Tok! Tok!
Arisa mengangkat mukanya. Pensil di
tangan diletakkan. Bibirnya tersenyum memandang wajah jejaka tampan yang sedang
berdiri di pintu.
“ Banyak juga masa bos ya. Rajin
sangat buat lawatan ke bilik staf,” Hadif tergelak. Dia melangkah masuk ke
dalam bilik pejabat Arisa. Ditariknya kerusi di hadapan Arisa dan dilabuhkan
punggungnya di situ.
“ Staf pun kena pantau juga. Manalah
tahu ada yang curi tulang ke,” balas Hadif bersahaja. Sengaja dia singgah di
bilik Arisa.
“ Dah alang-alang bos dah datang
sini, tak payahlah saya pergi cari bos dah,” Arisa menarik sehelai kertas di
dalam laci mejanya.
“ Kenapa?”
“ Maaflah. Saya terpaksa minta cuti
hujung bulan ni. Saya tahu saya baru saja mula kerja. Tapi, cuti ni penting
untuk saya,” Hadif menarik helaian kertas yang dihulur Arisa.
Matanya terbuntang. Dia bagaikan
tidak percaya. Dibacanya berulang kali alasan Arisa meminta cuti. Matanya
bertaut dengan Arisa yang sedang menunggu kelulusan darinya.
“ Awak nak kahwin, Arisa?” soal Hadif
dalam nada mendatar.
“ Yes.
Insya Allah, lusa saya akan edarkan kad,” Arisa berkata selamba. Walaupun
hatinya berat untuk menyatakan tentang perkahwinannya, dia tetap perlu
jelaskan.
“ Tak sangka miss Nikon dah nak
kahwin…”
Arisa tersentak. Miss Nikon? Rama-rama
itukah?
“ Awak maksudkan rama-rama awak ke?”
tanya Arisa naïf. Terletus ketawa Hadif.
“ Ya, my butterfly. She’s get
married soon,” Kelakar pula dia tengok wajah polos Arisa. Namun, gadis itu bakal
menjadi isteri orang. Dia tidak patut menyimpan perasaan pada gadis itu lagi.
“ Agak-agak dengan siapalah miss Nikon awak tu berkahwin. Entah-entah
dengan mr smile saya tak?” Arisa cuba
bergurau. Hakikat gurauan itu, hanya Arisa yang tahu.
“ Kalau dengan mr smile awak, beruntunglah dia. Mr smile awak tu dahlah colourful. Sesuai sangat dengan miss Nikon saya yang tak ada warna tu,”
Mereka sama-sama ketawa.
*****
Jam tangan di tangan kiri ditilik. Tengku
Arfhan sudah menunggu setengah jam di restoran yang sepatutnya dia bertemu
janji. Sesekali dia mengeluh kecil.
“ Inilah perempuan. Ajak kita
berjumpa. Tapi, selalu lambat. Pantang betul aku perempuan macam ni,” omel
Tengku Arfhan sendiri. Nasiblah tempat terlindung, tak adalah orang perasan dia
bercakap sendiri.
“ Maaf, lambat,” ucap seorang gadis
lalu menarik kerusi di hadapan Tengku Arfhan dan dia duduk di situ.
“ Lain kali kalau nak bertemu janji,
sila tepa…” Tengku Arfhan terpaku. Bibirnya terkatup rapat. Matanya ditenyeh
perlahan.
“ Kenapa dengan awak ni? Ada
ternampak hantu ke?” Gadis itu melambaikan tangan di muka Tengku Arfhan.
“ Kenapa awak kat sini, Arisa?” Arisa
mengangkat tangan kanannya dan ditunjukkan cincin emas putih di jari manisnya.
Tengku Arfhan menelan air liur kasar.
“ Saya, tunang awak…”
“ Jadi, awak ni Aidina or Aidin?” Arisa mengangguk perlahan.
Rupanya keluarga lelaki itu kenalnya dengan nama Aidina. Patutlah Tengku Arfhan
tidak perasan apabila Hadif memperkenalkannya sebagai Arisa.
“ Yes,
I am. Selamat bertemu, Tengku Arfhan,” Arisa mengukir senyum tawar kepada
Tengku Arfhan.
Lagi seminggu lebih sahaja lagi
perkahwinan mereka akan berlangsung. Jadi, Arisa ingin memastikan jika Tengku
Arfhan rela hati untuk menjadi suaminya. Dari gaya hidup Tengku Arfhan, lelaki
itu kelihatan agak sosial. Namun, Arisa tidaklah mahu terus bersangka buruk.
Dia sendiri tidak mengenali lelaki itu dengan mendalam.
“ So,
kenapa awak nak jumpa saya? Dah tak sabar nak tunggu minggu depan,” sindir
Tengku Arfhan.
“ Just
curious about something. Ingat tak apa yang awak cakap hari tu? Masa
pertemuan pertama kita. Awak ada kata, awak tak suka dengan pertunangan kita. Saya
cuma nak tahu, awak betul-betul serius ke nak teruskan?”
Tengku Arfhan bersandar ke belakang.
Disilangnya kedua tangan ke dada. Matanya merenung Arisa.
“ Kenapa? Awak tak sanggup nak
teruskan ke? Sebab Hadif?” Arisa berlagak tenang. Dia tak boleh gelabah.
“ Bukan. Saya sendiri yang nak tahu. Dengan
lafaz akad nanti, awak akan jadi suami saya. Dan, perkahwinan bukan benda
main-main. Saya tak nak nanti, kita sama-sama menyesal,” tutur Arisa.
Tengku Arfhan senyum sinis.
“ Kenapa nak menyesal pulak?” Arisa
bingung dengan lelaki di hadapannya kini. Kata tak suka, tapi tetap nak
teruskan.
“ Awak yakin nak teruskan?” Tengku
Arfhan mengangguk. Arisa terpana. Dia mengeluh kecil.
“ Saya rasa awak yang tak yakin nak
teruskan, Aidina. Dan, saya tahu awak sayangkan Hadif. Kan?”
Arisa terdiam. Masih wujudkah
perasaan itu?
“ Perasaan sayang tak semestinya…
bersatu. Saya terima pinangan keluarga awak selepas saya bertemu Hadif. Beberapa
hari selepas bercuti di Cameron Highlands. Di situlah perkenalan kami bermula. Dan,
di situ jugalah… perkenalan kami berakhir. Kebetulan, sekarang saya bekerja di
syarikat Hadif. Barulah, perkenalan yang singkat dulu… disambung,” ujar Arisa
panjang.
Biarlah dia berterus terang. Tidak
mahu timbul pula masalah di kemudian hari.
“ Awak tak menyesal kalau awak
teruskan juga perkahwinan ni? Perkenalan awak dengan Hadif baru bermula. Dan,
awak dah rosakkan,” Tengku Arfhan cuba mencari kepastian.
Hadif ada cerita mengenai Arisa yang
ditemui di Cameron Highlands, tiga tahun lepas. Hadif terpaksa tinggalkan Arisa
tanpa pesanan kerana tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital, mamanya
terkena serangan jantung. Tengku Arfhan sangat jelas akan perasaan sepupunya
itu terhadap Arisa.
Tidak pula dia sangka gadis yang
telah mencuri hati Hadif itu adalah tunangnya. Memikirkan hakikat itu, Tengku
Arfhan buntu. Bagaimana dia ingin memberitahu Hadif tentang itu?
“ Soal jodoh bukan terletak di tangan
saya. Lagipun, kami tak pernah bercakap soal hati. Biarlah rasa hati saya
menjadi rahsia. Dan, pada sesiapapun yang buat saya berdebar akan saya lupakan
setelah awak lafaz akad dan menjadi suami saya. All the heart feeling will disappear and I will give my best in our wedding,”
Tengku Arfhan tergamam.
“ Awak sanggup lupakan sesiapapun
yang ada di hati awak sekarang?”
“ Right
after you’ll be my husband, all the feeling will gone. Insya Allah, cinta
saya ketika itu adalah cinta isteri kepada suami,” jawab Arisa tenang. Itulah
azamnya apabila sudah menjadi isteri suatu hari nanti.
“ Are
you sure?” Arisa mengangguk pasti.
Tengku Arfhan melepaskan keluhan
perlahan. Bagaimanakah penerimaan Hadif nanti? Patutkah dia batalkan
perkahwinan ini? Dia tak sanggup nak rosakkan tali persaudaraan dan
persahabatan yang terbina sejak dulu lagi.
*****
Tengku Arfhan mengajak Hadif ke gym. Walaubagaimana susah sekalipun, dia
perlu berterus terang kepada Hadif. Tidak mahu Hadif tahu mengenai perkahwinan
itu melalui orang lain. Boleh hilang kepercayaan Hadif kepadanya nanti. Tengku
Arfhan tidak mahu hal itu berlaku.
“ Fan, dah kenapa kau ajak aku datang
sini? Macam penting aje,” Hadif memandang Tengku Arfhan yang sedang berlari di
atas treadmill itu.
“ Ada benda yang aku nak jelaskan
pada kau. Tapi lepas kita habis bersenam,” kata Tengku Arfhan dengan nafas
tercungap-cungap.
Dua jam kemudian…
“ Dif, aku nak kau relax aje. Benda yang aku nak bagitahu
ni, penting untuk kau tahu,” Hadif pelik. Hal apalah yang penting itu?
“ Bagitahu ajelah. Macam tak biasa
pulak,” Hadif meneguk air botol perlahan. Tengku Arfhan melepaskan keluhan
berat.
“ Kau tahu Arisa nak kahwin?” Hadif
mengangkat keningnya.
“ Baru aje tahu. Untunglah siapa yang
jadi suami dia,” balas Hadif. Tuala kecil dia gunakan untuk lap peluh di
sekitar lehernya.
“ Kau okey ke? I mean, kau kan sayang dia. Mustahil tak ada rasa kecewa,” Tengku
Arhan cuba mengorek apa yang Hadif rasa.
“ Siapalah aku, Fan? Itu hak dia nak
berkahwin dengan sesiapapun. We’re just
friend. I don’t expect anything from her after all. Tapi, kalau aku dapat
dia… kira bonuslah,” kata Hadif. Dia bereaksi biasa.
Sejak dia tahu gadis itu akan
berkahwin, semua perasaan yang disimpannya… dibuang. Mungkin, mereka lebih sesuai
menjadi kawan sahaja. Atau, abang dan adik.
“ Adif, aku tunang Arisa,” beritahu
Tengku Arfhan perlahan. Namun, Hadif masih dapat mendengarnya.
“ Kau bakal suami Arisa? Seriously?” Hadif seakan tidak percaya.
“ Yes,
Hadif. Aku sendiri baru tahu. Semalam, Arisa ajak aku jumpa. Maafkan aku, Dif,”
balas Tengku Arfhan. Dia sebenarnya dihinggap perasaan bersalah.
“ Tak ada benda yang aku nak maafkan,
Fan. Kau layak untuk dia. Mungkin dah tertulis, Arisa bukan jodoh aku. Aku tumpang
gembira untuk korang,” Hadif memeluk bahu Tengku Arfhan. Dia tidak mahu
sepupunya terasa bersalah. Dia dah redha dalam hubungannya dengan Arisa cuma
setakat ini sahaja.
“ Jahat tak aku kalau… aku nak kau
jadi pengapit aku?” Tengku Arfhan mencuba nasib. Hadif menjegilkan matanya.
“ Gila tak jahat. Sampai hati kau
kan. Tapi, kau sanggup ke crush bini
kau nanti jadi pengapit kau?” Seloroh Hadif. Tengku Arfhan berpura-pura kisah.
Kemudian, mereka sama-sama ketawa.
bersambung...
p/s : alang-alang line internet tengah laju, CIA post lagi satu part...:)
No comments:
Post a Comment