Selamat Tahun Baru...
Cerpen bersiri pertama untuk tahun 2014...YEAY!
SELAMAT MEMBACA!
Cinta Cameron... full of suspens... ---> tak adalah suspens sangat pun...
Nama di beri
Nur Arisa Aidina. Hanya seorang gadis biasa dan berasal dari keluarga yang
sederhana sahaja. Nak kata dia cantik…tidaklah secantik Izara Aisyah. Cuma,
wajahnya manis dipandang. Memiliki tubuh yang sederhana tinggi. Tidaklah
terlalu gemuk. Sedang-sedang sahaja. Tapi ahli keluarga sering memanggilnya
gelaran yang berkaitan dengan ‘gemuk’. Huh! Tapi, kini sejak habis diploma… dia
trained terus diri dia untuk kurus.
Dan, akhirnya baju saiz S sudah muat ditubuh.
Di universiti
dulu, siapa saja yang nak pandang dia? Cuma pandang sebelah mata tu bolehlah.
Kadang-kadang Arisa terfikir, wujudkah lelaki yang berminat akannya? Huh! Jauh
kau berangan Arisa. Usia baru mencecah dua puluh satu tahun… dah berangan nak
kahwin. Itulah jadinya kalau banyak sangat baca novel. Sampaikan malam nak
peperiksaan akhir pun masih baca novel.
“ Arisa!”
Kaki yang tadinya digoyangkan terhenti dan novel yang dipegang diletakkan ke
tepi. Mata Arisa kini terpaku di pintu bilik yang tertutup.
“ Yes, mum…”
“ Bahasa
apa hang pakai ni, Arisa oi. Mai turun tolong mak sat,” Arisa mengeluh. Mukanya dibenam ke bantal. Dengan malasnya
dia keluar dari bilik.
“ Tolong
apanya, mak?”
“ Ni hah.
Tolong mak kukuq nyok sat. Sat lagi nak buat gulai ayam kat abah
hang. Abah balik makan tengah hari,” laung Puan Zaharah dari dapur.
“ Holah…”
Arisa
membuka pintu bilik malas. Dia melangkah ke dapur. Dipandang Puan Zaharah dengan
hujung mata. Pengukuq kelapa dia
keluarkan dari kabinet bawah dapur. Kelapa yang telah siap dibelah dia capai.
“ Bila
nak pi Cameron Highlands?”
“ Lusa,
mak. Kenapa?” Arisa duduk bersimpuh di atas pengukuq
kelapa. Terus dikukur kelapa itu. Sudah biasalah katakan.
“ Sajalah
tanya. Betoi ka boleh pi sorang-sorang ni?” tanya Puan
Zaharah. Dia sebenarnya tidak percaya anak bongsunya mampu melancong seorang
diri.
“ Ish,
mak ni. Arisa okey ajelah. Awat? Mak
tak percaya kat cheq ka?” Walaupun
Puan Zaharah berbicara menggunakan bahasa ibundanya, loghat utara, namun Arisa
masih kaku dalam loghat itu kerana sudah biasa dengan percakapan loghat orang
Ipoh. Ikut Encik Zakari yang memang asal dari Ipoh. Tambahan pula, mereka
memang menetap di bandar Ipoh.
“ Mak
bukan tak percaya tapi kurang percaya. Anak mak sorang ni bukan boleh. Sat lagi dok buat sendu tengah-tengah Cameron Higlands tu sapa nak jawab,” Arisa tersengih.
“ Mak oi,
Arisa okeylah. Dah biasa travel
sorang-sorang kan. Lagipun, Arisa pergi lima hari aje,” Puan Zaharah mengerling
anak perempuan bongsu dia. Ada saja alasan budak tu. Kalau A, maknanya jawapannya
tetap akan A.
“ Yalah,
mak percaya. Tapi, jangan dok buat
lupa tak mau balik pulak. Haru biru
mak dengan abah nanti,” kata Puan Zaharah sambil mengangkat ikan goreng dari
kuali.
“ Insya
Allah. Boleh survey tempat honeymoon sekali, mak,” Terjengil mata
Puan Zaharah. Arisa menyembunyikan senyumannya.
“ Amboi,
galaknya hang. Umuq baru setahun
jagung, nak menikah dah. Sabaqlah sat,” Kan dah terkena.
“ Aloh,
mak ni. Kawan-kawan Arisa ramai yang dah kahwin. Arisa pun teringin jugak,
mak,” Hah, sudah! Haru sungguh budak Arisa ni.
“ Tak
apalah. Abah balik sat lagi, mak habaq kat abah hang,” Puan Zaharah cuba
mengugut Arisa.
Arisa
bangkit dan meletakkan kembali pengukuq
kelapa di tempatnya. Bekas kelapa yang sudah siap dikukur pula diletaknya di
atas pagha(kaunter) jubin.
“ Arisa
melawak ja, mak oi. Tak maulah kahwin awal-awal. Orang nak sambung belajaq dulu, lepas tu kerja,” Puan
Zaharah menghampiri Arisa. Dipeluknya bahu Arisa.
“ That is my daughter,” Arisa membulatkan
matanya. Ini mesti gheja abah dialah
ni mengajar mak bahasa oghang putih.
Tapi, inilah ibu kebanggaannya. Tempat dia mengadu masalah dan juga berkongsi
cerita.
*****
Arisa
menyedut udara segar tanah tinggi, Cameron Highlands. Dia melangut memandang
bangunan di hadapannya kini, Hotel Rainbow. Dengan duit hasil dari kerja
sambilan dan sedikit duit belanja daripada Encik Zakari, dia memang mampu
menginap di hotel. Lagipun, Hotel Rainbow menawarkan harga berpatutan.
Tanpa
berlengah, dia terus ke kaunter di lobi untuk check in. Beg sandangnya di letakkan di kaunter. Kemudiannya, kertas
pendaftaran hotel yang dicetak dikeluarkan dari beg itu. Dia lebih suka booking bilik hotel untuk dia menginap
dahulu sebelum travel.
“ Hye, I’m
Arisa. Saya dah booking bilik di
hotel ni,” Kertas dipegang Arisa bertukar tangan. Receptionist lelaki di kaunter tersenyum pada Arisa. Dia menekan
sesuatu pada keyboard computer.
“ Terima kasih,
Cik Arisa kerana telah memilih hotel kami. Bilik cik sudah disediakan. Ini kad
dan juga pamphlet tawaran istimewa dari Hotel Rainbow sempena menyambut tahun
baru,” Arisa terangguk-angguk.
“
Sama-sama…”
Arisa
kembali menggalas beg sandangnya yang dibawanya. Sambil membelek Samsung Galaxy
Note 2, dia melangkah ke lif untuk naik ke biliknya di tingkat tiga. Entah
macam mana, dia terlanggar pengunjung yang sedang menuju ke reception desk.
“ Auchhh!”
“ Sorry, my mistake,” Arisa yang berasa
dia bersalah, laju memohon maaf. Dia menunduk sedikit.
“ It’s okay. Lain kali berjalan tengok
depan ye,” tegur lelaki yang dilanggar Arisa sopan.
Arisa
yang menunduk, hanya tersengih. Tahu, itu salahnya.
“ Sorry again,” kata Arisa dan terus
berlalu ke pintu lif yang sudah terbuka.
Hanya
Arisa yang menaiki lif. Dipukul kepalanya perlahan.
“ Lain
kali jalan tengok depan ye, Arisa. Nasib baik terlepas tadi,” Arisa memarahi
dirinya sendiri.
*****
Arisa
memasuki bilik penginapannya. Kakinya laju menanggalkan sneakers dan terus menghala ke katil.
“ Arghh,
penatnya,” Arisa berbaring sambil mendepangkan tangan. Terasa lega kerana dapat
merehatkan badan buat seketika.
G-shock
ungu di tangan kiri dipandang. 1.30 tengah hari! Patutlah perut dia lapar. Dah
tengah hari rupanya. Sebelum keluar, Arisa menunaikan solat Zohor dan dijamak
dan diqasarkan sekali dengan solat Asar. Tak adalah kelam kabut dia terkejar ke
sana sini nanti. Tambahan pula, dari Ipoh ke Cameron Highlands melebihi 81
kilometer jaraknya.
*****
Camera Nikon
tersangkut kemas di tengkuk Arisa. Sempat dia singgah di kedai yang menyediakan
tour pamphlet di sekitar Brinchang. Sekarang
ini, Time Tunnel menjadi arah tujuannya. Dengan senyuman di bibir, dia
melangkah yakin menuju ke arah teksi yang sudah menunggu. Dari bandar Brinchang
ke Time Tunnel hanya 2 kilometer sahaja. Saja gedik nak ambil teksi.
Sebelum
masuk ke tempat yang terkumpul memori lama itu, dia perlu membayar ticket dahulu.
“ Good evening, miss. Have a nice trip,”
ucap seorang perempuan di entrance
Time Tunnel.
Arisa
melangkah masuk dengan hati yang teruja. Kini, dia sudah berada di area zaman dulu-dulu. Segala historical dan cultural heritage terlayang di mata Arisa. Semua barang-barang sejarah di situ adalah private collection milik seorang
tempatan Cameron itu sendiri.
Dia
kemudiannya melalui passageway, tergamam
Arisa di situ. Dirinya bagai hidup di zaman beberapa tahun selepas kemerdekaan
dan juga colonial era. Salon rambut
tradisional, Chinese coffee shop atau dipanggil kopitiam dan juga classic pubhouse kini di hadapan matanya.
Pernah dulu
dia bertanya kepada abahnya.
‘Abah,
macam mana orang zaman abah hidup di Malaysia ni? Best macam sekarang tak?’
‘Arisa
teringinlah nak tengok kopitiam yang selalu atuk cakap tu. Macam ada aura
unik.’
Langkahnya
terhenti di satu sudut Time Tunnel, Peranakan dressing room. Di situ juga terdapat perabot antik. Bibirnya
mengukir senyuman tanpa sedar. Alangkah bagus jika dia memiliki hasil sejarah
lama ini. Tadi, dia terpikat dengan kereta vintage
yang diguna waktu colonial era.
Sekarang, perabot antik ini pula.
Setelah
puas berada di Time Tunnel, Arisa membuat keputusan untuk terus ke Blueberry
Earthhouse yang masih dalam kawasan Brinchang. Dia pernah membuat research tentang tempat itu.
Blueberry
Earthhouse terkenal dengan mud house,
café yang menyediakan Penang Peranakan cuisine
dan pastries. Tak sabar pula, Arisa ingin ke sana.
*****
Kerusi
ditarik dan Arisa melabuhkan punggung di situ. Keadaan café yang lengang
membuatkan dia tenang. Tidaklah dia kalut untuk mencari tempat duduk. Sempat dia
membeli buah strawberry yang fresh.
Boleh juga dinikmati sambil menghayati pemandangan Kea Farm dari atas melalui
café di Blueberry Earthhouse.
“ Hye, miss,” sapa satu suara garau. Arisa
mendongak. Siapa pula ni?
“ Err…yes?”
“ Can I have a sit here? All the places was
full. If you don’t mind, can I sit here with you?” Arisa melihat meja lain
yang berdekatan dengan mejanya. Penuh! Kusyuk sangat dia snap gambar sampai
tidak sedar.
“ Sure. Have a sit, sir,” jemput Arisa.
Lelaki
itu duduk di kerusi berhadapan dengan Arisa. Senyuman langsung tidak lekang
dari bibir jejaka itu. Arisa pula yang terasa janggal.
“ Thank you. I’m Hadif,” Lelaki yang bernama Hadif itu menghulurkan tangan
kanan. Mungkin ingin bersalam.
Namun,
Arisa hanya tersenyum. Mana boleh salamlah, encik
smile. Bukan muhrim, desis Arisa. Hadif menarik kembali tangannya. Malu
juga dia. Tapi, dia buat cool saja.
“ Sorry. I’m used with it,” Gitu aje?
“ It’s okay, sir. Dah biasa. I’m Arisa,” Hadif tergelak kecil. Jantung
Arisa berdegup kencang tatkala melihat Hadif ketawa kecil. Ah, handsome pula mamat ni.
“ Are you alone in Cameron?” Hadif
bertanya. Cuma ingin mengelakkan perasaan janggal sahaja.
“ Yupp.
Awak pun?”
Hadif
sekadar mengangguk. Mereka terdiam kerana tiada idea untuk berborak lebih. Sungguh
Arisa terasa kekok. Jika dia sendiri, tidak mengapa.
“ Arisa?”
Siapa pulak dah kali ni? Lambat-lambat Arisa mengangkat muka.
“ Ceh,
kau…” Ingatkan siapa. Rupanya si Afrina, kawan kolej dia dulu.
“ Hoi,
biadap sungguh. Buat apa kat sini? Diam-diam ubi berisi eh,” Afrina mengerling
jejaka yang sedang kusyuk mengetip dslrnya itu.
“ Tak
adanya ubi berisi. Aku datang sini tak bawa isi. Kau tu yang buat apa kat sini?
Honeymoon eh,” teka Arisa. Afrina
tersenyum nakal.
“ Second honeymoon loh. Laki aku kat sana, tengah order makanan. Disebabkan mata aku yang power ni ternampak kau kat sini, aku tegurlah,” jelas Afrina.
“ Oh,
gitu. Untunglah orang dah kahwin kan,” Afrina tersengih. Malu kita tau.
“ Memang
untung pun. Best tau kahwin muda-muda
ni,” Arisa mencebik. Apa yang best
pun dia tak tahu. Hanya orang yang alaminya saja yang tahu. Macam si Afrina
nilah.
“ No life. Tu, husband kau dah panggil. Tak
boleh berenggang sikit,” Dijelingnya suami Afrina yang pernah menjadi
rakan sekelasnya dulu.
Afrina
menampar lembut bahu Arisa.
“ Dahlah,
malas aku layan kau. Baik layan laki aku lagi bagus,” Arisa buat muka. Macamlah
dia kisah kalau Afrina tak layan dia.
Arisa
menghantar pemergian kawannya dengan ekor mata. Seronok ke kahwin awal? Hmmm…
Nak tahu kena cubalah, Cik Nur Arisa oi.
“ Isn’t sweet to get married early?”
Arisa
kembali memandang jejaka yang semeja dengannya itu. Dia sendiri terkelu dengan
soalan dari Hadif. Ingatkan lelaki itu tak dengar perbualan mereka. Rupanya,
dia pasang juga telinganya.
“ Sweet? Don’t know. Saya manalah pernah kahwin awal. Tapi, kalau ikut
kawan-kawan yang dah kahwin… macam happy
aje life dia orang,” balas Arisa.
“ Happy if you deadly love your partner. If
not? Just get ready to lose and be a loser,” Wah, mendalam sungguh
kata-kata Hadif itu.
“ You get the point. But, there is still have
marriage couple who are not love each other and have happy ending. Awak
macam dah ada experience aje.”
“ Ehem, kinda weird about some situation in
our life. Sometimes, that might be happen. But, sometimes it just like a wind
that just go through without nothing. Zero feeling, zero loving and then
divorce,” Terjatuh rahang Arisa. Mak ai, bukan main emosional lagi mamat
ni. Ada heart feeling ke? Bisik hati
Arisa. Sebenarnya, Arisa sendiri tak faham apa yang Hadif cuba sampaikan.
Hadif
membuang pandang ke luar restoran.
“ It’s really hard to get what we want. So, berserah ajelah. Allah tahu apa yang
terbaik untuk kita. And, happy to chew
the fat with you, Mr Hadif. Saya minta diri dulu,” Arisa mula mengemas
barang-barangnya.
“ Cik
Arisa, apa kata saya tumpangkan awak?” Arisa tersenyum nipis.
“ Ingatkan
mat saleh mana tadi. Pandai juga awak bercakap Melayu ye, Mr Hadif,” perli
Arisa selamba. Hadif mengukir senyuman nipis.
“ Dah
biasa,” Terletus ketawa Arisa. Namun, masih sopan. “ Macam mana? Lagipun, kita
satu hotel kan? Atau awak ada tempat lain nak pergi…”
“ Balik
hotellah. Hari dah senja. Kejap lagi dah nak masuk waktu Maghrib. And, how do you know that we stayed in the
same hotel?”
“ So, you don’t remember me? That guy you just
bumped to. Lobby Hotel Rainbow?”
“ So, you’re that guy. Jalan tengok depan
ye?” Hadif ketawa. “ I really really do… jalan tengok depan,” Arisa turut
ketawa. Tak sangka pula Hadif yang dilanggarnya tadi.
bersambung....
p/s : Maaf jika ada kelemahan atau silap kat mana2... ada buat researh sikit...CIA pun tahu sikit ja pasal Cameron Highlands ni...:)
No comments:
Post a Comment