Monday, 22 July 2013

cerpen : you're still the one 3

sambungan..sorry lambat update...:)

“ Doktor Aryan,” panggil Tania. Tania adalah pesakit Zariff yang sudah hampir lima bulan menetap di hospital sejak disahkan menghidap barah hati.

“ Yes,” Zariff menghampiri Tania. Tania memaut lengan sasa Zariff.

“ Nia rindulah kat abang Aryan. Semalam abang cuti, Nia sorang aje. Dia orang bukan nak kawan dengan Nia,” adu Tania. Zariff tersenyum. Dia senang dengan sikap manja Tania.

“ Ye ke? Sorry. Tapi minggu ni abang memang busy sangat. Tak dapat nak teman Nia selalu,” balas Zariff.

“ Ala, tak apa. Janji abang ada kat sini. Kalau abang kat rumah mesti abang dengan isteri abang yang tak cantik tu,” cebik Tania.

“ Tak baik tau cakap macam tu. She’s my wife,” kata Zariff. Dia sudah menganggap Tania seperti adiknya sendiri. Umur Tania baru 20 tahun. Tapi banyak dugaan yang gadis itu lalui.

“ Yelah. Jom, pergi taman,” Tania menarik tangan Zariff.

“ Eh, tak bolehlah sayang. Abang ada kerja ni,” tolak Zariff lembut. Tania suka kalau Zariff memanggilnya sayang. Dia rasa dirinya sebagai isteri Zariff.

“ Abang, nanti kalau Nia dah sihat, Nia nak kahwin dengan abang. Mesti best. Abang kan baik,” Tania memeluk erat lengan Zariff.

“ Merepek ajelah Nia ni. Nia pergi rehat. Abang ada kerja ni. Nanti kalau abang free, abang teman Nia,” balas Zariff.

“ Okay. Datang tau. Kalau tak, Nia pergi office abang,” kata Tania sebelum berlalu ke wadnya. Zariff menggelengkan kepalanya. Silap dia juga kerana terlalu manjakan pesakitnya itu.


“ Rianna betul ke ni tak nak pergi check. Manalah tahu memang Rianna pregnant,” Puan Khadijah cuba memujuk Arianna. Tangannya sibuk memotong bawang.

“ Ish, ibu ni. Rianna periodlah. Takkan pregnant pulak,” balas Arianna. Dia mengacau kuah mee bandung di dapur. Zariff yang pesan sebelum dia keluar bekerja pagi tadi. Teringin nak makan katanya. Kebetulan Arianna ada membeli daging dua hari lepas.

“ Tak mustahillah. Ada aje kes macam ni. Pergilah check. Tak pun suruh je Zariff checkkan,” Puan Khadijah masih dengan telahannya.

“ Abang Zariff tu doctor bedahlah. Bukan doctor gynecology. Esoklah Rianna pergi check,” akhirnya Arianna mengalah. Selagi dia tidak menurut permintaan ibunya itu, selagi itulah ibunya menyebut hal itu. Lagipun, dia ada juga terbaca article pasal perempuan mengandung yang datang bulan.

“ Macam tulah anak ibu. Kenapa Zariff tak beli kat kedai je kalau nak makan mee bandung ni? Banyak aje yang jual mee bandung ni kat kedai-kedai makan,” Puan Khadijah memandang Arianna. Arianna menutup api dan duduk di sebelah Puan Khadijah di meja.

“ Abang Zariff jarang makan kat kedai, ibu. Selalunya dia balik makan kat rumah. Kalau ada kawan-kawan dia ajak makan luar pun, dia jarang ikut,” jelas Arianna.

“ Baguslah macam tu. Itu maknanya Rianna berjaya pikat perut Zariff. Suami ni, ibu nak bagitahu Rianna, kalau isteri dia masak sedap confirm tak cari lain,” kata Puan Khadijah. Arianna mengangguk.

“ Alhamdulillah, ibu. Rianna ingat nak ikut ibu balik kampunglah. Rindu pulak,” Arianna memeluk lengan Puan Khadijah.

“ Ish, ada pulak macam tu. Kalau nak ikut, Zariff pun kena ikut jugak. Takkan nak tinggal suami kamu seorang kat sini pulak. Nanti daripada dia setia kat Rianna, dia curang pulak. Kenapa? Sebab isteri dia tinggal dia seorang kat rumah,” leter Puan Khadijah.

“ Ya Allah, ibu ni. Sampai langit ke tujuh ibu fikir. Abang Zariff okaylah. Lagipun dia jarang ada kat rumah. Tambah pula ada intern yang baru masuk. Mesti hari-hari balik lambat. Bolehlah, ibu,” pujuk Arianna manja.
“ Ibu tak tahu. Rianna minta kat suami Rianna. Kalau dia bagi, baru boleh ikut ibu,” tegas Puan Khadijah. Arianna mengangguk.

Malam itu, Zariff pulang agak lewat. Kerjanya semakin bertambah apabila terpaksa memerhati kerja intern. Bukan kali pertama dia ditugaskan untuk menjaga intern, tapi kali ini ramai yang diletakkan di bawahnya.
“ Rianna turun siapkan mee bandung abang. Tadi pagi beria sangat suruh orang buat,” Arianna melipat sejadah yang digunakan Zariff.

“ Beli ke buat?” tanya Zariff. Dia berbaring di katil.

“ Buatlah. Tadi ibu tolong,” jawab Arianna.

“ Yelah. Kejap lagi abang turun,” ujar Zariff. Arianna mengangguk dan menghilangkan diri ke dapur. Dia memanaskan kuah dan mengeluarkan mee dari peti sejuk. Dia turut memanaskan mee di dalam microwave. Zariff tidak suka makan makanan yang sudah sejuk.

Zariff muncul di dapur dan duduk di meja bulat di dalam dapur.. Arianna pula sedang mencedok kuah ke dalam mangkuk. Setelah siap, dia menghidangkan mee bandung kepada Zariff di meja makan di dapur.

“ Your mee bandung. Panas lagi,” Arianna duduk di sebelah Zariff. Dia menunggu Zariff menghabiskan makanannya. Zariff hanya diam. Dia kusyuk makan mee bandung buatan isterinya.

“ Okay tak?” tanya Arianna. Zariff hanya mengangguk. Arianna mengerutkan dahinya. Selesai makan, Zariff membasuh mangkuk sendiri.

“ Not bad,” kata Zariff dan menghilangkan diri ke atas. Arianna tercengang. Kemudian dia tersenyum dan turut naik ke bilik. Dia perlu memberitahu akan keinginannya untuk pulang ke kampung.

Arianna berbaring di sebelah Zariff. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk memujuk suaminya itu.

“ Nak cakap apa?” tanya Zariff dalam keadaan mata tertutup. Aik, ahli nujum ke apa dia ni? Arianna melayangkan tangannya di mata Zariff. Arianna tersentak apabila Zariff berpusing memandangnya.

“ Abang ni. Nasib baik Rianna tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah arwah dah tadi. Baik abang berlakon jadi hantu je. Sesuai sangat dengan mata abang yang macam vampire tu,” bebel Arianna. Zariff mengerutkan dahinya sambil memandang Arianna. Apa yang dia ni melalut. Hantu bagai, desis Zariff.

“ Abang, Rianna nak minta izin ni. Rianna nak ikut ibu balik kampung. Dah lama tak balik. Last balik pun time raya tahun lepas,” kata Arianna perlahan. Dia mengerling Zariff di sebelah. Arianna menggigit bibirnya. Alamak, kenapa laki aku tengok aku macam nak makan aje ni? Aku cuma nak balik kampung je, getus Arianna. Dia cuba berlagak biasa.

“ If I say no?” Zariff masih memandang Arianna tajam.

“ Hmmm, Rianna okay je. Rianna cuba aje ni. Manalah tahu abang dengan baik hatinya nak bagi permission,” jawab Arianna. Dia takut untuk membalas pandangan Zariff. Matanya melilau memandang syiling. Tiba-tiba jantung dia laju macam Formula 1.

“ Jawapannya, no. Abang tak benarkan,” balas Zariff.  Zariff bangun sedikit. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Arianna. Dia mendaratkan bibirnya ke bibir merah Arianna. Arianna membeliakkan matanya. Namun, dia tidak pula menolak kucupan Zariff kepadanya. Tangan Zariff sudah meliar di sekitar leher Arianna.

“ Dah boleh solat?” tanya Zariff di telinga Arianna dengan suara yang romantik. Arianna mengangguk lambat-lambat. Patutlah Zariff memandangnya lain macam sahaja. Dia baru saja boleh solat, maghrib tadi. Pelik juga kerana dia datang bulan hanya sekejap. Selalunya seminggu.


“ Babah dengan ibu balik kampung pukul berapa?” soal Zariff kepada mertuanya ketika bersarapan pagi itu.

“ Lepas zohor kami bertolaklah,” jawab Dr Ehsanuddin sebelum menghirup air kopi.

“ Nanti kamu baliklah kampung. Achik kamu tu dah rindu sangat nak jumpa kamu berdua,” Puan Khadijah memandang Zariff. Achik adalah adik perempuan bongsu Puan Khadijah. Dia memang rapat dengan Zariff dan Arianna. Umur pun lebih kurang sahaja. Tua dua tahun dari Zariff, 32 tahun.

“ Insya Allah. Kalau Riff senang nanti kita orang balik. Rindu juga nak kacau achik,” balas Zariff sambil tersenyum.

“ Rianna, ingat apa yang ibu cakap semalam?” tanya Puan Khadijah. Arianna mengangkat kepalanya. Dia membalas pandangan ibunya.

“ Ingat, ibu,” jawab Arianna. Keruh sahaja wajahnya. Zariff menghabiskan sarapannya.

“ Babah, ibu, Riff pergi kerja dulu. Insya Allah nanti Riff dengan Rianna balik kampung,” Zariff menyalami kedua mertuanya.

“ Yelah. Kerja elok-elok,” pesan Dr Ehsanuddin. Zariff mengangguk. Arianna mengikut Zariff ke pintu.

“  Nanti jangan balik lambat sangat,” pesan Arianna. Dia membetulkan tali leher Zariff yang senget.

“ Insya Allah. Jangan ikut ibu balik pulak. Kalau abang balik Rianna tak ada kat rumah, siap Rianna,” tegas Zariff. Arianna memukul dada bidang Zariff.

“ Tahulah. Jangan dok menggatal dengan Tania pulak. Kalau Rianna nampak abang dengan Tania, Rianna tak nak jumpa abang,” ugut Arianna. Arianna sememangnya kenal dengan pesakit Zariff itu. Kawannya yang bekerja di hospital yang sama ada memberitahunya tentang Tania yang agak rapat dengan Zariff. Apabila dia bertanya kepada Zariff, Zariff mengatakan mereka hanya baik macam adik dengan abang sahaja.

“ Tak payah nak cemburu sangatlah,” tukas Zariff. Arianna menyalami Zariff.

“ Memanglah cemburu. Dah abang tu suami Rianna. Even abang tak sayang Rianna pun, Rianna sayang abang tau. Kalau tak nak Rianna lari, buatlah perangai dengan Tania tu,” cebik Arianna. Zariff mendengus.

“ Dahlah, penat gaduh dengan Rianna. Abang pergi dulu. Ingat pesan abang tadi,” kata Zariff sebelum masuk ke dalam kereta. Arianna menghantar Zariff dengan pandangannya sehingga kereta milik Zariff hilang dari pandangannya.


“ Ibu, babah, Rianna nak pergi hospital kejap,” Arianna duduk di tengah-tengah antara Dr Ehsanuddin dan Puan Khadijah di sofa.

“ Nak pergi hospital buat apa? Kenapa tak ikut Zariff aje tadi?” soal Dr Ehsanuddin.

“ Nak tunjuk bukti kat ibulah. Zariff bukan bagi Rianna keluar kalau bukan pergi klinik. Tambah pula ibu dengan babah ada kat sini, lagilah tak boleh keluar. Nak keluar ni pun sebab Rianna dah buat appointment dengan doctor tu,” jelas Arianna panjang.

“ Sayang benar dia dekat Rianna. Bukan senang nak dapat husband yang jaga isteri dia sampai macam tu sekali tau,” Puan Khadijah sambil mencuit hidung anak perempuannya itu.

“ Bukti apa pulak ni?” soal Dr Ehsanuddin.

“ Semalam Dija suruh Rianna buat check up. Manalah tahu kali ni melekat. Boleh timang cucu kita abang,” jawab Puan Khadijah bagi pihak Arianna.

“ Hmmm, awak temanlah Rianna. Takkan nak pergi seorang. Nanti kalau Zariff nampak, dia marah Rianna pulak. Kalau ada ibu boleh jugak ibu back up Rianna,” cadang Dr Ehsanuddin.

“ Hebatlah idea babah. Superb. Bolehlah Rianna jenguk abang sekali,” kata Arianna riang.

“ Amboi, tak puas lagi ke jumpa kat rumah hari-hari,” usik Puan Khadijah.

“ Ish, ibu ni. Rindulah. Selalu abang asyik busy aje. Rianna pun sama. Ni pun sebab ibu dengan babah datang Rianna free macam ni. Kalau tak, jarang tau dapat jumpa dengan abang Zariff,” balas Arianna.

“ Ya Allah. Manjanya anak ibu ni. Pergilah siap. Appointment pukul berapa?” tanya Puan Khadijah.

“ Sejam lagi. Rianna nak buat spaghetti carbonara dululah. Favourite abang Zariff,” jawab Arianna. Puan Khadijah mengangguk.


“ Macam mana?” tanya Puan Khadijah. Hampir setengah jam dia menunggu Arianna di luar wad gynecology. Arianna menyerahkan envelope berwarna coklat kepada Puan Khadijah dengan muka masam.

“ Ibu tengoklah,” kata Arianna lemah. Puan Khadijah membuka envelope itu.

“ Tahniah, sayang. Anak ibu mengandung. Alhamdulillah,” Puan Khadijah memeluk Arianna. Arianna tersenyum.

“ Betullah tekaan ibu tu,” kata Arianna. Dia sengaja ingin mengusik Puan Khadijah dengan memasamkan mukanya.

“ Pergilah bagitahu Zariff. Ibu tunggu dekat lobi. Tapi jangan lama sangat,” Puan Khadijah melepaskan pelukan. Arianna mengangguk.

“ Rianna pergi jumpa abang Zariff dulu,” Arianna meninggalkan Puan Khadijah dan berjalan ke bilik Zariff. Puan Khadijah pula bergerak ke lobi. Tidak mahu mengganggu pasangan itu meraikan kehadiran anak mereka.


Sampai sahaja di bilik Zariff, Arianna menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Ditangannya ada bekas spaghetti untuk suaminya dan juga envelope yang ditunjukkan kepada Puan Khadijah tadi. Berdebar-debar juga dia ingin sampaikan berita gembira itu. Tangan kanannya memulas tombol pintu pejabat Zariff.

Alangkah terkejutnya Arianna apabila ternampak Tania sedang mengurut kepala Zariff. Zariff pula memejamkan matanya seperti menghayati urutan itu. Arianna masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan Zariff. Tania hanya tersenyum. Sebenarnya dia tidak berapa cam muka Arianna.

“ Abang,” panggil Arianna lembut. Zariff mencelikkan matanya. Dia terpempan apabila melihat Arianna di hadapannya. Tania masih mengurut kepala Zariff. Zariff menepis lembut jari Tania yang berada di kepalanya.

“ Apa abang ni? Tadi cakap pening kepala,” marah Tania perlahan. Zariff membetulkan duduknya.

“ Nia keluar dulu. Abang ada hal,” balas Zariff. Arianna memandang Zariff tajam. Hatinya hancur. Namun, dia cuba bertenang.

“ Why? Owh, abang ada tetamu ye. Okay, kejap lagi Nia datang balik, eh,” kata Tania dan berlalu meninggalkan Zariff dan Arianna.

“ Buat apa datang sini? Ibu dengan babah kat rumah kan,” Zariff bersuara tegas. Arianna tersenyum sinis.

“ Rianna datang dengan ibu. Ibu ada kat bawah. Rianna ada bawa makan tengah hari untuk abang,” Arianna meletakkan tupperware sederhana besar di atas meja. Envelope coklat dipegang kuat. Dia tak bersedia nak tunjukkan kepada Zariff.

“ Lain kali bagitahu abang dulu,” marah Zariff.

“ Bagus jugak Rianna tak bagitahu. Dapat tengok tayangan free lagi. Seronok kena urut, kan. Selalu kalau Rianna nak urut, abang marah,” balas Arianna tenang. Zariff mendengus. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan. Dia tidak pandai memujuk Arianna.

“ Hmmm, okaylah. Rianna rasa abang ingat lagi apa yang Rianna cakap pagi tadi. So, abang tak ada hak nak halang Rianna balik kampung. Abang buatlah apa abang nak buat,” Arianna bangun dari kerusi. Zariff turut bangun. Dia menghampiri Arianna dan menarik tangan Arianna.

“ Rianna cakap Rianna sayangkan abang. Mana buktinya? Sebabkan hal ni aje Rianna nak balik kampung? So childish. Jangan merepek Rianna,” marah Zariff. Arianna mengeluh.

“ Rianna tetap dengan pendirian Rianna. Kalau abang betul-betul nak Rianna jadi isteri abang lagi. Abang tahu kat mana abang nak cari Rianna. Keputusan Rianna muktamad. Maafkan Rianna kalau abang terasa hati. Kasih sayang Rianna untuk abang tak pernah putus,” balas Arianna panjang. Dia menarik tangannya yang dipegang Zariff.

“ Dan ini buktinya Rianna sayangkan abang. Abang bukalah. Assalamualaikum,” Arianna mencapai tangan kanan Zariff dan disalamnya tangan itu. Tanpa segan silu dia mencium pipi Zariff. Dia berlalu keluar dengan linangan air mata.


Zariff terkaku. Dia seakan bertukar menjadi ais. Kepalanya memberat. Lambat-lambat dia membuka isi kandungan envelope coklat yang diberi Arianna tadi. Matanya terkaku pada gambar ultrasound. Rianna pregnant? Ya Allah, apa aku dah buat ni, rintih Zariff. Dia betul-betul menyesal kerana membenarkan Tania mengurut kepalanya.

4 comments:

  1. smbng lagiiiii.... geram dngan zariff niiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...dah sambung...baca next entry ya..
      promote blog ni eyh..hehehe

      Delete
  2. Walaupun saya lelaki, tetapi saya sangat benci kepada lelaki yang cakap kat mulut tak sayang dan cinta isteri dia tapi dalam masa yang sama dia boleh pula 'sentuh' isteri dia. Lelaki yang tak ada prinsip kalau macam tu! Kalau tak suka, jangan sentuh! saja, luahan perasaan kat kaum sendiri. hahaha

    ReplyDelete