Thursday 26 December 2013

Cerpen : Dia...Mr All Right 2


“ Assalamualaikum, ammi,” Irine memberi salam.

“ Waalaikumsalam. Dah makan?”

“ Dah. Ammi dengan abah bertolak pukul berapa ni?”

“ Lepas maghrib. Tapi nak kena pergi dah ni. Balik kampung naik flight. Abah malas nak drive,” Irine hanya menganggukkan kepalanya.

Where is Danish? I take him…”

“ Ada kat atas. Baru aje tidur. Lea pergi pasang baby sit dulu. Nanti ammi ambil Danish,” suruh Hajah Syakirah. Irine pantas mengambil baby sit di tepi pintu. Semua kelengkapan Danish sudah siap di pintu.

“ Kalau Danish buat perangai, Lea call abah. Tak pun abang Qi,” pesan Haji Radhi.

“ Iya, abah. Abah dengan ammi take care kat sana. Kirim salam dekat tok aki eh…”

“ Iyalah. Meh abah tolong,” Haji Radhi mengangkat raga berisi makanan Danish dan juga beg baju bayi berusia sebelas bulan itu.

“ Dah siap pasang?” Muncul Hajah Syakirah yang sedang mendukung Danish di muka pintu.

“ Dah. Kat sit depan…”

Hajah Syakirah meletakkan cucunya ke dalam baby sit dengan penuh berhati-hati. Takut bayi itu terjaga. Susah pula Irine nak memandu nanti.

“ Jaga diri. Insya Allah, lusa nanti abah dan ammi balik. Jaga Danish elok-elok,” Irine memeluk amminya.

Alright, ammi. You take care too. I love you,” Hajah Syakirah mencium pipi anak perempuannya. Kemudian Irine memeluk Haji Radhi pula.

“ Hati-hati bawa kereta tu…”

Okay, abah. Lea pergi dulu,” Irine melambai kedua ibu bapanya sebelum masuk ke dalam perut kereta.


Keesokannya, Irine membawa Danish ke shopping mall. Alang-alang Danish ada bersama, bolehlah dia berbelanja untuk anak saudara kesayangannya itu. Selalunya dia membeli barang mainan sahaja. Nak belikan baju, dia kurang pasti saiz Danish. Baju yang dia beli bulan lepas sahaja dah tak boleh pakai. Danish membesar cepat sangat. Setiap bulan kena beli baju baru. Memang patut orang kata perbelanjaan bila dah ada anak sangat banyak. Harga susu dan pampers sahaja dah tinggi.

Irine menolak stroller ke dalam kedai barang kelengkapan bayi. Teruja pula tengok barang-barang bayi yang comel itu. Sekali, Danish yang teruja. Barang-barang dia kan. Irine membelek beberapa helai baju untuk Danish. Si kecil juga sudah pandai demand. Semua baju yang disua Irine ditolaknya. Irine mendukung Danish dan menyuruh si kecil itu memilih sendiri baju kesukaannya.

Ah, cute,” Irine mengangkat wajahnya dan orang pertama yang dia nampak, si mamat annoying!

“ Anak ke ni?” soal perempuan di sebelah Izale. Wife dia ke ni? Irine tertanya-tanya sendirian.

“ Lebih kurang anak jugaklah. My nephew, Danish,” Danish melambaikan tangannya. Mulutnya becok bersuara. Tapi satu apa pun tak faham.

“ Oh, comel. Tembamnya,” Perempuan itu mencubit pipi Danish. Irine hanya tersenyum.

“ Cik Lea, dah pilih?” tanya pekerja perempuan di kedai itu.

“ Dah. He just did it, Sofea.”

“ Eh, Danish dah pandai pilih sendiri. Mummy Lea tak pandai pilih eh…”

“ Sofea, stop it,” Irine buat muka kasihan. Dia malu kerana Izale asyik memandangnya sahaja dari tadi.

Okay, mem,” Sofea berlalu dari situ. Rupanya Sofea yang merangkap bestfriend Irine itu merupakan pemilik kedai kelengkapan bayi ini.

I wish I will have a baby one day,” kata perempuan itu sayu.

“ Amin…”

“ Eh, lupa pulak nak kenal diri. I, Anis. And ini my bestfriend, Faris,” Irine hanya menganggukkan kepala. Ceh, buat-buat tak kenal pula. Den hengat Anis ni wife si encik annoying tadi.

She’s my staff, Anis,” Irine mencebik. Orang baru nak main rahsia-rahsia.

“ Lah, ye ke? Awak?”

I’m, Irine…”

I’m sorry. But I heard that girl called you…Lea,” Anis mengutarakan kepelikannya. Anis ni memang lurus sikit.

“ Oh, Irine Azalea. My family and close friend used to called me, Lea,” jelas Irine lembut. Dia berasa tenang berbual dengan Anis. Wajah itu nampak lembut sekali. Tak lekang dengan senyuman. Peramah pula tu.

“ Ris, kalaulah Anis ada anak…mesti best kan?”

“ Anis, stop mention about that please. Kata nak cari hadiah untuk ipar you,” Anis mencebik. Geram dengan angin si Izale ni. Nak harapkan suami yang teman jangan mimpilah. Awal-awal lagi dia dah pesan suruh ajak Izale saja. Dia tak ada masa.

“ Lea, nak apa-apa lagi tak?” tanya Sofea.

“ Erm, baby nak apa lagi? Tunjuk aje. Kita suruh auntie Sofea belanja ya,” Sofea mencekakkan pinggangnya.

“ Amboi kau. Aku bagi free bila kau ada anak aje nanti,” balas Sofea.

Whatever. Cakap sayang Danish, takkan tak boleh belanja. Kan, baby,” Danish menyahut. Namun hanya mampu ‘aaaaa’ sajalah. Baru nak masuk setahun memang tak pandai cakap lagi kan. Irine menghulurkan kad kreditnya kepada Sofea.

“ Irine,”

Yes?”

How about lunch sekali dengan kita orang?”

Lunch? Boss tak takut ke orang  mengata boss,” balas Irine perlahan.

“ Kata apa pulak?”

“ Eh, dia tu keluar lunch dengan dua orang binilah. What a great phenomenon?” Izale ketawa perlahan. Pandai si ex model ni buat cerita panas.

So…you’re my ‘wife’lah sekarang kan. That was sooo cute to have a baby before married,” Irine menampar lengan Izale kuat.

“ Shuhhh, you dared said that in front of my baby…”

What’s wrong? He love that what. See,” Memang seronok pun. Asyik meloncat saja si Danish tu dalam dukungan Irine.

“ Ris, I’ve found the present,” Anis menghampiri Izale. Dia sebenarnya cemburu melihat Izale seakan mesra sahaja dengan Irine. Itu bukan mesra Puan Anis oi. Tapi tengah cari pasal. Tunggu lagi dua minit meletus terus perang.

You’re so adorable, darling,” puji Izale. Pandai Anis memilih set kelengkapan bayi dan juga beberapa pasang stoking bayi.

Of courselah. Anis Juliana kan,” Anis tersenyum manis.

Okaylah, boss. Saya pergi dulu,” Irine meminta diri setelah selesai membayar. Dia meletakkan Danish ke dalam stroller. Macam nak menangis pun ada apabila diletakkan dalam stroller.

Babe, nanti singgah lagi,” kata Sofea.

“ Insya Allah. For my own baby pulaklah eh,” balas Irine. Mereka ketawa kecil. Setakat cakap bolehlah. Entah bila si Irine ni nak kahwin pun tak tahu.

“ Irine, you’re so lovable in that dress,” Izale memuji perlahan. Irine tersentak. Dikecilkan mata memandang Izale. Ni puji ikhlas ke perli. Malas nak ambil tahu. Dia hanya mengenakan petty chiffon casual short sleeve dress bercorak dan cardigan hitam. Biasa sahaja. Apa yang lovablenya? Tsk.

Thank you, boss,” ucap Irine sebelum berlalu. Anis yang perasan itu berasa geram. Ingat kau tu bini dia ke apa nak marah-marah. Huh!


Azyan merenung Irine dari atas ke bawah. Bagaikan tidak percaya Irine di hadapannya adalah Irine yang sama yang dia kenali. Mantan model yang berhenti kerana menghormati title ibu bapanya sebagai haji dan hajah.  Dan kini merupakan seorang eksekutif kewangan di TFI Holdings. Dengan penampilan Irine yang berpakaian lebih sopan. Walaupun tidak bertudung, dia kini sudah menutup bahagian yang pernah ditontonkan sebelum ini. Azyan gembira kerana Irine mencuba untuk berubah.

“ Macam mana, kak Yan? Okay tak?” tanya Irine ceria.

Okay sangat. You look so beautiful, dear. Orang dah cantik kan,” Irine memeluk Azyan erat. Tenang rasanya apabila perubahannya diterima baik.

“ Ehem,” Azyan dan Irine tegak berdiri. Dipandang makhluk di hadapan mereka.

“ Ni kenapa? Nak nyanyi lagu Negaraku ke?” sindir Izale. Namun dalam nada bergurau.

“ Hampir-hampir. Awalnya boss datang,” kata Irine sambil mengemaskan mejanya. Azyan masih tercongok di situ. Ditenungnya Izale. Wah, cair dibuatnya.

“ Kak Yan, apa yang tengok boss sampai macam tu sekali?” Irine menggawangkan tangannya di hadapan mata Azyan. Kalau dibiarkan, dipeluknya si Izale tu nanti. Tak ke naya.

“ Hah, sorry. Saja nak hayati ciptaan Allah,” Azyan tersengih. Izale tersenyum. Selalu juga staff perempuannya begitu. Cuma, Irine sahaja yang biasa-biasa. Tak lut dengan wajah dia yang tampan ni.

“ Azyan, saya nak awak siapkan laporan yang berkaitan dengan pembekal dari Jepun tu. Saya nak esok dah ada atas meja saya. Dan Irine…ikut aku jumpa client,” Izale bersuara tegas. Tak tegas nanti, staff pijak kepala.

“ Baik, boss,” Azyan mencapai fail di rak belakang dan terus melakukan kerjanya. Irine pula bersiap untuk keluar berjumpa pelanggan. Entah kenapalah eksekutif kewangan perlu keluar jumpa pelanggan. Hairan juga dia.


Setelah tiba di rumah pelanggan untuk melihat keadaan, Izale meminta agar Irine mencatat segala kekurangan yang dia nampak. Senang nak diubahsuai nanti. Izale menekan loceng rumah banglo tingkat itu. Irine masih lagi dengan kepelikannya. Bukankah boss dia ni memerlukan setiausaha? Bukannya dia. Haish, dah ada secretary pun masih nak susahkan orang.

Pintu pagar elektrik rumah banglo itu terbuka perlahan. Irine mula meneliti sekitar kawasan yang boleh dilihat dari sudut dia berdiri. Semuanya okay. Kemas. Dia langsung tidak dapat melihat kelemahan pada setiap sudut di hadapannya. Beberapa minit kemudian, muncul seorang wanita dalam lingkungan 30-an menghampiri mereka.

“ Sampai pun you, Izale. I ingat you tak datang,” Hampir nak termuntah Irine mendengar suara manja client itu. Apa kes dok menggoda depan dia ni?

So, which part…do you want us to renovate?” Izale malas berlama di sini. Rimas rasanya. Kalau ikutkan dia, memang tak nak dia terima semasa Linda, janda anak tiga ini memintanya untuk mengubahsuai rumah wanita itu.

Relaxlah, Izale. We have the whole time for us. So, this is your secretary?”

Meet my…future wife,” Gulp. Hampir nak tumbang Irine dibuatnya. Apa? Future wife? Huh, elok sangatlah menipu.

I’m, Irine,” Irine menghulurkan salam. Namun tidak disambut Linda. Cemburulah tu jejaka pujaan dia dah ‘diambil’ orang.

Your future wife? I thought you said before you will marry in thirty something. I’m shocked,” kata Linda tidak percaya.

Nothing to shocked, Cik Puan Linda. Sooner or later…I’m still be marry right. So, get back on our work. Which part do you wish to renovate?”

Swimming pool. Anak-anak I selalu mengadu tak sesuai decoration kat situ,” balas Linda. Mereka bertiga bergerak ke kolam renang yang tidak berapa jauh dari situ.

It quite slippery too, Linda. I suggest you letak rumput palsu kat sekeliling pool ni. Takut anak-anak you terlicin ke apa ke?” Linda tersenyum. Izale masih ambil berat tentangnya lagi. Itu bukan ambil berat tapi dah memang kerja dia ya, Cik Puan Linda.

Can I ask you something?” Irine memandang Linda dengan wajah keliru. Linda hanya mengangkat keningnya sahaja.

Do you need a designer to renovate your house or…a husband?”

“ Irine,” tegas suara Izale ketika itu. Tidak suka cara Irine bertanya sesuatu yang kurang sopan itu.

What do you mean, Cik Irine?” tanya Linda ingin tahu.

“ Saya dengar Izale sebut anak-anak. Means that anak you lebih dari seorang. Tapi kenapa system keselamatan kat rumah ni kurang? Slippery swimming pool, lutsinar sliding door tanpa langsir dan ruang rehat yang sangat dekat dengan pagar. Setiap sudut perlukan pengawasan. It was so okay if only you in this house,” Ternganga mulut Linda. Tidak sangka gadis itu perasan akan keadaan rumahnya yang kelibut itu.

Memanglah jika dipandang dari pintu pagar, rumahnya kelihatan sempurna. Tetapi jika diberi perhatian di seluruh kawasan, pasti banyak kekurangan.

So…do you think my children will be safe if I’m married?”

Part of it. But, still…a single mother mampu buat semua ni jika dia fikirkan keselamatan anak-anak. Lagipun, ruang rehat yang terlalu dekat dengan pagar agak bahaya. Kanak-kanak tak tahu semua tu bahaya,” ujar Irine. Izale kagum dengan ketajaman mata Irine yang mampu melihat dari sudut yang berbeza. Dia yang sudah lama berada dalam bidang ini pun tak perasan akan tahap keselamatan rumah besar ini.

“ Maksud you, I tak layak jaga anak-anak I? You tak pernah rasa apa yang I lalui. Ingat senang ke jadi ibu tunggal ni,” balas Linda tegang. Dia merenung Irine tajam.

I setuju dengan Irine, Linda. Rumah you sekarang tak sesuai untuk anak-anak you. Dulu mungkinlah okay tapi sejak you bercerai dan anak-anak tinggal dengan you, I rasa tak cukup baik keselamatan kat sini. Anak-anak you pun semakin membesar. Boleh jadi aggressive kalau tak pantau,” kata Izale dengan nada meyakinkan.

“ Memang terbaiklah cara you buat kerja. Pandai buat duit. Okaylah, I akan tinggalkan rumah ni untuk senangkan kerja-kerja renovation. You buatlah apa yang patut. Kalau ada apa-apa masalah, you call aje I,” Linda tersenyum. Irine tersenyum nipis. Cakap Izale nak pula dia dengar.


Izale melabuhkan punggungnya di kerusi kayu jati di luar rumahnya. Ditangannya terselit sebuah Ipad. Dia mendongak memandang langit seketika sebelum melarikan jarinya di dada Ipad jenama Apple itu.

“ Irine Radhi?”

Tangan Izale laju menekan link blog yang tertulis ‘Irine Radhi’ itu. Bibirnya menarik senyuman saat matanya terpandang gambar Irine yang menjadi header blog. Dan matanya tertarik dengan salah satu gambar yang di post oleh Irine. Gambar Irine mendukung Danish sambil ketawa. Nampak sweet sangat. Dan yang paling menjadi tumpuan Izale apabila melihat Irine manis berbaju kurung moden.

Hye, selamat hari raya aidiladha. hari ni Irine beraya di kampung Irine di Penang. guess what? all my cousins, uncles and aunties balik beraya rumah tok aki. tok aki dah plan awal-awal nak buat korban. so, memang semua gather sekalilah. yang dah lama Irine tak jumpa tu pun dapat jumpa tahun ni. tak macam hari raya aidilfitri hari tu. Irine beraya kat KL aje. sebab tu seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. it was so sweet bila ada cousins Irine yang balik dengan family dia orang. owwwwhhhh, me? so jealous you alls. everyone keep asking me…’bila nak kahwin, Lea?’ ‘tak rasa nak makan beradab ke?’ ‘tak sabar nak tengok anak Lea. macam manalah rupa dia?’ … and I was a little dazed. why??? because I’ve never have any special boyfriend. Irine tak tipu eh. It was the truth! i was so jealous when cousin perempuan Irine siapkan husband and their little cute baby. i want that too! nampak tak tahap terdesak Irine? Irine rasa macam dah jadi andartu even baru dua puluh enam tahun. tu kira dah tua okay. someone…please make me as your wife! so desperate Irine Azalea ni ya. huh! i stop here, guys. my brotha keep calling me. nak suruh mengasuh Danishlah tu. tak boleh tengok orang senang. enjoy my pic. my big family gathering at sawah kontang. that lembu was scared being korban… I think.

Izale tersenyum sendiri. Dia melihat gambar-gambar sepanjang majlis korban di kampung Irine. Comel sahaja apabila matanya terpandang salah satu gambar yang menunjukkan Irine sibuk melayan kerenah anak-anak buahnya yang lain. Suka kanak-kanak rupanya si Irine ni. Izale masih ingin menyelongkar blog milik Irine. Entry seterusnya dia dijamu dengan foto Irine yang sedang elok berdiri di atas pentas dengan gaun paras lutut berona turqoise. Rambutnya yang panjang menutup bahagian bahu yang terdedah.

throwback my old job. modeling! kawan-kawan selalu tanya Irine. tak rindu ke nak buat modeling balik. tu kan favourite job Irine? but no thank. Irine rasa dah cukup empat tahun buat modeling bagai. Irine dah penat travel pergi sana sini. nak habiskan masa dengan abah and ammi pulak. rindu nak gather balik. seriously speaking, Irine enjoy sangat dengan job Irine masa tu. sampailah Irine realize something. bila abah and ammi pergi buat haji. Irine thought mesti dia orang akan dapat title haji dan hajah. and apa yang orang akan kata bila anak dia orang seorang model. kalau model muslimah tak apalah jugak. ini model yang terdedah sana sini. so, Irine bagitahu manager nak stop buat modeling. manager Irine ada jugak pujuk jangan berhenti tapi Irine ni keras kepala. lagipun, abah dengan ammi selalu pesan…’jangan bazirkan degree yang Lea ada. appreciate hasil penat lelah time Lea study dulu. bila lagi nak practice?’…dan after one month I’m quit from modeling, Irine apply kerja kat company yang buat kerja-kerja decoration rumah. tapi Irine tak apply interior design or any kind of that. Irine apply eksekutif kewangan. sesuai dengan degree yang Irine ada. perakaunan. dan bermulalah kerja Irine di syarikat yang selalu ambil project besar tu. Irine enjoy sangat kerja kat situ. even ada jugak yang dengki dengan Irine. but, i’m okay with that. biasala tu. lumrahlah kan. dah dua tahun pun Irine kerja kat situ. alhamdulillah. okaylah, i’ve got to go. nak balik kampung sambut aidiladha. hoyeay!

So…this was the other side of you, Irine Azalea. Quite interesting,” Wah, advance kau Izale. Bukan main suka lagi kau stalk Irine kan. Tapi bila berjumpa ada saja yang kau cari pasal.


1 comment: