Friday 13 December 2013

Cerpen : Haiqal QIstina 5

“ Tak suka ke?” Soal Haiqal kepada Qistina. Dia memandu tenang. Jalan juga tidak berapa sibuk memandangkan waktu sekarang adalah waktu pejabat.

“ Hah? Apa yang tak suka?” Soal Qistina selamba. Dia ralit memikirkan hal lain.

“ Tak suka mengandungkan anak kitalah. Dari keluar klinik tadi lagi, abang tengok masam aje muka tu. Orang lain nak dapat anak, happy. Yang awak ni, masam je. Tak sudi ada anak dengan abang ke?” tegas Haiqal berkata. Qistina memandang Haiqal yang sedang memandu itu. Bertambah segak suaminya itu. Dia merapatkan badannya ke badan Haiqal sebelah kiri. Dilentokkan kepalanya di bahu Haiqal.

“ Orang tengah fikir somethinglah. Sorry sebab buat abang terasa. Apa pulak tak sukanya. Kalau Qis tak suka, dah lama dah Qis lari tau,” pujuk Qistina lembut. Haiqal mengeluh.

“ Abang ni. Tak baiklah memgeluh. Senyum sikit. Baru handsome,” Qistina merenung wajah kacak Haiqal. Haiqal hanya diam memandu kereta.

“ Sayang, macam mana you boleh pregnant, huh? Abang cuma sentuh sekali je,” kata Haiqal. Qistina memandang Haiqal tanpa riak.

“ What do mean by sekali? Baby in my tummy dah dua bulan , tahu tak,”  Qistina memandang Haiqal geram.

“ Sorry. Lupa pulak,” Haiqal tersengih.

“ Abang, berhenti kat depan pasar tu. Teringin nak makan buah delimalah. Tolong belikan,” Qistina menepuk bahu Haiqal. Haiqal hanya menurut. Dia berhentikan kereta di tempat parking kereta pasar borong.

Hah, dah balik pun budak berdua ni. Ramai ke orang kat klinik tadi?” soal Tengku Amina. Dia sebenarnya tidak sabar ingin mengetahui keputusan dari check up itu. Qistina melepaskan lelah. Dia duduk di sebelah Tengku Amina di sofa di ruang tamu banglo mewah itu. Beberapa saat kemudian, Haiqal muncul di pintu utama dengan membawa tiga beg plastik yang berisi pelbagai jenis buah.

Ma, kita orang lambat sebab beli buah-buah ni. Your daughter in law nak sangat,” jawab Haiqal. Dia terdengar soalan mamanya tadi.

Lah, kenapa banyak sangat ni? Biasalah tu. Jadi betullah tekaan mama tadi?” soal Tengku Amina. Qistina mengangguk sambil menunjukkan peace menandakan sudah dua bulan. Sebaik sahaja Qistina mengangguk, terus dipeluknya menantu kesayangannya itu.


Nampak fail warna biru abang tak?” soal Haiqal. Matanya meliar mencari fail biru. Qistina turun dari katil perlahan.

Abang letak kat mana?”

Kalau tak silap, abang letak kat atas meja tadi…” Qistina menghampiri Haiqal yang sedang menunduk di meja kerjanya. Mencari fail biru itu. Qistina menarik tangan Haiqal. Haiqal memandang Qistina pelik. Namun diikut langkah isterinya itu ke sofa.

Here, your file,” Qistina meletakkan fail biru itu di tangan Haiqal. Haiqal tersengih senget.

Macam mana boleh ada kat sini? Tadi kan abang letak kat atas meja tu,” Haiqal memandang Qistina. Mengharap Qistina dapat menjawab soalannya itu.

Carelesslah abang ni. Tadikan papa minta nak tengok fail tu. Then tadi papa bagi balik and abang letak kat atas sofa ni. Semalam iyalah abang letak kat atas meja tu,” jelas Qistina lembut.

Ye ke? Abang lupalah, sayang,” balas Haiqal sambil menggaru belakang kepalanya. Qistina tersenyum.

Adoilah. Nak kata dah tua, anak pun tak ada lagi. Tapi dah jadi pelupa,” usik Qistina.

Apa pulak tak ada anak. Ni apa? Beruang?” kata Haiqal sambil mengusap perut Qistina yang sudah berusia lima bulan. Membulat sedikit.

Hmmm, tak keluar lagi,” balas Qistina.

Lagi empat bulan keluarlah. Kita tak payah scan, eh? So, biar surprise,” cadang Haiqal. Tak sabar pula nak tunggu anaknya lahir.

Ikut abanglah. Qis okay aje. Mana-mana pun okay. Bila nak shopping barang baby?”

Hmmm, minggu depan kita shopping. Minggu ni abang busylah. Banyak tender yang nak masuk,” jawab Haiqal.

Okay. Tapi make sure jangan lupa rehat. Nanti abang sakit pulak,” pesan Qistina.



Qistina memandang ke luar jendela. Diusap perut yang sudah kempis itu. Hatinya menangis. Kandungan yang di jaga selama lima bulan hilang begitu sahaja. Siapa yang patut dipersalahkan? Dia sendiri sudah canggung. Kerana dia terlalu terburu-buru, anaknya mati. Sejak sebulan yang lepas, Qistina asyik menyalahkan dirinya sendiri kerana telah menyebabkan dia dan Haiqal kehilangan zuriat mereka.

Qistina tahu Haiqal sangat kecewa. Masakan tidak, siang malam suaminya itu selalu berbual dengan bayi mereka. Hanya kerana dia cuai, suaminya kini telah kembali dingin dengannya. Qistina mengeluh. Matanya tertancap ke muka pintu bilik, terjengul Haiqal yang kelihatan keletihan. Sejak Qistina keguguran, jarang sekali dapat melihat senyuman manis Haiqal untuknya. Malah, suaminya itu turut dingin dengan staf-staf di pejabat.

“ Abang dah makan?” tanya Qistina lembut. Dia menghampiri Haiqal yang berada di sofa. Belum sempat Qistina melabuhkan punggungnya di sofa itu, pantas Haiqal bangun dan mencapai tuala. Dia benci apabila teringatkan Qistina penyebab mereka kehilangan bayi yang di tunggu-tunggu.


“ Qistina, mama risaulah tengok Qal. Sejak kamu gugur bulan lepas, dia dah berubah. Qal, anak mama dah hilang,” rungut Tengku Amina. Qistina memandang ibu mertuanya. Perasaan bersalah menyelinap di hatinya. Kalaulah dia berhati-hati melintas jalan, pasti sekarang bayinya masih ada. Qistina mengeluh.

Sepatutnya hari itu, Qistina dan Haiqal merancang untuk membeli keperluan bayi mereka. Malang tidak berbau apabila Qistina dirempuh motosikal ketika ingin melintas jalan untuk mendapatkan Haiqal di seberang jalan. Walaupun Qistina hanya cedera ringan, namun bayi mereka tidak dapat diselamatkan kerana perut Qistina terhempas kuat dia atas jalan.

“ Maafkan, Qis. Mungkin abang benci dengan Qis. Tapi, Qis sendiri tak sangka nak jadi macam ni. Kalau Qis berhati-hati, mesti cucu mama still ada lagi,” balas Qistina sayu. Terpempan Tengku Amina dengan kata-kata Qistina. Ya Allah, tak sepatutnya aku mengadu kepada menantuku ini, desis Tengku Amina. Dipeluknya Qistina erat. Memberikan kekuatan.

“ Jangan cakap macam tu. Qis dengan Qal masih muda. Masih banyak masa. Mungkin kamu berdua di beri peluang lagi untuk ada anak. Banyakkan berdoa, ya sayang,” pujuk Tengku Amina. Qistina tersedu dibahu Tengku Amina.

“ Abang pun mesti dah jijik nak sentuh Qis, mama. Qis ni kan pembunuh anak dia,” luah Qistina. Air mata mula membanjiri wajahnya.

“ Ya Allah, tak baik cakap macam tu. Nanti kamu bincang elok-elok dengan Qal. Baby tu bukan anak Qal seorang tapi anak Qis juga. Cuba pujuk Qal. Lama-lama dia okaylah tu,” ujar Tengku Amina. Diusap lembut kepala Qistina.


Malam itu, Qistina menunggu Haiqal pulang. Sejak dia keguguran, kerap sangat suaminya itu pulang lambat. Entah apa yang dibuat Haiqal pun, Qistina tak tahu. Qistina menukar siaran ke siaran yang lain. Tak ada rancangan yang best pulak malam ni, getus Qistina. Pintu bilik terkuak dari luar. Haiqal muncul disebalik pintu itu.

“ Abang penat?” Qistina mengambil beg kerja Haiqal dan diletakkan di sofa.

“ Abang mandi dulu. Qis turun buatkan air milo panas untuk abang, eh. Kat luat kan hujan. Mesti abang nak minum air panas,” kata Qistina. Haiqal hanya diam. Terlalu mahal suaranya untuk Qistina setelah kejadian itu.

Qistina turun ke dapur manakala Haiqal sudah menghilang ke dalam bilik air. Haiqal memikirkan bagaimana mahu memberitahu perihal perkahwinannya dengan Sarah. Ya, dia sudah berkahwin dengan Sarah. Beberapa hari selepas Qistina gugur, Sarah memujuk Haiqal untuk berkahwin. Tanpa lengah, Haiqal bersetuju. Dia keliru ketika itu.

        Sarah juga yakin Haiqal menginginkan anak selepas anaknya bersama Qistina tidak dapat diselamatkan. Oleh itu, Sarah mengambil kesempatan agar Haiqal berkahwin dengannya. Qistina naik ke bilik sambil menatang mug berisi air milo panas untuk Haiqal. Sementara menunggu Haiqal selesai mandi, dia mengemaskan barang-barang Haiqal yang berada di sofa.

Fail apa ni?” Qistina bersoal sendiri. Sedang mengangkat beg bimbit suaminya tadi, fail itu tiba-tiba terjatuh. Qistina membuka fail itu. Dia terus terduduk apabila melihat isi kandungan fail tersebut. Jantungnya seumpama berhenti seketika. Namun, dia cepat-cepat mengemaskan kembali fail itu apabila terdengar Haiqal menutup pili air pancut.

Haiqal hanya keluar dengan tuala di pinggangnya. Dia melihat Qistina kusyuk menonton televisyen. Otaknya ligat berfikir. Dia berlalu ke almari dan mengambil pakaiannya.

Abang, Qis nak bincang dengan abang something. Could you please lend me your time for me tonight?” Qistina bersuara. Haiqal yang sudah lengkap berpakaian melabuhkan punggungnya di sofa yang sama dengan Qistina. Duduk bersebelahan lagi.

Bincang apa? Cepat sikit. Penat sangat. Nak tidur,” balas Haiqal senada. Malah dia tidak membahasakan dirinya 'abang' lagi kepada Qistina.

Firstly, Qis nak minta maaf sebab menyebabkan abang kecewa. Salah Qis sebab careless. Kalau Qis dengar cakap abang hari tu, semua takkan terjadi. My mistake. Tapi, Qis harap sangat abang jangan buat Qis macam tak wujud. Again, I know that's my fault,” luah Qistina. Haiqal mendengus. Meluat pula dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.

Itu balasannya sebab kau ingkar arahan aku. Kau pandai-pandai pergi lintas jalan tak tengok kiri kanan kenapa. Aku dah suruh kau tunggu kat situ. Tapi kau tak dengar. Nak juga lintas. Kau tahukan aku memang tertunggu-tunggu anak aku lahir. Tapi kau? Kau bunuh dia,” bentak Haiqal. Qistina menunduk. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipinya. Dia bertambah sedih apabila Haiqal mengatakan bayi mereka sebagai bayinya sahaja.

        Qistina mendongak. Dia perlu menyedarkan suaminya. “ Okay. Tak guna rasanya Qis minta maaf. Abang langsung tak pernah fikirkan perasaan Qis. Anak tu juga anak Qis. Lima bulan dia membesar dalam perut Qis, abang. Dia selalu ada bersama Qis. Mungkin lagi better dia pergi. Qis tahu Allah masih tak yakin untuk bagi kita anak. Lagipun, abangkan bakal ada anak lain,” ujar Qistina. Membulat mata Haiqal memandang Qistina. Dia dah tahu?

Apa maksud kau Allah tak yakin untuk bagi kita anak? And, aku bakal ada anak?” Qistina tersenyum sinis.

Mungkin kita masih tak layak untuk ada anak. Ada sebab kenapa baby kita meninggal. Qis redha. Dan Qis juga redha abang dah madukan Qis,” jawab Qistina tanpa nada. Haiqal tersentak.

Macam...macam mana kau tahu?”

Sorry. Qis tak sengaja buka fail tu. Tapi kenapa abang tak bagitahu Qis abang dah kahwin dengan Sarah? Qis dah tak penting ke untuk abang?” Air mata Qistina kembali mengalir. Namun, disekanya. Dia perlu kuat.

Kau tak ada hak nak halang aku. So, aku rasa tak salah kalau aku tak bagitahu kau,” jawab Haiqal selamba.

Okay. I think I know who I am to you. Abang buatlah apa yang abang nak buat. Qis dah tak kisah. Qis cuma nak bagitahu abang, Qis akan bekerja di company babah,” balas Qistina. Dia berlalu meninggalkan Haiqal keseorangan dan naik ke katil. Untuk malam yang ke tiga puluh hari, Qistina tidur sendirian. Dan setiap malam itu juga tidurnya tidak menentu. Ubat tidur juga tidak diambil. Dia cuba belajar untuk tidur tanpa ditemani sesiapa.

Dia nekad untuk kembali ke rumah umi dan babahnya esok. Dia sudah tak pedulikan neneknya yang masih membencinya.


bersambung...

No comments:

Post a Comment