Friday 28 March 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 3


Camping… Hari Pertama

Dek mereka bertolak malam, jadi aktiviti malam itu hanyalah memasang khemah dan terus tidur. Seawal jam lima pagi, Azman sudah mengejutkan mereka semua. Mereka akan berkumpul di surau kampung untuk sesi tazkirah pagi. Pensyarah bertugas sudah sedia menunggu di surau. Dengan liatnya para pelajar itu bangun pagi. Yang susah bangun pagi, lagilah sengal. Sampaikan Azman perlu membunyikan inhaler dari khemah ke khemah.

Nur Dini yang tersedar, menenyeh matanya perlahan. Terasa sekejap sahaja dia tidur.

“Keyra, Pija, bangun. Dia orang dah panggil tu,” kejut Nur Dini lembut. Keyra dan Pija menggeliat malas.

“Malasnya. Aku period. Korang pergilah,” kata Pija malas. Masih mamai lagi agaknya.

“Keyra?”

“Aku on. Jom. Kau duduklah kat sini sorang-sorang, Ja. Kat luar gelap lagi ni,” Keyra mencapai tudungnya dalam mamai. Sengaja dia mengusik Pija. Tahu sangat si Pija tu memang liat bab-bab solat ni.

Nur Dini menyarungkan selendang. Diambilnya beg telekung dan dia membuka pintu berzip itu perlahan. Dia menjengulkan kepalanya sedikit. Ah, sejuk. Dia kembali masuk ke dalam khemah. Macam sejuk sangat saja nak keluar.

“Memang kampung sejuk macam ni ke?” soal Nur Dini polos. Keyra tergelak kecil.

“Tak adalah sejuk sangat. Jomlah,” Keyra keluar dari khemah dahulu.

Dia menghampiri Azman di khemah hujung. Nur Dini memeluk beg telekung erat. Sejuk! Sweater yang tersarung pun tak dapat nak menghangatkan badannya. Mungkin kerana khemah mereka berhampiran dengan waterfall, jadi memang sejuklah pagi-pagi begini.

Morning, sayang,” sapa Azman sambil tersenyum. Ditilik sebentar wajah tanpa mekap itu. Dengan pipi memerah dek terkena angin pagi. Macam cute je. Azman rasa macam nak cubit saja pipi itu.

Morning. Dah ramai ke yang bangun?” Keyra menguap kecil.

“Ramai apanya. You orang first yang keluar tau bagi pihak perempuan. Student lelaki dah ramai kat surau. Dua tiga orang aje yang liat lagi,” jawab Azman.

Nur Dini berjalan perlahan. Hidungnya terasa geli seketika.

Aisyemmm! Hambik kau!

“Oih, sopanlah sikit nak bersin pun,” tegur Amar yang baru keluar dari khemah.

Aisyemm! Perlahan sahaja kali ni. Nur Dini menjegilkan matanya seketika. Amar sedang berdiri di hadapannya. Dengan kain pelikat menutup kepala. Hilang terus gaya gengster dia tu. Dah macam budak tadika. Nur Dini gelak di dalam hati. Nak saja dihamburkan tawa, tapi dia masih sedar di mana mereka. Nanti ada pulak yang ingat pontianak sedang mengilai pepagi buta ni.

“Sebab awak tak mandilah ni saya bersin…”

“Macamlah kau tu mandi,” tukas Amar. Matanya sekejap di celik… sekejap pejam. Dah lama tak bangun awal macam ni. Selalu dia bangun subuh, dah hujung-hujung waktu.

“Awak tak bersin pun. Kiranya saya mandilah tu,” balas Nur Dini. Aisyemm! Sekali lagi dia bersin.

Amar menjeling gadis di sebelahnya. Nur Dini sibuk menggosok hidungnya dengan tuala kecil. Comel! Namun, cepat-cepat Amar tergeleng. Terpuji pula.

“Mana geng kau yang lain, Mar?” tanya Azman sebaik Amar dan Nur Dini tiba di hadapannya.

“Entah. Mengulor lagi kot,” jawab Amar sambil menoleh ke belakang.

“Haih, mana student perempuan yang lain ni? Takkan semua period kot…”

Aisyem! Ketiga-tiga mereka memandang Nur Dini serentak.

“Sejuk kat New York tak macam ni pun,” Nur Dini berkata selamba. Dah masuk kali ketiga dia bersin.

“Ni sejuk… first time masuk kampung kot,” Keyra mengusap belakang Nur Dini perlahan. Memanaskan sedikit badan gadis itu.

“Kampung? So, no water heater?”

“Hoi, minah celup. Tak payah nak demand sangatlah. Orang kampung mana guna water heater,” tempelak Amar. Dia menarik kain pelikat erat. Sejuk!

“Sesuai sangatlah kalau honeymoon kat sini kan? Sayang, macam best aje,” Keyra terkaku. Ish, dia ni. Bagi pelangkung baru dia tahu. Honeymoon?

Amar pula tersenyum nakal. Nur Dini mengerutkan dahinya. Baru dua puluh satu tahun, dah fikir honeymoon. Apada.

Aisyeemmmm!

“Tak sesuai…” Aisyemm!

Bukan main sakan lagi Nur Dini bersin. Apalah yang dok kacau hidungnya pun tak tahu? Dia sendiri pun sudah penat bersin. Setiap kali bersin, pasti dia tidak lupa mengucapkan… Alhamdulillah. Papanya pernah berpesan begitu kerana setiap kali kita bersin, jantung kita berhenti berdenyut sesaat.

“Tak sesuai apanya kau ni. Nampak sangat anak manja. Masuk kampung sikit, dah allergic…”

“Tak sesuai honeymoon kat sinilah. Tak malu dengan orang kampung ke?”

“Keyra pun sependapatlah,” Keyra tersenyum lebar. Tak sangka ada juga yang mempunyai pemikiran yang sama dengannya. Sama-sama perempuan kan. Pasti pemikiran pun menjurus ke arah yang sama juga.

“Korang perempuan, mana tahu,” ujar Azman.

Sebaik Nur Dini buat gaya mahu bersin, Amar pantas mengepit hidung mancung itu. Berlapik dengan kain pelikat dialah. Terus gadis itu tak jadi bersin. Tapi, tiga saat kemudian… aisyemm! Cologne Amar pula yang menyebabkan dia bersin kali ini.

“Jangan pegang hidung oranglah. Bukan muhrim…”

“Berlapik kot…” Aisyemmm! Amar mengangkat kening. Penyakit betul minah ni.

“Kami masuk surau dululah, demam pulak mek Dini ni,” Keyra sudah menarik lengan Nur Dini untuk berlalu ke surau yang tidak jauh dari situ.

“Eh, kejap. Mar, kau pergi teman dia orang. Gelap kot nak sampai surau,” suruh Azman. Sempat dia membuat isyarat berterima kasih.

“Hmmm…”

Amar mengekori di belakang Nur Dini dan Keyra sambil membuang pandang ke sekelilingnya yang masih gelap. Azman kembali membunyikan inhaler di tangannya. Dia tak naklah tanggung dosa jika ada pelajar yang tidak bangun solat. Lebih baik dia kejutkan mereka.

*****

Selepas sahaja selesai solat subuh berjemaah dan tazkirah pendek dari ustaz kolej yang dijemput khas, pelajar-pelajar bergerak kembali ke khemah. Kemudian, mereka ke tandas yang disediakan untuk membersihkan diri. Setelah itu, mereka berkumpul di khemah besar untuk bersarapan. Rata-ratanya, pelajar lelakilah yang paling cepat.

“Dini, kau bersin lagi tak?” tanya Keyra, prihatin.

“Tak dah. Lepas solat tadi, terus tak bersin dah. Pagi tadi sebab sejuk sangat kot,” jawab Nur Dini sambil menyuap bihun goreng ke mulutnya.

“Nasib baik tak demam. Tak seronoklah kalau demam time camping macam ni. Nak buat apa pun tak selesa,” kata Keyra ramah.

Keyra atau Syakira merupakan salah seorang pelajar terbaik fakulti mereka. Tapi, gadis itu tidak sombong. Dia lebih bersikap terbuka. Nur Dini juga senang berkawan dengan Keyra. Gadis itu pandai menjaga batasnya. Cuma, dia tak berkenan dengan kemesraan Keyra dan Azman. Macam melampau saja. Keyra pula seorang yang bertudung. Lagilah, tak elok dipandang.

“Nak join boleh?” Muncul Azman di belakang Nur Dini. Keyra tersenyum manis.

“Boleh aje. Anything for you, honey,” Azman tersengih dan mengambil tempat duduk di sebelah Keyra.

Nur Dini senyum nipis. Mulalah nak bermesra bagai tu. Ini yang dia lemah ni, Dulu, di oversea… dia terpaksa menunduk ketika berjalan. Tidak mahu terpandang sesuatu yang tak patut. Lebih-lebih lagi, kehidupan orang putih sangat terbuka. Kadang-kadang, Nur Dini termalu sendiri.

“Aku pun nak join,” Dengan selambanya Amar duduk di kerusi bersebelahan Nur Dini. Gadis itu menjarakkan sedikit kerusinya.

Ini lagi sorang, mamat celup. Rasa macam nak lempar cakera saja sekarang ni. Pakai pinggan. Mau putus kepala mamat-mamat ni. Jahatnya fikiran Nur Dini tika ini.

“Kau memang suka Dini eh, Amar?” Tiba-tiba Keyra melontarkan soalan cepu cemas.

Hello, aku pun ada taste okey. Aku tunggu awek aku, tak muncul lagi. Aku duduk ajelah kat sini dulu. Daniel dengan Kaer… hmmm… sibuk dengan awek dia orang,” Nur Dini membuang pandang ke sekeliling.

Kebanyakannya duduk berpasangan. Dia terkeluh kecil. Ada yang dok cuit mencuit, bergelak ketawa, tampar menampar. Kenapa dengan semua orang? Macam inikah gaya hidup seorang Muslim? Dia sangka, balik ke Malaysia… tak ada lagilah budaya Barat yang perlu dia lihat. Nampak gayanya sama sahaja.

“Dini, kau okey ke?” tegur Keyra. Nur Dini tersedar.

“Aku okey…” Seperti nak tak nak saja dia menjawab.

“Dua orang kat depan kau ni… dah kahwin,” kata Amar perlahan. Nur Dini tersentap. Hah! Dah kahwin?!

“Rahsia tau, Dini. Tak nak yang lain tahu,” Azman mendekatkan jari telunjuknya ke bibir.

“Awalnya kahwin,” Nur Dini sengih nakal. Keyra membalas sengihan Nur Dini.

“Pilihan keluarga, Dini…”

“Oh, congrates. Nak jugaklah kahwin awal,” Amar mencebik.

“Ada ke orang yang nak kahwin dengan kau? Sejuk sikit, dah bersin,” ejek Amar.

“Awak kisah apa. Bukan awak yang nak jadi suami saya pun. Suka hati sayalah,” Azman dan Keyra tergelak.

Darling, puas I cari you. Kat sini rupanya,” Geena memeluk bahu Amar selamba. Nur Dini yang tengok, macam nak termuntah.

‘Wifey’ awak dah datang. Pergilah. Shuhhh,” Amar menjeling Nur Dini rapat. Ada ubi, ada batas. Ada can, aku balas.

Amar terus berlalu mengikut Geena ke meja lain. Nasib badan dapat awek suka menggedik. Dia juga yang dok melayan tu siapa suruh.

“Beranikan kau, Dini. Kalau orang lain, memang tak beranilah cari gaduh dengan Amar tu. Semuanya nak berbaik dengan dia,” ujar Azman.

“Ha’ah, kami pun sebelum ni tak berani nak tegur dia. Ni first time aku berani sembang dengan Amar tu berdepan,” sambung Keyra pula.

“Alah, tak teruk pun gaduh dengan si Amar tu. Tak adalah dia kacau teruk-teruk lagi. Cuma, bertikam lidah tu… dah biasa. Tak adalah gengster mana pun,” balas Nur Dini.

Pada pendapatnya, Amar dan gengnya tak adalah teruk sangat. Mereka cuma nakal sahaja. Kalau dibandingkan dengan seorang rakan dia yang pernah dibuli dengan senior student di universitinya dulu, Amar boleh dikategorikan sebagai baik. Masih ada hati perut.

“Sebab perempuan kot. Kalau lelaki, memang kena teruklah. Tayar motor, kereta wajiblah dipancitkan atau dipecahkan terus. Kena pukul dah jadi rutin,” jelas Azman.

Terangkat kening Nur Dini. Jauh bezanya pandangan mereka.

“Tapi, saya tak buat pun semua yang Amar cakap tu. Tak terlintas langsung nak buat benda-benda mengarut macam tu,” adu Nur Dini.

“Mungkin ada orang yang nak kenakan kau kot. Adalah tu orang yang tak puas hati. Kau jangan risaulah. Walaupun Amar macam tu, dia masih ada hati perut lagi,” Azman cuba menyedapkan hati Nur Dini.


Nur Dini hanya terangguk. Sebentar kemudian, dia tersenyum memandang pasangan muda di hadapannya. Sweetnya! Fikirannya bagai melayang sahaja. Nak saja dia suruh papa dan mamanya mencari jodoh untuknya. Dia malaslah nak buang masa bercinta bagai. Mood gatal dia dah datang dah! Peninglah kepala papa mama dia nak cari calon. Nur Dini ni pun boleh tahan cerewet juga dalam bab-bab mencari pasangan hidup.

p/s : part 3 punya macam mana? okey tak? heee

2 comments:

  1. okay2.... kira pnjg lagi ek? Hehehehehe
    Best2... Akak pndai uat ek cerpen? ♥
    Hehehehe... syg kak ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tq, dik. panjanglah jugak. pandai sikit2 ja. tak expert pun. syg dik balqiz jugak. :D

      Delete