Tuesday 23 July 2013

novel : secret that nobody knows 1

actually dah pernah post dah novel ni tapi cheirumunayu terlupalah pulak emel and password blog tu...so i just repost jalah...SELAMAT  MEMBACA





“ Mama! Mama! Ow, mama!” jerit suara garau milik Fariq. Dia mula mencari-cari di sekitar rumahnya. Berlari Fariq ke hulu ke hilir mencari kelibat ibunya. “ Lah, kat sini rupanya. Puas Riq jerit panggil mama,” ujar Fariq sebaik ternampak ibunya di bawah rumah.

“  Kenapa?” soal Datin Katrina sambil mengikat kembali plastik makanan ayam. Dia berlalu ke tangga yang digunakan untuk naik ke rumah usang milik arwah datuk dan nenek Fariq dan merangkap bapa dan ibu kepada Datin Katrina. Fariq mengekori ibunya.

“ Tadi Riq lalu depan rumah Tok Majid tu. Riq nampak ada kereta mewah. Siapa, ma? Tak pernah nampak pun sebelum ni,” Fariq memandang Datin Katrina.

“ Kat depan sana tu? Anak cucu Tok Majid agaknya. Mama dengar diorang nak buat kenduri sikit. Cucu kesayangan Tok Majid baru balik dari oversea,” jelas Datin Katrina.

Tangannya sibuk mencedok air di tempayan untuk mencuci kakinya yang kotor lalu dia naik ke atas rumah. Fariq mengikut tindak tanduk Datin Katrina.

“ Oh, patutlah,” balas Fariq sambil menghadiahkan senyuman comel kepada ibunya. Ingat handsome. Tapi memang handsome pun.

“ Riq pergi panggil papa kat rumah Tok Majid tu. Dah nak maghrib ni,” arah Datin Katrina. 

“ Yelah,” Fariq berlalu menuruni anak tangga lalu berjalan menuju ke rumah Tok Majid.

Datuk Rasyid asyik berbual dengan teman lamanya. Sudah lama tidak berjumpalah katakan. Banyak perkara ingin dikongsikan. Sedang mereka berbual di sebuah pangkin diluar rumah Tok Majid, anak dara Encik Halim muncul sambil menatang dulang minuman. Dia menghidangkan minuman itu kepadanya bapanya dan Datuk Rasyid.

“ Inilah satu-satunya anak dara aku, Syid,” Encik Halim memperkenalkan anak daranya kepada Datuk Rasyid.

“ Cantik orangnya. Apa namanya?” Datuk Rasyid memandang ke arah anak gadis Encik Halim. Manis pula senyumannya.

“ Airis, uncle,” jawab Airis lembut. Datuk Rasyid mengangguk-angguk kepalanya. Airis ingin berlalu namun dia terpandang akan susuk tubuh seorang lelaki yang seakan dikenalinya. Kakinya kaku di situ.

“ Papa,” Fariq menegur Datuk Rasyid sebaik tiba di rumah Tok Majid.

“ Fariq?” Encik Halim memandang Datuk Rasyid dan Fariq bersilih ganti.

“ Siapa lagi kalau bukan Fariq. Dia seorang aje anak yang aku ada,” jelas Datuk Rasyid. Fariq mealabuhkan punggungnya disebelah Datuk Rasyid.

“ Makin handsome anak kau ni, Syid. Kalau dia ada awek keliling pinggang pun aku tak heran,” gelak Encik Halim. Airis terkaku di samping bapanya. Tidak terkutik dari tadi. Masih terkejut.

“ Handsome apanya, pak cik. Dah berbau lembu satu badan ni hah.” Malu pula dipuji begitu. Sememangnya dia baru pulang dari kandang lembu milik arwah datuknya.

“ Ala, bukannya hari-hari bau lembu,” Encik Halim masih galak mengusik. 

“ Airis ambil course apa kat Cambridge?” soal Datuk Rasyid kepada Airis yang sedang berdiri disisi Encik Halim.

“ Architecture, uncle,” beritahu Airis sambil tersenyum. 

“ Lim, bakal pengganti ke ni?” kata Datuk Rasyid sambil ketawa. Encik Halim turut ketawa.

“ Budak bertuah ni nak kerja kat company aku? Jauh panggang daripada api. Tak mahunya,” balas Encik Halim sambil menjeling ke arah anak gadisnya. 

“ Budak-budak zaman sekarang, Lim. Macam-macam agenda dalam kepala diorang. Nak buat itulah, nak buat inilah,” kata Datuk Rasyid. Sempat lagi matanya melirik ke arah Fariq. Fariq hanya buat endah tak endah sahaja akan perbualan dua rakan baik itu. Kepalanya sedang mendigest, cuba mengingati insan disebelah Encik Halim.

“ Bukan macam tu, babah, uncle. Sekarang ni cuma rasa nak rest aje. Penat sangat. Asyik tengok pelan aje. Sampai pening kepala Airis ni,” Airis cuba mempertahankan dirinya.

“ Yelah tu. Minum, Syid, Fariq,” jemput Encik Halim. Beberapa minit kemudian, Datuk Rasyid meminta diri untuk pulang.

Airis menuju ke jendela di dalam biliknya. Dia cuba meningati lelaki yang bertandang di rumahnya petang tadi. Ligat otaknya memikirkan. Beberapa minit kemudian, Airis tersenyum sungging sambil memetik jarinya.

Fariq juga turut cuba mengingati gadis yang dijumpainya petang tadi. Sekejap dia duduk di birai katil. Sekejap dia berjalan ke hulu ke hilir sambil tangannya memegang kepalanya. Namun, semuanya sia-sia sahaja. Dia tidak dapat mengingati wajah gadis itu. Dia nekad untuk pergi bertemu dengan gadis itu esok.


“ Ibu, wanginya,” sapa suara lembut milik Airis. Dia menghampiri ibunya yang sedang membancuh air milo. Puan Sarimah tersenyum memandang anak perempuan tunggalnya itu.

“ Tengoklah siapa yang buat,” kata Puan Sarimah sambil menatang air yang dibancuhnya tadi ke meja makan di dapur itu. Airis buat muka comelnya.

“ Ibu Airis Qalisyalah. Siapa lagi,” balas Airis sambil menarik kerusi di meja makan yang sederhana besar itu. “ Babah mana, ibu?” soalnya.

“ Ada kat luar tu. Tengah cuci kereta. Pergilah panggil. Kita sarapan sekali,” suruh Puan Sarimah. Airis menurut. “ Mari sarapan, ayah,” ajak Puan Sarimah apabila ternampak kelibat bapa mertuanya. Tok Majid melabuhkan punggungnya di kerusi.

“ Bila nak pergi beli barang-barang kendurinya, Mah?” soal Tok Majid. Dia meniup sedikit air kopi panas di dalam cawan.

“ Petang ni rasanya. Nanti Mah confirmkan dengan abang Halim,” jawab Puan Sarimah.

Diluar pula, Airis sibuk menolong babahnya mencuci kereta. Niat hati ingin memanggil babahnya untuk bersarapan, ditariknya pula untuk membantu mencuci kereta mewah milik Encik Halim.

“ Babah, Airis rasakan Airis kenallah anak kawan babah semalam tu,” Airis memulakan bicara.
            Encik Halim memandang anak tunggal perempuannya sambil mengangkat kening. “ Macam mana boleh kenal? Kamu berdua bukan pernah berjumpa pun,” kata Encik Halim.

“ Airis dah perah otak Airis semalam. Cuba ingat. And i've got it,” ujar Airis sambil tersenyum meleret.

“ Airis jumpa Fariq dekat mana?” soal Encik Halim ingin tahu.

“ Amsterdam. Time tu Airis tersesat and then terlanggar dia. Dia la yang tolong Airis. Kalau tak, rasanya tak adanya Airis depan mata babah ni,” cerita Airis jujur.

“ Oh, begitu. Kenapa tak tegur Fariq semalam?” soal Encik Halim lagi.

“ Adoi, babah ni. Kalau Airis ingat, tak ada la Airis perah otak Airis yang dah sebu ni semalam,” kata Airis sambil tersenyum comel.

“ Ya tak ya jugak. Ni kira babah terhutang budi dengan Fariq la sekarang ni,” Encik Halim mengusap janggut seciputnya itu sambil matanya melirih ke arah Airis.

Airis dah faham sangat dengan reaksi babahnya itu. Nak mengusik la tu. Dah tahu dah. Ini yang malas beritahu babahnya yang satu ni. Airis menghentak perlahan kakinya sebelum berlalu masuk ke rumah.

            “ Hah, babahnya mana?” soal Puan Sarimah apabila Airis sudah menonong masuk dan terus ke sinki.

“ Kejap lagi masuklah tu,” jawab Airis. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Tok Majid.

“ Ibu nak minta tolong Airis sikit ni,” Puan Sarimah memandang Airis sambil tangannya sibuk memasukkan nasi lemak ke dalam bekas.

“ Tolong apa, ibu?” soal Airis sambil menyuapkan nasi lemak ke mulutnya. Serentak itu, Encik Halim masuk ke dapur dan duduk berhadapan dengan Tok Majid.

“ Lepas makan ni tolong hantarkan nasi lemak kat rumah sebelah tu. Rumah auntie Katrina,” ujar Puan Sarimah. Selepas siap memasukkan nasi lemak ke dalam bekas, dia meletakkan bekas itu dan menyendukkan nasi ke pinggan suaminya pula. Tidak lupa dengan tanggungjawabnya itu.
“ Hah, eloklah tu. Boleh jumpa dengan abang Fariq la ye, Ris,” usik Encik Halim. Terbatuk Airis dibuatnya. Encik Halim galak mentertawakan anak perempuannya itu.
Airis menjeling ke arah babahnya. “ Babah ni kan,” geram Airis dibuatnya.

“ Lah, betullah tu. Dah alang-alang tu, cuba la bertegur sapa dengan abang Fariq kamu tu,” usik Encik Halim lagi.

Mencebik Airis disitu, namun nasinya licin juga dibedal. Puan Sarimah hanya menggeleng melihat usikan dari suaminya terhadap Airis itu. Tahulah nanti dia ingin mengorek rahsia anak beranak itu.

“ Dah habis makan tu, cepat pergi hantar. Nanti sejuk pula nasi tu,” kata Puan Sarimah. Airis bangun ke sinki dan kembali ke meja untuk mengambil bekas nasi lemak itu. Dia memandang babahnya yang sedang tersenyum mengusik itu.

“ Nak duduk situ lama-lama pun tak apa, Airis,” laung Encik Halim sambil ketawa apabila Airis sudah berada di luar rumah.

“ Airis dengan Fariq ada apa-apa ke?” soal Tok Majid. Pelik dia mendengar Encik Halim mengusik satu-satunya cucu perempuannya itu.

“ Tak ada apa-apa pun. Tadi dia cerita kat saya, Fariq pernah tolong dia dulu,” beritahu Encik Halim tanpa berselindung. Airis tidak pula menyuruhnya untuk merahsiakan hal ini.

“ Oh. Eloklah tu. Ayah tengok si Fariq tu baik orangnya,” puji Tok Majid. Memang setuju sangat kalau Airis berkawan dengan cucu arwah sahabatnya itu.

“ Itulah. Berkenan juga saya dengan budak Fariq tu. Handsome pula tu,” Encik Halim mengangguk dengan kata-katanya sendiri.


Huk! Huk! Huk! Fariq terbatuk tiba-tiba ketika sedang menjamah kuih seri muka buatan Datin Katrina.

“ Haih, bakal mentua sebut ke Fariq?” soal Datin Katrina.

“ Ish. Ke situ pula mama ni,” balas Fariq sambil mengurut dadanya yang pedih. Dia meneguk rakus air horlicksnya.

“ Manalah tahu. Kan, bang?” Datin Katrina tersenyum memandang Datuk Rasyid. Suaminya juga turut tersenyum mengusik.

“ Assalamualaikum,” suara lembut seorang gadis sedang memberi salam dari luar. Datin Katrina pantas membuka pintu belakang di bahagian dapur rumah kayu bercampur batu itu.

“ Waalaikumsalam,” jawab Datin Katrina sebaik ternampak kelibat seorang gadis sedang berdiri di muka pintu dapur itu.

“ Ibu bagi nasi lemak,” ujar Airis sambil menghulurkan bekas itu kepada Datin Katrina. Datin Katrina memandang ke arah suaminya. Dia tidak berapa kenal dengan gadis comel di hadapannya ini. Datuk Rasyid bangun dan menuju ke arah isterinya.

“ Lah, Airis. Mari masuk,” jemput Datuk Rasyid.

“ Eh, tak apalah uncle,” tolak Airis sopan. Datin Katrina mengerutkan dahinya. Sesungguhnya dia tidak kenal.

“ Jomlah, kami pun tengah sarapan. Kebetulan hari ni auntie buat kuih seri muka. Bukan selalu dapat makan. Exclusive tahu,” pujuk Datuk Rasyid. Datin Katrina kembali ke dapur sambil tanganna menarik pinggan di rak pinggan. Fariq mengangkat keningnya kepada mamanya itu. Datin Katrina hanya mengangkat bahunya memandangkan dia sendiri tidak berapa kenal dengan gadis comel itu.

“ Kuih seri muka? Favourite tu,” Airis menutup mulutnya kerana terlepas cakap. Dia menunduk sedikit. Malu dengan sikap terlebih excitednya tadi.

Datuk Rasyid sudah tersenyum menang. “ Come,” panggil Datuk Rasyid. Akhirnya Airis mengalah dan mengekori Datuk Rasyid ke meja makan. “ Mamanya, ni la anak perempuan tunggal Halim dengan Sarimah. And satu-satunya cucu perempuan Tok Majid,” jelas Datuk Rasyid kepada isterinya.

“ Lah, kenapa tak cakap dari tadi. Duduk…,” Datin Katrina memandang gadis itu.

“ Airis, auntie,” Airis memperkenalkan dirinya. Dia menarik kerusi kosong di sebelah Fariq memandangkan meja bulat itu hanya mempunyai empat kerusi.

“ Buat susah saja ibu kamu ni,” kata Datin Katrina sambil menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Airis.

Dia menghulurkan pinggan kecil dan meletakkan empat biji kuih seri muka ke dalam pinggan kecil itu. Fariq hanya memandang sekilas. Otaknya ligat memikirkan gerangan gadis disebelahnya ini. Sekali lagi dia cuba mengingati di mana dia pernah bersua muka dengan gadis ini.

“ Tak susah pun auntie,” balas Airis. Dia mengambil kuih seri muka lalu dibawa ke mulut. Sememangnya kuih itu kuih kegemarannya. Sudah lama dia tidak makan kuih itu memandangkan dia baru sahaja pulang ke Malaysia.

“ Fariq, kenapa dengan kamu ni? Ingatkan Sheena ke apa?” duga mamanya.

Fariq mengangkat mukanya dan memandang mamanya dengan muka blur. Sheena adalah setiausaha Fariq. Namun, tugasnya sudah diganti dengan setiausaha baru apabila Datuk Rasyid menghantar Sheena ke cawangan syarikat di negeri lain.

“ Tak adalah,” balas Fariq jujur. Pening kepalanya dek terlalu memaksa untuk mengingati Airis.

“ Awak, terima kasih sebab tolong saya masa saya sesat kat Amsterdam hari tu,” Airis berterima kasih dalam nada mendatar dan perlahan. Dia tidak mahu Datuk Rasyid dan Datin Katrina memikirkan yang bukan-bukan.

Hoyeay! That's it! Bersinar muka Fariq apabila sudah dapat mengingati gadis itu. Hilang terus pening kepalanya tadi. Amsterdam rupanya. Qalisya? Fariq memandang Airis sambil tersenyum.

“ Baru hari ni nak ucap terima kasih, huh,” balas Fariq perlahan.



“ Amboi, jauh menungnya. Dah sampai mana, Airis? Jepun? Korea?” usik Encik Halim. Semakin galak dia mengusik Airis sejak mengetahui Airis dan Fariq pernah bertemu sebelum ini.

“ Ish, apa babah ni. Orang tengah fikirlah. Babah, Airis malaslah nak kerja lagi,” ujar Airis. Sejak dari tadi dia asyik berfikir tentang hal itu. Kalau boleh dia ingin menikmati masa-masa relaxnya. Dia masih belum puas.

“ Lah. Itu ke yang difikirnya. So, tak payah la kerja. Duduk saja kat rumah,” balas Encik Halim. Kalau itu yang anak perempuannya inginkan. Apa salahnya. Bukannya dia tidak mampu untuk menanggung anak gadisnya itu. Lebih dari mampu.

“ Boleh ke, babah? Nanti Airis habiskan duit babah baru padan muka,” Airis menayangkan sebaris giginya putih itu kepada Encik Halim.

“ Untuk anak babah, apa pun boleh,” kata Encik Halim sambil tangannya mencubit lembut pipi Airis yang lembut itu.

“ Anak beranak ni buat apa kat sini? Mengutuk ibulah tu,” muncul Puan Sarimah bersama sedulang minuman.

“ Eh, nak sangat ke orang kutuk dia,” kata Encik Halim sambil tersenyum memandang isteri tersayang.

“ Ibu, cukup ke barang-barang yang beli tadi?” soal Airis kepada Puan Sarimah. Dia menuang air ke dalam cawan dan dihidangkan kepada kedua ibu bapa kesayangannya.

“ Cukup rasanya. Babah nak panggil orang masjid aje,” jawab Puan Sarimah.

“ Aloh! Kalau tak cukup babah suruh diorang datang makan nasi minyak pulak. Betul tak, ibu?” Encik Halim sudah tersengih mengusik. Puan Sarimah mengangkat kening tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

“ Adoi, babah ni. Seronok ya kenakan Airis. Airis tak balik rumah baru tahu. Merajuk,” Airis geram dengan usikan babahnya itu. Semakin menjadi-jadi.

“ Alolo. Babah bergurau ajelah. Janganlah merajuk. Tak comel dah anak babah,” pujuk Encik Halim. Memang menjadi kegeramarannya untuk mengusik anak perempuannya yang satu itu.

“ Tak merajuklah. Cair gitu,” sengih Airis memandang kedua ibu bapanya. “ Atok mana, ibu?” soal Airis.

“ Ke kebun agaknya. Atok bawak parang tadi,” jawab Puan Sarimah.

“ Ibu, hari tu ibu cakap Nek Yah nak datang,” Airis memandang ibunya sebelum meneguk minumannya. Nek Yah adalah ibu kepada Puan Sarimah. Rumah Nek Yah juga tidak berapa jauh daripada rumah Tok Majid. Hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja.

“ Esok sampailah tu. Paksu kerja hari ni,” jelas Puan Sarimah.

Dia mengurut-urut lengan suaminya. Sejak kebelakangan ini, Encik Halim asyik mengadu lenguh-lenguh badan. Airis memandang sejenak ke arah bendang berhadapan dengan pangkin tempat mereka berehat itu. Dia ternampak kelibat Fariq di situ. Dia tidak menyangka lelaki kota seperti Fariq sanggup turun ke bendang dan menjaga lembu-lembu arwah datuknya.

“ Mah, awak tengok anak awak yang seorang ni. Asyik sangat dia dok usha anak teruna orang tu,” usik Encik Halim apabila dia perasan Airis asyik sangat memandang ke arah Fariq yang sedang menebas bendang kontang itu.

Tersentak Airis dibuatnya. Mati aku! Jeritnya di dalam hati. Malu! Encik Halim dan Puan Sarimah tergelak besar melihat Airis menggelabah apabila diusik begitu. Jatuh hati dengan Fariqlah tu. Tak hairanlah kalau Airis boleh terjatuh hati dengan Fariq. Orangnya handsome, bertubuh sasa, baik hati, murah dengan senyuman. Apa lagi yang kurang. Duitnya sudah tentu berkepok. Cuma yang kurang adalah isteri disisi.

“ Airis masuk dululah, ibu, babah,” Airis meminta diri dan berlari anak masuk ke dalam rumah. Lagi lama dia di situ, lagi tak keruanlah hatinya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terjatuh hati dengan Fariq. Jatuh hati? Gulp. Arrrrggghhh!!! Boleh mereng dia macam ni. Syyyyyuuuhhhhh. Cuba mengusir perasaan yang baru mula bertandang.

“ Aku kena balik KL kalau macam ni,” getusnya sendirian. Namun, hatinya cepat membantah. Nanti siapa pula yang nak tolong waktu kenduri itu nanti. Bingung dia memikirkannya. Hatinya tidak keruan. Entah lelaki itu juga mempunyai perasaan yang sama dengan Airis atau tidak. Arrgghh, malas nak fikir! Bentak hati sucinya.


No comments:

Post a Comment