here the new chapter....
hope you guys sukalah.... lama juga idea tertunggak...
akhirnya CIA dapat jugak sambung...even tak sepenuhnya lagi....
SELAMAT MEMBACA!
Arianna menguap kecil. Segar
rasanya setelah berehat buat seketika, penat berada di dalam kereta selama enam
jam lebih. Dia meregangkan ototnya yang sudah mula lenguh. Melihatkan Fariq dan
Zarra yang tidur lena di sebelahnya, Arianna tersenyum. Gaya tidur pun sama
saja. Mata Fariq bergerak-gerak. Arianna menanti suaminya membuka mata.
“ Dah lama bangun?” tanya Fariq
dengan suara serak. Dia menggosok kedua matanya perlahan.
“ Baru aje. Nak makan apa-apa?”
Fariq menggeleng perlahan. Namun dia masih berbaring. Malas pula nak bangun
dari tilam yang empuk itu.
“ Nak pergi mana?” tanya Fariq
apabila Arianna mengengsot perlahan untuk turun dari katil.
“ Toilet. Nak
ikut?”
“ Ingatkan nak turun bawah…”
“ Nak turunlah…tapi nak cuci muka
dulu. Kang mummy cakap Rianna tak senonoh pulak,” Fariq tergelak kecil.
Arianna berlalu ke bilik air
sebelum menghilangkan diri ke tingkat bawah.
Puan Sri Harlina mengeluarkan
ketupat dan rendang yang ditapau dari rumah keluarga Tan Sri Kasyfi di Melaka. Pasti
Arianna menyukai juadah hari raya itu kerana itu adalah juadah kegemarannya.
“ Mummy,” Arianna memeluk mummynya
dari belakang. Rindu rasanya.
“ Rayyan dengan Zarra dah bangun?
Tak sempat nak jumpa semalam…”
“ Abang dah bangun. Zarra aje
belum. Tadi terjaga kejap, minta susu. Lepas minum susu, tidur balik. Semalam
penat sangat, dua-dua terus naik katil. Dengan tak mandinya,” Arianna berlalu
ke kabinet untuk mengambil cawan-cawan.
“ Zarra pun tak mandi?” tanya Puan
Sri Harlina dalam nada terkejut. Mana taknya, budak kecil seperti Zarra bahaya
jika tidak dibersihkan dahulu jika pulang dari mana-mana. Takut ada yang
mengikut. Haru dibuatnya nanti.
“ Ria lap dengan tukar baju dia
aje. Tuan punya badan tak sedar langsung,” balas Arianna sambil tersenyum
sedikit.
“ Orang kalau dah penat, tak sedar
apa dah,” Puan Sri Harlina meletakkan teko air teh di atas meja makan.
“ Itulah. Daddy mana, mummy? Tak
nampak pun…”
“ Ada kat luar tu. Nak ambil angin
pagi katanya,” jawab Puan Sri Harlina. Tangannya sibuk menggoreng cucur udang
yang dibuatnya tadi.
“ Aaaa…aaaa,” Arianna dan Puan Sri
Harlina berpaling serentak ke arah suara yang bercicit itu.
“ Kenapa ni?” Puan Sri Harlina
terus meluru mengambil Zarra dari dukungan Fariq. Rindu sungguh pada cucunya
itu.
“ Keluar aje bilik air tadi, tengok
Zarra dah duduk sambil pegang teddybear dia. Awal pulak dia jaga hari ni,”
jelas Fariq.
“ Hmmm, ni mesti masih mood raya
lagi kot. Zarra nak beraya dengan tok mummy pula ye,” Zarra ketawa kecil.
“ Daddy mana?”
“ Kat luar. Abang panggil daddy sekalilah.
Breakfast dulu,” Tanpa berlengah, Fariq menapak langkah ke luar rumah. Arianna
tersenyum melihat keletah Zarra bermain dengan tok mummynya.
Tengah hari itu, rumah Tan Sri
Kasyfi meriah dengan kehadiran keluarga Mak Cik Dah. Murad dan Khalijah turut
datang bertandang. Fariqlah paling gembira kerana dapat bertemu dengan anak
angkatnya itu, Syafa Akira. Arianna turut memberi peluang Zarra bermain dengan
Syafa.
“ Zarra dah bawa keluar habis
mainan dia dah. Nak ajak Syafa mainlah tu,” kata Tan Sri Kasyfi.
“ Iyalah tu. Sama-sama perempuan
kan. Benda yang sama jugak mereka bermain. Lagipun, Syafa ni asyik berkawan
dengan orang tua aje. Nak berkawan dengan kawan sebaya tak ada,” balas Murad.
“ Tak silap saya, anak bongsu Mak
Cik Dah dah bersalin kan?”
“ Dah. Baru bersalin dua hari
lepas. Ni mak mertua dia jaga. Itu yang mengajak Murad dengan Khalijah beraya
rumah Lina ni,” ujar Mak Cik Dah.
“ Dia dapat anak lelaki ke
perempuan, Mak Cik Dah?” soal Fariq, sekadar ingin tahu.
“ Lelaki. Hero pertama dalam
keluarga kami ni,” jawab Mak Cik Dah dengan wajah yang berseri.
Fariq terangguk-angguk. Di dalam
hatinya berharap agar bakal anaknya nanti adalah lelaki. Dia sudah merasa
mempunyai anak perempuan, jadi teringin pula nak mengetahui bagaimana susahnya
menjaga anak lelaki.
Arianna mengembungkan pipinya. Mata
dipejamkan seketika. Rasa loyanya dah
kembali.
“ Abang, Rianna naik bilik kejap
eh,” Fariq hanya mengangguk. Setelah itu, berdesup Arianna naik ke biliknya.
Rasa loya hendak mengeluarkan isi perut, tidak boleh ditahan lagi.
“ Kenapa dengan Ria tu, Rayyan?”
tanya Puan Sri Harlina, risau.
“ Handphone dia bunyi kot,” kata
Fariq selamba. Arianna hanya beritahu nak naik bilik saja. Tak cerita pula
kenapa.
“ Ingatkan apalah. Lari macam tak
cukup kaki,” Terbeliak mata Fariq yang sedang menemani Zarra dan Syafa bermain
di ruang rehat bersebelahan dengan ruang tamu itu.
“ Lari? Dia lari ke tadi, mummy?”
Lah, hang tak perasan ka bini berdesup naik bilik? Ingatkan Fariq perasan.
Hampeh punya laki.
“ Ha’ah. Bukan main laju lagi.
Kenapa?” Puan Sri Harlina pelik dengan reaksi menantunya itu.
“ Tak ada apalah. Manalah tahu kaki
dia tak lega lagi. Sebelum ni, dia tak pernah lari depan Rayyan,” Fariq
beralasan. Dalam hati tengah risaukan Arianna. Nak naik, takut semua di situ
pelik pula. Itulah, nak berahsia lagi.
“ Iya ke? Dah sembuh pun. Doktor
yang rawat dia bagitahu, kaki Ria dah pulih sepenuhnya,” kata Tan Sri Kasyfi.
“ Kamu pasti ke Ria naik sebab nak angkat
telefon?” soal Mak Cik Dah dengan muka berkerut. Fariq hanya mengangguk.
“ Kenapa ni, mak?” tanya Khalijah.
“ Sajalah tanya,” Mak Cik Dah
seakan tahu kenapa Arianna naik ke biliknya. Tapi, dia malas nak masuk campur.
Mungkin pasangan suami isteri itu mahu rahsiakan dulu.
Dua bulan kemudian…
Arianna terbaring lemah di sofa.
Penatnya seharian asyik muntah sahaja. Makan sikit saja, tapi muntahnya banyak.
Sampaikan badan pun dah lemah. Minyak Cap Kapak dipegang Arianna. Dengan
muntah, pening, loya… semuanya ada. Nasib baiklah dia tinggal di rumah keluarga.
Ada juga orang yang menjaga jika Fariq bekerja.
“ Okey tak ni? Nak pergi klinik,
jom mummy bawakan,” Arianna menggeleng lemah.
“ Tak apalah, mummy. Doctor cakap
perkara biasa,” Puan Sri Harlina mengurut kepala anak perempuannya lembut. Teruk
juga alahan Arianna.
Setelah mendapat kata sepakat,
Fariq dan Arianna bersedia untuk memberitahu kedua keluarga mengenai kehamilan
Arianna. Bukan main gembira lagi keluarga keduanya. Teruja sangat sampaikan
penuh dengan barangan bayi mereka beli di rumah masing-masing.
Fariq sudah membuat keputusan untuk
berpindah ke rumah sendiri sebaik sahaja Arianna habis pantang nanti. Tidak
berani nak tinggal isterinya seorang jika mereka berpindah sekarang. Tambahan
pula, Zarra semakin buas. Dengan keadaan alahan Arianna yang teruk itu, tak
mahulah Fariq ambil risiko.
“ Iyalah. Nanti dah masuk empat ke
lima bulan… hilanglah alahan tu. Sekarang ni, Ria kena tahan sikitlah,” kata
Puan Sri Harlina.
“ Okey, mummy. Pagi dengan petang
aje alahan ni datang. Nasib baik ada minyak Cap Kapak ni hah. Banyak membantu
ni,” Arianna mengangkat tangan kanannya yang memegang minyak Cap Kapak.
“ Rayyan balik makan tengah hari
tak ni?”
“ Tak. Abang balik rumah mama. Ada
hal apa entah nak bincang,” tipu Arianna. Padahal, Fariq dah janji nak makan
tengah hari dengan Airis. Awal-awal lagi suaminya itu memaklumkan padanya.
“ Ria rehatlah. Mummy nak naik atas
kejap. Nak tengok Zarra. Bukan boleh percaya sangat kat daddy kamu tu,” Arianna
tersenyum.
Arianna mengambil telefon bimbit di
atas meja kopi. 6 missed call. 3 message.
‘Sayang, angkat call abang. Sayang
okey ke?’
‘Arianna, abang rindulah. Angkatlah
call.’
Apa kena dengan suaminya ni? Macam
orang angau pula.
‘ Risya Arianna, I’m really really
miss you. Tak angkat jugak, abang balik!’
Arianna mendail kembali nombor
suaminya. Bukan boleh kira sangat dengan Fariq. Dia akan mengotakan apa yang
dia kata.
“ Hello. Assalamualaikum. Fariq
here,” Sah! Fariq tak melihat dulu siapa pemanggilnya.
“ Waalaikumsalam, abang. I know
you’re there,” balas Arianna, geli hati.
“ Sayang. Sorry, tak perasan. Ni
mesti baru perasan missed call and SMS abang. Kan?”
“ Ha’ah. Sorry. Tak dengar tadi. Masa
abang call, Rianna ada dalam bilik air kot,” Arianna membetulkan duduknya.
“ Teruk sangat ke? Tu sayang buat
apa?”
“ Tak buat apa pun. Rehat kat sofa
bawah. Nak naik atas, ada Zarra. Takut dia nampak Rianna nanti, nak dukung
pulak,” Fariq tergelak.
Faham sangat kerenah Zarra. Pantang
nampaknya dan Arianna, pasti merengek gila-gila suruh kita ambil dia. Dengan
orang lain, tak ada pula begitu. Sejak Arianna mengandung ni, nak bermanja saja
si kecil itu.
“ Abang call Rianna banyak kali
tadi kenapa? Takkan sebab rindu aje?”
“ Sebab rindulah. Kita kan baru nak
bertatih bercinta. Ingatkan Rianna aje, abang terus jadi angau. Nak buat kerja
pun dah tak boleh,” Arianna ketawa. Macam kelakar saja nada suaminya itu.
Memang betul-betul angaulah tu.
“ Iyalah abang tu. Nanti Rianna
ubatkan sakit angau abang tu ya. Tapi, kenalah balik awal…”
“ Memang abang ingat nak balik awal
pun. Kerja abang kat office pun dah nak siap,” ujar Fariq.
“ Jadi tak keluar lunch dengan
Airis? Jangan pandai-pandai cancel pulak,” Arianna terlalu risaukan hubungan
Fariq dan Airis. Perasaan bersalah pada Airis masih kukuh dalam dirinya. Terasa
berdosa kerana merampas Fariq.
“ Jadilah. Ada sejam lagi. Sebelum
tu, kenalah bergayut dengan buah hati abang dulu. Baru ada semangat sikit…”
“ Over aje abang ni. Nasib baik dah
kahwin. Kalau tak, mau muntah hijau dengar abang berjiwang,” kata Arianna
bersahaja.
“ Okeylah tu abang berjiwang dengan
isteri abang. Janji abang tak berjiwang dengan perempuan lain. Maunya menangis
Rianna,” Fariq sudah ketawa. Pasti dia sedang membayangkan Arianna bercekak
sambil memandangnya dengan mata terjegil.
“ Rianna aje yang abang sayang. Tak
ada orang lain dah,” Pandai Fariq mengambil hati Arianna.
Arianna menekup mulutnya. Nak
muntah lagilah tu.
“ Abang, petang nantilah kita jumpa
ya. Rianna nak pergi toilet!”
Arianna mematikan talian dan terus
ke bilik air di bawah. Sudahlah perut kosong, muntah lagi. Apa sajalah yang
tinggal.
best nak lagi.
ReplyDeleteBestnya...bila nak sambung...
ReplyDeleteakan diupdate soon. :D
DeleteKak cepatlah sambung cite ni and pearl tu
ReplyDeletenoted, dik. :D
Delete