Thursday 25 July 2013

cerpen : she's my wife aka my doctor 1


“ Comellah wife you.”

            “ Cantiklah wife abang.”

            “ Sepadan sangat korang. Macam coke and sundae.”

            “ Jealous beb tengok ko. Wife ko tuh, fuhhh.”

            Pujian demi pujian dilemparkan saat Isqandar Ryan, pelakon terkenal memperkenalkan isterinya, Irdina Tasnim kepada dunia. Opsss! Malaysia je kot. Gila tak kecoh. Tup tup terus bawa ke sidang media mengaku dia punya scandal tu wife dia. Dulu, bila ditanya media. Yang keluar hanya jawapan cliché. Ayat sembunyi diri atau ayat selamat yang diberi.

            “ She’s my bestfriendlah.”

            “ Indeed, dia anak kawan mama. Sebab tu kita rapat.”

            “ No. Kami cuma kawan. Tak tahulah ke depan macam mana.”

            Dan sekarang? Ambik kau, Isqandar Ryan. Kau sendiri yang kenalkan wife yang kononnya bestfriend kau, anak kawan mak kau kat seluruh Malaysia ni. Beb, peminat kau ramai kot. Kecewa sudah hati mereka. Nasib baik dia orang semua puji. Bukan mengeji.



Isqandar Ryan punya cerita….

“ Dah kenapa senyum macam tu. Mama takkan tarik balik pinangan mama untuk Ryan. No,” tegas Puan Jeslina. Mati terus senyuman lebar Isqandar.

“ Mama memang tak sayang anak mama, kan? Sampai hati mama,” rajuk Isqandar. Puan Jeslina menjeling anak keduanya itu.

“ Whatever. Yang mama tahu, next two weeks, you will be a husband for this cuties girl. Indeed, I just want her to be my daughter in law. Fullstop,” putus Puan Jeslina. Dia keluar dari bilik anak terunanya itu. Isqandar menghempas badannya kuat ke atas katil. Ini memang kerja gila. Tak pernah terlintas langsung. Kalau dia macam Yasmin Mogahed, mungkin it’ll be consider. If not? Goodbye then. No way. Anak dara orang tu.

“ Can I just be alone. Teman mama sampai tua. Pergi umrah balik umrah.  Buat haji. Just me and mama. Wife? Can be my wife is not a doctor? How ‘bout my hope. Harapan palsu. Impian kosong. Doctor, huh,” Isqandar bermonolog sendiri. Jari telunjuk kanan ditunjal ke dahi sendiri.


Irdina Tasnim punya story telling…

“ Dina boleh terima dia sebagai husband Dina KALAU dia suka Yasmin Mogahed. If not, I can’t consider anymore, daddy,” Irdina cuba membantah perkahwinan yang diatur.

“ Dina kahwin dengan dia dulu. Then, you ask him about your Yasmin Mogahed. Maybe he like it,” Tan Sri Haidhar tidak jemu memujuk anak tunggalnya.

“ Maybe he like it, daddy? If not? What about me, daddy? Terus jadi wife dia? Exactly, daddy. We have nothing to share,” telagah Irdina. Dia tidak mahu kalah.

“ Then you choose. Your marriage or daddy dedahkan you, Irdina Tasnim as my only child. You’ll be hate it, darling,” ugut Tan Sri Haidhar. Bulat mata Irdina saat daddynya ugut mahu mendedahkan identiti yang selama ini disimpan kemas. Yes. Irdina Tasnim binti Haidhar. Or Tan Sri Haidhar. Jutawan terkemuka. Everybody knows him.

Irdina menelan air liur kasar. “ Then I choose…marriage,” Tan Sri Haidhar tersenyum lebar. Nah, ini baru cun. Dipeluk anak daranya itu. Irdina tersenyum nipis.
…………………………………………………………………………………………….

“ Berbesan juga kita ya, Yan,” Puan Sri Azyan mengangguk.

“ Itulah. Bukan main payah lagi abang Haidhar nak pujuk si Dina tu. Siap kena ugut baru setuju,” Puan Jeslina ketawa perlahan.

“ Anak teruna Jes pun samalah, Yan. Kena ugut juga. Kalau tak, kempunan Jes nak tengok dia kahwin,” Mereka sama-sama ketawa.

“ Apa yang dibincangkan ni? Bukan main seronok lagi,” sampuk Tan Sri Haidhar.

“ Gelakkan anak-anak, abang. Bukan main masam lagi anak-anak kita tu. Nasib baik bukan majlis sanding,” ketawa Puan Sri Azyan masih bersisa.

“ Alhamdulillah. Selesai juga. Amanah arwah Umar dah kita jalankan. Nak tengok budak berdua tu kahwin,” kata Tan Sri Haidhar sayu.

“ Insya Allah. Doakanlah tahun depan dapat jugak kita dapat cucu, bang,” seloroh Puan Sri Azyan.

“ Jes cakap jujur. Memang best bila first time dapat pegang cucu. Tak tergambar macam mana rasanya. Indah sangat,” ujar Puan Jeslina.

“ Ini yang buat saya tak sabar,” Tan Sri Haidhar mencuit bahu Puan Sri Azyan.
“ Ha’ah. Kita sama-samalah berdoa. Teringin sangat nak pegang baby. Comelnya,” Puan Sri Azyan sudah berangan.

“ Macam mana kalau Isqandar tahu pasal hal sebenar?” soal Puan Jeslina. Mereka mengeluh serentak.
            ………………………………………………………………………………………………

“ Apartment je awak mampu beli? Ingatkan dah boleh duduk banglo tadi. Apalah yang orang suka sangat puji awak ni pandai cari duit,” tempelak Irdina.

“ Mulut awak tu jaga sikit, eh. Kalau tak tahu apa-apa, diam. Saya nak awak duduk sini diam-diam. Saya tak nak kalau orang tahu awak keluar masuk rumah saya. Masalah besar boleh timbul,” Isqandar meletakkan beg-beg Irdina diruang tamu.

Irdina meneliti setiap genap apartment milik Isqandar itu. dinding yang berwarna hitam, merah dan krim itu menarik hatinya. Gambar-gambar Isqandar digantung di dinding ruang tamu. Ada juga cabinet bercermin yang diletakkan khas di ruang tamu dan dihiasi dengan pasu bunga kecil serta frame-frame gambar.

“ Dah puas tengok? Dapur tak nak tengok? Tak pun bilik air ke,” sindir Isqandar.

Irdina mengecilkan matanya memandang Isqandar. Nasib baik kau laki aku. Kalau tak dah lama aku debik. Eh, silap. Kalau aku dah lama kenal kau, mesti aku dah hancurkan muka kau yang menjadi pujaan kat luar sana. Biar tak ada orang yang dok menggatal dengan pelakon ala cute tapi handsome ni. Erk. Terpuji pulak. Tarik balik.

“ Ehem. Yang tengok saya macam nak makan tu kenapa? Maaf, you’re not my taste,” kata Isqandar selamba. Irdina tersentak. You’re not my taste? Irdina menghentak kaki. Tanda protes. Aku yang punya comel ni, dia cakap bukan taste dia. Takkan taste dia perempuan yang tak cukup kain kot.

“ Whatever. Okay, where’s my room? Nak mandi. Rimas dah ni,” matanya meninjau ke kiri dan ke kiri.

“ You room? Here. Come,” Isqandar berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan.

“ Ni bilik saya?” soal Irdina. Pelik.

“ Uhuh, this is your room. With me,” jawab Isqandar selamba. Irdina mengerutkan dahinya.

“ Pardon? I’ll share this room with you?” Irdina kaget.

“ Yes. Okay what? We’re husband and wife. Why you need another room?” soal Isqandar kembali. Beg-beg milik Irdina diletakkan dihadapan almari pakaian.

“ Yeah, sure. Why not?” jawab Irdina. Dia menghenyakkan punggungnya di katil. Dia sangat penat.

“ Awak boleh kemaskan barang awak. Saya dah kosongkan almari sebelah sini. You can put your thing anywhere you want. No harm. Saya tak kejam,” kata Isqandar. Walaupun dia tidak suka akan perkahwinan ini. Dia harus terima demi mama. Dia nak mama gembira.

“ Then, I’ll unpack happily,” balas Irdina. Senyumannya masih berharga untuk dijual kepada lelaki yang baru bergelar suaminya itu. Isqandar berlalu ke ruang tamu. Memberikan ruang untuk Irdina mengemaskan barang-barangnya.
……………………………………………………………………………………………..

Mendengar bunyi sudip berlaga dengan kuali, Irdina menjengahkan kepalanya ke dapur. Melihat sang suami yang sedang berkeletang keletung itu, dia membawa diri ke dapur. Dia duduk di kerusi tinggi paras pinggangnya.

“ Bravo. You did cook all the thing,” kata Irdina. Isqandar tidak berpaling. Dia kusyuk menyediakan makanan kegemarannya. Tom yam campur.

“ Lain hari, awak yang masak,” balas Isqandar senada.

“ No problem. But, please. Just makan and jangan complaint,” Irdina tersenyum.

“ Erm, we wait and see,” balas Isqandar. Matanya masih tidak memandang Irdina dibelakangnya.

“ Saya pernah baca articles pasal awak dekat magazine. You said that your wife mesti kena pandai masak, faham kerja awak and kalau boleh mama awak suka. Then, sekarang awak dah kahwin. Dan, cuma satu je yang saya ada sekarang,” Irdina cuba menarik Isqandar untuk berbual dengannya. Isqandar menutup dapur elektrik. Dia berpaling.

Zap! Comelnya dia. Rambut dia.

“ Hmmm, nice hair,” puji Isqandar tanpa sedar.

“ Thanks,” ucap Irdina sepatah.

“ Apa yang awak ada dalam tiga point tu?” soal Isqandar ingin tahu. Dia duduk berhadapan dengan Irdina.

“ Your mum like me. Can I just said she love me,” jawab Irdina mesra. Betul ke apa aku cakap? Arh, lantaklah.

“ Then, I should love you too. Awak tak perasan ke ada yang keempat?” Isqandar mengangkat keningnya.

Irdina mengangkat sebelah keningnya. “ Shoot. You will love whoever your mum love,” tukas Irdina.

“ Exactly. So, sekarang awak boleh anggap I love youlah,” Irdina menjegilkan matanya.

“ You said you love me in the kitchen? Uhuh, you’ve no sense,” Isqandar tersenyum nipis. “ Hey, chill. No heart feeling. Just kidding,” Irdina ketawa.

“ I know. Can you help me? Tolong ambilkan pinggan kat almari belakang tu,” pinta Isqandar. Irdina menurut.
………………………………………………………………………………………………

“ Thanks. Dinner yang superb. Tak sangka dapat merasa air tangan Isqandar Ryan, pelakon kacak Malaysia,” Irdina mengambil bantal kecil bersegi empat. Dia memeluk bantal kecil itu.

Isqandar tersenyum sinis. “ My pleasure.”

Irdina tersenyum hambar. Malas melayan. Dia menumpukan perhatian ke kaca televisyen. Rancangan Bersamamu sedang ditayangkan. Seminit, dua minit, lima minit. Irdina mula menguap.

“ Saya masuk tidur dulu. Mengantuk tahap cipan dah,” Irdina cuba membuka matanya. Namun gagal.

“ Goodnight,” ucap Isqandar. Macam menghalau je. Whateverlah. Janji boleh tidur.

Nanti dia tidur dengan aku ke? Takkan kot. Hish. Buat apa aku nak fikir. Biar ajelah. Dia bukan boleh buat apa pun, kan. Dalam dok pertimbangkan hal yang tak logic, Irdina sudah terlena. Entah pukul berapa dia terjaga kerana terdengar bunyi guruh. Matanya dicelikkan. Dalam samar-samar dia ternampak Isqandar sedang tidur pulas disebelahnya.

Dia melihat jam di dinding. Pukul lima setengah. Irdina berkira-kira mahu sambung tidur tetapi bila memikirkan takut terlajak subuh, dia bangun ke bilik air. Setelah mandi dan solat subuh, dia masuk ke dapur. Melihat bahan-bahan yang sesuai untuk dibuat sarapan.

“ Awalnya bangun,” tegur Isqandar. Matanya sekejap celik sekejap tutup.

“ Dah mandi so mata segar. Dah tak boleh tidur. Ingat nak buat breakfast,” balas Irdina. Matanya melingas mencari bahan yang dia inginkan.

“ Yelah. Awak tengoklah apa yang ada,” kata Isqandar.

“ Eh, awak,” Isqandar memandang Irdina. “ Awak makan apa-apa aje kan? Saya takut awak ada alahan ke apa ke,” jari telunjuknya mengetuk meja.

“ No worries. Janji makanan tu tak bawa mudarat, okay je,” jawab Isqandar. Dia kembali ke bilik.

Setengah jam kemudian, sarapan sudah tersedia di atas meja. Nasi goreng tom yam dan air milo panas. Hujan masih lebat di luar. Irdina berdiri ditingkap. Suasana di luar juga masih gelap. Tambahan pula, tengah hujan lebat. Bertambah kelamlah pagi itu.

“ Saya kerja pagi ni. Awak buatlah apa awak nak buat. Kalau bosan, saya tinggalkan kereta. Guna je,” terangkat bahu Irdina. Dia berpaling.

“ Bagi salam boleh tak? Ini main terjah je,” Irdina berkata geram. Dia melabuhkan punggungnya di sofa yang berwarna merah.

“ Sorry. Assalamualaikum,” Isqandar turut melabuhkan punggungnya di sofa itu. Namun jarak mereka agak jauh.

“ Waalaikumsalam. Guna kereta awak? Are you serious, boy? Tak takut ke orang tengok saya bawa kereta awak?” tanya Irdina bertalu-talu.

“ Nak takut apa? Don’t worry. Saya tak pernah guna lagi kereta tu. Simpan aje kat bawah. Semalam saya dah panaskan enjin,” jelas Isqandar.

“ Tengoklah kalau saya ada hati nak keluar. Tapi, saya rasa saya ambil teksi je,” kata Irdina. Isqandar memandang Irdina pelik.

“ Awak tak pandai drive?” tanya Isqandar.

“ Boleh je. Tapi, dah lama tak drive. Setahun lebih,” jawab Irdina jujur. Isqandar mengangguk.

“ Apa-apalah. Selalunya tengah hari mama datang sini. Itu pun kalau saya ada kat sini. Tak tahulah kalau hari ni dia tak datang,” ujar Isqandar.

“ Can I ask you something?” Irdina memandang Isqandar. Isqandar mengangkat keningnya.

“ Awak bukan tinggal kat sini, kan?” soalan Irdina membuatkan Isqandar terbangun.

“ Apa…apa maksud awak?” tanya Isqandar kembali.

“ Hmmm,” Irdina bangun menuju ke tingkap. “ This curtain, dah berbau hapak sedikit. Pokok kat luar tu dah layu. Pintu gelongsor ni agak ketat. And, barang dapur awak kurang,” Irdina memandang Isqandar tajam.

“ Sorry. Saya tak dapat bawa awak balik rumah baru saya. Awak tahu, kan. Wartawan sentiasa memerhati tindak tanduk saya. Saya tak nak nanti timbul gossip. Kita pun dah janji akan rahsiakan hal ni,” jelas Isqandar.

“ Saya terima alasan awak. Kalau macam tu awak akan jarang balik sini,”


“ Selalunya saya akan balik sini kalau penat nak drive balik sana. Lagipun, peminat saya dah tahu pasal rumah baru saya. Jadi, dia orang dah tak ambil pasal rumah saya kat sini,” balas Isqandar.

8 comments: