Part kedua last... :) keep your eyes on here!
pepagi dah rajin menghapdet... hehehe...
sekadar mencari rezeki di pagi hari...
SELAMAT MEMBACA!
Irine
menilik jam tangannya. Hampir dua jam dia tercongok di tempat menunggu di KLIA.
Dalam masa dua jam itu, dia dah tawaf semua kedai di situ. Namun, dia hanya
mencuci mata sahaja. Tak ada mood nak
shopping ketika ini. Orang yang
ditunggu tak muncul-muncul lagi.
Beberapa
minit kemudian, Samsung Galaxy Note 3
milik Irine berbunyi.
“
Hello, Assalamualaikum,” Irine
menjawab panggilannya.
“
Waalaikumsalam. Dia tak sampai lagi ke?” soal si pemanggil.
“
Belum. Betul ke dia cakap pukul sebelas? Ni dah nak dekat pukul satu lebih dah,
tak sampai lagi,” rungut Irine.
“
Kejap lagi sampailah tu. Bukannya Lea tak tahu, lambat sejam dua tu biasalah,”
si pemanggil cuba menenangkan Irine.
Tiba-tiba
Irine terasa pinggangnya dipeluk. Terus membeku tubuh dia tika ini. Tindakan
refleks setiap kali ada yang cuba memeluknya. Siapalah yang suka sangat peluk
dia tak minta izin ni?
“
Lea…Lea. Lea kat situ lagi ke?”
“
Ada, ma. Dah jadi patung cendana dah, menantu mama ni,” jawab si pemeluk Irine.
“
Dah lama sampai?”
“
Dah sejam lebih. Saja nak test patung
cendana ni. Sanggup ke dia tunggu suami dia,” si pemanggil ketawa kecil.
“
Iyalah. Nanti terus balik sini. Your
parent in law pun dah ada kat sini. Jangan melencong tempat lain. Semua
orang dah tunggu ni,” pesan si pemanggil.
“
Okay, ma. See you soon,” Panggilan terus dimatikan.
Izale
menyuakan jambangan roses yang
disembunyikan di belakangnya kepada Irine. Irine buat muka. Biar encik suami
tahu dia tengah merajuk.
“
Sampai bila nak jadi patung cendana ni? Abang lambat sebab nak cari hadiah
nilah,” pujuk Izale.
Tanpa
mengendahkan pujuk rayu Izale, Irine berlalu meninggalkan suaminya itu yang
terpinga-pinga di situ. Namun, hanya beberapa langkah dia melangkah ke depan
Irine kemudiannya berpaling ke belakang sambil tersenyum.
Suami
dah balik penat-penat kena tunjuk muka manis walaupun hati tengah merajuk.
Izale mengeluh lega melihat senyuman manis isterinya.
“
Tak merajuk dah?”
“
Mana ada orang merajuk. Saja aje nak usik abang,” Izale mengenyitkan matanya.
Irine mencebik. Malas layan.
“
Iyalah tu. Mana kereta?”
“
Irine datang dengan Pak Mansor tadi. Tu hah. Kesian Pak Mansor kena tunggu
lama. Abanglah punya pasal,” Irine menampar perut Izale dengan belakang tapak
tangannya. Mereka menghampiri Pak Mansor yang sedang menunggu di tepi Toyota
Camry milik Tengku Albar.
“
Pak Mansor, sorry lambat,” mohon
Izale.
“
Tak ada apalah, Faris. Bukan lambat sampai sehari,” balas Pak Mansor, pemandu
Tengku Albar. Izale memang tidak mengambil pemandu. Dia lebih suka memandu
sendiri.
Sepanjang
perjalanan pulang ke rumah Tengku Albar, pasangan suami isteri yang baru
berkahwin tiga bulan lepas itu hanya berdiam diri. Mungkin kerana keletihan,
Izale terlena. Sampaikan Irine yang mengacau tidurnya pun ditepis lembut. Tak
nak diganggu.
“
Assalamualaikum,” Izale memberi salam kuat. Biar seisi rumah dengar.
“
Waalaikumsalam,” sahut sekumpulan suara di ruang tamu. Bergabung dua keluarga
memang riuhlah. Cuba kalau hanya keluarga Izale sahaja. Hampeh! Ada suara
umpama macam tiada. Maklumlah, hanya keluarga kecil.
“
Amboi, riuhnya. Sampai ke luar dengar,” Izale bersalaman dengan semua ahli
keluarga. Yang muhrim sahaja.
“
Orang yang menjemputnya mana? Takkan tertinggal dekat airport kot…”
“
Ada ni,” Irine berjalan masuk menyertai mereka yang lain.
“
Buat apa kat luar tu, Lea?” tanya Hajah Syakirah.
“
Hah? Tengah cari…ni,” Irine mengangkat sejambak bunga yang dihadiahkan Izale
tadi.
“
Patutlah. Untunglah dia…ada orang sayang,” usik Faruqi, abang sulung Irine.
“
Tahu tak apa,” balas Irine dengan senyuman.
“
Kat kita orang tak ada ke, Ris?” soal Nida, kakak kedua Irine sekadar ingin
bergurau.
“
Ada. Semua ada. Tapi, kat dalam kereta lagi,” jawab Izale. Dia memangku Danish
yang tembam itu. Kini, bayi yang sudah berusia dua tahun itu rapat dengan
Izale. Setiap minggu mesti kena bersua muka.
“
Dah makan ke, Ris?” soal Tengku Wahida.
“
Belum…”
“
Lah, kesiannya. Lea, bawa Ris pergi makan. Tak elok biar perut kosong
lama-lama. Lepas makan, boleh berehat. Malam ni ada barbeque pula,” ujar Hajah Syakirah.
“
Saja nak manja dengan mama dan ammilah tu. Abang dah makan masa on the way nak sampai rumah tadi,” Irine
mengenakan suaminya. Hampir sebulan suaminya itu berada di oversea kerana menguruskan projek di sana, mati kutu dia kerana
tidak boleh mencari pasal.
“
Kalau dah makan, pergi naik rehat. Esok-esok pun boleh main lagi dengan Danish,
Isya, Bella ni,” ‘halau’ Tengku Wahida.
“
Iyalah. Hot papa naik dululah. Nanti
kita main lagi ya, anak-anak,” Hampir terhambur ketawa semuanya. Hot papalah sangat.
Izale
menghempaskan badan ke tilam. Lega rasanya dapat berbaring dengan selesa. Kalau
kat London, jangankan baring…nak duduk pun susah. Bohong sangat kau, Izale.
Maksudnya, sibuk sangatlah tu kat kota London.
“
Abang, dah tidur ke?”
“
Belum…”
“
Buat apa?”
“
Tengok syiling…”
“
Tengok saja ke? Kenapa tak kutip sekali?”
“
Syuhhh…”
Irine
mengambil tuala bersih dari almari. Dan dia turut mengambil pakaian bersih
untuk Izale. Isteri mithalilah konon.
“
Pergilah mandi dulu sebelum tidur,” Irine duduk di birai katil.
“
Tadi, mama dengan ammi halau abang suruh rehat. Bila dah rehat ni, sayang pulak
suruh mandi. Mana satu ni?”
“
Rehat tu termasuk dengan mandilah, abang. Biar segar sikit. Nak tidur pun
selesa,” Izale bingkas duduk.
“
Anis macam mana?” Tiba-tiba teringat akan sahabatnya itu.
“
Okay sikit dari sebulan yang lepas.
Cuma suami dia yang tak okay. Kerja
tunggang langgang. Balik rumah pun sekejap aje. Lepas tu keluar balik. Dua hari
lepas, mak kak Anis ambil bawak balik kampung,” jelas Irine.
“
Farel?”
“
Macam tulah. Biar aje kak Anis balik kampung…”
Izale
termenung seketika. Bukan main gembira lagi tiga bulan lepas, ketika majlis
perkahwinannya dan Irine berlangsung, Farel dan Anis mengkhabarkan mereka akan
menimang cahaya mata. Alih-alih, bulan lepas mereka terlibat dalam kemalangan
ketika balik dari kampung. Cahaya mata yang ditunggu hampir tiga tahun, lesap
begitu sahaja.
Anis
dikhabarkan keguguran. Dan disebabkan hentakan yang kuat, Anis tidak dibenarkan
mengandung buat sementara waktu. Sehingga keadaannya betul-betul sembuh. Macam
orang gila tatkala berita itu di beritahu kepada Anis.
“
Harap-harap, kita tak jadi macam tu,” kata Izale tiba-tiba.
“
Orang suruh mandikan?”
“
Orang mana?”
“
Orang ni, Irine Azalea. Pergilah mandi,” Irine buat muka comelnya. Kerana
terlalu geram, pipi Irine jadi mangsa cubitan Izale.
“
Iya. Abang pergi mandilah ni,” Izale menyambut huluran tuala oleh isteri
tersayang lalu terus masuk ke dalam bilik air.
p/s : sekadar coretan menghiaskan blog yang suram. hehehe. last part menceritakan segalanya. alam perkahwinan itu indah. macam malas ja nak hapdet last part. boleh gitu? just morning kidding. peace.
No comments:
Post a Comment