Lima belas tahun yang lalu…
“
Tolong aku, Fauzi. Konco-konco Bobby dah warning
aku tadi. Kalau aku tak serahkan barang-barang dia orang esok malam, anak bini
aku yang jadi mangsa,” Fauzi mengeluh kuat.
“
Itulah kau, Lutfi. Aku dah ingatkan kau dulu. Jangan buat kerja-kerja haram ni.
Bahaya,” bebel Fauzi.
“
Aku terpaksa, Fauzi. Kalau aku tak buat semua tu, anak bini aku nak makan apa?
Sekarang ni kerja bukannya senang nak dapat. Kau tahu kan, aku bukan dari
keluarga yang kaya macam kau. Tujuh keturunan pun belum tentu habis,” balas
Lutfi panjang.
“
Kau nak aku tolong kau buat apa?”
“
Hah, macam nilah kawan. Aku nak kau tolong sediakan van untuk aku…”
“
Van? Kau nak buat apa?”
“
Untuk bawa orang-orang akulah. Aku takkan hantar sendiri semua barang tu. Mati
aku kalau terserempak dengan Bobby. Lagipun, barang-barang tu yang lagi
penting,” Fauzi hanya mengangguk.
*****
Seperti
permintaan Lutfi, Fauzi menyediakan sebuah van untuk membawa orang-orang
suruhan Lutfi.
“
Terima kasih, Fauzi. Aku takkan lupa jasa kau ni,” ucap Lutfi sambil memeluk
sahabat baiknya itu.
“
Ini last aku tolong kau, Lutfi. Lepas
ni, aku tak nak dah terjebak dengan kerja-kerja haram kau ni,” kata Fauzi.
Dia
pernah meminta Lutfi bekerja dengannya. Namun, sahabatnya itu lebih senang
mencari rezeki sendiri. Dia tidak mahu bergantung kepada orang, katanya. Fauzi memang
langsung tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Lutfi itu. Menjadi orang
tengah sebuah syarikat untuk menghantar barang-barang yang diseludup.
“
Aku tahulah. Kau tolong tengok-tengokkan anak-anak dan isteri aku ya. Mungkin
aku kena bersembunyi beberapa hari…”
“
Insya Allah. Tapi jangan lama sangat. Kesian Zana. Asyik dok menunggu laki dia,” Lutfi ketawa kecil.
“
Iyalah. Aku pergi dulu,” Lutfi terus masuk ke dalam van.
Sempat
dia melambai sahabat baiknya itu. Fauzi tersenyum. Bilalah sahabatnya itu ingin
berubah? Lebih baik melakukan kerja ala kadar sahaja daripada buat kerja haram
begitu. Fauzi mengeluh. Matanya hanya menghantar van yang disewa daripada kedai
sewa kenalannya itu sehingga hilang dari pandangan.
*****
“
Bang Fauzi, tolong saya. Abang Lutfi tak balik rumah dah seminggu. Saya tak
tahu nak cari kat mana lagi. Risau
saya dibuatnya,” Fauzi menggaru belakang kepalanya. Argh! Lutfi sengaja cari
masalah!
“
Sabar, Zana. Nanti dia baliklah tu. Abang Fauzi pun tak tahu nak cari kat mana. Dia tak ada bagitahu Zana ke
nak pergi mana?”
“
Tak,” Zana menggeleng laju. Saat itu matanya terpandang seorang kanak-kanak
dalam lingkungan lapan tahun sedang bersembunyi di belakang Fauzi.
“
Macam nilah. Zana balik dulu. Nanti apa-apa hal, abang Fauzi call. Jangan risau sangat. Ingat
anak-anak kat rumah,” Fauzi memandang
isteri sahabat baiknya yang kelihatan sugul itu. Pasti sangat risau kerana
Lutfi masih belum pulang.
“
Terima kasih, abang Fauzi. Saya tunggu panggilan abang Fauzi. Kalau abang Lutfi
ada hubungi abang Fauzi, tolong bagitahu dia yang Zana dan anak-anak tunggu kat rumah,” Zana berpesan kepada Fauzi.
“
Baiklah. Pergilah balik…”
Zana
yang datang seorang diri itu terus masuk ke perut teksi yang membawanya ke
rumah banglo milik keluarga Fauzi tadi. Hatinya rasa sedikit lapang setelah berjumpa
dengan Fauzi. Harap-harap sahabat suaminya itu akan membantunya.
Fauzi
memandang anak perempuannya yang sedang memeluk kakinya. Dia tersenyum sendiri.
Tangannya mengusap lembut kepala kanak-kanak itu.
“
Jom masuk, sayang,” Budak kecil itu mengangguk. Ditangannya sedang memegang teddybear sebesar badannya. Mereka
beriringan masuk ke banglo tiga tingkat yang tersergam indah di belakang.
*****
Sekejap
bangun, sekejap duduk. Fauzi kelihatan gelisah di tepi kolam renang. Telefon
bimbit di tangan di tenung. Orang yang dihubungi tidak mengangkat panggilannya
itu. Semakin risau di dibuatnya.
“
Papa,” Fauzi menoleh ke pintu. Anak perempuannya sedang berdiri di tepi pintu.
“
Mutia buat apa tak tidur lagi ni, sayang?”
“
Mutia tak boleh tidurlah, papa,” adu anak kecil itu. Fauzi mendukung tubuh
kecil anaknya. Punggung dilabuhkan di
kerusi kayu berdekatan pintu.
“
Papa dodoikan Mutia ya,” Mutia mengangguk kecil.
Sejak
ibunya meninggal dunia dua tahun lepas, Fauzilah menjadi Mutia untuk berkasih
sayang. Dia sangat sayangkan papanya itu. Pernah juga neneknya memujuk papanya
berkahwin lain. Namun, Mutia pasti akan mogok makan setiap kali neneknya
membawa wanita yang akan menggantikan ibunya.
“
Ji, buat apa kat luar ni? Dah nak
dekat dua belas malam. Bawak Mutia masuk,” Terjengul wajah tua ibu kepada Fauzi,
Datin Hasmah.
“
Iyalah,” Fauzi bangkit dan mendukung anak tunggalnya naik ke tingkat atas.
Datin Hasmah hanya menggeleng melihat anak dan cucunya. Apalah nasib mereka. Terkeluar
keluhan kecil Datin Hasmah.
*****
Lutfi
menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan setelah pasti tiada orang yang melihatnya,
dia berjengket keluar dari sarang persembunyiannya. Jika ada yang nampak, pasti
habis hidupnya dikerjakan. Tangannya laju mendail nombor telefon Fauzi. Lama
menunggu, barulah panggilannya diangkat.
“
Hello, Fauzi. Aku ni, Lutfi,” Lutfi
berkata perlahan.
“
Hah, muncul pun kau. Mana kau pergi?
Zana dah risaukan kau,” balas Fauzi. Dia keluar dari bilik Mutia perlahan.
Takut terjaga pula kanak-kanak yang baru tidur itu.
“
Aku masih kat pengkalan. Bos minta
kami bersembunyi dulu. Ada rondaan pulak dua tiga hari ni,” beritahu Lutfi bagi
membuang kerisauan Fauzi.
“
Lama lagi ke kau kat sana?” tanya
Fauzi.
“
Aku pun tak tahu. Tapi, lepas semua selesai…aku baliklah. Aku pun dah rindu
anak-anak dan isteri aku kat rumah,” Lutfi
melilaukan matanya ke sekeliling. Takut polis yang buat rondaan lalu di kawasan
terpencil itu.
“
Kalau aku, okey saja. Tapi, anak bini kau yang risaukan kau tu macam mana?
Petang tadi, Zana datang rumah aku tanya pasal kau,” Lutfi mengeluh kecil. Dia
sendiri yang cari masalah.
Pada
mulanya, hanya orang-orang bawahannya sahaja yang perlu menghantar
barang-barang yang diseludup. Tapi, entah macam mana pun dia tak tahu. Bobby
memaksa dia untuk mengikut bagi menghantar barang-barang itu. Takut mereka bawa
lari semua barang itu pula.
“ Hmmm, kau bagitahu Zana…dua tiga hari
lagi aku balik. Cakap kat dia, aku
kerja luar ke kena stay sebab ada masalah ke. Kau pandai-pandailah,” Fauzi
mengurut dahinya. Bab menipu ini yang dia tak suka.
“
Tengoklah macam mana. Apa-apa hal, kau call
saja aku,” pesan Fauzi. Dia memang terlalu risaukan keselamatan sahabatnya itu.
“
Okeylah. Aku kena pergi. Kau tolong jaga keluarga aku ya,” Lutfi menitipkan
pesan kepada Fauzi.
Sebelum
sempat Fauzi membalas, talian sudah diputuskan oleh Lutfi. Fauzi hanya mampu
mengeluh. Apa yang harus diberitakan kepada Zana nanti? Lutfi…Lutfi. Suka bikin
masalah.
*****
Fariz menoleh ke sebelah kanannya. Tan Sri Lutfi masih mengelamun. Sampaikan, mereka sudah tiba di tanah perkuburan pun lelaki separuh umur itu tidak perasan.
“
Pa…papa,” Fariz menggoncang bahu papanya. Masih tiada respons. Digawangkan pula
tangan. Tiada juga respons. Kes berat dah ni.
“
Papa!” jerit Fariz di telinga Tan Sri Lutfi.
Tan
Sri Lutfi seperti baru tersedar. Kelam kabut dia membetulkan duduk.
Dipandangnya wajah sang anak.
“
Kenapa?”
“
Dah sampai. Papa tak nak turun ke? Tadi nak sangat datang sini,” kata Fariz
sambil mengerutkan dahi.
Mata
Tan Sri Lutfi meliar ke luar tingkap. Asyik sangat mengimbau kisah lama sehinggakan
tidak perasan dia sekarang sudah tiba di tanah perkuburan Islam.
“
Jom, masuk. Ikut papa ziarah kubur kawan baik papa tu,” ajak Tan Sri Lutfi. Pemandu
yang sedia berdiri di sisi pintu pantas membuka pintu untuk Tan Sri Lutfi.
Fariz
turut keluar dari kereta Mercedes Benz milik papanya. Kemudian, mengikut
langkah Tan Sri Lutfi masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan. Cermin mata
hitam yang tersangkut di T-shirt Polo diambil dan disangkutkan di batang
hidungnya.
Tan
Sri Lutfi berhenti di kubur yang tertulis nama ‘Mohd Fauzi Bin Hassan’ pada
batu nisannya. Dia mencangkung di situ. Pusara itu sangat bersih. Langsung
tiada rumput-rumput yang menjalar. Cuma, bunga-bunga kemboja sahaja yang
kelihatan.
“
Fauzi, aku datang. Dah lama aku tak ziarah kau. Pusara kau bersih sangat, Ji.
Aku datang sebab aku rindukan kau. Aku bawak anak aku, Fariz. Kau ingat tak
lagi? Dulu, kau suka main dengan dia...kat
rumah aku,” Tan Sri Lutfi berhenti berbicara. Dia mengelap air mata yang jatuh
ke pipi tuanya.
“
Maafkan aku, Ji. Aku gagal jejak anak perempuan kau. Lepas kau meninggal, atuk
dengan nenek dia bawa dia ke luar negara. Lepas tu, aku dah tak dapat cari dia
lagi dah. Aku dapat berita Datuk Hassan dan Datin Hasmah meninggal kat Dubai
dan pusara mereka juga di sana,” sambungnya lagi.
Fariz
diam. Dia hanya mendengar luahan papanya sahaja. Sedikit sebanyak, hatinya
tersentuh. Begitu rapatkah hubungan Tan Sri Lutfi dan sahabatnya?
To be continued…
BEST.
ReplyDelete