Ding Dong Deng! Ding Dong Deng!
Aduh, siapa pula yang datang pepagi buta ni? Selalu sangat wrong timing. Sudahlah aku tinggal seorang. Mahunya perogol yang
datang, aku nak lari mana? Hergh!
Tapi, tak pernah pulalah ada kes macam tu sejak aku pindah rumah yang pernah
papa sewakan kat orang ni. Now, the house
was mine!
“ Kejap!” Laung aku. Sengal punya tetamu. Tak
boleh sabar langsung. Rosaklah loceng rumah aku tu, asyik dok tekan-tekan.
Dengan pantasnya aku capai tudung Syria di
penyangkut. Sebelum tu, kena tengok diri dulu. Mana tahu ada yang terdedah.
Kalau guest tu perempuan okey lagi. Buatnya lelaki, nak taruk mana muka comel
aku ni? Dalam kasut? Okey, semua dah beres. Dengan lafaz basmallah, aku buka
pintu.
Ternganga terus mulut cute aku. Jidy? Okey lagi.
Kheryll? No respons.
“ Hoi, anak dara apa bangun lambat?” sindir
Jidy, sedang bersandar molek kat pagar rumah. Dekat sangat dengan loceng.
Dialah tu yang tekan banyak-banyak kali tadi. Kureng punya partner.
“ Korang pulak, buat apa kat rumah anak dara…
pepagi buta,” Aku sarung selipar dan melangkah ke pintu pagar kayu.
“ Ni hah. Tak menyempat nak jumpa kau,” Jidy
juihkan bibir dia ke Kheryll yang sedang bersandar di tepi kereta.
Aku mampu angkat kening sajalah. Nak cakap
lebih-lebih, perasaan malu masih menebal. Buat apa saja dia nak jumpa aku? Kalau
nak masuk meminang pun, bukannya mama papa ada kat sini. Jauh pula aku
melencong yekkk. Terlepas fikir.
“ Nak jumpa aku?” Jidy angguk. Aku pandang
Kheryll pula. Sekadar bertanya melalui pandangan.
“ Maaflah ganggu. Since, saya dah be frank
semalam… saya rasa tak sedap hati. Bukan bermaksud saya menyesal, absolutely no. Saya cuma nak jelaskan
aje lagi. I do know you, and same goes to
you too,” Aku buat muka pelik. Dia boleh senyum kacak pulak. Jidy pula
sibuk dengan handphone dia.
“ Detail,
please?”
“ Budak cengeng, your blog?”
Aku rasa paling teruk aku bulatkan mata aku ni.
Sebelum ni, tak pernah seteruk ni. He
must be the one of my viewers and readers. Ommo! Nak pengsan kat sini boleh tak?
“ And you?
Sorry, saya tak boleh nak ingat
sesiapa. Maybe, you can tell me,”
Pepagi dah suruh aku speaking bagai. Uit,
aku yang speaking tu dah kenapa.
Macam nak tampar mulut sendiri.
“ Are you
sure, you can still remember me… among your million blog readers?”
Aku terdiam. Actually,
dalam banyak-banyak readers aku… aku
paling ingat yang seorang ni. Dia memang pantas dan efficient. Kenapa? Sebab dia yang paling laju tinggalkan comment kat post aku. Aku gelar dia, bullet
train. Kadang-kadang, sampai full
ruang comment post sebab kami chit chat kat situ.
“ Lullaby
Adya?” Aku cuba teka saja. Manalah tahu betul.
Dengan lajunya, Kheryll angguk. Superb! Dia memang lullaby aku. Thumbs up! Aku
memang sangat mengantuk sekarang ni. Jangan tanya kenapa… aku nak pengsan!
@@@@@
“ Adya. Kakad?” Aku rasa macam ada seseorang
yang tengah tampar pipi aku. Siapa yang jahat sangat ni?
Aku buka mata perlahan. Orang pertama yang aku
nampak, mama!
“ Dah sedar?” Ma, soalan apa tu? Aku menenyeh
mata aku kasar. Aku kat mana ni?
“ Ma,” sahut aku, sekadar mahu mama tahu… aku
dah sedar.
“ Hmmm,
okey tak ni? Ada sakit kat mana-mana?” Aku geleng perlahan.
“ Kakad kat mana ni, ma?”
Family aku, tak kiralah siapa pun gelar aku Kakad. Semuanya
gara-gara si Alya, adik aku yang senget tu. Punyalah senang nak panggil aku Kak
Ad, entah gimana… dia tersilap
panggil aku Kakad. Teruslah melekat nickname
tu kat aku. Sebutannya, Kaked. Tapi, dieja Kakad untuk Kak Ad. Sengal punya
adik.
“ Kat bilik Kakadlah. Dah, bangun,” Mama
membantu aku untuk bangun. Terasa beratnya kepala aku tika ini.
“ Bila mama sampai?”
“ Masa Kakad pengsan tadi,” Hah! Luas terus mata
aku.
Ya, aku pengsan tadi. Macam mana aku ada boleh
kat bilik? Jidy? Kheryll?
“ Mama ada nampak Jidy dengan Kherylllah tadi?”
Mama angguk. “ Dia orang dah balik, ma?”
“ Belum. Ada kat bawah, tengah sembang dengan
papa,” balas mama. Dia mencapai gelas air kosong di meja sisi. Dihulurkan
kepadaku. Macam tahu-tahu, aku haus.
“ Laaa, apa lagi dia orang buat kat sini, ma?
Rumah anak dara kot,” kata aku. Tapi, expression
mama relaks saja.
“ Kan ada mama dengan papa. Bukannya Kakad
bertiga aje dengan budak-budak tu. Haish, buat malu mama papa aje. Ada ke
patut, pengsan kat tepi pagar,” Mama menggelengkan kepalanya.
Aku hanya mampu tersengih.
“ Kakad terkejutlah, ma. Mama tahu tak, orang
yang selalu comment kat blog Kakad
tu. Alah, yang Kakad dok cerita kat mama tu,” Mama mengecilkan mata dia. Tengah
ingatlah tu.
“ Oh, yang selalu mention nak jadi guardian
Kakad tu?” Aku angguk laju. Kalaulah mama tahu siapa orangnya, mesti jatuh
katil terus.
“ Orang tu ada kat bawah. Sepupu Jidy, Kheryll,”
Mama ternganga. Kan aku dah kata, mama mesti shocked.
“ Subhanallah, Kakad. Tak sangka orang muda yang
tegur mama tadi tu, yang mama admirer
sangat?” Aku angguk lagi.
Sejak aku selalu dok cerita pasal ‘lullaby Adya’, mama memang dah admirer kat pemilik nickname tu. Mama pernah cakap sekali tu, kalau si ‘lullaby Adya’ tu lelaki… dia nak
kenenkan kami. Entah apa-apa je dalam fikiran mama tu. Merepek! Tapi, hampir
jadi kenyataan… ‘lullaby Adya’ tu
Kheryll kot.
“ Dia orang cakap apa dengan papa?”
“ Kakad tahu apa Kheryll cakap?”
“ Kakad kan pengsan. Manalah tahu, ma,” Aku
betulkan balik selimut tebal kat katil aku. Aku kan pantang nampak benda
berselerak.
“ Kheryll risik Kakad. Tapi, papa minta Kheryll
hantar keluarga dia,” Haaa! Berganda mulut aku ternganga. Selimut yang elok
terlipat, terus terburai.
Rasanya, kalau family Kheryll pinang aku masa ni… confirm kena reject
dengan dia orang. Buruk sungguh! Memang tak keluar rumahlah aku seminggu.
Demam! Kheryll, why’d you do this to me?!
Buk! Aku pengsan sekali lagi.
RyllAd bersambung...
Best.
ReplyDeleteBab 1 mana ya ?
ReplyDeletetak ada ka?? cuba tengok link kat page...
Deletebest sangat lah…sye pun nak mcam ni…
ReplyDeleteni nyata ke?
Bestnyer lahai
ReplyDeleteBestnyer lahai
ReplyDelete