Friday 27 December 2013

e-novel : Pearl Episode 1 - Part 2

Lima tahun yang lalu…

“ Berita terkini. Seorang ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Lutfi mendakwa dirinya sering diugut oleh individu yang hanya dikenali sebagai Pearl. Setelah tidah tahan dengan semua ugutan terhadapnya, pemilik Eclipes Holdings itu telah melaporkan kepada pihak polis mengenai ugutan yang diterimanya. Dan, pihak polis sedang menjalankan penyiasatan mereka. Ketua polis negara menyarankan sesiapa yang mengenali Tan Sri Lutfi memberi kerjasama. Kita beralih pula ke berita luar negara…”

Siaran televisyen yang sedang terpasang, ditutup.

“ Kau memang cari nahas, Lutfi. Kau memang tak sayangkan keluarga kau kan,” Pearl menumbuk meja dengan kuat. Sakit yang menular di tangannya tidak dihiraukan.

“ Bos, kita nak buat apa sekarang?” tanya Opie, orang kanan Pearl.

“ Nak buat lagi? Aku nak kau bawa Loni dan John pergi rumah jantan tak guna tu,” arah Pearl tegas.

“ Tapi, bos…”

“ Apa?!” jerkah Pearl. Bingit juga telinga Opie mendengar suara nyaring Pearl itu.

“ Bos, rumah jantan tu mesti penuh de…dengan polis punya. Bahaya, bos,” balas Opie, takut-takut.

“ Aku bukan nak kau pergi masuk rumah jantan tu, bodoh. Aku nak korang tengok, apa yang berlaku kat rumah tu. No more excuses. Go!” Opie terkocoh-kocoh mengeluarkan telefon bimbitnya.

Pearl berlalu ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil satu tin Coke. Diminumnya air bergas itu dengan rakus. Hatinya panas kerana perbuatannya telah dibongkar. Semakin meluap-luap kemarahannya terhadap Tan Sri Lutfi. Tin Coke yang kosong digenggam kuat. Habis kemek tin air itu.

“ Kau belum kenal aku, Lutfi. Aku akan buat kau merana,” kata Pearl, geram.

*****

Sementara, di rumah Tan Sri Lutfi dikelilingi oleh polis yang mengawasi kawasan rumah banglo tiga tingkat itu. Dia sendiri yang meminta agar ada polis yang menjaga keselamatannya dan keluarga.

“ Papa kenal ke dengan Pearl ni?”

“ Daripada surat ugutan yang papa dapat, papa rasa dia macam kenal sangat dengan papa. Pearl tu memang bodoh, dia sendiri yang cari penyakit. Dia sendiri meletakkan gelarannya di setiap surat ugutan yang dia hantar,” ujar Tan Sri Lutfi.

“ Fariz tak rasa dia bodoh, pa. Pasti ada sebab dia letakkan gelaran tu kat surat-surat tu semua. Lagipun, hanya gelaran dia saja yang kita tahu. Memang susah pihak polis nak cari dia,” balas Fariz.

“ Kamu kan polis, Fariz. Takkan tak ada jalan nak cari siapa yang ugut papa kamu ni?”

“ Memanglah, mama. Tapi, Fariz tak dibenarkan ambil bahagian dalam kes ni sebab Fariz pun terlibat jugak dalam kes ni secara tak langsung. Dia orang tak nak nanti ada yang terbocor apa-apa. Mama tahukan setiap maklumat polis adalah sulit,” Puan Sri Zana hanya mengangguk.

“ Tak apalah. Buat masa ni, papa nak Fariz tinggal aje kat sini. Buat sementara waktu, jangan balik apartment kamu tu…”

“ Baiklah, pa. Ketua Fariz pun suruh Fariz stay kat sini. Takut kalau Pearl ambil tindakan selanjutnya. Daripada gaya ugutan dia, nampak macam dia langsung tak takut dengan pihak polis,” Tan Sri Lutfi mengeluh. Siapalah yang nak porak perandakan hidupnya ini?

Memanglah dia ada ramai musuh dalam perniagaannya. Tetapi, dia langsung tak sangka sampai menjadi kes polis. Semakin hari, semakin kasar cara Pearl mengugutnya. Dia paling risaukan ahli keluarganya. Anak perempuan sulung dan keduanya telah dihantar ke luar negara. Hanya Fariz sahaja yang berdegil untuk terus di sini.

Opie, Loni dan John berpura-pura melalui kawasan perumahan Tan Sri Lutfi. Toyota Vios yang dipandu John bergerak perlahan sebelum berhenti tidak jauh dari banglo tiga tingkat itu.

“ Orang kaya memang penakut!” bentak Opie. John dan Loni tersentak.

“ Kenapa Opie?” tanya John.

“ Iyalah. Cuba korang tengok. Bos baru gertak sikit aje, keliling rumah penuh dengan polis. Memang dasar pengecut,” tukas Opie.

“ Alah, bukan kau tak tahu. Dia orang takut rumah yang gah macam tu kena rompak, habislah harta yang dia orang kumpul tu. Dasar tamak haloba, macam tulah,” tambah Loni. John mengangguk setuju.

“ Bos pun anak orang kaya jugak dulu kalau korang nak tahu. Bapak dia bukan sembarangan orang tau…”

“ Eh, Opie. Kau ceritalah sikit pasal bos kita tu. Kita orang pun nak tahu jugak,” John mula menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidup bos mereka yng digelar Pearl itu.

“ Bos yang aku kenal memang sangat baik. Lemah lembut aje orangnya. Nak tengok dia marah pun susah. Bapak dia memang sayang gila kat dia. Semua yang bos nak, mesti dapat punya. Kereta sport, pakaian berjenama, barang kemas dan banyak lagilah. Tapi, lepas bapak dia mati, semua kawan-kawan bapak dia dengki. Habis harta bos dia orang kikis. Bos pulak masa tu, naïf lagi,” cerita Opie.

“ Maksudnya, dia nak balas dendam dekat kawan-kawan bapak dialah ni. Sebab tu, dia upah kita buat kerja untuk dia?”

Of course. Kadang-kadang kan, aku rindu bos aku yang dulu. Bukan bos yang penuh dengan dendam kesumat macam sekarang. Aku macam dah tak kenal dia lagi,” keluh Opie.

“ Alah, kau ni. Bajet kau ni rapat sangat dengan bos,” John dan Loni ketawa serentak.

“ Aku ni bodyguard boslah dulu,” beritahu Opie. John dan Loni terpempan. Mereka ingat Opie macam mereka juga, diupah untuk buat kerja ugut mengugut ni.

“ Kau biar betul, Opie…”

“ Betullah, John. Kita tiga orang aje pekerja upahan bos. Bos tak nak upah ramai-ramai. Tak mahu ambil risiko katanya,” kata Opie.

Fariz mundar mandir di balkoni biliknya. Saat itu matanya terpandang kereta Toyota Vios yang berada tidak jauh dari situ. Kereta siapa pula yang berhenti kat situ malam-malam ni? Namun, Fariz hanya membiarkan sahaja. Mungkin hanya pasangan kekasih yang sedang memadu kasih ke. Otak sewel betul si Fariz ni.

*****

Opie menolak daun pintu apartment Pearl. Dia mencari kelibat bosnya itu. Pintu kamar Pearl dibuka sedikit. Telinganya menangkap bunyi air dari dalam bilik air. Pasti bosnya itu sedang mandi. Opie terus beredar dari bilik Pearl dan menghalakan langkahnya ke ruang tamu. Tangannya mencapai remote control dan menekan punat ‘ON’.

“ Macam mana?” Tersentak Opie dibuatnya. Entah bila Pearl selesai membersihkan diri pun dia tak tahu.

“ Setiap penjuru rumah, ada polis yang mengawal,” maklum Opie ringkas. Dia pasti Pearl tidak suka mukadimah panjang.

Just expecting that. Dasar jantan pengecut!” bentak Pearl. Tangan mengepal penumbuk. Opie terdiam. Biarlah Pearl melunaskan kemarahannya dulu.

“ Ada orang nampak korang tak?”

“ Ada, bos. Inspector Fariz, anak lelaki jantan tu,” Bukan dia tak nampak si Fariz tu di balkoni. Dan, dia tahu Fariz perasan kereta mereka yang terparkir berdekatan dengan rumah orang tuanya itu.

“ Bagus. Tapi, aku tahu anak dia tak akan expect yang korang adalah orang-orang aku,” kata Pearl sambil tersenyum sinis.

“ Sampai bila kau nak berdendam dengan Tan Sri Lutfi, Pearl?”

“ Sampai dia menyesal dengan perbuatan dia, Opie. Aku akan pastikan hari tu tiba. Dan aku nak dia bersihkan nama papa aku,” balas Pearl. Dia duduk di sofa.

“ Tapi, bukan ini caranya. Aku tahu kau tak akan biarkan orang yang terlibat dalam pembunuhan papa kau terlepas. Satu aje yang aku tak faham. Kenapa mesti Tan Sri Lutfi aje yang kau berdendam? Sedangkan bekas partner papa kau yang lain bersenang lenang,” Pearl memandang Opie tajam.

Opie seorang gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Dia sudah biasa dengan keganasan sejak diupah menjadi bodyguard Pearl dulu. Pearl sudah menganggap Opie sebagai kawan baiknya. Cuma, kadang-kadang Pearl selalu memarahi Opie ikut suka hati dia saja.
“ Kalau kau tak suka terlibat dengan dendam aku ni, kau boleh belahlah. Aku boleh buat kerja ni seorang,” Pearl bersuara keras.

“ Aku sayang kau, beb. Aku dah janji dengan papa kau nak jaga kau. Macam mana sekalipun sikap kau kat aku, marah kau kat aku…aku terima. Tapi, tolong. Jangan halau aku,” ujar Opie.

“ Tahu pun kau. Aku nak hidup Tan Sri Lutfi hancur. Aku nak dia rasa macam mana papa aku sengsara sebab nak selamatkan dia. Kalau bukan sebab jantan tu, papa aku takkan mati!”

“ Kau tahukan, orang yang kau ugut tu kawan baik papa kau. Takkan kau nak musnahkan satu-satunya kawan baik papa kau tu?”

Huh, kawan baiklah sangat. Kenapa dia tinggalkan papa aku macam tu aje masa papa aku susah? Papa aku bukan main tolong dia lagi. Sanggup tidur dalam penjara daripada tengok kawan baik dia tu dituduh membunuh…”

Opie terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Pearl tu. Kawan yang baik takkan tinggalkan kawannya yang dalam kesusahan. Tambahan pula, kesusahan itu kerana ingin melindungi sahabat baiknya.

*****

Beberapa hari selepas itu…

Tan Sri Lutfi diiringi beberapa orang polis ketika menghadiri mesyuarat di Eclipes Holdings. Fariz turut menemani papanya. Takut pula Pearl mengambil tindakan seterusnya ketika Tan Sri Lutfi menghadirkan diri ke syarikat. Lebih baik mereka berjaga-jaga. Para pekerja Eclipes Holdings juga disarankan agar bersikap tenang sahaja.

Mereka dinasihatkan supaya tidak mengambil serius mengenai kes Tan Sri Lutfi. Tambahan pula, Tan Sri Lutfi tidak mahu sesiapapun dari syarikatnya itu terlibat dalam kesnya. Tak pasal-pasal kecoh pula nanti.

Setelah selesai bermesyuarat, Tan Sri Lutfi mengarahkan pemandunya agar membawanya ke tanah perkuburan Islam yang berada tidak jauh dari situ.

“ Papa nak pergi ziarah kubur siapa?” tanya Fariz bingung.


“ Arwah kawan baik papa,” jawab Tan Sri Lutfi senada. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Dia masih ingat lagi kejadian malam itu. 

To be continued...

No comments:

Post a Comment