Wednesday 26 March 2014

Cerpen : Ternyata Kamu

Assalamualaikum... Hye!

Awal-awal CIA nak say sorry. hehe. cerpen ni memang cliche'. dah lama siap tapi baru terasa nak post. sorry kalau tak best ke apa ke. sorry sangat-sangat. cerita biasa ja. harap semua sukalah eh. kalau ada tersilap kat mana-mana, sorrylah. CIA tak edit and tak baca balik pun. takut CIA malu balik. hehehe. poyo sangat. SELAMAT MEMBACA!


“Ramai orang kat masjid tadi, bang?” Puan Sri Zainah bersoal kepada suaminya, Tan Sri Amin yang baru sahaja pulang dari masjid berdekatan dengan banglo tiga tingkat mereka.

“Ramailah jugak. Macam biasalah,” Tan Sri Amin melabuhkan punggung di sofa ruang tamu, bersebelahan dengan isterinya.

Malam itu, keluarga Tan Sri Amin berkumpul di ruang tamu. Giliran ahli keluarga paling dekat pula meraikan menantu baru mereka. Putera bongsu Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya yang telah bermula sejak dua hari lepas. Kini, barulah banglo itu lengang dengan sanak saudara yang lain. Kalau tak, memang hingar bingarlah. Sekarang ini pun sudah hingar dengan suara cucu-cucu mereka.

“Amboi, Ra. Teruk sangat manja kau ni,” kata Azim kepada adik perempuannya, Zeera yang sedang elok bersandar di bahu suaminya.

“Biarlah kat orang. Abang Jim tak payah nak jealous bagai. Sekali kak Diana datang, kerja nak menempel aje,” balas Zeera sambil merapatkan lagi tubuhnya ke tubuh suaminya, Azhar.

Azim mencebik.

“Sayang buat apa ni?”

“Mana ada buat apa pun. Tolong bawa kuih-muih ni aje,” Diana meletakkan dua pinggan beraneka jenis kuih-muih melayu di atas yang terletak di tengah-tengah susunan sofa.

Azim memang pantang jika isterinya melakukan kerja-kerja berat ketika sedang hamil. Bukannya Diana sedang mengandung anak sulung. Dah anak ketiga pun. Tapi, risau dia mengalahkan mengandung sulung. Nasib baiklah si Azim tu masih benarkan dia bekerja.

Muncul Irin menatang dulang berisi minuman dan diletakkan di atas meja kopi itu. Haa, inilah menantu bongsu Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah. Irin Amani namanya. Gadis itu masih segan silu berada di kelompok keluarga suaminya. Dia manalah biasa bertandang ke rumah orang lain lama-lama. Kekok. Tapi, sekarang ini dah lain. Dia berada di rumah ibu bapa suaminya sendiri.

Irin menuangkan minuman ke dalam cawan ketika Raqib masuk ke dalam rumah. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Azhar.

“Bersembang apa lama sangat dengan tok imam? Papa sampai dulu pulak,” tegur Puan Sri Zainah.

“Mana ada bersembang dengan imam, mama. Qib pergi kunci kereta tadi. Lupa nak kunci masa balik tadi,” jawab Raqib sambil menayangkan kunci kereta BMW 520inya.

Irin bersimpuh di sebelah Diana di atas carpet tebal. Malas pula nak bangun, duduk di sofa.

“Irin, okey tak tinggal sini?”

“Okey. Kenapa, pa?”

“Papa tengok diam aje dari tadi. Macam tak suka pun ada,” Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah berpandangan. Itulah yang berada di benak mereka tatkala melihat menantu mereka yang satu itu hanya diam sejak tiba di sini petang tadi.

“Eh, Irin okey. Cuma, tak biasa lagi aje,” Irin memberi jawapan yang sopan. Tidak mahu mertuanya salah sangka.

Dia sebenarnya canggung. Gila tak kekok. Sudahlah kahwin pun bukan atas kerelaan hati. Saat-saat akhir kakak sepupunya tidak hadir ke majlis pernikahan. Apalagi, kecohlah. Sudahnya, Datin Husna, uminya meminta dia menggantikan tempat kakak sepupunya itu. Gila tak gila, Dengan slumber blank dia tu… terus mengangguk setuju. Meloncatlah keluarga pengantin lelaki. Tak payah fikir maruah yang hampir tercalar. Senang-senang sahaja si Irin itu bersetuju.

“Nanti dah lama-lama biasalah tu. Kak Diana dengan abang Azhar dulu pun macam Irinlah. Tapi, sekarang ni… kamcing aje,” sampuk Puan Sri Zainah.

Irin senyum nipis. Arh, kalaulah semua tahu apa yang tersirat di dalam hatinya kini. Si suami pula selamba sahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bersandar santai dengan baju melayu-kain pelikat sambil mata ralit menonton cerita apa entah kat TV tu. Irin, bab-bab lelaki… dia memang tak terror. Boleh dikatakan zerolah pasal lelaki ni. Ramai juga kawan-kawan lelaki di kampus cuba cucuk jarum. Tapi, semuanya tak dilayan. Bukanlah dia tiada perasaan, tetapi lebih kepada malas nak ambil tahu.

*****

Irin resah di katil. Sesekali dia menoleh ke pintu bilik. Takut Raqib masuk! Dua hari mereka bernikah, dua hari jugalah mereka tidak bermalam bersama. Inilah malam pertama dia akan bermalam dengan lelaki yang sudah sah sebagai suaminya. Agak-agak kalau Irin buat muka blank dia tu… okey tak? Kalau boleh, tak nak langsunglah fikir pasal hubungan suami isteri itu. Erk! Dia memang tengah berfikir pun.

“Assalamualaikum,” Irin menelan air liur kasar. Ninoninonino! Dah macam siren ambulans dah hah.

“Waalaikumsalam,” jawab sajalah, orang dah bagi salam. Dapat juga pahalanya.

“Abang ingatkan Irin dah tidur,” Raqib bergerak ke almari. Dia menukar pakaian yang lebih santai. Hanya seluar pendek! Itulah gaya santai dia untuk tidur. Irin punya reaction, tak payah cakaplah. Bibir dia terkunci terus.

“Err… awak nak tidur macam ni ke?” Raqib memandang dirinya. Apa yang pelik?

“Yupp. As usual,” Pantas dia memanjat katil. Tubuh dia dah selamat pun mencium tilam. Irin yang masih berpakaian litup sudah tak tentu arah. Pakaian litup? Yes, jubah hitam jenis chiffon dengan tudung Syrianya.

“Emmm, awak nak… nak…”

“Nak apa?” tanya Raqib lembut. Mata ditala ke syiling. Sesekali matanya melirik Irin yang kaku di birai katil.

“Nothing. Just…” Urgh! Sekali lagi dia gagap. Sejak bila Irin gagap ni, diri sendiri pun dah tak perasan. Cuak malam pengantin kot. Ehek!

“Just sleep. I’m not going to do anything to you. So, have fun for tonight. Malam-malam  seterusnya, abang tak janji,” Irin bagaikan ingin senyum lebar. Janji malam ini, dia sudah terlepas!

“Thank you. Awak tidurlah dulu,” Irin pantas mengambil pakaian bersih dan melangkah ke bilik air.

Raqib memandang pintu bilik air yang sudah tertutup. Dia kesiankan Irin yang terpaksa mengganti pengantin perempuannya tempoh hari. Hampir gila dia ketika itu. Tinggal lagi dua jam sahaja lagi, majlis akad nikah akan dimulakan… pengantin perempuan dah lari. Salah dia juga sebab tak pernah ambil tentang hal perkahwinannya itu.

Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah yang beria-ria nak dia berkahwin dengan si bekas tunang kerana gadis itu disangkakan mempunyai peribadi yang baik. Inilah akibatnya jika biarkan orang tuanya sahaja yang berkenalan dengan gadis itu. Akhirnya, mereka pula yang tertipu. Barangkali, gadis itu sudah berpunya.

*****

Dengkuran halus Raqib membuatkan Irin tersenyum nipis. Hatinya tercuit. Sebelum ini, hanya bunyi cicak yang suka menyibuk pagi-pagi buta di dinding yang menemaninya. Kini, dengkuran itu yang menemani halwa telinganya. Mungkin ini sifat semula jadi seorang isteri, dengkuran suami pun dah rasa bahagia.

Irin tergeleng. Niatnya ingin mengejutkan suaminya. Sudah pukul enam suku pagi. Raqib sempat berpesan sebelum tidur agar mengejutkan lelaki itu. Dia nak mereka solat subuh berjemaah. Memang sudah menjadi rutin Irin akan terjaga tepat pukul lima empat puluh lima pagi. Jika uzur sahaja, dia bangun lambat sikit.

“Awak, Raqib… bangun,” Jemari runcing Irin menggoncang lembut bahu Raqib yang sedang nyenyak tidur mengiring itu.

Tiada respons!

“Ahmad Raqib! Tak nak bangun subuh ke?” Raqib bergerak sedikit.

“Pukul berapa dah?” tanya Raqib dengan suara serak baru bangun tidurnya. Irin senyum. Seksinya suara. Nak lagi!

“Enam suku. Bangunlah. Kata nak solat jemaah,” Irin turun dari katil dan duduk di kerusi meja solek. Dicapainya sikat di atas meja solek. Disikatnya rambut hitam yang sudah hampir kering itu.

“Good morning,” ucap Raqib sambil meregangkan sedikit ototnya. Irin memandang Raqib dari cermin meja solek.

“Morning,” jawab Irin bersahaja. Mimpi apa entah inche suami dia ni. Awal-awal pagi dah senyum sampai ke telinga. Erk! Dia pun senyum tadi. Tapi tak adalah selebar Raqib.

Raqib meloncat turun dari katil. Dia menarik tuala di penyidai. Sebelum berlalu ke bilik air, kakinya melangkah menghampiri isterinya.

“Jangan lupa ambil wudhuk lain. Tadi, Irin pegang bahu abang,” Irin hanya mengangguk. “ And, terima kasih lagi… sebab tak menolak,” Raqib senyum lebar. Dia terus berlalu ke bilik air.

Irin melihat mukanya di cermin.

“Tak pakai blusher pun,” kata Irin perlahan. Tahu sangat yang pipinya sudah merah menahan malu. Acap kali Raqib menuturkan ucapan terima kasihnya kerana Irin sanggup melayan kehendaknya.

Pada mulanya, Raqib memang tak berniat langsung nak menyentuh Irin. Tetapi, haruman badan Irin yang ketika itu baru sahaja lepas mandi… telah menggodanya. Nasib baiklah Irin langsung tidak menolak permintaannya. Irin sendiri tidak menyangka hubungan mereka akan sampai ke tahap ini. Dia bukannya kenal dengan Raqib pun.

*****

Irin tampil dengan baju kurung kedah yang direka moden. Dia tampak cantik sekali dalam persalinan itu. Selepas solat subuh tadi, Raqib meminta agar Irin bersiap kerana dia akan membawa isterinya melihat rumah baru mereka. Selain itu, boleh juga dia mengenali Irin dengan lebih dalam lagi.

“Besarnya,” Raqib senyum. Dia bersandar di keretanya sambil kedua tangan dimasukkan ke poket jeans hitamnya. Irin merenung banglo dua tingkat yang masih dalam proses renovation.

“Tak adalah besar sangat. Dah hampir siap. Maybe, dua bulan lagi… kita pindah masuk sini,” balas Raqib. Irin angkat kening. Raqib tak nampak reaksi wajah Irin kerana wanita itu berdiri membelakanginya.

“Kita berdua aje?”

“Iyalah. Irin nak bawak siapa lagi?” Irin sengih.

“Tak ada nak bawak sesiapa. Just asking. Rumah awak ni besar kot. Takkan tinggal berdua aje,” Raqib tergelak.

“Pembetulan, Puan Irin Amani. Ini rumah kita. Bukan rumah abang seorang,” Irin menoleh ke belakang. Mata mereka bertembung. Namun, hanya seketika. Irin melarikan pandangannya. Dia mana berani nak melawan pandangan suaminya. Takut jantung dia meletup pula nanti. Sebabnya, cair dengan wajah kacak Raqib yang bersih itu.

“Iya, rumah  kita…”

“Jomlah. Abang nak singgah park kejap. Lambat nanti, panas pulak,” Mereka kembali masuk ke dalam perut kereta. Raqib memandu ke Putrajaya . Sengaja ingin mengambil angin. Selebihnya, dia ingin mengetahui isi hati isterinya terhadap perkahwinan mereka.

*****

Raqib dan Irin beriringan berjalan di sekitar taman. Mereka menghentikan langkah. Masing-masing terdiam sambil menghayati pemandangan tasik yang terbentang di hadapan mata mereka. Sesekali Irin menoleh ke sebelah kirinya. Raqib segak dengan T-shirt berkolar rona biru berbelang hitam  dan seluar jeans hitam. Kaca mata jenama Rayban terletak di batang hidung suaminya. Sejak kali pertama dia terpandang wajah bersih seperti penuh dengan nur itu, hatinya mula terpaut.

“Kenapa Irin setuju nak gantikan Nurin?” soal Raqib tanpa memandang isterinya.

“Boleh Irin berterus terang?” soal Irin kembali.

“Silakan…”

“Jangan gelak eh. Terasa pun tak boleh,” pesan Irin. Dia menghela nafas perlahan. “First time Irin pandang awak kat homestay, Irin terpuji awak. Lepas tu, umi minta Irin ganti tempat kak Nurin. Irin terangguk. Irin tak sengaja tau. Umi terus aje bagitahu keluarga awak. Itulah kisah sebenarnya,” Raqib mengerutkan dahinya.

“Jadi, Irin terima abang sebab Irin tak sengaja angguk setuju?”

“Irin blanklah masa tu. Jujur Irin cakap, Irin terima awak sebab awak handsome aje,” Irin menutup mulutnya. Bukan itu yang dia nak cakap. Argh!

Raqib mengerling Irin. Isterinya buat muka innocent. Masih keras lidah itu untuk  memanggilnya, abang.

“Sebab abang handsome? Masalahnya, abang handsome ke?” Raqib sekadar mengusik.

“Iyalah kot. Dah itu kata Irin tadi,” Irin senyum nipis. Dia dah termalu sendiri kerana memuji suaminya secara terang terangan tadi. Boleh pula bibirnya berkata jujur.

“Dahlah. Jom kita balik. Petang nanti Najah nak datang rumah,” Raqib memulakan langkah. Irin termangu. Najah? Siapa pula tu?

Malas nak fikir panjang, dia hanya mengekori langkah suaminya. Tiba-tiba…

“Awak!”

Raqib sudah terbaring di kawasan berumput. Irin pantas mendapatkan suaminya. Dia menampar perlahan pipi Raqib. Irin mula risau. Tadi Raqib elok sahaja.

“Awak… Raqib. Janganlah main-main. Bangunlah,” Air mata sudah membasahi pipi Irin. Dia memangku kepala Raqib.

“Puan, kenapa ni?”

“Encik, tolong saya. Suami saya tiba-tiba pengsan. Tolong saya,” mohon Irin. Hatinya sudah tidak keruan. Dia mengharapkan Raqib hanya mengenakannya saja. Tetapi, saat memangku kepala suaminya… terasa macam ada beban. Memang sah! Raqib pengsan!

*****

“Irin pergi makan dulu. Isi perut tu,” Irin menggeleng. Selagi Raqib tidak sedar, dia akan terus berada di sini. Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah saling berpandangan.

“Insya Allah, nanti Raqib dah sedar… papa bagitahu,” pujuk Tan Sri Amin pula. Irin tetap juga berkeras di situ. Di sisi suaminya.

“Irin okey, papa, mama. Perut Irin tak lapar lagi…”

“Kalau dah itu kata Irin, tak apalah. Papa dengan mama nak balik dulu. Dah nak maghrib ni. Esok kami datang lagi. Nanti mama bawa pakaian bersih untuk Irin,” Puan Sri Zainah mengusap lembut bahu menantu bongsunya.

Selepas Irin menghubunginya tengah hari tadi untuk memaklumkan tentang Raqib, dia dan suaminya bergegas ke hospital. Bukan main risau lagi. Sempat juga mindanya berfikir yang bukan-bukan. Hatinya lega sedikit apabila doktor memberitahu, Raqib hanya penat dan stres sahaja. Mungkin kerana hal perkahwinannya yang hampir musnah itu.

“Terima kasih, ma. Maaf sebab susahkan mama,” kata Irin lembut.

“Hisy, tak adalah. Irin tu jangan risau sangat. Raqib cuma tertekan aje. Nanti, jangan lupa call kami kalau Raqib dah sedar,” Irin mengangguk. Dia bersalam dengan mertuanya.

Azim, Diana, Azhar dan Zeera sudah pulang ke rumah lepas asar tadi lagi. Memandangkan Raqib masih belum sedar, biarlah mereka pulang dahulu. Esok mereka akan datang melawat lagi. Tambahan pula, saudara jauh mereka akan bertandang ke rumah. Haru pula jika mereka tiba, tiada orang di rumah.

“Kami balik dulu. Jaga diri,” Tan Sri Amin menitipkan pesan sebelum berlalu keluar.

Sebaik ibu dan bapa mertuanya keluar, keluhan berat meniti di bibirnya. Namun, cepat-cepat dia beristighfar. Tidak elok mengeluh. Dia membetulkan selimut di badan Raqib. Dia tengok lelaki itu tenang sahaja. Wajah itu mendamaikan hatinya yang kerisauan. Tidak menyangka wajah tenang itu tersembunyi seribu satu beban. Dia sendiri tak perasan yang suaminya sedang mengalami tekanan.

*****

Raqib membuka matanya perlahan. Terasa pedih sedikit. Orang pertama yang menyapa matanya, Najah! Gadis itu buat apa kat sini? Dia kat mana ni?

“Abang Qib dah sedar? Alhamdulillah,” Najah melahirkan rasa syukur. Raqib membetulkan pembaringannya.

“Abang kat mana ni? Macam mana Najah boleh ada kat sini?” Najah tersenyum manis.

“Papa dengan mama bagitahu, abang pengsan. Lepas maghrib tadi, Najah ajak ibu datang sini,” Lembut sahaja tutur bicara Najah. Sesuai dengan peribadinya yang bertudung labuh.

Irin dan Hajah Nailah masuk beriringan ke dalam wad Raqib. Hajah Nailah mengajak Irin solat isya’ di surau hospital. Irin, pada mulanya berat hati juga ingin meninggalkan Raqib. Tetapi, setelah dipujuk oleh Hajah Nailah dan Najah… dia mengikut juga. Najah uzur, jadi dia tak boleh bersolat.

“Raqib dah sedar?”

Irin menahan rasa. Nampaknya, bukan wajahnya yang Raqib lihat ketika dia sedar. Namun, dilemparkan juga senyuman agar dapat sembunyikan perasaan tidak enak yang mula menular.

“Baru aje sedar, bu,” Najah menjawab bagi pihak Raqib. Dia tahu lelaki itu masih lemah. Raqib menyalami tangan Hajah Nailah.

“Iya? Raqib rasa macam mana? Nak ibu panggilkan doktor?”

“Raqib okey, bu. Ibu janganlah risau,” balas Raqib perlahan. Irin hanya berdiri bagaikan patung berhampiran jendela. Mulutnya yang teringin bersoal tentang keadaan suaminya, terkunci. Soalannya sudah terjawab.

Dia tertanya-tanya, apakah hubungan Raqib dan Najah? Namun, tak termampu dia nak luahkan persoalan itu. Mereka kelihatan mesra. Mungkin inilah Najah yang disebut Raqib sebelum dia jatuh pengsan tadi.

“Ibu ada bawakan bubur untuk Raqib. Raqib makan eh? Dah nak masuk sepuluh jam Raqib tak sedarkan diri. Mesti dah lapar,” Hajah Nailah mengeluarkan bekas bubur yang dimasak sendiri di rumah Tan Sri Amin tadi.

“Biar Najah suapkan,” Hajah Nailah tersenyum. Dia menghulurkan bekas bubur kepada anak perempuannya.

Raqib hanya membiarkan sahaja Najah menyuapnya. Sesungguhnya, perut dia sangat lapar sekarang ni. Irin menggaru keningnya. Mula berfikir, dia buat apa berdiri macam patung kat sini? Seronok ke tengok kemesraan yang tersaji di depan matanya ini?

“Err… Irin keluar sekejap,” kata Irin sebelum menghilang di sebalik pintu. Ketiga-tiga mereka hanya bereaksi biasa. Masih dengan dunia gelak tawa mereka.

*****

Irin melabuhkan punggung di sofa yang disediakan khas untuk pelawat di aras sama dengan bilik Raqib. Hatinya terguris. Siapa mereka? Sekali lagi mindanya kaku tanpa jawapan. Ingin bertanya, dia takut untuk mendengar jawapannya. Mungkinkah Najah adalah isteri pertama Raqib? Tanpa  sedar, keluhan terbit juga di bibir merah itu.

“Irin, buat apa kat sini?”

Irin mendongak. Kak Diana?

“Kak Diana pula buat apa kat sini?” Diana duduk di sebelah birasnya. Kita tanya dia, dia pula yang bertanya kita.

“Akak kan kerja kat sini. Irin pulak. Kenapa tak masuk dalam?” Lupa pula Diana merupakan doktor di hospital ini.

“Malaslah, kak. Ada Hajah Nailah dengan Najah. Kekok pula Irin kat situ,” Irin berkata jujur. Sudah itu yang dirasanya kini.

“Irin janganlah ambil hati. Raqib dah bagitahu Irin pasal Najah?”

“Pasal apa pulak, kak?”

Diana menghela nafas panjang. Dia tak beranilah nak campur tangan dalam hal Raqib dan Najah. Tapi dia terkilan. Kenapa mereka sanggup bersikap mesra di hadapan Irin? Dia ternampak adegan mesra itu ketika ingin memasuki wad Raqib. Sekadar ingin melihat adik iparnya itu. Suaminya berpesan agar memberitahu perkembangan Raqib. Sudah selalu sangat keluarga mereka berpesan pada Raqib agar menjelaskan hubungannya dengan Najah. Takut Irin salah faham.

“Irin tanyalah Raqib sendiri. Akak tak berani nak masuk campur. Nanti, akak pulak yang dipersalahkan,” Bertambah hairanlah Irin dibuatnya.

“Irin memang nak tahu pun, kak. Tapi, nantilah. Ingat Irin tunggul ke nak tengok semua tu,” luah Irin. Dia bukannya jenis suka pendam. Tapi, bila dia pendam… memang akan dipendamnya bersungguh-sungguh. Sehinggakan orang lain tidak dapat menduga tindakannya.

Diana senyum nipis. Dia faham perasaan Irin. Kalau dia ditempat Irin, sudah kena sembur agaknya mereka itu.

“Irin sabar eh. Ini baru dugaan kecil. Akak pergi dulu. Akak nak prepare untuk operation dua jam lagi…”

“Terima kasih, kak,” ucap Irin ikhlas. Tenang sikit hatinya kini.

*****

“Pergi mana?”

Raqib terus bersoal tanpa sempat Irin menutup pintu. Hajah Nailah dan Najah sudah pulang. Raqib bersandar tenang di kepala katil.

“Ambil angin kat luar,” jawab Irin malas. Dia menghampiri Raqib di katil.

“Kenapa tak bagitahu? Handphone pun tak bawa. Puas Najah cari Irin tadi,” Najah lagi! Irin beriak biasa. Dia senyum senget.

“Seronok sangat makan bersuap kot. Irin bagitahu nak keluar pun, dah tak dengar,” perli Irin selamba.

“Irin cemburu?”

“Boleh ke Irin cemburu? Siapalah Irin ni nak cemburu bagai,” Raqib mendengus. Ada sahaja bibir comel itu ingin menyindirnya. Dek lapar sangat, dia tak sedar kelibat Irin dah tak ada dalam bilik itu.

“She’s my wife. No, bakal jadi bekas isteri,” Irin hanya berlagak biasa. Dia dah mengagak semua tu. Mustahil gadis muslimah seperti Najah akan menyentuh lelaki sesuka hati. Melainkan lelaki itu adalah mahramnya.

“Irin, dengar tak?”

“Dengar. Tak pekak lagi,” Raqib pantas menangkap tangan isterinya. Irin terduduk di birai katil. Matanya menekur ke lantai.

“Pandang abang, Irin,” pinta Raqib. Namun, Irin hanya buat biasa. Dia baru sedar, mereka bukannya kenal rapat pun. Dia langsung tidak mengetahui tentang Raqib. Dan, dia pasti lelaki itu juga tidak banyak mengetahui tentang latar belakangnya.

“Irin, please,” Lambat-lambat Irin mengangkat wajahnya. Matanya dipaku pada anak mata suaminya. Terus berdebar jantungnya.

Argh! Wajah bersinar itu sentiasa membuatkan hatinya lembut. Perasaan marah boleh hilang. Nak merajuk, langsung tak jadi merajuk. Wajah putih bersih itu mampu memberikan ketenangan untuknya. Dia kalah lagi bermain dengan perasaan.

“Abang bergurau aje. Najah tu adik susuan abang. Hajah Nailah pernah susukan abang masa mama pergi kerja dulu. Sejak tu, abang rapat dengan keluarga Najah. Irin janganlah salah sangka,” Irin terdiam. Berdosanya kerana sudah tersalah faham.

Baru kahwin empat hari, dah dilanda ombak Tsunami. Haish!

“Manalah Irin tahu. Awak bukannya nak bagitahu pun,” balas Irin acuh tak acuh. Raqib mengusap kepala Irin yang berlapik tudung itu.

“Sorrylah. Mesti Irin dah fikir bukan-bukan. Itu yang cemburu, kan?” Raqib masih belum puas hati jika Irin masih berkeras.

Dia sudah menelefon Puan Sri Zainah  tadi. Mamanya menceritakan bagaimana dia boleh terlantar di sini. Yang paling dia terkejut apabila mamanya memberitahu Irin sanggup tak makan sebab nak jaga dia sampai sedar. Alih-alih bukan Irin yang dia nampak sebaik sedar. Puan Sri Zainah juga berkata, pasti Irin kecewa. Hampir seharian dia berteleku di sisi suaminya.

“Mana ada Irin cemburu. Pandai-pandai aje awak ni,” bantah Irin. Suaranya sudah mengendur. Sejuk sikit hatinya melihat Raqib sudah kembali seperti biasa.

“Betullah. Kalau tak, takkanlah muka Irin ni mencuka macam asam jawa,” Erk, asam jawa dia kata aku, getus Irin.

“Lepaslah. Irin rimas,” Irin merujuk kepada tangannya yang digenggam Raqib erat. Langsung tiada tanda-tanda akan dilepaskan.

“Abang yang pegang. Bukannya lelaki lain. Kenapa nak rimas? Sudahlah bibir ni susah sangat nak panggil abang, abang,” Tangan Raqib menjalar pula di bibir Irin. Irin mendengus.

Raqib merenung wajah Irin. Sungguh bersih wajah itu tanpa jerawat. Muka hanya dihiasi solekan semula jadi. Masudnya, tiada mekaplah. Bedak pun tak ada. Raut putih melepak itu berjaya mengetuk pintu hati Raqib. Entah sejak bila, dia tak perasan. Yang pasti, dia akan sentiasa berdebar jika berada bersama Irin. Berdua begini, lagilah laju jantungnya mengepam. Agaknya, boleh pekak telinga doktor yang memeriksa dadanya dengan stethoscope. Over!

“I’ve fallen in love with you, Irin. Can you give me a chance?”

Irin terkedu. Raqib jatuh cinta dengannya? Mustahil! Dia inginkan kepastian, tetapi berat mulutnya ingin bertanya. Mungkin, dia masih kecewa tentang hal tadi.

“Apa jaminannya?” Irin tidak berani memandang wajah suami yang sudah mendapat tempat di hatinya itu.

“Abang tak boleh bagi jaminan. Tapi, abang akan cuba sayangkan Irin selayaknya. Abang nak Irin jadi teman abang seumur hidup abang. Even, abang tahu… ajal maut boleh datang bila-bila masa,” Irin terkaku. Dia tidak suka bicara begitu.

Raqib kaget apabila pipi Irin sudah dibasahi dengan air mata. Dia ada tersilap cakapkah? Harulah macam ni. Kes merajuk tadi pun tak settle. Kini, dia tahu. Bukan senang ingin memujuk isterinya. Pengalaman pertama yang dia belajar tentang Irin.

“Sayang, what’s wrong?” Bertambah lebat pula air mata Irin jatuh. Tersedu sedan wanita itu menahan tangis yang semakin menggila. Raqib semakin pening dengan kerenah Irin.

Akhirnya, Raqib membawa Irin ke dalam pelukannya. Habis basah baju hospital yang dipakainya di bahagian dadanya. Kuat menangis juga Irin ni. Macam manalah dia nak tinggalkan Irin nanti. Mahunya meraung isterinya itu. Satu keluhan keluar dari bibir Raqib. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Sehinggalah kedua-duanya terlelap di situ.

*****

“Kat dalam wad pun boleh romantic. Tak sedar pulak tu,” Diana sengih mendengar bebelan Azim.

“Abang ni, biarlah. Raqib sibuk pujuk Irin kot. Irin merajuk gila semalam sebab Raqib tak layan dia. Bukan main mesra lagi dengan Najah. Apa lagi, salah fahamlah seorang ni,” Azim terangguk faham.

Dia singgah di wad adik bongsunya. Alang-alang, dia ingin mengambil Diana yang terpaksa on call semalam. Alih-alih, adegan berpelukan suami isteri yang ditunjukkan. Irin bergerak kecil. Matanya membulat melihat abang ipar dan kakak iparnya sedang berdiri di hujung katil Raqib. Raqib?

“Maaf, Irin tak perasan,” ucap Irin sambil membetulkan duduknya. Tangan Raqib yang erat dipinggangnya membuatkan dia tidak boleh bergerak.

“It’s okay. Cik abang Irin tu dah sihatlah tu. Bukan main sakan lagi dia berdengkur,” kata Azim. Irin senyum nipis. Malunya! Tertangkap sedang tidur berpelukan dengan suami terchenta. Nak saja dia tendang Raqib jatuh katil. Jahatnya Irin!

Tadi lepas subuh, Raqib meminta agar menemaninya tidur kembali. Tak sangka sekali dia tertidur.

“Biarlah dia tidur. Dua tiga hari ni, dia penat sangat. Nak tidur pun tak senang,” Azim berkata lagi.

“Jomlah, bang. Kita balik dulu. Doktor Syukur bagitahu tadi, tengah hari ni Raqib dah boleh balik. Irin tunggu papa dengan mama ya. Kejap lagi, dia orang sampai,” Irin mengangguk. Dia pun dah rimas kerana tak sempat nak bersihkan diri. Baju kurung kedah moden semalam pun masih tersarung di tubuhnya.

“Terima kasih, abang Jim, kak Diana,” Keduanya hanya mengangguk sebelum beredar dari bilik wad Raqib.

Irin merenung Raqib. Setenang bayi suaminya tidur. Seraut wajah itu sedang senyum. Senyum?

“Awak, Irin tahu awak dah bangun. Matahari dah meninggi pun nak tidur lagi ke?”

“Abang kan pesakit. Suka hatilah nak tidur ke nak bangun,” Irin mencebik. Mentang-mentanglah, dia dah maafkan Raqib. Boleh pula buat perangai balik.

“Exactly, awak pesakit. But, I’m not. So, please. Lepaskan Irin…” Raqib terbangun duduk. Hampir-hampir sahaja Irin terjatuh, namun tangan Raqib pantas menarik tubuh isterinya. Sudahlah katil ni kecil. Katil bujang saja pun.

“Lepaskan awak? No!” Suara Raqib sudah naik seoktaf. Irin tergelak. “Sampai bila-bila pun saya takkan lepas awak. Faham?!”

“Derrr, Irin tahulah. Irin pun tak nak jadi jandalah. Irin suruh awak lepaskan tangan awak tu kat pinggang Irin. Irin nak pergi toilet. Sensitif betullah awak ni,” Dicuitnya hidung mancung Raqib lembut.

“Kenapa tak cakap awal-awal?” Suara yang tadinya tegang mulai kendur. Termalu sendiri.

“Baru Irin nak cakap, Irin punya pinggang… awak dah melenting. Nak sangat ke lepaskan Irin?” Sengaja cari pasal betul.

“No. Not even once. Mulai hari ni, abang nak Irin bagi abang morning kiss setiap pagi. Tapi, nak kiss selalu pun boleh,” Irin mengetap bibirnya. Tak tahu pula Raqib ni ada symptom lelaki miang.

“Apa kaitan lepaskan Irin dengan morning kiss pulak?”

“Tak berkaitan. Tapi… bila Irin kiss abang aje, abang takkan lepaskan Irin sampai bila-bila,” Raqib memeluk tubuh Irin. Dia berharap agar jodoh mereka panjang. Dia ingin mencipta seribu satu memori bersama isteri yang mulai disayanginya sepenuh hati.

Irin senyum manis.

“Insya Allah. Janji abang takkan lepaskan Irin?” Semakin melebar senyuman Raqib mendengar suara lembut itu memanggilnya, abang. Boleh bina taman dah di dalam hatinya kini. Banyak sangat bunga. Semua bunga kepunyaan Irin Amani.

“Insya Allah,” Dikucupnya dahi Irin lama.

*****

Irin termenung di kerusi santai yang sengaja diletakkan di bawah pokok rendang, tidak jauh dari kawasan pantai. Diseka air mata yang mula menggila. Diusap perutnya yang semakin memboyot. Lima bulan sudah usia kandungannya. Perkahwinannya pula sudah menginjak ke setahun. Lima bulan berkahwin, barulah dia dan Raqib mendapat rezeki untuk mempunyai anak.

Tetapi, sejak Irin mengandung… dia hanya keseorangan menanti kelahiran hasil cinta mereka. Tanpa kehadiran seorang bergelar suami. Maksudnya tanpa Raqib! Sebalnya hati memikirkan. Dia teringin benar menatap wajah Raqib. Sejak mengandung, hanya wajah Raqib yang diidamkannya. Soal loya, muntah ditolak ke tepi. Apa yang penting, dia nak Raqib berada di sisinya.

Siang malam, air mata yang menemani. Ahli keluarganya dan Raqib sudah acap kali berpesan agar jangan terlalu mengenangkan Raqib. Takut nanti cengeng pula anak yang dilahirkan.

“Irin Amani,” panggil satu suara. Irin berpaling. Disapu air matanya kasar. Dia berjalan laju meninggalkan si pemanggil itu.

“Irin! Wait!”

Irin mematikan langkahnya mengejut. Hampir sahaja badannya dirempuh.

“Kenapa datang sini? Pergilah balik. Irin tak nak jumpa sesiapa. Even, you!” Lantang suara Irin memberikan amaran.

“Hey, what’s wrong? I’m just miss you. And… our baby,” Apalagi, semakin teresak Irin dibuatnya. Raqib mencempung Irin. Dibawanya ke chalet mereka yang berdekatan.

Raqib membaringkan tubuh Irin yang semakin bulat itu di atas katil. Irin menutup mukanya dengan bantal. Dia tak nak melihat Raqib.

“Sayang, tak suka ke abang datang? Janganlah menangis banyak sangat. Cengeng anak kita nanti,” pujuk Raqib. Dia berbaring mengiring sambil menongkat sikunya. Tangan kanannya memeluk pinggang Irin. Sesekali diusap perut Irin.

“Tak suka!” Irin menjerit di sebalik bantal. Raqib mengeluh.

Inilah yang dia takutkan. Meninggalkan isteri dan anak memang satu keputusan yang salah. Dia ingat Irin boleh hidup tanpanya. Tapi, urusan kerja itu sudah diatur sebelum mereka berkahwin. Dia perlu bertugas di sebuah syarikat di London selama setahun. Kerjanya sebagai senior arkitek di syarikat Tan Sri Amin memang sentiasa akan bekerja di luar. Dia perlu melatih arkitek-arkitek baru dan sekaligus meneroka pasaran baru.

“Irin, please. I miss you so much. Ingat abang suka ke tinggalkan Irin sorang-sorang dengan anak kita? Abang dah siapkan kerja yang sepatutnya ambil masa setahun ke lima bulan. Irin janganlah merajuk lagi. Please,” Irin bingkas duduk.

Dicabutnya tudung Syria di kepala. Hidungnya mula tersumbat dek terlalu banyak menangis. Siapa tak sedih jika ditinggalkan suami selama lima bulan tanpa dihubungi? Ternyata hanya Raqib yang mampu mengubati sedihnya. Rindunya sudah tak tertahan. Itulah sebabnya dia membuat keputusan untuk bercuti jauh di Langkawi. Dia mahu keluar dari udara yang membawa nafas Raqib.

“Sayang, maafkan abang eh,” Irin mendengus. Dia langsung tidak memandang suaminya. Hatinya memang teringin memeluk erat tubuh tegap itu. Tapi, mindanya melarang.

Dengan selambanya, Raqib menjatuhkan kepalanya di riba Irin. Ditalakan wajah ke perut Irin yang sudah membulat itu. Diusapnya perut itu lembut bagaikan mengusap kepala anaknya.

“Anak baba kat dalam perut ibu jangan nakal-nakal tau. Kesian kat ibu. Baba janji baba tak tinggalkan ibu dengan baby lagi. Kali ni, baba betul-betul janji…”

Akhirnya Irin memandang Raqib diribanya. Dia benar-benar rindukan suaminya itu. Matanya yang sudah merah itu terbuntang. Raqib menangis! Irin tersentap. Kenapa suaminya menangis? Takkan sebab dia kot.

“Abang,” panggil Irin lembut. Melayang segala rajuknya. Kini, tangisan suami yang menjadi tanda tanya.

Raqib tidak terus jawab. Dia belum puas menatap dan berbual dengan buah hatinya di dalam perut Irin. Betapa gembiranya tiga bulan lepas tatkala Tan Sri Amin memaklumkan dia bakal menjadi bapa. Disebabkan takut dia lemah, dia langsung tidak menghubungi isterinya. Hanya pada Allah diluahkan rasa rindunya pada isteri dan anaknya yang bakal lahir.

Irin membiarkan suaminya bercakap dengan anak mereka. Dia mengusap lembut ubun-ubun Raqib. Senyuman mula meniti di bibirnya. Kali ni, dia nekad. Dia tak akan menitiskan air mata lagi. Seraut wajah suami yang dirindunya membawa sejuta rahmat. Raut tenang tetapi tersembunyi pelbagai rasa.

“Irin rindukan abang. Abang tinggalkan Irin macam tu aje. Tak ada sepatah kata. Tapi, terima kasih sebab abang balik sini sebagaimana abang pergi lima bulan lepas. Irin minta maaf sebab dah tuduh abang macam-macam,” Raqib hanya diam. Tangannya masih mengusap perut Irin. Hanya esakan tangis yang didengari.

Bibir Raqib bagai terkunci. Perasaannya tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Dadanya terasa senak. Raqib bingkas bangun. Dia bersandar di kepala katil. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Tisu di atas meja sisi, dicapai. Irin hanya melihat keletah suaminya. Dia tersenyum nipis.

“Sini,” Gamit Raqib agar Irin rapat dengannya.

Irin duduk di sebelah suaminya yang sudah merah wajahnya dek menangis. Raqib memeluk isterinya erat.

“Abang tak nak Irin lari lagi. Abang pun rindu Irin sangat-sangat. Nasib baik papa aturkan kerja abang diganti dengan senior arkitek lain. Lega hati abang dapat jumpa Irin dengan baby,” ujar Raqib perlahan.

“Irin ingat abang nak balik lepas Irin bersalin. Lagi kuatlah Irin meraung nanti,” Raqib tergelak.

Dia langsung tak dapat bayangkan cerita papanya mengenai Irin. Masa isterinya mengandung tiga bulan, memang selalu juga muntah dan pening. Satu kerja pun tak boleh buat. Asyik menangis sahaja sebab rindukannya. Sampai satu tahap, Irin terpaksa tidur sambil memeluk frame gambarnya dan juga baju terakhir yang dipakainya sebelum ke London. Tak ada benda lain yang Irin mengidam. Cuma, mengidam ingin berjumpa Raqib.

“Abang tahu. Papa dah cerita kat abang. Sampai macam tu sekali sayang abang ni rindukan abang. Abang tak boleh nak undurkan masa, jadi abang nak Irin sentiasa di sisi abang sampai bila-bila. Abang nak tengokkan Irin mengandungkan lagi anak-anak untuk abang,” Raqib mengenyitkan matanya. Irin mengerutkan hidung.

“Tengoklah macam mana. Ikut prestasi abanglah. Tapi, kenalah bagi baby ni lahir dulu… nak tambah lain pun. Iya, abang?”

“Iya. Abang love you soooo much,” Raqib mencium pipi Irin seketika. Irin terkaku. Buat pertama kalinya, Raqib menyatakan cinta padanya. Belum pernah perkataan keramat itu disaji ke telinganya sebelum ini.

“Irin love you too… forever,” Tangan Irin erat memeluk pinggang suaminya. Semoga bahagia masih milik mereka.

p/s : dah baca, boleh komen ya. suka ke tidak? hehe.

24 comments:

  1. Best tapi macam pelik la kenapa Raqin tak hubungi Irin atas alasan tak kuat. Dia anak orang kaya kot. tapi citer ni mmg best gila

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Best jln cerita ok..tp bab tak berhubung sekama 5 bln mcm xlogik zaman it canggih ni..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. suka sangat sangat bestnya
    wish you all the best writer:)

    ReplyDelete
  6. suka sangat sangat bestnya
    wish you all the best writer:)

    ReplyDelete
  7. Best..rasa ingin tahu lg ni..

    ReplyDelete
  8. Best..rasa ingin tahu lg ni..

    ReplyDelete
  9. Best... tp bab xmghbngi tu yg prlukn pnjlsn knpa erk??? Zmn da cnggi kot. Sosial chat ade.fon cll. Skype dn mcm2 lg... tp besty crta ni...

    ReplyDelete
  10. Best I like it,good job writer.

    ReplyDelete
  11. waaaaaa... best sesangat.. nk suami mcm raqib jugak, hehe.. suka suka suka >.<

    ReplyDelete
  12. waaaaaa... best sesangat.. nk suami mcm raqib jugak, hehe.. suka suka suka >.<

    ReplyDelete
  13. mm..knp raqib xbwk irin skali? kn raqib uruskan cmpany ayh die sndri..plus die kn kaya..xkn xmampu nk support wife sndri ikot die stay sne..

    ReplyDelete
  14. okay lah.. haha..tapi ye lah kann..maybe ni tahun 90 an ek?

    ReplyDelete
  15. Salam. Menaarik. Tahniah dan syabas. usahakan lagi ya. Tahniah sekali lagi. Salam :)

    ReplyDelete
  16. Best sangat2, cerita nie patut ada sambungan

    ReplyDelete