Bersusah payah CIA sambung balik BBWRL...
Tapi, ciput ja yang boleh CIA post... huhuhu
SELAMAT MEMBACA!
Langkawi!
Here we come! Jerit suara hati Airisy.
“
Airisy naik dululah. Ni…door card,” Adam menyerahkan active door card kepada
Airisy.
“
Abang nak pergi mana?” soal Airisy.
“
Jumpa kawan kejap. Pergilah naik dulu,” jawab Adam sambil menolak Airisy perlahan.
Setelah
tiba di bilik mereka, Airisy meninjau di sekitar bilik itu. Pandai Adam memilih
lokasi bilik mereka. Bilik mereka menghadap laut biru yang luas. Nyaman rasanya
menghirup udara segar. Airisy duduk sebentar di kerusi santai yang terdapat di
balkoni bilik. Dia sebenarnya keliru dengan sikap Adam sejak mereka berkahwin.
Adam berubah menjadi seorang yang agak tegas dan kurang bercakap. Dia hanya
akan bercakap perkara yang penting sahaja.
“
Kenapa duduk kat luar ni?” tegur Adam. Airisy berpaling.
“
Saja. Sejuk aje kat sini. Dah lama Airisy tak bercuti kat tempat macam ni,” kata
Airisy.
“
Abang nak mandi dulu. Jangan duduk lama sangat kat luar ni. Nanti demam pulak,”
balas Adam senada.
“
Abang,” panggil Airisy. Dia bangun dan menghampiri sang suami. Adam tidak jadi
melangkah.
“
Abang kahwin dengan Airisy semata-mata sebab…Zara ke?”
“
Dah kenapa tanya macam tu?” Airisy menampar perut Adam dengan belakang
tangannya perlahan.
“
Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Biar Airisy mandi dululah. Panas,” Adam
memandang Airisy yang sedang mengambil tuala pelik. Dia mengusap perutnya.
“
Abang bukan kahwin dengan Airisy sebab Zara. Tapi…sebab Airisy. Ingat tu. Lepas
ni, abang tak nak dengar dah soalan tu,” Airisy terkaku tapi kemudiannya dia
mengukirkan senyuman. Baru hatinya senang setelah mendengar penjelasan Adam.
Kiranya dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini.
“
Okay,” balas Airisy sepatah dan terus menghilang ke dalam bilik air.
Adam
menghempaskan badannya ke tilam. Dia turut berasa lega setelah menjelaskan alasan
dia mengahwini Airisy. Pada mulanya, dia memang hanya ingin berkahwin dengan
Airisy disebabkan Izara. Namun, sekarang dia sangat pasti…alasannya mengahwini
Airisy kerana dia sudah jatuh hati kepada isterinya itu.
Malam
itu, Adam membawa Airisy makan malam di kawasan resort sahaja memandangkan
masing-masing sudah kepenatan. Adam lebih suka memilih tempat yang agak jauh
dari pengunjung lain.
“
Nak makan apa?” soal Adam sambil membelek buku menu. Airisy turut berbuat
demikian.
“
Emmm…Spaghetti Bolognese?” Adam memanggil
pelayan dan membuat pesanan.
“
Abang pernah datang sini ke sebelum ni?” soal Airisy ingin tahu. Dia dapat
perhatikan Adam seperti sudah biasa dengan resort ini.
“
Hmmm? Pernah. Every three month…abang ada meeting kat sini. Kenapa?”
“
Patutlah. Airisy perasan…abang macam dah biasa dengan tempat ni. Esok kita nak
pergi mana?”
“
Airisy nak pergi mana? Cakap je,” balas Adam. Airisy mengembungkan pipinya. Dia
pernah melancong ke Langkawi sewaktu dia di sekolah rendah. Dah lama sangat. Jadi,
dia sudah lupa tempat-tempat yang menarik di Langkawi.
“
Airisy rasa macam nak…pergi…Dataran Lang, Pekan Kuah…nak naik cable car,” Adam
mengetuk meja dengan jarinya.
“
Okay…macam ni. Pagi esok kita pergi Dataran Lang. Then, baru pergi Pekan Kuah.
Lusa, baru kita naik cable car. Call?”
“
Call,” Airisy membetulkan tudungnya yang dah serabut dek angin yang sepoi-sepoi
bahasa.
“
Adam Arsyil?” sapa seorang perempuan ala model. Cantik. Airisy mendongak
sedikit. Siapa pulak ni?
“
Yes?”
“
You tak ingat I ke? Tirana…”
“
Oh, okay. Ingat…ingat. You buat apa kat sini?” soal Adam mesra. Masakan dia
tidak ingat akan Tirana, model syarikatnya dulu.
“
Bercutilah. Tak sangka dapat jumpa you kat sini. Dah lama jugakkan kita tak
jumpa. Rasanya sejak I…habis kontrak dengan company you,” balas Tirana. Airisy
buat tak tahu. Dia membelek gambar-gambar perkahwinan di dalam telefon
bimbitnya.
“
Ha’ah. Oh, I kenalkan…wife I, Airisy,” Tirana memandang Airisy dengan pandangan
yang terkejut.
“
Kahwin tak jemput. Hai, I’m Tirana,” Tirana menghulurkan tangannya dan disambut
Airisy.
“
Airisy…”
“
Okaylah. I dah lambat ni, nak jumpa kawan. Lain kali kita berborak lagi,” Tirana
meminta diri.
“
Okay. See you again,” balas Adam. Tirana berlalu meninggalkan pasangan suami
isteri itu dengan hati yang membengkak.
“
Dia pernah kerja kat company abang ke?” tanya Airisy.
“
Bekas model company,” jawab Adam. Airisy perasan akan perubahan suaminya setelah
berjumpa Tirana.
“
Bekas scandal jugak?” duga Airisy. Adam mengangguk tanpa sedar. Airisy bangun
secara tiba-tiba.
“
Kenapa ni?” soal Adam yang terkejut dengan tindakan Airisy.
“
Clear up your mind first. Abang makanlah sendiri. Airisy nak ambil angin kat
luar tu,” kata Airisy sebelum berlalu ke
kawasan pantai. Nadanya juga dikawal agar dia tidak menderhaka terhadap
suaminya.
Airisy
berjalan perlahan sambil menikmati kesejukan malam. Dia berasa tenang mendengar
deruan ombak. Terasa segala perasaan cemburunya hilang. Airisy tahu dia tidak
sepatutnya cemburu begitu. Tetapi…apabila memikirkan Adam yang jarang bersosial
dengan wanita membuatkan dia susah hati dan tiba-tiba muncul Tirana pula. Itu
kerana dia tahu…Adam dan Tirana pernah rapat dulu. Airisy duduk di bawah pokok yang
merendang. Dia memeluk lututnya.
“
Tak takut ke duduk sini sorang-sorang?” Airisy menggigit bibir bawahnya.
“
Tak,” jawab Airisy sepatah. Adam melabuhkan punggungnya di sebelah kiri Airisy.
“
Abang minta maaf. It just…dah lama abang tak jumpa dia. So, it make me
feel…shocked,” Airisy bermain dengan tangannya.
“
Jadi…betullah dia ex-special girlfriend abang?”
“
Hmmm…”
“
Tip top jugak taste abang, eh,” Adam menoleh ke kanannya.
“
Stop it, Airisy. Dia dah jadi sejarah abang. Kebetulan aje abang dapat jumpa
dia kat sini,” marah Adam. Dia tidak suka apabila sejarah lamanya diungkit. Airisy
menunduk sedikit.
“
Okay. I’ll stop,” kata Airisy perlahan. Adam mengeluh kecil. Terasa bersalah
pula kerana memarahi Airisy.
“
Sorry again. Abang cuma tak suka Airisy ungkit kisah lama abang…”
“
Airisy tak ungkit dah lepas ni,” balas Airisy. Adam tahu isterinya masih terasa
dengan sikapnya.
“
Sini,” Adam menarik Airisy ke dalam pelukannya. Buat pertama kalinya mereka
bersentuhan selepas majlis perkahwinan mereka. Airisy berasa sangat selesa
berada di dalam pelukan suami tercintanya.
“
Dengar tak jantung abang berdegup laju ni. Ini sebab…buah hati abang ada dekat
dengan hati abang. Airisy kena percayakan abang,” ujar Adam tulus.
“
Airisy percayakan abang. Cemburu tu kan tandanya sayang. Sweet sangat jantung
abang ni berdegup,” Airisy menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Adam. Adam
ketawa kecil.
“
Apa kiss kat pipi aje. Kat tempat lain pun nak jugak,” cebik Adam lembut.
“
Jangan nak gatal sangat eh…depan public ni. Kira okaylah tu Airisy bagi kiss.
My first kiss tau,” balas Airisy sambil tangannya erat memeluk pinggang
suaminya.
Setelah
seminggu menghabiskan cuti di Langkawi, Adam kembali bekerja. Airisy pula
mengambil peluang itu untuk lebih mengenali ibu mertuanya. Dia membantu Hajah
Zaharah menguruskan hal-hal di rumah. Kebetulan hari itu Hajah Zaharah bercuti.
Hanya Haji Zainal sahaja yang dipanggil untuk memberi ceramah motivasi di
masjid tidak jauh dari perumahan mereka.
“
Risy pandai tanam pokok bunga?” tanya Hajah Zaharah.
“
Tak pandailah, ummi. Tapi…Risy suka bunga. Dulu, nenek pernah ajar Risy tanam
pokok bunga apa entah. Ummi tahu? Risy tunggu punya tunggu…pokok tu mati macam
tu aje. Lepas tu, Risy dah tak tanam pokok apa-apa lagi dah,” Hajah Zaharah
tertawa kecil.
“
Jom…ummi tunjuk cara-cara nak semai benih pokok bunga. Cara ni senang sikit,” Airisy
mengikut Hajah Zaharah ke kebun mini yang terdapat pelbagai jenis pokok bunga.
“
Banyak jugak pokok bunga ummi. Ummi tanam sendiri ke?” Airisy tertarik dengan
kepelbagaian pokok-pokok bunga itu.
“
Ada yang ummi tanam sendiri…dan ada juga yang ummi beli yang dah siap semai.
Ummi jarang ada masa nak semai semua pokok-pokok bunga ni. Ummi semai ikut yang
termampulah,” jelas Hajah Zaharah.
“
Kita nak buat apa sekarang, ummi?”
“
Okay. Sekarang kita isi tanah kat dalam plastik beg hitam yang berlubang ni.
Lepas tu letakkan benih pokok yang kita nak. Ummi dah asingkan benih-benih kat
dalam bekas ni. Risy pilih aje yang mana Risy suka,” terang Hajah Zaharah
bersungguh-sungguh. Tambahan pula, Airisy kelihatan sangat berminat untuk
belajar menanam.
Sedang
mereka sibuk menyemai benih anak-anak pokok bunga kegemaran mereka, kereta Adam
memasuki kawasan rumah. Adam keluar dari keretanya dan terus menghalakan
langkahnya mendekati Hajah Zaharah dan Airisy.
“
Lambat balik, Adam?” soal Hajah Zaharah.
“
Banyak kerja, ummi. Buat apa ni?”
“
Ummi ajar Airisy semai benih pokok bunga,” jawab Hajah Zaharah. Adam
mencangkung di sebelah isterinya.
“
Pokok apa aje yang sayang abang ni tanam?”
“
Cuba…teka,” Airisy mengerling suaminya. Hajah Zaharah berlalu ke bangsal kecil
yang menempatkan peralatan berkebun.
“
Teka? Emmm…kalau abang teka betul, sayang nak bagi apa?” Adam memandang Airisy
dengan mata yang redup dan keningnya diangkat sedikit.
“
Ish…teka dulu. Nanti baru Airisy bagi hadiah,” Adam buat gaya seperti sedang
memikirkan sesuatu.
“
Janji eh nak bagi hadiah. Sayang tanam benih…abang,” Airisy menampar lengan
suaminya kuat. Hajah Zaharah yang terdengar perbualan pasangan pengantin baru
itu hanya menggelengkan kepala.
“
Nak tanam benih abang kat dalam tanah ni buat apa? Tak ada hasilnya pun.
Cepatlah teka…pokok apa?” Adam membuat muka gatalnya.
“
Betul jugak cakap sayang tu. Hmmm…abang tahu, Airisy tanam pokok bunga primrose.
Betul tak?”
“
Emmm…pandainya suami Airisy ni. Yours,” Airisy menghadiahkan ciuman di pipi
kiri Adam.
“
Pipi je?”
“
Tak payah nak gatal sangat,” Airisy bangun dan membawa plastik beg hitam yang
berlubang itu ke tempat semaian. Adam mengekori isterinya.
“
Adam, dah solat asar?” tanya Hajah Zaharah sambil menyusun pasu-pasu bunya yang
masih belum diisi.
“
Dah, ummi. Kat office tadi,” jawab Adam.
“
Dah siap, Risy?” Airisy hanya mengangguk. “ Jomlah masuk. Hari pun dah nak
gelap ni,” sambung Hajah Zaharah.
“
Sayangku Airisy.”
“
Iya, suamiku sayang. Ada apa?”
“
Eh…sayang abang ke?” Airisy mengecilkan matanya memandang Adam yang sedang
bersandar di kepala katil dengan telefon bimbit ditangannya.
“
Taklah. Siapa yang sayang abang?” Adam meredupkan matanya membalas pandangan
Airisy yang sedang menyapu losyen di tangannya.
“
Yelah. Kita sedar…siapalah kita ni nak orang tu sayang kita kan,” Adam
berpura-pura merajuk. Ingin si isteri memujuk kononnya.
Airisy
memanjat katil dan menyandarkan badannya di bahu kiri Adam. “ Airisy sayang
plus love you. Always…love you. Get it?” Dia memeluk lengan sasa Adam kejap. Tenang
rasanya apabila berada dekat dengan suami tersayang.
“
Abang pun sama. Will…always love you.”
“
Airisy tahu. Thanks,” Mereka tersenyum lebar.
“
Seronok honeymoon, pengantin baru?” Adam duduk di sofa berangkai dua yang
terletak di ruang santai bersebelahan dengan kolam renang. Hanya dipisahkan
dengan cermin lutsinar sahaja. Malam-malam bersantai di situ, seronok juga.
“
Eleh, macamlah dia tu tak pergi honeymoon, kan abang?” Naufal mengangguk
setuju. Adam mencebik.
“
Kita tak adalah honeymoon macam korang dua orang ni. Bukan main lama kat
Paris,” balas Adam.
“
Honeymoon sambil belajar, abang Adam. Tak sangka kat sana pun ada pusat untuk
belajar agama. Khas untuk muallaf dan penganut beragama Islam yang tinggal kat
sana,” ujar Naufal.
“
Hmmm, that’s good. Boleh dapat banyak ilmu tu. Lain negara, lain cara
pendedahannya, kan?” Naufal dan Izara terangguk-angguk.
“
Kak Risy, esok kita pergi spa nak?” Airisy meletakkan dulang minuman di atas
meja kopi. Dia mengerutkan dahinya.
“
Spa?” Kening Airisy diangkat sebelah sambil melabuhkan punggung di sebelah Adam.
Sengaja ingin mengusik adik iparnya itu. Izara hanya tersengih.
“
Nak ikut…”
“
Sibuk aje abang ni. Biarlah kak Risy ni ambil angin luar sikit. Ini tak, dua
puluh empat jam asyik nak berkepit…”
“
Abang, tengoklah orang tu. Mengata kita bukan main. Dia yang asyik dok berkepit
dengan Naufal…tak sedar,” Izara membulatkan matanya.
“
Ha’ah. Lagipun, Zara and Naufal kan sama tempat. Abang and kak Risy jumpa time
abang ada kat rumah ajelah,” Izara mencebik. Naufal hanya tersenyum. Dia masih
lagi kekok dalam keluarga Izara sebenarnya.
“
Iyalah…”
“
Eh, dah mengalah? Bagus Naufal trained wife dia ni,” Airisy tergelak kecil.
“
Susah jugaklah, abang Adam. Degil,” Izara menampar paha suaminya.
“
Baru tahu ke? Hah, sebelum terlupa. Abang dengan kak Risy nak balik kampung kak
Risy hujung minggu ni. So, kalau boleh Zara dengan Naufal bermalam kat sini eh.
Tolong walid and ummi. Kak Ana pun balik hujung minggu. Walid ada cakap nak
buat jamuan sikit,” Adam memandang adik dan adik iparnya silih berganti.
“
Hmmm, boleh bang?”
“
Boleh. Rasanya abang free…”
“
Thanks,” ucap Adam sambil tersenyum. Airisy menghulurkan mug berisi air horlick
kepada Adam.
“
Seronoklah abang…dah ada kampung balik dah. Mesti best kan?”
“
Of course…”
“
Atuk and nenek kak Risy yang ajak balik kampung. Nak buat kenduri doa selamat
untuk cicit baru dia orang,” ujar Airisy.
“
Wah, bestnya. Kak Risy selalu ke balik kampung?”
“
Ada masa, baliklah…”
“
Whoa, bukan awak memang banyak masa ke sayang? Memlah katakan,” Airisy
mengerling suaminya.
“
Hello, memanglah Risy mem. Tapi, mem pun kena melawat kawasan jugak okay. Kejap
tolong papa…kejap abang Haris, kak Azie, mama lagi. And, yang paling terbaru daddy
punya…business. Setakat…tengok-tengok ajelah. Memkan,” Mereka ketawa serentak. Lucu
dengan nada Airisy.
“
Iya…iya. You’re the best mem,” Adam menjatuhkan kepalanya di bahu isterinya. Izara
dan Naufal saling berpandangan sambil buat muka.
best....
ReplyDeleteSume ada brpa bab?? Cepat sambung lg ye... bestttt
ReplyDeleteThanks, Qairunniesa... :)
DeleteCIA pun taktau ada berapa bab ..hehehe... dah siap tulis, post ja..
Insya Allah, nanti sambung lagi... :D
bila nak sambung ni,,?
ReplyDeletetq dik sudi baca...
Deletesory sangat2 sebab tak sempat lagi nak post entry..
sibuk sangat... Insya Allah nanti ada.. :)