Tengku
Wahida berjalan dari bahagian ke bahagian yang lain. Benda yang dicarinya belum
juga dijumpai. Cadangnya dia ingin memasak makanan kampung malam ini.
Kebetulan, kedua-dua anaknya ada di rumah.
“
Wahida?” tegur satu suara.
“
Lah, Syakirah rupanya. Shopping apa
aje kat sini?”
“
Barang dapurlah, Wahida. Anak-anak semua balik. Nak masak sedap-sedap pun waktu
nilah,” balas Hajah Syakirah.
“
Samalah kita. Jarang dah sekarang ni nak berjumpa sekali kat rumah. Selalunya
seorang ada, yang seorang lagi pula tak ada,” kata Tengku Wahida.
“
Wahida datang dengan siapa ni?”
“
Dengan Faris. Dia ada kat bahagian pakaian sana,” beritahu Wahida. Kerap juga
dia datang membeli belah barang dapur di Tesco ini.
“
Tak teman Wahida beli barang?”
“
Budak bertuah tu. Bukan suka masuk area
barangan dapur. Tak ada life
katanya,” Hajah Syakirah tertawa. Samalah perangai macam anak lelakinya yang
sulung itu.
“
Biasalah. Dah namanya lelaki masculine.
Mana nak masuk department dapur ni…”
“
Syakirah pulak datang dengan siapa? Dengan haji ke?”
“
Taklah. Dengan Lea. Dia pun ada kat area
pakaian sana. Nak cari hadiah untuk anak saudara baru katanya,” jawab Hajah
Syakirah.
“
Amboi, bertambah cuculah ni, Hajah Syakirah,” Tengku Wahida cemburukan wanita
itu. Sepatutnya dia juga sedang bermain dengan cucu sekarang ini. Namun,
memikirkan Izale belum ada ura-ura untuk berkahwin, hasratnya kembali tertanam.
“
Alhamdulillah, Wahida. Rezeki. Baru masuk tiga orang cucu…”
Irine
keliru yang mana satu harus dipilih. Kedua-duanya tampak menarik. Matanya
sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Kalaulah boleh nampak, pasti sekarang ni ada
bintang yang sedang berputar di atas kepalanya.
“
Ehem,” Irine berpaling ke kanannya.
“
Boss. Ingatkan siapa tadi,” keluh
Irine. Tumpuannya masih pada dua hamper
barangan bayi di hadapannya itu.
“
Kenapa?” Irine kembali memandang Izale. Dipandangnya jejaka itu dari atas ke
bawah. Izale merenung Irine dengan kerutan di dahi. Dah kenapa si Irine ni
pandang dia macam tu?
“
Tak pernah tengok boss pakai simple macam ni,” kata Irine selamba. Izale
memandang dirinya. Hanya baju T tanpa kolar berona putih dan seluar pendek
coklat muda. Tersarung selipar sahaja di kakinya.
“
Aku pun tak pernah tengok kau pakai simple
macam ni,” Irine memandang Izale seketika dan matanya kepada hamper yang membuatkan dia pening itu.
Irine
memang simple sangat. Baju T lengan
panjang paras paha dan jeans berona biru tua. Rambut pula dilepaskan. Sekali
tengok macam anak cina. Paling yang membuatkan Izale tertarik, cermin mata
besar yang tersangkut di hidung Irine. Cute
sangat.
“
Boss buat apa kat sini? Shopping barang dapur ke?”
“
Nolah. Teman my mum beli barang dapur. Aku tak suka pergi department tu. So, I’m here.
Yang aku tengok kau terkeluh kesah tengok hamper
tu apesal?”
“
Confius nak beli yang mana satu.
Dua-dua cantik,” Irine meluaskan matanya. Mungkin si mata tengah main-mainkan
dia.
“
Ambil aje dua-dua…”
“
Masalahnya, I’m just bring this much.
Cukup-cukup untuk satu hamper aje,”
Irine menunjukkan empat not lima puluh.
“
Takkan kau bawa duit tu aje?”
“
Ya. No purse, no handphone and of course
no handbag,” Izale menggaru kepalanya. Gila selamba minah ni.
“
Apa kata…satu tu aku hadiahkan?”
“
Hmmm?”
“
Kau bayar satu hamper, aku bayar lagi
satu ni. Anggap yang aku bayar tu aku hadiahkan kat entah sesiapa yang kau nak
kasi,” Irine tersenyum lebar. Akhirnya, dia dapat kedua-duanya.
“
Thanks, boss,” Gembira sungguh hati
Irine kerana dapat membeli hamper-hamper
itu. Padahal, sebelum kakaknya bersalin dia dah beli dua hamper. Tamaknya kau, Irine. Ini dah sampai tahap wajib kahwin.
“
Hye, Izale, Irine,” Izale dan Irine
serentak memandang pemilik suara itu. Linda!
“
Oh, hye,” Irine melambai sedikit.
“
Cepatnya korang shopping barang baby. Ke dah berisi?” Terkelip-kelip
mata Irine.
“
Untuk my niecelah. Baru aje nampak
dunia, dua hari lepas,” beritahu Irine tidak mahu ada yang tersalah faham.
“
Oh, ye ke? Sorrylah. Manalah tahu
kan. Orang muda sekarang ni bukannya boleh percaya sangat,” Linda tersenyum
sinis.
“
Jomlah, Irine. Mama dah siap shopping kot.
Saya bawak ni pergi kaunter,” Irine membiarkan Izale beredar dulu.
“
Maaflah, Cik Puan Linda. Memang selalu dia mood
swing petang-petang gini,” Linda hanya tersenyum. Bukannya dia tak tahu,
lelaki yang muda empat tahun darinya itu cuba mengelak.
“ I tak kisahlah, Irine. Dia memang tak
suka bertembung dengan I pun,” kata
Linda.
“
Okaylah, Cik Puan Linda. I pergi dululah. Nanti dia tunggu lama
pulak,” Irine terus beredar setelah meminta diri.
Linda
mengintai Izale dan Irine yang sedang beratur menunggu turn untuk membayar. Kelihatan ada dua orang wanita dalam
lingkungan 50-an turut menyertai mereka. Gelak ketawa mereka membuatkan Linda
cemburu. Hubungannya dengan keluarga bekas mertuanya sangat hambar. Suami
mudalah katakan. Mertua mana yang suka dapat menantu yang lebih tua dari
anaknya.
“
Kau sengaja parking kereta kat
sebelah kereta aku kan?”
“
Elok sikit eh. Tak pernah pula saya tahu awak pakai kereta ni. Yang saya tahu
BMW tu aje. Awak ada tiga empat kereta ke lagi, saya tak tahu,” tukas Irine
membela diri.
“
Apalah korang berdua ni dok bergaduh?”
“
Entah Ris ni. Dengan anak dara orang pun nak cari gaduh,” Irine menayangkan ibu
jarinya.
“
Irine ni pun sama naik, Wahida. Kat rumah asyik dok bergaduh dengan abang dia,” Giliran Izale pula menyorak. Dia
mengangkat bahunya.
“
Betul tu, auntie. Suka sangat cari
gaduh ni,” Irine buat muka geram. Ini dah melampau, encik boss.
“
Hai, cari pasal nampak. Mogok tak masuk office
seminggu baru tahu. Bankrupt terus company,” Ceh, mentang-mentang dia
eksekutif kewangan. Pandai nak mengugut bos.
“
Amboi, kalau berani…buatlah,” balas Izale dalam nada lembut. Ammi si Irine ada
kat situ. Jadi, kenalah sopan sedikit.
“
Astagfirullah, dua orang ni. Kami bagi kahwin baru tahu…”
“
No way!” Serentak keduanya menutup
bonet belakang. Tengku Wahida dan Hajah Syakirah mengurut dada masing-masing.
Terkejut dengan tindakan keduanya. Tahu pun takut.
Pagi
keesokannya, Izale masuk office
dengan riak muka tegang. Kamalia yang sering mengucapkan ucapan selamat setiap
kali bosnya masuk office juga kecut
perut. Semua staf saling berpandangan. Hanya Irine sahaja dengan lagak
selambanya.
“
Irine, kau kena tolong aku. Kau kan rapat dengan Tengku. Tolong suruh Tengku sign surat ni. Penting!”
Irine
memandang lelaki di hadapannya. Setiap kali Izale berangin satu badan, pasti
dia yang menjadi mangsa untuk sampaikan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan
bos mereka itu. Tapi, untuk hari ini dia
sama sekali tidak akan membantu.
“
Sorry, Akmal. Aku bukan tak nak
tolong kau, tapi aku pun tak berani nak jumpa boss. Tak pasal, sekali dengan aku kena sembur,” balas Irine
perlahan.
“
Alah, selalunya kau okay aje. Tak ada
pun dia nak sembur kau. Automatik lepas jumpa kau, Tengku mesti ceria
punyalah,” pujuk Akmal lagi.
Akmal
memang tahu Irine dan majikan mereka itu sangat rapat. Masakan tidak rapat. Dia
ada ternampak Irine dan Izale di bahagian barangan bayi semalam. Bukan main
mesra lagi dia tengok. Siap angkut dua hamper
pula tu.
“
Kau pergi ajelah. Confirm dia okay punyalah. Kalau dia tak sign surat ni, sah-sahlah company dia yang rugi,” Irine masih
berkeras.
“
Aduh, kau ni. Aku tak nak cari pasal. Tolonglah. Urgent ni. Kena faks sebelum pukul sepuluh,” Irine menilik jam di
tangan. Masih ada lima belas minit sebelum pukul sepuluh.
“
Hesy, mehlah sini. Lunch nanti aku nak semangkuk besar
penuh Baskin Robbin kat atas meja aku,” Irine bangun dari duduknya.
“
Untuk kau, sepuluh mangkuk pun aku sanggup,” kata Akmal kelegaan. Tidak
perlulah dia menghadap singa garang kat dalam bilik tu.
Irine
berhenti di meja Kamalia.
“
Hacks lagi ke?”
“
Hmmm. Akak pun tak berani masuk, Irine,” Kamalia berkata sambil menunjukkan
gula-gula berangin itu kepada Irine.
“
Aduh. Bismillah…”
Irine
mengetuk pintu kayu itu perlahan. Eh, baru perasan. Dah ada ‘Tengku Faris Izale Bin Tengku Albar’.
Sempat lagi Irine menilik tag nama itu. Belum sempat Irine ingin mengetuk untuk
kali kedua, pintu itu terbuka dari dalam. Nasib baik tak terketuk kepala si
Izale tu. Kalau tak…naya aje.
“
Nak apa?” soal Izale tegas. Wajahnya juga sangat tegang.
Irine
mengangkat kertas di tangannya. Kamalia langsung tak berkutik di mejanya. Dia
tunggu juga Irine kena sembur ke apa ke. Tak ada pula tanda-tanda tu.
“
Masuk!” Izale menarik tangan Irine masuk ke dalam biliknya dan menghempas daun
pintu kuat. Terpinga-pinga Kamalia dengan tindakan pantas bosnya itu.
“
Sakit jiwa ke awak ni?” Irine memandang riak wajah tegang Izale itu. Takkan
berangin sebab semalam kot. Setahunya Izale tak macam tu. Simple minded!
“
Memang sakit jiwa pun ni,” jawab Izale. Langkahnya dibawa ke hulu ke hilir. Irine
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“
Sebelum awak semakin teruk, apa kata sign
dulu surat ni. Akmal kena hantar before
pukul sepuluh. Please,” Izale
mendengus. Namun, dia masih menandatangangi surat itu. “ Awak tunggu kejap.
Saya pergi hantar surat ni kat Akmal dulu. Nanti saya datang balik,” Izale
mengangguk.
“
So, what’s the matter?”
“
Bekas tunang aku balik,” Irine mengerutkan dahinya.
“
Then?”
“
She want us to make a ‘reunion’. Do you
understand what I feel right now? It was just ridiculous idea,” Irine
tersenyum senget. “ Yang kau dok tersengih tu kenapa? Tak membantu langsung,”
tukas Izale.
“
No. I thought you have nobody before.
Bekas tunang awak nak korang back to normal baliklah ni. Then, kenapa yang awak nak marah sangat
ni?”
“
She left me without a words. I just know
that we’re break up from her family. Itupun aku sendiri tak tahu sebab
apa,” Izale menyandarkan badannya ke sofa.
“
The issue is…awak sayang bekas tunang
awak tu lagi atau tak?”
“
I don’t know. Itu yang aku keliru
sekarang ni. Aku tak pasti,” Irine memandang meja kopidi tengah-tengah susunan
sofa.
“
Awak dah tanya pendapat Encik Farel? Dia kan kawan baik awak. Manalah tahu dia
tahu macam mana nak handle,” Izale
menggeleng perlahan.
“
Dia tak ada kat Malaysia. Honeymoon
dengan Anis kat Paris,” Masa nilah dia orang nak berhoneymoon pun.
“
Wrong timing betullah. Why not…boss face to face with her. Maybe it
will help you,” cadang Irine.
“
Face to face?”
“
Just give it a try. You’ll never know if you doesn’t face the
problem. Kalau still ada feeling lagi, boss boleh try berbaik. Kalau tak, just
say bye bye to your ex,” Izale tergelak. Kelakar tengok Irine memberi
cadangan penuh serius.
“
Okay, I’ll give a try. Thanks, sudi
tolong aku…”
“
Tak dengarlah, boss. Once again,” Bukan senang nak dengar si
mamat annoying ni mengucapkan terima
kasih.
“
Terima kasih, Cik Irine Azalea Binti Radhi,” Irine tersenyum puas.
“
Ohoh, dah boleh lafaz akad nikah tu, boss. Opsss,” Irine cepat-cepat menutup
mulutnya sambil menjegilkan matanya. Kemudian dia menayangkan sengih kepada
jejaka di hadapannya itu. Izale ketawa sakan.
Handphone
Kamalia hampir terlepas dari tangannya gara-gara terdengar Izale ketawa kuat.
Kemudian, dia mengukir senyuman lebar. Dah okaylah
tu kalau dah boleh gelak besar begitu. Kredit kepada Irine Azalea yang telah
berjaya memulihkan riak wajah Tengku Faris Izale.
best nak lagi....
ReplyDelete