“ Aku terima nikah Nur Arisa Aidina
Binti Zakari dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai…”
Arisa menadah tangan apabila imam
membacakan doa. Hanya sekali lafaz sahaja, dia sah menjadi isteri kepada Tengku
Arfhan bin Tengku Afzal. Majlis pernikahan yang sederhana itu diadakan di rumah
Arisa di Ipoh. Ramai juga kaum kerabat Tengku Arfhan yang hadir. Termasuklah
Hadif!
Setelah mengaminkan doa, Tengku
Arfhan meminta izin untuk melakukan solat sunat. Arisa yang tidak boleh
bersolat, hanya bersalaman dengan kedua ahli keluarga. Matanya dan Hadif
bertaut. Lelaki itu menggerakkan bibirnya, ‘Tahniah,
miss nikon’. Arisa tersentap. Jadi, dialah miss Nikon yang dimaksudkan Hadif.
Upacara pembatalan air sembahyang
tidak diadakan. Hanya akad yang wajib itu saja sudah cukup. Majlis pernikahan
dan kenduri diadakan pada hari yang sama. Jamuan kenduri akan bermula tengah
hari. Majlis pernikahan pula di sebelah pagi.
“ Ucu Cha, pak su panggil,” Arisa
memandang anak saudaranya, Adib yang berusia enam tahun itu.
“ Pak su panggil? Kat mana?” Adib
menunjuk ke arah pintu. Tengku Arfhan sudah siap menunggu di situ.
“ Terima kasih, Adib,” Arisa mengusap
kepala Adib perlahan.
Dibawa langkah ke muka pintu. Keluarganya
dan keluarga Tengku Arfhan sedang beramah mesra di ruang tamu.
“ Hadif nak jumpa,” beritahu Tengku
Arfhan apabila Arisa sudah berada di sebelahnya. Hadif yang sedang duduk
dibuaian dipandang Arisa.
“ Kenapa?”
“ Dapat call dari Butterfly Garden, miss
Nikon and mr smile… dah mati,” Arisa
tersentak. Kenapa begitu? Tengku Arfhan pula hanya jadi penunggu pintu. Dia
langsung tidak memahami perbualan Hadif dan Arisa.
“ Dia orang sempat kahwin tak, hah?”
“ Apa awak merepek ni, Arisa?” Arisa
tersedar akan keterlanjuran katanya.
“ Nothing.
Just wondering. Those butterflies died together. So sweet,” Hadif ketawa.
Ke situ pula perginya.
“ Korang sembang ni pasal rama-rama
aje ke?” sampuk Tengku Arfhan.
“ Ha’ah, bro. Kau ingat apa?”
“ Entah. Tapi, tak expect langsung yang apa... miss Nikon-mr smile tu rama-rama,” Arisa
hanya tersenyum.
“ Assalamualaikum…”
“ Waalaikumsalam,” jawab mereka
bertiga serentak. Arisa memandang si pemberi salam. “ Shiena!” Laju dia
melangkah dan dipeluknya gadis yang bernama Shiena itu.
“ Iya. Tahniah!” Shiena memeluk
sepupunya itu erat. Tak sangka Arisa akan menamatkan zaman bujangnya lebih
awal. Standardlah tu kahwin di usia
dua puluh empat tahun. Tengku Arfhan pula dah masuk tiga puluh tahun.
“ Ingat tak datang dah. Baru nak
merajuk,” cebik Arisa sambil melepaskan pelukannya.
“ Hesy, mana boleh tak datang. Tadi
ada kerja sikit, itu yang datang lambat,” balas Shiena.
“ Jom, aku kenalkan dengan suami
aku,” Shiena mengekori langkah Arisa. Arisa berhenti betul-betul pintu, tempat
suaminya bersandar.
“ Awak-awak berdua, kenalkan sepupu
saya… Shiena,” Shiena mengulas senyuman. Hadif terpaut dengan senyuman Shiena.
Hah, sudah! Tengku Arfhan hanya tersenyum kembali. “ Yang baju biru, sedondon
dengan kau ni… Syed Hadif. Dan, yang berdiri kat depan aku ni… Tengku Arfhan,
suami akulah…”
“ Nice
to meet two of you,” kata Shiena lembut.
Tengku Arfhan menunjukkan isyarat
pada Arisa agar melihat Hadif. Arisa tersenyum sungging. Ada hati tengah
berbungalah tu. Dipandang pula Shiena yang tersipu-sipu malu itu. Ya Allah,
budak berdua ni. Dah sampai mana entah. Dua-dua mengelamun.
“ Awak, jomlah naik tukar baju.
Manalah tahu, ada orang lain pulak yang nak tumpang pakai nanti,” Tengku Arfhan
tersenyum.
“ Dif, sudah-sudahlah tu usha anak
dara orang. Kalau nak, minta terus. Tak payah tunggu lagi dah. Kang terlepas,” usik
Tengku Arfhan. Hadif tersentak. Tidak sedar matanya ralit dipakukan pada
Shiena.
*****
Selesai juga akhirnya majlis di kedua
belah mempelai. Kini, Tengku Arfhan dan Arisa sudah selamat tiba di Paris. Sengaja
Tengku Arfhan membawa isterinya berbulan madu di situ. Kononnya, ingin merasa awal
perkahwinan di kota cinta. Tambahan pula, mereka berdua baru sahaja ingin
belajar bercinta.
Arisa menolak langsir yang tertutup. Matanya
terpaku pada Eiffel Tower yang boleh nampak dari bilik hotel yang ditempah oleh
Tengku Arfhan. Gah menara itu berdiri di situ. Entah sudah berapa ramai yang
terpikat dengan menara itu.
Tiba-tiba, ada tangan yang melingkar
di pinggang Arisa. Jantungnya berdetak laju. Skinship mesra pertama mereka sejak berkahwin. Gambar pengantin
yang diambil ketika majlis jamuan hanya sentuhan biasa sahaja.
Tengku Arfhan turut berdebar. Haruman
dari rambut panjang Arisa menggoncang nafsunya.
“ Kenapa kaku macam patung ni? Cuba relax sikit,” Arisa menghela nafasnya.
Tengku Arfhan tergelak. Kelakar pula melihat si isteri yang tiba-tiba jadi
pemalu itu. “ Abang tak makan orang lagilah, sayang. Apa kata Aidin jadi yang
pertama abang ‘makan’?”
“ Tak adanya istilah makan. Sebut
pasal makan ni, perut saya dah lapar. Boleh kita pergi makan?”
“ Alah, baru nak bermanja. Potong
betullah,” rungut Tengku Arfhan. Dia menurunkan tangannya dari pinggang Arisa.
Arisa berpaling. Dia tersenyum manis
kepada suaminya.
“ Nak bermanja tu boleh. Tapi,
kenalah isi perut dulu,” Ditariknya hidung mancung Tengku Arfhan.
“ Oh, macam tu ya. Okey, kita pergi
makan dulu. Pakai tudung balik,” Tengku Arfhan mengusap hidungnya yang ditarik
Arisa. Dia mula terasa bahagia.
bersambung...
No comments:
Post a Comment