Saturday 29 March 2014

Teaser Suamiku Peminat A Pink! & Vampire Housemate

Assalamualaikum... Hye!

Selamat Malam.

tahu dah lewat malam. saja menggedik nak buat teaser. hehe. let's jom godek-godek teaser kita.


Suamiku Peminat A Pink!

apa ke bendalah cerpen ni. entahlah. CIA punya idea nak buat cerpen ni time tengok RunningMan. ada pulak a pink. terfikirlah nak buat cerpen ni. hehe. itulah sejarahnya. here we are...

“Yana, tolong saya betulkan aerial TV kejap,” suruh Emir tanpa mengangkat wajahnya dari dada Iphonenya. Senyuman diulas melihat tarian A Pink. Erk!

Dayana menjeling suaminya. Fail kerja di tangan dihempas kuat ke meja. Tadi minta dia ambilkan handphone di bilik. Terpaksalah dia tinggalkan kerja yang melambak dan berlari anak ke tingkat atas. Kini, diminta pula betulkan aerial! Takkan dia kena panjat bumbung, betulkan aerial? Huwaaa! Ya Allah, Kau betulkanlah otak suamiku ini, pinta Dayana.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Tiba-tiba sensitif pula dia malam ini. Dipandang kertas-kertas yang berterabur di atas meja. Semuanya perlu dihantar esok pagi. Dayana bersandar malas di kerusi kayu. Matanya cuba memandang si suami yang sedang elok berbaring di sofa. Televisyen terpasang bukannya dia tonton. Hanya dibiarkan sahaja. Siaran pula terganggu. Buang karan saja.

“Tutup ajelah TV tu. Bukannya awak tengok pun. Buat habis duit aje bayar eletrik,” tingkah Dayana.

“Alah, pakai remote aje pun. Bukannya kena panjat atas bumbung tu. Itu pun nak kena ajar ke?”

“Iya? Then, awaklah yang buat. Banyak lagi kerja yang saya kena buat ni. Esok pagi dah kena submit. Awak bukannya buat apa-apa pun,” Emir merenung isterinya dengan pandangan tajam.

Dayana tidak menghiraukan pandangan itu. Dengan pantasnya dia mengemaskan fail dan kertas-kertas yang berterabur.


“Naik dulu,” Dayana melangkah ke tingkat atas. Namun, dia tidak ke bilik tidur. Tetapi ke bilik tetamu. Dikuncinya pintu bilik itu. Biarlah apa nak jadi pun. Biar Emir tahu dia sedang berjauh hati.

p/s : so, this is for our a pink fan. tsk. taklah. untuk semualah. hope semua suka. :D



Vampire Housemate

kindly made for yana. :D. here goes your vampire. harap maaf, baru siap separuh. menguji minda dan jiwa nak buat cerpen ni since kena ada kajian sikit pasal benda-benda cenggini. so, the entry maybe around the corner. i'll try my best. fighting! the teaser for this is...

“Kiddo, ada orang barulah,” Sepasang tangan berotot bermain dengan seekor hamster di satu sudut.

Chit!

“Relakslah, Kiddo. She won’t harm you. I will ‘teach’ her. Don’t worry,” Diusap kepala kecil Kiddo.

Mungkin Kiddo sudah terbiasa dengan wajah pucat tuannya. Jadi, kelibat tuannya itu sudah tidak diendahkan. Asalkan dia diberi makan dan dapat bermain, sudah cukup. Cuma, jika tiba waktu malam… Kiddo tidak akan berani menampakkan diri. Seboleh mungkin dia menyembunyikan diri.

*****

“Mama!”

Jeritan Aiden terdengar di seluruh pelusuk rumah. Rasanya, jiran-jiran pun boleh dengar.

“Diam boleh tak?”

“Mama! Help me!” Sekali lagi Aiden menjerit. “Mam…”

“Aku suruh kau diamkan? So, shut up!” Mulut Aiden berjaya ditekup oleh seseorang.

“Aw… awak siapa?” soal Aiden sebaik sahaja mulutnya dilepaskan.

Ask me again… this night,” Aiden tercengang. Sungguh pantas pergerakan makhluk Allah itu. Hilang terus dari pandangan. Pintu bilik sahaja yang dok bergoyang dek makhluk itu meloloskan diri.

“Mak ai, bullet train,” Pandangan Aiden jatuh ke sisinya. Darah! Membulat mata gadis itu.

p/s : vampire housemate. entah jadi entak tidak. harap-harap menjadilah. hehe. sabar arh untuk VH. will harm you very soon!

3 comments:

  1. Ahhahah..suka2..lagi2..bravo my friends terharu giteww..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay. jangan nangis yo. buruk. hahaha

      Delete
  2. Aik, pendek aja? Tak sambung panjang sikit ke?

    ReplyDelete