Tuesday 23 July 2013

novel : secret that nobody knows 2



“ Sayang fikir apa tu?” soal Fariq. Airis membetulkan duduknya. Dia memandang Fariq yang sedang memandu sekilas.

“ Nothing. Cuma teringat je masa kita kat kampung dulu,” jawab Airis jujur. Fariq mengangkat keningnya.

“ Masa abang nak lamar Sya ke, sayang?” soal Fariq lagi sambil tersengih.

“ Yelah. Ingatkan orang tu tak suka kat kita. Alih-alih slumber badak dia je masuk meminang. Bukan nak tanya dulu,” kata Airis. Fariq ketawa.

“ Ala, abang tahu Sya suka kat abang. Sebab tu abang suruh aje mama and papa masuk meminang,” balas Fariq.

“ Yelah tu. Lama lagi ke nak sampai rumah mak tok abang?” soal Airis.

“ Tak lama dah. Depan tu aje,” jawab Fariq. Hampir enam jam Fariq memandu untuk ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Airis teringin sangat berjumpa dengan tok wan dan mak tok Fariq.

“ Abang, Sya nak tanya something boleh?” tanya Airis. Dia menatap wajah kacak Fariq di sebelahnya.

“ Hmmm, sejak bila nak tanya abang pun minta permission? Selalunya main terjah aje,” usik Fariq.

“ Ish, orang serius ni,” rajuk Airis.

“ Abang gurau jelah. Nak tanya apa?” Fariq mengetuk perlahan stereng keretanya.

“ Kalau nanti Sya dah tak ada, abang cari lain tak?” soal Airis dengan nada yang serius.

“ Kenapa Sya tanya macam tu?” soal Fariq kembali. Dia tidak senang dengan pertanyaan Airis itu.

“ Sya tanya je. Manalah tahu. Kita kan tak tahu bila ajal kita. So, I’m just asking you,” jawab Airis.

“ Jawapan abang, abang tak tahu apa yang berlaku ke depan. So, abang tak tahu apa akan jadi kalau Sya tak ada. Semua tu rancangan Allah,” kata Fariq. Airis tersenyum.


“ Airis pandai makan ulam? Selalunya orang bandar jarang dapat makan ulam-ulam ni?” soal mak tok Fariq, Tok Piah.

“ Airis pun asal kampung juga, mak tok. Selalu jugak makan ulam kalau balik kampung atuk,” jawab Airis.

“ Rumah atuk kamu dekat mana?” soal Tok Piah. Dia mencabut rumput-rumput yang sudah panjang di belakang rumah.

“ Kedah. Dekat dengan rumah arwah atuk dengan nenek Fariqlah. Berjiran aje,” jelas Airis.

“ Lah, kamu ni cucu Tok Majidlah ya. Mak tok dengan tok wan dah lama tak jumpa Tok Majid. Dulu selalu jugak pergi sana bila papa Fariq buat kenduri. Sejak arwah nenek dengan atuk Fariq dah tak ada, dah jarang sangat pergi Kedah,” ujar Tok Piah.

“ Oh, ye ke? Kalau macam tu apa kata nanti sebelum balik KL, Airis ajak Fariq singgah rumah Tok Majid. Boleh mak tok dengan tok wan jumpa dengan Tok Majid,” cadang Airis.
“ Hah, boleh jugak tu. Jom masuk. Dah nak senja ni,” Tok Piah mendahului Airis masuk ke dalam rumah.

“ Baru bangun, Riq?” soal Tok Hanafi, tok wan Fariq. Fariq duduk di sebelah Tok Hanafi di ruang tamu.

“ Ha’ah, penatlah drive. Dah lama tak drive jauh,” jawab Fariq sambil menguap kecil.

“ Biasalah tu. Lagi sebulan nak kahwin ni. Dah ready?” Tok Hanafi tersenyum penuh makna.

“ Sebab dah readylah nak kahwin ni, tok wan. Umur pun dah tua. Tak adalah mama nak bising-bising nanti,” kata Fariq.

“ Eloklah tu. Tak sabar pulak tok wan nak ada cicit. Dah lama sangat rumah ni sunyi dengan suara budak-budak,” Fariq sudah tersengih macam kerang busuk. Malu sebenarnya apabila isu cicit yang dibangkitkan oleh Tok Hanafi.

“ Apa yang dibualkan dua beranak ni. Bagi petua ka, abang haji oi?” sampuk Tok Piah. Airis meletakkan dulang di atas meja coffee.

“ Petua apanya. Ni dok suruh Fariq bagi kita cicit cepat-cepat,” balas Tok Hanafiah. Merah pipi Airis disuik begitu.

“ Depa ni kahwin pun tak lagi. Dah fikir pasal cicit. Tak menyempat,” omel Tok Piah.

“ Alah, kalau nak berangan apa salahnya. Bagi kami cicit ramai sikit ya, Riq, Airis,” Fariq menggaru belakang kepalanya. Airis pula menunduk. Segan.

Setelah seminggu Fariq dan Airis berada di Kepala Batas, mereka ke Kedah pula. Menjenguk Tok Majid. Itupun hanya sekejap sahaja apabila Fariq ada kerja yang perlu diselesaikan di syarikat. Cuti Airis pula dah sampai ke penghujung sebelum dia melaporka diri di syarikat Encik Halim. Tok Hanafi dan Tok Piah tak dapat ikut serta kerana ada kenduri di rumah jiran mereka.




“ Arianna!” jerit satu suara kuat.

“ I’m here. Upstair. Bilik tengah,” sahut tuan punya nama yang dilaung.

“ Ria buat apa kat sini?” soal Puan Sri Harlina, mummy Arianna.

“ Ria rindu arwah abang. How I wish he’s here with me. I still can smell his perfume. Ria dapat rasa kehangatan arwah abang, mummy,” jawab Arianna. Matanya berair. Dia terlalu rindukan arwah abangnya yang meninggal disebabkan kemalangan enam bulan lepas.

“ Tak baik tau kalau Ria macam ni. Kalau Ria rindukan arwah abang sangat, Ria bacakan Yassin untuk dia. Itu lebih elok dari kita asyik meratap pemergian orang yang dah tak ada,” nasihat Puan Sri Harlina.

“ I’m sorry, mummy. Ria tahu apa yang Ria buat ni tak elok. Lain kali Ria tak buat lagi,” janji Arianna. Dia tahu mummy dan daddynya juga turut bersedih dengan pemergian satu-satunya anak lelaki mereka.

“ Dah, jom turun. Daddy dah tunggu kita kat bawah. Nanti tak pasal-pasal muncul The Hulk pulak sebab ada orang lapar. Kita pula dia ngap karang,” seloroh Puan Sri Harlina. Arianna mengelap air matanya. Dia tersenyum.

“ Apa yang lama sangat kat atas tu. Lama tau daddy tunggu nak makan,” kata Tan Sri Kasyfi. Dia berpura-pura merajuk. Arianna memeluk daddynya dari belakang.

“ Dah turun pun. Tak macholah kalau daddy merajuk. Buruk je Ria tengok,” Tan Sri Kasyfi menarik lembut hidung anak gadisnya. Sememangnya Arianna pandai dalam bab pujuk memujuk ini. Puan Sri Harlina hanya menggeleng melihat keletah dua beranak itu.

“ Duduk. Nanti daddy makan Ria baru tahu,” Arianna duduk di sebelah daddynya. Puan Sri Harlina turut mengambil tempat di meja makan itu. Mereka menikmati makan malam dengan suasana yang ceria.

Sejak anak lelaki Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina meninggal, rumah itu agak sunyi dengan senda gurau yang sering meriuhkan rumah banglo itu. Menantu mereka pula entah ke mana dengan lelaki lain. Namun mereka beruntung kerana ada cucu yang menemani saat-saat tua mereka. Bayi comel yang ditinggalkan anak lelaki dan menantu mereka.

 Arianna yang berkerjaya sebagai interior designer hanya menggunakan kepakaran apabila diperlukan sahaja. Dia lebih senang bekerja sendiri daripada menjadi orang bawahan. Kadangkala Puan Sri Harlina membantu anak gadisnya itu mencari pelanggan. Kebanyakkan pelanggan yang menggunakan khidmat Arianna memuji akan kerja-kerjanya yang teliti dan kemas.

“ Anak mama apa khabar hari ni?” Arianna mendukung Zarra, anak saudaranya di halaman rumah.

“ Ria dah jumpa kak Aisyah?” tanya Puan Sri Harlina. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi santai di halaman rumah. Tidak jauh dari Arianna.

“ Belum, mummy. Insya Allah kalau orang yang daddy upah tu jumpa kak Aisyah, dia bagitahu kita,” jawab Arianna. Tumpuannya masih kepada bayi yang baru berusia enam bulan itu.

“ Macam mana kalau Shauqi dah…,” Puan Sri Harlina menunduk. Arianna yang perasan akan maksud Puan Sri Harlina mendekati mummynya.

“ Insya Allah. Kak Aisyah tak akan apa-apa. Mummy janganlah risau, eh. Zarra, tengok tok mummy dah nak nangis. Tak cantik dah, kan,” Arianna cuba menghilangkan kesedihan Puan Sri Harlina.

“ Meh sini dekat tok mummy,” Puan Sri Harlina mengambil Zarra dari dukungan Arianna.

“ Mummy rasa Ria patut jadi ibu susuan Zarralah. Daddy ada bincang pasal ni dengan mummy,” Arianna duduk di sebelah Puan Sri Harlina.

“ Maksud mummy?” soal Arianna.

“ Mummy ada kenal seorang mak cik ni. Dia ni bekas bidan. Memang pandailah bab-bab mengurut ni. Apa salahnya kalau Ria cuba. Lagipun dah ramai perempuan yang ambil anak angkat sanggup keluarkan susu badan untuk buat bayi jadi anak susuan mereka,” jelas Puan Sri Harlina.

“ Jadi mummy nak Ria menyusukan Zarra? Boleh ke mummy dalam Islam?” soal Arianna lagi.

“ Insya Allah. Mummy ada search kat internet and tanya pada ustazah. Kalau benda tu tak memudaratkan kesihatan, Insya Allah kita boleh guna cara tu. Ria boleh jumpa dengan doctor untuk ambil pil hormon. Tapi sebelum tu kena dengar dulu nasihat pakar,” jawab Puan Sri Harlina panjang.

“ Kalau itu yang terbaik apa salahnya, mummy,” setuju Arianna. Puan Sri Harlina gembira kerana Arianna bersetuju dengan cadangannya.

Sebenarnya Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina takut kalau Aisyah kembali ingin mengambil Zarra daripada mereka. Lebih baik mereka bertindak sebelum ada perkara yang tak diingini berlaku. Mereka dah jaga Zarra enam bulan dan sepanjang itulah sedikit pun Zarra tidak diabaikan.


“ Ria nak pergi mana ni?” tanya Puan Sri Harlina cemas apabila Arianna kelam kabut mencapai kunci kereta milik arwah Zecky, anak lelaki mereka.

“ Ria nak keluar sekejap. Ada benda yang Ria nak settle,” jawab Arianna sambil menyarungkan kasut.

“ Kan dah malam ni. Esok tak boleh ke?” Puan Sri Harlina menarik tangan Arianna.

“ Mummy, Ria keluar sekejap aje. Nanti Ria baliklah,” Arianna cuba melepaskan tangannya dari pegangan mummynya.

Tanpa menghiraukan panggilan Puan Sri Harlina, Arianna tetap menghidupkan enji kereta dan berlalu pergi. Puan Sri Harlina mengeluh. Dia cuba menelefon suaminya namun tidak berjaya. Semua panggilannya tidak dijawab.

“ Amani. Tolong aku,” kata Arianna sebaik panggilan telefonnya dijawab.

“ Eh, kau kenapa ni?” soal Amani kalut.

“ Nanti aku cerita. Sekarang ni aku nak kau tolong aku,” Arianna mengelap air matanya dengan tangan kiri. Manakala tangan kanannya sibuk mengawal stereng. Nasib baik dia memakai handsfree.

“ Okay. Kau nak aku tolong apa?” tanya Amani.

“ Kau tolong telefon polis. Nanti aku tekskan alamat rumah. Kau pergi rumah tu dengan polis sekali tau,” minta Arianna.

“ Okay. Kau kat mana ni?” tanya Amani lagi.

“ Aku on the way nak pergi jumpa kak Aisyah. Tolong aku tau. Bye,” Arianna memutuskan panggilan tanpa menunggu Amani membalasnya. Dia mengsms alamat sebuah rumah kepada Amani.


Untuk menuju ke tempat yang dimaklumkan oleh informer yang diupah Tan Sri Kasyfi, Arianna terpaksa melalui kawasan gelap yang pernah mengakibatkan arwah Zecky kemalangan enam bulan lepas. Jalan itu lebih dekat berbanding dia perlu melalui jalan yang banyak traffic light.

Arianna ingin cepat bertemu dengan kakak iparnya sebelum dia lari. Dia harus membawa Aisyah pulang ke rumah. Ketakutan untuk melalui kawasan yang gelap itu dibuang jauh-jauh. Lagipun kawasan itu agak dekat dengan pekan. Entah di mana silapnya, ada motorsikal tiba-tiba melintas tanpa Arianna sedar.

Tangannya kalut mengelak daripada merempuh motorsikal itu. Namun takdir Allah siapa yang tahu. Kereta Arianna bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan. Dia hanya pasrah akan apa yang bakal berlaku. Cahaya yang memancar dihadapannya menjadikan Arianna sukar untuk mengelak.

Perlanggaran berlaku! Arianna mengerang kesakitan apabila kakinya tersekat di bawah kerusi. Dia cuba menarik kakinya namun tidak berjaya. Saat itu dia terhidu petrol di atas jalan. Dengan sekuat hati Arianna menarik kakinya. Akhirnya dia berjaya. Pergerakannya yang perlahan membuatkan dia mahu meraung di situ.

Bau petrol semakin menusuk ke rongga hidung Arianna. Dia perlu cepat keluarkan mangsa daripada sebuah kereta yang terlibat dengannya. Dia semakin hampir dengan kereta itu.

“ Awak, cepat keluar,” panggil Arianna lemah. Dia mengengsot lebih rapat dengan kereta itu.

“ Awak dengar saya tak?” Arianna seakan ternampak tangan yang melambai lemah. Dengan tenaga yang masih bersisa, dia menarik tangan itu. Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki datang membantunya.

Beberapa minit kemudian, letupan berlaku. Kedua-dua kereta hancur berkecai. Arianna menangis kecil. Dia terpandang gadis yang turut terlibat dalam kemalangan itu.

“ Awak okay tak?” soalnya.

“ Saya…saya…okay,” jawab gadis itu lemah. Matanya jatuh pula kepada pasangan suami isteri. Lelaki yang membantunya mengeluarkan gadis tadi. Kelihatan lelaki itu cemas apabila isterinya mengerang kesakitan hendak bersalin.

Gadis itu mengengsot perlahan menghampiri pasangan itu. Arianna turut berbuat demikian.

“ Cik, cik berdua bertahan ya. Sekejap lagi ambulance sampai,” lelaki itu menenangkan Arianna dan gadis itu.

“ Isteri…isteri…encik okay ke?” tanya gadis itu sambil menahan kesakitan.

“ Isteri saya dah sampai masa nak bersalin, cik,” jawab lelaki itu cemas.

“ Kalau nak tunggu…ambulance, lambat…lagi. Apa kata puan melahirkan…sahaja,” cadang gadis itu. Wanita mengandung itu mengangguk. Dia rasa dia sudah tidak mampu bertahan lagi.

“ Guna ni,” Arianna menyerahkan sweaternya kepada si suami. Gadis itu membantu si isteri untuk bersalin. Arianna cuma berada di tepi. Memberi sokongan kepada wanita itu.

“ Alhamdulillah. Bayi perempuan, sayang,” lelaki itu mencium dahi isterinya.

“ Alhamdulillah,” ucap si isteri.

“ Cik, boleh kami tahu nama cik?” lelaki itu memandang gadis yang membantunya.

“ Ai…Airis,” jawab Airis lemah. Badannya terasa sangat sakit. Dia dapat merasakan masanya sudah tidak lama. Arianna pula sudah tidak bertenaga. Air matanya sahaja yang keluar. Perasaan bersalah mula menular di dalam dirinya.

Beberapa pengguna jalan itu mula mengerumuni mereka. Masing-masing membuat telahan sendiri. Airis memegang dadanya. Arianna pula sudah terbaring lemah.

“ Ambulance dah sampai,” kata lelaki itu.

“ Cik, tolong…saya,” gadis itu mendekati Arianna. Arianna memandang gadis itu dengan pandangan berkaca. Dia hanya menganggguk.



No comments:

Post a Comment