“ Uncle,
saya nak cuci semua gambar ni,” Arisa menghulurkan dua keeping kad memori
kepada Uncle Wong.
“ Wah, banyaknya. Pergi travel lagi ka?”
“ Ha’ah, uncle. Pergi Cameron
Highlands aje kali ni,” Arisa duduk di kerusi tinggi. Dipusingkan kerusi itu
sambil menunggu Uncle Wong menulis resit.
“ Awak mau ambil bila?” tanya Uncle
Wong.
“ Siap cuci, uncle call sayalah. Nanti saya datang ambil,” jawab Arisa.
Dia sengaja mencuci gambar-gambar
sepanjang berada di Cameron Higlands walaupun semua gambar itu telah ditransfer ke laptopnya.
“ Okey. Dalam tiga hari boleh siap
rasanya,” kata Uncle Wong. Arisa sudah menjadi pelanggan tetapnya. Jadi, dia
memang agak rapat dengan gadis itu.
“ Thank
you, uncle. Saya balik dululah,” Arisa meminta diri. Uncle Wong hanya
mengangguk.
*****
Encik Zakari membaca surat khabar di
kerusi batu di luar rumah. Puan Zaharah pula menyapu sampah di sekitar laman
rumah. Ketika itu, kereta Myvi putih milik Arisa memasuki kawasan rumah. Encik
Zakari menanggalkan cermin matanya.
“ Assalamualaikum, abah, mak,” Arisa
memberi salam dan terus melabuhkan punggung di buaian bersebelahan dengan
kerusi batu.
“ Waalaikumsalam. Dari mana?”
“ Kedai Uncle Wong, abah. Pergi cuci
gambar kat Cameron hari tu,” jawab
Arisa. Dia menghayun sedikit buaian.
“ Esok Arisa jangan pergi mana-mana
ya?” Encik Zakari memandang anak perempuan bongsunya itu.
“ Kenapa, abah?” Pelik pula,
tiba-tiba sahaja abah tak bagi keluar. Tapi, dia memang malas keluar pun.
“ Ada rombongan nak datang rumah,”
ujar Encik Zakari. Lagilah Arisa pelik. Abah ni suka cakap satu-satu. Cuba
cakap saja terus. Kan lebih afdal, omel Arisa.
“ Rombongan apa pulak ni, abah?”
Takkan rombongan meminang kot. Tapi, untuk siapa? Untuk siapa lagi kalau dia
seorang sahaja anak perempuan Encik Zakari.
“ Rombongan meminang untuk Arisalah,”
Terus jatuh rahang Arisa. Siapa pula yang memandai hantar rombongan meminang
ni?
“ Dari siapa pulak? Arisa manalah ada
special boyfriend, abah…”
“ Betoi
ka tak dak?” Puan Zaharah mengambil tempat di sebelah suaminya.
“ Betoilah
mak. Siapalah nak kat Arisa ni?”
Merendah dirilah pula mek seorang ni.
“ Esok depa mai, hang tanyalah sendiri. Pihak sana telefon abah, depa nak ikat Arisa dulu. Takut orang
lain kebas,” Arisa terkelu.
“ Kami ikut Arisalah. Kalau Arisa
setuju, esok bertunang terus. Abang-abang Arisa pun setuju kalau Arisa terima.
Mak dengan abah pun suka,” kata Encik Zakari tenang.
“ Arisa muda lagilah, mak, abah,”
Arisa memohon simpati agar tidak ditunangkan. Urgh! Tension!
“ Bertunang saja dulu. Abah ada
beritahu yang Arisa nak sambung study
lagi. Dan, mereka setuju nak langsungkan majlis nikah lepas Arisa habis
belajar,” Encik Zakari memberi isyarat kepada isterinya agar memujuk Arisa.
“ Arisa, kalau boleh kami nak hang
terima. Bertunang dulu, hal kahwin fikir kemudian,” pujuk Puan Zaharah lembut.
“ Tengoklah macam mana. Arisa masuk
dulu. Esok Arisa bagi jawapan,” Arisa meninggalkan kedua ibu bapanya dan terus
berlalu naik ke biliknya.
Hakikat bahawa rombongan peminangan itu adalah
dari kerabat diraja belum mereka sampaikan pada Arisa. Biarlah perkara itu
menjadi rahsia dahulu. Arisa seorang anak yang mendengar kata dan pasti tidak
akan mengecewakan permintaan kedua orang tuanya.
*****
Arisa membuka tudung yang melindungi
rambutnya itu. Diambil frame gambar potret
yang dilukisnya semalam. Dia memandang potret itu dengan pandangan kosong.
“ Kenapa awak pergi macam tu aje? Encik smile, saya rindu awak. Really really miss you. That is because of
your kindness side. Saya dapat jumpa awak lagi tak?”
Arisa berdialog sendiri. Potret Hadif
yang diabadikan dengan hasil tangannya, diframekan.
Dilukis kembali gambar Hadif ketika di Rose Center. Diusap gambar itu lembut.
Seiring waktu yang telah ku jalani bersamamu
Ku selalu merasakan rasa bahagia denganmu
Setiap hari kau temani aku dengan senyummu
Dan hanya dirimu yang membuatku semakin cinta
Aku jatuh hati, jatuh hati padamu
Aku jatuh cinta, jatuh cinta padamu
Aku pun melayang, melayang di angkasa
Kerana ku telah dapatkan, mendapatkan hatimu
Kau membuat hatiku berbunga
Dengan semua cinta yang kau beri
Kau membuat aku terbang
Arisa menggelengkan kepalanya.
Kenapalah lagu nyanyian Asmirandah itu bermain di mindanya? Dia menyimpan
kembali potret itu ke dalam laci. Kini, dia hanya ada satu jawapan untuk esok.
*****
Tiga tahun kemudian…
Encik Zakari dan Puan Zaharah tersenyum
lebar melihat ketibaan Arisa di KLIA. Di dalam hati masing-masing mengucapkan
syukur kerana anak bongsu mereka itu telah selamat kembali ke Malaysia setelah
tiga tahun melanjutkan pelajaran di University of Queensland, Brisbane,
Australia.
Arisa menyalami kedua ibu bapanya.
Betapa gembiranya dapat bertemu kedua orang kesayangannya itu.
“ Abah dengan mak dah tunggu lama
ke?”
“ Taklah lama sangat. Dah makan?”
“ Dah, mak. Abah, mak… Arisa nak
pergi toilet kejap,” Encik Zakari dan
Puan Zaharah mengangguk serentak.
“ Pergilah. Kami tunggu kat luar,”
Arisa mengangguk. Dia terus berlalu ke tandas berdekatan.
Arisa membelek wajahnya. Tangannya
membetulkan Pashmina coklat dikepalanya. Disebabkan tertidur sepanjang perjalanan,
habis serabut selendangnya. Dia yang mementingkan kekemasan, rasa rimas apabila
tudung yang dipakai senget benget.
Saat itu, matanya jatuh pada cincin emas
putih di jari manis tangan kanannya. Cincin pertunangannya dengan Tengku Arfhan.
Entah siapa pun dia tak kenal. Dan, dia malas ambil tahu.
Arisa tersedar dari lamunan. Pasti
abah dan mak dia dah tunggu lama. Terkocoh-kocoh dia keluar dari tandas. Laju
sahaja dia berjalan ke pintu keluar. Tiba-tiba bahunya terasa sakit. Urgh! Mesti dia dah langgar orang. Masa
nak cepatlah, nak terlanggar bagai.
“ Sorry,
cik. Saya tak sengaja,” Lelaki yang terlanggar bahu Arisa memohon maaf. Arisa memandang
seorang lelaki yang sedang tunduk mengambil telefon bimbitnya dengan kerutan di
dahi. Mukanya pula tanpa dihiasi senyuman.
“ Lain kali jalan tengok depan ye,
encik,” pesan Arisa perlahan. Lelaki itu mendongak. Terpaku Arisa pada wajah
itu.
“ Arisa?”
“ Errr… Hadif,” Oh my… encik smile! Arisa
bagaikan tidak percaya.
“ Buat apa kat sini?” tanya Hadif
ramah. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
“ Baru balik Malaysia. Study,” Hadif mengangguk. Dia juga tidak
menyangka akan berjumpa kembali dengan Arisa.
“ Oh,
you look more matured than before,” Arisa tersenyum nipis. Dia terasa kekok
sebenarnya.
“ Time
goes flies and… age also flies. You
too,” Hadif tergelak kecil. Entah apa yang lucu pun tak tahu.
“ Same
goes to me too. Awak dengan siapa ni?”
“ Parent.
Alamak! Saya dah lambatlah. Pergi dulu,” Macam mana boleh terlupa abah dan
maknya tengah tunggu. Kelam kabut dia menghampiri Encik Zakari dan Puan Zaharah
yang sedang menunggu di sisi Toyota Harrier.
Hadif tersenyum nipis. Dia terkaku di
situ walaupun Arisa telah pun berlalu. Terlupa sekejap dengan tujuan dia ke
KLIA. Kenapa sekarang baru dia dapat berjumpa Arisa? Dan sekali lagi gadis itu
terlepas begitu sahaja.
*****
Beberapa hari selepas itu…
Arisa membaca novel yang baru
dibelinya petang semalam di buaian di luar rumah. Dibuai buaian itu perlahan. Tiba-tiba,
pertemuannya dengan Hadif tempoh hari terlayar di fikiran.
Lelaki itu tampak segak dengan kemeja
ungu lembut disinting lengannya dan berseluar slack. Terserlah karismanya. Buat kali keduanya, Arisa terpikat. Dan,
sekali lagi dia gagal meneruskan lagi perkenalan mereka. Dia memang sangat
kekok ketika itu. Mungkin sebab sudah lama tidak berjumpa dan bertemu kembali
dalam keadaan tergesa-gesa.
“ Amboi, jauhnya termenung,” tegur
Encik Zakari yang baru pulang dari kerja.
Arisa tersentak.
“ Mana ada, abah…”
“ Arisa tu anak abah, mestilah abah
tahu. Arisa fikirkan pasal apa?” Encik Zakari duduk di kerusi batu.
“ Tak ada fikirkan apa-apa,” Arisa
masih berlagak biasa. Keluarganya mana tahu tentang percutian singkatnya dengan
Hadif. Itu pun secara tidak sengaja. Memang taklah dia nak beritahu.
“ Siapa lelaki yang terlanggar Arisa
kat KLIA hari tu?” Arisa menelan air liur kasar. Sudah!
“ Entah. Arisa manalah kenal. Tetiba
aje dia terlanggar bahu Arisa. Kenapa, abah?”
“ Abah ingatkan Arisa kenal. Macam
pernah kenal aje gayanya,” Tebak Encik Zakari.
“ Tak adalah. Dia just minta maaf. Itu ajelah,” Sangkal
Arisa. Encik Zakari terangguk-angguk.
“ Iyalah. Tarikh perkahwinan Arisa
dah dekat. Lagi sebulan saja lagi. Sempat lagi kalau Arisa nak batalkan ni,” Encik
Zakari mengenyitkan matanya sebelum berlalu masuk.
Arisa tercengang. Apa maksud abah?
Kenapa pula dia nak batalkan? Inikan kehendak abah dan maknya. Sudahlah lagi
sebulan, dia akan menjadi isteri kepada Tengku Arfhan. Haih, macam manalah
perkahwinannya itu nanti.
*****
Hadif melangkah masuk ke pejabatnya
tenang. Tiada senyuman, tiada wajah mesra dan mukanya dibiarkan tanpa riak.
“ Morning,
bos,” ucap setiausahanya, Aina.
“ Morning,”
balas Hadif tanpa nada. Dan dia terus menolak pintu biliknya. Aina
menjongketkan bahunya. Adalah tu yang tak kena. Selalunya wajah itu ceria
sahaja. Hari ni pula, mendung semacam.
Hadif menyembamkan mukanya ke meja. Sebetulnya,
dia tertekan sekarang ini. Mana nak uruskan hal syarikat, hal kehendak mamanya
lagi. Boleh gila dibuatnya. Disandarkan pula kepalanya ke belakang kerusi.
Pintu diketuk dari luar. Hadif
melepaskan keluhan berat.
“ Masuk!”
Aina masuk ke bilik Hadif dengan
membawa diari harian bosnya itu.
“ Bos okey ke?” tanya Aina lembut.
“ Kenapa? Nampak saya tak okey ke?”
Dah tahu, lagi mau tanya. Kalau bukan kerana babanya, tak adanya dia nak masuk
pejabat hari ni.
“ Errr… maaf, bos. Ini list pendek interviewee untuk esok. Datuk minta saya serahkan pada bos. Dan,
Datuk nak bos handle temu duga untuk
jawatan architectural designer bagi
projek baru syarikat,” Hadif mendengus perlahan. Ini lagi satu hal.
“ Letak aje kat situ,” Aina
meletakkan fail yang mempunyai resume
para interviewee di atas meja.
“ Kalau tak ada apa-apa lagi, saya
keluar dulu…”
“ Aina, cancel all the meeting for today. Saya tak sihat,” Aina mengangguk
dan terus berlalu.
Sejak pertemuannya dengan Arisa
tempoh hari, dia jadi gelisah. Entah kenapa, hatinya jadi kacau. Boleh
dikategorikan sebagai jiwa kacaulah. Semakin cantik pula gadis itu. Hadif
memicit kepalanya yang terasa pening. Itulah akibatnya jika terlalu banyak berfikir.
Best.
ReplyDelete.
.