Tuesday 10 December 2013

Cerpen : Haiqal Qistina 2

Haiqal menuruni anak tangga dengan langkah yang longlai. Matanya mengantuk sangat. Disebabkan Qistina, tidurnya tidak lena. Mana taknya kalau dari malam sampailah ke pagi badannya statik saja. Qistina tidak melepaskan lengannya. Haiqal melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Tengku Adzha yang sedang bersarapan. Tengku Adzha memandang wajah anak lelaki kesayangannya itu.

Kamu tak cukup tidur ke, Qal? Papa tengok letih semacam aje,” tegur Tengku Adzha. Qistina dan Tengku Amina muncul dari dapur. Qistina duduk disebelah Haiqal. Dia menuangkan air milo ke cawan dan dihidangkan kepada Haiqal.

Penat sikitlah, pa,” jawab Haiqal. Dia menarik cawan berisi air milo lalu dibawa ke mulut.

Buat apa semalam sampai penat macam ni? Sebelum ni tak penat macam ni pun. Papa tengok Qis cergas aje. Awal-awal pagi dah ceria,” kata Tengku Adzha. Selalunya kalau Haiqal penat dengan kerjanya, tak adalah sampai macam ini.

Haiqal menjeling Qistina yang sedang enak menikmati bihun goreng. Qistina mengangkat keningnya. Pelik. Tetiba saja pak cik ni jeling dia.

Tengok tv sampai pagi memanglah macam ni,” jawab Qistina selamba. Membulat mata Haiqal. Sesedap rasa saja. Sebab kaulah…perempuan, omel Haiqal di dalam hati.

Lah, cerita apa yang kamu layan sampai ke pagi tu, Qal?” tanya Tengku Amina. Qistina tersenyum. Seronok dapat mengenakan suaminya.

Bola, ma,” jawab Haiqal perlahan. Malas dia menjawab lebih. Siap kau, Qistina.

Bola? Sejak bila minat bola pula ni. Hairan sungguh,” Tengku Amina bereaksi pelik. Faham sangat dengan anak sulungnya yang tidak meminati sukan bola sepak.

Qis yang ajar,” jawab Qistina bagi pihak Haiqal.

Macam-macam ajelah kamu berdua ni. Tak ada perancangan nak bagi papa and mama cucu ke?” soal Tengku Adzha sambil memandang Haiqal yang sedang menghayati bihun dipinggannya.

Papa tanyalah menantu papa tu. Kalau Qal, bila-bila pun boleh. Sekarang pun boleh,” jawab Haiqal dengan senyuman sinis. Kali ini giliran dia pula mengenakan isterinya itu. Qistina tersenyum sumbing. Nak kenakan aku balik la ni, bebel Qistina.

“ Kenapa Qistina? Kamu jaga badan ke?” soal Tengku Amina pula. Qistina tersenyum.

“ Eh, tak adalah, mama,” jawab Qistina perlahan. Apa lagi mahu diperkatakan.

Qal, nanti kalau ada berita baik, jangan lupa kongsi,” Tengku Adzha tersenyum.

Ala, papa ni. Kita duduk satu rumah aje pun. Takkanlah tak bagitahu,” balas Haiqal. Qistina terdiam. Dia menyambung menyuap bihun ke mulutnya. Rindu pula pada umi dan babahnya. Bagaimanalah keadaan mereka.

Oh ya. Sebelum papa lupa, papa nak discuss something. Qistina, papa ingat nak ajak kamu kerja dengan papa. Kamu nak tak?” Tengku Adzha memandang Qistina. Qistina mengangkat mukanya. Kerja? Syarikat papa? Haiqal terkejut dengan cadangan Tengku Adzha yang mengejut itu.

Papa tanya anak papalah. Kalau dia bagi, Qis tak kisah,” jawab Qistina.

Papa nak bagi dia kerja bahagian mana?” soal Haiqal kepada Tengku Adzha.

Erm, macam mana kalau Qistina ganti Aisyah di bahagian HR. Dah tak payah buat interview lagi dah. Senang sikit,” jawab Tengku Adzha. Haiqal mengangguk. HR pun HR lah. Janji tak kacau dia di pejabat nanti. Haiqal tersenyum sinis. Qistina nampak senyuman itu, Tengku Adam Haiqal. Tahulah dia nak buat macam mana dengan suaminya itu.

Bilanya abang nak Qis mula masuk kerja? Boleh bawa Qis pergi shopping baju yang sesuai,” Tengku Amina memandang Tengku Adzha.

Maybe lusa. Esok Aisyah dah kosongkan tempat dia,” jawab Tengku Adzha.

Qal, nanti mama nak culik isteri kamu kejap. Boleh, kan?” soal Tengku Amina. Dia merancang untuk membawa menantunya itu bershopping.

Boleh aje,” setuju Haiqal. Kalau tak minta izin pun dia benarkan. Baginya Qistina hanya dianggap sebagai seorang yang tak penting dalam hidupnya.


Perkenalkan pengurus baru kamu, Qistina, yang akan menggantikan Aisyah.” Tengku Adzha memperkenalkan Qistina kepada staf-staf di bahagian HR syarikat itu.

Assalamualaikum. Saya, Qistina. Saya harap kalian dapat beri tunjuk ajar sepanjang saya bekerja di sini,” ucap Qistina sopan.

Sebelum itu, Qistina ni menantu saya, ye. Siapa yang pasang hasrat nak buat bini tu, simpan-simpanlah, ye,” seloroh Tengku Adzha. Qistina tersenyum. Mesra alam juga bapa mertuanya ini.

Selepas berkenalan dengan staf-staf dibahagian HR, Salina, setiausaha Qistina membawanya ke pejabat. Qistina memasuki pejabat yang sederhana besar yang agak kosong.

Puan bolehlah fikir macam mana nak hias bilik ni. Tak adalah kosong sangat bilik ni,” pesan Salina. Salina kagum dengan penampilan Muslimah Qistina yang bersahaja. Terserlah kecantikkan Qistina dengan gaun maxi kembang berbow berperincian di pinggang yang berwarna oren dibahagian atas dan hitam dari pinggang hingga kaki. Turut disertakan lilitan tudung yang simple. Mampu menawan lelaki-lelaki diluar sana.

Qistina mengangguk.” Kak Ina, lepas ni panggil Qis aje. Macam tua pula bila akak berpuan-puan dengan Qis,” kata Qistina sambil matanya meliar di segenap bilik.

Yelah. Kak Ina keluar dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Qis tekan aje line number 3. Kalau number 1, bos besar. Number 2 pula, bos kecil,” ujar Salina.

Sorry, kak Ina. Siapa bos besar? Dan siapa bos kecil?” soal Qistina selamba.

Lah, bos besar tu Tengku Adzha. And bos kecil tu suami Qislah, Tengku Adam Haiqal,” jawab Salina sambil tersenyum.

Owh, gitu. Tahulah saya. Line number 2 suami saya, eh,” Qistina tersengih sedikit.

Ada apa-apa lagi?” soal Salina.

Ada, kak Ina. Pejabat bos kecil kat mana?” soal Qistina kembali.

Kat tingkat atas. Boleh guna lif kat sebelah,” jawab Salina.

Thanks, kak Ina,” ucap Qistina. Salina mengangguk lalu berlalu keluar dari bilik itu. Qistina meninjau biliknya. Dia sedang memikirkan bagaimana mahu menceriakan pejabatnya itu.

Hari ini Qistina datang bekerja dengan Tengku Adzha memandangkan Haiqal kena melawat site. Belum sempat Qistina bersiap, Haiqal sudah bertolak ke site. Ada masalah teknikal menurut Tengku Adzha.


Tengah hari itu, Qistina mengikut Salina lunch di restoran berdekatan. Hendak makan tengah hari bersama Haiqal, suaminya itu belum balik ke pejabat.

Eh, Qis. Kalau tak silap akak, itu Haiqal kan?” jari Salina menunjuk ke arah meja yang berada tidak jauh dari mereka.

Mana? Ha'ah, Haiqallah tu,” Qistina mengiakan.

Bila pula Sarah balik Malaysia?” soal Salina perlahan.

Akak kenal Sarah?” tanya Qistina sambil memandang Salina.

Mana tak kenalnya. Dulu, selalu juga Sarah datang pejabat Haiqal. Company tempat Sarah kerja selang berapa tingkat aje dari company kita. Tapi sekarang Sarah dah kena hantar kat branch lain,” jelas Salina.

“ Owh, memang selalu ke dia orang datang makan kat sini?” tanya Qistina bersahaja.

“ Hmmm, selalu juga. Qis tak kisah ke?” soal Salina kembali.

Tak, kak Ina. Adik ipar Qis ada bagitahu pasal dia orang,” jawab Qistina. Mereka berhenti berbicara apabila waiter menghantar minuman dan makanan.

Macam yang Qis tahu, macam tu jugalah akak tahu,” kata Salina setelah waiter itu berlalu.

Makanlah, kak Ina. Tahulah Haiqal nanti. Ini Qistinalah,” ujar Qistina dalam nada bergurau. Tergelak Salina melihat telatah Qistina yang baginya happy go lucky itu.

Sarah datang sinilah,” kata Salina sebaik ternampak Sarah yang sedang menghampiri mereka.

Hai, kak Ina, Qistina,” sapa Sarah mesra. Qistina dan Salina menyambut dengan senyuman.

Dah habis makan ke?” soal Salina.

Ha'ah, kak. Dah nak balik pun,” jawab Sarah. Qistina hanya diam sambil menyedut minumannya. Tak payahlah nak datang sini. Menyakitkan hati betul, omel Qistina di dalam hati. Cemburu? Mungkin ya dan mungkin tidak.

“ Datang sorang?” soal Salina lagi. Sengaja ingin bertanya. Padahal dari awal lagi dah tahu dengan siapa Sarah lunch.

Taklah. Dengan siapa lagi saya nak keluar makan kalau bukan dengan Haiqal, kak Ina,” jawab Sarah selamba tanpa memikirkan Qistina yang berada disitu.

Jom,” ajak Haiqal. Bukan dia tak perasan Qistina juga berada disitu. Sengaja buat tak perasan. Qistina mencebik. Ada juga yang makan kasut tumit tinggi aku kang. Tak pasal je tidur kat hospital setahun. Erk. Ada ke?

“ Tengku tak balik pejabat?” tanya Salina sekadar berbahasa.

“ Emmm, tak. Esok baru saya ada kat pejabat. Kenapa?” jawab Haiqal senada. Dia tengok bukan main berselera sekali Qistina makan. Macam tak endahkan dia saja. Ah! Buat apa dia nak sibuk. Bukan aku kisah pun.

Tak ada apa-apa,” balas Salina sambil tersengih.

Kita orang pergi dululah, eh,” Sarah meminta diri. Haiqal dan Sarah berlalu keluar dari restoran.

Setelah memastikan Haiqal dan Sarah berlalu, Salina memandang wajah Qistina yang sedang berselera menjamah makanannya.

Kalau akak jadi Qis, dah lama akak ganyang muka si Sarah tu. Dahlah keluar dengan suami orang, tapi gaya macam keluar dengan laki dia pula,” tegas Salina bersuara. Geram pula melihat wajah selamba Qistina. Seperti tiada apa yang berlaku. Tak sayang laki ke budak seorang ni?

Biarlah, akak. Dia lebih kenal Haiqal dari saya,” balas Qistina.

Kalau macam tu naik lemaklah si Sarah tu,” tukas Salina meluat dengan perangai selamba Sarah itu.

Tak apalah kak. Jomlah kita. Dah nak habis lunch time ni,” Qistina melihat jam tangannya.

Yelah. Nanti Qis nasihatlah suami Qis tu. Tak elok kalau staf lain nampak. Apa pula kata dia orang nanti,” pesan Salina. Mereka berlalu ke kaunter bayaran.

Ala, nanti Qis keluar la pula dengan lelaki lain depan dia. Baru ketahuan. Kan, kak Ina?” seloroh Qistina sambil ketawa. Siap awak, encik suami. Malam ni saya ganyang awak cukup-cukup. Macamlah si suami nak endahkan dia.


Malam itu, Qistina menunggu Haiqal dibilik mereka. Sejak dia pulang dari kerja, batang hidung Haiqal langsung dia tak nampak. Waktu makan malam tadi pun, Haiqal belum pulang. Pelik bin Hairan betul. Sebelum ini tak pernah pula Haiqal balik lewat malam. Sedang Qistina berguling di permaidani di ruang televisyen bilik itu, Haiqal muncul. Qistina berpura-pura kusyuk menonton rancangan yang entah apa-apa. Merajuklah konon.

Haiqal masuk tanpa menegur Qistina. Bukan dia memang macam itu kah? Haiqal mengambil tuala lalu berlalu ke bilik air. Qistina meniarap sambil memandang pintu bilik air yang sudah tertutup itu. Ish! Memang nak kenalah encik suami ni. Macam mana aku nak  tegur dulu ni? Pening. Pening. Sebaik mendengar pintu bilik air dibuka, pantas Qistina berpaling kembali menghadap televisyen. Haiqal mengenakan pakaian lalu dia merebahkan badannya di katil. Letih kerana seharian berada di site.

Tengku Adam Haiqal,” panggil Qistina. Haiqal membuka matanya yang terpejam. Dia memandang Qistina yang sedang bercekak pinggang itu. Dia mengalihkan badannya ke kiri. Dia penat. Qistina naik ke katil dan duduk di disebelah Haiqal yang sedang memandangnya tajam.

Kau ni dah buang tebiat ke apa?” tegas Haiqal bersuara. Orang balik penat-penat, nak cari gaduh pulak. Bukannya nak bagi air milo ke apa.

Nope. Bangunlah. Saya ada benda nak cakap ni,” Qistina cuba membangunkan Haiqal. Namun, tidak berdaya. Mana nak larat kalau dah badan suaminya itu berat.

Aku nak tidurlah. Pergi sana. Penat tahu tak,” marah Haiqal perlahan. Dia sangat penat ketika ini. Qistina mengeluh.

Tahu pula penat. Yang balik tengah-tengah malam tu dah kenapa. Memanglah penat,” bebel Qistina perlahan. Qistina turun dari katil dan menutup televisyen yang terpasang. Dia kembali semula ke katil.

Janganlah tidur lagi. Orang tak habis cakap lagi ni,” Qistina menampar lembut lengan Haiqal. Haiqal bangun dan duduk dengan matanya tajam memandang Qistina. Saya tak takutlah awak pandang saya macam tu.

Kau ni kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke? Kau nak aku temankan kau tidur, aku temankan. Ni nak apalagi?” tegas Haiqal. Qistina mencebik.

Hmmm, dah. Kalau tak ikhlas nak teman, pergi tidur sana. Esok kalau saya tak pergi kerja, awak jawab dengan papa,” balas Qistina geram. Dia menarik selimutnya dan merebahkan badannya ke tilam. Lega rasanya. Sudahlah penat mengemas pejabatnya tadi. Balik rumah ingat nak rehat tapi encik suami balik lambat pula. Sejak tiga hari yang lepas, Haiqal akan tidur sebaik sahaja Qistina tidur. Tidak kiralah awal atau lambat.

Nak cakap apa tadi? Cepatlah,” Haiqal mengalah.

Tak nak cakap dah. Esok ajelah. Cakap penat tadi, pergilah tidur,” balas Qistina perlahan. Merajuk! Haiqal menghempas kuat badannya ke tilam. Geram dengan perangai isterinya itu.


Keesokannya, Qistina pergi ke pejabat dengan encik suami. Sejak bangun tidur sampailah dah nak sampai pejabat,masing-masing hanya mendiamkan diri.

Nanti lunch dengan saya,” kata Qistina tiba-tiba.

Tak boleh. Aku dah janji nak lunch dengan Sarah,” balas Haiqal dingin. Susah baginya untuk berlembut dengan Qistina.

Hmmm… Fine. But make sure awak dengan Sarah lunch kat tempat jauh sikit dari sini,” pesan Qistina. Gila betul Qistina. Boleh pula dia benarkan suaminya lunch dengan perempuan lain.

“ Ikut suka akulah. Dah sampai, turun,” Haiqal bersuara tegas. Qistina memandang suaminya tajam.

Wait,” Qistina menahan Haiqal yang sudah mahu turun dari kereta. “ Lunchlah jauh sikit. Semalam pun saya dengar staf-staf awak mengata awak macam-macam. Apa saya nak jawab kalau dia orang tanya saya? Hmmm, suami saya tengah bercinta dengan bakal isteri kedua dia. Macam tu?” marah Qistina perlahan. Dia keluar dari kereta tanpa menunggu Haiqal.

Memandangkan pejabatnya di tingkat tiga, Qistina menaiki tangga. Malas mahu menunggu lift. Dia juga tidak menyalami tangan Haiqal seperti selalu dilakukannya sejak berkahwin dengan Haiqal.


Entah apa-apa ajelah bini aku ni merepek. Aku buat betul baru dia tahu,” gumam Haiqal sendiri. Dia mencapai briefcase dan berlalu ke lift untuk naik ke pejabatnya. Dia sempat memandang sejenak ke arah tangga. Kuat juga kaki minah senget tu.

bersambung...

2 comments: