Arisa
melabuhkan punggung di sofa lobi. Dia hanya bergaya santai. Dress abstrak paras peha bercardigan dan
seluar jeans biru tua. Dia turut
mengenakan Pashmina hitam. Cermin mata di batang hidungnya dibetulkan. Terpaksa
pakai kerana dia ada masalah silau pada waktu malam.
“ Sorry. Lama tunggu?”
“ Baru
aje turun,” Arisa tergamam melihat gaya santai Hadif. Hanya T-shirt round neck hitam dan shorts.
Tersangkut beg sandang yang disilang di bahu Hadif.
“
Jomlah,” Arisa mengangguk.
Mereka
beriringan keluar dari hotel. Mereka hanya berjalan kaki saja menuju ke pasar
malam Brinchang. Hadif yang beria-ria mengajak Arisa tadi. Arisa pula hanya
bersetuju kerana dia juga ingin ke tempat yang sama malam itu.
“ Awak asal
mana?”
“ Ipoh. Awak?”
Bosan sungguh topik perbualan budak berdua ni.
“
Dekatlah. Saya dari KL…”
“ Alone?”
“ Dah
biasa jugak ke tanya soalan ni?”
“ Hah? Oh,
iyalah kot…”
“ Of coure I’m alone. Kalau tak, tak
adalah saya ajak awak,” Arisa tersenyum. Manalah tahu dah ada isteri ke apa ke.
Tengok dari gaya Hadif, lelaki itu macam dah masuk usia patut kahwin. Lebih
kurang dua puluh lima ke atas.
“ Manalah
saya tahu kan. I don’t know you either.
Entah-entah sengaja tinggal wife kat
hotel macam dalam drama Vanilla Coklat tu ke,” kata Arisa tanpa memandang Hadif
di sebelah kanannya.
“ Melalut
apa awak ni. Kalau ada isteri, lebih baik keluar dengan isteri aje. Nak keluar
dengan awak buat apa,” Hadif mengerling Arisa yang hanya separas bahunya itu.
“ Just guessing…”
Hadif
memegang lengan Arisa ketika mereka hendak melintas ke seberang jalan. Ramai
juga pengunjung di pasar malam Brinchang. Mungkin sebab cuti sekolah dan nak
masuk tahun baru kot.
Arisa
memandang lengan yang masih dipegang Hadif. Tak nak lepas ke mamat ni? Dah
sampai dah pun, omel Arisa.
“ Awak…”
“
Kenapa?” tanya Hadif tanpa menyedari dia masih memegang lengan Arisa. Jangan
cakap dah biasa lagi sudahlah. Haru jadinya.
“ Your hand. Tak nak lepas ke?”
“ Oh, sorry. Tak sedar dah sampai,” Hadif
melepaskan tangannya dari lengan gadis itu. Macam manalah dia boleh leka. Bukan
dia tak tahu, Arisa tidak suka lelaki bukan muhrim menyentuhnya. Tapi, nasib
baik berlapik dengan lengan cardigan Arisa.
Arisa
hanya tergeleng.
“ Awak
nak beli apa?”
“ Entah. Ada
yang tertarik, belilah. Awak?”
“ Emmm, saya
nak beli rose, buah strawberry kering dan jagung bakar,” Terangkat
kening Hadif. Siap ada list lagi.
“ Memang
awak dah list benda yang nak dibeli
ke? Skema jugak awak ni ya…”
Mereka
kini sedang melalui deretan gerai-gerai yang dibuka sepanjang jalan besar.
“ Bukan
skema. Tapi, memang saya teringin semua tu. Lagipun, bukan selalu dapat datang
sini,” balas Arisa sambil bola matanya digerakkan ke deretan gerai-gerai.
Laju kaki
Arisa melangkah ke gerai yang menjual pelbagai jenis ros. Hadif hanya mengikut.
“ Ya, dik.
Pilih yang mana suka. Harga boleh runding,” pemilik gerai mula mempromosikan
gerai rosnya.
“ Semua
ni bunga segar ke, kak?”
“ Ya, fresh dari ladang. Boleh tahan sampai
tiga ke empat hari juga,” Arisa mengangguk.
“ Yang
biru and peach tu cantik,” Eh, encik smile pun minat bunga juga ke?
“ Biru? Ha’ah.
Wangi. Peach pun cantik jugak. Tapi, pink ni lagi menariklah,” Arisa membelek
balutan ros di hadapannya.
“
Kebanyakan customer yang datang sini
suka pilih red rose. Sesuai untuk
pasangan yang sedang berhoneymoon.
Macam awak berdua,” Arisa dan Hadif terbatuk kecil.
“ Iya ke?
Rose lain tak sesuai ke?” Hadif cuba
berlagak biasa. Arisa pula leka mencium haruman rose. Wanginya. Macam nak beli semua saja.
Pemilik
kedai tersenyum. Macam comel saja pasangan di hadapannya kini.
“ Mana-mana
rose pun sesuai. Ros merah kan tanda
cinta. Itu sebab mereka pilih ros merah,” terang pemilik kedai wanita itu.
“ Oh, gitu. Awak ambil ajelah semua jenis rose tu, Arisa. Setiap warna, sekuntum,”
Arisa yang sedang mencangkung, melangut.
“ Good idea. Kak, saya nak sekuntum setiap
warna,” Betul ke dia sebut? Lantaklah. Janji kakak kedai tu faham.
“ Kejap
ya, dik,” Pemilik kedai pantas membalut bunga yang diinginkan pelanggannya. Semua
sekali ada lapan kuntum yang mewakili setiap warna rose yang ada.
Arisa
berdiri. Bibirnya tersenyum ceria. Bolehlah tidur dengan taburan bunga rose malam ni. Ah, seronoknya. Itulah
tujuannya membeli bunga rose.
“ Terima
kasih, dik. Jual,” Arisa menyambut jambangan bunga ros dan menyua bayaran bunga
ros kepada pemilik kedai.
“ Meleret
aje senyum awak tu. Hati-hati. Takut orang kata awak gila pulak,” Terus mati
senyuman Arisa. Tapi, kemudian dia melirik kembali senyumannya.
“
Biarlah. Saya happy apa. Ini namanya
senaman muka,” balas Arisa. Hadif tergelak kecil. Ada sahaja jawapan yang
diberikan.
Selepas
itu, Arisa pula membantu Hadif memilih cenderamata untuk ahli keluarganya
seperti pakaian, bantal hiasan dan Hadif turut membeli cenderemata untuk Arisa.
Walaupun gadis itu menolak, dia tetap membeli sehelai t-shirt sebagai kenangan.
“ Thanks,” Hadif hanya tersenyum.
Kini,
giliran Arisa pula membeli barangannya. Beberapa kotak strawberry kering dan juga jagung bakar dibelinya. Setelah pasti
tiada lagi barang yang ingin dibeli di situ, mereka bergerak kembali ke hotel. Semakin
lama, semakin sejuk cuaca di Brinchang.
“ Terima
kasih sebab sudi teman saya. Tak adalah bosan sangat jalan seorang,” ucap Arisa
ikhlas.
“
Sama-sama. Terima kasih jugak kat awak. Esok awak nak pergi mana aje?” Arisa mengangkat
keningnya. Dia sendiri tidak tahu ingin ke mana. Malam nanti barulah dia nak
plan. Tapi, dikepalanya sudah terbayang satu tempat.
“ Tak
tahu lagi. Kenapa?”
“ Taklah.
Kalau nak pergi tempat yang sama, bolehlah pergi sekali,” Arisa terangguk
faham.
“ Macam
ni. Saya kira satu, dua, tiga…kalau sama kita pergi sekali. Okay?” Hadif mengangguk laju. “
Satu…dua…tiga…”
“ Ee Feng
Ghu Bee Farm!” Acece, macam berjodoh pula dua orang hotelmates ini.
Mereka
sama-sama ketawa. Tak sangka sama pula.
“ Pergi
sekalilah. Macam biasa. Jumpa kat lobi,” kata Hadif. Dia memang berharap dapat melancong
bersama Arisa lagi. Selesa pula berkawan dengan gadis itu. Arisa mengangguk
setuju.
*****
Seperti
yang dijanjikan, mereka bergerak sekali ke Ee Feng Ghu Bee Farm yang terletak
berhampiran Kea Farm. Bukan main gembira lagi Arisa. Di Bee Farm itu terdapat shopping gallery, market yang menjual sayuran, muzium mini dan juga cafeteria.
Semuanya terletak di dalam satu bangunan.
Mereka
perlu menuruni anak tangga untuk ke ladang lebah. Sebelum sampai ke ladang
lebah, mereka melalui mini gallery yang
mempunyai peralatan untuk menjaga lebah. Berjalan ke depan lagi, zon market sayuran pula. Dan, selepas itu
barulah sampai ke ladang lebah.
“ Wah,
cantiknya!” Hadif tersenyum melihat keterujaan Arisa. Mungkin ini sifat semula
jadi seorang gadis kot. Pantang
nampak benda cantik.
“ Cantik…cantik
jugak, jangan sampai jatuh pula nanti. Saya tak nak tolong,” Arisa mencebik.
“ Tak
ingin pun. Awak tolong ambil gambar saya bee
yang giant tu,” Arisa menunjukkan
jari telunjuknya di statue queen bee
yang berwarna warni itu. Hadif menyambut kamera Nikon yang dihulur Arisa.
Saat
tangannya ingin mengetip kamera, matanya terpaku. Jantungnya berdegup laju. Namun,
cepat-cepat menyembunyikannya. Arisa sudah bersedia dengan aksinya.
Setelah
habis ditawaf Ee Feng Ghu Bee Farm, Arisa mengajak Hadif ke Rose Center pula.
Teringin juga ingin melihat penanaman ros seperti yang dilihat di dalam drama. Nasib
baiklah Hadif tak kisah untuk mengikut gadis itu. Boleh juga mengisi masa
terluangnya. Dia sendiri tidak tahu ingin ke mana.
Hadif ke
Cameron Highlands hanya untuk menghilangkan tekanannya. Pada asalnya dia cuma
merancang untuk stay di hotel sahaja.
Entah bagaimana, dia tertarik untuk menghabiskan masa bersama Arisa. Gadis yang
baru dikenalinya itu.
“ Arisa,
awak suka rose?”
Arisa
menoleh ke belakang. Langkahnya terhenti.
“ Cuba
tengok rose di keliling awak, apa
yang awak rasa?” Hadif meliarkan pandangan ke seluruh tanaman pelbagai jenis
warna dan ros.
“ Tenang.
Feel nature, pure and that fragrance of
roses just sooo nice,” Arisa tersenyum.
“ Kelakarlah
awak ni. Nampak sangat awak stress. Orang
yang stress aje rasa macam tu,” Hadif
mengangkat keningnya.
“ Then, what do you feel?”
“ Those roses look innocent. Saya selalu impikan
rumah saya dikelilingi bunga ros. Kalau boleh, setiap kali saya bangun pagi…
saya akan hidu wangian rose,” Besarnya
impian Arisa. Memang bunga ros boleh ditanam di kawasan tidak sejuk. Tetapi,
haruman yang dihasilkan jika berada di tempat dingin… sangat tenang.
“ Tinggi
melangit impian awak tu, Arisa. Kahwin aje dengan owner taman rose ni. Kan
senang,” Hadif bergerak ke depan. Meninggalkan Arisa yang sedang mencebik.
“ Boleh
jugak. Tapi tak naklah. Awak, jom ambil gambar dekat landskap cosy tu,” Arisa pantas mengejar Hadif
yang sudah ke depan.
“ Awak
ajelah yang ambil gambar. Saya tak nak,” balas Hadif.
“ Alah,
sekali aje. Saya suruh adik tu tangkap gambar kita eh,” Belum sempat Hadif
menghalang, Arisa sudah meminta tolong adik yang sedang berdiri di tepi
landskap cosy itu.
“ Awak,
sinilah,” gamit Arisa gembira. Hadif melangkah malas menghampiri Arisa.
“ Okey,
satu… dua… tiga… cheese!” Clik!
“ Terima
kasih, dik,” ucap Arisa sambil mengambil kembali kameranya. Adik itu hanya
tersenyum.
Arisa mengekori
Hadif yang sedang mengikut foothpath
yang terhala ke arah bukit yang boleh nampak sekitar Kea Farm dari sudut Rose
Center pula. Semalam, mereka menikmati pemandangan atas, Kea Farm dari Blueberry
Earthhouse.
Hadif
memejamkan matanya sambil menikmati angin yang menampar wajahnya lembut. Tanpa
dia sedari, Arisa sedang snap
beberapa gambarnya yang sedang beraksi begitu. Senyuman terlakar di bibir gadis
itu. Dia turut menghayati angin yang menyapa wajahnya itu. Tapi tidaklah sampai
memejamkan mata seperti Hadif.
*****
“ Awak
tak lapar ke?”
“ Saya
kenyang tengok semua ni,” Arisa menghulurkan jari telunjuknya melintang. Arisa
terloncat sedikit kerana ada rama-rama yang hinggap di jarinya. Rama-rama yang
berwarna warni itu menarik perhatian Arisa.
Hadif
yang sedang memegang Iphone terus mengambil gambar Arisa yang ralit bermain
dengan rama-rama di tangannya.
“
Nampaknya dia suka dengan cik,” tegur seorang lelaki. Dari pakaiannya, mungkin
dia merupakan pekerja di Butterfly Garden.
“ Iya ke?
Rama-rama ni comel sangat,” Pekerja lelaki itu tersenyum. Selalu juga dia
berjumpa dengan gadis yang menyukai rama-rama yang berwarna warni.
“ Saya
pun ada yang minatlah,” kata Hadif. Arisa menoleh ke kirinya. White butterfly sedang elok hinggap di
bahu kiri Hadif.
“ Apa
kata awak berdua namakan rama-rama yang hinggap tu. Selalunya pengunjung yang
datang akan namakan rama-rama yang berminat dengan mereka,” Hadif dan Arisa
berpandangan sebentar.
“ Saya
punya colourful butterfly ni, Mr Smile,” Bersempena dengan nama
samaran Hadif yang diberinya.
“ Dan white butterfly saya, Miss Nikon,” Sebab
Arisa suka memotretkan dirinya di kamera Nikon miliknya.
Namun,
keduanya langsung tidak tahu akan gelaran itu adalah untuk diri masing-masing.
“ Encik,
boleh tak tolong ambil gambar kami?”
Memang
kenalah gelaran miss Nikon pada
Arisa. Sesuai sangat!
bersambung...
No comments:
Post a Comment