Hadif
termenung sendiri di balcony deck café
Ladang Teh Boh Sungai Palas. Pandangannya terhala pada ladang teh yang
menghijau. Sejuk mata memandang. Dua cawan hot
tea dan dua piring English scone
sudah kosong dek dijamah Hadif dan Arisa. Mereka sengaja bersarapan di sini. Ala-ala
English breakfast gitu.
Arisa
sudah menghilang ke tandas. Tinggallah Hadif keseorangan di situ. Ramai juga pengunjung yang
berkunjung ke Ladang Teh Boh Sungai Palas pada waktu begini. Hadif menilik jam
tangan Swiss di tangan kanan. 10.45 pagi!
“ Adif!” Seorang gadis memanggil
Hadif. Tangan gadis itu erat memeluk lengan jejaka yang dirinduinya.
Hadif tercengang. Macam mana minah
songeh ni boleh jumpa dia kat sini? Bosan betul!
“ You buat apa kat sini, Farah?”
tanya Hadif keras. Sebenarnya dia rimas dengan pelukan erat Farah dilengannya.
Menyampah pun ada.
“ I cari youlah sayang. Tahu tak, I can’t do anything without you, darling.
Mama you bagitahu you datang Cameron. So, I pun datanglah cari you kat sini,” jelas
Farah. Macam gedik pun ada.
“ Lain kali tak payah susah-susah
cari I. I tak suka,” Hadif cuba merentap tangannya.
Saat itu matanya terpandang Arisa
yang berada tidak jauh dari situ. Arisa buat isyarat. ‘Saya turun ladang
bawah’. Hadif hanya mengangguk.
“ Adif, I datang sini sebab you.
Takkan you sanggup halau I. You tak kesiankan I ke?” Farah buat muka sedih.
Namun, tiada langsung ura-ura Hadif akan memujuknya.
“ I tak suruh you datang pun. I tahu,
you bukan datang seorang kan. I don’t
even believe, you’re here alone,” tukas Hadif sambil tersenyum sinis. Farah
mengetap bibirnya.
“ I… I’m sorry about that night. I
don’t know how JAIS came to my house. I pun terkejut,” Hadif senyum senget.
Kalau bukan kau yang rancang, siapa lagi? Takkanlah aku sendiri yang panggil,
omel Hadif.
“ Whatever.
Please go back. I don’t want to see you anymore and have any relation with you. Get it?”
Hadif sudah melangkah meninggalkan Farah yang terpinga-pinga.
Farah mendengus. Tak guna punya
Hadif. Dia langsung tak makan pujuk rayu aku. Aku pun tak ingin kat kaulah, getus Farah. Hatinya sakit
diperlakukan begitu. Telefon bimbit di tas tangan dikeluarkan.
“ Ma, Farah nak balik London,” maklum
Farah dan terus matikan talian. Buat apa dia tinggal kat sini lagi. Orang dah tak nak. Takkanlah nak paksa. Dia bukan
begitu.
*****
“ Seronok ke duduk sorang-sorang?”
Arisa mendongak.
“ Bolehlah,” jawab Arisa pendek.
Hadif melabuhkan punggung di sebelah Arisa. Tak adalah rapat sangat. Dia masih
jaga jarak ketika bersama Arisa.
“ Apa pandangan awak pada perempuan
yang dengan saya tadi?” Arisa mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula tanya aku?
Bakal isteri dia ke?
“ Emmm,
dia tak sejuk ke pakai seksi macam tu?” Hadif tergelak.
Arisa bayangkan perempuan yang
memakai dress paras peha yang bersama
Hadif tadi. Terserlah sedikit peha dan betisnya putih melepak. Dia yang memakai
blaus jenis kain kapas dan bersalut jaket hitam pun masih terasa kesejukan di
sini. Apatah lagi yang memakai terdedah sana sini.
“ Kulit dia tebal kot,” Kini, Arisa pula ketawa mendengar
jawapan selamba Hadif. Boleh pula begitu.
“ Pandailah awak. Awak tinggalkan dia
ke?”
“ Taklah. Dia yang nak balik
sendiri,” tipu Hadif. Arisa mengangguk.
“ Saya nak jalan-jalan kat sana. Nak
ikut?” Arisa sudah bangkit. Hadif juga turut bangun dari duduknya.
“ Sure.
Jalan-jalan saja ke? Atau ada sesi photography?”
“ Amboi, perli nampak. Dah lama hidup
ke?” Ganas betul si Arisa ni.
“ Just
kidding. Jomlah…”
Arisa mendepangkan kedua tangannya
merasai kesejukan pagi dan juga pokok teh. Hadif menggelengkan kepalanya
melihat telatah gadis ceria itu. Dia yang banyak masalah ini pun boleh tenang
dengan gelagat selamba Arisa. Habis ditegurnya mak cik-mak cik yang dok sibuk petik daun teh.
Jauh juga mereka berjalan di sekitar
ladang teh. Siap main sembunyi-sembunyi lagi. idea si kenet Arisalah tu. Habis
sahaja tawaf di segenap ladang, mereka terus ke kedai Tea Ria yang menjual produk
BOH, mugs dan macam-macam lagi. Arisa
sempat membeli beberapa jenis teh untuk dibawa pulang ke Ipoh.
*****
Honda Civic Type R meluncur perlahan
meninggalkan Ladang Teh Boh Sungai Palas. Hadif tenang memandu. Arisa membuang
pandang ke luar tingkap. Mereka disaji dengan pemandangan ladang teh di
sepanjang jalan kecil itu. Tadi masa mereka datang ke ladang itu, suasana masih
dipenuhi kabus. Jadi, pemandangan yang indah itu tidak berapa jelas.
“ Kita nak pergi mana pulak ni?”
“ Terus ke Tanah Rata pulak. Saya nak
bawa awak pergi Hutan Lipur Parit Fall, Taman Sedia,” beritahu Hadif.
“ Hutan lipur?” Terdengar sahaja
hutan lipur disebut, dia terus membayangkan sesuatu yang berbahaya. Arisa
dengan hutan memang tak kamcing langsung.
“ Yupp. Kenapa? Awak tak suka ke?”
“ Errr… kurang suka,” jawab Arisa
jujur. Hadif tersenyum. Dia mencapai telefon bimbit di dashboard. Tangannya
bermain di dada Iphone.
“ Nah, awak tengok ni,” Hadif
menghulurkan telefon bimbitnya kepada Arisa di sebelah.
Mata Arisa terpukau dengan kecantikan
flora dan fauna yang terpapar di screen Iphone milik Hadif.
“ Kat
mana ni, awak?”
“ Hah, saya nak bawak awak pergi
situlah,” Arisa buat muka tak percaya. Sangkanya Hutan Lipur Parit Fall tu
macam hutan terbengkalai. Adoi, cik Arisa oi. Buat apalah pengunjung nak pergi
hutan terbengkalai. Pastilah hutan lipur itu cantik.
Arisa mengeluarkan kamera Nikonnya.
Dia membelek sekejap kamera itu. Kemudian dikeluarkan pula uncang batik dari
beg sandangnya.
“ Awak nak buat apa tu?” tanya Hadif,
pelik.
“ Nak tukar bateri and memory card.
Rasanya yang lama dah penuh,” balas Arisa. Tangannya sibuk menukar kad memori. Hadif
ternganga. Memang ratu gambar sungguh minah ni. Miss Nikonlah katakan. Mana boleh terpisah.
Sudah tiga hari tiga malam juga Hadif
dan Arisa bercuti bersama. Persahabatan mereka umpama perkenalan singkat yang
akan menemui perpisahan. Masing-masing tidak menyentuh hal peribadi sesama sendiri.
Hanya perbualan biasa berkenaan percutian, pendapat dan juga minat
masing-masing.
*****
Hadif memasuki kawasan yang tertulis
‘Hutan Lipur Parit Fall, Cameron Highlands’. Nasib baik tempat parking masih kosong
banyak lagi. Mungkin ramai yang sudah berkunjung ke situ sebelum mereka.
Arisa keluar dari kereta dan membetulkan
sedikit urat saraf yang sudah lenguh. Matanya melilau melihat di sekeliling. Memang
hutan betul!
“ Awak pernah datang sini ke?”
Hadif menekan alarm keretanya dan menghampiri Arisa.
“ Pernah sekali. Dengan family,” jawab
Hadif.
Hadif membawa Arisa ke Chimp Montane
Park yang bersebelahan dengan carpark.
“ Tempat ni namanya Chimp Montane
Park. These place is famous with a lush
garden that showed the floral heritage kat Cameron Highlands. Jom,” Arisa
menyembunyikan senyumannya. Boleh jadi pemandu pelancong si Hadif ni. Macam
sesuai saja.
Arisa terpikat dengan flora dan fauna
di situ. Dengan penuh berhati-hati mereka berjalan di taman hutan itu kerana keadaan
jalan yang agak licin. Arisa sempat mengabadikan gambar-gambar sepanjang
pengembaraan kecil di Montane Park. Mereka singgah di gazebo dan juga aviary iatu sarang besar yang bertutup
dan dipenuhi dengan burung-burung.
Setelah itu, mereka keluar daripada
Montane Park dan terus ke titi gantung untuk ke Parit Falls. Arisa sedikit
gayat. Nasib baik Hadif mengawasi Arisa dari belakang. Kalau dia seorang,
memang taklah dia nak datang ke tempat macam ni.
“ Arisa, awak pakai kasut apa?” Arisa
berpaling ke belakang.
“ Sneakers.
Kenapa?”
“ Nak sampai waterfalls, kena naik bukit sikit. Jalan dia agak muddy but still okay,” beritahu Hadif
agar Arisa bersedia untuk menaiki bukit itu.
“ Ingatkan apa tadi. Sawah bendang
pun pernah saya redah, inikan muddy street.
Saya okeylah,” balas Arisa.
“ Eeeuuww,
sawah bendang? I rather go through all
the muddy field but not sawah,” Arisa tergelak kecil.
“ Bukan muddy field dengan sawah tu benda yang sama ke?”
“ No…
nope. Muddy field tak ada padi. Cuma ada lumpur,” kata Hadif bagaikan
kegelian.
“ Ni mesti kes takut pacat. Tak pun
lintah. Kan... kan?” Hadif buat muka.
“ Dah. Jangan sebut. Dengar pun saya
dah geli,” Hadif menggelengkan kepalanya.
Arisa tersenyum. Hadif orang bandar
agaknya. Sebab itu dia geli dengan semua tu. Dia pun geli juga tapi…dah biasa.
Eheh!
“ Awak, cantiknya. Tak sia-sia saya
ikut,” Mata Arisa memandang waterfall di hadapannya. Dengan kecantikan yang
sedia ada, kehijauan flora ditambah pula dengan deruan air terjun… memang
memikat hati pengunjung-pengunjung yang datang.
*****
Alang-alang dah sampai ke Tanah Rata,
mereka singgah di Taman AgroTeknologi Mardi. Setelah membeli tiket, Hadif terus
mengajak Arisa ke café. Perutnya sudah lapar. Kalau ikut perut si Arisa tu,
tahun bila dia dapat makan pun tak tahu. Arisa sendiri lupa bahawa mereka masih
belum mengisi perut.
Sekarang pun jam sudah menginjak ke
pukul 3.30 petang.
Bak kata Arisa kepada Hadif, ‘Late lunch. Good for your health.’ Entah
teori manalah dia dengar. Teori Nur Arisa Aidina binti Zakari kot.
Mereka hanya melawati beberapa
kawasan sahaja di situ kerana hari sudah semakin senja. Hanya Taman Inggeris,
Kebun Strawberry, Taman Orkid dan juga Kebun Jabutica. Sebelum beransur pulang,
mereka singgah di pokok yang menjalar yang dikenali lady shoes.
“ Mana lagi tempat yang awak nak
pergi? Tak nak pergi Ringlet?” soal Hadif ketika dalam perjalanan pulang ke
Brinchang.
“ Tak tahu lagi. Tapi, saya ingat
esok nak singgah Cactus Valley. Nak beli cactus
untuk mak dan kakak saya,” Arisa menyandarkan kepalanya yang terasa berat.
Mungkin sudah penat berjalan agaknya.
“ Iya ke? Dekat ajelah dengan hotel,”
Arisa hanya mengangguk.
Kalau dia travel seorang memang dia takkan pergi Tanah Rata atau Ringlet. Manalah
dia berani nak pergi walaupun tidaklah jauh mana. Kira dia beruntunglah kerana
Hadif membawanya ke Tanah Rata. Memang dia sengaja memilih hotel di Brinchang.
Banyak tempat yang boleh dilawatnya
di sekitar Brinchang. Dan, semua tempat kesukaannya juga di situ. Dia memilih
untuk ke Cactus Valley pada hari terakhir sebab senang dia nak kekalkan
kesegaran pokok cactus yang bakal
dibelinya.
Hadif menoleh ke kirinya. Orang
sebelah dia ni senyap saja. Pelik juga dia. Bibirnya mengulas senyuman melihat
Arisa sudah tertidur. Mungkin keletihan dek melawat banyak tempat hari ini.
“ Dah sampai ke?” Arisa menggosok
matanya perlahan. Boleh pula dia tertidur. Segan dia dengan Hadif.
“ Baru aje sampai. Ingat nak tidur
sampai pagi esok,” perli Hadif bersahaja.
“ Kenapa tak kejut? Penat sangatlah. Rasanya
malam ni tidur kat atas lantai pun
boleh lena,” seloroh Arisa sambil menolak pintu kereta.
“ Esok awak tunggu sayalah. Boleh
juga beli cactus untuk mak saya,” Hadif
menutup pintu keretanya. Arisa mengambil barang-barang yang dibelinya di tempat
duduk belakang kereta.
“ Okey. Saya turun lambat sikit tau. Maybe dalam pukul sepuluh lebih macam
tulah,” ujar Arisa. Bukannya apa, dia takut terbabas tidur.
Kalau penat sangat, sampai pukul dua
petang dia tidur pun boleh.
“ Okey,” Mereka beriringan menuju ke
lif.
Hadif melihat barang-barang yang
dibeli Arisa. Macam manalah gadis itu hendak pulang nanti. Banyak juga Arisa
beli barang. Kalau naik bas, macam serabut saja. Bagi Arisa, dia dah biasa.
*****
Arisa keluar dari bilik mandi dengan hanya
memakai bathrobe sahaja. Rambut yang
basah dibiarkan lepas. Terus dihumbankan badan ke katil. Betapa nikmatnya dapat
merehatkan tubuh yang sudah letih itu. Seharian berada di luar membuatkan badan
dia melekit teruk. Sudahlah datang bulan pada hari kedua di Cameron Highlands.
Nasib baik pemandangan di sini mampu
menghilangkan ketidakselesaan itu. Arisa mencapai Nikon di dalam beg sandang. Laju
dia menekan butang ‘ON’. Terpapar
gambar yang diambil, di bawah lady shoes
sambil dia melangut memandang ke atas. Nampak berseni.
Arisa tersenyum. Dia memuji Hadif
yang snap gambar-gambarnya hari ni. Pandai
lelaki itu mengambil gambarnya. 100% markah diberikan kepada Hadif. Dengan bathrobe ditubuhnya, rambut yang masih
basah dan tangan masih pada Nikon... matanya terus terlelap. Letih sangat.
*****
Seminit… dua minit… tiga minit... empat
puluh lima minit… sejam. Arisa bangun dari sofa. Dia melangkah ke reception. Langkahnya terhenti
betul-betul di hadapan receptionist
perempuan yang sedang tersenyum kepadanya.
“ Sorry,
cik. Boleh saya tahu Encik Hadif yang menginap di tingkat empat dah keluar ke?”
“ Kejap ya, cik,” Tangan receptionist
laju menekan keyboard. “ Maaf, cik. Encik Hadif dah check out awal pagi tadi,” Arisa tergamam. Hadif dah check out?
“ Emmm,
cik. Boleh saya minta nombor telefon Encik Hadif?”
“ Maaf, cik. Maklumat setiap client adalah private,” kata receptionist
sambil tersenyum.
“ Oh, okey. Thank you,” Receptionist
itu hanya mengangguk.
Arisa berjalan lambat keluar dari
hotel. Sebelum ke Cactus Valley, dia singgah di restoran dulu untuk menjamu
selera. Moodnya macam hilang. Mungkin sebab selama tiga dia ditemani Hadif.
Dan, hari ini dia hanya sendirian.
Urgh!
Mengadalah kau Arisa. Selalunya boleh saja kau travel seorang diri, gumam Arisa. Travel seorang diri pun tak apalah.
Setelah selesai makan tengah hari,
dia terus melangkah ke Cactus Valley yang berada tidak jauh dari hotel. Hanya
mengambil masa beberapa minit sahaja. Arisa berhenti di hadapan Cactus Valley.
Dia meminta tolong seorang perempuan Chinese yang kebetulan lalu di situ untuk
menangkap gambarnya.
Terasa canggung pula melawat seorang
diri. Arghh! Ni semua sebab si encik smile tu. Nak balik pun, bagitahulah!
Bentak hati Arisa. Terus mood untuk
bershopping cactus melayang. Haish,
kuat juga penangan Hadif itu pada Arisa.
Setelah dua jam Arisa di Cactus
Valley, dia bergerak kembali ke hotel. Sebelum itu, dia singgah dahulu di Balai
Kratftangan Brinchang yang terletak betul-betul di hadapan Hotel Rainbow. Sempat
dia membeli buah tangan untuk anak-anak saudara, dua orang abangnya dan juga
kakak-kakak iparnya.
bersambung...
BEST NAK LAGI.
ReplyDeletehehe..tq...nak lagi boleh..
Deletetpi kena tggu sat...
intrnet CIA da lembab...xleh nk post yg baru lg..huhu