Friday 13 December 2013

Cerpen : Haiqal QIstina 4

entah kenapa...CIA rasa macam meremang bulu roma bila baca balik cerpen ni...
seriously talk! tapi...harap semua okay-okay ajalah dengan HQ..
fikir apalah CIA ni..??!



Qal, dah pukul dua belas tengah malam ni. Mama nak kamu cari Qis,” arah Tengku Amina. Risau pula apabila menantu kasayangannya belum pulang lagi.

Ha'ah, Qal. Dah lewat ni. Dia tak bagitahu kamu ke dia nak ke mana?” soal Tengku Adzha kepada Haiqal yang hanya diam sahaja dari tadi. Kerana dia, Qistina tidak pulang lagi.

Qal dah cari tadi, mama, papa. Kejap lagi baliklah tu,” kata Haiqal cuba menyedapkan hati kedua orang tuanya. Menyedapkan hatinya juga.

Belum sempat Tengku Adzha membalas, kedengaran pintu utama dibuka. Muncul Qistina di muka pintu.

Balik pun kamu. Qis pergi mana, sayang?” tanya Tengku Amina tanpa lengah. Dia menghampiri menantu kesayangannya itu.

Maafkan Qis. Qis pergi jumpa kawan sekejap. Tak sangka pula sampai lewat macam ni,” balas Qistina. Dia menyembunyikan nada suaranya yang seakan sebak

Sudahlah tu. Qal, bawa Qis naik atas. Mesti dah penat tu,” suruh Tengku Adzha. Dia perasan akan kemuraman wajah Qistina. Tidak ceria seperti selalu. Haiqal menarik tangan Qistina lembut. Nasib baik Qistina tidak menepis. Kalau tidak, pasti papa dan mamanya tahu akan masalah mereka.

Qistina menarik tangannya daripada genggaman Haiqal sebaik mereka tiba di bilik. Dia meletakkan handbagnya dan berlalu ke almari. Qistina mengambil pakaiannya dan mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Haiqal hanya memandang Qistina dengan perasaan bersalah. Dia melabuhkan punggungnya di sofa dan memasang televisyen.

Maafkan Qis sebab tak minta izin abang nak keluar tadi,” kata Qistina setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat isya'. Dia duduk di sebelah Haiqal.

Marah abang lagi?” soal Haiqal sambil menoleh ke arah Qistina disebelahnya.

Sikit. Abang memang sayangkan Sarah?” soal Qistina lembut.

“ Tipulah kalau abang cakap abang tak sayangkan Sarah. I’m deadly love her. Sejak dia muncul dalam family abang lagi,” jawab Haiqal jujur. Qistina memandang Haiqal. Mata Haiqal tak pernah menipu.

“ Sorry. Tapi agak-agaklah nak berasmaradana dekat office pun,” balas Qistina. Dia menarik lengan Haiqal dan melentokkan kepalanya di paha Haiqal. Terasa ingin bermanja pula. Dipeluknya lengan sasa itu seperti tidak mahu melepaskannya.

“ Sarah tiba-tiba datang office. Dia cakap dia dah tak sanggup nak lupakan abang. Dia merayu nak abang kahwin dengan dia,” jelas Haiqal.

“ Baru ajak nak kahwin. Belum kahwin lagi, abang. Lepas kahwin nanti, buatlah apa nak buat pun. Dah halal. Tapi sekarangkan tak halal lagi,” tukas Qistina. Geram pula dia dengan perangai suaminya ini. Nak kata Haiqal kasanova, Haiqal bukanlah melayan semua perempuan.

“ Abang pun tak tahu macam mana boleh terlanjur macam tu,” keluh Haiqal. Dia juga turut menyesal dengan hal di pejabat tadi. Tidak sepatutnya dia melayan godaan Sarah.

Erk? Abang setuju ke nak kahwin dengan Sarah?” soal Qistina. Dia mendongak ke atas mencari wajah kacak Haiqal. Haiqal memandang Qistina yang turut memandangnya.

“ Kalau awak izinkan, apa salahnya,” jawab Haiqal selamba. Matanya kembali dihalakan ke kaca televisyen. Qistina mencubit perut Haiqal. “ Auchh, sakitlah,” aduh Haiqal. Qistina menggosok perut Haiqal yang dicubitnya tadi.

“ Gatal. Pergilah kahwin. You kan deadly in love with her,” balas Qistina hambar. Haiqal tersenyum.

“ Betul ni. Alhamdulillah. Dapat juga kahwin dengan Sarah. Tolong ambil handphone abang kat atas meja kerja tu kejap,” ucap Haiqal dan menyuruh Qistina mengambil handphonenya. Qistina mendengus lalu bangun mengambil handphone Haiqal dan diserahkan kepada Haiqal.

“ Nak call siapa tengah-tengah malam ni?” soal Qistina sambil kembali melentokkan kepalanya di riba Haiqal. Haiqal mencari nama Sarah dalam list Contacts.

“ Hello. Assalamualaikum,” Haiqal memberi salam apabila panggilannya dijawab.

“ Waalaikumsalam. Apehal call aku tengah-tengah malam ni?” jawab Sarah dingin.

“ Kau dah tidur ke?” soal Haiqal. Dia tidak menjawab soalan Sarah. Qistina memandang suaminya pelik.

“ Belum. Aku baru nak tidur, kau call aku,” Sarah menguap kecil.

“ Aku sebenarnya nak minta maaf. Aku rasa aku tak bolehlah nak terima tawaran kau tu,” ujar Haiqal. Matanya memandang Qistina yang sedang mengerutkan dahinya.

“ Kenapa? Qistina tak bagi kau kahwin dengan aku?” tanya Sarah. Nadanya agak tegas.

“ Bukan. Aku yang tak nak…” Sarah mendengus.

“ Kau dah jatuh hati kat isteri kau ke?”

“ Yupp. Tapi aku tak pasti lagi. I think I should try to love her…”

“ Whatever. Tapi aku akan tunggu kau sampai kau boleh terima aku. Tak kiralah berapa lama,” kata Sarah tegas. Dia tak sanggup lagi nak berpisah dengan Haiqal.

“ Kita kan bestfriend. Anytime kau nak berbual dengan aku, kau call je aku…”

“ Apa-apalah. Dahlah, aku nak tidur,” Sarah memutuskan talian. Haiqal mengeluh.

“ Abang,” panggil Qistina.

“ Apa?” Haiqal menjawab acuh tak acuh. Dia marah dengan sikap Sarah yang langsung tidak memahaminya. Baginya sahabat baiknya itu telah berubah. Sahabat yang sentiasa memahaminya sudah hilang.

“ Ish. Marah kat orang lain, Qis yang kena. Baik minta maaf cepat. Kalau tak, abang tidur seorang,” gertak Qistina.

“ Boleh tak awak tolong diam sekejap. Tension tahu tak,” marah Haiqal tanpa sedar. Terkejut Qistina. Dia bangun dari riba Haiqal dan bersila di sebelah Haiqal. Dah kenapa aku pulak yang kena marah, getus Qistina. Qistina mengerling suaminya di sisi. Tak nak pujuk ke, desis Qistina. Dia mengembungkan pipinya. Dicucuknya pipi dengan kedua jari telunjuknya. Haiqal mengeluh lagi.

“ Boringlah abang ni. Nak tidur. Goodnight,” Qistina mencium pipi kanan Haiqal dan berlalu ke katil. Haiqal menutup televisyen yang terpasang. Dia berbaring di sebelah kanan Qistina. Dia menarik Qistina ke dalam pelukannya.

“ Sorry,” ucap Haiqal. Qistina mencebik.

“ Sorry makan kari,” balas Qistina tanpa nada.

“ Sorrylah. Tadi abang call Sarah nak tolak ajakan dia nak kahwin dengan abang. Tapi dia tak terima. Dia nak tunggu abang juga,” jelas Haiqal lembut.

“ So, that’s why abang marah-marah ni? Relaxlah, abang. Lama-lama nanti dia okaylah tu,” Qistina bermain dengan rambut Haiqal.

“ I hope so,” tangan Haiqal pula mengusap pipi Qistina. Mereka bertatapan seketika. Qistina menelan air liur melihat senyuman menggoda Haiqal.

“ Sayang juga abang kat Qis, eh. Sanggup tolak lamaran cinta hati abang tu,” kata Qistina ingin menutup gugupnya.

“ Awak yang buat abang macam ni. So, abang rasa abang patut denda Qis malam ni,” balas Haiqal dengan nada romantik. Qistina pucat.

“ Denda? Apa?” soal Qistina. Berpura-pura tidak memahami maksud suaminya. Haiqal tersenyum. Dia mula mengucup dahi Qistina. Qistina kaget. Bibir Haiqal sudah berada di setiap pelusuk wajahnya. Dan akhirnya bibir Haiqal memagut bibir Qistina. Tangan Haiqal pula meliar di leher Qistina. Malam itu Haiqal pasti hatinya sudah terpaut dengan sikap manja yang sentiasa ditunjukkan oleh Qistina.


“ Thanks. Awak dah dapat pahala sebab layan abang,” ucap Haiqal. Qistina tersenyum malu. Malu ke? Macam senyum gatal saja.

“ Dah tanggungjawab Qis. Terima kasih juga sebab abang dah berubah,” Qistina mencium pipi Haiqal.

Abang berubah sebab Qistina yang abang kenal yang ubah abang. Qis selalu peluk abang, berani cium pipi abang, cium bibir abang. Walaupun abang marah and tengking isteri abang ni tapi dia still nak bermanja dengan abang. Kalau perempuan lain, mesti dah lama abang kena tinggal,” Haiqal mencuit hidung isterinya. Qistina tersenyum.

Umi yang ajar Qis semua tu,” ujar Qistina.

Umi ajar? Gila sporting…”

Abang tahu tak, Qis tak pernah pun sehari tak call umi. Setiap hari Qis wajib kena bercakap dengan umi. No matter what,” beritahu Qistina.

Kenapa?” soal Haiqal. Malam ini, dia perlu tahu akan kehidupan isterinya.

Sebab umi keseorangan. Walaupun babah selalu teman umi, Qis tahu umi selalu sedih. Sejak setahun yang lepas…Qis the only one she had,” cerita Qistina.

You the only one she had? What do you mean by saying sejak setahun lepas?"

Umi and babah cuma ada dua orang anak, me and arwah abang, Asyraf. Setahun yang lepas, Qis and arwah abang Asyraf kemalangan. Qis seorang aje terselamat. Arwah abang Asyraf meninggal kat tempat kejadian. So, sejak tu umi cuma ada Qis. Sejak tu umi dah tak boleh berenggang langsung dengan Qis,” jelas Qistina panjang.

Tapi sekarang Qis dah kahwin. Dah tak boleh teman umi,” Haiqal membelai rambut Qistina. Memberikan semangat.

Nenek salahkan Qis sebab Qis seorang yang terselamat. Arwah abang cucu kesayangan nenek so memang susah nenek nak terima arwah abang dah tak ada. Sebab tulah Qis kena halau and…Qis jumpa papa, mama, abang and Ara.”

Boleh pula salahkan Qis. Tak patut,” kata Haiqal. Qistina tersenyum nipis.

Tak patut, kan. Tak apa. Qis tak salahkan nenek pun. Terima kasih lagi ada…”

Kenapa pulak?” tanya Haiqal.

Sebab nenek halaulah Qis terjumpa dengan karung emas,” jawab Qistina sambil tersenyum sinis.

Karung emas?” Haiqal memandang Qistina inginkan penjelasan.

Ya. Family abang kan kaya. Gilalah kalau Qis tak suka semua ni,” balas Qistina dengan bersemangat. Dia cuba menduga Haiqal.

So, Qis suka tinggal kat sini sebab kami semua kaya? Keturunan diraja? Macam tu?” keras suara Haiqal tika ini.

Yupp. Tapi Qis lebih suka orangnya. Papa and mama baik. Ara pun baik. Abang aje yang jahat. Asyik kita je yang goda dia. Dia tak tergoda pun. Dugaan betul,” gurau Qistina. Haiqal tersenyum kembali. Pandai isterinya bergurau. Cuak juga tadi kalau Qistina hanya menyukai harta keluarganya sahaja.

That's the old me. Sekarang tak nak goda abang ke?" Haiqal mengeratkan pelukannya. Haiqal mengukir senyuman nakal.

“ Sekarang? Dah masuk waktu subuhlah,” jawab Qistina sambil menampar perut suaminya.

“ Ish, awal lagi ni," usik Haiqal.

“ Abang ni. Dahlah, Qis nak mandi,” Qistina menolak lembut badan Haiqal yang sedang memeluknya. Haiqal mengetatkan lagi pelukannya.

“ Ala, kejaplah. Nanti kita mandi sama-sama,” kata Haiqal. Qistina mencebik. Haiqal mencubit pipi Qistina yang agak tembam itu. Entah sejak bila pipi Qistina menjadi tembam. Sebelum ini, okay saja.

Adoi. Tahulah pipi kita ni dah bambam. Janganlah cubit. Sakit tahu tak,” gumam Qistina sambil menggosok pipinya.

Orang cubit sikit aje pun. Tak lebam pun pipi awak tu,” balas Haiqal bersahaja. Tergelak dia dengan gelagat comel isterinya itu.

“ Abang,” panggil Qistina.

“ Hmmm,” Haiqal mengusap rambut Qistina.

“ Tak nak pergi kerja boleh tak? Penatlah,” adu Qistina manja. Haiqal mengangkat keningnya.

Amboi, baru layan abang semalam, dah penat? Ask your father in law,” jawab Haiqal sambil mengusik.

Alah, lecehlah abang ni. Nak minta cuti dekat abang juga. Please,” pujuk Qistina. Haiqal sengaja memekakkan telinganya. Dia ingin menguji isterinya itu.

Abang, bolehlah,” pujuk Qistina  lagi dengan suara yang menggoda. Dia mengucup bibir Haiqal. Haiqal masih tidak melayan pujukan Qistina. Dikeraskan hatinya.

“ Tengku Adam Haiqal! Tak nak kawanlah macam ni,” Qistina menampar dada bidang Haiqal. Merajuk. Minta cuti sehari pun susah. Bukannya minta cuti seminggu ke sebulan ke, desis Qistina. Geram. Haiqal menjeling isterinya. Dia tersenyum sedikit. Seronok juga mengenakan Qistina.

“ Tak nak cuti ke?” Haiqal bertanya. Qistina tidak membalas. Haiqal mencuit sedikit pipi Qistina. Qistina menepis.

“ Takkan nak usik sikit pun dah merajuk. Tak bestlah macam ni,” Haiqal cuba memujuk Qistina. Qistina tidak mengendahkan pujukan Haiqal.



“ Qistina, kenapa monyok ni? Tak sihat ke?” soal Tengku Amina kepada Qistina.

“ Tak adalah mama. Qis okay,” Qistina cuba mengukir senyuman walaupun sedikit. Dia turun membantu Mak Mah dan Tengku Amina menyediakan sarapan pagi selepas solat subuh tadi. Malas bertembung dengan Haiqal.

“ Morning mama,” sapa Haiqal. Dia duduk di kerusi meja makan.

“ Morning. Kenapa dengan Qis tu? Monyok aje mama tengok. Macam orang dah berisi pun ada…”

“ Monyok? Berisi? Means?” soal Haiqal sambil mengangkat kedua keningnya. Qistina muncul dari dapur dengan sejug air milo susu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah suaminya. Dia menuang air ke dalam cawan dan diserahkan kepada Haiqal.

“ Qis, mama rasa kamu kena pergi klinik ni,” cadang Tengku Amina. Soalan Haiqal dibiarkan tidak berjawab.

“ Klinik? Buat apa, ma. Qis sihatlah,” balas Qistina. Gara-gara merajuk dengan Haiqal awal pagi tadi, dia monyok macam ni.

“ Ni monyok sebab merajuk dengan Qallah, mama. Qal tak bagi dia cuti hari ni,” kata Haiqal sambil mengunyah roti bakar. Qistina menjeling Haiqal sekilas.

“ Lah, yang kamu tak bagi dia cuti kenapa?” tanya Tengku Amina senada.

“ Saja nak usik aje pun…”

Qistina mencebik. Agak-agaklah nak mengusik pun, getus Qistina.

“ Bertuah punya anak. Like father like son. Dulu papa kamu macam ni lah. Mengusik tak kena tempat,” bebel Tengku Amina. Haiqal tersengih. Dia memandang si isteri di sebelah kirinya. Tengku Amina sudah berlalu ke taman mini untuk memangil Tengku Adzha bersarapan.

“ Tak payah pergi kerjalah. Abang bagi cuti. Duduk rumah, eh,” ujar Haiqal. Qistina mengunyah roti. Tidak menghiraukan kata-kata suaminya.

“ Sayang, dengar tak abang cakap apa ni?” Qistina memusingkan kepalanya memandang Haiqal. Encik suami panggil aku sayanglah, getus Qistina. Haiqal tersenyum. Strategi mengenai mangsa.

“ Orang dah siap pun. Malas dah nak tukar balik,” balas Qistina senada. Dia sebenarnya ingin bermanja dengan Haiqal. Ingin memeluk insan bergelar suami kepada Qistina Darina itu. Dia pun pelik. Sejak dua tiga hari ini, dia ingin selalu berada di samping Haiqal. Kalau boleh dia tak mahu berenggang langsung dengan Haiqal.

“ Alah, sayang ni. Abang gurau aje tadi. Awak nak cuti selamanya pun abang bagi. Tak ada bantahan. Dahlah tu. Tak naklah merajuk lama-lama,” pujuk Haiqal.

“ Kali ni Qis lepaskan. Lain kali buat lagi, Qis lari balik rumah umi,” balas Qistina. Siap ugut Haiqal lagi. Haiqal tersenyum puas. Senang sahaja rupanya nak memujuk isterinya ini.

“ Okay. I'm promise,” janji Haiqal. Qistina memegang lengan Haiqal kejap.

“ Abang pun tak payahlah pergi kerja. Teman Qis,” kata Qistina lembut. Disandarkan kepalanya yang pening itu di bahu Haiqal. Tiba-tiba sahaja dia ingin bermanja.

“ Dah kenapa pulak ni? Kalau abang tak kerja, siapa nak buat kerja bertimbun dekat pejabat tu, sayang oi?” Haiqal mengusap lembut kepalanya isterinya yang terlentok di bahunya itu.

“ You're the boss, abang. Buat apa ambil pekerja kalau tak buat kerja?” Qistina bermain dengan jari Haiqal. Cantik jari suaminya itu. Pandai jaga. Sempat lagi dia memuji Haiqal.

“ Amboi, sedapnya cakap. Mana boleh macam tu. Tak baik tau,” balas Haiqal. Belum sempat Qistina membalas, Tengku Adzha dan Tengku Amina tiba di meja makan. Qistina membiarkan sahaja kepalanya di bahu Haiqal.

“ Qal, I think you should take your wife to clinic. Mama found something not right, here,” saran Tengku Amina.

“ Mama ni. Dari tadi asyik suruh pergi klinik je. Ada apanya?” soal Haiqal ingin tahu.

“ Mama rasa Qis pregnantlah,” teka Tengku Amina. Membulat mata Haiqal dan Qistina. Tengku Adzha hanya tersengih. Dia juga sudah menjangkakan hal itu.

“ Pregnant?” Serentak Haiqal dan Qistina bersuara. Qistina sudah mengangkat kepalanya dari bahu Haiqal. Gilalah. Takkan diri sendiri pregnant pun tak tahu, desis Haiqal. Dia memandang isterinya.

“ Tak kot, ma,” Qistina cuba menidakkan andaian ibu mertuanya itu.

“ Yelah. Mama tengok dua tiga hari ni kamu asyik nak berkepit aje dengan Haiqal. Nak bermanja. Dulu masa mama mengandungkan Haiqal, macam nilah gayanya. Sikit pun tak nak berenggang dengan papa,” kata Tengku Amina.

“ Memang Qis selalu macam nilah, mama. Hari-hari nak bermanja aje kerjanya,” balas Haiqal. Qistina mencubit lengan Haiqal. Malu.

“ No! Mama tetap rasa yang Qis ni pregnant. Kalau Qal tak nak bawa Qis pergi check, biar mama aje yang bawa,” tawar Tengku Amina. Dia pula terlebih teruja. Mana tak teruja. Cucu sulunglah katakan. Di dalam hatinya berdoa agar betul telahan yang dibuatnya.

“ Tak apalah, ma. Qal bawa. Jom, sayang. Papa, hari ni kami tak masuk kerja tak apa, kan?” Haiqal memandang papanya.

“ Ish, uruskan dulu hal kamu tu. Hal kerja nanti papa pesan dekat Halim tolong tengokkan,” balas Tengku Adzha.

“ Ma, pa, kami pergi dulu,” Haiqal memohon diri.


bersambung...

No comments:

Post a Comment