Tengku Arfhan dan Arisa berjalan
sambil berpegangan tangan. Mereka berhenti di Trocadero Fountain. Hari ini
adalah hari terakhir mereka berbulan madu di Kota Paris. Kedua-duanya melangut
menghayati pemandangan malam Effiel Tower. Senyuman bahagia terukir di bibir
keduanya.
Pertunangan selama tiga tahun,
berakhir ke jenjang pelamin. Tanpa mengenali diri masing-masing selama tiga
tahun, masih mampu memberi peluang untuk mereka bahagia. Tengku Arfhan menoleh
ke kirinya. Wajah tepi si isteri dipandang. Dilepaskan ciuman di pipi gebu
Arisa.
“ Thank
you for being my wife. I will love you till Jannah, Insya Allah,” Arisa
tersenyum mendengar luahan si suami.
“ I
have one confession to tell you,” Arisa mengangkat keningnya. Tengku Arfhan
menarik nafas dan dilepaskan perlahan.
“ Actually,
abang yang suruh mummy pinangkan Aidin untuk abang. Abang dah lama kenal Aidin tapi…
Aidin tak pernah tahu pun,” Arisa terkedu. Seingatnya, dia belum pernah bertemu
dengan suaminya sebelum ini.
“ Hah? Aidin tak pernah tahu pun…”
“ Sebab abang just tengok Aidin dari jauh je. Aidin mesti tak perasan abang kan?
Abang pun selalu pergi kedai Uncle Wong,” Terjegil mata Arisa.
“ Seriously,
Aidin tak tahu. Abang tahu alamat rumah Aidin semua tu… dari Uncle Wonglah ya?”
Tengku Arfhan mengangguk.
“ Hari yang Aidin pergi kedai Uncle
Wong nak cuci gambar Aidin kat Cameron Highlands tu, abang pun ada kat situ.
Tapi, iyalah… masa tu hati Aidin untuk Hadif aje…”
“ Abang, Aidin tak tahu. Kenapa sweet sangat ni?” Arisa sudah terharu.
Arisa memeluk erat pinggang suaminya.
Kepalanya enak di dada Tengku Arfhan. Bahu si isteri di peluk.
“ Sweet
ke? Masa mummy call abah, nak datang
rumah… abang berdebar sangat. Manalah tahu, kena reject dari awal. Tapi, mummy
pandai. Dia berterus terang dengan abah. Then,
abah dengan rela hatinya suruh hantar rombongan lepas Aidin balik dari
Cameron…”
“ Oh, kira abah dengan mak dah tahulah
ni. Tak acilah macam ni…”
“ Abang yang suruh rahsiakan. Sorrylah,” Tengku Arfhan sudah bernada romantik.
“ Abang tahu tak? Bukan main suka
lagi Aidin jerit dalam bilik hotel kat Cameron dulu. Alih-alih, Aidin kahwin
dengan abang,” kata Arisa manja.
“ Huh? Jerit apa?”
“ Jeritlah. Sebabkan Aidin jumpa
cinta Aidin kat Cameron Highlands, Aidin jeritlah… cinta Cameron! Tapi, dah
jadi cinta Ipoh,” Tengku Arfhan mengoyak senyuman.
“ Alah, sorrylah. Cinta Ipoh pun okey apa. Janji Aidin dah ada di sisi
abang sekarang ni. Dah cukup,” ujar Tengku Arfhan.
“ Aidin pun sama. Tak ada cinta
Cameron pun tak apalah…”
“ Sayang, kalau abang kata abang nak
cinta Paris, macam mana?”
Terangkat kening Arisa. CInta Paris
apa pulak dah ni?
Di dalam hati Arisa terfikir, pandai
Tengku Arfhan berpura-pura tidak mengenalinya ketika pertama kali bertemu di
restoran bersama Hadif. Dan, kemudian seminggu sebelum perkahwinan. Namun, satu
saja perkataan yang dia ingin sebut, Alhamdulillah!
*****
Dua tahun kemudian…
“ Ooo… aaa…”
“ Dia tengah berlatih menyanyi kot,
bang…”
“ Hesy, ada pulak gitu. Practice nak panggil kitalah tu…”
Laju seorang bayi berusia setahun
tiga bulan itu mengejar kucing. Nasib baiklah rumput buatan di taman mini itu
lembut. Jatuh berulang kali pun tak sakit.
“ Ke nak panggil kucing tu,” Tengku
Arfhan ketawa. Arisa menjeling suaminya.
Gara-gara si suami tak benarkan dia
bermain dengan kucing ketika mengandungkan anak mereka, kini anak lelaki mereka
sudah terkena penangannya. Pantang nampak kucing, pasti dikejarnya. Air liur
pula asyik keluar saja. Tak nampak kucing pun, sebut saja kucing… pasti meleleh
punyalah air liur si kecil itu.
“ Abang punya pasallah ni. Kan, anak
sendiri dah jadi peminat tegar kucing…”
“ Iyalah, salah abang,” Hai, macam
merajuk saja. Tengku Arfhan bangkit dari kerusi santai dan menghampiri anak
lelaki mereka, Arfwan Alif.
Arisa turut bangkit. Dia berjalan
perlahan menghampiri dua orang buah hatinya itu. Tengku Arfhan mendukung Arfwan
sambil mengagah anak kecil itu. Syukur Alhamdulillah, dia sangat bahagia dengan
kehadiran dua insan itu dalam hidupnya. Dipandangnya keletah bapa dan anak itu.
“ Salah untuk kebaikan, tak apa,”
kata Arisa perlahan. Ringkas tetapi… berjaya menenangkan hati Tengku Arfhan.
Dihadiahkan ciuman di pipi Arisa. Arfwan hanya memandang kemesraan kedua ibu
bapanya itu. Arfwan Aliflah tanda cinta Paris mereka. Eheh!
“ Amboi, sweet sangat pengantin lapuk ni…”
Tengku Arfhan dan Arisa menoleh ke
arah gate. Senyuman meleret
dihadiahkan kepada tetamu yang datang.
“ Jealous
ke, mak buyung? Minta kat abang awaklah,” gurau Arisa. Dia berjalan menghampiri
Shiena yang sudah mengandung tujuh bulan itu.
“ Tak adanya nak jealous bagai,” balas Shiena sambil memeluk Arisa.
“ Seorang aje ke, Shiena?” soal Tengku
Arfhan yang sedang mendukung Arfwan itu.
“ Aku datang ni,” Muncul Hadif
bersama buah tangan yang dibeli ketika bercuti ke Belanda bersama isteri
tersayang.
“ Nak sangatlah dia tinggal isteri
dia ni sorang-sorang,” Shiena tersenyum. Manis wajah ibu mengandung itu.
Setahun selepas perkahwinan Tengku
Arfhan-Arisa, Hadif buat pengumuman mengejut. Dia akan berkahwin dengan Shiena,
sepupu si Arisa tu. Entah bila mereka berkasih pun tak tahu. Hadif ikut nasihat
Tengku Arfhan agar terus menyatakan cinta jika sudah suka. Takut melepas lagi.
Dan, kini dia bahagia walaupun bukan dengan Arisa.
Hadif bersalam dengan Tengku Arfhan.
Sempat dia mencubit pipi tembam Arfwan. Siapa suruh comel sangat? Kan dah ada
yang geram.
“ Seronok bercuti, bro?”
“ Weh, seronok gila. Feeling bercinta gitu,” Tengku Arfhan dan Arisa tergelak.
“ Korang tak nak pergi vacation ke? Arfwan dah besar pun. Dulu time mengandung, bukan main sakan kau
berjalan sana sini. Sampai berjangkit kat aku,” Shiena mencuit pinggang Arisa.
“ Dah ada perancangan pun. Kan,
abang?” Tengku Arfhan mengangguk.
“ Pergi mana pulak?” soal Hadif,
ingin tahu.
“ Cameron Highlands,” Serentak
pasangan menjawab.
“ Cameron aje?” Hadif menjuihkan
bibirnya.
“ Kali ni, cinta Cameron pulak,” Hadif
dan Shiena mengerutkan dahi mereka. Entah apalah suami isteri ini.
Tengku Arfhan dan Arisa menyimpul
senyum. Hanya mereka yang tahu. Nak bagi Arfwan adiklah tu!
Itu namanya Cinta Cameron! Tettt…
-TAMAT-
p/s : begitulah kesudahan kisah cinta Nur Arisa Aidina....cinta pertama gagal dan bertemu dengan cinta abadi di percintaan selepas kahwin...hope you guys suka karya CIA ----> CINTA CAMERON!
bestnyer... walaupon x kawin gn hadif..arfhan pon okey gak..
ReplyDeletegudjob kak xDXDxD
thanks, dik... saja nak kasi surprise...hihihi...
Deletebest sgt2!
ReplyDeletethank a lot... :)
Deletethanks, baby mio...:)
ReplyDeletetahniah qaseh qieqie
ReplyDeletecerpen ni best sangat
hopfully lps ni akan ada cerpen yang lebih menarik lagi...
Ingt dia dgn hadif.. best2!!!! ★★★
ReplyDeleteHeart feeling atau hurt feeling writer...bkn dlm bab ni, tp bab2 sebelumnya..:D
ReplyDelete