Friday 28 March 2014

e-novel : Pearl Episode 1 Full Version


EPISODE 1

Morning, Cik Adelin,” ucap setiausaha kepada pengurus  Eclipes Holdings, Adelin Annisa. Adelin mengalihkan pandangannya dari dada telefon bimbit dan memandang setiausahanya.

Morning, Yani. Make me a cup of tea and hand it to my office after fifteen minutes. And…bawa sekali laporan kewangan yang saya minta semalam,” arah Adelin tegas.

“Baiklah, Cik Adelin,” balas Haryani dan terus menuju ke pantry.

Adelin menolak daun pintu bilik pejabatnya. Beg tangannya diletakkan di bahagian kanan meja lantas punggungnya dihenyakkan di kerusi empuk. Jari telunjuk menekan butang di monitor dan imej tulip mula menunjukkan wajah. Pantas jari jemari Adelin menekan keyboard komputernya. Mimik mukanya mula serius dan matanya tajam memandang monitor. Seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.

“Hari ni, Cik Adelin ada perjumpaan dengan board of directors berkenaan projek baru kita kat Penang, pukul 10 pagi. Then, lunch bersama Tan Sri dan juga ‘sleeping partner’ company. Sebelah petang pula, Cik Adelin perlu ke Rumah Anak Yatim Bismi untuk membincangkan proses adoption,” maklum Haryani mengikut buku aktiviti Adelin.

Lunch dengan Tan Sri? Ada hal penting ke, Yani?” soal Adelin sambil memeriksa laporan kewangan yang diminta daripada Haryani.

“Tentang itu saya kurang pasti. Tan Sri cuma minta saya aturkan makan tengah hari sahaja. Dan, berkemungkinan Tan Sri ingin kenalkan ‘sleeping partner’ syarikat kepada Cik Adelin,” jawab Haryani.

“Baiklah. Terima kasih, Yani,” Adelin tersenyum nipis kepada setiausahanya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,” Haryani meminta diri.
Adelin mengeluh kecil. Siapa ‘sleeping partner’ tu? Sebelum ini, Tan Sri Lutfi tidak pernah menyebut tentang sesiapa yang turut berkaitan dalam Eclipes Holdings. Jadi, dia langsung tidak tahu menahu mengenai ‘sleeping partner’ syarikat itu.

*****

Tan Sri Lutfi menempah meja yang agak jauh dari pandangan pelanggan lain di restoran mewah yang selalu disinggahnya. Dia takut musuh perniagaannya ternampak perjumpaan rahsianya.

Sorry, Tan Sri. Lambat sikit sebab cari parking. Tan Sri dah lama sampai?”

“Duduk dulu, Adelin,” Adelin menarik kerusi berhadapan dengan Tan Sri Lutfi. Dia pelik sedikit kerana hanya Tan Sri Lutfi sahaja berada di meja itu.

“Yani bagitahu saya, Tan Sri nak kenalkan ‘sleeping partner’ syarikat. Dia tak sampai lagi ke?” soal Adelin terus.

“Dia tak sampai lagi. Kejap lagi sampailah tu. Kita pesan makanan dulu,” Tan Sri Lutfi memanggil pelayan restoran dan memesan makanan untuk mereka.

“Assalamualaikum,” Adelin dan Tan Sri Lutfi mendongak serentak.

Seorang jejaka kacak sedang berdiri di situ sambil tersenyum. Adelin mengerutkan dahinya. Musuh tradisi depan mata. Pastilah timbul kepelikan di situ. Gadis itu sudah tidak senang duduk.

“Waalaikumsalam. Duduk, Fariz,” jawab Tan Sri Lutfi dan menjemput lelaki yang bernama Fariz itu duduk. Lelaki itu memilih untuk duduk di kerusi bersebelahan Tan Sri Lutfi.

“Ada apa panggil Fariz lunch sekali?” tanya Fariz, ingin tahu. Pelik juga kerana tiba-tiba lelaki tua itu menjemputnya makan tengah hari bersama.

“Saja nak kenalkan ‘sleeping partner’ Eclipes Holdings kepada Adelin. Selain board of directors, dia juga perlu tahu,” jelas Tan Sri Lutfi.

“Maksud Tan Sri, Inspector Fariz ni ‘sleeping partner’ Eclipes Holdings?”

“Ya. Dia juga merupakan salah seorang pemegang saham terbesar syarikat. 15% daripada share company adalah milik Fariz,” Adelin terkaku.

Tan Sri Lutfi tidak akan senang-senang memberikan sher syarikat kepada sembarangan orang. Tambahan pula, Fariz hanya pegawai polis yang langsung tiada kena mengena dalam Eclipes Holdings.

“Banyak jugak tu. As I know, dia tak ada kena mengena dalam company kan,” Adelin memandang Tan Sri Lutfi, meminta penjelasan lanjut.

“Sekarang awak perlu tahu, Adelin. Fariz adalah anak lelaki saya. Jika ada apa-apa yang terjadi pada saya, dia yang akan take over Eclipes Holdings,” Bertambah terkejut Adelin dibuatnya. Fariz anak lelaki Tan Sri Lutfi? Oh, gosh!

“Fariz ingat, papa nak terus rahsiakan hal ni. Kenapa beritahu Cik Adelin pulak?”

“Papa paling percayakan Adelin dalam Eclipes Holdings. Fariz boleh rujuk pada Adelin jika ada sesuatu yang berlaku kepada papa kelak,” Fariz mengeluh kecil.

What’s wrong with you, papa? Since when, your brain think ridiculous matter and make it nonsense? Fariz tak akan take over company papa. Papa tahu kan Fariz tak suka semua ni,” Tan Sri Lutfi menggeleng.

Look, Fariz. Papa ada ramai musuh dalam business ni. Papa cuma nak bersiap sedia saja. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari,” Tan Sri Lutfi menyandarkan badannya di belakang kerusi. Fariz terdiam.

“Tan Sri percayakan saya? Saya baru aje masuk dalam Eclipes Holdings. Kalau saya ni penipu… perompak, habis syarikat Tan Sri,” Adelin masih belum boleh terima apa yang dikatakan Tan Sri Lutfi.

I do know you, Adelin. Beberapa hari ni, saya terima banyak surat ugutan. Please, look at this,” Tan Sri Lutfi meletakkan beberapa pucuk surat di atas meja.

Adelin dan Fariz mengambil surat-surat itu dan membaca isi butirannya.

‘Kau tak akan terlepas, Lutfi. Semua rahsia penipuan kau ada dalam tangan aku. Lebih baik kau ikut semua arahan aku kalau kau nak keluarga kau selamat. Ha…ha…ha…!’

‘Aku nak kau masukkan satu juta dalam akaun ni. Kalau aku dapat tahu kau menipu, kau akan terima balasannya. On the spot!’

‘Kau ni bodoh juga ya, Lutfi. Dulu tak pernah pun kau nak ikut cakap aku. Sekarang, senang-senang kau bagi aku satu juta. Aku tahu, semua ni sebab duit-duit kau tu hasil dari pendapatan haram! Huh, aku tak hadap duit haram kau ni. Tapi, ingat! Jangan sampai polis tahu pasal ni. Habis keluarga kau aku kerjakan nanti.’

Fariz mendengus.

“Papa tahu ke siapa punya kerja ni?”

“Entahlah, Fariz. Papa ada ramai musuh. Jadi, papa langsung tak dapat bayangkan siapa punya kerja yang hantar surat-surat ni,” balas Tan Sri Lutfi.

“Saya tak rasa ni kerja orang dalam. Mungkin, dulu dia pernah bekerja di syarikat. Tapi, apa motif dia buat semua ni? Tan Sri ada buat sesuatu yang tak baik ke sebelum ni?”

“Kau ni, jaga sikit mulut tu. Jangan nanti, gelas ni aku sumbat dalam mulut kau tu,” Tan Sri Lutfi memegang bahu anak lelakinya. Adelin menjeling Fariz tajam.

“Sabar, Fariz. Saya tak nafikan dulu saya memang ada jalankan aktiviti haram. Tapi, semua tu dah berlalu. Saya dah pun terima hukuman. Eclipes Holdings adalah perniagaan halal yang saya bangunkan,” jelas Tan Sri Lutfi.

Maybe, dia pernah jadi rakan kongsi Tan Sri. Sebab dia tahu semua pasal kerja Tan Sri yang dulu,” telah Adelin.

Uncle Dahlan?”

“Mustahil. Dahlan dah ada company dia sendiri. Dia tak akan buat semua ni. Tambahan pula, dia tak akan ambil risiko yang nanti boleh membahayakan ahli keluarga dia…”

“Tan Sri ada syak orang lain tak?”

“Buat masa sekarang, saya langsung tak boleh nak appoint sesiapa,” Tan Sri Lutfi meraup rambutnya yang hampir dipenuhi dengan uban.

“Entah-entah semua ni kerja si Pearl tu, pa?”

“Pearl?”

Hesy, tak mungkinlah. Fariz sendiri yang cakap dengan papa, Pearl dah ke luar negara,” sangkal Tan Sri Lutfi.

“Tak mustahil dia upah orang ikut arahan dia. Lagipun, Pearl musuh ketat papa kan,” kata Fariz. Bukan dia tak kenal Pearl yang terkenal dengan perbuatan kasarnya itu.

“Siapa Pearl?” tanya Adelin.

“Kau kerja kat Eclipes Holdings hampir dua tahun pun, kau tak kenal Pearl. Nampak sangat kau ni pengurus yang sombong,” tempelak Fariz. Adelin menjegilkan matanya.

I’m not like someone, busybody,” bidas Adelin, sakit hati.

Eh, hello. Cuba kau buka mata sikit, Cik Adelin. Ni sah-sah asyik dok dengar gosip aje. Benda penting dalam company pun tak pernah nak ambil tahu…”

Tan Sri Lutfi memandang kedua-duanya bersilih ganti. Pantang berjumpa, pasti asyik bertekak.

“Aku ke kau, yang suka dengar gosip semua tu? Ingat aku tak kenal kau ke? Inspector police yang playboy. Rosak nama polis negara,” balas Adelin, tidak mengaku kalah.

Fariz terus bangun dari kerusinya. Hatinya sangat membara ketika ini.

“Tak kuasa aku nak bergaduh dengan kaulah, perempuan. Papa, Fariz pergi dulu. Apa-apa hal nanti, just call me. Kirim salam rindu dekat mama sekali,” Fariz bersalam dengan papanya dan terus berlalu. Tidak sanggup menatap wajah gadis yang dibencinya itu lagi. Benci ke?

“Adelin jangan ambil hati sangat dengan Fariz tu. Ikut perangai saya dulu-dululah tu,” Tan Sri Lutfi cuba menenangkan Adelin. Sempat lagi dia bergurau.

Emmm, saya okey aje,” jawab Adelin perlahan.

“Sudahlah tu. Makan bagi habis. Dah nak habis waktu lunch ni,” kata Tan Sri Lutfi sambil menilik jam tangan jenama Rolex miliknya.

*****

Fariz menghempaskan punggungnya di sofa. Otaknya berserabut sangat ketika ini. Dia sangat risau memikirkan ugutan yang diterima Tan Sri Lutfi. Lepas satu, satu masalah lain yang timbul. Ingatkan selepas kes Pearl lima tahun lepas, dia tak akan risaukan papanya lagi. Timbul pula surat ugutan lain. Memang memeningkan.

“Awal you balik hari ni, sayang,” Fariz berpaling ke dapur.

Seorang perempuan tinggi lampai yang hanya mengenakan bathrobe sedang berdiri di kaunter dapur sambil memegang segelas jus oren.

You buat apa lagi kat sini? Kan I dah pesan…”

“Ya, I tahu. Tapi, I terbangun lambatlah. I ingat you balik lambat. Manalah I nak tahu you balik sebelum I keluar dari rumah you ni,” potong perempuan itu.

Dia menghampiri Fariz di sofa dan melabuhkan punggungnya di sebelah kekasih gelapnya itu. Fariz mendengus kuat. Sebenarnya dia tak tahan dengan haruman yang dipakai oleh perempuan itu.

“Sekarang I dah balik kan, Sofea. So, you boleh keluar dari apartment I ni,” Fariz bersuara tegas. Dia malas melayan perangai gedik si Sofea itu.

“Alah, relaxlah sayang. You tak payah takut. Tadi, pembantu rumah you call. Dia cakap dia tak datang hari ni,” Sofea menggeselkan kakinya di betis Fariz. Sengaja ingin menggoda.

Enough, Sofea. I tahu, you yang tak bagi dia datang kan. Dah, I nak you keluar sekarang,” Sofea mendengus sambil menjeling Fariz. Semalam bukan main romantic lagi Fariz melayannya. Hari ini, baran sahaja yang ditunjukkan.

Okay, I keluar. Tapi, nanti I datang lagi ya, sayang,” Sofea terus bangun dan masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian.

Fariz bangun dan menghampiri jendela. Matanya dihalakan ke tasik. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket jeans hitamnya. Fikirannya melayang entah ke mana. Siapa lagi yang tidak berpuas hati dengan papanya. Dulu, Pearl. Sekarang, siapa pula? Takkan Pearl dah kembali.

*****

“Yani, masuk kejap,” arah Adelin dan terus menghilang ke dalam biliknya.

Haryani mengambil note book tugasan Adelin sebelum masuk ke dalam bilik bosnya.

“Ada apa, Cik Adelin?”

“Duduk, Yani,” suruh Adelin. Haryani serba salah untuk duduk di kerusi berhadapan dengan Adelin. Belum pernah bosnya itu berlembut dengannya. Namun, Haryani tetap duduk di kerusi itu. Takut pula Adelin memarahinya.

“Awak kenal Pearl?” soal Adelin. Dia memandang Haryani tepat. Semakin menggelabahlah Haryani dibuatnya.

“Pearl? Maksud Cik Adelin, Pearl musuh Tan Sri Lutfi ke?”

“Iya. Saya nak tahu mengenai Pearl dari A sampai Z. Selagi awak tak ceritakan sepenuhnya tentang Pearl, awak tak akan keluar dari bilik saya,” tegas Adelin.

“Baiklah, Cik Adelin,” Haryani menarik nafasnya dan dilepaskan perlahan.

*****

Lima tahun yang lalu…

“Berita terkini. Seorang ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Lutfi mendakwa dirinya sering diugut oleh individu yang hanya dikenali sebagai Pearl. Setelah tidah tahan dengan semua ugutan terhadapnya, pemilik Eclipes Holdings itu telah melaporkan kepada pihak polis mengenai ugutan yang diterimanya. Dan, pihak polis sedang menjalankan penyiasatan mereka. Ketua polis negara menyarankan sesiapa yang mengenali Tan Sri Lutfi memberi kerjasama. Kita beralih pula ke berita luar negara…”

Siaran televisyen yang sedang terpasang, ditutup.

“Kau memang cari nahas, Lutfi. Kau memang tak sayangkan keluarga kau kan,” Pearl menumbuk meja dengan kuat. Sakit yang menular di tangannya tidak dihiraukan.

“Bos, kita nak buat apa sekarang?” tanya Opie, orang kanan Pearl.

“Nak buat lagi? Aku nak kau bawa Loni dan John pergi rumah jantan tak guna tu,” arah Pearl tegas.

“Tapi, bos…”

“Apa?!” jerkah Pearl. Bingit juga telinga Opie mendengar suara nyaring Pearl itu.

“Bos, rumah jantan tu mesti penuh de… dengan polis punya. Bahaya, bos,” balas Opie, takut-takut.

“Aku bukan nak kau pergi masuk rumah jantan tu, bodoh. Aku nak korang tengok, apa yang berlaku kat rumah tu. No more excuses. Go!” Opie terkocoh-kocoh mengeluarkan telefon bimbitnya.

Pearl berlalu ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil satu tin Coke. Diminumnya air bergas itu dengan rakus. Hatinya panas kerana perbuatannya telah dibongkar. Semakin meluap-luap kemarahannya terhadap Tan Sri Lutfi. Tin Coke yang kosong digenggam kuat. Habis kemek tin air itu.

“Kau belum kenal aku, Lutfi. Aku akan buat kau merana,” kata Pearl, geram.

*****

Sementara, di rumah Tan Sri Lutfi dikelilingi oleh polis yang mengawasi kawasan rumah banglo tiga tingkat itu. Dia sendiri yang meminta agar ada polis yang menjaga keselamatannya dan keluarga.

“Papa kenal ke dengan Pearl ni?”

“Daripada surat ugutan yang papa dapat, papa rasa dia macam kenal sangat dengan papa. Pearl tu memang bodoh, dia sendiri yang cari penyakit. Dia sendiri meletakkan gelarannya di setiap surat ugutan yang dia hantar,” ujar Tan Sri Lutfi.

“Fariz tak rasa dia bodoh, pa. Pasti ada sebab dia letakkan gelaran tu kat surat-surat tu semua. Lagipun, hanya gelaran dia saja yang kita tahu. Memang susah pihak polis nak cari dia,” balas Fariz.

“Kamu kan polis, Fariz. Takkan tak ada jalan nak cari siapa yang ugut papa kamu ni?”

“Memanglah, mama. Tapi, Fariz tak dibenarkan ambil bahagian dalam kes ni sebab Fariz pun terlibat jugak dalam kes ni secara tak langsung. Dia orang tak nak nanti ada yang terbocor apa-apa. Mama tahukan setiap maklumat polis adalah sulit,” Puan Sri Zana hanya mengangguk.

“Tak apalah. Buat masa ni, papa nak Fariz tinggal aje kat sini. Buat sementara waktu, jangan balik apartment kamu tu…”

“Baiklah, pa. Ketua Fariz pun suruh Fariz stay kat sini. Takut kalau Pearl ambil tindakan selanjutnya. Daripada gaya ugutan dia, nampak macam dia langsung tak takut dengan pihak polis,” Tan Sri Lutfi mengeluh. Siapalah yang nak porak perandakan hidupnya ini?

Memanglah dia ada ramai musuh dalam perniagaannya. Tetapi, dia langsung tak sangka sampai menjadi kes polis. Semakin hari, semakin kasar cara Pearl mengugutnya. Dia paling risaukan ahli keluarganya. Anak perempuan sulung dan keduanya telah dihantar ke luar negara. Hanya Fariz sahaja yang berdegil untuk terus di sini.

Opie, Loni dan John berpura-pura melalui kawasan perumahan Tan Sri Lutfi. Toyota Vios yang dipandu John bergerak perlahan sebelum berhenti tidak jauh dari banglo tiga tingkat itu.

“Orang kaya memang penakut!” bentak Opie. John dan Loni tersentak.

“Kenapa Opie?” tanya John.

“Iyalah. Cuba korang tengok. Bos baru gertak sikit aje, keliling rumah penuh dengan polis. Memang dasar pengecut,” tukas Opie.

“Alah, bukan kau tak tahu. Dia orang takut rumah yang gah macam tu kena rompak, habislah harta yang dia orang kumpul tu. Dasar tamak haloba, macam tulah,” tambah Loni. John mengangguk setuju.

“Bos pun anak orang kaya jugak dulu kalau korang nak tahu. Bapak dia bukan sembarangan orang tau…”

“Eh, Opie. Kau ceritalah sikit pasal bos kita tu. Kita orang pun nak tahu jugak,” John mula menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidup bos mereka yng digelar Pearl itu.

“Bos yang aku kenal memang sangat baik. Lemah lembut aje orangnya. Nak tengok dia marah pun susah. Bapak dia memang sayang gila kat dia. Semua yang bos nak, mesti dapat punya. Kereta sport, pakaian berjenama, barang kemas dan banyak lagilah. Tapi, lepas bapak dia mati, semua kawan-kawan bapak dia dengki. Habis harta bos dia orang kikis. Bos pulak masa tu, naïf lagi,” cerita Opie.

“Maksudnya, dia nak balas dendam dekat kawan-kawan bapak dialah ni. Sebab tu, dia upah kita buat kerja untuk dia?”

Of course. Kadang-kadang kan, aku rindu bos aku yang dulu. Bukan bos yang penuh dengan dendam kesumat macam sekarang. Aku macam dah tak kenal dia lagi,” keluh Opie.

“Alah, kau ni. Bajet kau ni rapat sangat dengan bos,” John dan Loni ketawa serentak.

“Aku ni bodyguard boslah dulu,” beritahu Opie. John dan Loni terpempan. Mereka ingat Opie macam mereka juga, diupah untuk buat kerja ugut mengugut ni.

“Kau biar betul, Opie…”

“Betullah, John. Kita tiga orang aje pekerja upahan bos. Bos tak nak upah ramai-ramai. Tak mahu ambil risiko katanya,” kata Opie.

Fariz mundar mandir di balkoni biliknya. Saat itu matanya terpandang kereta Toyota Vios yang berada tidak jauh dari situ. Kereta siapa pula yang berhenti kat situ malam-malam ni? Namun, Fariz hanya membiarkan sahaja. Mungkin hanya pasangan kekasih yang sedang memadu kasih ke. Otak sewel betul si Fariz ni.

*****

Opie menolak daun pintu apartment Pearl. Dia mencari kelibat bosnya itu. Pintu kamar Pearl dibuka sedikit. Telinganya menangkap bunyi air dari dalam bilik air. Pasti bosnya itu sedang mandi. Opie terus beredar dari bilik Pearl dan menghalakan langkahnya ke ruang tamu. Tangannya mencapai remote control dan menekan punat ‘ON’.

“Macam mana?” Tersentak Opie dibuatnya. Entah bila Pearl selesai membersihkan diri pun dia tak tahu.

“Setiap penjuru rumah, ada polis yang mengawal,” maklum Opie ringkas. Dia pasti Pearl tidak suka mukadimah panjang.

Just expecting that. Dasar jantan pengecut!” bentak Pearl. Tangan mengepal penumbuk. Opie terdiam. Biarlah Pearl melunaskan kemarahannya dulu.

“Ada orang nampak korang tak?”

“Ada, bos. Inspector Fariz, anak lelaki jantan tu,” Bukan dia tak nampak si Fariz tu di balkoni. Dan, dia tahu Fariz perasan kereta mereka yang terparkir berdekatan dengan rumah orang tuanya itu.

“Bagus. Tapi, aku tahu anak dia tak akan expect yang korang adalah orang-orang aku,” kata Pearl sambil tersenyum sinis.

“Sampai bila kau nak berdendam dengan Tan Sri Lutfi, Pearl?”

“Sampai dia menyesal dengan perbuatan dia, Opie. Aku akan pastikan hari tu tiba. Dan aku nak dia bersihkan nama papa aku,” balas Pearl. Dia duduk di sofa.

“Tapi, bukan ini caranya. Aku tahu kau tak akan biarkan orang yang terlibat dalam pembunuhan papa kau terlepas. Satu aje yang aku tak faham. Kenapa mesti Tan Sri Lutfi aje yang kau berdendam? Sedangkan bekas partner papa kau yang lain bersenang lenang,” Pearl memandang Opie tajam.

Opie seorang gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Dia sudah biasa dengan keganasan sejak diupah menjadi bodyguard Pearl dulu. Pearl sudah menganggap Opie sebagai kawan baiknya. Cuma, kadang-kadang Pearl selalu memarahi Opie ikut suka hati dia saja.

“Kalau kau tak suka terlibat dengan dendam aku ni, kau boleh belahlah. Aku boleh buat kerja ni seorang,” Pearl bersuara keras.

“Aku sayang kau, beb. Aku dah janji dengan papa kau nak jaga kau. Macam mana sekalipun sikap kau kat aku, marah kau kat aku… aku terima. Tapi, tolong. Jangan halau aku,” ujar Opie.

“Tahu pun kau. Aku nak hidup Tan Sri Lutfi hancur. Aku nak dia rasa macam mana papa aku sengsara sebab nak selamatkan dia. Kalau bukan sebab jantan tu, papa aku takkan mati!”

“Kau tahukan, orang yang kau ugut tu kawan baik papa kau. Takkan kau nak musnahkan satu-satunya kawan baik papa kau tu?”

Huh, kawan baiklah sangat. Kenapa dia tinggalkan papa aku macam tu aje masa papa aku susah? Papa aku bukan main tolong dia lagi. Sanggup tidur dalam penjara daripada tengok kawan baik dia tu dituduh membunuh…”

Opie terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Pearl tu. Kawan yang baik takkan tinggalkan kawannya yang dalam kesusahan. Tambahan pula, kesusahan itu kerana ingin melindungi sahabat baiknya.

*****

Beberapa hari selepas itu…

Tan Sri Lutfi diiringi beberapa orang polis ketika menghadiri mesyuarat di Eclipes Holdings. Fariz turut menemani papanya. Takut pula Pearl mengambil tindakan seterusnya ketika Tan Sri Lutfi menghadirkan diri ke syarikat. Lebih baik mereka berjaga-jaga. Para pekerja Eclipes Holdings juga disarankan agar bersikap tenang sahaja.

Mereka dinasihatkan supaya tidak mengambil serius mengenai kes Tan Sri Lutfi. Tambahan pula, Tan Sri Lutfi tidak mahu sesiapapun dari syarikatnya itu terlibat dalam kesnya. Tak pasal-pasal kecoh pula nanti.

Setelah selesai bermesyuarat, Tan Sri Lutfi mengarahkan pemandunya agar membawanya ke tanah perkuburan Islam yang berada tidak jauh dari situ.

“Papa nak pergi ziarah kubur siapa?” tanya Fariz bingung.

“Arwah kawan baik papa,” jawab Tan Sri Lutfi senada. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Dia masih ingat lagi kejadian malam itu.

*****

Lima belas tahun yang lalu…

“Tolong aku, Fauzi. Konco-konco Bobby dah warning aku tadi. Kalau aku tak serahkan barang-barang dia orang esok malam, anak bini aku yang jadi mangsa,” Fauzi mengeluh kuat.

“Itulah kau, Lutfi. Aku dah ingatkan kau dulu. Jangan buat kerja-kerja haram ni. Bahaya,” bebel Fauzi.

“Aku terpaksa, Fauzi. Kalau aku tak buat semua tu, anak bini aku nak makan apa? Sekarang ni kerja bukannya senang nak dapat. Kau tahu kan, aku bukan dari keluarga yang kaya macam kau. Tujuh keturunan pun belum tentu habis,” balas Lutfi panjang.

“Kau nak aku tolong kau buat apa?”

“Hah, macam nilah kawan. Aku nak kau tolong sediakan van untuk aku…”

“Van? Kau nak buat apa?”

“Untuk bawa orang-orang akulah. Aku takkan hantar sendiri semua barang tu. Mati aku kalau terserempak dengan Bobby. Lagipun, barang-barang tu yang lagi penting,” Fauzi hanya mengangguk.

*****

Seperti permintaan Lutfi, Fauzi menyediakan sebuah van untuk membawa orang-orang suruhan Lutfi.

“Terima kasih, Fauzi. Aku takkan lupa jasa kau ni,” ucap Lutfi sambil memeluk sahabat baiknya itu.

“Ini last aku tolong kau, Lutfi. Lepas ni, aku tak nak dah terjebak dengan kerja-kerja haram kau ni,” kata Fauzi.

Dia pernah meminta Lutfi bekerja dengannya. Namun, sahabatnya itu lebih senang mencari rezeki sendiri. Dia tidak mahu bergantung kepada orang, katanya. Fauzi memang langsung tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Lutfi itu. Menjadi orang tengah sebuah syarikat untuk menghantar barang-barang yang diseludup.

“Aku tahulah. Kau tolong tengok-tengokkan anak-anak dan isteri aku ya. Mungkin aku kena bersembunyi beberapa hari…”

“Insya Allah. Tapi jangan lama sangat. Kesian Zana. Asyik dok menunggu laki dia,” Lutfi ketawa kecil.

“Iyalah. Aku pergi dulu,” Lutfi terus masuk ke dalam van.

Sempat dia melambai sahabat baiknya itu. Fauzi tersenyum. Bilalah sahabatnya itu ingin berubah? Lebih baik melakukan kerja ala kadar sahaja daripada buat kerja haram begitu. Fauzi mengeluh. Matanya hanya menghantar van yang disewa daripada kedai sewa kenalannya itu sehingga hilang dari pandangan.

*****

“Bang Fauzi, tolong saya. Abang Lutfi tak balik rumah dah seminggu. Saya tak tahu nak cari kat mana lagi. Risau saya dibuatnya,” Fauzi menggaru belakang kepalanya. Argh! Lutfi sengaja cari masalah!

“Sabar, Zana. Nanti dia baliklah tu. Abang Fauzi pun tak tahu nak cari kat mana. Dia tak ada bagitahu Zana ke nak pergi mana?”

“Tak,” Zana menggeleng laju. Saat itu matanya terpandang seorang kanak-kanak dalam lingkungan lapan tahun sedang bersembunyi di belakang Fauzi.

“Macam nilah. Zana balik dulu. Nanti apa-apa hal, abang Fauzi call. Jangan risau sangat. Ingat anak-anak kat rumah,” Fauzi memandang isteri sahabat baiknya yang kelihatan sugul itu. Pasti sangat risau kerana Lutfi masih belum pulang.

“Terima kasih, abang Fauzi. Saya tunggu panggilan abang Fauzi. Kalau abang Lutfi ada hubungi abang Fauzi, tolong bagitahu dia yang Zana dan anak-anak tunggu kat rumah,” Zana berpesan kepada Fauzi.

“Baiklah. Pergilah balik…”

Zana yang datang seorang diri itu terus masuk ke perut teksi yang membawanya ke rumah banglo milik keluarga Fauzi tadi. Hatinya rasa sedikit lapang setelah berjumpa dengan Fauzi. Harap-harap sahabat suaminya itu akan membantunya.

Fauzi memandang anak perempuannya yang sedang memeluk kakinya. Dia tersenyum sendiri. Tangannya mengusap lembut kepala kanak-kanak itu.

“Jom masuk, sayang,” Budak kecil itu mengangguk. Ditangannya sedang memegang teddybear sebesar badannya. Mereka beriringan masuk ke banglo tiga tingkat yang tersergam indah di belakang.

*****

Sekejap bangun, sekejap duduk. Fauzi kelihatan gelisah di tepi kolam renang. Telefon bimbit di tangan di tenung. Orang yang dihubungi tidak mengangkat panggilannya itu. Semakin risau di dibuatnya.

“Papa,” Fauzi menoleh ke pintu. Anak perempuannya sedang berdiri di tepi pintu.

“Mutia buat apa tak tidur lagi ni, sayang?”

“Mutia tak boleh tidurlah, papa,” adu anak kecil itu. Fauzi mendukung tubuh kecil anaknya.  Punggung dilabuhkan di kerusi kayu berdekatan pintu.

“Papa dodoikan Mutia ya,” Mutia mengangguk kecil.

Sejak ibunya meninggal dunia dua tahun lepas, Fauzilah menjadi Mutia untuk berkasih sayang. Dia sangat sayangkan papanya itu. Pernah juga neneknya memujuk papanya berkahwin lain. Namun, Mutia pasti akan mogok makan setiap kali neneknya membawa wanita yang akan menggantikan ibunya.

“Ji, buat apa kat luar ni? Dah nak dekat dua belas malam. Bawak Mutia masuk,” Terjengul wajah tua ibu kepada Fauzi, Datin Hasmah.

“Iyalah,” Fauzi bangkit dan mendukung anak tunggalnya naik ke tingkat atas. Datin Hasmah hanya menggeleng melihat anak dan cucunya. Apalah nasib mereka. Terkeluar keluhan kecil Datin Hasmah.

*****

Lutfi menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan setelah pasti tiada orang yang melihatnya, dia berjengket keluar dari sarang persembunyiannya. Jika ada yang nampak, pasti habis hidupnya dikerjakan. Tangannya laju mendail nombor telefon Fauzi. Lama menunggu, barulah panggilannya diangkat.

Hello, Fauzi. Aku ni, Lutfi,” Lutfi berkata perlahan.

Hah, muncul pun kau. Mana kau pergi? Zana dah risaukan kau,” balas Fauzi. Dia keluar dari bilik Mutia perlahan. Takut terjaga pula kanak-kanak yang baru tidur itu.

“Aku masih di pengkalan. Bos minta kami bersembunyi dulu. Ada rondaan pulak dua tiga hari ni,” beritahu Lutfi bagi membuang kerisauan Fauzi.

“Lama lagi ke kau kat sana?” tanya Fauzi.

“Aku pun tak tahu. Tapi, lepas semua selesai… aku baliklah. Aku pun dah rindu anak-anak dan isteri aku kat rumah,” Lutfi melilaukan matanya ke sekeliling. Takut polis yang buat rondaan lalu di kawasan terpencil itu.

“Kalau aku, okey saja. Tapi, anak bini kau yang risaukan kau tu macam mana? Petang tadi, Zana datang rumah aku tanya pasal kau,” Lutfi mengeluh kecil. Dia sendiri yang cari masalah.

Pada mulanya, hanya orang-orang bawahannya sahaja yang perlu menghantar barang-barang yang diseludup. Tapi, entah macam mana pun dia tak tahu. Bobby memaksa dia untuk mengikut bagi menghantar barang-barang itu. Takut mereka bawa lari semua barang itu pula.

Hmmm, kau bagitahu Zana… dua tiga hari lagi aku balik. Cakap kat dia, aku kerja luar ke kena stay sebab ada masalah ke. Kau pandai-pandailah,” Fauzi mengurut dahinya. Bab menipu ini yang dia tak suka.

“Tengoklah macam mana. Apa-apa hal, kau call saja aku,” pesan Fauzi. Dia memang terlalu risaukan keselamatan sahabatnya itu.

“Okeylah. Aku kena pergi. Kau tolong jaga keluarga aku ya,” Lutfi menitipkan pesan kepada Fauzi.

Sebelum sempat Fauzi membalas, talian sudah diputuskan oleh Lutfi. Fauzi hanya mampu mengeluh. Apa yang harus diberitakan kepada Zana nanti? Lutfi… Lutfi. Suka bikin masalah.

*****

Fariz menoleh ke sebelah kanannya. Tan Sri Lutfi masih mengelamun. Sampaikan, mereka sudah tiba di tanah perkuburan pun lelaki separuh umur itu tidak perasan.

“Pa… papa,” Fariz menggoncang bahu papanya. Masih tiada respons. Digawangkan pula tangan. Tiada juga respons. Kes berat dah ni.

“Papa!” jerit Fariz di telinga Tan Sri Lutfi.

Tan Sri Lutfi seperti baru tersedar. Kelam kabut dia membetulkan duduk. Dipandangnya wajah sang anak.

“Kenapa?”

“Dah sampai. Papa tak nak turun ke? Tadi nak sangat datang sini,” kata Fariz sambil mengerutkan dahi.

Mata Tan Sri Lutfi meliar ke luar tingkap. Asyik sangat mengimbau kisah lama sehinggakan tidak perasan dia sekarang sudah tiba di tanah perkuburan Islam.

“Jom, masuk. Ikut papa ziarah kubur kawan baik papa tu,” ajak Tan Sri Lutfi. Pemandu yang sedia berdiri di sisi pintu pantas membuka pintu untuk Tan Sri Lutfi.

Fariz turut keluar dari kereta Mercedes Benz milik papanya. Kemudian, mengikut langkah Tan Sri Lutfi masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan. Cermin mata hitam yang tersangkut di T-shirt Polo diambil dan disangkutkan di batang hidungnya.

Tan Sri Lutfi berhenti di kubur yang tertulis nama ‘Mohd Fauzi Bin Hassan’ pada batu nisannya. Dia mencangkung di situ. Pusara itu sangat bersih. Langsung tiada rumput-rumput yang menjalar. Cuma, bunga-bunga kemboja sahaja yang kelihatan.

“Fauzi, aku datang. Dah lama aku tak ziarah kau. Pusara kau bersih sangat, Ji. Aku datang sebab aku rindukan kau. Aku bawak anak aku, Fariz. Kau ingat tak lagi? Dulu, kau suka main dengan dia... kat rumah aku,” Tan Sri Lutfi berhenti berbicara. Dia mengelap air mata yang jatuh ke pipi tuanya.

“Maafkan aku, Ji. Aku gagal jejak anak perempuan kau. Lepas kau meninggal, atuk dengan nenek dia bawa dia ke luar negara. Lepas tu, aku dah tak dapat cari dia lagi dah. Aku dapat berita Datuk Hassan dan Datin Hasmah meninggal kat Dubai dan pusara mereka juga di sana,” sambungnya lagi.

Fariz diam. Dia hanya mendengar luahan papanya sahaja. Sedikit sebanyak, hatinya tersentuh. Begitu rapatkah hubungan Tan Sri Lutfi dan sahabatnya?


To be continued…

2 comments:

  1. nak lagi Sis.... Wauuu Hero Polis leee ♥
    Heeehehehehehehe... Best2

    ReplyDelete