Arisa membetulkan pakaiannya agar
lebih kemas. Baju kurung kain cotton
berona biru muda tersarung di tubuhnya. Tudung bawal bercorak terletak kemas di
kepala.
“ Cik Arisa Aidina!”
“ Saya,” sahut Arisa sambil
mengangkat tangannya.
“ Awak boleh masuk sekarang,” maklum seorang
gadis tinggi lampai di muka pintu bilik mesyuarat Arshad Holdings.
Arisa melangkah masuk dengan penuh
debaran. Kali pertama dia menghadiri temu duga adalah tiga tahun dulu. Tetapi,
temu duga kali ini terlebih pula debarnya. Arisa melabuhkan punggungnya di salah
sebuah kerusi yang berderet.
“ Nur Arisa Aidina binti Zakari?”
“ Ya, saya,” jawab Arisa sopan.
“ Bekas pelajar Uitm, jurusan art and design. Betul?”
“ Betul,” Arisa memandang tepat
penemu duganya. Sebenarnya ada dua penemu duga. Tetapi, yang lagi seorang tu
kusyuk sangat membaca kertas apa entah di atas meja. Langsung tak panggung
kepala.
“ Baiklah. Yang lain-lain saya tak
nak sebut. Saya nak awak ceritakan sendiri. In
English,” arah lelaki separuh umur itu.
“ As
you know, I’m Nur Arisa Aidina binti Zakari. Ex-student Uitm in art and design.
I have experience as interior designer for six month and have had handle about
three small project. After that, I’m futhered my study in architecture design, in
Queensland University, Brisbane. Along the way of my study, I’ve worked at the architect
firm for my extra activity. You can see my certificate for succeed in designed
the garden. That’s all. Thank you…”
“ Awak betul-betul manfaatkan
kelebihan yang awak ada, Cik Arisa. Tapi, CEO Arshad Holdings di sebelah saya
ni yang akan berikan keputusan sama ada awak diterima atau tidak,” Arisa
tersenyum.
“ Adif, your turn…”
Hadif mengangkat mukanya. Dang!
Arisa?
“ Mengikut resume yang awak bagi, you’re
totally the right person to be our architectural designer. However, what do you
expect from us?”
“ Honestly,
I don’t expect anything. But, since you asked me… I will tell you. I knows it’s
hard to guarantee about the position since I’m not officially an architect. I
hope this company can still hired me for the next project,” kata Arisa
tenang. Padahal dalam hati dah puting beliung.
“ About
that, I can’t promise you. But, for now…
congrate. You have get the position,” Arisa terasa lega. Alhamdulillah.
“ Thank
you,” ucap Arisa lembut. Tak sabar nak telefon mak dan abahnya.
*****
Arisa melangkah ke keretanya ceria.
Temu duga pertama, sudah berjaya. Tidak perlulah dia berpenat lelah menghadiri
temu duga lain. Penat.
“ Arisa!”
Arisa berpaling. Lelaki berkot kemas
sedang menghampirinya. Dia mengukir senyuman manis.
“ Yes,
bos. Saya tak boleh balik lagi ke?”
“ Taklah. Awak buat apa kat sini?”
Hah, soalan jenis apa tu?
“ Dah tentu-tentu awak yang menemu
duga saya tadi. Awak dah lupa ke?” Hadif tersengih.
“ I
mean, jauh juga awak merantau cari kerja…”
“ Tak adalah jauh sangat. Company ni aje yang tawarkan pekerjaan mengikut
kelulusan saya. So, I’m here and I’ve got the job. Thank to you,” balas Arisa.
“ Welcome.
Why not we have a drink?” Hadif sekadar mencuba nasib.
“ Boleh ke? Awak kan kerja,” Arisa
cuba menolak tapi tak bolehlah. Dah biasa!
Hadif mengeluarkan kad namanya dari
dompet dan dihulurkan kepada Arisa. Arisa menyambut huluran itu.
“ Syed Hadif Syed Fazlan. CEO Arshad
Holdings,” Arisa membaca nama dan jawatan yang tertera pada kad tersebut.
“ Yes,
saya. Ada yang pelik ke?”
“ No.
Tak ada apa-apa yang pelik,” Arisa menyimpan kad nama itu ke dalam begnya.
“ So,
shall we?” Hadif menunggu jawapan dari Arisa.
Arisa berfikir seketika. Nak ikut ke
tak?
“ Bolehlah. Tapi sekejap ajelah ya,” Berat
pula Arisa ingin menolak. Hadif sudah senyum lebar.
*****
Hadif membawa Arisa ke sebuah
restoran yang selalu dikunjunginya. Restoran biasa saja. Tapi, makanannya
memang tip top. Meletop! Ni kira awal mereka berkunjung ke situ. Jika sudah
masuk waktu lunch, pasti meriah
restoran itu. Mereka memilih untuk duduk di gazebo luar restoran yang
menyediakan tempat ala-ala Jepun.
“ Awak selalu datang sini ke?”
“ Ha’ah. Makanan kat sini sedap. Awak
cakap aje nak makan apa, western…
melayu… Chinese… semua ada,” jelas Hadif sambil bersila. Menu di atas meja
ditatapnya.
“ Emmm, awak pilihkan ajelah untuk
saya. Saya tak tahulah nak makan apa,” Buku menu ditenungnya kosong. Hadif
memandang Arisa di hadapannya yang kelihatan bingung itu.
“ Okey. Saya pilihkan eh…”
Setelah memesan makanan, mereka
berborak tentang skop pekerjaan Arisa. Macam biasalah, budak berdua ni… bukan
suka sangat sentuh hal peribadi masing-masing. Padahal dalam hati, teringin
sangat nak tahu kisah hidup antara satu sama lain. Cuma, berat sangat mulut
ingin bertanya.
Biarlah dulu begitu. Bagi Arisa,
perasaannya kepada Hadif harus dilupakan. Majlis pernikahannya semakin hampir. Tak
manis pula jika mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Biarpun, masih belum
bertemu empat mata dengan tunangannya… dia harus menghormati ikatan itu.
Sedang mereka berbual mesra sambil
menjamu selera, muncul seorang lelaki di sebalik pekerja-pekerja yang baru
keluar makan tengah hari.
“ Sempat lagi kau ya, Adif. Diam-diam,
semakin berisi hati kau eh,” Hadif tersenyum nakal.
“ Mana ada. Memandai aje kau ni. Ini
Arisa, kawan aku. Dan, dia bakal bekerja dalam Arsyad Holdings. Arisa, ini Arfhan…
Tengku Arfhan,” Arisa tersentak. Jantungnya berdegup laju.
“ Hye,
I’m Tengku Arfhan. You can call me,
Fan or Arfhan pun okay,” Tengku Arfhan menghulurkan
tangannya untuk bersalam.
Hadif menarik tangan Tengku Arfhan
yang terhulur tanpa disambut. Dia menggeleng kepala kepada sepupunya. Tengku
Arfhan tersenyum manis. Faham maksud Hadif itu.
“ Agak-agak sikit nak menggatal pun. Tunang
kau tu nak campak mana?” Tengku Arfhan tersengih. Dia duduk bersila di sebelah
Hadif.
Arisa membekukan dirinya. Inikah tunangnya?
Dipandangnya Tengku Arfhan seketika. Kacak, tapi tetap tak boleh tandingi Hadif
di hatinya.
“ Alah, tunang aku tak ada kot. Aku jumpa dia pun tak pernah.
Lagipun, bukan aku yang terhegeh-hegeh nak tunang dengan dia. Mummy aku yang gatal pergi masuk
meminang siapa suruh,” Lagilah Arisa tersentap. Jadi, lelaki itu langsung tidak
suka dengan pertunangan itu.
“ Selalunya pilihan orang tua ni
berkat. Manalah tahu, dia jodoh kau. Jauh mana kau lari pun, kalau dah tertulis
dia jodoh kau… tetap bersatu jugak,” Hujah Hadif.
“ Kau kan, Dif. Bab nasihatkan orang
ni memang pandai. Tapi, bila masuk bab diri sendiri… fail. Patutlah auntie Nora
selalu risaukan kau,” Dipeluknya Tengku Arfhan bahu sepupu yang paling rapat
dengannya itu.
“ Kau datang sini nak makan ke nak
makan penumbuk aku ni?”
“ Nak makanlah. Mana order aku tak datang lagi ni?” Tengku
Arfhan merenung Arisa yang terdiam itu seketika. Cantik! Bibir nipis itu nampak
comel dimatanya.
“ Arisa, kenapa tak makan habis?”
soal Hadif. Arisa mengangkat wajahnya.
“ Errr… dah kenyanglah,” Kenyang
konon. Nasi dalam pinggan pun masih banyak lagi.
“ Betul ke kenyang? Nasi awak tak
luak pun dari tadi. Makanlah. Tak baik membazir,” balas Hadif. Fikirnya,
mungkin gadis itu segan dengan Tengku Arfhan.
Arisa menolak pinggannya. Berhadapan
dengan Tengku Arfhan yang berkemungkinan besar adalah tunangnya membuatkan
selera hilang.
“ Betul dah kenyang,” balas Arisa
senada. Hadif perasan Arisa seperti tidak selesa. Sebab Arfhankah?
“ Awak segan dengan saya ya,” teka
Tengku Arfhan bersahaja.
“ Hah? Tak adalah. Biasa aje,” sangkal
Arisa, cuba berlagak tenang. Macam nak terus beredar saja. Tapi, macam tak
sopan pula.
“ Dia memang macam tu, Fan. Dah
biasa,” Arisa tergelak kecil. Kenangan di Cameron Highlands menjengah di
mindanya.
“ Oh, ye ke…” Hati Tengku Arfhan
terusik mendengar gelak kecil Arisa. Wajah itu manis sahaja.
“ Tu makanan kau dah sampai. Makan
sampai kenyang. Tak kenyang karang, awal pulak kau keluar office,” Tengku Arfhan buat muka tak kisah.
Tengku Arfhan juga CEO, tetapi di syarikat
milik bapanya, Tengku Afzal. Selalu juga syarikat itu mengadakan usahasama
dengan Arsyad Holdings. Termasuk projek yang terbaru ini. Projek yang turut
melibatkan Arisa sebagai orang penting untuk design sebuah taman rekreasi yang berkonsepkan kampung.
*****
Arisa menuruni anak tangga dan terus
ke ruang tamu. Puan Zaharah sedang elok bersila di situ sambil melipat kain
yang sudah kering. Dihenyakkan punggung di sofa. Encik Zakari pula ke surau
untuk solat Maghrib berjemaah. Sudah menjadi rutin Encik Zakari ke surau untuk
solat berjemaah.
Sebaik sahaja tahu dia akan memulakan
kerjanya pada minggu depan, terus dia memecut pulang ke Ipoh. Kebetulan, rumah
sewanya di Kuala Lumpur masih belum boleh masuk. Kelmarin pun dia tumpang di
rumah abang sulungnya.
“ Kenapa mula kerja minggu depan?”
soal Puan Zaharah tanpa memandang satu-satunya anak gadis dia itu.
“ Entahlah, mak. Arisa pun tak tahu,”
jawab Arisa. Matanya ralit menonton televisyen. Entah cerita apa pun dia tak
pasti. Tak pula dia mengangkut novel-novelnya itu.
“ Petang esok, mak cik Pia nak datang
hantar barang-barang hantaran. Arisa tunggu kat rumahlah ya. Manalah tahu ada
yang tak berminat di hati ke,” Arisa merenung Puan Zaharah dengan pandangan
kosong.
Sebelah jiwanya, tidak mahukan
perkahwinan ini. Dan sebelah lagi, tidak mahu hampakan kedua orang tuanya. Nak
batalkan pun, majlis pernikahan dah tak sampai sebulan saja lagi.
“ Mak, ada gambar tunang Arisa tak?”
Puan Zaharah menghentikan lipatan. Bibirnya mengorak senyuman.
“ Amboi, baru sekarang nak tengok ke?
Ada kat dalam laci kabinet buku-buku abah. Pergilah ambil,” Arisa pantas ke
ruang bacaan abahnya di sebelah ruang tamu.
Dibukanya laci yang dimaksudkan Puan
Zaharah. Sampul surat berwarna biru diambil dan sekeping gambar di dalamnya
dikeluarkan. Arisa terkedu. Wajah lelaki yang segak berpakaian baju melayu itu
mirip sangat dengan Tengku Arfhan yang ditemuinya semalam.
Mata Arisa berkaca. Luahan Tengku
Arfhan mengenai tunangnya terlayar di minda. Di hadapannya sendiri, lelaki itu menyatakan
dia tidak suka akan pertunangan itu. Salahkah dia menerima ketika rombongan
kerabat diraja itu masuk meminangnya dulu? Teringin saja dia menjerit di situ.
Melepaskan segala ketidakpuasan hatinya.
bersambung...
p/s : maaflah kalau ada grammar kat dalam part ni yang serabut. CIA tak berapa nak pandai sangat....but...DO ENJOY IT!
No comments:
Post a Comment