Sunday 30 March 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 4

Assalamualaikum... Hye!

amardini kembali beraksi di hujung minggu(bagiyangcutihariahad). kat kedah, dah start kerja and sekolah. :)

source : google
Sepanjang hari pertama bercamping, pelajar-pelajar diberi tugasan mudah. Aktiviti berkumpulan. Mereka diarahkan untuk mencari klu-klu tersembunyi dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Game dimainkan ala-ala Running Man. Sekarang kan rancangan Korea itu menjadi fenomena di kebanyakan negara. Termasuklah Malaysia.

Bukan main semangat lagi mereka memainkan peranan di dalam game tersebut. Mereka dibahagi kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan berlainan. Ada yang terkena game yang menggelikan. Dan ada juga yang perlu melepasi beberapa cabaran untuk mendapatkan klu-klu.

*****

Camping… Hari Kedua

Setelah berpenat lelah semalam, aktiviti hari ni hanyalah pertandingan mewarna untuk anak-anak penduduk kampung. Dan, di sebelah petang pula… para peserta camping dibenarkan mandi air terjun. Memang riuhlah kerana semua memang menantikan peluang itu.

Pertandingan mewarna bermula pada pukul sepuluh pagi dan akan berakhir satu jam kemudian. Peluang itu diambil oleh para pelajar untuk beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampung yang hadir untuk memberikan sokongan. Memang terbaik dari ladanglah sambutan dari pihak penduduk kampung. Sambutan yang memberangsangkan.

“Adik-adik, masa dah tamat. Semua boleh berhenti mewarna. Letakkan pensil warna adik-adik,” Syafiq, ketua untuk sesi ini bersuara lembut. Bersuara keras nanti, menangis pula budak-budak tu semua.

“Yang mana dah siap, letak kertas kat tepi. Nanti ada abang-abang, kakak-kakak yang kutip. Adik-adik dah boleh kemas barang. Lepas makan tengah hari nanti, kita umum pemenangnya okey?”

“Okey…” Sahut semua kanak-kanak itu serentak. Sangat mendengar kata. Mudah sahaja nak handle. Tak adalah pening kepala.

Gotong-royong bagi menyediakan makan tengah hari riuh dengan suara penduduk kampung dan juga para peserta. Kira kamcinglah tu jika sudah boleh bertepuk tampar dan bergurau senda. Semua diberi tugas dalam penyediaan makanan. Tiada yang terkecuali.

Ada juga dua tiga orang pelajar yang membuat hal tak nak membantu. Setelah di ‘washing machine’kan oleh Azman dan pensyarah bertugas, barulah mereka bercampur dengan penduduk kampung. Itu pun terkial-kial. Nampak sangat kejanggalannya.

*****

“Sejuknya!” jerit Daniel kuat. Walaupun hanya mencelup hujung kaki, satu badan boleh merasai kesejukan air terjun itu.

Memandangkan ketua kampung di situ mengatakan air terjun di kampung itu tak berbahaya, memang bersemangatlah semua pelajar. Lagipun, air terjun itu tak adalah dalam sangat. Masih boleh cecah kaki lagi. Yang paling teruja pastilah pelajar lelaki. Bab terjun menerjun dari tempat tinggi memang handallah.

Pelajar perempuan pula hanya menunggu di tepi. Tapi, selepas melihat pelajar lelaki bukan main seronok lagi main air, mereka pun teruja. Takut-takut juga untuk masuk ke dalam air sejuk itu. Apabila dah masuk, tak nak keluar pulak.

“Amar mana, Kaer?” tanya Daniel sambil duduk di bawah terjunan air.

“Ada kat sana tu. Budak yang dia handle tadi suruh dia melukis apa entah,” jawab Kaer. Dia menghampiri Daniel.

“Pulak dah. Suka pula dia dengan budak-budak…”

“Hoih, kau. Jangan tak tahu, dia kan suka ikut Opah Yam pergi rumah anak-anak yatim. Takkanlah dia tak suka budak-budak,” balas Kaer sambil mencuak air pada aweknya di atas batu. Daniel hanya teranggu-angguk.

******

Nur Dini memeluk tubuhnya. Dia terpandang kemesraan suami isteri muda yang sedang leka bermain air di satu sudut kawasan air terjun. Terukir senyumannya. Dia cemburukan mereka. Alangkah indahnya jika dia turut begitu. Dah ada yang halal untuk bermesra… bermanja.

“Hoi, budak kolot,” sapa Geena kasar.

Nur Dini menoleh ke kirinya. Kelihatan Geena sedang elok berdiri di sebelahnya.

“Siapa ya, budak kolot tu?”

“Eh, kaulah. Siapa lagi yang ada kat sini?” Geena merengus kasar.

Rupa sahaja cantik, tapi perangai? Zero!

“Ada apa awak tegur saya?” tanya Nur Dini tanpa memandang Geena.

“Kau tanya aku? Dah kau tanyakan, aku nak pesanlah sikit ni. Boleh tak kau jauhkan diri kau tu dari Amar? Kau bukan taste dia pun,” Geena menjeling penampilan Nur Dini. Gadis itu hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar track suit. So kolot!

“Hah? Sejak bila pulak saya dekatkan diri saya dengan dia? I don’t think I have any relation with your boyfriend. You should tell him, not me. He was the one who always disturbed me… anyway,” bangkang Nur Dini lembut. Bukan cara dia untuk berkasar.

Geena mencebik. Diketap bibirnya kuat. Sungguh panas hatinya mendengar bicara selamba Nur Dini. Dek terlalu benci dan geram, dia menolak tubuh Nur Dini kuat. Nur Dini yang tidak dapat mengimbangkan badannya, terus terjatuh ke dalam sungai yang agak dalam bagi seorang gadis yang berketinggian 158cm sepertinya.

Tenggelam timbul Nur Dini di dalam air. Malangnya, tiada siapa yang menyedari dia sedang lemas di situ. Kebanyakan pelajar mandi di bahagian cetek di sebelah atas. Tambahan pula, kawasan itu terlindung oleh batu-batu besar.

Ya Allah, Kau selamatkanlah hamba-Mu ini. Aku masih mahu hidup di atas muka bumi-Mu ini. Ya Allah, aku mohon Kau lindungilah aku, doa Nur Dini. Dia semakin lemah untuk meminta tolong.

Amar yang ternampak teman wanitanya menolak Nur Dini, pantas menghampiri kawasan itu. Ketika itu, Geena dengan selambanya berlalu. Tanpa sekelumit belas kasihan pun. Amar menjengul sedikit. Kelihatan Nur Dini sedang terkapai-kapai di permukaan air.

Tanpa berlengah, dia terus terjun ke dalam sungai. Dengan pantasnya dia menarik tangan Nur Dini. Gadis itu semakin lemah. Nafasnya yang tercungap-cungap mula perlahan-lahan berhenti. Amar meletakkan lengannya di bahagian bawah dagu Nur Dini dan menariknya ke kawasan batu-batu kecil berdekatan.

Dibaringkan Nur Dini di situ. Dia melihat sekeliling. Tiada seorang pun datang menghulurkan bantuan. Mereka tidak sedarkah? Amar buntu melihat tubuh kaku Nur Dini. Dia tak tahu nak buat apa. Dengan tenaga yang masih ada, dia menggosok tapak kaki Nur Dini kuat.

Nur Dini masih tiada respons. Amar mengigit bibirnya. Dia harus buat apa ni? CPR… CPR… CPR! Tanpa memikirkan apa-apa, terus sahaja dia melakukan CPR iaitu bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Langsung tidak terlintas di fikirannya tentang halal dan haram. Apa dah Amar buat?

Apa yang Amar tahu, dia harus menyelamatkan Nur Dini. Dua kali dia memberi bantuan, Nur Dini mula terbatuk-batuk. Air mula keluar dari mulut gadis itu. Nur Dini membuka matanya perlahan. Terbeliak biji matanya melihat wajah Amar yang sangat dekat dengannya. Dia menolak sedikit tubuh lelaki itu walaupun dalam keadaannya yang lemah.

“Hoi, kenapa ni? Amar?”

Amar menoleh ke belakang. Dia melemparkan senyuman lega.

“Di… Dini… lemas…”

Hanya itu yang mampu dia cakap sebelum dia sendiri rebah ke tanah. Azman yang curiga mula melompat dari batu besar dan menghampiri Amar dan Nur Dini. Nur Dini yang sudah mula sedar, dia bangun sedikit. Dia masih batuk-batuk kecil. Cuba mencari nafas.

“Dini?”

“Azman, saya le… lemas tadi. Amar tolong selamatkan saya,” beritahu Nur Dini jujur. Tapi, yang selebihnya… biarlah rahsia.

“Ya Allah, Amar!”

Azman menampar kedua pipi Amar perlahan. Dia mula melakukan bantuan pernafasan. Ditekannya dada Amar berkali-kali. Azman melihat pernafasan Amar kembali teratur. Dia melepaskan keluhan lega. Amar hanya pengsan.

“Kenapa ni, Man?” Muncul Daniel dan Kaer serta pelajar-pelajar lain. Mereka mula cemas melihat keadaan Amar yang tidak sedarkan diri.

Keyra mendapatkan Nur Dini yang masih lemah. Tuala dibahunya terus dibalutkan ke badan gadis itu. Bibir Nur Dini terketar-ketar dek kesejukan.

“Amar cuma pengsan aje. Korang angkat dia naik atas. Keyra, you tolong bawak Dini balik khemah,” Keyra mengangguk. Dia memimpin tubuh lemah Nur Dini naik ke khemah mereka. Pija turut membantu tentmatenya itu.

Manakala, Daniel, Kaer dan lain-lain mengangkat tubuh berat Amar ke khemah lelaki itu. Geena yang berdiri tegak di batu itu tercengang. Macam mana pula kekasihnya itu boleh selamatkan Nur Dini? Bukankah Amar tak sukakan Nur Dini? Gara-gara perbuatan tak matangnya, dia sendiri yang makan hati.

*****

“Dini, bangun. Makan ubat,” Keyra menepuk perlahan kaki Nur Dini. Gadis itu sedikit menggeletar walaupun sudah diselimutkan.

“Keyra, ni air,” Pija menghulurkan segelas air kepada Keyra yang sedang bersila di samping Nur Dini.

“Kenapa boleh jadi macam ni? Kalau teruk sangat ni, kena bawak pergi klinik,” ujar Keyra, risau.

“Entahlah, Keyra. Aku pun tertanya-tanya. Takkanlah Dini nak terjun sendiri. Dia sendiri yang cakap kat kita, dia tak reti berenang. Tak pun ada yang tolak Dini,” Pija dan Keyra saling berpandangan.

Uhuk! Uhuk! Nur Dini batuk kecil. Walaupun masih lemah, dia masih dapat mendengar perbualan dua sahabat barunya itu. Tidak mahu lebih banyak telahan yang muncul, lebih baik dia bangun.

“Dini, kau bangun kejap eh. Kau kena makan sikit, lepas tu makan ubat,” Keyra berkata lembut.

Nur Dini bangun perlahan. Matanya tersangatlah berat untuk dibuka. Namun, digagahkan juga. Tidak mahu tentmatesnya itu risau. Pija tersenyum melihat Nur Dini sudah bangun duduk. Hoodie di kepala ditarik Nur Dini agar menutup kepalanya.

“Amar macam mana?” Soalan pertama yang terkeluar dari bibirnya.

Keyra senyum nipis.

“Dia okey. Tapi, Azman kata… mungkin dia demam sikit. Air sungai tu sejuk kot,” jawab Keyra.

“Kau janganlah risaukan dia, Dini. Dia yang risikokan diri dia nak selamatkan kau. Kenalah terima side effectnya,” kata Pija. Nur Dini mengangguk.

Dia tergelak kecil. Tiba-tiba sahaja dia ada ibu-ibu mithali pula di sini. Keyra sedang elok menyuakan sudu berisi bubur ke mulutnya. Belum pernah rakannya berbuat demikian selain Husna. Pija pula dok sibuk check suhu badannya. Manalah tahu, keadaan gadis itu semakin teruk.

Mereka masih perlu berada di sini lagi sehari. Esoknya masih ada aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung. Gotong-royong untuk membantu salah seorang penduduk yang mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya. Apa salahnya mereka mengambil peluang itu untuk membantu.

Camping kali ini sangat berbeza dengan camping yang dilakukan oleh senior-senior mereka dulu. Camping sebelum ini banyak aktiviti dilakukan di dalam hutan. Tapi, berbeza dengan kali ini. Mereka hanya berkhemah dan melakukan aktiviti bersama para penduduk kampung di tempat yang mereka kunjungi.

p/s : di sinilah bermulanya cerita. hehe. cuba teka apa yang berlaku sebenarnya. :)

2 comments: