Tuesday 10 December 2013

Cerpen : Haiqal Qistina 1

Assalamualaikum...
CIA is back...hehehe
dah lama sangat tak melawat blog ni...
so, hari ni CIA post Haiqal Qistina eh...
CIA tak edit HQ tau sebab ni first cerpen....hehehe
memang banyak kekurangan...sorry kalau tak capai expectations semua...





Qistina memandang kosong taman rekreasi mini di dalam kawasan banglo tiga tingkat milik usahawan terkenal di ibu negara. Cuba mengingati setiap detik yang telah membawanya ke dunia penuh kemewahan ini. Tidak pernah terlintas dia dapat menjejakkan kaki ke rumah  banglo besar ini yang terletak agak jauh daripada hiruk pikuk bandar yang penuh dengan manusia-manusia yang mengejar kejayaan. Kawasan persendirian milik salah seorang kerabat diraja yang digeruni. Siapa lagi kalau bukan pasangan Tengku Adzha dan Tengku Amina.

Suara deheman di belakang Qistina menyedarkannya ke dunia nyata. Qistina berpaling untuk melihat gerangan yang berada dibelakangnya. Dia tersenyum sebaik ternampak wajah makhluk Allah dibelakangnya.

Kakak buat apa kat sini. Rindu abang, eh?” sapa pemilik wajah itu.

Ish, tak ada la. Akak cuma terfikir macam mana akak boleh sampai ke sini,” jelas Qistina. Dia melabuhkan punggung di kerusi santai yang sengaja diletakkan berhampiran kolam renang sederhana besar di sebelah kiri banglo itu.

Oh, ingatkan apa lah. Takdir yang bawa akak kat sini. Sejak akak jadi penghuni rasmi rumah ni, Ara tengok papa and mama happy aje. Ye la menantu sulung dia orang kan,” balas Qaisara, puteri tunggal Tengku Adzha dan Tengku Amina merangkap adik ipar Qistina. Dia turut duduk di kerusi santai disebelah kerusi santai Qistina.

“ Mungkin juga. Akak tak pernah bayangkan pun dapat masuk banglo yang mewah macam ni,” ujar Qistina. Dia mengeluh. Apalah nasib dia. Namun dia bertuah kerana terdampar di lembah yang penuh dengan kasih sayang. Tiba-tiba dia rindukan umi dan babahnya. Hmmm. Kalaulah nenek tidak menghalaunya, mungkin sekarang dia sedang melepak di gazebo dirumahnya sambil melihat bintang.

Ala, akak. Ni semua rezeki Allah. Kita cuma menumpang aje. Belum tentu semua ni kekal,” bicara Qaisara. Walaupun usianya baru mencecah dua puluh satu tahun, bicaranya seperti orang-orang yang sudah matang. Gayanya juga agak matang. Kalau pertama kali berjumpa pasti mereka menyangka Qaisara berumur dua puluh lima ke atas.

Akak setuju. Bila Ara balik kolej?” soal Qistina.

Erm, esok kot. Kenapa, kak?” soal Qaisara kembali.

Saja aje tanya. Balik sendiri ke?” soal Qistina lagi. Dia tak pernah pula nampak Qaisara memandu.

Taklah. Selalunya abang hantar. Kalau abang sibuk baru Pak Ajis hantar,” beritahu Qaisara. Qistina mengangguk.


Abang, jom main tennis. Dah lama tak main. Esok nak balik kolej dah,” pujuk Qaisara. Siapa suruh abangnya balik kerja awal. Memang kenalah dia dengan adik kesayangannya itu. Haiqal, anak sulung Tengku Adzha dan Tengku Amina. Semestinya dia adalah suami Qistina. Ketika itu Haiqal sedang melepak dikerusi santai sebaik sampai rumah. Baju kemeja biru lembut masih dibadannya. Tali leher sudah ditanggalkan dan lengannya disinting hingga ke lengan.

Abang penatlah, Ara. Nanti-nantilah,” tolak Haiqal. Dia malas. Namun itu hanya seketika kerana hatinya lembut macam gula kapas apabila melihat muncung adik kesayangannya itu.

Akak, jom main tennis. Kalau tak nak main pun teman and tengok pun jadilah,” ajak Qaisara apabila ternampak kelibat Qistina yang sedang menghampiri mereka dengan membawa satu mug yang berisi milo panas untuk Haiqal.

Tennis? Kat mana?” tanya Qistina sambil menghulurkan mug itu kepada Haiqal. Haiqal menyambutnya tanpa sebarang riak. Macam batu. Serius saja memanjang. Tapi dengan orang lain boleh pula senyum. Kalau dengan isteri sendiri, susah yang amat.

Kat taman mini tu ada court tennis. Papa saja buat sebab tahu Ara dengan abang suka main tennis. Dah tak payah nak keluar main jauh-jauh,” terang Qaisara.

Owh. Boleh ke?” terkeluar soalan yang tidak berapa cerdik itu daripada mulut Qistina.

Qaisara ketawa. “ Apanya yang tak boleh. Jom tukar baju,” Qaisara bangun lalu menghilang kebiliknya.

Awak pandai main tennis?” soal Qistina kepada Haiqal. Qistina hanya berdiri membelakangi Haiqal.

Hmmm,” balas Haiqal. Dia bangun lalu meninggalkan Qistina. Haiqal menuju ke dapur untuk mencuci mug sebelum naik ke bilik. Qistina mengangkat bahunya. Faham sangat dengan perangai kayu suaminya itu. Orang baru tanya sikit, dah lari. Bukannya aku ni hantu, getus hati kecil Qistina.


Abang ni. Mainlah betul-betul,” geram Qaisara kerana Haiqal memainkannya. Sengaja ingin mengusik adik kesayangannya itu. Haiqal menunduk untuk mengambil bola tennis sebelum matanya tertancap susuk tubuh seseorang yang dikenalinya. Sarah? Qaisara turut memandang ke arah yang sama. Matanya membulat.

Hai, guys. Lamanya tak jumpa you all. Rindu gila,” kata Sarah. Dia mencium pipi Haiqal sebelum melangkah ke arah Qaisara dan turut menghadiahkan ciuman di pipi Qaisara. Haiqal dan Qaisara masih terkejut dengan kehadiran Sarah yang bagi mereka secara tiba-tiba.

Qistina yang baru sahaja sampai di court itu turut terkejut dengan perbuatan selamba Sarah yang mencium pipi suaminya. Siapa perempuan itu? Dia cuba ingat. Manalah tahu perempuan itu ada ketika majlis persandingan dia dan Haiqal. Malangnya dia langsung tak pernah tengok perempuan itu.

Kak Sarah buat apa kat sini? Bukan kak Sarah pergi UK lima tahun ke?” soal Qaisara.

“ Pergi kejap ajelah, Ara. Dua tahun aje,” jawab Sarah. Haiqal memandang Sarah tajam. Mukanya sudah tidak beriak.

Tapi kenapa ibu cakap akak pergi lima tahun?” soal Qaisara.

Ibu tersilap agaknya. Tak apalah. Now, I'm back,” jawab Sarah. Ibunya silap dengar agaknya apabila dia memberitahu ibunya tentang kerjanya yang memerlukannya berada di UK selama dua tahun.

Owh, kita orang tengah main tennis. Jomlah join,” ajak Qaisara sambil tersenyum. Haiqal masih tegak berdiri ditempatnya. Dia keliru. Adakah dia bermimpi sekarang? Sarah melangkah ke arah Haiqal yang membatu itu. Dia mencubit pipi Haiqal.

Haiqal menepis perlahan. “ Sakitlah!” jerit Haiqal sambil menggosok pipinya.

Ini baru Haiqal aku kenal. Apehal kau? Aku tengok dah macam tugu negara dah. Tegak aje,” gurau Sarah. Dia menghadiahkan senyuman paling manis untuk lelaki iu.

Kau tu yang tiba-tiba aje datang sini kenapa? Jadi tugu la kejap,” balas sambil mencubit pipi Sarah.

Hoi, balas dendam nampak. Ini memang tak adil. Ara, pinjam riket kejap,” pinta Sarah. Qaisara menghulurkan riketnya.

Qistina melangkah perlahan menghampiri mereka. Dia duduk di kerusi berdekatan. Qaisara menghampiri kakak iparnya yang tersenyum kepadanya.

Siapa tu, Ara?” soal Qistina. Dia memandang Haiqal dan Sarah bermain. Kedua-duanya nampak sangat cekap bermain.

Kak Sarah, anak angkat papa and mama. Kita orang memang rapat pun. Dah macam satu family,” jelas Qaisara. Dia turut menghalakan pandangannya ke arah court tennis.

Tak pernah nampak pun sebelum ni,” kata Qistina.

Dia pergi UK dua tahun. Itu yang akak tak pernah nampak,” jawab Qaisara. Qistina hanya mengangguk. “ Akak, kalau Ara bagitahu something, akak jangan marah, eh?” Qaisara memandang Qistina. Qistina mengangkat keningnya.

Macam serius aje bunyinya. Bagitahu apa?” soal Qistina sambil tersenyum. Qaisara menarik nafasnya dalam-dalam.

Sebenarnya, dulu kak Sarah and abang couple. Sebelum kak Sarah terima tawaran kerja dekat UK, abang pernah lamar kak Sarah. Tapi kak Sarah tolak. Ara pun tak tahu kenapa kak Sarah tolak. Sejak tu, abang dah tak ceria macam dulu. Yang abang tahu… kerja, kerja and kerja,” jelas Qaisara. Qistina tenang mendengarnya. Patutlah dia nampak Haiqal terkejut semacam saja.

Now, she's back. Better Ara tanyalah kak Sarah kenapa dia tolak lamaran abang Ara,” cadang Qistina. Kedengaran suara gelak ketawa Haiqal dan Sarah. Pertama kali, Qistina melihat suaminya itu ketawa sebegitu. Dia tersenyum. Memang sah! Suaminya bukan kayu, batu atau tugu.

Your wife, eh?” soal Sarah sambil jalan beriringan menuju ke arah Qistina dan Qaisara. Haiqal hanya mengangguk. Dia malas menjawab. Dia faham perasaan Sarah. Mereka pernah berkasih.

Kejapnya main,” kata Qaisara.

Penatlah, Ara. Dah lama tak exercise,” balas Sarah sambil menghulurkan riket kepada Qaisara. Sarah memandang Qistina. Cantik! Padanlah dengan Haiqal yang handsome itu. Sakit hatinya apabila memikirkan Haiqal sudah berkahwin dengan perempuan lain. Salah dia juga sebab menolak lamaran Haiqal dulu.

Eleh, dah pencen ke?” usik Qaisara. Dia mencuit perut Haiqal dengan riket.

Penatlah, Ara. Bukan pencen,” balas Haiqal.

Ye la tu. Akak, jom main,” Qaisara mengajak Qistina. Qistina memandang Qaisara tanpa riak.

Ha'ah, teringin juga nak tengok wife Haiqal main. Hebat macam Haiqal tak,” Sarah tersenyum nipis. Ada nada sindir sedikit. Qistina mengeluh sedikit.

Nah, guna riket abang,” hulur Qaisara. Qistina menyambut huluran Qaisara. Mereka berlalu ke court tennis. Haiqal dan Sarah melabuhkan punggung mereka di kerusi yang diduduki Qistina dan Qaisara tadi.

Qaisara memulakan permainan. Qistina hanya berdiri selamba. Macam tidak takut dengan bola tennis yang bakal dipukul oleh Qaisara.

Kau tengoklah cara wife kau berdiri. Macam tak reti aje,” kata Sarah. Matanya memandang Qistina.

Entahlah. Aku pun tak tahu dia pandai main ke tak,” balas Haiqal. Qaisara mula memukul bola tennis. Bola itu meluncur laju ke arah Qistina. Pantas Qistina memukul kembali. Malangnya Qaisara tidak dapat memukul kembali bola. Bola tersasar mengenai net. Qistina tersenyum. Kali ini giliran Qistina pula memulakan game. Dari gayanya memukul bola itu, macam professional player lagaknya.

First time Ara kalah dengan perempuan,” ujar Ara tercungap. Letih. Sarah agak terkejut dengan kemenangan Qistina. Dia menyangka Qistina tidak pandai bermain tennis. Haiqal menghulurkan air kepada Qaisara. Qaisara menghulurkan air itu kepada Qistina. Qistina menggeleng.

Pandainya awak main, Qistina,” puji Sarah. Entahkan ikhlas atau tidak. Qistina memandang Sarah yang tersenyum memandangnya.

Biasa aje,” balas Qistina pendek. Qistina meregang-regangkan ototnya. Nanti sakit badan pula kalau tidak berbuat demikian.

You look like a professional player aje,” teka Sarah. Haiqal membantu Qaisara meregang-regangkan ototnya. Tak pasal nanti malam adiknya mengadu sakit badan. Haru pula kena kacau dengan Qaisara nanti.

Qistina tersenyum. “ Dah nama pun bekas coach tennis,” balas Qistina tanpa sedar. Semua mata memandang Qistina serentak. Qistina mengangkat keningnya.

What? Tennis coach? Wow,” Qaisara menghampiri kakak iparnya.

Did I said that?" soal Qistina. Sarah mengangguk. Bulat mata Qistina. Macam mana boleh terlepas ni? Qistina berlalu pergi dari court tennis tanpa menghiraukan mata yang memandangnya. Laju dia melangkah kembali ke banglo.


Sejak kejadian Qistina terlepas cakap sebulan yang lalu,  Haiqal mula memikirkan siapa Qistina yang sebenarnya. Qistina hadir dalam hidup keluarganya tanpa dipinta. Gadis itu muncul secara tiba-tiba. Gadis yang telah membantu Tengku Adzha dan Tengku Amina dalam kemalangan lima bulan yang lalu. Kalau bukan kerana Qistina, pasti sampai sekarang suami isteri itu tidak dapat mencari jalan keluar.

Kereta yang dipandu pemandu Tengku Adzha terbabas lalu masuk ke dalam semak. Tengku Adzha dan Tengku Amina tidak sedarkan diri sejurus itu. Sebaik tersedar, mereka terpinga-pinga. Mereka cuba mencari jalan keluar. Pemandu Tengku Adzha pula hilang entah ke mana. Nasib mereka baik kerana terserempak dengan seorang gadis ketika sedang menyusuri jalan raya yang agak sunyi tanpa kereta yang lalu lalang dan gadis itu adalah Qistina. Qistina cuba meminta bantuan dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Jauhnya termenung,” tegur Tengku Amina. Dia ternampak Qistina sedang mengelamun di tepi kolam.

Mama. Tak adalah,” balas Qistina. Tengku Amina duduk dikerusi santai.

Habis tu, kenapa tengok air kolam tu macam nak tembus?” soal Tengku Amina dalam nada bergurau.

Tak tembus lagilah. Qis cuma teringat macam mana Qis jumpa dengan mama and papa. Macam mimpi,” jawab Qistina. Dia merendamkan kakinya ke dalam air kolam. Sejuk sedikit kerana sudah malam. Tengku Amina tersenyum. Dia sudah menganggap Qistina seperti anaknya sendiri.

Disebabkan ingin membalas budi Qistina di atas pertolongan yang diberikan, Tengku Adzha dan Tengku Amina meminta jasa baik Haiqal untuk mengahwini Qistina. Mereka mahu membela nasib gadis itu yang telah dihalau oleh neneknya sendiri. Kasihan. Namun, mereka sekeluarga masih tercari-cari latar belakang Qistina. Qistina pula hanya mendiamkan diri apabila mereka bertanya perihal keluarganya.

Takdir yang bawa Qistina ke mari. Haiqal dah balik tu. Pergi sambut,” suruh Tengku Amina. Qistina bangun lalu meninggalkan kolam renang itu dan menuju ke arah Haiqal. Tengku Amina turut berlalu.


Qistina berpusing ke kiri dan ke kanan. Sudah tiga puluh minit dia berbaring tapi masih belum boleh tidur. Haiqal yang berada di sofa sedang menonton rancangan kesukaannya tidak menghiraukan Qistina. Sudah tiga bulan mereka bergelar suami isteri, namun masing-masing membawa haluan yang berbeza. Haiqal pula menjadi bisu apabila bersama Qistina.

 Tak boleh jadi ni. Aku kena buat something. Tunggu cik abang sayang. Awak belum kenal lagi wife awak ni, omel Qistina. Qistina sudah merangkakan sesuatu. Qistina bingkas bangun dari pembaringannya. Dia turun dari katil dan duduk disebelah Haiqal yang sedang ralit menonton rancangan kegemarannya itu. Qistina mencapai remote control dan menekan punat 'off'. Haiqal yang terkejut merenung Qistina tajam.

Teman saya tidur,” kata Qistina selamba. Bukan dia tidak perasan Haiqal yang sedang merenungnya tajam dengan amarah yang ditahan.  Handsome pula awak buat muka serius macam tu. Tapi saya tak takutlah. Sempat lagi Qistina bermonolog sendiri.

Saya tak boleh tidurlah. Temanlah kejap. Tak sakit badan ke asyik tidur atas sofa ni?” ajak Qistina lagi dengan nada yang lembut.

 Dia memegang lengan sasa Haiqal namun Haiqal menepisnya kasar. Haiqal berdiri. Lagi lama dia tengok perempuan ini, makin muak dibuatnya. Gedik! Qistina turut berdiri dan menarik lengan sasa Haiqal daripada berlalu. Sudah berbulan dia tidur tidak berteman. Memang sudah menjadi tabiatnya untuk tidur berteman. Tapi sejak dia datang ke banglo ini ditahan perasaan takutnya. Hampir setiap malam Qistina terpaksa menelan pil tidur.

Disebabkan trauma yang dialaminya, dia tidak boleh tidur kalau tanpa berteman. Sebelum ini, ada juga uminya yang menemani tidurnya. Tapi sekarang, siapa lagi nak diharapkan kalau bukan suaminya sendiri.

“ Teman saya kejap. Please. Lepas saya tidur, awak pergilah mana awak nak pergi,” rayu Qistina. Dia sudah tidah tahan dengan gangguan masa lalunya.

Selama ni boleh pula kau tidur tak berteman,” rengus Haiqal. Baginya Qistina seorang yang mengada-ngada.

“ Malam ni and seterusnya tak boleh tidur tak teman. Please. Saya takut,” rayu Qistina lagi. Semakin kuat dia mencengkam lengan Haiqal.

Kau ni dah kenapa? Gila,” kasar Haiqal berkata. Dia cuba menarik lengannya, namun gagal kerana cengkaman Qistina terlalu kuat.

Please…” Qistina bersuara separuh menangis. Dia menunduk. Air mata sudah mula menampakkan manik-maniknya.

Menyusahkan oranglah kau ni. Jomlah tidur. Mengada,” bentak Haiqal. Akhirnya dia mengalah. Qistina menyapu air matanya. Dia menarik lengan Haiqal. Haiqal mengikut langkah Qistina dengan hati membengkak. Semakin bertambah bencinya kepada Qistina. Qistina naik ke katil dan diikuti Haiqal. Lengan Haiqal masih di dalam pegangan Qistina. Pertama kalinya, Qistina berasa sangat tenang. Tidurnya ditemani Haiqal.


bersambung....

No comments:

Post a Comment