Thursday 26 December 2013

Cerpen : The Dreaming Princess 1

Assalamualaikum.... and hye!!!
Cerpen baru lagi... masih fresh...
Yang dah siap...biar berkulat dulu... Tsk...
Cuma cerita biasa dan... bukan luar biasa (the cliche thing)
JUST ENJOY YOUR READING!


Kisah mimpi Qisya…

Abah berpesan kepada aku agar bermain di sekitar waterfall sahaja. Namun, aku meminta izin dari abah untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan kampus yang diduduki adikku. Setelah abah memberi keizinan, aku meminjam sebuah basikal di pondok yang berdekatan dengan waterfall. Nasibku baik kerana pak cik guard itu sudi meminjamkan aku basikal miliknya. Kebetulan dia tidak menggunakan basikal itu.

Aku mula mengayuh basikal perlahan. Aku dapat melihat suasana di sekitar kawasan kampus, Pelajar-pelajar berkeliaran di kawasan kampus. Ada yang sedang bermain. Dan ada juga hanya mengambil angin. Sedang aku bersiar-siar, aku ternampak dua orang pelajar yang juga sedang berbasikal seperti aku. Disebabkan aku pernah menuntut di kampus ini jadi aku kenal dengan dua orang pelajar itu. Mereka adalah junior kepada sahabat sekelasku dulu.

Tanpa aku sedar, aku sudah mengayuh pedal basikal mengekori kedua orang pelajar itu. Semakin lama mereka mula memasuki kawasan berbangunan. Basikal dihentikan dan mereka mula mengangkat basikal mereka. Aku turut berbuat demikian. Dari pemerhatian aku, bangunan di sekitar aku sedang dalam proses pembaikan. Mungkin ingin direnovate.

Tiba di satu kawasan, aku jadi teramat pelik. Sebelum ini, aku tidak pernah melihat kawasan itu sepanjang aku berada di sini. Namun, aku tetap mengekori mereka. Kami mula melepasi kawasan berumput panjang. Seperti tiada sesiapa yang menjaga. Bukankah itu juga kawasan kampus? Aku mula bersoal.

“ Kak nak pergi mana?” Salah seorang pelajar itu berpaling ke arah aku. Aku cuba tersenyum. Iyalah, aku ditegur secara mengejut begitu.

Junior Yana kan?” Pelajar itu mengangguk. Senyuman aku bertukar menjadi senyuman lega.

“ Kak nak ikut kami?”

“ Adik berdua nak pergi mana?”

“ Kami just nak jalan-jalan sekitar sini ja. Sampai depan sana, kami patah baliklah,” Aku terangguk-angguk.

“ Oh, okay,” Mereka berdua tersenyum dan mula menolak basikal ke tempat yang dimaksudkan tadi. Sedang mengekori mereka, aku mula gelisah kerana aku kehilangan jejak mereka.

Kepalaku mendongak melihat sekeliling. Di mana aku? Aku mula mencari arah untuk meneruskan langkah. Saat itu telinga aku terdengar bunyi bising. Kakiku mula bergerak ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya bunyi itu datang dari beberapa buah lori dan bulldozer yang sedang membaiki jalan.

Basikal yang dipimpinku diletakkan ke tepi. Aku mendekati sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di sekitar situ. Mereka mula beredar sebelum aku sampai. Aku hanya mampu mengekori langkah mereka. Tanah yang masih merah, aku pijak. Bunyi yang aku dengar tadi semakin bising. Aku mendaki bukit yang tak berapa tinggi itu dan terdapat jalan raya rupanya.. Mataku tertancap pada sebuah bulldozer yang sedang melakukan kerjanya.

Di sebelah kananku, kanak-kanak yang bermain tadi cuba melintas ke seberang jalan. Tiada orang dewasa yang membantu mereka. Jadi, aku melangkah mendekati kumpulan itu untuk membantu mereka menyeberangi jalan memandangkan agak bahaya jika mereka sendiri.

“ Adik-adik nak melintas ke sana?” Kumpulan kanak-kanak itu mengangguk laju.

Aku melihat ke kanan dan ke kiri. Lalu lintas agak lengang. Aku memimpin mereka melintas ke seberang. Entah macam mana, ketika kami sudah sampai di seberang jalan, terdapat sebuah lori sedang mengundur. Bulldozer pula sedang berpusing perlahan. Jantungku mula berdegup laju. Mereka tidak nampakkah kami di sini?

Kesesakan lalu lintas berlaku kerana sikap penting diri. Masing-masing tidak mahu mengalah mengalihkan kenderaan berat itu. Aku cuba membawa kanak-kanak itu keluar dari situ. Mereka mula berpaut padaku. Mungkin ketakutan dengan keadaan itu. Suara-suara pengguna jalan raya mula kedengaran memarahi pemandu-pemandu lori di situ.

Semakin kuat tangan kumpulan kanak-kanak itu mencengkam bajuku. Aku memikirkan cara untuk keluar dari situ. Hanya satu jalan keluar sahaja yang boleh kami gunakan. Namun, jalan itu ditutupi dengan sebuah lori tanah. Dengan kekuatan yang aku ada, aku cuba membawa mereka keluar dari sebalik kenderaan-kenderaan berat itu.

Aku berpaling ke belakang. Mata aku berair tatkala melihat semua kanak-kanak itu sudah tercampak di atas jalan. Aku tercengang. Tanganku mula menggeletar. Apa yang aku dah buat?! Seorang buruh yang bekerja pun tidak endahkan kumpulan kanak-kanak yang bergelimpangan di situ. Jeritanku langsung tidak  berhasil memanggil mereka.

Dengan tenaga yang ada aku berlari ke sebuah kebun kecil dan terdapat sebuah rumah kecil yang terbiar. Tanganku mencari telefon bimbit di dalam beg sandang yang memang tersangkut di bahuku. Tanganku menggeletar. Ketika itu di dalam kepalaku hanya terfikir untuk menghubungi polis.

Aku cuba mendail nombor kecemasan namun nombor telefon sebaliknya yang muncul. Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang memakai scarf di kepala menghampiriku dengan kelam kabut. Dipegangnya tangan aku. Dia meminta maaf dariku. Setelah itu dia masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Aku jadi kebingungan. Siapa?

Dan ketika itu aku tersedar, aku sudah berada di dalam rumah terbiar itu. Mataku terpandang pula ke sebuah bilik. Beberapa orang remaja perempuan sedang ketawa dan tangan masing-masing memegang gelas. Badan mereka melenggok seperti sedang menari.

Aku menarik nafas panjang. Tanganku cuba mendail lagi. Aku berselindung di sebalik pintu. Pintu yang terbuka luas membuatkan aku dapat melihat sebuah kebun. Aku mengintai di sebalik pokok-pokok kecil. Seorang lelaki yang berpakaian jaket kulit hitam dan berkaca mata sedang berbual. Namun, aku hanya dapat melihat lelaki itu seorang sahaja.

Aku mula ketakutan. Di mana aku sekarang ni? Kenapa aku berada di sini?
Pintu masuk tadi aku hampiri. Aku cuba menolak namun gagal. Rupa-rupanya pintu sudah terkunci. Aku mengetok pintu perempuan yang memakai scarf tadi namun tiada jawapan. Tanganku pula laju mendail nombor kecemasan. Namun gagal. Ya Allah, apa yang berlaku kepada aku ini?

Derap kaki melangkah semakin mencuri pendengaranku. Bibirku beristigfar. Seluruh badanku mula kesejukan. Mindaku pula mencari jawapan akan apa sedang yang berlaku. Di luar sedar, seorang lelaki mendekati aku. Dia tersenyum sinis. Kaki aku mengundur ke belakang. Bibirku tidak henti memohon pertolongan dari Allah.

“ Qisya! Qisya! Qisya!”

Aku terdengar jeritan yang memanggil namaku. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga aku melepaskan dari lelaki yang ku sangka orang jahat itu.

“ Skemanya esei kau, Qisya,” Qisya tersentak. Dia berpaling ke belakang. Jeritan Syira ke tadi tu? Sahlah aku berangan lagi ni.

“ Kau buat apa kat sini, Syira?”

“ Aku datang nak melawat kaulah. Mama kau cakap kau ada kat bilik. So, aku naiklah bilik kau,” balas Syira sambil melabuhkan punggungnya di katil Qisya.

“ Dah lama ke kau masuk bilik aku?” Qisya memusingkan kerusinya agar menghadap sahabat baiknya itu.

Emmm, aku dah khatam cerita kau tu kot,” Syira tersengih. Bukannya dia tahu, Qisya tidak suka jika ada orang yang melihatnya sedang menulis. Janggal katanya.

“ Alah, kenapa kau tak panggil aku. Sengetlah kau ni, Ra,” Qisya buat muka.

Sorrylah, dear. Aku dah ketuk pintu bilik kau tadi. Tapi, as usual…no answer. Aku dah agak dah kau mesti tengah writing. So, aku masuk ajelah. Cerita apa pulak kau tulis tu?”

Hmmm…entahlah. Aku pun tak pasti. Cerita mimpi aku semalam kot,” jawab Qisya sambil kembali menghadap laptopnya.

“ Mimpi? Merapu jugak eh mimpi kau tu. Sampaikan bulldozer semua keluar,” Syira ketawa kuat. Macam lucu pula cerita Qisya itu.

Qisya mencampak teddybear kecilnya ke muka Syira. Terus terdiam sahabatnya itu.

“ Kau tahu tak…aku mimpi benda ni sampaikan aku bangun pagi tadi, berdebar jantung aku ni. Gaya atlit pecut kolej kita dulu,” kata Qisya.

“ Mimpi aje kan. Chill lah. Abah dah bagi kau pergi kerja ke?”

Qisya menggeleng laju. Dia bangkit dari kerusi dan duduk di sebelah Syira.

“ Pagi semalam pergi hospital, doc bagi MC lagi sebulan. Abah yang minta. Takut kaki aku ni tak sembuh lagi,” balas Qisya.

“ Macam tu? Apa kata kau ikut aku balik kampung, Qisya. Kau kan selalu berangan nak pergi rumah tok wan aku tu,” Qisya tersenyum lebar. Wah, boleh release tension. Lagipun, cutinya banyak lagi. Kalau asyik dok mengadap laptop 24 jam pun muak juga. Manalah tahu dapat idea baru untuk buat novel.


“ Weh, nak! Nanti aku bagitahu abah dengan mama. Ee, seronoknya,” Syira memeluk Qisya kuat. Tahu sangat Qisya memang teringin gila nak pergi kampungnya di utara Malaysia itu.

To Be Continued...

1 comment: