duduk,” jawab Tihany bagi pihak Laila yang tiba-tiba terkunci mulut itu.

Tihany menoleh ke sebelahnya. Memang dia pelik tengok si Laila menggelabah semacam. Selalunya mulut dia kepoh. Tak macam sekarang ni. Takkan segan dengan bakal suami sendiri kot. Tihany menyiku pinggang Laila.

“ Dah order makan ke?” soal Irwan, bakal suami Laila.

“ Belum. Mek ni sibuk nak tunggu abang Irwan dulu,” Laila menjegilkan matanya kepada Tihany. Tahulah sikap si Tihany tu. Buat slumber dia saja.

“ Lah, ye ke. Jomlah order. Hah, sebelum terlupa. Sepupu abang pun ikut sekali tau. Kejap lagi dia sampai…”

“ Sepupu?” soal Laila. Tak tahu pula Irwan akan membawa sepupunya. Bertambah segan dibuatnya nanti.

“ Ha’ah. Sepupu sebelah mama abang. Baiti tak pernah jumpa dia rasanya. Masa tunang hari tu pun dia tak datang,” jawab Irwan sambil membelek buku menu ditangannya.

“ Ye ke? Hmmm, tak apa. Kejap lagi kenallah kan,” kata Laila sambil tersenyum.

“ Tapi jangan berubah hati pulak tau. Sepupu abang tu berganda kacak dia dari abang yang tak seberapa ni…”

“ Takkan punyalah, abang Irwan. Cinta hati dia satu aje,” balas Tihany.

“ Ish, kau ni kan,” Laila ketap bibir. Tihany mengangkat bahunya. Diangkat sedikit buku menu dan membelek satu persatu helaian. Perutnya nak makan apalah kat restoran mewah ni. Semua makanan tak menjamin kekenyangan langsung.

Tihany menyandarkan badannya ke kerusi setelah mereka selesai memesan makanan. Tangannya bermain game di Samsung Note 3 miliknya. Malas mahu menyampuk perbualan merpati sejoli itu. Tambahan pula, Irwan dan Laila sedang membincangkan hal jemputan tetamu pada hari perkahwinan mereka nanti.

“ Wan,” Irwan mendongak. Sampai pun sepupunya itu. Tihany dan Laila saling berpandangan.

“ Eh, Ash. Duduklah. Aku ingat tak jadi datang dah tadi,” kata Irwan.

“ Mana boleh tak datang. Dah janji dengan kau kan,” balas Ashfiq sambil mengambil tempat duduk yang kosong di hadapan Tihany.

“ Ni aku kenalkan, bakal isteri aku…”

“ Laila,” potong Ashfiq.

“ Korang kenal ke?”

“ Apa pulak tak kenalnya. Dia nilah suami tak jadi minah kat sebelah ni hah,” kata Laila hambar.


“ Oh, kaulah si Heykal sewel bin mereng tu ya,” tebak Irwan. Tihany tersengih sinis. Isk, macam manalah boleh terjebak dengan mamat sewel ni. Ibu punya pasallah ni. Nak sangat bermenantukan anak Tan Sri Bazli tu. Siapa lagi kalau bukan Ashfiq Heykal kat depan dia ni.

“ Siapa yang pandai-pandai bagi nama aku macam tu?”

“ Entahlah. Kau tanyalah dua orang budak bertuah depan ni,” Irwan memandang Tihany dan Laila.

“ Memang bertuah. Bertambah tuahnya sebab terjumpa dengan Heykal sewel bin mereng ni,” Ashfiq mengerling Tihany. Bukan dia tak tahu. Pasti itu kerja bekas tunangnya yang menggelarkan dia begitu.

“ Ibu,” Cekap sekali mata Tihany menangkap susuk tubuh ibunya dan ibu saudaranya di luar restoran mewah itu.

“ Tee, ibu kat luarlah. Auntie Hasni ada sekali tu,” Irwan dan Ashfiq turut mengalihkan pandangan mereka ke luar.

Tihany mengeluh kecil. Nak pergi ke tak? Takut pula Puan Umaira ternampak Ashfiq. Tak pasal-pasal si ibu teramah mesra pula dengan menantu tak jadi dia ni. Bukannya nak marah si Ashfiq yang selamba badak air memutuskan pertunangan mereka yang baru sahaja berusia dua bulan itu malah semakin peramah. Hailah…

“ Biarlah,” jawab Tihany acuh tak acuh.

“ Alah, Laila. Dia takutlah tu. Takut auntie Umaira ternampak abang Heykal kat sini…”

“ Hello, buang masa aje nak takut bagai. Macamlah tak boleh jumpa kat rumah,” Tihany menjeling Ashfiq.

“ Okay, stop. Makanan kita dah sampai. Kita makan dulu. Nak bergaduh ke bertumbuk ke…lepas makan,” Irwan meleraikan pergaduhan budak berdua yang tak jadi kahwin tu.

“ Memang nak makan pun,” balas Ashfiq dan Tihany serentak.

“ Korang ni…orang tua-tua cakap jangan bergaduh sangat. Nanti terjatuh cinta, kan susah,” ujar Laila.

“ Huishh, La. Impossible! Aku ni bukan macam stewardess yang selalu berkepit dengan dia tu,” tempelak Tihany. Makan dalam, beb. Tapi, si Ahsfiq tu cool saja. Tak ada pula nak menempelak balik kata-kata bekas tunangnya itu.

“ Cakap pasal stewardess ni. Ash, kau punya girlfriend tu mana? Dah lama aku tak nampak kau dengan dia? No heart feeling, kay…”

“ Entah. Malas ambil tahu. Dok mengurat kapten burung gergasi agaknya,” jawab Ashfiq malas. Kecewalah tu. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Seleranya langsung tidak terganggu mendengar isu stewardess yang dipujanya dulu disentuh. Memang salahnya juga yang terkejar-kejar cinta seorang perempuan yang memang tidak puas dengan seorang lelaki itu. Akhirnya, dia yang makan hati.

“ Abang Heykal…EsTee. Cuba korang dengar lagu yang dok terpasang ni…”

“ Hello, my ex.”

“ Kau tahu lagu ni, Tee?”

“ Abah tersayang terpasang terlalu kuat…semalam,” Irwan dan Laila sudah tergelak sakan. Si Laila yang segan dengan Irwan tadi pun dah tak mampu nak jadi penyegan lagi dah.

“ Pandai abah kau, Tee. Minat juga uncle Akhbar dengar lagu Korea ni,” Tihany mengeluh. Dah berapa kali mengeluh pun tak tahu.

“ Okie punya pasallah tu. Habis abah dengan ibu dia suruh tengok kpop,” jelas Tihany.

“ Bagus betul adik kau, Tee. Jangan dia ajar dia orang menari sudah…”

“ Nauzubillah. Rosak,” Tihany menggelengkan kepalanya perlahan.

“ Dah habis makan. Siapa bayar?” Ashfiq meletakkan sudu dan garfu. Habis satu pinggan Spaghetti Bolognese ditelannya.

“ Lajunya kau makan, Ash. Nak pergi mana?”

“ Aku nak balik dululah. Malam ni ada date dengan geng bikers pulak,” jawab Ashfiq.

“ Iyalah. Kau pergilah balik. Aku belanja hari ni,” Ashfiq tersengih panjang. Jimat duit dia hari ni.

“ Okay. Nanti apa-apa hal nak aku tolong, roger aje. Anytime,” pesan Ashfiq kepada Irwan. Rapat juga hubungan mereka.

“ Iya…”

“ Laila, kirim salam kat kawan kau yang senget tu eh. And tolong kirim salam sayang juga dekat bekas tunang aku, Sara,” Laila mengulas senyuman. Dalam hatinya, kau faham-faham sendirilah Tee.

Ashfiq berlalu keluar dari restoran. Tihany hanya menghantar dengan hujung mata sahaja.

Korang, itulah Ashfiq Heykal. Dia tu bekas tunang aku. Handsome tak? Eh, korang mana tahu kan. Tak nampak pun. Semua yang tengok dia cakap handsome. So, hansomelah kot. Badan dia sasa tau plus tinggi. Gara-gara si stewardess tak cukup kain tu, dia putuskan pertunangan kita orang. Sadis!

Jawapan dia ringkas dan padat apabila semua orang menyoal kenapa dia nak putuskan pertunangan.

“ Sara bukan jodoh Ash.”


Beberapa hari selepas itu…


Tihany termenung di buaian kayu jati di ruang rehat rumah keluarganya. Kepalanya serabut memikirkan permintaan ibu dan abahnya. Cukuplah dia kecewa dulu. Memanglah mulut cakap tak sayang. Tapi, dalam hati lain rasanya.

“ Tan Sri Bazli jumpa abah tadi. Dia ada hajat,” Encik Akhbar bermukadimah.

“ Hajat apa lagi, abah?”

“ Heykal minta sambung balik,” Tak terkata apa Tihany yang sedang menonton telemovie di kaca tv itu.

“ Ibu pun sokong sangat kalau Hany terima Heykal balik. Dia dah menyesal sebab putuskan pertunangan kamu berdua dulu…”

“ Kalau boleh kali ni Heykal nak kamu berdua kahwin terus. Dah tak payah tangguh-tangguhkan lagi,” sambung Encik Akhbar.

Masih terngiang di kepalanya perbualan mereka tadi. Tipulah jika dia tak sayangkan Ashfiq Heykal. Tapi buat masa ini, hatinya susah nak terima bekas tunangnya kembali. Tambahan pula, dia dan Ashfiq bukannya rapat sangat sebab mereka kenal pun waktu tunang dulu.

Dalam tempoh bertunang pun tak sempat nak jumpa selalu. Semuanya kerana si Ashfiq tu sibuk dengan kerja dia. Bakal menggantikan tempat Tan Sri Bazlilah katakan. Ketika itu pula, Ashfiq sering berulang alik dari Malaysia ke London menguruskan projek. Disebabkan itulah kot dia terpikat dengan stewardess kat KLIA tu.

Buntu Tihany memikirkan penyelesaiannya. Cuma dua jawapan sahaja yang ditunggu keluarga Ashfiq darinya. Sama ada terima atau tidak. Disebabkan cuma ada dua pilihan sajalah, dia bingung. Kalau dia terima, umpama dia memberi peluang kepada Ashfiq untuk kecewakan dia lagi. Jika tidak, maksudnya…aduh. Sakit jiwa!



Keesokannya, Ashfiq meminta izin dari Encik Akhbar untuk berjumpa dengan Tihany. Mereka hanya dibenarkan berjumpa di luar rumah sahaja. Itu pun ada Okie, adik Tihany menemani mereka.

“ Ada apa awak nak jumpa saya ni?” tanya Tihany terus.

“ Tak penting sangat pun sebenarnya. Cuma saya nak tahu aje, apa jawapan awak? Saya tahu, mesti uncle and auntie dah jelaskan pada awak,” Ashfiq bersandar di kereta Toyota Camry putih miliknya. Tihany pula berdiri tidak jauh darinya.

“ Jawapan? Apa jawapan yang awak nak?”

“ Sara, please. Answer me first,” mohon Ashfiq.

“ Saya cuma ada dua jawapan. Sama ada ya atau tidak. Semalaman saya berfikir mana satu yang saya perlukan. Dan sekarang hanya satu jawapan aje dalam minda saya,” balas Tihany bersahaja.

“ Sebelum saya dengar jawapan awak, boleh awak kabulkan satu permintaan saya?”

“ What?”

Ashfiq berlalu ke bonet keretanya. Dia mengambil sesuatu. Membulat mata Tihany tatkala melihat Ashfiq memegang kayu besbol di tangannya. Kenapa pulak dah dengan mamat sewel ni?

“ Ambil kayu besbol ni. Pecahkan cermin kereta saya,” pinta Ashfiq sambil menghulurkan kayu besbol itu kepada Tihany.

“ Atas alasan?”

“ Kecewakan awak dulu,” Tihany ketawa kecil.

“ Saya akan kabulkan permintaan awak. Tapi bukan pada kereta kesayangan awak ni,” Ashfiq mengangkat keningnya.

“ Habis…kat mana? Badan saya?” Tihany menggeleng.

“ Motorbike awak…”

“ What?! No way,” suara Ashfiq sedikit tinggi. Gila kau nak hancurkan motorbike kesayangan dia. Kekasih sejati dia tu. Mana boleh!

“ Then, the answer is NO. Muktamad,” Ashfiq sudah menggelabah. Dia sayangkan kedua-duanya.

“ Sara, pleaselah. Motorbike tu harta kesayangan saya. Takkan ada pengganti…”

“ Okay. Suka hati awaklah. Kalau motorbike awak tu tak ada pengganti, maksudnya awak akan ada pengganti sayalah kan. You have the answer, Ashfiq Heykal. It’s up to you,” Tihany mula membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah.

Okie yang terdengar perbualan Tihany dan Ashfiq terkaku. Takkan macam tu saja drama sebabak ni? Ciss, kurang asam punya Okie. Ingatkan dia ada menyokong salah seorang dari mereka berdua.

“ Sara,” panggil Ashfiq. Tihany tidak jadi melangkah. Dia memandang wajah keruh Ashfiq.

“ I’m waiting,” gumam Tihany apabila Ashfiq mendiamkan diri.

“ Esok saya bawa motorbike saya ke sini. Awak kerjakanlah dia sesuka hati awak…”

“ Awak tak kisah?” Ashfiq menggeleng perlahan.

“ Abang Heykal, kak Hany bergurau ajelah,” Ashfiq menghalakan pandangannya ke kanan.

“ Apa maksud Okie?”

“ Kak Hany saja nak kenakan abang Heykal aje. Tadi ibu dah bagitahu parent abang Heykal jawapan kak Hany,” jelas Okie. Tihany tersenyum.

“ Apa ni, Sara?”

“ Sorry. Simpanlah balik kayu besbol awak tu. Saya tak pernah lagi diajar untuk rosakkan harta benda orang,” balas Tihany. Ashfiq menarik nafas lega. Lega kerana motorbike berkuasa tinggi kesayangannya tidak jadi untuk dijadikan korban.

“ Kenapa awak terima saya balik?” soal Ashfiq ingin tahu.

“ Mana awak tahu saya terima awak? Saya atau Okie tak ada sebut pun pasal jawapan saya…”

“ Cukuplah dengan senyuman awak, Sara. Itu pun saya dah tahu jawapan awak,” balas Ashfiq.

“ Okay. Saya terima awak mungkin sebab kita berjodoh,” Ashfiq tersenyum. Alasan sebaliknya yang diberikan ketika gadis itu bertanyakan perihal dia ingin memutuskan pertunangan mereka.


Dua tahun kemudian…


Vroom! Vroom! Vroom!

“ Abang, Aulia tengah tidurlah,” Tihany menampar lembut bahu suaminya.

“ Alah, dah tiga jam dia tidur. Abang bunyikanlah alarm dia,” balas Ashfiq selamba.

“ Pandailah abang ni. Tinggallah kejap motor abang tu. Sara dah siapkan minum petang,” Tihany berlalu ke gazebo yang dijadikan ruang berehat di rumah banglo dua tingkat yang dibeli Ashfiq di awal perkahwinan mereka dulu.

Ashfiq mematikan enjin motorbikenya dan turut berlalu ke gazebo. Setelah dia berkahwin dengan Tihany, dia nekad untuk tinggalkan dunia motor berkuasa tinggi yang sudah menjadi minatnya sejak kecil itu. Hanya semata mata kerana Sara Tihany, isteri tersayang yang dulu pernah ditinggalkannya dek kerana wanita lain.

“ Jom abang bawa Sara naik motorbike abang tu round taman nak?”

“ Ish, abang tahukan Sara tak suka. Lagi pun bahaya,” tolak Tihany. Dek kerana terlalu banyak laporan akhbar yang selalu membuat liputan tentang motor berkuasa tinggi sering terlibat dalam kecelakaan, dia jadi trauma.

“ Sayang, naik kereta , motor kapcai , kapal terbang , kereta api…semuanya bahaya,” tukas Ashfiq.

“ Tak kisahlah. Yang Sara tahu Sara tak suka hobby abang tu. Please,” Ada nada sedih pada suara Tihany. Sebak sebenarnya apabila memikirkan jika si suami yang terlibat dalam kemalangan ketika membawa motorbike besar itu. Nauzubillah.

“ Okay…okay. Tak payahlah buat muka sebak macam ni. Abang janji, abang tengok aje motor tu hari-hari. Tak payah menunggang pun tak apalah, sayang,” Ashfiq membawa Tihany ke dalam pelukannya.

“ Sara seriuslah,” Dipukulnya dada Ashfiq.

“ Abang seriuslah ni. Nanti abang simpan dalam stor ya. Dua puluh tahun lagi bolehlah tunjuk dekat anak-anak kita. Nilah harta papa yang mama paling benci,” Tihany tergelak kecil. Ashfiq melepaskan pelukannya.

“ Eleh, iya-iya aje abang ni. Aulia baru nak masuk tiga bulan…”

“ Iya jugak kan. Tak apalah. Itu perancangan masa depan. Takkan nak Aulia seorang aje. Kenalah bagi dia kawan-kawan juga kan,” Ashfiq menayangkan muka gatal.

“ Kawan-kawan ya abang? Kat taman ni pun ramai rasanya,” Tihany sengaja mengenakan suaminya.

“ Malas layan sayang. Makan donut ni lagi bagus. Kenyang pun kenyang…”

“ Abang, esok jangan lupa tau. Kita pergi rumah abang Irwan. Sara nak jumpa Laila,” Tak lupa punyalah sahabat sehidup semati dia tu.

“ Iya, ingat. Mana boleh lupa,” balas Ashfiq sambil mengunyah donut hasil tangan isterinya.

Ashfiq dan Tihany berkahwin sebulan lebih awal daripada Irwan dan Laila. Semuanya gara-gara si Ashfiq takut Tihany berubah hati. Dan dia juga takut nanti lebih banyak dugaan pula yang datang. Manalah tahu jika tiba-tiba stewardess lain pulak yang muncul.



“ Jemput masuk, Ash , EsTee. Laila ada kat dalam,” Irwan menjemput tetamunya masuk. Tihany terus menerpa ke ruang rehat yang menempatkan Laila.

“ Semakin sihat kau, Wan. Isteri tengah pantang pun kau bedal semua makanan ke?”

“ Aku tak macam kau, Ash. Tak sanggup aku nak berpantang sekali. Perut aku tak tahan, bro,” Ashfiq ketawa kecil.

“ Sihat, La?”

“ Macam nilah, Tee. Asyik duduk and baring aje. Mak aku ada kat atas. Solat,” jawab Laila.

“ Mak Teh tak datang jaga kau ke?”

“ Baru aje balik tadi. Esok dia datang balik. Mana Aulia? Tak bawak sekali ke?”

“ Ada kat papa dia,” jawab Tihany. Jarinya mengusap pipi anak lelaki Irwan dan Laila.

“ Hah, panjang umur dia,” Ashfiq memberikan Aulia kepada Tihany.

“ Dah ada nama ke?” soal Ashfiq.

“ Tak ada lagi. Tapi bini aku ni kalau boleh nak namakan baby kami ala-ala nama anak korang jugak,” Laila mengangguk. Memang itu hajatnya jika dia mempunyai anak satu hari nanti.

“ Eheh, nasib baik anak lelaki. Kalau perempuan, memang kau nak namakan dia Aulia jugaklah kan, La?” Laila tersengih.

“ Nak buat macam mana. Dah memang aku suka sangat ikut kau, Tee. Nama anak kau Hanim Aulia, kan? Emm, Haniff Alif? Abang?”

“ Macam best aje. Maksud dia pun elok jugak,” setuju Irwan.

“ Wan, esok pergi daftar terus,” saran Ashfiq.

“ Memang kena pun. Dah tua-tua ni, takut lupa,” seloroh Irwan. Mana ada tua sangat. Ashfiq dan Irwan sebaya, baru dua puluh lapan tahun. Tihany dan Laila pula muda tiga tahun dari mereka, dua puluh lima tahun.

“ Elok sangatlah tu. Kalaulah aku tak putus tunang dulu, mesti sekarang ni aku dok fikir nama anak kedua aku kan…”

“ Anak kedua dengan siapa, abang?”

“ Entahlah. Dengan siapa ya?”

“ Kau ni bikin panas betullah, Ash. Nanti jangankan anak kedua, ketiga keempat pun tak ada,” Irwan dan Ashfiq ketawa serentak. Bergabung tenaga budak berdua tu, mau tak nangis pula si Aulia dan Alif tu. Nasib koranglah dapat bapak macam ni.

TAMAT

No comments:

Post a Comment