Tuesday 25 March 2014

Cerpen : I Love You, My Instant Husband! Special Edtion




“Aleesya Qaisara,” tegur satu suara garau. Aleesya yang sedang mengelamun mendongakkan wajah. Petang sebegini memang menjadi hobi dia bersantai di halaman rumah sambil menghirup udara segar.

Yes?”

How are you today?”

Fine. You?”

Great. Picnic?” Aleesya mengulas senyuman.

Semenjak dua menjak ni, kerap sangat dia bercuti. Habis satu Malaysia dia teroka. Ini, berkelah pula? Haih, tak puas bercuti ke encik suami ni?

Up to you,” Dibantah pun tiada guna. Pasti bukan dia yang akan memutuskan segalanya.

“Hmmm, merajuk?”

No. Nak merajuk kenapa pulak?” soal Aleesya pelik. Dia jarang nak merajuk sekarang ini sejak mempunyai dua orang cahaya mata. Buruk pula jika merajuk seperti kanak-kanak kecil. Padahal, umur dah meningkat.

“Dah tu, kenapa muram? Marah abang ke?” Zhafran bersoal sambil menekap belakang tangan ke dahi Aleesya. Manalah tahu jika si isteri demam. “Tak panas pun,” kata Zhafran.

Aleesya tergelak.

“Dah memang Sya tak demam pun. Abang tu yang demam,” Zhafran tersengih.

“Terbalik pulak kita. Abang yang demam, Sya yang nampak tak sihat. Atau nak dapat baby baru?” teka Zhafran.

What? Better not for now, abang. Aryan dan Aira kecil lagilah,” balas Aleesya bersahaja. Ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya sebenarnya.

Then, why?”

“Abang ingat Harris lagi tak?”

Of courselah abang ingat. Mana boleh lupa. Dia yang tangkap kita dulu. Kenapa?” Pelik juga Zhafran kerana isterinya mengungkit nama Harris tiba-tiba. Jarang Aleesya membangkitkan isu lelaki lain selain ahli keluarga mereka.

“Pagi tadi masa Sya pergi pasar dengan Bah, kami terserempak dengan Harris. Dia ada bagi kad kahwin…” Aleesya berjeda. “Dia nak kahwin lagi satu. Then, dia jemput kita. Abang tahu tak dia cakap apa kat Sya?”

“Cakap apa?”

“Sya jujur dengan abang sebab tak nak abang salah faham tau. So, behave. He asked me, something about… getting divorce,” Terangkat kening Zhafran. Dicebikkan bibirnya. Ada hati nak mengurat bini aku lagi pak ustaz ni, omel Zhafran.

“Lepas tu, Sya jawab apa?” Aleesya mengerling suami kat sebelah dengan hujung mata. Relaks saja. Eheh. Tahap kepelikan semakin memenuhi bar.

The day will come. Saat kita dipanggil oleh Pencipta,” kata Aleesya tenang. Zhafran memeluk bahu isterinya mesra.

“Jawapan yang bagus. Thanks, sayang. I love you,” Dikucup pipi Aleesya.

I love you more. And, I know you can’t to love me more, right?” Zhafran mengerutkan dahi. Dicuit hidung mancung Aleesya.

“Kenapa pulak? Abang sayang Sya sangat-sangat tau,” Aleesya senyum nipis. Alangkah bagus jika Zhafran berpegang dengan kata-katanya. Tetapi, dia harus mengakui satu perkara.

Your love have to be divided by two, abang sayang,” Zhafran terpempan. Dia memahami maksud isterinya itu. Ya, dia terlupa akan hakikat itu. Selama enam bulan ditemani Aleesya membuatkan dia terkadang alpa.

Yes. Tapi, ingat. Sayang abang untuk Sya tak pernah kurang. Sya masih marahkan abang pasal hal dulu?” Aleesya menggeleng.

“Taklah. Terima kasih kat arwah Zarra. Sya tak payah susah-susah lahirkan baby girl untuk abang dah,” Aleesya tersenyum comel. Sempat lagi dia bergurau.

“Apalah sayang ni. Tak romantik langsung,” Aleesya menjuihkan bibir. Zhafran mengeratkan lagi pelukannya. Ditarik kepala si isteri agar jatuh ke dadanya. Biar Aleesya tahu, jantungnya sedang berdegup laju sekarang. Semuanya adalah kerana Aleesya Qaisara.

*****

Zhafran mengusik putera dan puterinya di ruang khas untuk keduanya bermain. Kebetulan, hari ini dia bercuti. Lebih baik diluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah daripada merewang ke tempat lain. Aryan semakin aktif sekarang ini. Orang dah dapat kakilah katakan. Habisnya ditawaf satu rumah. Kesian pembantu rumah mereka, Bah, hendak mengejar. Nasib baiklah Aira masih belum boleh berjalan. Haru juga jika keduanya sama-sama buas. Tak menang tangan nak melayan nanti.

“Aryan, meh sini kat papa,” Zhafran menggamit anak lelakinya.

Pantas sahaja Aryan berlari mendapatkan papanya. Sekali pandang mereka memang seiras. Berkali-kali pandang seperti Aleesya pula. Manakala Aira lebih mirip arwah Zarra, umminya. Dapat jugalah mereka melepaskan rindu kepada Zarra. Zhafranlah yang selalunya merindui arwah isteri keduanya memandangkan hanya dia yang mengenali arwah Zarra dengan mendalam.

“Abang, nasi Aryan,” Aleesya menyerahkan mangkuk berisi nasi lenyek kepada suaminya untuk disuapkan kepada Aryan.

“Sayang papa, jom makan. Mamam,” Aryan meloncat-loncat sambil ketawa. Entah apalah yang kelakar.

Baby Aira makan dengan mama, ya?”

Aleesya mengangkat tubuh debab Aira dan diriba bayi itu. Dengan khasiat dari susu ibu yang disusukan oleh Aleesya, Aira semakin tembam dan bulat. Seperti Aryan juga. Sihat kedua-duanya. Pandai Aleesya menjaga mereka. Oppss! Zhafran juga.

“Papa mama nak join picnic kita,” Maklum Zhafran sambil menyuap Aryan. Apabila tiba waktu makan, Aryan akan pastikan dia menghayati makanannya. Dia hanya terdiam dan menunggu nasi disuap ke mulutnya. Bijak sungguh.

Daddy dengan mummy pun nak join juga. Ramai yang ikut, lagi meriah, kan bang?”

“Ha’ah. Sayang, Harris punya wedding bila? Kita wajib pergi tu,” Aleesya seperti tidak percaya sahaja Zhafran ingin pergi ke majlis itu.

“Biar betul abang ni…”

“Betullah. Jatuh hukum wajib bila dia jemput. So, we have to attend, sayang. Kita bawa anak-anak. Biar terbuka mata dia sikit. Bakal beristeri dua pun. Takkanlah nak kacau isteri orang lagi,” balas Zhafran tegas.

“Okey. Sya ikut aje. Atau abang nak bagi tips?”

“Tips? Tips beristeri dua ke? Memang taklah, sayang. Abang failed bab tu, okey. Abang tak layak nak nasihatkan dia. Dia lagi berani sebab kahwin lain dengan izin isteri dia,” Erk. Aleesya tersengih. Salah topik pula.

Sorry, abang. Tak sengaja,” Aleesya memegang lengan Zhafran. Terasa bersalah pula. Harap-harap Zhafran tidak berkecil hati.

Zhafran hanya menghadiahkan senyuman nipis. Aleesya menggigit bibirnya. Pasti suaminya berkecil hati dengan keterlanjuran katanya. Setelah itu, hanya suara anak-anak mereka sahaja yang sibuk mengomel. Mungkin faham dengan situasi itu. Jadi, mereka leka dengan diri masing-masing.

*****

Aleesya menidurkan Aryan dan Aira di baby cot. Keduanya masih belum diasingkan tempat tidur. Susah juga jika tengah malam ada yang menangis menginginkan susu. Kemudiannya, Aleesya menapak ke meja solek. Dicapai botol toner muka. Dititiskan ke tapak tangan sebelum disapu ke muka.

Ketika itu, Zhafran masuk ke dalam bilik. Selalunya, selesai solat isya’ berjemaah dengan Aleesya… dia akan menyendiri di dalam bilik bacaan. Diawal perkahwinan lagi, mereka menerapkan waktu peribadi untuk masing-masing. Cuma, Aleesya sahaja telah lama tidak meluangkan masa untuk menyendiri. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak.

Zhafran berlalu ke bilik air. Aleesya hanya melihat sahaja perilaku suaminya. Sekejap lagi dia akan meminta maaf lagi. Berdosa jika suami masih berkecil hati. Sejak mereka berbaik semula enam bulan lepas, hubungan mereka seakan canggung. Luarannya nampak mesra. Hakikatnya, masing-masing masih belum menerima diri mereka sepenuh hati.

“Abang,” Aleesya menghampiri suaminya di katil. Tidak betah melihat suami berdiam diri.

Zhafran diam.

“Sya minta maaf. Tak ada niat pun nak kecilkan hati abang tadi. Sorry eh,” Aleesya memeluk lengan Zhafran. Bersikap mesra sedikit agar suaminya tahu dia ikhlas memohon maaf.

It’s okay. Abang tak marah pun. No worries,” Zhafran berkata senada.

No. You are not okay. Emmm…” Aleesya merenung Zhafran seketika. “You’re so different, Ammar Zhafran. Pertama kali Sya jumpa that Ammar Zhafran, dia mesra sangat. Even, kita orang kena tangkap basah… dia relaks aje. Like nothing was happen. Terkena kaca sikit aje, menjerit macam orang kena serang histeria. Suka menulis diari. Tapi, Sya tak pernah tahu pun pasal tu sebelum ni. Until that day. I read all his story. His feeling,” kata Aleesya panjang.

Benar. Barulah dia perasan. Mereka tidaklah rapat seperti suami isteri sebenar. Hubungan Zhafran dan arwah Zarra barulah boleh dikategorikan sebagai suami isteri. Mereka berkongsi segalanya. Luar dan dalam, masing-masing mengetahuinya.

Drop the subject, please. Esok abang kerja. Abang tidur dulu,” Aleesya mengeluh tanpa sengaja. Zhafran sudah berbaring.

Aleesya menghalakan pandangan ke baby cot Aryan dan Aira.

“Hmmm, apa kata Sya bercerita. Anggap aje Sya tengah baca bedtime story untuk abang. Dengar tau,” Aleesya membetulkan duduknya. Dia berbaring di sebelah Zhafran sambil mengusap lembut rambut lelaki itu.

“Ehem. The story was about this nice girl. Very nice.  Her name is Sara. Sara have been married. She’s a doctor. No, no! Actually,  she just finished her internship when was fated to met her husband. Ibu Sara sarankan dia tak laporkan diri kat hospital selepas dia berkahwin sebab takut Sara tak ada masa untuk keluarga. Abang tahu tak? Suami dia tak tahu banyak pun pasal dia. Her job, her hobby… boleh dikatakan, semualah pasal Sara ni. Tapi, Sara okey aje. Mungkin, dia terlalu sayangkan suami dia. So, she just leave it like wind speed. Bodohkan dia?”

Who is Sara? Your friend?”

Eh, eh. Zhafran bersuaralah. Aleesya senyum senget. Berminatlah tu.
“Tak. Bukan kawan Sya. Tapi, kawan abang…”

“Hah? I don’t think I have a friend that name, Sara. Just be frank, sayang,” Zhafran membalas tanpa membuka mata. Telinga sahaja dipasang ‘luas-luas’.

“Betul ke tak ada? Isteri?” Errr?

Terbuka luas mata Zhafran. Isteri? Zarra Aina? Aleesya Qaisara? Sara?

“Qaisara. Are you that Sara?”

Bingo. That’s me. Mummy daddy call me, Qais. Abang papa mama pulak, Sya. My friends, Sara,” Lagilah Zhafran blur. Maksudnya, apa yang diceritakan Aleesya padanya tadi adalah mengenai dirinya sendiri? Ya Allah!

So, the story was about you?”

Yupp. Honestly, I want to leave it secret since you doesn’t ask me about my job and what so ever that relating to me. But, I was curious every single time we are together. Are we married couple?”

Zhafran terkedu. Kata-kata Aleesya jelas di pendengarannya.

“Sya,” Zhafran bingkas duduk. Setelah berkahwin selama dua tahun lebih, rupa-rupanya banyak juga dia tidak tahu mengenai isterinya itu.

I’m okay with that. Just live your life. Don’t mess up with my life. Itulah yang Sya fikir sepanjang perkahwinan kita. Sya nak kongsi setiap detik hidup Sya dengan abang. Tapi, angan-angan Sya tak pernah tercapai. Abang lebih selesa bersendiri di bilik bacaan. Maafkan Sya. Sya terpaksa luahkan apa yang Sya rasa sekarang. I can’t leave it like this anymore…”

“Sayang, I’m sorry. Seriously, abang really really sorry. I thought I’ve give you the best me. Maafkan abang, sayang,” Zhafran memeluk tubuh Aleesya. Dibiarkan Aleesya menangis di dalam pelukannya.

Mungkin sudah lama perasaan itu terbuku di sudut hati Aleesya. Cuma, dia pendamkan. Zhafran gagal menjadi seorang suami yang baik kepada Aleesya. Dia bersikap tidak adil terhadap isterinya. Dua perkahwinannya yang terbina dalam situasi yang sama. Namun, berbeza layanan diberikan. Sungguh, dia berdosa.

“Sya cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang. Sya nak abang selalu ingat Sya setiap kali abang ada masalah. Sya nak jadi pendengar setia abang,” luah Aleesya dalam tangisan.

“Abang yang salah. Abang buta. Abang tak pernah nampak usaha Sya untuk pikat hati abang. I’m sorry. Please, forgive me,” Zhafran mengusap kepala Aleesya lembut.

Aleesya menyapu air matanya kasar. Diangkat kepalanya. Kemudian, senyuman yang menampakkan sebaris gigi putihnya dihadiahkan kepada si suami.

“Tiba-tiba Sya rasa geli. Dah lama tak talk serious macam sekarang ni,” Zhafran pelik. Ceria pula isteri dia ni. Split identity sebab stress ke?

Ditekap belakang tangan ke dahi si isteri.

“Sya okeylah. Cuma, Sya seganlah menangis depan abang,” Cepuk jugak mak budak ni karang. Boleh lagi dia main-main. Sedangkan Zhafran sudah menunjukkan riak singa.

“Sya, jangan main-main boleh tak? Jadi, apa tujuan Sya bagitahu abang?”

“Tak ada apa-apa. Saja nak abang tahu. Sya tak dapat jadi doktor sebab abang tau,” balas Aleesya. Disandarkan badan ke tubuh Zhafran yang sedang bersandar di kepala katil.

“Eleh. Siapa suruh tak cakap awal-awal? Siapa yang salah sebenarnya ni?”

“Abang yang tak ambil tahu. Salahkan kita pulak…”

“Eh, hello, Mrs Zhafran. Abang dah tahu awal lagi okey. Sayang aje yang tak tahu,” tukas Zhafran. Dia bukanlah jenis lelaki yang tak pedulikan isteri sebenarnya. Cuma, dia menunggu si isteri membuka mulut.

“Iyalah tu. Tadi bukan main lagi. I’m sorry. Really really sorry. Maafkan abang,” Aleesya menebak suaminya.

“Alah. Itu semua drama aje lebih. Sya ingat abang tak pandai berlakon ke? Ammar Zhafran pakar tau bab-bab berdrama ni,” Aleesya kerling Zhafran dengan hujung mata.

Banyaklah dia berdrama. Pandai berlakon konon. Burrrr.

“Sejak bila abang tahu?”

“Masa kaki abang terkena kaca tu. Your expressions talk more than your  mouth. Abang ternampak name tag dan doc cloth dalam almari baju sayang. Benda paling penting adalah… Sya punya handbag. Semua handbag Sya mesti ada mini first aid. Dalam kereta pun. Apa tandanya tu?” Aleesya terkelu. Tsk!

Obvious sangat ke?”

Yes, my sweet honey. Pasal hobi Sya pulak. Talkative. Sya suka tenung abang tidur. Yang paling abang perasan, Sya suka menari. I saw you were dance the night before I’m leaving. Masa tu, abang tunggu aje kat pintu bilik. You’re pregnant. Tapi, masih nak menari. Itu bukan hobi ke?”

Aleesya senyum lebar. Kena tarik baliklah tuduhan melulu dia sebentar tadi. Bersalah pula kerana bersangka buruk terhadap Zhafran yang sememangnya prihatin akannya. Tapi, kira instant sungguhlah perkahwinan mereka. Sehinggakan sudah mendirikan masjid selama dua tahun pun masih belum mengenali diri masing-masing.

Tidak hairanlah jika masih ada perkahwinan yang gagal walaupun sudah berumah tangga selama bertahun-tahun. Kesefahaman suami isteri memerlukan seumur hidup kerana sikap manusia memang selalu berubah. Hari ini, begini. Hari esok, belum tentu akan sama.

Sweet pulak husband Sya ni,” Dicubit lembut pipi Zhafran.

“Baru tahu ke? Itulah. Lain kali jangan nak emosi sangat ya. Terus terang dengan abang. Kan senang. Ini tak, nak jugak membazir air mata. Seingat abanglah, arwah Zarra tak pernah menangis tau. Belajar bersabar. Lebih-lebih lagi dengan suami,” bebel Zhafran.

“Iyalah. Menangis pun hobi Sya jugak. Nak buat macam mana?” Hambar sahaja Aleesya berkata. Mana taknya, nak juga si suami mention nama arwah Zarra.

“Buatlah selalu. Seronok tengok abang susah hati. Ikut suka Syalah,” Merajuklah tu.

“Susahlah cakap dengan orang yang kuat merajuk ni. Aryan pun tak merajuk macam papa dia ni. Hmmmph…”

“Itu Aryan. Bukannya abang. Tak sama.”

“Malaslah layan abang. Sya nak tidur. Goodnight,” Zhafran memandang isterinya sekilas. Bukan main sakan lagi Aleesya peluk pinggang dia.

“Lepaskan abanglah. Abang pun nak tidur jugak…”

“Okey. Abang, sorry for the kidding. Sya gurau-gurau aje tau usik abang. Sweet dream, abang. Assalamualaikum,” Dikucup tangan Zhafran.

Zhafran tersenyum dengan telatah isterinya. Manja mengalahkan budak kecil. Tapi, dia senang dengan sikap itu. Aleesya sangat pandai mengambil hatinya. Selalu isterinya berbuat salah namun cepat pula dia meminta maaf.

“Waalaikumsalam. Abang maafkan kesalahan Aleesya Qaisara hari ni,” Dicium ubun-ubun Aleesya penuh kasih.


Saling berpelukan mereka melabuhkan tirai hari yang penuh dengan kasih sayang mereka. Jujur sangat penting dalam setiap perhubungan. Insha Allah. Kehidupan rumah tangga akan lebih berkat.



p/s 1 : bosan sangat time tak boleh nak online, terfikir nak buat special edition ILYMIH since ramai yang suka kan. entah best atau tak pun tak tau. CIA suka doktor sebab tulah banyak watak CIA pasal doktor. CIA tak dapat nak jadi doktor. so, cuba applykan kat dalam dunia fantasi ni. harap bestlah special edition ni. hehe. CIA just tulis dalam 10page ja(microsoftword).

p/s 2 : at first, CIA nak create scene ZhafranAleesya gi wedding Harris. tapi, CIA dah blur terus. so, stop ajalah kat situ. pendek ja cerpen ni. malas nak buat banyak watak sangat. serabut pulak. SELAMAT MEMBACA!

17 comments:

  1. smbng lagi sis... sya suka cita ni
    Please.... Hehehe, nak lagiiiiii... kalau blh perbanyakkan watak tntang baby mreka, Hehehehehe... sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby lagi. doa banyak2 CIA rajin nak buat lagi ya. hehehe. thank you, balqiz zainol. :D

      Delete
  2. Huuuhuuuu.. :'( sedihhhhhhh.. smbung la lagi bg happy ending. hati sya x tenteram bca cerpen nie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. inshaAllah, dear. :D. jangan sampai tak boleh tido sudah ya. haha

      Delete
  3. tersusun rapih dan indah di setiap kata yang dipilih... saya suka saya suka

    ReplyDelete
  4. suka ...sedih ...semua ade....tapi sya nie memang kuat semangat...

    ReplyDelete
  5. Best...
    Smbunglah lagi cite ni😊

    ReplyDelete
  6. Nice Mba! aku terharu :') aku juga iseng2 nulis, tapi belum bisa sebagus ini. Liat aja si di blog saya. hehee

    ReplyDelete
  7. I don't like watak zarra . Takboleh ke zhafran tunjukkan cating dia pada sara . Dia terlalu caring about zarra not sara �� . But your cerpen to nice. Semua cerpen awak best best ����keep it up ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. Rasa tak puas baca sbb nampak Qaisara macam terluka lagi walaupun luaran dia nampak happy. zhafran nampak terlalu sayangkan zarra lebih dari qaisara. tapi frankly, cerpen² awak memang terbaik semuanya.✨

      Delete
  8. Idk la best cerpen ni tp to be frank. Rasa mcm zaf ni x xde perasaan pon pd sya. Dia sygkn zarra. Dia mcm tepksa idup ngan sya sbb ank2. Suka beza kn sya n zarra especially.

    ReplyDelete