Tepat
pukul dua belas tengah hari, Irine sudah terpacak di lobi bangunan. Menunggu
Izale. Sesekali matanya melihat jam di tangan. Telinganya juga sudah panas
mendengar gadis di kaunter asyik bergosip pasal dia dan Izale. Nasib baiklah
dirinya diajar untuk bersabar.
Sebaik
terlihat kereta Izale tiba, Irine terus melangkah masuk ke dalam kereta mewah
itu. Dia membetulkan air cond agar
menghadapnya. Terasa panas hatinya kini. Irine memakai sit belt pantas.
“
Kenapa dengan kau ni?”
“
Tak ada apa-apalah, boss,” jawab
Irine malas. Tanpa berlengah, Izale meneruskan pemanduan menuju ke restoran
mewah yang telah ditetapkan oleh Linda.
“
Nanti kat depan Linda, jangan pulak kau panggil aku boss. Ingat yang kau tu ‘future
wife’ aku kat depan dia,” Izale mengingatkan Irine agar gadis itu tidak
terlupa.
“
Iya,” Irine mengeluarkan bedak compact
dan lipsticknya. Nak jumpa ‘musuh’
kan, kenalah touch up sikit.
“
Kau tak kisah ke aku suruh kau berlakon jadi ‘future wife’ aku?” Izale ingin juga mengetahui tanggapan Irine.
“
Okay aje. Janji tak melampau
sangatlah,” Izale tergelak. Melampau?
“
Kau terpikat dengan aku eh? Kalau tak, takkan senang-senang kau setuju nak jadi
‘future wife’ aku. Kan, kan?”
“
Hesy, tak maknanyalah. Saya membantu
orang yang terdesak aje. Macam kes boss nilah,”
balas Irine tanpa melihat Izale.
“
Iyalah sangat. Kenapa kau tak marah bila Diana dah buat cerita bukan-bukan
pasal kita? Kau suka ke dia tuduh macam tu?”
“
Gila tak marah. Baru aje saya nak buka mulut, boss dah hentam dia cukup-cukup. So, tak payahlah saya menghabiskan air liur saya lagi dah. Save energy saya hari ni,” Izale
memandang Irine sekilas.
“
Orang macam tu tak boleh biarkan. Sekali dia dah buat, ke depan mesti dia
berani buat lagi.”
“
Agree. Lagipun, saya tak adalah nak emo macam boss. Pagi-pagi dah naik angin macam singa. Habis satu office tak berani masuk jumpa boss. Sekali dengan Kamalia takut,”
cerita Irine sambil memandang ke luar tingkap kereta.
“
Siapa suruh si Diana tu cari pasal?”
“
Small matter ajelah. Kita nak jumpa Cik
Puan Linda kat mana ni?”
“
Nak sampai dah ni…”
Irine
membetulkan sedikit belt yang
terbelit di pinggangnya. Dress labuh
bercorak abstrak dibetulkan juga agar nampak kemas. Rambut yang diikat kemas
dilepaskan bagi menutup leher jinjangnya itu. Izale menghulurkan tangannya
kepada Irine dan disambut gadis itu.
Linda sudah panas hati melihat kemesraan antara jejaka pujaannya dan Irine. Lakonan
mereka menjadi juga. Nampak sangat natural.
“
Hye, dah lama tunggu?” Izale dan
Irine duduk di kerusi berhadapan dengan Linda serentak.
“ I pun baru aje sampai. Memang you ni queen control ya, cik Irine?” Irine tercengang. Queen control?
“
Kenapa ya?”
“
Iyalah. You asyik ikut Izale aje.
Tahulah Izale ni you dah cop. Tapi
takkan sampai dia jumpa client pun you nak ikut jugak,” kata Linda
menyampah.
“
Memanglah dia my future wife, Linda.
Tapi, Irine ni jugak staf I.
Sepatutnya I dah tak payah
susah-susah nak turun padang. Memandangkan you
yang nakkan I handle rumah you, terpaksalah,” Linda terkedu. Dia
tidak menyangka Izale akan berkata begitu.
“
Jadi, you memang tak ikhlaslah nak
tolong I?”
“
Bukan macam tulah, Cik Puan Linda. Sekarang ni Izale tengah sibuk dengan projek
perumahan company kat Seri Kembangan.
Jadi, selalunya kes renovation ni
pekerja department lain yang
uruskan,” Irine cuba membetulkan keadaan. Takut pula Linda tiba-tiba naik
angin. Hilang pula pelanggan nanti. Tak ke rugi.
“
Oh, kalau macam tu biar ajelah staf you
yang lain handle, Izale. I pun tak naklah menyusahkan you,” Macam berjauh hati sahaja nada
Linda.
“
Ikut suka youlah, Linda. Yang pasti,
sekarang ni I dah datang. So, we just straight to the point. Lepas
lunch, I ada meeting lagi,” Izale mengeluarkan notebooknya dari beg bimbit. Malas dia ingin berlama di sini.
Banyak lagi urusan lain dia perlu berikan tumpuan.
“
Cik Puan Linda ada nak tambah apa-apa ke?” soal Irine. Tangannya sudah bersedia
dengan sebatang pen untuk mencatat.
“
Ya. I nak decoration rumah I
ala-ala English look. Bilik utama kat
tingkat atas, I nak glass wall,” Linda terus serius apabila
melihat wajah Izale kelihatan tegang.
“
I just finished your English look house
decoration. Have a look and give me your opinion,” Izale menunjukkan
lakaran rumah Linda yang baru sahaja diubah suai mnggunakan software yang diciptakan khas untuk
melakar reka bentuk rumah.
“
Nice. I suka dengan decoration
ni. Kalau boleh, ruang untuk anak-anak I
jauh dari pintu pagar dan pool, macam
yang you all cadangkan hari tu,” ujar
Linda.
“
Emmm, kalau macam tu…kita buat ruang bermain tu kat penjuru kiri rumah.
Kebetulan, kat situ dah ada sliding door.
So, senanglah nanti,” Irine memberi cadangan. Izale hanya mengangguk setuju.
“
Okay jugak tu. Kalau I nak tambah pokok krismas di setiap
penjuru, okay tak? I mean…sesuai tak?”
“
Sesuai aje. Lagipun, tak adalah kosong sangat kawasan rumah you,” Izale menambah sedikit bahan di
atas pelan media itu. Di tutup notebook itu setelah selesai draf apa yang
patut.
“
Anything else yang you nak tambah? Irine?”
“
No,” Irine menggeleng.
“
Setakat ni, itu aje yang I nak
tambah. Kalau ada lagi perubahan, I will
call you. Sebelum tu, korang orderlah
makanan dulu. Dah waktu lunch kan…”
Izale
dan Irine terus membuat pesanan. Dan, setelah selesai perbincangan, mereka
meminta diri untuk beredar.
Kamalia
memandang gadis di hadapannya tidak berkelip. Entah urusan apalah, Diana nak
jumpa majikannya ini. Diana menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Setelah itu,
diketuknya pintu kayu itu perlahan.
Izale
menyahut dan memintanya masuk.
“
Ada apa awak nak jumpa saya, Diana?” soal Izale serius. Matanya lebih tertumpu
kepada pelan di atas mejanya. Terkejut juga apabila Kamalia memberitahu, Diana
ingin berjumpa dengannya.
“
Saya nak berikan surat perletakan jawatan,” Diana meletakkan surat itu di atas
meja majikannya.
“
Atas alasan?”
“
Personal matter, Tengku. Saya harap
tengku luluskan,” Izale menyandarkan badannya ke kerusi.
“
Atau, sebab saya marah awak hari tu?” duga Izale.
“
Bukan. Saya betul-betul ada masalah peribadi,” Diana menidakkan telahan
majikannya. Padahal memang sebab itu dia ingin meletakkan jawatan.
Belum sempat Izale
membalas, ada ketukan di pintu biliknya.
“ Faris,” Terjengul
muka Anis di muka pintu.
“ Masuklah Anis. You duduk dulu. I ada hal nak settle,”
Anis berlalu ke sofa di penjuru bilik tanpa bunyi. Langkahnya juga seperti
perompak. Izale menahan tawanya.
“ Macam mana, Tengku?”
“ Saya terima alasan
awak. Tapi, awak tak boleh berhenti serta merta. Dalam kontrak ada tertulis
pekerja perlu berikan notis selama sebulan. Jadi, sebulan kemudian barulah sah
perletakan jawatan awak,” ujar Izale tegas.
“ Baiklah. Terima
kasih, Tengku. Saya keluar dulu,” Izale mengangguk. Diana terus keluar dan
kembali ke mejanya.
“ Apa hal kau datang
ni? Farel tahu tak kau datang sini?”
“ Dia nak kisah apa?
Sekarang ni dah jarang sangat dia luangkan masa untuk Anis. Tak habis-habis
dengan kerja dia,” rungut Anis.
“ Biasalah tu, Anis.
Dia kan, peguam. Memanglah busy.
Untuk masa depan korang jugak,” balas Izale. Dia tidak mahu Anis terus
menyalahkan Farel yang juga merupakan sahabat baiknya.
“ Malaslah cakap pasal
ni. Anis datang sini pun sebab nak ajak you
lunch sekali. Dah lama tak jumpa kau,” Izale tergelak kecil.
“ Boleh aje. Tapi kena
tunggu aku siapkan kerjalah. Ada sikit lagi ni…”
“ Anis tak kisah.
Lagipun, Anis cuti hari ni. Ris, kenapa staf kau nak resign tadi?”
“ Personal matter katanya. Tapi aku rasa sebab aku, dia nak resign,” kata Izale sambil matanya
meneliti pelan di hadapan mata.
“ Sebab kau? Kau dah
buat apa kat dia?”
“ Aku marah gila-gila
kat dia hari tu. Tak sayang mulut betul. Dok buat gosip pasal aku pulak. Kalau
gosip tu betul tak apa jugak. Ni, habis ditokok tambahnya. Memang angin aku
hari tu. Dahlah pagi tu, Yati buat hal tak kejut aku. Masuk aje office, dengar gosip pasal aku pulak,” luah
Izale puas. Lega hatinya kini.
“ Nampak sangat teruk
kau marah dia. Sampai nak resign
budak tu. Ris, Irine tu staf kau kan? Aku tak nampak pun masa masuk tadi,” Izale
memandang Anis seketika.
“ Ha’ah. Maybe keluar jumpa client kot. Kenapa?”
“ Sajalah aku tanya.
Irine tu cantik. Kau tak terpikat ke?”
“ Kau dah kenapa? Kena
sampuk ke sebelum datang sini? Dia tu staf aku ajelah,” balas Izale.
“ Iyalah tu. Hari tu
bukan main lagi kau tengok dia layan nephew
dia tu. Kau jangan main hide and seeklah
dengan aku, Ris. Kita kenal dah lama, okay,”
Izale menggelengkan kepalanya.
“ Menyimpang jauh dah
kau ni, Anis. Kerja aku dah siap. Jomlah,” ajak Izale sambil mengemaskan
mejanya. Tidak suka meninggalkan meja berselerak.
Izale dan Anis
beriringan keluar dari bangunan itu dan menuju ke tempat parkir kereta. Mereka
terserempak dengan Irine secara kebetulan. Gadis itu terbongkok mencari sesuatu
di dalam keretanya.
“ Hye, Irine. Ingat I
lagi?” Irine tersentak kerana ditegur mengejut begitu. Dia berpaling. Kemudian,
dia mengulas senyuman.
“ Ingat. Nak keluar lunch sekali ke?”
“ Ha’ah, dah lama
sangat tak lunch dengan boss you ni. Alang-alang dah jumpa you ni, why not kita lunch
sekali?” cadang Anis sambil memegang lengan Izale.
“ Lain kali ajelah. I ada kerja nak buat. Nak singgah office ambil barang aje ni,” tolak Irine
sopan.
“ Lah, ye ke?”
“ Busy apa aje?” Irine menutup pintu keretanya. Tangannya penuh
dengan fail.
“ We have another annoying client. Dia nak failkan saman sebab
bayaran yang dia buat, kita tak dapat. So,
dia tak puas hati,” jelas Irine.
“ Serius ke? Kenapa aku
tak tahu pun?”
“ Hal kecil ajelah.
Saya boleh handle. Lagipun, our company’s lawyer kan ada,” Irine
memandang Anis.
“ Company’s lawyer? Farel?” Irine mengangguk.
“ Patutlah dia busy, Anis. Busy dengan kes company
aku. Sorrylah ya,” Anis menjeling
Izale.
“ Disebabkan itu, kau
kena belanja aku makan kat hotel hari ni,” pinta Anis tanpa segan silu.
“ Untuk kau apa pun
boleh, Anis…”
“ Saya minta diri
dululah. Takut terlambat pulak,” Izale dan Anis hanya memandang Irine yang
kelam kabut itu beredar.
No comments:
Post a Comment