Thursday 27 March 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 1

Assalamualaikum... Hye!

Blurb. Blurb. tiba-tiba tersesat kat sini. hehe. CIA dah gatal tangan sangat nak post something. tapi, cerpen ada yang still on progress. tapi... nak post jugak. for the first time, CIA tak dapat nak fikir tajuk untuk cerpen kali ni. CIA rasa nak semua yang kat sinilah yang tolong fikirkan. boleh? bolehlah. terima kasih. heee. boleh ja tinggalkan kat ruangan komen. CIA post part 1. so, pandai-pandailah korang fikir tajuk apa yang sesuai. please eh. even, cover photo pun tak ada lagi. hehe.



Terkebil-kebil matanya memandang si kacak yang sedang tegak berdiri di hadapannya kini. Dia paling lemah jika ada insan yang suka merenungnya begitu. Dikembungkan pipinya sambil kening dikerutkan. Mengalahkan orang yang sedang menyelesaikan masalah besar saja lagaknya.

So, macam mana?”

Badan si lelaki yang tinggi dan boleh dikatakan tough juga walaupun dalam usia muda itu enak bersandar di pintu masuk kelas.

“Err… macam mana apa?”

“Kau jangan buat tak tahu, Nur Dini. Aku tahu kau yang suruh budak-budak tu masukkan lipas kat dalam beg aku kan?”

Jatuh terus rahang Nur Dini. Kenapalah dia selalu sangat terjebak dengan mamat gangster ni? Huh!

“Lipas apa pulak ni? I don’t know anything. So, please. Let me in,” Angin juga dibuatnya. Sudahlah, dalam lima minit lagi… kelas akan bermula.

No way. Sampai kau mengaku. Semua tu takkan jadi kalau bukan kau yang suruh. Kat sini, kau aje yang sudi nak jadi musuh aku,” Nur Dini mengeluh perlahan.

Tak buat pun disuruh mengaku. Sakit hati betullah!

“Ya, I did all that ridiculous thing. So, what?”

So what? Eh, kau tahu tak… gara-gara kau masukkan lipas dalam beg aku… awek aku lari. Kau nak tanggung semua tu?”

Aduh, mamat ni! Sebab lipas saja pun. Kecoh macam aku dah koyak baju dia saja.

“Awek aje pun kan. Bukannya fiancĂ© ke… wife ke. Just a girl without any valid relationship with you…”

Berani juga si Nur Dini ni melawan gangster kolej. Memang otailah. Sebab itulah, hanya Nur Dini sahaja yang digelar musuh kepada Muhammad Amar, gangster kolej satu-satunya. Tapi, adalah dua tiga orang pengikut. Kadang-kadang tak ada pun gaya gangsternya. Sekadar menakutkan sahaja.

“Woit, kau ingat kau tu student transfer from somewhere overseas uni… kau boleh besar kepala. Ini akulah, Muhammad Amar. Until now, my enemy doesn’t go right, okay. They all goes wrong,” Bangganya Amar melemparkan kata-katanya pada Nur Dini di hadapannya itu.

“Macam nilah, Muhammad Amar. Buat masa sekarang, boleh tak reserve aje all the ‘hacks’. Kelas dah nak mula. Please, just let me in,” Amar mendengus.

Buat pertama kalinya, ada yang berani melawannya dengan muka selamba. Langsung tiada riak takut. Nur Dini sabar menunggu Amar membuka ruang di pintu masuk kelas itu. Di dalam hati sudah menyumpah seranah bagai.

Kenapa pintu kelas ada satu aje?

Lain kali buatlah seratus pintu. Kan senang!

Okay, fine. I’ll let you go for this time. After class end, we discuss it  again,” Amar menurunkan tangan kirinya yang menahan pintu.

Thank you,” ucap Nur Dini. Entah ikhlas ke tidak, tak tahulah. Kena tanya tuan punya badan sendirilah.

*****

Nur Dini menjamu selera sendirian di foodcourt kolej. Sejak dia berpindah ke salah sebuah kolej swasta di Malaysia, dia masih belum menemui rakan sebaik Husna. Nurul Husna adalah teman baiknya di overseas sebelum dia berhijrah kembali ke Malaysia beberapa bulan yang lepas.

Kerja papanya sebagai wakil kedutaan Malaysia, memang sering berpindah randah. Sekejap ke Dubai. Sekejap ke London. Dan, yang terbaru… tiga tahun lepas… Nur Dini dan keluarga menetap di New York. Oleh itu, Nur Dini memang kurang sahabat dari kalangan kaum Melayu. Kebanyakannya, anak-anak rakan sekerja papanya yang lebih muda darinya yang dibuat kawan.

Nur Dini tersenyum sedikit. Dia menyuapkan nasi goreng kampung ke mulut. Matanya ditala ke tasik yang bersebelahan dengan foodcourt. Rasa tenang seketika. Tak banyak beza belajar di Malaysia atau luar negara. Cuma, yang bezanya adalah bahasa yang digunakan. Namun, sekarang ini sudah banyak institusi pelajaran tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.

“Hoi, jauhnya kau mengelamun. Sampai mana dah?” sergah Amar selamba. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Nur Dini. Dua orang rakan Amar, Daniel dan Kaer turut menyertai ketua mereka.

“Tak sampai mana lagi pun. Jammed dalam flight,” jawab Nur Dini, bersahaja.

Amar memang suka jika pihak lawan suka bertengkar dengannya. Lagilah, dia gemar cari pasal. Pertama kali pula tu cari pasal dengan perempuan.

“Pandai kau menjawab kan. Good. Guys, apa kata korang pergi beli makanan. Kita makan kat sini,” Amar memberikan not lima puluh ringgit kepada Kaer.

Alright. Kita orang beli macam biasalah eh,” Amar hanya mengangguk malas. Daniel dan Kaer terus berlalu ke cafĂ© berdekatan.

“Tak sangka Melayu celup macam kau ni pun makan nasi goreng kampung,” sindir Amar. Nur Dini memandang kosong nasi yang sudah tinggal separuh itu.

“Melayu celup pun orang Melayu jugak. At least, I’m not like someone. Melayu butlive like orang barat. Rambut perang kalah mat saleh. Playboy,” tebak Nur Dini. Amar gelak sinis.

Yupp, I’m a malay. And, I’m so proud to be a Malayan boy. Did you know about ‘up to date’? People like us must enjoy the life,” Nur Dini senyum sinis.

“Ya, I know a little bit about that. Tapi, sah ke solat awak… with that dyeing hair?”

Amar merenung Nur Dini. Gadis bermata coklat itu tak kelihatan seperti Melayu celup pun, Melayu tulen. Tapi, dia sendiri yang menggelarkan gadis itu begitu dek ternampak Nur Dini turun dari sebuah kereta dan pemandunya adalah seorang minah saleh Muslim.

First time, aku jumpa perempuan yang kolot macam kau. Nama aje bergaul dengan orang putih. Tapi, pemikiran masih kuno,” kata Amar dalam nada sinis.

Nur Dini melihat dirinya yang menggayakan baju kurung moden kosong berona electric purple dan juga melilit Pashmina berwarna lilac. Janji menutup aurat. Tak adalah kolot sangat. Lebih baik daripada terdedah sana sini. Tambahan pula,  sekarang ni zaman millennium. Bukannya zaman batu yang tiada pakaian untuk dipakai.

Whatever. I’m still a Muslim. And, I love to live my life like this. It promises me the happiness. Are you enjoy your life with your ‘up to date’ style?”

Ahah, I love my life too. So, what?”

Nur Dini perasan, sejak Amar mula mengacaunya di kolej, lelaki itu sangat cool. Apa-apa ayat kasar yang dibalas Nur Dini, langsung tidak mengundang rasa marah Amar. Cuma, lelaki itu lebih senang membalas dalam nada tenang. Tak pernah lagi dia nampak Amar naik angin teruk-teruk.

Nothing. Tak ada orang lain ke nak kacau. Why must it was me?”

Because you’re the one who always put me up with your annoying games. Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau. Dah tiga kali kau rosakkan relationship aku. And, do you think… aku akan diamkan?”

Nur Dini meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. Dia merelakskan badannya yang penat fizikal dan mental melayan ‘gengster kolej’ ni.

Look, Muhammad Amar. I’m doing nothing. I don’t know anything about the coakcroach that you said before. So, let me go…”

Nonope. I’ll never let you go againthis time. Selagi aku tak puas hati, selagi itulah aku akan terus kacau kau. Faham?”

“Faham sangat. Tapi, pasal lipas tu… saya tak tahu apa-apa. Once again, tak tahu apa-apa. Buat apa saya nak kacau hubungan awak dengan all that gediks girls? Tak ada faedahnya pun,” tukas Nur Dini.

“Tadi, kau sendiri yang mengaku. Sekarang ni, kau cakap lain pulak. Memang dasar perempuan lidah berbelit. Macam ular. Banyak bisa wooh,” bidas Amar, tidak puas hati. Matanya masih melekap pada wajah musuhnya.

“Tadi sebab awak yang paksa saya. Seriously, I don’t know anything. Mungkin, awak ada musuh lain ke. Manalah tahu, ada yang awak terlepas pandang ke…”

“Mar, makanan kau,” Daniel meletakkan semangkuk mi tumis ayam cendawan di hadapan Amar.

Nur Dini hanya memandang Amar and the gang makan tanpa berbicara apa-apa. Hanya makan, makan, dan makan. Erk? Memang bosan sungguh gangsters kolej ni. Tak macam gengster bila tiba bab makan. Dia menyedut milo ais perlahan. Nasi goreng kampung sudah licin dibedalnya sambil berperang mulut dengan Amar tadi.

“Perlukah saya tunggu awak-awak semua habis makan? May I go first?” Nur Dini menyembunyikan senyum. Kelakar tengok lelaki-lelaki brutal di meja itu makan.


Amar mengisyaratkan tangannya agar Nur Dini blah. Lambat-lambat Nur Dini bangun. Dia dapat merasakan ada mata yang sedang merenung ke meja mereka. Siapakah? Dia malas ambil tahu. Yang dia tahu sekarang, dia perlu ke kelas untuk sesi petang pula.

p/s : sapa yang terpilih tu, CIA bagi hadiah nak? hehehe. bajet ja CIA ni. tapi, boleh dipertimbangkan. hehehe.

3 comments: